pengenalan.docx

Upload: nazri-hussein

Post on 04-Mar-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

WAJ3073

PENGENALAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.]

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.

APLIKASI SENI DALAM PENDIDIKANSeni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.

Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.

Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN KEPADA PENDIDIKSeni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:

1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan professional.Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

3) Guru senang mencapai objektif atau matlamatIntegrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.

Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan

RPH DUNIA MUZIK

Mata Pelajaran : Dunia MuzikTahun : 3 AmanahTarikh : 9 Mac 2015Masa : 8.45 9.45 pagi ( 60 minit )Fokus : Pergerakan Mengikut Lirik Standard Kandungan : Pengalaman Muzikal1.Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan.2.Membuat gerakan mengikut muzik.Standard Pembelajaran :1Menyanyi mengikut tempo ( cepat dan lambat )2.Membuat pergerakan berdasarkan lirik dan mud lagu

Objektif Pengajaran : 1. Memupuk nilai murni melalui aktiviti muzik. 2. Membuat pergerakan kreatif berdasarkan lirik lagu.

Pengalaman sedia ada : Murid pernah menyanyi laguBahan Bantu Mengajar : Gitar dan CD rakaman,kad imbasan, gambar burung Penyerapan Nilai : Berdisiplin Mengikut arahanKemahiran Berfikir : Meneroka pelbagai pergerakan menerusi lirik lagu menggunakan anggota badan

EMK( Elemen Merentas Kurikulum ) : 1. Kreativiti menjana idea 2. Nilai Murni kerjasama

LangkahIsi kandunganaktiviticatatan

Langkah 1Induksi(5 minit)Berintraksi1.Guru bertanya kepada murid tentang gambar yang paparkan oleh oleh guru di hadapan kelas.2.Murid menjawab pertanyaan guru.BBMGambar

Langkah 210 minitMemberiPenerangan

Lirik lagu1.Seterusnya guru memperkenalkan lagu Yang akan dinyanyikan.2.Guru memaparkan corak irama lagu Yang terdapat dalam LaguBurung Dan Suasana sambil guru menepuk corak Irama tersebut.3.Guru membaca senikata lagu dengan Irama sambil murid-murid mengajuk / Mengikut perlahan-lahan. BBMCarta Lagu

Langkah 320 minitMenyanyi sambil membuatAksi berdasarkan lirik.1.Guru memperdengarkan lagu Burung Suasana kepada murid sambil Mendengar.2.Murid menyanyi lagu dengan iringan Muzik sehingga murid dapat menguasai Lagu tersebut3.Seterusnya membuat aksi berdasarkan Lirik sambil menyanyi lagu tersebut.4.Guru memanggil beberapa orang murid Melakukan aksi burung sambil menyanyi PemainCD

Kemahiran Mendengar

Langkah 410 minitMemberipenerangan1.Seterusnya guru mengedarkan gambar Seekor burung kepada murid-murid.2.Guru memberi penerangan kepada Murid-murid tentang aktiviti yang akan Dilakukan nanti,aktiviti mewarna.Helaian Gambar Burung

LangkahIsi kandunganAktiviti

Catatan

Langkah 510 minit

Aktiviti mewarna

1.Guru menunjukkan contoh lukisan Yang diwarna sebagai panduan murid.2.Murid melakukan aktiviti mewarna Gambar burung yang telah diedarkan3.Guru membimbing murid mewarna.

PendidikanSeni

Penutup5 minitRumusan dan Pupukan Nilai

1.Menyanyi semula lagu Burung dan Suasana bersama-sama guru dengan Iringan gitar.2.Guru memanggil beberapa orang murid Tampil ke hadapan menyanyi sambil Memetik gitar.3.Memberi pengajaran dari lagu tersebut. Gitar

NilaiKerjasamaDisiplin

REFLEKSI:

REFLEKSI SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni dalam pendidikan merupakan salah satu daripada elektif yang saya perlu ambil bagi semester tujuh ini. Seni dalam pendidikan atau singkatannya SDP menekankan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Elemen-elemen ini akan menjadikan sesuatu pembelajaran menyeronokkan yang akan membuatkan murid-murid mempunyai minat yang tinggi untuk menuntut ilmu. Sepanjang penghasilan tugasan ini, pelbagai ilmu baru telah saya perolehi. Antaranya, pembelajaran yang berkesan bukan hanya bersandarkan kepada kurikulum semata-mata, bahkan perlu mempunyai elemen seni agar penerimaan ilmu dikalangan murid menjadi lebih jitu dan mampan.

SDP pada kali ini telah menambah ilmu pengetahuan saya di dalam bidang seni. Sebagai contoh, saya telah memahami bahawa dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.

Selain itu, saya turut mengetahui bahawa irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.

Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan murid banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, saya sebagai seorang guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

Walaupun dalam subjek selain pendidikan seni, aktviti pendidikan seni ini boleh wujud secara pengintegrasian dan boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi dan kemahiran pelbagai yang dapat membantu murid-murid saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Kebolehan saya sebagai seorang guru dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah yang betul ini akan dapat memenuhi keperluan murid-murid berdasarkan teori-teori yang saya pelajari sepanjang program PPG ini.

Rujukan

C.H.Lee (2004):Pendidikan Muzik KBSR Tahun 3. Rhythm Publising Co.Sdn.BhdPenang,Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012):Panduan Mengajar Muzik Tahun Tiga KSSR Putra Jaya.Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012):Dokuman Standard KSSR Dunia Muzik Tahun Tiga Putra Jaya.Bahagian Pembangunan Kurikulum.

http://shydatulhushna.blogspot.com/ Seni Dalam Pendidikanwww.academia.edu/SeniDalamPendidikan/ https://www.academia.edu/8069907/REFLEKSI_SENI_DALAM_PENDIDIKAN

9

Seni Dalam Pendidikan