penghargaan

17
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA PISMP SEM 1 1.0 PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah izin-Nya akhirnya dapat saya menyiapkan tugasan Falsafah dan Pendidikan di Malaysia atas bimbingan Puan.Sabariah Binti Yaakub ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang telah membimbing saya sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang iaitu Puan.Sabariah Binti Yaakub. Beliau bukan sahaja berjaya membimbing saya tetapi banyak memberikan panduan, pengajaran dan ilmu-ilmu yang amat berguna kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Selain itu, tidak lupa juga kepada ibu bapa saya dan suami saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan pada kali ini. Walaupun mereka berjauhan namun mereka tetap membantu saya dari segi sokongan dan bantuan kewangan. Sehubungan dengan itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang juga banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa pertolongan mereka kemungkinan agak sukar untuk saya menyiapkan tugasan yang diberi ini. Akhir kata dari saya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu saya secara langsung atau secara tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Sekian , terima kasih -BHAVANII RAJASEGAR- 1 ( EDU 3101 / JUN 2013)

Upload: haressh-bhavanii

Post on 17-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jnmh

TRANSCRIPT

Page 1: PENGHARGAAN

falsafah dan pendidikan di malaysia PISMP SEM 1

1.0 PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah izin-Nya akhirnya dapat saya

menyiapkan tugasan Falsafah dan Pendidikan di Malaysia atas bimbingan Puan.Sabariah

Binti Yaakub ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang

telah membimbing saya sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang

iaitu Puan.Sabariah Binti Yaakub. Beliau bukan sahaja berjaya membimbing saya tetapi

banyak memberikan panduan, pengajaran dan ilmu-ilmu yang amat berguna kepada saya

dan rakan-rakan yang lain.

Selain itu, tidak lupa juga kepada ibu bapa saya dan suami saya yang banyak

membantu saya dalam menyiapkan tugasan pada kali ini. Walaupun mereka berjauhan

namun mereka tetap membantu saya dari segi sokongan dan bantuan kewangan.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang juga

banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa pertolongan mereka

kemungkinan agak sukar untuk saya menyiapkan tugasan yang diberi ini.

Akhir kata dari saya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu saya

secara langsung atau secara tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus

ini.

Sekian , terima kasih

-BHAVANII RAJASEGAR-

1 ( EDU 3101 / JUN 2013)

Page 2: PENGHARGAAN

falsafah dan pendidikan di malaysia PISMP SEM 1

2.0 SENARAI KANDUNGAN

KERTAS SOALAN ……………………………………… I

BORANG KOLABORASI……………………………….. II

1.0 PENGHARGAAN 1

2.0 SENARAI KANDUNGAN 2

3.0 PENGENALAN 3-7

4.0 PENULISAN ESEI 8-12

5.0 REFLEKSI 13

6.0 RUJUKAN 14

7.0 LAMPIRAN 15

2 ( EDU 3101 / JUN 2013)

Page 3: PENGHARGAAN

falsafah dan pendidikan di malaysia PISMP SEM 1

3.0 PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan teras kepada sistem pendidikan di

Malaysia sejak 1988. FPK telah distruktur berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan

berlandaskan ideologi kebangsaan yang menerapkan Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru

dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (Choong, 2008).

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke

kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang

mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling

rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan

matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk

melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan

menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama

untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung

merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita

negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang

berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk

membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya

kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan

budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang

ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan

peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada

kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan

kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan

3 ( EDU 3101 / JUN 2013)

Page 4: PENGHARGAAN

falsafah dan pendidikan di malaysia PISMP SEM 1

membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan

masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu

proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan

memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman

bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan

mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.

Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi

juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan

bermula dengan keluarg seterusnya kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan adalah untuk pembangunan diri

manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga

dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan

berbakti.

Pada 19 Ogos hingga 25 Mac 2013, saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan

Sekolah (PBS) di SJK(T) Changkat, Batu Gajah,Perak. Jadi, saya telah membuat

pemerhatian terhadap peranan pihak pengurusan, prasarana, dan program dan aktiviti yang

dilaksanakan di sekolah ini dalam merealisasikan FPK.

4 ( EDU 3101 / JUN 2013)

Page 5: PENGHARGAAN

falsafah dan pendidikan di malaysia PISMP SEM 1

ELEMEN-ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1) Pendidikan suatu usaha berterusan

Pendidikan merupakan suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses ini berlangsung secara berterusan(dari kecil-akhir hayat). Ia jua merupakan pendidikan awal kanak- kanak untuk membentuk asas sahsiah (lingkungan 1-6 tahun). ini kerana sahsiah berkembang sepanjang tempoh sekolah. Apabila tamat persekolahan setiap individu tingkatkan ilmu,kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan berterusan ini uga membantu individu menyesuaikan dgn perubahan.

2) Perkembangan potensi individu

Perkembangkan dan mempertingkatkan bakat, potensi dan kebolehan pelajar amat penting . ia boleh berlaku melalui interaksi sosial (manusia dan alam sekeliling). Daripada pendidikanlah pelajar diberi peluang untuk kembangkan bakat, potensi dan kebolehan.

3) Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Bakat, potensi, kebolehan mesti dihubungkait bagi mengelak pertentangan antara satu sama lain.Peningkatan ini merangkumi 4 aspek iaitu aspek ,Jasmani ,Rohani ,Emosi dan Intelek.

4) Insan yang seimbang dan harmonis

Individu yg mempunyai kesihatan diri yang baik, kerohanian yang kuat iaitu percaya kepada Tuhan dan mempunyai akhlak yang baik , emosi dan sahsiah yg baik serta mempunyai ilmu yg mendalam adalah individu yang seimbang. Ia akan menghasilkan individu yang mampu hidup harmonis dengan diri dan orang lain.

5) Unsur intelek

Setiap individu mesti mempunyai asas 3M (membaca, menulis, mengira). mereka perlu berusaha memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. Mereka juga perlu berkemahiran untuk berfikir secara, kreatif ,kritikal dan relektif .disamping itu, mereka perlu berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.

6) Unsur rohani

Dalam hal ini ,individu perlu menyedari dan percaya kepada tuhan .ini menunjukkan kita bersyukur dengan pemberian tuhan. Seseorang juga perlu berakhlak mulia dan berpegang dengan nilai-nilai murni.

5 ( EDU 3101 / JUN 2013)

Page 6: PENGHARGAAN

falsafah dan pendidikan di malaysia PISMP SEM 1

7) Unsur emosi

Setiap individu mesti mempunyai emosi yang matang dan stabil. Selain itu individu juga mesti memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang serta mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.

8 ) Unsur jasmani

Setiap insan harus menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Ianya penting bagi mengembangkan bakat dan kemahiran seperti teknikal, manipulatif ,dan sosial. Dan mereka juga harus menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

9) Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Setiap individu wajib mengakui tentang kewujudan Tuhan. Sebagai Pencipta manusia dan alam.Di samping itu, setiap insan harus menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan.Oleh itu, Individu bertanggungjawab ke atas perbuatan dan tindakannya.Serta mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.

10) Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Setiap individu perlu menyintai ilmu pengetahuan.Mereka perlu berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca.Serta berfikiran luas dan terbuka.

11) Rakyat Malaysia yang berketrampilan

Rakyat yang berketrampilan mestilah mempunyai kecekapan dan kompetensi diri.Oleh itu, mereka mestilah berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna serta berpandangan jauh dan berinisiatif .

12) Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Setiap individu mestilah mempunyai perwatakan diri yang baik serta berpegang kepada nilai-nilai murni yang baik dan moral prinsip hidup.

13) Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Individu yang bertanggungjawab boleh dipercayai oleh orang lain .Jesteru, seseorang mesti menyedari bahawa setiap tugas adalah amanah dan mesti dilaksanakan dengan baik.Mereka juga perlu menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap.Di samping itu, mereka harus berusaha meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

6 ( EDU 3101 / JUN 2013)

Page 7: PENGHARGAAN

falsafah dan pendidikan di malaysia PISMP SEM 1

14) Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

Untuk mencapai kesejahteraan diri, seseorang mesti berfikiran waras dan berjiwa tenang. Selain itu, peru juga daya ketahanan yang kuat untuk meghadapi cabaran hidup.

15) Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara

Individu perlu berusaha memupuk perpaduan dengan sifat yang baik.Selain itu juga,kita perlu berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan untuk mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara. Oleh itu, kita mesti mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.

16) Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

Setiap individu harus mempunyai daya tahan fizikal & mental serta berkebolehan mengharungi cabaran dlm kehidupan.

17) Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Dalam hal ini, setiap insan perlu mengamalkan serta menghayati Rukunegara sebagai amalan hidup. Kita juga perlu memupuk persefahaman keluarga mematuhi norma masyarakat semangat cintakan negara.

7 ( EDU 3101 / JUN 2013)

Page 8: PENGHARGAAN

falsafah dan pendidikan di malaysia PISMP SEM 1

4.0 TULIS SEBUAH ESEI YANG MEMBINCANGKAN BAGAIMANA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAPAT MEMBANTU DALAM MELAHIRKAN MURID YANG MAMPU MEMBERI SUMBANGAN KEPADA NEGARA

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia

dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan adanya FPK, maka

sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan

dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan

membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga

kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan

untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang

berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang

warganegara yang baik. Jika dilihat, falsafah pendidikan kebangsaan ini dapat membantu

dalam melahirkan murid yang mampu memberi sumbangan kepada negara melalui

pelbagai aspek. Iaitu daris segi aspek (JERIS) jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh

segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara

menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat

dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Pendidikan di Malaysia suatu usaha berterusan ke arah melahirkan insan atau individu

yang seimbang dari aspek Sosial Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani atau lebih dikenali

sebagai “JERIS”. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara oleh murid pada masa akan datang.

Pertama sekali, keseimbangan dalam aspek “JERIS” boleh dicapai dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Unsur Jasmani memberi tumpuan kepada perkembangan

anggota-anggota tubuh badan dengan cekap dan sihat. Walaupun merujuk tubuh badan,

kesihatannya bukan bergantung pada penjagaan tubuh badan semata-mata, ia juga perlu

penjagaan emosi. Hal ini kerana emosi juga mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Oleh itu

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan subjek-subjek yang berkaitan dalam

sistem pendidikan negara. Contohnya subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,

Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik serta aktiviti dalam Kelab dan Persatuan seperti

Kelab Kebudayaan yang melibatkan gerakan dan kemahiran. Dengan unsur jasmani pelajar

seharusnya dapat memperkembangkan bakat dan kemahiran teknikal, memanipulatif dan

8 ( EDU 3101 / JUN 2013)

Page 9: PENGHARGAAN

falsafah dan pendidikan di malaysia PISMP SEM 1

bersosial. Jasmani yang sihat secara dasarnya bermaksud memiliki tubuh badan yang sihat.

Dengan tubuh badan yang sihat pelajar tentu sekali dapat menyumbang tenaga dengan baik

dan berkesan.

Selain daripada itu, Falsafah pendidikan Kebangsaan (FPK) melahirkan insan atau

individu yang sihat sahaja tidak cukup dalam sistem pendidikan negara. Ia juga perlu

melahirkan insan atau individu yang stabil emosi. Unsur emosi ini diselit bagi menjamin

perasaan yang sihat dan matang serta memiliki kasih sayang untuk mencintai perpaduan

serta keamanan dan perasaan positif yang lain yang dapat menjamin kestabilan individu

yang membawa kepada keatabilan negara. Contohnya, seseorang yang sihat tubuh badan

tetapi bila menghadapi cabaran cepat panas baran, putus asa atau pun bunuh diri. Keadaan

ini berlaku kerana tidak ada emosi yang stabil. Emosi merupakan faktor yang penting dalam

kehidupan. Bagi pelajar yang mempunyai masalah emosi guru kaunseling

bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan panduan supaya konflik emosi dalam diri

pelajar dapat diselesaikan dengan baik. Penjagaan emosi adalah penting kerana masalah

emosi bukan sahaja boleh menjejaskan mental malah juga fizikal. Jadi FPK, dapat

merealisasikan seseorang murid yang berkaliber dan penjagaan emosi yang baik, dimana

murid tersebut dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara pada masa akan

datang.

Justeru itu, seimbang daripada aspek jasmani iaitu sihat tubuh badan, emosi yang

stabil juga tidak cukup untuk melahirkan insan yang seimbang, jika tidak ada unsur rohani

dalam diri. Rohani adalah merujuk kepada pembentukan dan pembinaan watak dan

kejatidirian manusia. Sistem pendidikan melahirkan watak dan kejatidirian watak yang

sesuai dengan agama, adat dan sosio-budaya Malaysia, sebagaimana termaktub dalam

Rukun Negara. Unsur rohani ini diselitkan agar setiap individu percaya kepada Tuhan,

sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan serta berakhlak mulia dan berpegang

teguh kepada amalan-amalan yang baik. Jika rohani kosong atau penerapan nilai-nilai moral

tidak ada maka kita tidak dapat melahirkan keperibadian yang mulia. Oleh itu kerajaan telah

memantapkan matapelajaran agama Islam di sekolah kebangsaan dengan memperkenalkan

program Jawi, Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF). Bagi pelajar yang bukan Islam

pendidikan moral sudah cukup tetapi amali haruslah diutamakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran agar ianya dapat dipraktikan di luar.

Dengan itu, sihat, emosi stabil dan bermoral juga tidak dapat melahirkan insan yang

seimbang tanpa intelek. Intelek bermaksud daya kemampuan berfikir dan memahami

(menganalisis dan sebagainya). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) insan

9 ( EDU 3101 / JUN 2013)

Page 10: PENGHARGAAN

falsafah dan pendidikan di malaysia PISMP SEM 1

yang seimbang dan harmonis dapat mengamalkan ilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

mempunyai kepercayaan teguh kepada Tuhan, berfikiran tenteram, sihat tubuh badan, hidup

bermasyarakat dan cergas. Intelek merupakan unsur yang sangat diperlukan.

Keseimbangan dalam aspek intelek dapat diperkembangkan dalam pendidikan. Bagi

rakyat Malaysia intelek diukur di atas kertas ujian. Kebanyakan rakyat Malaysia

menganggap bahawa intelek merupakan lembing kejayaan individu. Perkara ini harus

dihakis, persepsi rakyat Malaysia harus diubah. Aspek intelek sepatutnya dijelaskan dengan

lebih menyeluruh di dalam pendidikan dengan menyatakan kepada individu bahawa

kejayaan intelek bukan bermaksud cemerlang di dalam peperiksaan, malah kejayaan

merangkumi intelek ialah kejayaan yang merangkumi keupayaan berfikir untuk hidup dan

berdikari. Contohnya, apalah guna cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

dengan mendapat 18 A1 tetapi tidak mampu hidup berdikari dan berfikiran rasional untuk

membuat keputusan yang bijak bagi menentukan masa hadapan. Guru-guru harus

mengukuhkan keyakinan pelajar dalam setiap subjek yang diajar supaya murid yang lahir

akan menjadi masyarakat Malaysia yang dapat membuat keputusan yang bernas dan bijak

serta tidak mendatangkan masalah pada masa hadapan. Guru boleh memberi peluang

kepada pelajar untuk menambahkan keyakinan pelajar dengan memberi mereka peluang

untuk bercakap di khalayak ramai.

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), perkara yang sangat dititikberatkan

adalah berkaitan dengan soal keagamaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan. Kepercayaan

kepada Tuhan adalah elemen yang ketujuh dalam Pembentukan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dimana kalau kita lihat kepentingannya, semua pelajar Islam diwajibkan

mengambil mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam dalam peperiksaan awam.

Sementara itu, pelajar bukan Islam hendaklah diberikan pelajaran Pendidikan Moral.

Kewajipan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pelajar-pelajar dapat mengamalkan

konsep kepercayaan kepada Tuhan kerana mereka telah diajar perkara tersebut di dalam

kelas. Dalam melihat kepada kerelevan kepercayaan kepada Tuhan dalam kalangan

pelajar-pelajar di negara kita berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pengkaji

bersetuju dan berpendapat bahawa ianya begitu relevan dan sesuai mengikut peredaran

zaman dan masa. Hal ini kalau kita lihat secara rasionalnya, individu-individu pelajar telah

mengakui tentang wujudnya Pencipta. Pelajar-pelajar telah mengamalkan kepercayaan

keagamaan masing-masing seperti dalam agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan

sebagainya. Mereka mengakui bahawa manusia dan alam semesta dijadikan oleh Pencipta

yang disebut sebagai Tuhan. Malah mereka juga mengetahui hukum dan fenomena alam

merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta. Pelajar-pelajar juga boleh berfikir dan

menyedari bahawa manusia dijadikan adalah untuk memakmurkan alam dan

10 ( EDU 3101 / JUN 2013)

Page 11: PENGHARGAAN

falsafah dan pendidikan di malaysia PISMP SEM 1

bertanggungjawab di atas perbuatan yang dilakukan seperti percaya adanya syurga dan

neraka, dosa dan pahala, hukuman dan tindakan dan lain-lain.

Secara realiti dunia pada hari ini, peredaran zaman telah mengubah pelbagai aspek

dalam kehidupan manusia di dunia ini. Tidak terkecuali dalam aspek pendidikan dan sahsiah

pelajar. Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang

ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Elemen ini menyarankan rakyat

yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan

menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan

iaitu gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan berusaha

meningkatkan serta menyebarkan ilmu pengetahuan di samping memanfaatkan ilmu untuk

kebaikan diri dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam. Selain itu, dalam

pembentukan FPK, ianya juga menekankan penyebaran ilmu pengetahuan dan

memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri dan orang lain.

Melahirkan individu yang berketerampilan ini penting bagi memastikan keseimbangan

pendidikan dari segi rohani, jasmani dan intelek. Antara ciri-ciri individu berketerampilan

yang ingin dilahirkan ialah yang berilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan sememangnya

kunci bagi kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi. Dalam situasi perkembangan

dunia hari dimana perkembangan teknologi adalah begitu pesat, ilmu pengetahuan

sememangnya amat mudah didapati. Hasrat melahirkan individu yang berpengetahuan

harus disertai dengan mempunyai kemahiran apabila mempraktikkan ilmu pengetahuan

tersebut.

Selain daripada itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menitikberatkan unsur dan

nilai kebertanggungjawaban di dalam diri setiap rakyat Malaysia. Bertanggungjawab yang

dimaksudkan disini bukanlah bererti bertanggungjawab ke atas tugasan pekerjaan sahaja

malahan ianya meliputi pelbagai aspek tanggungjawab seperti tanggungjawab terhadap

agama dan keluarga, tanggungjawab terhadap perlembagaan undang-undang,

tanggungjawab terhadap keamanan sejagat dan sebagainya. Oleh sebab itu, nilai ini telah

dipupuk dan disemai kepada rakyat Malaysia sejak berada di bangku sekolah lagi. Dengan

mengetahui tugas dan tanggungjawab ini diharapkan agar rakyat Malaysia mampu untuk

menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara yang berwibawa,

disegani dan dihormati disamping memelihara perpaduan kaum untuk menjamin keamanan

negara diteruskan.

Seterusnya hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan rakyat

Malaysia yang mampu dan berkeupayaan untuk menikmati kesejahteraan diri.

11 ( EDU 3101 / JUN 2013)

Page 12: PENGHARGAAN

falsafah dan pendidikan di malaysia PISMP SEM 1

Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri di sini bermaksud seseorang individu yang

berupaya menangani apa-apa sahaja masalah di dalam hidupnya sebagai contoh. Mereka

juga mampu untuk berfikir secara waras apabila menghadapi sebarang situasi seperti

menilai kesan dan akibat baik dan buruk sesuatu pertimbangan. Di samping itu juga,

keseimbangan mencapai kesejahteraan hidup ini juga meliputi keupayaan seseorang

individu untuk mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin

perhubungan yang baik dengan orang lain. Ini dapat membentuk seseorang pelajar yang

boleh memberi sumbangan kepada negara.

Unsur yang terakhir yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu

rakyat Malaysia yang dapat memberikan banyak sumbangan kepada masyarakat, agama,

dan negara. Dengan wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan kepada

negara, ia sebenarnya telah membantu proses pembangunan negara ke arah sebuah

negara maju. Bukan itu sahaja, harapan untuk melihat ramai rakyat Malaysia berjaya di

dalam memberikan sumbangan terutama sekali sumbangan kepada keluarga akan

menambahkan lagi keharmonian dan kemakmuran di dalam sesebuah keluarga bahkan juga

kepada masyarakat. Tuntasnya disini adalah untuk melahirkan masyarakat yang berguna

kepada keluarga, agama dan bangsa.

Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis,

pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan dahulu

kerana elemen-elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan modal

insan selaras kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan 2020.

5.0 REFLEKSI

12 ( EDU 3101 / JUN 2013)

Page 13: PENGHARGAAN

falsafah dan pendidikan di malaysia PISMP SEM 1

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Puan. Sabariah binti Yaakub

yang memberi tugasan yang cukup manfaat kepada saya. Berdasarkan tugasan ini,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang telah saya kaji dan analisis, saya telah

memahami konsep-konsep yang ingin dilaksanakan oleh FPK dalam sistem pendidikan di

Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi penanda aras kepada perkembangan

sistem pendidikan di Malaysia ini. FPK sangat berguna bagi semua pihak terutama saya

yang akan berkecimpung di dalam bidang pendidikan tidak lama lagi. Saya dapat

menganalisis bagaimana FPK dapat membantu dalam melahirkan pelajar yang boleh

memberi sumbangan kepada masyarakat, sekolah dan negara.

Pertama sekali saya dapat analisis tugasan ini bahawa dalam sukatan pelajaran,

FPK telah menetapkan bahawa penggabungjalinan amat penting bagi memudahkan murid

memahami isi yang ingin disampaikan oleh guru pada setiap mata pelajaran . Tugasan ini

dapat menyedarkan saya bahawa perkembangan pendidikan di Malaysia bermula dari satu

Rukun Negara yang diterapkan dalam jiwa murid pada masa kini. Tugasan ini dapat

membantu saya dalam mengetahui proses pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dan elemen-elemen serta implikasinya terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Saya

mengharapkan sistem ini akan digunakan berterusan dan tidak disalahgunakan oleh mana-

mana pihak dalam sistem pendidikan di Malaysia. Banyak elemen-elemen yang penting FPK

dapat merealisasikan pelajar yang berketerampilan dan berwibawa kepada masyarakat dan

negara.

Saya sebagai bakal pendidik akan menerapkan konsep falsafah ini dalam diri saya

supaya saya dapat menggunakannya di masa akan datang. Walaupun sistem pelajaran

akan berubah namun konsep dan elemen yang terdapat dalam falsafah pendidikan tidak

akan digubal sewenang-wenangnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada

pensyarah pembimbing Puan Sabariah binti Yaakub kerana memberi bimbingan dan tunjuk

ajar kepada saya sehingga saya mampu mendalami makna sebenar FPK dalam sistem

pendidikan Negara ini. Sepanjang saya menjalankan PBS , saya membuat banyak

pemerhatian terhadap pelaksanaan FPK di sekolah ini. Banyak pengalaman baru yang saya

telah dapat di sekolah ini. Dalam tempoh saya menjalankan PBS ini, saya mendapati

bahawa semua pihak terutamanya pihak pentadbiran dan guru-guru menunjukkan sikap

yang positif dalam tugas masing-masing bagi merialisasikan FPK di sekolah ini.

Sebagai buktinya, banyak program telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak

pentadbiran kepada murid-murid bagi memastikan murid-murid mereka mendapat

kecemerlangan dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sebagai penutup,

13 ( EDU 3101 / JUN 2013)

Page 14: PENGHARGAAN

falsafah dan pendidikan di malaysia PISMP SEM 1

peranan semua pihak di sekolah ini adalah amat penting dalam membentuk kecemerlangan

murid-murid dari aspek JERIS seperti yang terkandung dalam FPK.

Seterusnya, dalam tugasan ini saya telah menerima satu cabaran dimana menghasilkan

e-book yang agak kreatif dan inovatif yang saya tidak pernah mengetahui tentang e-book.

Setelah saya menerima tugasan , saya perlu menghasilkan satu e-book yang menarik

tentang tokoh pendidik. Jadi saya mencari pelbagai bahan dalam internet mengenai

penghasilan e-book dan ia dapat memperkembangkan potensi saya dalam menghasilkan e-

book yang cantik. Dengan bantuan rakan saya iaitu Azizan dapat saya mempelajari tentang

e-book ini. Ini merupakan satu pengalaman baru apabila menghasilkan e-book mengikut

kriteria atau idea sendiri. Penghasilan e-book ini sesuatu yang menyeronokkan dan dapat

memperluaskan fikirannya. Saya dan pasangan saya berusaha mencari bahan-bahan dan

maklumat tentang e-book dan tokoh pendidikan.

Syukur kepada Tuhan, akhirnya dengan limpah kurnia , dapat jua saya menyiapkan

tugasan ini sebagaimana yang dikehendaki tepat pada tarikh dan masanya dengan

sempurna. Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada mereka yang telah

banyak terlibat secara langsung dan juga secara tak langsung dalam menyiapkan kerja

kursus ini, khasnya kepada pensyarah yang banyak berbudi, Puan. Sabariah binti Yaakub

serta ahli kumpulan saya yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar.

Saya juga amat mengharapkan teguran, cadangan dan nasihat yang membina dan

berguna agar dapat memperbaiki lagi hasil mutu kerja saya pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih…

14 ( EDU 3101 / JUN 2013)

Page 15: PENGHARGAAN

falsafah dan pendidikan di malaysia PISMP SEM 1

6.0 RUJUKAN

Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa (1994).Falsafah dan konsep pendidikan.

KualaLumpur: Fajar Bakti.

Chong Lean Keow (2008), Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia untuk PPPRPET.

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Ee Ah Ming (1998), Pendidikan Di Malaysia II (Semester V). Penebit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ibrahim Mamat (1993), Kepimpinan Sekolah, Teori Untuk Praktis. Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Mok Song Sang, Falsafah Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, PTS

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

LAMAN SESAWANG

http://www.scribd.com. Akses pada 20 Februari 2008.

SK Seri Cheding, (2006). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. http://sksc. ppdkualalangat.gov.my/index.php. Akses pada 20 Februari 2008.

Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein, (2005). Pesanan Menteri Pelajaran. http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/julai05/index.htm. Akses pda 22 Febuari 2008.

Wan Muhammad Wan Ibrahim, (2007). Kenyataan Media JIM - Guru Tonggak Pembinaan Masyarakat Madani http://www.jim.org.my/modules.php?module=akhbar. Akses pada 24 Februari 2008.

15 ( EDU 3101 / JUN 2013)

Page 16: PENGHARGAAN

falsafah dan pendidikan di malaysia PISMP SEM 1

16 ( EDU 3101 / JUN 2013)