penggunan bahasa kiasan dalam al-quran dalam berdakwah

9
Penggunaan Bahasa Kiasan Al-Quran Sebagai Kaedah Berdakwah Dalam Menangani Masalah Gejala Sosial Remaja Sapora Sipon (PhD) Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia Abstrak Al-Quran adalah satu mukjizat. Oleh itu, terdapat keperluan untuk menggunakannya untuk tujuan baik. Sumber dari al- Quran seperti bahasanya yang indah boleh digunakan untuk tujuan berdakwah dan diaplikasi dalam sesi kaunseling. Dewasa ini, penglibatan remaja dalam masalah gejala sosial seperti kes jenayah cukup membimbangkan dan memerlukan perhatian serius serta tindakan proaktif daripada semua pihak termasuk kerajaan, sekolah dan ibu bapa. Usaha yang berterusan perlu dilakukan dalam membantu menangani penglibatan remaja dalam masalah gejala sosial ini. Penulis, melalui artikel ini cuba membincangkan penggunaan bahasa kiasan yang terdapat di dalam al-Quran seperti metafora, fatamorgana, perumpamaan dan personifikasi sebagai salah satu medium berdakwah kepada remaja yang bermasalah. Penggunaan bahasa kiasan juga boleh digunakan sebagai salah satu teknik dalam sesi kaunseling. Dalam usaha memantapkan penulisan mengenai penggunaan bahasa kiasan dalam usaha berdakwah dan juga semasa sesi kaunseling, penulis turut memberikan contoh-contoh ayat- ayat al-Quran. Pengenalan Penglibatan remaja dalam masalah gejala sosial seperti kes jenayah cukup membimbangkan dan memerlukan perhatian serius serta tindakan proaktif daripada semua pihak termasuk kerajaan, sekolah dan ibu bapa. Dilaporkan seramai 1,836 pelajar ditangkap oleh polis dalam tempoh Januari hingga Ogos 2005 kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Chia Kwang Chye berkata 1,516 daripada mereka adalah pelajar Melayu, diikuti 132 pelajar 1

Upload: sapora

Post on 06-Jun-2015

2.561 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunan Bahasa Kiasan Dalam Al-Quran Dalam Berdakwah

Penggunaan Bahasa Kiasan Al-Quran Sebagai Kaedah Berdakwah Dalam

Menangani Masalah Gejala Sosial Remaja

Sapora Sipon (PhD) Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia

Abstrak

Al-Quran adalah satu mukjizat. Oleh itu, terdapat keperluan untuk menggunakannya untuk tujuan baik. Sumber dari al-Quran seperti bahasanya yang indah boleh digunakan untuk tujuan berdakwah dan diaplikasi dalam sesi kaunseling. Dewasa ini, penglibatan remaja dalam masalah gejala sosial seperti kes jenayah cukup membimbangkan dan memerlukan perhatian serius serta tindakan proaktif daripada semua pihak termasuk kerajaan, sekolah dan ibu bapa. Usaha yang berterusan perlu dilakukan dalam membantu menangani penglibatan remaja dalam masalah gejala sosial ini. Penulis, melalui artikel ini cuba membincangkan penggunaan bahasa kiasan yang terdapat di dalam al-Quran seperti metafora, fatamorgana, perumpamaan dan personifikasi sebagai salah satu medium berdakwah kepada remaja yang bermasalah. Penggunaan bahasa kiasan juga boleh digunakan sebagai salah satu teknik dalam sesi kaunseling. Dalam usaha memantapkan penulisan mengenai penggunaan bahasa kiasan dalam usaha berdakwah dan juga semasa sesi kaunseling, penulis turut memberikan contoh-contoh ayat-ayat al-Quran.

Pengenalan

Penglibatan remaja dalam masalah gejala sosial seperti kes jenayah cukup membimbangkan dan memerlukan perhatian serius serta tindakan proaktif daripada semua pihak termasuk kerajaan, sekolah dan ibu bapa. Dilaporkan seramai 1,836 pelajar ditangkap oleh polis dalam tempoh Januari hingga Ogos 2005 kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Chia Kwang Chye berkata 1,516 daripada mereka adalah pelajar Melayu, diikuti 132 pelajar India,119 pelajar Cina dan bakinya adalah pelajar daripada bangsa lain.

Kesan kepada masalah gejala sosial dikalangan remaja adalah besar. Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof Datuk Hamdan Adnan, berkata peningkatan jenayah remaja boleh mencetuskan aliran negatif dalam masyarakat. Ia bukan setakat soal jenayah, banyak isu berkaitan perlu diambil kira termasuk soal pemulihan remaja selepas ditangkap. Selain daripada penglibatan remaja dalam penyalahgunaan dadah, jenayah, seks boleh menyumbang kepada

1

Page 2: Penggunan Bahasa Kiasan Dalam Al-Quran Dalam Berdakwah

masalah kesihatan dan kematian pada umur muda. Kesemua ini jika tidak dikawal akan menjadi satu kebiasaan yang akan membawa kemudaratan kepada bangsa.

Dalam membincangkan masalah tingkah laku bermasalah, golongan yang banyak terlibat dengan gejala sosial adalah dari kalangan remaja Melayu. Contohnya menurut perangkaan Kementerian Kesihatan, sehingga Jun 2002 seramai 47,630 rakyat negara ini dijangkiti HIV di mana 70% terdiri daripada kaum Melayu diikuti oleh Cina (15%) manakala selebihnya India dan kaum lain. Dari segi jantina, jumlah penagihan dadah di Kedah dari Januari hingga September 2005, kaum lelaki jauh mengatasi kaum wanita iaitu ratio 2264 lelaki dan 13 wanita.

Usaha perlu dilakukan dalam usaha menangani penglibatan remaja dalam menangani masalah gejala sosial. Pihak-pihak yang terlibat seperti kerajaan, ibu bapa, guru, badan-badan bukan kerajaan telah, sedang dan akan melaksanakan perlbagai usaha dalam mengurangkan jumlah remaja yang terlibat dalam gejala sosial. Usaha-usaha murni di atas dipuji dan perlu berterusan. Penulis melalui artikel ini cuba melihat bagaimana remaja yang terlibat dengan gejala sosial boleh dibantu melalui penggunaan bahasa kiasan yang terdapat dalam al-Quran.

Keindahan Al-Quran Dan Penggunaan Unsur Sastera

Al Quran merupakan sebuah kitab suci bagi umat Islam, yang  disampaikan Allah SWT kepada Rasulullah dengan perantaraan malaikat Jibril. Kitab ini merupakan petunjuk dan aturan hidup yang paling sempurna yang bertujuan untuk membimbing manusia ke arah kebahagiaan dan kebaikan. Ayat-ayat dalam Kitab Al Quran ternyata indah dan menggunakan bahasa Arab dan susunan kalimat-kalimatnya mengandungi nilai sastera yang sangat sempurna. Keindahan Al Quran terbukti lagi apabila ia mengandungi kalimat-kalimat yang sangat halus dan  berbagai gaya bahasa kesusasteraan. Contoh gaya bahasa yang terdapat dalam al-Quran ialah seperti majaz, metafora, perumpamaan, atau penyerupaan. Dalam Al Quran juga terdapat ayat-ayat yang berpola atau berirama, yang jumlahnya lebih dari 100 ayat. Namun demikian, Al Quran memiliki perbedaan besar dengan syair dan merupakan sebuah karya yang tidak ada duanya.

Keindahan Al-Quran yang berjaya menarik perhatian para bijak pandai antaranya ialah susunan kata-katanya yang berirama. Susunan kata-kata Al Quran sedemikian indah dan cantik. Para sasterawan Arab sejak zaman ketika Al Quran diwahyukan sampai hari ini, mengakui bahawa bahasa yang dipakai Al Quran berada di luar dari kemampuan manusia. Hanya Allah SWT yang mampu menyusun kalimat-kalimat yang sedemikian indah. Sebahagian besar ayat Al Quran memiliki kesamaan nada pada bahagian akhirnya. Pola ini dalam puisi atau syair disebut sebagai wazan atau rima. Ayat-ayat Al Quran  menggunakan jalinan rima yang menarik hati dan menyentuh jiwa sehingga menyebabkan seorang cendikiawan Inggeris, Karbulad ketika menceritakan pengalamannya saat pertama kali mendengarkan bacaan Al Quran, mengatakan, “Saya masih terjaga ketika di suatu pagi dini hari, saya mendengar suara yang sangat indah dan menawan hati. Suara itu adalah suara ayat-ayat Al Quran yang indah dan penuh hakikat. Bersama

2

Page 3: Penggunan Bahasa Kiasan Dalam Al-Quran Dalam Berdakwah

suara itu, saya tenggelam dalam alam hakikat. Saya memejamkan mata dan menghanyutkan diri dalam suara Ilahiah dan memasrahkan diri kepadanya.”

Penulis berpendapat bahasa kiasan dalam al-Quran perlu dimanfaat dalam usaha berdakwah dan boleh diaplikasi dalam sesi kaunseling. Bahasa kiasan boleh dijadikan sebagai medium berdakwah melalui penggunaan metafora, hiperbola, fatamorgana, perumpamaan, personifikasi, hiperbola, imageri dan ilustrasi. Tujuan penggunaan bahasa kiasan adalah pelbagai. Di antaranya, bahasa kiasan sering digunakan sebagai usaha penceritaan tentang kebesaran Allah swt (Al-Quran; Surah An-Nur 24:25, Al-Quran; Surah Al-Hasyr 59:21) dan tentang kekufuran orang-orang kafir (Al-Quran; Surah Al-Jumu’ah 62:5).

Pandangan penulis bahawa penggunaan bahasa kiasan boleh dijadikan sebagai satu medium berdakwah adalah memandangkan bahawa bahasa al-Quran adalah sangat indah seperti mana kata-kata Ibn Qayyim al-Jawziyya, (1909) “The Quran is so wonderfully arranged and so marvellously composed, and so exalted is its literary excellence that is beyond what any mere creature could attain.” Sayyid Qutb turut memperakui keindahan bahasa al-Quran yang menjelaskan banyak menggunakan ilustrasi, imageri, metafora di mana ia menambahkan keindahan kepada bahasa itu.

Hasanuddin Ahmad (2006) menjelaskan bahawa Abu Bakr Muhammed-al-Baqillani (d.403/1013) telah mengenal pasti tidak kurang dari 34 jenis bahasa kiasan dalam Ijaz Al-Quran. Namun artikel ini hanya mengambil beberapa contoh penggunaan bahasa kiasan iaitu metafora, perumpamaan, fatamorgana, personifikasi dan hiperbola sebagai salah satu medium dalam usaha berdakwah kepada remaja-remaja bermasalah.

Elsayed M.H Omran (1988) mengatakan selain daripada Abu Bakr Muhammed al-Baqillani, tokok-tokoh lain yang banyak menulis mengenai keindahan bahasa al-Quran dalam penulisan mereka ialah Abu Jafar Muhammad b Jariri al-Tabari dalam Tafsir al-Quran, Mahmud b. Umar al-Zamakhashari di dalam Al-kashshaf, Nasr al-Din al-Baidawi di dalam Tafsir dan Al-Baqillani di dalam I’jaz al-Quran

Ayat Muhkamat Dan Mutasyaabihaat.

Dalam menerangkan penggunaan bahasa kiasan sebagai medium berdakwah, penulis merasakan adalah perlu untuk menerangkan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan ayat muhkamat dan mutasyaabihaat. Ayat al-Quran terdiri daripada ayat muhkamat dan ayat mutasyaabihaat seperti mana firmannya dalam surah Ali-Imran ayat 7 yang bermaksud “Dia lah yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. dan Yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). oleh sebab itu (timbullah faham Yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang Yang ada Dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa Yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan

3

Page 4: Penggunan Bahasa Kiasan Dalam Al-Quran Dalam Berdakwah

mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut Yang disukainya). padahal tidak ada Yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya Yang sebenar) melainkan Allah. dan orang-orang Yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya Dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" dan tiadalah Yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang Yang berfikiran.(Al-Quran dan Terjemahannya, 1971)

Ayat muhkamat

Apa yang dimaksudkan dengan ayat muhkamat ialah ayat-ayat yang terang dan tegas maksudnya, dapat difahami dengan mudah seperti mana firman-Nya yang bermaksud “Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan Yang tidak mengandungi Hikmah dan keadilan; Yang demikian adalah sangkaan orang-orang Yang kafir! maka kecelakaanlah bagi orang-orang Yang kafir itu dari azab neraka” . (Al-Quran; Surah Shaad 38:27)

Ayat-ayat Mutasyaabihaat

Sementara itu, ayat-ayat mutasyaabihaat ialah ayat-ayat yang mengandungi beberapa pengertian dan kita tidak dapat menentukan maksud ayat kecuali sesudah diselidiki secara mendalam erti ayat-ayat mutasyaabihaat ini. Pengertian sebenarnya hanya Allah yang mengetahui seperti ayat-ayat yang berhubungan dengan alam ghaib, mengenal hari kiamat, syurga, neraka dan lain-lain yang berkaitan.

Contoh ayat mutasyaabihaat ialah apabila ingin mengambarkan sesuatu yang tidak pernah dialami seperti keadaan syurga dan neraka. Gambaran syurga dalam surah Ar-Ra’d ayat 35 yang bermaksud “Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang taqwa ialah (seperti taman) mengalir sungai-sungai didalamnya;buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka” (Zamakhshari)

Penggunaan Bahasa Kiasan Dalam Menangani Masalah Sosial Remaja

Seperti mana yang dijelaskan, artikel ini akan menggunakan bahasa kiasan seperti metafora, fatamorgana, perumpamaan dan personifikasi sebagai salah satu cara untuk berdakwah kepada remaja yang bermasalah.

Metafora

Kamus Dewan (2001) mendefinisikan metafora sebagai pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa sebenar sesuatu perkataan itu. Contoh penggunaan metafora dalam al-Quran ialah “Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya

4

Page 5: Penggunan Bahasa Kiasan Dalam Al-Quran Dalam Berdakwah

perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim”.(Surah Al-Jumu’ah 62:5). Mengikut Al-Quran dan terjemahannya (1971), maksud ayat di atas ialah Allah swt memberi amaran kepada mereka yang gagal memikul amanah. Bani Israel yang gagal untuk mengikut suruhan Allah dalam kitab Taurat diibaratkan seperti keldai yang dibebankan oleh barang berat tetapi tidak memahami apa yang dipikulnya.

Penggunaan ayat di atas sebagai kaedah berdakwah boleh digunakan dengan menjelaskan bahawa manusia mempunyai tugas menjalankan amanah yang diberikan oleh Allah kepada setiap umatnya. Lantaran itu remaja tidak wajar melakukan perkara-perkara yang dilarang dan wajib menjalankan amanah yang diberikan itu.

Fatamorgana

Fatamorgana merupakan penggunaan bahasa kiasan yang boleh juga digunakan sebagai medium berdakwah dalam menangani masalah di kalangan remaja. Definisi fatamorgana mengikut Kamus Dewan (2002) ialah sesuatu yang bersifat khayalan logamaya. Contoh ayat yang menunjukkan penggunaan fatamorgana ialah surah An-Nur ayat 39 yang bermaksud “Dan orang-orang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatarmorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatangi air itu, dia tidak mendapatinya sesuatu apapun.Dan didapatinya (ketetapan) Allah disisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitunganNya”.

Maksudnya ayat di atas ialah adapun usaha orang-orang kafir, meskipun kelihatannya baik, tetapi tidak ada pahalanya pada Allah, malahan usahanya itu seperti bayangan panas di padang pasir, kelihatan dari jauh seolah-olah air yang jauh nampaknya, tetapi apabila dihampiri tidak berjumpa air tersebut (Al-Quran dan terjemahan, 1971)

Di sini, penulis berpandangan dalam usaha menjelaskan kepada remaja-remaja yang bermasalah bahawa segala keseronokan yang dilakukan tetapi membawa kepada mudarat adalah sebenarnya satu usaha yang sia-sia sahaja. Ianya adalah seperti sebuah fatamorgana yang mana sebenarnya keseronokan yang dirasai oleh para remaja ketika melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama adalah palsu.

Perumpamaan

Kamus Dewan (2002) mendefinisikan perumpamaan sebagai sesuatu yang dijadikan perbandingan. Perkataan yang sering digunakan sebagai menunjukkan perumpamaan ialah “seperti”. Contoh ayat al-Quran yang menunjukkan perumpamaan ialah surah al-Baqarah ayat 74 yang bermaksud .“Kemudian setelah itu, hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan diantaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan”

5

Page 6: Penggunan Bahasa Kiasan Dalam Al-Quran Dalam Berdakwah

Selain daripada itu, surah al-Baqarah ayat 261 juga menunjukkan contoh bahasa perumpamaan. Ayat ini bermaksud “bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”

Dalam usaha berdakwah, ayat di atas yang mengandungi bahasa kiasan perumpamaan boleh disampaikan kepada remaja yang bermasalah dengan tujuan untuk menjelaskan jika manusia banyak membuat amal ibadah kepada Allah swt seperti menderma ke jalan Allah, ia akan mendapat balasan yang berlipatganda.

Personifikasi

Selain daripada metafora, fatamorgana, perumpamaan, bahasa kiasan lain yang boleh digunakan sebagai usaha berdakwah kepada remaja bermasalah ialah personifikasi. Erti personifikasi mengikut Kamus Dewan (2002) ialah pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda yang tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak untuk medapatkan kesan sastera atau seni. Contoh penggunaan metafora dalam al-Quran ialah surah Al-Azhab ayat 72 yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan”.

Langit dan bumi digambarkan sebagai mempunyai sifat manusia iaitu diberikan tanggungjawab untuk memikul amanah. Berdasarkan ayat di atas yang mengandungi bahasa kiasan personifikasi, penulis berpandangan bahawa maksud ayat ini boleh diterangkan kepada remaja bermasalah dalam usaha untuk menyedarkan mereka bahawa manusia adalah makhluk yang mempunyai kesediaan untuk memikul amanah yang diberikan oleh Allah swt. Bagaimanapun, tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman. Remaja diingatkan bahawa mereka juga berupaya untuk memikul amanah yang diberikan Allah swt sekiranya mereka beriman kepada-Nya.

Kesimpulan

Artikel ini adalah satu penerokaan awal penulis dalam usaha menggunakan bahasa kiasan yang terdapat dalam al-Quran sebagai salah satu cara berdakwah kepada remaja yang bermasalah. Dalam usaha melakukan itu, penulis telah menggunakan bahasa kiasan seperti metafora, perumpamaan, fatamorgana dan personifikasi dalam usaha memberi kesedaran kepada mereka. Selain daripada itu, penulis juga merasakan bahawa bahasa kiasan

6

Page 7: Penggunan Bahasa Kiasan Dalam Al-Quran Dalam Berdakwah

ini juga boleh digunakan dalam sesi kaunseling yang juga bertujuan untuk menimbulkan rasa kesedaran kepada remaja yang bermasalah ini.

Rujukan

Al-Quran dan Terjemahannya. (1971). Arab Saudi.

Ibn Qayyim al-Jawziyya. (1909). Kitab al-Fawai’id al-mushawwig ila ulum al-Quran wa’ilm al-bayan. Cairo

Elsayed M.H Omran. (1988). Islam, the Quran and the Arabic Literature. Vol XIV (1)

Hasanuddin Ahmed. Ulm-ul-Qur’an An Introduction to the Science of the Qur’an (How to study and Understand the Quran http;//www. netnavigate. com/ hasan/studyquran/an4.htm

Kamus Dewan (2002). Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7