penghargaan - halimlading21.files.wordpress.com  · web viewrasulullah saw, para sahabat dan para...

27
ISU-ISU AKIDAH IUS 4193 TAJUK: AL-ARQAM DI SEDIAKAN UNTUK : USTAZ MOHD FAIZ HAKIMI BIN MAT IDRIS DI SEDIAKAN OLEH : NUURUL ATIYYAH BINTI ABDUL RAZAK (023074) NORHUMAIRAH BINTI NAMAT RAMLI (023058) NOR SAADAH BINTI TULUS (023068)

Upload: phamdan

Post on 08-Apr-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

ISU-ISU AKIDAH

IUS 4193

TAJUK:

AL-ARQAM

DI SEDIAKAN UNTUK:

USTAZ MOHD FAIZ HAKIMI BIN MAT IDRIS

DI SEDIAKAN OLEH:

NUURUL ATIYYAH BINTI ABDUL RAZAK (023074)NORHUMAIRAH BINTI NAMAT RAMLI (023058)

NOR SAADAH BINTI TULUS (023068)

Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KuszaIjazah Sarjana Muda Pengajian Islam Usuluddin Dengan Kaunseling

Semester 6

Page 2: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta inayah dari-Nya dapat

juga kami menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Di sini, kami ingin merakamkan

jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohd Faiz Hakimi Bin Mat Idris iaitu pensyarah kami

bagi subjek ini di atas bimbingan serta tunjuk ajar beliau sepanjang tempoh

pembelajaran.

Seterusnya, tidak lupa juga kepada ahli-ahli kumpulan yang begitu cekal dan

tabah sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini kerana banyak berkorban masa, tenaga

dan kewangan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak

Perpustakaan Al-Mukhtar Kusza, Universiti Darul Iman Malaysia, Terengganu kerana

telah memberikan kerjasama yang positif dan jitu. Begitu juga kepada sahabat-sahabat

yang banyak memberi sokongan dan nasihat yang membina, kerana banyak dugaan serta

cabaran yang telah kami tempuhi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.

Oleh yang demikian, kami mengharapkan agar maklumat yang kami perolehi ini

dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan dan maklumat kepada pembaca khususnya

mahasiswa dan mahasiswi untuk mengetahui isu-isu akidah yang timbul di Negara kita

pada masa kini. Semoga ianya dapat menjadi iktibar kepada kita bagi mengelakkan

daripada akidah seseorang itu terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Wallahu a’lam.

2

Page 3: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan Muka Surat

Sekapur Sireh

1. Pendahuluan 4

2. Definisi Al- Arqam 5

3. Sejarah Kemunculan Al- Arqam 6-8

4. Biodata Pengasas Al- Arqam 9-12

5. Ciri- ciri Ajaran Al- Arqam 13-15

6. Pewartaan 16-19

7. Kesimpulan 20

Bibliografi 21

3

Page 4: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

1. PENDAHULUAN

Ajaran sesat merupakan ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau

orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah

ajaran Islam sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan

dengan Islam yang tidak berlandaskan al-Quran dan Sunnah serta bertentangan dengan

ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah1. Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, orang-orang

yang sesat ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha

mempelajarinya atau orang yang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari

dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya. Di Malayia terdapat beberapa

kumpulan ajaran sesat antaranya al-arqam yang merupakan satu kumpulan ajaran sesat.

Di dalam kertas kerja ini, kami akan membincangkan mengenai definisi Al-arqam,

sejarah kemunculan Al-arqam, biodata pengasas Al-arqam, ciri-ciri ajaran Al-arqam dan

pewartaan yang dilakukan terhadap kesesatan Al-arqam beserta dengan kesimpulan

sebagai rumusan keseluruhan perbincangan ini dan disusuli bibliografi sebagai rujukan

yang kami gunakan sepanjang menyiapkan kertas kerja ini. Kami juga ada menyelitkan

sedikit lampiran berkaitan Al-arqam. Kami menyimpan harapan dan hasrat agar kertas

kerja ini akan memberi manfaat dan faedah yang besar kepada penuntut ilmu, khususnya

yang ingin mengkaji lebih mendalam tentang ajaran-ajaran sesat di Malaysia.

1 www. wikipedia. com.

4

Page 5: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

2. DEFINISI AL-ARQAM

Al-Arqam merupakan sebuah kumpulan atau Jamaah Islam yang diasaskan oleh

Ashaari Muhammad pada tahun 19682. Gerakan Al-arqam bermula dari sebuah kelas

pengajian fardhu ain yang diadakan dalam bentuk halaqah oleh Ustaz Ashaari. Beliau

telah mengadakan kelas ini setelah beliau meletakkan jawatan dalam PAS pada tahun

19683. Halaqah ini diadakan di rumah Cikgu Abdul Rahman rakan beliau sewaktu sama-

sama bertugas di Sekolah Kebangsaaan Dato’ Keramat. Oleh kerana rumah Cikgu

Ahmad itu berwarna putih maka halaqah itu dinamakan Jemaah Rumah Putih4. Setelah

jemaah ini bergiat selama tiga tahun Ustaz Zakaria Ansari5 telah memberikan satu

cadangan untuk membentuk halaqah ini menjadi satu kumpulan yang dinamakan al-

Arqam atau Darul al-Arqam. Cadangan itu diterima baik oleh Ustaz Ashaari. Nama al-

Arqam diambil sempena nama sahabat Nabi s.a.w iaitu Arqam bin Abi al-Arqam yang

mana rumah beliau telah dijadikan markas pertama dakwah Nabi s.a.w6. Selain itu

jemaah ini juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah7, Rufaqa’8 dan Ikhwan.

Seterusnya jemaah ini telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan

masyarakat Islam di seluruh Malaysia.

2 Mohd Lazim Lawee,2004, Al-arqam dan ajaran Aurad Muhammadiah: satu penilaian, Selangor : Univesiti Kebangsaan Malaysia, h.172.

3 Abdul Rahman Hj Abdullah, 2007,Gerakan Islam Tradisional di Malaysia Sejarah Pemikiran Jama’at Tabligh dan Darul Arqam, Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.,h.45.4 Ibid 5 Ustaz Zakaria Ansari merupakan pengikut awal kumpulan Rumah Putih. Oleh kerana tiak bersetuju dengan kepimpinan Hj. Ashaari beliau keluar daripada Darul Arqam pada 1979.6 Ibid h.577 Aurad Muhammadiah merupakan satu ajaran yang diamalkan oleh al-Arqam. 8 Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd ialah sebuah badan perniagaan dan ekonomi yang ditubuhkan oleh bekas pengikut al Arqam . Rufaqa dikatakan cuba mengembangkan kembali ajaran al Arqam di kalangan remaja dan mahasiswa di institusi pengajian awam dan swasta. ‘Rufaqa’ didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya syarikat atas nama Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd.

5

Page 6: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

3. SEJARAH KEMUNCULAN AL-ARQAM

Jemaah Al-Arqam telah ditubuhkan pada tahun 1968 dan tumpuan sepenuhnya

telah diberikan kepada jemaah ini pada tahun 1972 dan pada tahun 1973 setelah Ashaari

bertindak keluar dari ABIM. Pada mulanya al-arqam merupakan satu kumpulan usrah

yang dibimbing oleh Ashaari dengan memberi tumpuan kepada perkara yang berhubung

dengan fardu ain terutamanya dalam pembentukan moral, pembersihan jiwa dan berjihad

melawan nafsu.

Zakaria Al-Ansari merupakan orang pertama yang diajak oleh Ashaari untuk

membentuk satu usrah bagi membincangkan ilmu-ilmu berkaitan dengan agama yang

dapat mendidik diri dan mentarbiyah diri bagi membentuk peribadi muslim yang

sempurna. Penubuhan usrah ini menurut Zakaria adalah bertitik tolak daripada

kekecewaan mereka dengan jemaah PAS yang pada ketika itu hanya menitikberatkan

politik dan mengabaikan pendidikan dan tarbiyah.

Usrah ini pada mulanya hanya disertai 10 orang sahaja yang merupakan orang

yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan ini dan mengadakan pengajian seminggu

sekali. Pada hujung minggu pula mereka mengadakan kuliah subuh. Usrah ini pada

mulanya diadakan di rumah no 94, Lorong Kiri 2 Dato Keramat , Kuala Lumpur yang

diduduki oleh Cikgu Abdul Rahman Haji Syamsudin yang pada ketika itu sama-sama

mengajar dengan Ashaari di Sekolah Kebangsaan Dato Keramat. Oleh kerana rumah itu

6

Page 7: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

berwarna putih maka kumpulan usrah itu dinamakan Kumpulan Rumah Putih atau

Jemaah Rumah Putih.

Nama ini tidak bertahan lama kerana selepas 3 tahun kegiatannya timbul

cadangan yang dikemukakan oleh Ustaz Zakaria Ansari untuk menamakan kumpulan ini

dengan nama Jemaah Dar Al- Arqam. Al-arqam adalah nama yang dipilih bagi

menggantikan kumpulan rumah putih. Markas Dar Al-Arqam kemudiannya berpindah ke

rumah Mohd Salleh Abu Bakar di simpang flat Jalan Pekeliling9. Pada peringkat awal

pertubuhannya kumpulan ini hanya memanfatkan ajaran daripada tokoh-tokoh yang

berpengalaman malah identitinya sebagai sebuah pertubuhan yang tersendiri yang tidak

begitu ketara.

Pada tahun 1972 Dar Al-Arqam telah membuka perkampungan Islam di Sungai

Penchala, Selangor seluas 5 ekar yang menjadi tempat tinggal malah sebagai markas Dar

Al-Arqam. Oleh kerana Dar Al-Arqam belum memiliki sekolah sendiri maka pada 13

Januari 1975 Dar Al-Arqam telah mengirimkan seramai 12 orang putera puterinya ke

Yayasan Khairiah, Kupang, Baling. Yayasan ini dipilih kerana ianya banyak menekankan

konsep tarbiyah islamiah dan pendukung al-arqam iaitu Ustaz Mohd Rosdi Yusuf

merupakan mudir di yayasan ini. Pada 1 Ogos 1975, Yayasan Al-Arqam di Sungai

Penchala telah ditubuhkan dan pada Mei 1977, bahagian perkhidmatan ummah telah

dibentuk di Gombak yang diketuai oleh Akhbar Anang. Pada 1 Julai 1977 mereka telah

menerbitkan akhbar al-Arqam dan pada 18 Jun 1978, mereka telah membuka pusat

perubatan al-Arqam di Desa Minang, Gombak yang dipimpin oleh Nordin A

9 Al-Munir, bil 2, tah.1, September Oktober 1983

7

Page 8: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

4. BIODATA PENGASAS AL-ARQAM

4.1 Latar belakang pengasas

Ashaari Muhammad atau Asaari Muhamad telah dilahirkan pada 30 Oktober

Oktober 1938 di Kampung Pilin Rembau, Negeri Sembilan. Beliau juga dikatakan

berketurunan bawean atau boyan Indonesia10. Bapa beliau bernama Muhammad

manakala ibunya bernama Aminah dan merupakan insan yang kuat berpegang pada

agama serta mengamalkan tariqat Muhammadiah yang diasaskan oleh Syeikh Suhaimi11.

Ibunya telah meninggal dunia ketika beliau masih kecil dan dijaga oleh bapa dan ibu

tirinya Zubaidah. Setelah bapanya meninggl dunia beliau telah dijaga oleh bapa

saudaranya iaitu Lebai Ibrahim yang juga merupakan pengamal tariqat Muhammadiah

jadi tiak hairanlah Ashaari juga turut mengamalkan tariqat ini dan elah dikurniakan

Ijazah tariqat Muhammadiah ketika berusia 16 tahun sewaktu beliau berada dalam darjah

7 Sekolah Melayu12. Keika berusia 20 tahun beliau telah mendirikan rumahtangga

bersama dengan pasangannya Hasnah dan dikurniakan 11 orang anak, namun

perkahwinan beliau dengan Hasnah tidak berkekalan dan beliau telah menceraikan

istrinya pada tahun 1984. Selain Hasnah beliau juga telah berkahwin dengan 4 orang

isteri iaitu Khadijah Aam, Tengku Noriah, Ummu Ain dan Walidah. Hasil perkahwinan

daripada 5 orang isteri beliau telah dikurniakan 37 orang anak dan 19 orang menantu13

dan 70 orang cucu.

10 Mohd Lazim Lawee, 2004, Penyelewengan dan Usaha Pemurniaannya,Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 26.11 Ibid12 Ibid h.27.13 Berita Minggu, 9 Jun 1996.

8

Page 9: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

4.2 Latar belakang Pendidikan Pengasas

Pendidikan awal Ashaari bermula dari bapa saudaranya yang menjaga beliau

sejak kecil lagi. Beliau telah diberikan pendedahan agama dan didikan yang sempurna.

Pada usia sembilan tahun beliau telah khatam 30 juzuk al-Quran dan mampu mengajar

rakan-rakan yang sebaya dengannya14. Beliau memulakan zaman persekolahan di

Sekolah Melayu sehingga darjah 7 dan melanjutkan pengajiannya ke sekolah Maahad

Hisahamuddin Kelang, Selangor sehingga darjah 7 atau thanawi tiga. Beiau tidak

melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti walaubagaimanapaun minatnya

terhadap ilmu tidak menghalangnya untuk mempelajari ilmu pengetahuan dan mencari

guru-guru agama untuk bertanya dan bermuzakarah sehinggalah beliau berjaya memiliki

ilmu pengetahuan asas tentang agama Islam. Bagi pengikutnya yang taksub mempercayai

beliau memiliki ilmu yang luar biasa yang diperolehi secara wahabiyah15 dan meletakkan

Ashaari setaraf dengan alim ulama dan layak ianugerahkan pangkat doktor falsaah dan

ilmunya setaraf dengan profesar.

Sewaktu berusia 18 tahun ketika masih menuntut di Maahad Hisamuddin pada

tahun 1950 beliau telah ditawarkan berkhidmatengan kerajaan sebagai guru agama di

Sekolah Kebangsaan Dato Keramatselma 20 tahun. Setelah meletakkan jawatan beliau

tidak lagi bekerja dengan kerajaan akan tetapi beliau giat menjalankan aktiviti dakwah

kepada masyarakat supaya kembali kepada Allah, aktiviti ini banyak dijalankan di surau-

surau dan masjid-masjid diantara masjid yang dikunjunginya ialah Masjid Jamek16.

14 Amirullah, 1994, h.8. 15

? Mohd Lazim Lawee, 2004, Penyelewengan dan Usaha Pemurniaannya,Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 27.16 Abdul Rahman Hj Abdullah, 2007,Gerakan Islam Tradisional di Malaysia Sejarah Pemikiran Jama’at Tabligh dan Darul Arqam, Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.,h.46.

9

Page 10: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

4.3 Gerakan Ashaari Muhammad diluar al-arqam

Ashaari telah menyertai beberapa jemaah Islam antaranya PAS dan ABIM17. Pada

tahun 1958 beliau telah menyertai PAS dan menyandang jawatan Exco PAS

Selangor.Oleh kerana beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang terdapat di

dalam PAS beliau telah mengambil keputusan keluar dari PAS pada tahun 1960. Diantara

perkara yang tidak dipersetujui oleh beliau adalah masalah pendidikan dan tarbiyah ahli,

ini kerana pada masa itu PAS tidak menitikberatkan soal pendidikan dan tarbiyah rohani

kepada pengikutnya. Setelah keluar dari PAS beliau menyertai Jamiyyah Dawatul

Islamiah atau Islamic Missionary Associatian dan memegang jawatan sebagai ketua

penerangan selama 3 tahun. Pada tahun 1968, beliau mengambil keputusan keluar dari

gerakan ini disebabkan beberapa perkara tidak dipersetujui.

Pada tahun 1968, beliau dan rakan-rakannya telah menubuhkan satu kumpulan

sendiri iaitu al-Arqam. Pada mulanya al-Arqam merupakan satu gerakan yang bernaung

di bawah ABIM. Ashaari dilantik sebagai ketua dakwah ABIM Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan cara ABIM yang banyak bercakap dan berteori

daripada mempraktikkan beliau telah keluar dari ABIM pada tahun 1972 dan memberi

tumpuan sepenuhnya kepada jemaah al-Arqam.

4.4 Keperibadian Ashaari

Ashaari merupakan seorang insan yang minat kepada agama, sejak kecil lagi

beliau telah dididik dengan asas-asas agama oleh keluarganya. Sewaktu di zaman

17 Mohd Lazim Lawee, 2004, Penyelewengan dan Usaha Pemurniaannya,Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,h. 31.

10

Page 11: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

persekolahan beliau merupakan seorang yang pemalu akan tetapi beliau petah berkata-

kata dan berbakat dalam menyampaikan ceramah18. Beliau pernah berdebat mengenai

agama dan perjuangan.

Bagi mentarbiyah dan mendidik diri beliau telah menerima ilmu dan amalan

tariqat 19 sewaktu berusia 16 tahun daripada bapa saudaranya Lebai Ibrahim. Beliau

memeliki kepeibadian yang tinggi, peramah ,lemah lembut , berbudi bahasa, pemurah,

gigih beribadat dan tabah dalam kerja-kerja perjuangan Islam. Keperibadian beliau ini

diakui oleh pengikutnya yang setia mahupun yang telah disingkirkan oleh jemaah. Ustaz

Ansari merupakan sahabat seperjuangan Ashaari sejak dalam PAS dan juga merupakan

seorang pengasas terawal al-arqam mengakui keperibadian Ashaari walaupun beliau telah

disingkirkan dalam al-arqam.

5. CIRI-CIRI AJARAN AL-ARQAM DAN PEGANGANNYA

Diantara ajaran-ajaran pegangan al-Arqam yang salah dan menyeleweng yang

boleh menyesatkan umat islam adalaah seperti berikut:

18 Mohd Lazim Lawee, 2004, Penyelewengan dan Usaha Pemurniaannya,Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,h.28.19 Aurad Muhammadiah yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad As- Suhaimi.

11

Page 12: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

1) Mempercayai bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad

Muhammadiah tidak mati dan akan lahir sebagai imam mahdi

2) Mempercayai bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi telah berjumpa dengan

Rasulullah s.a.w didalam kaabah dengan keadaan jaga dan menerima Aurad

Muhammadiah itu daripada baginda.

3) Mengadakan tambahan pada lafaz syahadah dengan fakta palsu yang menyebut

Syeikh Muhammad As-Suhaimi sebagai Imam Mahdi dan menyamakan tarafnya

dengan Khulafa’ Al-Rasyidin,

4) Mentafsir secara salah terhadap maksud ayat 3 surah an-nisa dengan mendakwa

bahawa asal pernikahan hendaklah bermula dengan dua isteri dan seterusnya

tiga dan eempat. Ini bertentanagn dengan tafsiran muktabar dan sekaligus

menolak ijma’ ulama tentang hukum nikah.

5) Ketua kumpulan al-Arqam mendakwa bertemu secara sedar dengan Rasulullah

s.a.w dan para sahabat yang lain serta berdialog dengan baginda. Dakwaan ini

melanggar asas syariat islam kerana ini bermakna al-Quran dan hadith belum

selesai dan tamat. Disamping itu, beliau juga mendakwa Rasulullah s.a.w

mengakui kesahihan ajaran al-Arqam

6) Pengikut al-Arqam telah mencapai satu peringkat taasub kepada ketua hingga

sanggup mendewa-dewakan Ashaari Muhammad dan mempercayai beliau

mempunyai barakah, karamah dan syafaat

12

Page 13: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

7) Ashaari Muhammad di dakwa diberi kuasa-kuasa Allah (kun fayakun.) dakwaan

ini boleh membawa kepada syirik keran ia sanggup menyengutukan Allah.

8) Al-Arqam juga tidak mematuhi undang-undang dan enakmen agama islam negeri

dan undang-undang bertulis yang berkaitan dengaan hal ehwal islam di negeri-

negeri dan tidak mematuhi serta menghormati keputusan alim ulama

9) Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa

Rasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda

Rasulullah saw di dalam Kaabah.

10) Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula

sebagai Imam Mahdi.

11) Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan

setaraf dengan Khulafa' Al-Rasyidin.

12) Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga

(majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang k untuk mengesahkan

sesuatu yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya

mengenali siapa yang taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan

pemimpinnya.

13) Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong

apabila diseru namanya

14) Ashaari Muhammad dipercayai, selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai

karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman .

13

Page 14: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

15) Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan

keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi20.

6. PEWARTAAN

20 Amirullah Mohamed, 1994, Antara Halal dan Haram Al-arqam Jawapan kepada Ashaari, t.t : Rodatra Sdn. Bhd. h.160-162.

14

Page 15: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

Pada 5 Ogos 1994 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengharamkan Al-

Arqam dan segala ajaran serta fahaman dan pegangan yang meliputi ideologi, falsafah

serta sistem amalan dan publisiti. Pengumuman pengerusi Jawatankuasa Majlis

Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia itu dibuat selepas muzakarah

Jawatankuasa Fatwa yang dihadiri oleh semua mufti atau pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Mufti di Pusat Islam. Persepakatan telah dibuat terhadap Al-Arqam yang mana ajaran dan

fahaman kumpulan ini bertentangan dengan Syariah Islamiah dan boleh mengelirukan

serta menyesatkan masyarakat Islam. Antara ajaran al-Arqam yang menyeleweng ialah

mempercayai Sheikh Suhaimi berjumpa Rasulullah s.a.w dalam kaabah secara yaqazah21

dan menerima Aurad Muhammadiah daripada baginda. Selain itu, lafaz syahadah

ditambah dengan fakta palsu yang menyebut Sheikh Suhaimi sebagai Imam Mahadi dan

menyamakan tarafnya dengan Khulafa’ al-Rashidin. Dengan pengharaman itu, orang

Islam dilarang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman al-Arqam, menjadi anggota,

mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan

pembelajaran, mengadakan aktiviti ekonomi, sosial, kesenian dan kebudayaan dan

sebarang kegiatan menghidup dan mengembangkan kumpulan itu22.

Fatwa Majlis Ulama’ Indonesia menfatwakan mereka yang menyertai al-Arqam

sebagai sesat dan menyimpang daripada akidah islam. Tetapi majlis itu belum lagi

menghukum pengikut-pengikut al-Arqam sebagai murtad atau terus menjadi kafir kerana

penyertaan mereka dalam keadaan tidak sedar dan dikelirukan oleh ahli-ahli Dar al-

Arqam. Ketua umum Majlis Ulamak Daerah Acheh, Prof. Ali Hasjmy telah

21 Yaqazah adalah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w secara sedar.22 Amirullah Mohamed, 1994, Antara Halal dan Haram Al-arqam Jawapan kepada Ashaari, t.t : Rodatra Sdn. Bhd.h.153-155.

15

Page 16: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

menandatangani keputusan Majlis Fatwa Ulama Acheh dengan menolak ajaran al-Arqam

dari Malaysia mengembangkan pengaruhnya di Acheh disamping menyarankan kepada

pihak pemerintah supaya mengharamkan terus kegiatan al-Arqam di Acheh. Di antara

hujah-hujah yang menyebabkan al-Arqam diharamkan di tanah Acheh ialah mengenai

hukum perkahwinan serta adanya unsur penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w.dan

dakwaan mereka yang mengatakan bahawa Muhammad bin Abdullah al-Suhaimi

merupakan Imam Mahadi yang ditunggu-tunggu dan akan muncul pada tahun 199423.

JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah melihat adanya penyelewengan

akidah dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah dengan pemimpinnya, Ashaari

Muhammad, yang pertama sekali dilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku

Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada tahun 1986.Kini kumpulan Al-

Arqam tidak lagi wujud kerana telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994, tetapi

yang wujud ialah Kumpulan Rufaqa'. Kerajaan telah mengharamkan kumpulan Al-Arqam

berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 5 Ogos 1994. Fatwa

Majlis Kebangsaan itu memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam

bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.Berikutan

itu Ashaari yang ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta

Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membuat pengakuan terbuka mengenai

penyelewengan Al-Arqam. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan

Labuan. Beliau dibebaskan pada 25 Oktober 200424.

23Abdul Rahman Hj Abdullah, 2007,Gerakan Islam Tradisional di Malaysia Sejarah Pemikiran Jama’at Tabligh dan Darul Arqam, Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.,h.187-193.

24 www. e-fatwa.gov.my.

16

Page 17: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

Ketua pengarah Pusat Islam Malaysia telah membuat penyataan tentang

penyelewengan akidah al-Arqam pimpinan Haji Ashaari Muhammad yang mendakwa

Sheikh Muhammad Suhaimi berjumpa dengan Rasulullah di dalam kaabah secara jaga

dan menerima Aurad Muhammadiah.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman pada 18 Ogos 1999,

Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka pada 11 Ogos 1994, Majlis Fatwa Negeri Sembilan

pada 4 Ogos 1994, Majlis Fatwa Negeri Pahang pada 18 Ogos 1988 dan 22 September

1994, Majlis Fatwa Negeri Perak Darul Ridzwan pada 18 Ogos 1994 dan Jawatankuasa

Negeri Perlis,Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan pada 4 Febuari 1993 dan

11 Ogos 1994, Majlis Fatwa Negeri Terengganu pada 18 Ogos 1994, Jawatankuasa

Negeri Sabah pada 23 Ogos 1994, Jawatankuasa Negeri Sarawak pada 19 Ogos 1994,

Jawatankuasa Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan pada 1 Disember 1988 telah

mewartakan Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan Dar Al-Arqam memutuskan

bahawa :

a. Buku yang bertajuk Aurad Muhammadiah pegangan Dar Al-Arqam sekaligus

menjawab tuduhan yang ditulis oleh Ustaz Haji Assyari Muhammad dan isi

kandungannya dan manaqib ( riwayat hidup ) Sheikh Muhammad bin Abdullah

Assuhaimi yang ditulis oleh Muhammad Taha As Suhaimi dan juga yang ditulis

oleh pihak-pihak lain dalam semua bahasa dan isi kandungannya mengandungi

ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariah islamiah serta

mengelirukan dan boleh menyesatkan masyarakat islam.

17

Page 18: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

b. Kumpulan Dar al-arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan

fahaman yang terkandung di dalam buku bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan

Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan kitab manaqib( riwayat hidup)

Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi adalah diharamkan.

c.Pengharaman yang meliputi ajaran-ajaran dan pegangan Al-arqam,apa-apa jua

bahan–bahan publisiti, dan apa-apa jua terbitan yang berkaitan Al-arqam telah

dilaksanakan. Oleh yang demikian orang Islam dilarang mengamal ajaran dan

memiliki apa jua bentuk aktiviti yang berkaitan dengan Al-arqam adalah dilarang

untuk memberi kemudahan dan membantunya25.

7. KESIMPULAN

25 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2007, Fatwa Negeri-negeri yang diwartakan, Malaysia: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,h.3-121.

18

Page 19: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

Al-Arqam merupakan satu kumpulan ajaran sesat yang terkenal di Malaysia yang

mula ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Ashaari Muhammad yang merupakan pengasas

dan pemimpin gerakan ini. Ciri-ciri yang terdapat di dalam ajaran ini banyak

mengelirukan masyarakat dan menyesatkan pengikutnya. Ajaran ini telah diwartakan

sebagai satu ajaran yang sesat oleh jawatankuasa fatwa di kebanyakan negeri. Walaupun

ajaran ini telah diharamkan, namun ajaran ini masih lagi berkembang ke serata dunia.

Oleh itu, untuk menangani masalah penyebaran ajaran al-arqam, kerajaan harus

mengguna kaedah nasihat ke arah pmulihan, mengadakan penerangan kepada orang

awam menerusi khutbah jumaat, syarahan agama serta penyebaran risalah atau buku ini

perlu kerana bagi mnjaga keamanan negara terutama dalam masyarakat majmuk kerana

kumpulan ini menyeleweng daripada ajaran Islam.

BIBLIOGRAFI

19

Page 20: PENGHARGAAN - halimlading21.files.wordpress.com  · Web viewRasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka

Abdul Rahman Haji Abdullah, 2007, Gerakan Islam Tradisional Di Malaysia Sejarah

Pemikiran Jamaat Tabligh Dan Darul Arqam, Selangor : Karisma Publications Sdn. Bhd.

Mohd Lazim Lawee, 2004, Penyelewengan Jemaah Al-arqam Dan Usaha Pemurniannya,

Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amirullah Muhammad, 1994, Antara Halal Dan Haram Al-arqam Jawapan Kepada

Ashaari, t.t : Rodatra Sdn Bhd.

Mohd Lazim,2004, al-Arqam Dan Ajaran Aurad Muhammadia: Satu Penilaian,Selangor:

Universiti Kebangsaan Malaysia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2007, Fatwa Negeri-negeri yang diwartakan,

Malaysia: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2007, Keputusan Fatwa Keangsaan Siri 1, Malaysia:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Arqam

www. e-fatwa.gov.my.

20