penggunaan digital storytelling dalam...

14
PENGGUNAAN DIGITAL STORYTELLING DALAM MENINGKATKAN PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN TAMBAHAN ICT DALAM KALANGAN PELAJAR DI SABAH Chua Guan Chee Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah, Malaysia Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Dalam era globalisasi ini, kemahiran ICT seharusnya dikuasai pelajar bagi membantu mereka mengharungi dunia ledakan maklumat yang semakin hari semakin pantas berlalu. Tanpa modal insan yang berkamahiran dalam ICT dan teknologi maklumat, negara kita amat sukar untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Menyedari kepentingan ICT dan teknologi maklumat, beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) mula di perkenalkan oleh KPM melalui Pusat Perkembangan Kurikulum sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah menengah bermula pada penghujung tahun 1998. Ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM menerapkan penggunaan ICT dalam pendidikan. Bagi membantu pelajar-pelajar menghadapi zaman teknologi ini, pada tahun 1999 KPM telah memperkenalkan Sekolah Bestari. Sekolah Bestari merupakan satu konsep yang akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Segala kemudahan dan kelengkapan ICT diberikan dengan secukupnya. Untuk memperkasakan sekolah-sekolah di Malaysia, kementerian telah mengubahsuaikan sistem pendidikan dengan mewujudnya program pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Di antaranya KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal komputer, pusat akses, makmal bahasa, makmal MBMMBI, menambah perkakasan seperti komputer, komputer riba, projektor LCD, CDRI dan pelayan bagi pengajaran dan pembelajaran serta melatih guru berkaitan ICT. Selaras dengan aspirasi yang diharapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Bengkel DST merupakan salah satu elemen yang sesuai dan tepat pada masa kini bagi membantu pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dari segi bidang teknologi, seni kreatif, penulisan kreatif atau mencungkilkan bakat- bakat yang terpendam dan meningkatkan kreativi dan kemahiran berfikir pelajar. Dengan ini pelaksanaan program DST sesuai dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 2013-2025 yang menggariskan 6 aspirasi yang diperlukan oleh murid supaya berupaya bersaing di peringkat global.

Upload: hoangkhuong

Post on 04-Apr-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN DIGITAL STORYTELLING DALAM MENINGKATKAN

PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN TAMBAHAN ICT

DALAM KALANGAN PELAJAR DI SABAH

Chua Guan Chee

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah, Malaysia

Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat

sekali. Dalam era globalisasi ini, kemahiran ICT seharusnya dikuasai pelajar bagi

membantu mereka mengharungi dunia ledakan maklumat yang semakin hari semakin

pantas berlalu. Tanpa modal insan yang berkamahiran dalam ICT dan teknologi

maklumat, negara kita amat sukar untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.

Menyedari kepentingan ICT dan teknologi maklumat, beberapa perubahan kurikulum

telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matapelajaran Teknologi

Maklumat (IT) mula di perkenalkan oleh KPM melalui Pusat Perkembangan Kurikulum

sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah menengah bermula pada penghujung tahun

1998. Ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM menerapkan

penggunaan ICT dalam pendidikan.

Bagi membantu pelajar-pelajar menghadapi zaman teknologi ini, pada tahun 1999 KPM

telah memperkenalkan Sekolah Bestari. Sekolah Bestari merupakan satu konsep yang

akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Segala kemudahan dan

kelengkapan ICT diberikan dengan secukupnya.

Untuk memperkasakan sekolah-sekolah di Malaysia, kementerian telah mengubahsuaikan

sistem pendidikan dengan mewujudnya program pembestarian sekolah dan

pengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Di antaranya KPM telah

menyediakan infrastruktur seperti makmal komputer, pusat akses, makmal bahasa,

makmal MBMMBI, menambah perkakasan seperti komputer, komputer riba, projektor

LCD, CDRI dan pelayan bagi pengajaran dan pembelajaran serta melatih guru berkaitan

ICT.

Selaras dengan aspirasi yang diharapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia, Bengkel DST merupakan salah satu elemen yang sesuai dan tepat pada masa

kini bagi membantu pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan meningkatkan

kemahiran dari segi bidang teknologi, seni kreatif, penulisan kreatif atau mencungkilkan

bakat- bakat yang terpendam dan meningkatkan kreativi dan kemahiran berfikir pelajar.

Dengan ini pelaksanaan program DST sesuai dengan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPM) 2013-2025 yang menggariskan 6 aspirasi yang diperlukan oleh murid

supaya berupaya bersaing di peringkat global.

236

Tinjauan Literatur

Menurut buku Laporan Awal, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-202, Bab 3

Prestasi Semasa yang menyatakan bahawa Prestasi Malaysia dalam PISA 2009+ daripada

74 buah negara, pencapaian Malaysia ialah dalam kelompok sepertiga terbawah bagi

Bacaan, Matematik, dan Sains, jauh di bawah kedua-dua purata antarabangsa dan OECD

bagi ketiga-tiga dimensi.

Dalam pentaksiran terkini, prestasi Malaysia berada sekurang-kurangnya 100 mata di

bawah negara serantau seperti Singapura, Jepun, Korea, dan Hong Kong dalam ketiga

tiga dimensi. Bagi PISA, perbezaan 38 mata bersamaan dengan pembelajaran satu tahun

persekolahan. Ini bermakna, murid berusia 15 tahun di Malaysia seolah-olah ketinggalan

hampir tiga tahun persekolahan berbanding dengan murid yang seusia di negara tersebut,

iaitu negara pesaing Malaysia dalam ekonomi pengetahuan masa kini. Berbanding dengan

Shanghai, sistem sekolah dengan prestasi terbaik di dunia dalam PISA 2009+.

Untuk membolehkan tenaga kerja di Malaysia berdaya saing di peringkat antarabansa,

tenaga kerja bukan sahaja perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bahkan

mereka juga perlu memiliki daya kreatif yang tinggi agar mereka dapar menyelesaikan

pelbagai masalah yang semakin kompleks dalam perkejaan mereka. Mantan Perdana

Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad juga berpendapat generasi pewaris yang

hidup dalam abad ke-21 perlu berfikiran kreatif dan kritis di samping bersifat kaya

maklumat serta maju dalam bidang Sains dan Teknologi.

Dunia pendidikan hari ini memasuki suatu era yang dipenuhi dengan penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi yang merangkumi pelbagai bidang kerjaya

khususnya pendidikan. Menurut Ab. Rahim, 1996 (dalam Noraien Mansor, 1999:15),

pendidikan hari ini berkaitan rapat dengan bidang sains, teknologi, industri dan

perdagangan sebab kita sedang berada dalam suasana yang penuh dengan penemuan-

penemuan dan ciptaan-ciptaan baru dalam hampir ke semua bidang kehidupan. Justeru,

segala bentuk pengajaran dan pembelajaran kini telah diolah dengan ramuan teknologi

dan ict selaras dengan arus perkembangan semasa.

Semasa Forum dunia Pembelajaran dan Teknologi yang diadakan di London County Hall,

Menteri Pelajaran Datuk Muhyiddin Yassin berkata, antara inisiatif dilakukan adalah

penggunaan layaran video pengajaran melalui laman web yang dimanfaatkan 9,331

sekolah melalui penyediaan rangkaian jalur lebar bagi merapatkan jurang digital sekolah

luar bandar dan bandar. Komitmen kerajaan mempertingkatkan ICT dalam sistem

pendidikan menyaksikan 6,633 makmal komputer dibina di seluruh negara, selain 3,092

pusat akses sekolah yang menggunakan konsep kafe siber di kawasan luar bandar.

Latar Belakang Penggunaan ICT Di Sekolah-Sekolah

Pada zaman teknologi ini, tidak hairan semua guru ada kemahiran ICT bagi memudahkan

proses Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tetapi ini tidak bermakna guru itu celik

dalam ICT. Ini kerana guru cuma tahu menggunakan beberapa perisian bagi membantu

mereka memudahkan dalam proses kerja seharian. Sebagai contoh menggunakan

microsoft word, power point dan excel. Menurut kajian Mohd Fadzri (2006) yang

menyatakan kebanyakan guru-guru didapati menggunakan komputer untuk proses

237

penghasilan nota pengajaran berbanding dengan menggunakan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Kenyataan di atas boleh disokong dengan menurut buku Laporan Awal, Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Bab 6 Transformasi Kementerian yang

menyatakan:-

“Alasan yang diberikan tentang penggunaan ICT yang terbatas ini

ialah perkakasan yang disediakan tidak disertakan dengan latihan

dan khidmat sokongan untuk sekolah, seperti juruteknik untuk

menyelenggara peralatan. Malah penyediaan latihan dan

sokongan lazimnya tidak berterusan dan berkekalan. Oleh itu, guru

tidak bersedia untuk memanfaatkan sepenuhnya penggunaan

komputer dalam kerja harian mereka. Dapatan ini setara dengan

dapatan kajian antarabangsa yang mencadangkan kemudahan

mewah seperti makmal komputer, bilik darjah pintar, dan makmal

sains hanya berguna apabila guru dan murid tahu bagaimana

menggunakan teknologi dan kemudahan dengan cara yang

bermakna dalam proses pembelajaran.”

(Laporan PPPM Bab 6 Ms 21)

Ini bererti bahawa dengan peruntukkan KPM kepada sekolah sebanyak kira kira 6 bilion

untuk inisiatif ICT sekolah pada tahun 1999 – 2010, warga sekolah tidak dapat

memanfaatkan sepenuhnya dengan kemudahan itu atas kemahiran yang terbatas.

Di samping itu, sekiranya memerlukan kemahiran ICT yang lebih tinggi contohnya

menghasilkan blog, laman web, video korporat, gimik multimedia dan Pembelajaran

Maya Interaktif, hanya segelintir guru sahaja yang boleh menguasai. Dalam satu petikan

dari buku Meaningful Learning Using Technology “Teachers themselves report that they

are not well prepared to use new technologies even when they have access and

support(Becker, Ravitz, & Wong, 1999). Di sini boleh dilihatkan kebanyakkan guru tidak

bersedia dengan teknologi dan kemahiran terkini mengenai ICT.

Ini boleh dibuktikan dengan sekiranya sekolah diminta untuk menghasil kerja yang

memerlukan kemahiran ICT aras tinggi, hanya orang tertentu sahaja dipilih atas

kemahiran yang ada. Kadang-kadang bagi guru yang ada kemahiran ini cuma boleh

menggunakan perisian sendiri dan tidak dapat mengajar pihak ketiga atas kebatasan

kemahiran.

Dalam situasi-situasi contoh di atas, adalah amat sukar bagi pelajar meningkat kemahiran

ICT dan sukar meningkat pembudayaan ICT di kalangan pelajar di Malaysia atas

kemahiran warga pendidik yang terbatas.

Definisi Digital Storytelling

Menurut Wikipedia yang menyatakan “Digital Storytelling refers to using digital tools so

that ordinary people can tell their own real-life stories.” Ini bermaksud orang biasa boleh

menceritakan kisah kehidupan nyata mereka sendiri dengan menggunakan alat-alat

digital.

238

DST adalah amalan menggunakan alat berasaskan komputer untuk menyampaikan cerita

atau mesej secara digital. Terdapat pelbagai istilah lain yang digunakan untuk

menggambarkan amalan ini, seperti dokumentari digital, cerita digital, “photo story” dan

filem pendek.

DST menyampaikan sesuatu cerita digital dengan menggabungkan pelbagai media seperti

teks, audio, imej atau video. Berbeza dengan cerita tradisional, yang cuma melibatkan

dialog, lukisan ataupun dalam bentuk imej. Hasilan DST adalah berbeza terpulang

dengan individu. Kebanyankkan hasilan DST adalah dari 2 minit hingga ke 8 minit yang

mengisahkan peristiwa sejarah, mengenai kehidupan atau mesej mesej yang perlu

disampaikan.

Latar Belakang DST

Bengkel DST telah diperkenalkan kepada sekolah-sekolah di Negeri Sabah sejak tahun

2007 yang dianjurkan oleh MdeC dan diurusetiakan oleh BTPN Sabah. Memandangkan

bengkel DST ini mendapat sambutan yang menggalakan, pada tahun berikutnya BTPN

Sabah telah mengambil inisiatif iaitu menganjurkan bengkel DST.

Tahun Anjuran Jumlah Daerah Jumlah Sekolah

2007 MdeC/BTPN 2 11

2008 BTPN 1 1

2009 KPSKTM/BTPN 5 24

2010 KPSKTM/BTPN 7 40

2011 KPSKTM/BTPN 6 35

2012 KPSKTM/BTPN 9 85

2013 KPSKTM/BTPN 6 34

Jadual 2 Analisis Sekolah yang telah Mengikuti Bengkel

Gambar 1 : Sesi Bengkel DST

239

Menurut Jadual 2, tahun 2008 merupakan projek rintis bengkel DST yang dikendalikan

oleh pihak BTPN Sabah sendiri. Tahun 2009 sehingga kini pihak KPSKTM telah menaja

sebahagian bengkel DST bagi meningkatkan pembudayaan ICT di sekolah.

Atas kejayaan beberapa siri bengkel DST yang telah dilaksanakan dari tahun 2007 hingga

ke 2009, bagi menghargai hasilan pelajar, maka Festival Filem Digital Pendidikan Negeri

Sabah yang kali pertama telah berjaya dianjurkan pada tahun 2009 bertempat di Mini

Auditorium, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu. Festival ini adalah merupakan anjuran

bersama di antara JPN Sabah, MDeC, KPSKTM dan BTPN Sabah. Menurut jadual 4,

sehingga kini FFDPNS telah dilaksanakan sebanyak 4 kali dan ia merupakan acara rasmi

bagi Bulan ICT Kerajaan Negeri Sabah.

Tempat Tarikh Masa

Mini Auditorium, Wisma Bandaraya,

Kota Kinabalu. 20/11/09 6:30pm – 10:00pm

Shangri-La’s Tg Aru Resort, Kota

Kinabalu 19/11/10 6:30pm – 10:00pm

Hyatt Regency Hotel, Kota Kibalu 19/11/11 6:30pm – 10:00pm

Shangri-La’s Tg Aru Resort, Kota

Kinabalu 9/11/12 6:30pm – 10:00pm

0

20

40

60

80

100

Sekolah

Daerah

Column2

Rajah 3: Analisis Sekolah yang telah

Mengikuti Bengkel

Jadual 4 : Festival Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah

240

Konsep Digital Storytelling

Kebanyakkan mengatakan kemahiran ICT seperti programing, penghasilan multimedia,

analisis, photo editing, video editing, penghasilan animasi dan lain-lain lagi yang

berkaitan adalah sesuatu yang sukar belajar bagi golongan pelajar. Pandangan negatif ini

adalah satu tanggapan salah.

Rajah 5 : Keratan Akbar Mengenail Festival Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah

Rajah 6 : Keratan Akbar Mengenail Festival Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah

241

Kaedah Makmal

Dalam kaedah ini, pelajar mepelajari dan menguasai kemahiran ICT yang boleh

menghasilkan satu cerita digital yang menarik. Kemahiran ini meliputi dua aspek iaitu:-

Kemahiran pemikiran secara sistematik, kreatif dan rasional bagi menghasilkan

satu skrip yang menarik

Kemahiran manipulatif, iaitu kemahiran tentang pengendalian perisian bagi visual

atau mewujudkan maya daripada skrip.

Fasilitator perlu merancang awal jadual pembelajaran yang lengkap kepada pelajar

supaya dapat memastikan penguasaan pelajar adalah mencukupi. Fasilitator perlu

memastikan tahap peringkat umur adalah berbeza dalam menerima kemahiran yang

disampaikan. Maka bagi murid sekolah rendah perlu diberi banyak bimbingan dalam

menguasai kemahiran ICT.

Bahan hasilan bengkel yang sebelum perlu mencukupi bagi memudahkan kefahaman

pelajar. Bengkel ini adalah sebaik baik dijalankan di makmal komputer dan pelajar boleh

akses kompeter sendiri untuk memastikan mereka dapat belajar secara berdikari.

Sekiranya pelajar masing masing ada komputer maka penghayatan mereka dengan

kemahiran adalah lebih tinggi dan memudahkan perangsangan kemahiran berfikir.

Kaedah Socratik

Kaedah ini adalah mengikut prinsip yang diamalkan oleh Socrates. Prosedur ini adalah

menggunakan teknik soalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kaedah ini akan menjadikan bengkel ini amat aktif iaitu terdapat interaksi antara

fasilitator dengan pelajar. Soalan-soalan ditanya kepada pelajar mengarah kepada

kesimpulan yang logikal, tanpa disedari oleh pelajar.

Penyoalan amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran ICT.

Matlamat kaedah ini adalah supaya pelajar berkemampuan untuk memahami pengetahuan

dan berkemahiran tentang sesuatu perisan yang dipelajari.

Sebagai contoh, dalam layer perisian editing video, fasilitator boleh soal apa fungsi layer

yang ada icon ”T” atau title. Maka biasanya pelajar akan kata dapat memasukkan tajuk

atau ”title”. Selepas itu, fasilitator boleh soal selain tajuk apa lagi boleh dimasukkan.

Maka jawapan respon daripada pelajar akan menjadi banyak seperti jawapan ”masukkan

seni kata”, ”sub tittle”, ”teks” dan lain-lain lagi. Sesi interaksi yang aktif ini akan

meningkatkan kefahaman pelajar tentang kemahiran yang perlu dipelajari.

Practise by Doing

Konsep pembelajaran yang seterusnya adalah berdasarkan elemen elemen dalam

”Learning Pyramid” iaitu Practise by Doing. Dengan mengamalkan konsep ini, ia akan

memudahkan pelajar dalam menguasai kemahiran kemahiran yang diperlukan.

242

Sumber: http://murraylincoln.blogspot.com/2012/02/how-do-you-learn-i-learn-best-by-

doing.html

Menurut rajah 7, sebanyak anggaran 75% pengekalan pembelajaran melalui konsep

“practise by doing”. Konteks “Practise By Doing” yang digunakan dalam bengkel ini

iaitu boleh dilihat selepas taklimat telah disampaikan oleh penceramah, satu tugasan atau

projek yang ringkas perlu dilaksanakan oleh pelajar.

Tugasan kecil ini adalah menggunakan kemahiran ICT yang telah dipelajari sepanjang

bengkel dan menghasilkan klip video yang kurang daripada 1 minit. Dengan memberi

tugasan ini, maka pelajar akan mendapat gambaran apakah kemahiran kemahiran asas

yang perlu mereka kuasai dan seterusnya memudahkan proses pembelajaran mereka.

Selepas berjaya menyelesaikan satu tugasan pendek, maka aktiviti pengayaan perlu

diberikan iaitu penghasilan skrip filem pendek atau skrip digital storytelling akan

dihasilkan. Durasi cerita adalah di antara 2 hingga 8 minit. Maka dengan aktiviti

pengayaan ini pelajar mampu menghasilkan satu cerita yang menarik dengan

menggunakan kemahiran ICT yang telah dipelajari dalam bengkel DST.

Kejayaan penghasilan bahan dalam konsep ini adalah melihat hasil pembentangan pelajar

pada hari terakhir bengkel dan seterusnya penglibatan pelajar dalam pertandingan Festival

Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah.

Rajah 7

243

Faedah Digital Storytelling

Kemahiran ICT

DST merupakan salah satu kemahiran yang sangat penting untuk meningkatkan budaya

ICT di sekolah pada abad 21. Ini boleh dilihat pelajar mampu menukarkan teks atau skrip

kepada visual dengan gabungan media yeng memerlukan kemahiran tinggi dalam ICT. Ia

seperti menggunakan perisian video, animasi dan audio. Ada kalanya pelajar itu juga

perlu menggunakan kemahiran literasi maklumat dengan menggunakan internet dalam

mencari bahan sokongan bagi hasilan DST.

Meningkat Kreativiti Pelajar

DST menjadikan pelajar lebih kreatif dalam penulisan dan pemikiran. Turner dan Dipinto

(1992) juga mendapati pendedahan kepada alat pengarangan multimedia membantu

pelajar dengan memberi perspektif yang baru dan berlainan bagaimana untuk

mengorganisasikan dan mempersembahkan maklumat ke dalam bentuk penulisan. Untuk

menghasilkan satu hasilan yang baik, pelajar perlu merangka skrip penceritaan. Ia telah

menggunakan kemahiran penulisan karangan dan penulisan berkesan bagi menjadikan

cerita mereka lebih menarik. Daripada melihat penulisan sebagai aliran teks, pelajar dapat

melihat teks sebagai kumpulan maklumat yang berkaitan di antara satu sama lain. Pelajar

juga mampu melihat sesuatu aktiviti dengan pelbagai sudut sekaligus melatih mereka

untuk membuat penaakul yang lebih kritis.

Pengurusan Masa

Pengurusan masa merupakan satu disiplin yang perlu dikawal oleh pelajar. Dalam

bengkel ini, pelajar perlu berdisiplin dalam merancang masa dalam menyiapkan tugasan

yang telah diberikan.

Pelajar menjadi proaktif

Bagi menghasilkan DST, ia memerlukan pelajar aktif dalam perbincangan dan mencari

bahan sama ada melalui pembacaan atau cari di internet. Secara tidak langsung DST ini

mempunyai keupayaan menggalakkan pelajar menjadi pelajar yang proaktif.

Mencungkil Bakat

Bakat pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Melalui bengkel DST ini, pelajar yang

lemah dalam penulisan kemungkinan mempunyai kemahiran tinggi dalam seni visual

contohnya pelajar ini boleh mendokumentasikan bunyi dan imej melalui teks. Selain itu,

pelajar juga diberi peluang menjadi pengurus iaitu menjadi ala-ala pengarah filem.

Bahan Pembelajaran

Sumber pengetahuan di abad 21 merupakan maklumat yang diperolehi melalui teknologi

maklumat. Menurut Carte (1993) maklumat boleh didapati dalam empat bentuk iaitu data,

teks imej dan suara. Dalam DST ini ada tiga elemen yang ada iaitu teks, imej dan suara.

Sekiranya pembelajaran harian tukar ke DST dengan contohnya pelajar mengambil fakta

dalam sejarah dan tukar ke hasilan DST, maka pelajar yang menghasilkan lebih ingat

fakta itu. Selain itu, hasilan DST boleh dikongsikan dengan kumpulan pelajar yang lain.

244

Outcome Peserta-Peserta DST

1.1 Menjadi faksilitator bagi sekolah/daerah.

1.2 Razi dari SMK Merpati, Sandakan mengambil Ijazah Penyiaran di Universiti Lim

Kok Wing, Kuala Lumpur.

1.3 Mohd Al Adam Yaco = Pemenang Tangan Emas Perdana Menteri peringkat

kebangsaan 2012 yang akan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa di

Australia awal tahun 2013

1.4 Terriess Anthony Mangkoi = Tokoh Pelajar Lelaki 2012 dan menjadi panel bual

bicara "Gemilang PRS SMK Langkon" di Astro TVi (kami bah ni). Salah satu

pencapaian yg disebut ialah sebagah pelakon utama dalam Filem Hilang sempena

Festival Filem Digital pada tahun 2011.

1.5 Aveline Sauking = Pengalaman sebagai pencerita dalam filem digital digunakan

sebagai Pengacara Kem Muzik Kebangsaan 2012, Pemenang Ahli Panel Terbaik

Forum dan juga penerima anugerah "Tokoh Pelajar Perempuan" 2012.

1.6 Moitah Lantaman = UiTM Sabah mengambil jurusan Perlancongan.

1.7 Jexwilson = 6A,1B PMR.

1.8 Lorinah Kong = 8A,1B SPM (Pelajar terbaik SPM).

1.9 Pelakon tahun 2011 akan membuat penggambaran di Hong Kong Disneyland pada 5-

10 September 2012 dengan tajaan Royal Brunei.

245

Strategik Pelaksana Digital Storyteling Di Sabah, Malaysia

Mesyuarat pembentangan kertas kerja

Penyediaan Kertas kerja

Surat makluman kepada semua

peserta

Maklum balas dari peserta

Persediaan bahan oleh pengurus

bengkel

Pelaksanaan bengkel

Penilaian bengkel

Ganjaran bengkel (Sijil)

Penganugerahan bengkel (Festival

Filem Digital Pendidikan Negeri)

Sabah)

Carta 8 : Proses Aliran Kerja Pelaksanaan Bengekel DST

246

Jadual Waktu Bengkel DST

Masa

Hari

8.00 – 8.30 pagi

8.30 – 10.00

pagi

10 -10.30 pagi

10.30 - 12.30

t/hari

12.30- 2 petang

2 – 4.30 petang

16.07.13(selasa) Pendaftaran -install perisian

-taklimat dst

Minum pagi -penulisan skrip

-masukkan video

-Penggunaan

Efek Transition

dan Video Filter

Makan tengahari

Teknik mengedit

-masukkan teks

dan audio

17.07.13(rabu) Teknik mengedit

(pelbagai)

-Pembentangan

Sipnosis Cerita

-Teknik

penggambaran

Minum pagi Aplikasi

kemahiran &

penghasilan Makan

tengahari

Aplikasi

kemahiran &

penghasilan

18.07.13(khamis)

Aplikasi kemahiran & penghasilan

Minum pagi Editing Makan

tengahari

Editing

19.07.13(jumaat)

Final editing

Final editing

Minum pagi Pembentangan & penutupan oleh pegawai

pendidikan daerah

Jadual 9 : Jadual Waktu Bengekl DST

247

Faktor-Faktor DST di Perlukan di Malaysia

Faktor Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar

- Zaman teknologi yang memerlukan pelajar lebih berkemahiran tinggi

dalam ICT.

- Meningkat kemahiran berfikir.

- Meningkatkan keyakinan pelajar kepada diri sendiri dan berdikari

mempelajari sesuatu ilmu baru.

- Menyediakan pelajar kepada kehidupan abad ke-21.

Faktor Mempengaruhi Peranan Guru

- Persekitaran dunia yang bersifat globalisasi dan digital telah

mewujudkan cara hidup yang baru.

- Meningkatkan kompetensi.

- Multimedia sebagai elemen penting dalam sokongan P&P di sekolah.

Faktor Mempengaruhi Peranan KPM

- Satu kemahiran yang boleh membantu pelajar menguasai kemahiran

ICT aras tinggi selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan

2013-2025

- Keperluan untuk berubah selaras dengan perkembangan zaman

taknologi

- Melahirkan pelajar yang inovatif dan kreatif selaras dengan objektif

Sekolah Bestari.

Ekspektasi Institut Pengajian Tinggi

- Boleh berkolaborasi

- Boleh berfikir secara kreatif dan kritis

- Berkemahiran dalam bidang ICT

- Berkeyakinan tinggi dan boleh berdikari

Ekspektasi Majikan

- Pekerja yang mampu menyelesai pelbagai masalah

- Berkemahiran mengurus ICT

- Berkemahiran dalam literasi maklumat

Kesimpulan

Bagi meningkatkan pembudayaan ICT di kalangan pelajar, DST merupakan salah

satu elemen bengkel yang sangat sesuai diaplikasikan. Ia merupakan aktiviti yang

berpusatkan pelajar dan seterusnya melatih pelajar lebih berdikari dalam proses

pembelajaran. Sekiranya pelajar telah membiasakan diri dengan aktiviti ini, pelajar

akan lebih berkeyakinan untuk mempelajari sesuatu kemahiran baru. Guru

pembimbing dan fasilitator dalam pelaksanan DST cuma sebagai pembimbing,

248

memberi idea idea bernas sebagai rujukan pelajar. Di samping itu, guru juga

sebagai menyelia kemajuan tugasan pelajar.

Suasana pembelajaran dalam bilik akan berubah dari pasif ke aktif atas DST akan

menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan

dan lebih bermakna kepada pelajar.

Rujukan

AB. Rahim Selamat. (2000). Kemahiran Dalam Sekolah Bestari. Badan Cemerlang

Sdn Bhd

Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah& Hazman Bin Ali. Kajian

Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam

Kalangan Guru-Guru

Sekolah Kebangsaan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia

Elizabeth A. Ashburn & Robert E, Floden. (2006). Meaningful Learning Using

Technology

KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia. Laporan Awal, Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025.

KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia. Laporan Awal, Ringkasan Eksekutif,

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. Utusan Publications &

Distributprs Sdn Bhd.

VIVI Lachs. (2006) Multimedia Di Dalam Darjah. Institut Terjemahan Negara

Malaysia Berhad