penghargaan

12
PENGHARGAAN Salam sejahtera saya ucapkan. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyelesaikan kerja kursus pendek ini dalam masa yang telah ditetapkan. Terima kasih juga kerana memberi peluang kepada saya untuk mengucapkan terima kasih di ruangan ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Pendidikan Jasmani,Encik Azhar Awang kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini. Tanpa bantuan dan dorongan daripada beliau, mungkin kerja kursus pendek ini tidak dapat disiapkan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan pelatih yang turut banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Dengan kerjasama dan komitmen yang telah diberikan, kerja kursus ini juga dapat disiapkan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan adik-beradik saya yang selalu memberi kata-kata semangat dan dorongan yang padu untuk menyiapkan kerja kursus ini. Faktor ini juga telah memberikan saya semangat yang kuat untuk menyiapkan tugasan ini walaupun terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu saya tempuhi.

Upload: prasath-raju

Post on 15-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

htgthbAZbt

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

Salam sejahtera saya ucapkan. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyelesaikan kerja kursus pendek ini dalam masa yang telah ditetapkan. Terima kasih juga kerana memberi peluang kepada saya untuk mengucapkan terima kasih di ruangan ini.Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Pendidikan Jasmani,Encik Azhar Awang kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini. Tanpa bantuan dan dorongan daripada beliau, mungkin kerja kursus pendek ini tidak dapat disiapkan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan pelatih yang turut banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Dengan kerjasama dan komitmen yang telah diberikan, kerja kursus ini juga dapat disiapkan dengan jayanya.Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan adik-beradik saya yang selalu memberi kata-kata semangat dan dorongan yang padu untuk menyiapkan kerja kursus ini. Faktor ini juga telah memberikan saya semangat yang kuat untuk menyiapkan tugasan ini walaupun terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu saya tempuhi. Akhir sekali, ribuan terima kasih saya tujukan kepada sesiapa sahaja yang telah banyak membantu menyiapkan kerja kursus pendek ini. Sekian, terima kasih.

Isi Kandungan

Penghargaan ...i

Isi Kandungan ...ii

Pengenalan ..1 3

Matlamat ...3

Objektif 4

Tarikh, Masa dan Tempat .4

Kumpulan Sasaran 5

Panduan Pelaksanaan Pergerakan

i. Prosedur Pelaksanaan Demonstrasi ii. Pelan Kedudukan iii. Senarai Peralatan Berat iv. Senarai Alatan Tangan

5 25262727

Rumusan .27

Rujukan .28

Lampiran 29

KERTAS KERJA PERGERAKAN ASAS

1.0 TAJUKPergerakan asas lokomotor, pergerakan asas bukan lokomotor dan manipulasi alatan.

2.0 PENGENALANKemahiran asas dapat dibahagikan kepada empat komponen utama iaitu pergerakan asas, kemahiran manipulatif, kemahiran asas sukan dan kemahiran asas fizikal. Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang itu yang menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan asas pula bermaksud membimbing pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah. Pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Pergerakan asas merupakan satu pergerakan yang penting untuk kecerdasan fizikal, Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan.

2.1 KEMAHIRAN PERGERAKAN LOKOMOTORPergerakan lokomotor adalah pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Tapak sokongan bagi pergerakan lokomotor berubah. Terdapat dua jenis pergerakan lokomotor iaitu lokomotor ritma sekata dan lokomotor ritma tidak sekata.Berikut adalah contoh bagi pergerakan lokomotor ritma sekata : Berjalan Berlari Melompat Melompat laying (Leap) Melonjak (Hop) Melonjak panjang Merangkak Mengguling Memanjat

Berikut pula adalah contoh bagi pergerakan lokomotor ritma tidak sekata : Melongsor Skip Galop Polka Chasse Grapevine Do-si-do

2.2 KEMAHIRAN PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTORPergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan. Tapak sokongan bagi pergerakan ini tidak berubah. Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Berikut merupakan jenis-jenis pergerakan bukan lokomotor : Imbangan Membongkok Menegak Melentik Melengkung Mengilas Memusing Mengayun Melunjur Bangkit Rebah Menyokong Mengelak

2.3 KEMAHIRAN MANIPULATIF ALATANKemahiran manipulatif alatan merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid-murid sekolah rendah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Pergerakan ini boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti gelung rotan, tali, kayu, pundi kacang dan bola.

3.0 MATLAMATMatlamat penghasilan kertas kerja ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan tentang pergerakan asas dan meningkatkan kefahaman bahawa tubuh badan berperanan sebagai perantaraan untuk pergerakan. Pengetahuan pergerakan asas ini juga penting bagi : Memberi peluang kepada kanak-kanak menggunakan tubuh badan sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan. Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak. Mengembangkan kebolehan pergerakan motor. Meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan. Meningkatkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.0 OBJEKTIFPergerakan asas bertujuan untuk membantu para pelajar mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. Objektif pergerakan asas ini adalah bertujuan untuk : Membantu pelajar membina pergerakan asas. Memberi pengetahuan tentang jenis-jenis pergerkan yang sedia ada. Membentuk kemahiran pergerakan asas, kreativiti dan menarik minat para pelajar terhadap aktiviti fizikal yang berfaedah. Menggalakkan pelajar menggunakan idea bagi melaksanakan pergerakan asas dalam pelbagai jenis pergerakan. Membolehkan pelajar menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan suatu pergerakan. Memupuk imej kendiri, kesungguhan, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar. Para pelajar dapat mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian dengan berkesan.

5.0 TARIKH23 September 2013

6.0 JANGKA MASA10.00 pagi hingga 11.30 pagi

7.0 TEMPATGimnasium IPG Kampus Ipoh

8.0 KUMPULAN SASARANMurid Sekolah Rendah9.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

9.1 PROSEDUR PELAKSANAAN Setiap kumpulan yang terdiri daripada 4 orang dikehendaki mencipta 20 pergerakan iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor dalam amali pergerakan asas ini. Setiap kumpulan mestilah mempunyai 20 perlakuan yang berbeza-beza. Semasa melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu bergerak memenuhi ruang dengan memanipulasikan sejenis alatan seperti bola, reben, gelung rotan, belantan dan tali. Pelajar perlu menyusun pergerakan dengan mudah dan kreatif.

9.3 SENARAI PERALATAN BERATPeralatan berat yang digunakan semasa menjalankan amali pergerakan asas ini adalah: Tilam Bangku Panjang Skitel Peti Lombol.

9.4 ALATAN TANGAN YANG DIPILIHALATANBILANGAN

POM POM

2

PAYUNG

2

KAIN

2

RUMUSANPembelajaran pergerakan asas ini merupakan salah satu topik yang sangat penting dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Melalui perlaksanaan pergerakan asas ini, pelajar dapat mempelajari pelbagai kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas. Pergerakan asas juga memerlukan pelajar untuk berfikir untuk menggunakan daya kreativiti bagi mencipta pergerakan yang kreatif. Kemahiran ini penting bagi pelajar supaya pertumbuhan dan perkembangan pelajar dari segi kognitif dapat berkembang dengan baik. Kemahiran pergerakan ini, sama ada pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor adalah merupakan pergerakan yang kita amat perlukan dalam aktiviti seharian. Oleh itu, melalui pembelajaran pergerakan asas ini, murid-murid dapat menggunakan sesuatu pergerakan dengan gaya dan masa yang tertentu. Tidak dapat dinafikan bahawa pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan asas kepada pergerakan kanak-kanak. Pergerakan lokomotor seperti berjalan,berlari,melompat seharusnya dititikberatkan pada pendidikan awal kanak-kanak lagi. Pergerakan asas ini juga membantu pelajar untuk menjadi lebih fokus. Hal ini kerana pelajar perlu menumpukan perhatian mereka semasa melaksanakan sesuatu pergerakan untuk membolehkan pergerakan kelihatan kemas dan cantik. Perlaksanaan amali ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar kerana pelajar akan saling berbincang dan saling memberi pendapat tentang pergerakan yang dilaksanakan. Apabila dilihat secara teliti, terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi pendedahan,peluang dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas ini. Kesimpulannya, pergerakan asas ini perlu dilaksanakan supaya pelajar-pelajar menjadi lebih cergas dan cerdas. Di samping itu, perlaksanaan pergerakan asas dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.