pengesaiian i'en ye li a - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam...

24

Upload: vandat

Post on 30-May-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan
Page 2: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan
Page 3: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

PENGESAIIAN I'EN YE LI A

"Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah mcmadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ijazah Sarjana Pendidikan (Teknikal)".

Tandatangan r '..A

Nama Penyelia : TUAN I/IAJl ALI BIN SURADIN

Tarikh : 14 September 2001

Page 4: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

SU.MBANGAN LATIHAN INDUSTRITERHADAP SEKTOR PERUNCITAN

I.MAN HAZLINA BT. A YOB

Kajian Kes Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknikal)

Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

SEPTEMBER 2001

Page 5: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

1'ENGAKUAN

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".

Tandatangan

Nama Penulis

Tarikh

INT AN HAZLINA BT. A YOB

14 September 2001

Page 6: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

ISTIMEWA BUAT,

A y a h SJin

E m m k ( f f i o h e & m I f f l m t i O t h m c m )

<£ A d e k - f c

Kasih di afc&s Fesigorfoasianj, Dorosigasi

dan Doa Kalian.

Page 7: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

i v

PENGHARGAAN

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinNya penulis

berjaya menyiapkan kajian kes ini. Di sini penulis ingin mengambil kesempatan untuk

menghargai dan mengalungkan ucapan terima kasih kepada individu dan pihak-pihak

yang telah terlibat dalam memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat, bantuan dan

sokongan dalam usaha menghasilkan dan menyempurnakan kajian kes ini.

Ucapan terima kasih ini ditujukan kepada pensyarah-pensyarah dan staf di

Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, terutama kepada pensyarah pembimbing

kajian kes penulis iaitu Tuan Haji Ali B. Suradin.

Terima kasih yang tidak terhingga turut ditujukan kepada pengetua, pensyarah-

pensyarah, pelajar dan staf di Politeknik Shah Alain (PSA) Selangor di atas kerjasama

dalam memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi tujuan kajian ini.

Akhir sekali penulis merakamkan penghargaan ini buat keluarga penulis yang

sentiasa mendoakan kejayaan penulis. Di samping itu, penulis ingin merakamkan

ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sepeijuangan dan sesiapa sahaja yang terlibat

sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memberi bantuan dan sokongan

dalam segala aspek yang berkaitan dengan penghasilan kajian kes ini.

Page 8: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui keberkesanan sumbangan latihan

industri terhadap sektor peruncitan. Berdasarkan perkembangan dalam industri agihan

khususnya peruncitan, maka jelaslah latihan dan kemahiran amat diperlukan untuk

berjaya dalam bidang perniagaan tersebut. Para peruncit tidak boleh lagi memandang

ringan terhadap latihan dan kemahiran yang berkaitan dengan perniagaan peruncitan.

Begitu juga dengan usaha-usaha pihak tertentu sama ada kerajaan atau pihak swasta,

tidak seharusnya berhenti setakat memberi bantuan pinjaman kewangan mahupun

setakat memberi latihan sahaja. Usaha perlu dijalankan bagi membangunkan lebih

ramai peruncit generasi baru. Sehubungan dengan perkembangan teknologi maklumat,

para peruncit perlu didedahkan kepada penggunaan komputer, internet dan perisian

penting yang lain berkaitan perniagaannya. Latihan sambil bekeija atau "on-lhe-job-

training" adalah penting sebelum seseorang memulakan perniagaan sendiri untuk

memastikan keberjayaannya. Berdasarkan keperluan inilah, maka pelajar atau graduan

jurusan peruncitan perlu menjalani latihan praktikal di gedung-gedung runcit yang

berkaitan dengan jenis perniagaan yang akan diceburinya kelak. Bagi memastikan

kejayaan, pihak yang berkenaan perlu memberi peluang kepada bakal peruncit ini dalam

menyediakan tempat untuk mereka mencari pengalaman bermiaga dalam bidang yang

akan mereka ceburi.

Page 9: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

V l l

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

HA LAM AN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGIIARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

JUDUL KANDUNGAN vii

SENARAIJADUAL xiii

SENA RAJ LAMPIRAN xv

BAB I PENGENALAN 1

1.0 Pendahuluan

1.1 Latar Belakang Masalah

1

2

Page 10: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Soalan Kajian 6

1.4 Objektif Penyeiidikan 7

1.5 Kerangka Teori 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Peruncitan 11

1.8.2 Latihan Industri 12

1.8.3 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 12

1.8.4 E-Commerce 13

1.8.5 K-Ekonomi 13

1.8.6 Just In Time 14

Page 11: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

IX

BABll SOROT AN PENlJLISAN 15

2.0 Pengenalan 15

2.1 Kepentingan Latihan dan Kemahiran

Dalam Sektor Peruncitan 16

2.2.1 Peru bah an Ekonomi yang

Tidak Menentu 17

2.2.2 Perkembangan Teknologi 18

2.2.3 Perkembangan Kaedah Peruncitan 20

2.2.4 Perubahan Di segi Pengguna

!tu Sendiri 21

2.2.5 Pentadbiran Kewangan 22

2.2.6 Pentadbiran lnventori ?"' -.)

2.2.7 Pembangunan Diri Usahawan 23

2.2 Memperbanyakkan Kursus Peruncitan

Di Universiti-universiti Tempatan 24

Page 12: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

BAB III METODOLOGIPENYELIDIKAN 26

3.0 Pengenalan 26

3.1 Reka Bentuk Kajian 26

3.2 Responden / Sumber Data 28

3.3 Instrumentasi 28

3.4 Kaedah Analisis Data 30

3.5 Batasan Kajian 32

3.6 Andaian 32

BAB IV ANALISIS DATA 33

4.0 Pengenalan 33

4.1 Analisis Data Bahagian A 34

4.1.1 Jantina 34

4.1.2 Keturunan 35

Page 13: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

4.1.3 Pengalaman Bekerja 35

4.1.4 Jenis Firma Ketika Menjalani

Latihan Industri 37

4.2 Analisis Data Bahagian B 38

4.2.1 Analisis Data Soalan Kajian Satu 38

4.2.2 Analisis Data Soalan Kajian Dua 41

4.2.3 Analisis Data Soalan Kajian Tiga 44

BAB V RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 48

5.0 Pengenalan 48

5.1 Rumusan 49

5.2 Cadangan 50

5.2.1 Saranan Kajian 50

5.2.2 Saranan untuk Kajian Lanjutan 51

5.3 Kesimpulan 51

Page 14: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

lUlil . lOfiKM |

I.AMIMRAN

l.innpiran A

Page 15: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

x i i i

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MXJKA SURAT

1.1 Peningkatan bilangan organisasi runcit dari

tahun 1981 hinggatahun 1998 2

4.1 Jumlah bilangan responden mengikut jantina 34

4.2 Jumlah bilangan responden mengikut keturunan 35

4.3 Jumlah bilangan responden yang mempunyai

pengalaman bekeija 36

4.4 Jumlah bilangan responden yang mempunyai

pengalaman bekeija di beberapa jenis firma 36

4.5 Bilangan responden mewakili jenis organisasi

di mana latihan industri dijalankan 37

Page 16: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

XIV

4.6 Latihan industri mcnyumbang kepada tahar

persediaan pelajar Diploma Pengajian Pemiagaan

dalam menghadapi alam pekeIjaan 39

4.7 Bidang pekerjaan yang menjadi pilihan pelajar

Diploma Pengajian Pemiagaan apabila ingin

menceburkan diri dalam alam pekerjaan 42

4.8 Perkaitan di antara tahap persediaan pelajar

Diploma Pengajian Pemiagaan dan bidang

kerjaya yang menjadi pilihan pelajar ini

apabila menceburkan diri dalam alam pekeIjaan 44

Page 17: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

XV

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 56

Page 18: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

BAB I PENGENALAN

Page 19: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Sektor peruncitan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan

ekonomi Malaysia. Chow Chee Ming (2000) inemberitahu, industri runcit tempatan

telah menyumbang sebanyak 27.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK) dan 7.6 peratus daripada keseluruhan tenaga keija telah diserapkan ke dalam

industri tersebut yang mana ia merupakan majikan kelima terbesar di negara ini.

Industri runcit Malaysia pada keseluruhan tahun 2000 telah mencatat kadar

pertumbuhan yang membanggakan iaitu selcurang-kurangnya 11.5 peratus dengan nilai

RM 39.9 bilion berbanding 7.4 peratus pada tahun sebelumnya (Utusan Malaysia,

2000).

Perniagaan runcit adalah satu-satunya sektor perniagaan yang paling mudah

untuk diceburi. Jenis perniagaan yang paling popular diceburi adalah perniagaan

groseri atau perniagaan yang melibatkan pembekalan makanan.

Page 20: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

2

Industri peruncitan merupakan penyambung terakhir dalam aliran produk-

produk daripada pengeluar kepada pengguna. Maka ianya amat penting dalam ekonomi

sesebuah negara. Ekonomi tidak boleh berfungsi tanpa peruncitan dan keberkesanai)

institusi peruncitan secara amnya memerlukan kepada institusi pemborongan.

1.1 Latar BelakangMasalah

Satu penganalisisan telah dijalankan oleh Perbadanan UsahawanNasional

Berhad (PUNB) mengenai perubahan angka organisasi runcit untuk tahun 1981, 1990

dan 1998. Berdasarkan Jadual 1.1, sepintas lalu angka ini menunjukkan peningkatan

bilangan organisasi runcit dari tahun 1981 hingga tahun 1998.

Jadual 1.1 : Peningkatan bilangan organisasi runcit dari tahun 1981 hingga tahun

1998.

Tahun Bilangan Organisasi Runcit

1981 117 793

1990 124 104

1998 177 448

Sumber : Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), 2000.

Page 21: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

3

Walau bagaimanapun, dalam jangka masa tersebut terdapat sebanyak 63 866

organisasi runcit telah menamatkan perniagaan, 70 177 merupakan organisasi runcit

baru dan yang kekal sehingga tahun 1990 adalah sebanyak 53 927 buah organisasi

runcit sahaja. Kegagalan atau penutupan organisasi runcit ini memberi implikasi

terhadap keperluan kemahiran dalam bidang perniagaan sektor ini (Zainal Abidin

Mohd. Said, 1993 memetik Osman Md. Zain, 1997).

Kini, latihan menjadi semakin penting kepada para pemcit. Berdasarkan situasi

yang telah, sedang dan akan berlaku dalam industri runcit di Malaysia, jelas

menunjukkan kepentingan latihan kepada para peruncit untuk memantapkan kemahiran

bagi membolehkan mereka terus kekal dan berdaya saing dalam sektor ini. Kalau

dahulunya sektor ini tidak memerlukan latihan dan kemahiran, sekarang sektor ini

sudah melalui banyak perubahan (Ahmad Zukni Johari, 2000).

Sebagai sebuah pusat yang berkonsepkan pendidikan vokasional dan teknikal,

Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia turut mengembelingkan usaha untuk

menghasilkan graduan yang dapat memenuhi kehendak pasaran tenaga keija.

Politeknik merupakan Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan pelajaran

peringkat diploma dan sijil dalam pelbagai bidang kejuruteraan, perakaunan dan

perdagangan. Objektif penubuhannya ialab mengeluarkan tenaga keija separuh mahir

seperti juruteknik dan eksekutif rendah (Sufean Hussin, 1993).

Matlamat pusat pengajian di Malaysia bukan setakat untuk menghasilkan

graduan yang hanya tahu teorinya sahaja, bahkan turut menyediakan pelajar dengan

kemahiran amali (Sufean Hussin, 1993). Tnilah yang ditekankan dalam konteks

pendidikan di Politeknik.

Page 22: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

4

Latihan industri yang perlu dijalani oleh pelajar Politeknik bertujuan

memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan dengan keadaan sebenar di

sektor industri. Latihan industri adalah diwajibkan kepada semua pelajar yang telah

lul us peperiksaan akhir semester kedua bagi kursus sijil dan lulus semester ketiga bagi

kursus diploma. Tempoh latihan yang perlu dijalani oleh para pelajar ini ialah selama

enam bulan (Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Merujuk kepada skop kajian, semasa latihan industri, pelajar jurusan

Perdagangan termasuklah pelajar Diploma Pengajian Perniagaan daripada Politeknik

Shah Alain ditempatkan di firma-firma atau organisasi-organisasi untuk menjalani

latihan sebagai Pelatih Eksekutif Rendah. Pelajar dikehendaki lulus dalam latihan

industri untuk dianugerahkan diploma.

Dalam konteks latihan industri di Politeknik, para pelajar akan diletakkan di

bawah pengawasan pegawai yang berkaitan di institusi yang dihadiri oleh pelajar-

pelajar tersebut. Pensyarah-pensyarah yang berkenaan akan mengadakan lawatan ke

tempat-tempat latihan industri yang terbabit untuk mendapatkan maklum balas daripada

pihak penganjur latihan industri dari semasa ke semasa.

Program latihan industri ini adalah berdasarkan kepada kurikulum-kurikulum

yang menjurus kepada pembinaan graduan bagi pasaran tenaga kerja. Memandangkan

terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia,

maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan vokasional dan teknikal

diharap dapat mewujudkan program-program keusahavvanan. Sebagai contohnya,

mewujudkan Kursus Diploma Peruncitan di Politeknik atau menghantar lebih ramai

pelajar Diploma Pengajian Perniagaan untuk menjalani latihan industri di organisasi-

organisasi runcit di Malaysia.

Page 23: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

5

Kewujudan Kursus Peruncitan dan latihan industri dalam bidang peruncitan ini

akan dapat menyediakan graduan yang memenuhi kehendak pasaran tenaga keija serta

mampu memikul cabaran 'ekonomi baru' memandangkan sektor peruncitan di Malaysia

telah menjadi semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara (Jabatan Perdana

Menteri: Unit Perancang Ekonomi, 2000).

1.2 Pernyataan Masalah

Pada tanggapan umum, universiti ditubuhkan untuk melahirkan pekerja,

bukannya usahawan. Setiap tahun, ribuan pelajar berusaha mendapatkan tempat untuk

menyambung pelajaran mereka di universiti bagi mendapatkan ijazah yang menjadi

'batu loncatan' untuk meTeka mendapat pekeijaan yang baik.

Sehingga April 2000, kita dikejutkan dengan berita yang mengatakan bahawa

seramai 39 000 graduan universiti dan kolej masih menganggur kerana bidang

pengajian mereka tidak memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja (Utusan Malaysia,

2000). Situasi ini turut melibatkan graduan bidang perniagaan daripada mana-mana

universiti tempatan.

Persoalannya, kenapa mereka harus menganggur? Mungkin ilmu yang mereka

miliki membuatkan mereka gerun untuk memasuki bidang perniagaan runcit yang sedia

ada di negara ini atau menjadi usahawan. Mungkin juga mereka takut menghadapi

risiko dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar.

Page 24: PENGESAIIAN I'EN YE LI A - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan

6

Seharusnya graduan bidang perniagaan yang dilahirkan oleh Institusi Pengajian

Tinggi tempatan perlu lebih berorientasikan keusahawanan, berinovasi dan mempunyai

daya kreatif yang tinggi yang tidak dapat dinafikan ketika dunia sedang dilanda

kevvujudan 'ekonomi baru' yang berlandaskan teknologi maklumat.

'Ekonomi baru' ini memerlukan ramai usahawan baru yang berinovasi yang

bersedia untuk mewujudkan model-model perniagaan baru. Graduan yang dilahirkan

negara ini haros bersedia memikul cabaran sedemikian.

Tambahan pula, antara cabaran utama yang dihadapi oleh graduan bidang

perniagaan daripada universiti tempatan ialah persaingan daripada graduan bidang

perniagaan yang dihasilkan oleh universiti luar negeri. Graduan tempatan ini terpaksa

bersaing untuk menempatkan diri dalam industri runcit di Malaysia dengan graduan luar

negeri yang mempunyai kesediaan yang tinggi dari segi teknologi maklumat dan

kreativiti.

Melihat kepada permasalahan yang timbul, maka dalam kajian ini pengkaji ingin

mengetahui 'Apakah Sumbangan Latihan Industri dalam Sektor Peruncitan Terhadap

Profesion yang Bakal Diceburi oleh Pelajar Diploma Pengajian Perniagaan daripada

Politeknik Shah Alam, Selangor?'

1.3 Soalan Kajian

Persoalan yang ingin dijawab dalam kajian ini ialah :

i. Adakah latihan industri menyumbang kepada tahap persediaan pelajar Diploma

Pengajian Perniagaan dalam menghadapi alam pekerjaan?