penggunaan klip video bagi meningkatkan · pdf filepeperiksaan lisan bagi tahun 2016 telah...

6
E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net 246 PENGGUNAAN KLIP VIDEO BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI Mohamed Zain Mohamed [email protected] Sekolah Perempuan Tanjong Katong Pusat Bahasa Melayu Singapura ABSTRAK Kemahiran berkomunikasi merupakan keterampilan penting dalam Abad ke-21. Para pelajar harus menguasai kemahiran ini bagi membolehkan mereka berkomunikasi secara berkesan. Bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar, satu kajian berbentuk eksperimental yang melibatkan tiga proses intervensi iaitu praintervensi, intervensi dan pascaintervensi telah dilaksanakan. Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar dengan menggunakan bahasa yang baik dan gramatis. Klip-klip video yang selaras dengan format peperiksaan lisan bagi tahun 2016 telah dipilih sebagai bahan rangsangan. Seramai 16 orang pelajar Menengah 2 yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah ‘Jugyokenkyu’ telah digunakan sebagai metodologi sepanjang kajian ini. Dapatan dari kajian ini mendapati bahawa kaedah ‘Jugyokenkyu’ telah dikenal pasti bukan sahaja mampu meningkatkan keterampilan pelajar bahkan sebagai wadah pembangunan modal insan guru-guru yang terlibat. Hasil dari kajian ini terbina satu pakej pembelajaran yang telah berjaya meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar. Kata Kunci: Keterampilan komunikasi, Interaksi lisan, Pelajar, Video --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Biodata Cikgu Mohamed Zain B Mohamed memulakan kerjaya sebagai guru sejak tahun 1997. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Melayu dan Sosiologi) dari Universiti Nasional Singapura pada tahun 1995 dan Diploma Pos-siswazah Dalam Pendidikan (Menengah) pada tahun berikutnya. Cikgu Mohamed Zain bertugas sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management) di Sekolah Perempuan Tanjong Katong dan Ketua Subjek Jabatan Bahasa Ibunda di sekolah yang sama. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pemarkah untuk peperiksaan nasional. Beliau mempunyai minat dalam bidang penyelidikan untuk memperbaik pengajaran dan pembelajaran serta bidang penterjemahan.

Upload: buituong

Post on 04-Mar-2018

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN KLIP VIDEO BAGI MENINGKATKAN · PDF filepeperiksaan lisan bagi tahun 2016 telah dipilih sebagai bahan rangsangan. ... merupakan kumpulan pertama yang akan mengambil ujian

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

246

PENGGUNAAN KLIP VIDEO BAGI MENINGKATKAN

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Mohamed Zain Mohamed

[email protected]

Sekolah Perempuan Tanjong Katong

Pusat Bahasa Melayu Singapura

ABSTRAK

Kemahiran berkomunikasi merupakan keterampilan penting dalam Abad ke-21. Para pelajar harus

menguasai kemahiran ini bagi membolehkan mereka berkomunikasi secara berkesan. Bagi

meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar, satu kajian berbentuk eksperimental yang

melibatkan tiga proses intervensi iaitu praintervensi, intervensi dan pascaintervensi telah

dilaksanakan. Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar dengan

menggunakan bahasa yang baik dan gramatis. Klip-klip video yang selaras dengan format

peperiksaan lisan bagi tahun 2016 telah dipilih sebagai bahan rangsangan. Seramai 16 orang

pelajar Menengah 2 yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu telah terlibat dalam kajian ini.

Kaedah ‘Jugyokenkyu’ telah digunakan sebagai metodologi sepanjang kajian ini. Dapatan dari

kajian ini mendapati bahawa kaedah ‘Jugyokenkyu’ telah dikenal pasti bukan sahaja mampu

meningkatkan keterampilan pelajar bahkan sebagai wadah pembangunan modal insan guru-guru

yang terlibat. Hasil dari kajian ini terbina satu pakej pembelajaran yang telah berjaya

meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar.

Kata Kunci: Keterampilan komunikasi, Interaksi lisan, Pelajar, Video

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Biodata

Cikgu Mohamed Zain B Mohamed memulakan kerjaya sebagai guru sejak tahun 1997. Beliau

memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Melayu dan Sosiologi) dari Universiti Nasional

Singapura pada tahun 1995 dan Diploma Pos-siswazah Dalam Pendidikan (Menengah) pada tahun

berikutnya. Cikgu Mohamed Zain bertugas sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Pengetahuan

(Knowledge Management) di Sekolah Perempuan Tanjong Katong dan Ketua Subjek Jabatan Bahasa

Ibunda di sekolah yang sama. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pemarkah untuk

peperiksaan nasional. Beliau mempunyai minat dalam bidang penyelidikan untuk memperbaik

pengajaran dan pembelajaran serta bidang penterjemahan.

Page 2: PENGGUNAAN KLIP VIDEO BAGI MENINGKATKAN · PDF filepeperiksaan lisan bagi tahun 2016 telah dipilih sebagai bahan rangsangan. ... merupakan kumpulan pertama yang akan mengambil ujian

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

247

1. Pengenalan

Kemahiran bertutur merupakan salah satu kemahiran yang dititikberatkan dalam pembelajaran Bahasa

Melayu di Singapura. Para pelajar diharapkan dapat bertutur dengan cara yang mudah untuk

berinteraksi serta menyesuaikan diri dengan masyarakat dan budaya Melayu dengan sebaik mungkin.

Dapat dikatakan bahawa kemahiran bertutur merupakan salah satu kemahiran berbahasa yang perlu

ditekankan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Memandangkan pentingnya kemahiran bertutur, maka

kajian pengajaran ini dijalankan untuk meninjau dan akhirnya membantu para pelajar untuk dapat

bertutur dengan berkesan.

Namun, usaha untuk membantu pelajar dalam kemahiran bertutur ini bukanlah sesuatu yang mudah

kerana usaha yang dilakukan penuh dengan cabaran. Oleh yang demikian, usaha ini harus dijalankan

secara bersepadu supaya pelajar akan lebih berkeyakinan untuk memberi respons yang sesuai kepada

sesuatu rangsangan, dengan lebih tersusun.

2. Pernyataan Masalah

Komunikasi merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian. Melalui komunikasi,

seseorang pelajar dapat menyampaikan idea, berkongsi pendapat dan berinteraksi dengan masyarakat.

Seseorang pelajar itu dianggap mempunyai kecekapan berkomunikasi yang baik apabila dia

mempunyai pengetahuan yang mendalam dan boleh menggunakan bahasa tersebut untuk tujuan

berkomunikasi secara spontan dan sesuai tatabahasanya. Mereka harus mampu menyampaikan idea

mereka dengan selesa lagi bernas. Namun, hanya segelintir pelajar yang mampu menggarap idea dan

menyampaikan pendapat dengan jelas.

Keyakinan diri dan kemampuan pelajar memberi pendapat atau berinteraksi dalam kelas berkait rapat

dengan konsep kendiri mereka. Keyakinan diri seseorang individu akan mempengaruhi kemahiran

berkomunikasi individu tersebut. Cara seseorang individu berinteraksi akan memberi tanggapan

tertentu kepada orang lain terhadap dirinya. Persepsi orang lain ini merupakan penilaian terhadap diri

individu tersebut. Oleh itu, faktor psikologi seperti keyakinan diri, motivasi dan kebolehpercayaan

pada diri sendiri juga turut mempengaruhi penguasaan kemahiran berkomunikasi pelajar.

Kelemahan pelajar dalam komunikasi akan menyebabkan mereka tidak mampu untuk berinteraksi

dengan berkesan dan boleh mengurangkan potensi mereka untuk berdaya saing dalam alam pekerjaan

kelak.Oleh itu, pelajar harus dilengkapi dengan pengetahuan yang sesuai untuk memandu mereka

menggarap sesuatu rangsangan dan dapat memberikan respons yang baik. Dengan pengetahuan ini,

pelajar akan lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Pernyataan masalah ini meliputi empat perkara utama, iaitu:

1. Apakah situasi yang ideal yang diharapkan?

2. Apakah realiti sebenarnya yang berlaku pada situasi tersebut?

3. Apakah padahnya jika situasi ini tidak diperbetul atau diperbaik?

4. Apakah huraian permasalahan yang disarankan?

Page 3: PENGGUNAAN KLIP VIDEO BAGI MENINGKATKAN · PDF filepeperiksaan lisan bagi tahun 2016 telah dipilih sebagai bahan rangsangan. ... merupakan kumpulan pertama yang akan mengambil ujian

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

248

3. Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah seperti yang berikut:

1. meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar dengan menggunakan rangsangan video;

dan

2. memperbaik kemahiran produktif pelajar dalam berinteraksi.

4. Kajian Literatur

Christine Canning-Wilson (2000) mendapati bahawa pemahaman melalui video lebih berkesan untuk

pembelajaran kemahiran bertutur bukan kerana kesan bunyinya, tetapi kesan pergerakan video itu

sendiri. Secara ringkas rangsangan video lebih menarik minat pelajar dan adalah menjadi

tanggungjawab guru untuk menterjemahkan minat ini untuk menghasilkan respons yang sesuai dan

berkesan.

Shepard dan Cooper (1982), Meer dan Galini (1990) membuat perkaitan antara petunjuk visual,

proses ingatan, dan penarikan balik pengetahuan baru. Allam (2006) melalui pemerhatian yang

dilakukannya mendapati bahawa cabaran kreatif dengan penggunaan imej bergerak dan bunyi untuk

berkomunikasi tentang topik yang memang menarik dan berwawasan, tetapi menambah bahawa ia

juga membolehkan pelajar memperoleh pelbagai kemahiran yang boleh dipindahkan sebagai

tambahan kepada video itu sendiri.

5. Kaedah Kajian

Subjek Kajian

Kajian ini melibatkan 16 orang pelajar Menengah dua dari Aliran Ekspres kohort 2014. Pelajar ini

merupakan kumpulan pertama yang akan mengambil ujian lisan Peperiksaan Peringkat Am Bahasa

Melayu format baharu yang menggunakan rangsangan video sebagai bahan ujian interaksi lisan.

Daripada 16 orang ini, tiga orang pelajar mewakitli setiap golongan HA-MA-LA, iaitu memiliki

kemahiran tahap tinggi, kemahiran tahap sederhana dan kemahiran tahap rendah. Hal ini dilakukan

untuk meneliti keberkesanan langkah intervensi dalam membantu pelajar daripada tahap kemahiran

yang berbeza.

Prosedur Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah kajian berbentuk rintis bagi sebuah Kajian Tindakan yang akan

dijalankan pada tahun seterusnya. Kajian ini merupakan satu inisiatif Jabatan Bahasa Ibunda (Bahasa

Melayu dan Tamil) untuk projek tahunan PLT (Professional Learning Team) bagi tahun 2014. Kajian

ini telah dijalankan selama empat minggu pada penggal kedua sekolah. PLT Jabatan Bahasa Ibunda

perlu mengenal pasti penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah untuk dijadikan

kajian tindakan keprihatinan pada tahun 2014. Kemahiran lisan telah menjadi pilihan untuk

melengkapkan pelajar dengan kemahiran berfikir abad ke-21.

Kajian ini dilaksanakan selama tiga minggu dengan menggunakan tiga proses; praintervensi,

intervensi dan pascaintervensi. Dalam langkah praintervensi, pelajar tidak dibimbing untuk aktiviti

Page 4: PENGGUNAAN KLIP VIDEO BAGI MENINGKATKAN · PDF filepeperiksaan lisan bagi tahun 2016 telah dipilih sebagai bahan rangsangan. ... merupakan kumpulan pertama yang akan mengambil ujian

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

249

perbincangan dan tidak secara bebas tanpa diajarkan dan dipandu dengan sebarang rangsangan.

Video yang digunakan berkenaan Aktiviti Lasak.Proses intervensi dijalankan pada minggu kedua.

Guru menayangkan klip video yang sama dan membincangkan isi-isi relevan yang patut dicungkil

oleh pelajar. Pelajar juga dibimbing menggunakan soalan- soalan rangsangan berdasarkan teknik

Socratic. Pelajar perlu mengaitkan tema atau kandungan klip video tersebut dengan pengalaman

mereka sendiri dan memberikan pandangan berdasarkan perspektif keluarga, sekolah atau masyarakat.

Guru menayangkan klip video yang berbeza kepada pelajar yang terlibat pada minggu ketiga. Kali

ini, klip video yang digunakan berkenaan Kunci Kejayaan. Dalam proses praintervensi dan

pascaintervensi, pelajar menonton klip video tersebut secara individu kerana mereka diuji mengikut

persekitaran dan format yang sama seperti ujian lisan Peperingksaan Peringkat Am.

Instrumen Kajian

Data yang dikumpulkan dalam kajian ini berbentuk kuantitatif dengan penggunaan borang

pemerhatian guru dan markah lisan yang diperoleh oleh tiga orang pelajar HA-MA-LA.

6. Dapatan Kajian dan Perbincangan

Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan markah bagi pelajar tahap rendah. peringkat

praintervensi, pelajar mendapat markah antara 22-27 markah. Pada peringkat pascaintervensi,

kesemua tiga orang pelajar mendapat 31 markah. Sila rujuk Jadual 1. Melalui pemerhatian guru

pelajar didapati lebih fokus dan terarah semasa menberikan respons. Pelajar dapat menjelaskan video

yang ditonton dengan lebih baik. Idea yang dikembangkan menunjukkan tahap pemikiran yang lebih

tinggi contohnya, bagaimana aspek fizikal dapat merangsang keyakinan diri dan membawa kepada

kejayaan dalam hidup.Pelajar juga berasa lebih selesa dan dapat bertutur dengan lebih yakin

berbanding dengan tahap praintervensi. Pelajar dapat memberikan respon berdasarkan rangsangan

berbanding dengan respon-respon rambang yang diberikan pada tahap pra-intervensi. Di samping itu,

pelajar berjaya mengembangkan idea mereka dan menggunakan kosa kata yang relevan seperti

makanan bergizi dan kandungan gula dan garam yang berlebihan. Jadual 1 menunjukkan pencapaian

pelajar dari tahap praintervensi dan pascaintervensi.

Page 5: PENGGUNAAN KLIP VIDEO BAGI MENINGKATKAN · PDF filepeperiksaan lisan bagi tahun 2016 telah dipilih sebagai bahan rangsangan. ... merupakan kumpulan pertama yang akan mengambil ujian

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

250

Jadual 1: Pencapaian Pelajar

No. Nama No. Indeks Kelas Praintervensi

(40m)

Pascaintervensi

(40m)

Kemahiran

1 P1 27 2E2 28 31

2 P2 40 2E2 Tidak hadir 28

3 P3 21 2E5 29 32

4 P4 34 2E3 26 31 Tahap

sederhana

5 P5 15 2E2 27 33

6 P6 15 2E5 24 29

7 P7 19 2E5 27 31

8 P8 35 2E2 25 29

9 P9 20 2E5 Tidak hadir 30

10 P10 11 2E7 25 Ab

11 P11 12 2E7 Tidak hadir 30

12 P12 26 2E3 Tidak hadir 32

13 P13 39 2E3 28 33 Tahap tinggi

14 P14 16 2E5 25 31

15 P15 33 2E5 27 31

16 P16 17 2E5 22 31 Tahap

rendah

Secara keseluruhannya, pelajar mendapat markah yang lebih baik sewaktu tahap

pascaintervensi dilakukan. Hal ini bukan sahaja dapat dilihat pada tiga orang pelajar yang dikenal

pasti (HA-MA-LA) bahkan juga pada kesemua yang mengambilnya untuk tahap praintervensi dan

pascaintervensi.

Page 6: PENGGUNAAN KLIP VIDEO BAGI MENINGKATKAN · PDF filepeperiksaan lisan bagi tahun 2016 telah dipilih sebagai bahan rangsangan. ... merupakan kumpulan pertama yang akan mengambil ujian

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

251

Kesimpulan

Dengan dapatan kajian ini, diharapkan agar dapat menambah nilai kepada kajian-kajian rintis untuk

meningkatkan kemahiran reseptif dan produktif berinteraksi pelajar menerusi rangsangan video.

Usaha lanjutan akan dilakukan dengan menghasilkan satu pakej lisan menggunakan rangsangan video

bukan sahaja untuk pelajar yang mengambil Bahasa Melayu bahkan juga untuk pelajar Bahasa

Melayu Lanjutan.Kajian ini juga diharapkan dapat mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran

lisan di sekolah agar kemahiran berinteraksi pelajar dapat dipertingkatkan.

Guru-guru berikut turut terlibat dalam kajian yang dijalankan.

Alena Puhari

Nur Hafizah Ismail

Nur Ashikin Sapri

Rujukan

Allam, C. (2006) in Bijnens, M, Vanbuel, M. Versteegn, Handbook on Digital Video and audio in

Education, Creating and Using audio and Video material for Educational puprpose. The

Videoaktiv Project

Barak. Moshe, (2009). Idea Focussing versus Idea Generating: A Course for Teacher on Inventive

Problem Solving. Vol. 46, pg 345 – 35, in Innovations in Education and Teaching

Interanation, London: Routledge Taylor and Francis Group.

Harding. Tayloe, (2010) .Fostering Creativity for Leadership and Leading Change. Vol

111, pg 51 – 53, in Arts Education Policy Review, London: Routledge Taylor and Francis

Group.

Linda Edler, (2007). A miniature guide for students and faculty to the foundations of

analytic thinking: how to take thinking apart and what to look for when you do; the elements

of thinking and the standards they must meet, Foundation for Critical Thinking, USA:

University of Michigan, US.

McPeck. John E., (1990). Teaching Critical Thinking: Dialogue and Dialectic. London:

Routledge Taylor and Francis Group.