pengenalan.docx

19
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER / TAHUN MEI 2014 KOD KURSUS HBEF 2303 TAJUK KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN NAMA : ROZITA BINTI JOHARI NO. MATRIKULASI : 721023025922001 NO. KAD PENGENALAN : 721023-02-5922 NO. TELEFON : 019-5422476 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SUNGAI PETANI 1

Upload: rozita-johari

Post on 02-Feb-2016

30 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN.docx

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER / TAHUN MEI 2014

KOD KURSUSHBEF 2303

TAJUK KURSUSTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NAMA : ROZITA BINTI JOHARI

NO. MATRIKULASI : 721023025922001

NO. KAD PENGENALAN : 721023-02-5922

NO. TELEFON : 019-5422476

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : SUNGAI PETANI

1

Page 2: PENGENALAN.docx

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

1.1 PERNYATAAN MASALAH

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

3

2.0 KAJIAN LITERATUR  5

3.0 METODOLOGI3.1 PENERANGAN APLIKASI ANDROID

GOOGLE PLAY FOR EDUCATION

3.2 KAEDAH KAJIAN

6

4.0 DAPATAN KAJIAN10

5.0 KESIMPULAN16

6.0 RUJUKAN17

2

Page 3: PENGENALAN.docx

1.0 PENGENALAN

Teknologi mudah alih yang berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun

kebelakangan ini telah memberi peluang sepenuhnya kepada pelajar untuk bermotivasi setelah

pembelajaran mobil atau m-pembelajaran diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

M-pembelajaran bermaksud pembelajaran yang dipertingkatkan dengan penggunaan alat

mudah alih dan komunikasi mudah alih yang boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila

masa sahaja, dan mengambil kesempatan ke atas peluang pembelajaran yang ditawarkan oleh

teknologi mudah alih. M-pembelajaran juga boleh ditafsirkan sebagai satu corak e-

pembelajaran yang menyampaikan kandungan pendidikan dan bahan-bahan sokongan

pembelajaran melalui alat komunikasi tanpa wayar. Dengan wujudnya peranti-peranti mudah

alih popular seperti telefon bimbit pintar, iPad, iPod, Tablet PC, dan alat Bantuan Digital

Peribadi (PDA) yang digunakan oleh pelajar dan guru di dalam kelas, pembelajaran kini

mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan penyelidik di institusi pendidikan melalui

kajian-kajian berkenaan m-pembelajaran.

Jika dibandingkan komputer riba dengan iPad, tablet pc, dan telefon pintar mempunyai

permukaan skrin yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Oleh itu, penggunaan

peranti mudah alih yang kecil lebih menggalakkan persekitaran m-pembelajaran dalam

kalangan pelajar terutama sekali di institusi pengajian tinggi. Seperti yang telah dijangkakan,

telefon bimbit berteraskan pelantar Android telah menjadi alat komunikasi yang amat

diperlukan bagi kebanyakan orang, terutama sekali pelajar. Aplikasi Android adalah satu

sumber terbuka bagi sistem operasi telefon bimbit yang disokong oleh Google Corporation,

sebuah syarikat enjin carian terkemuka dunia. Justeru, guru perlu mengambil peluang untuk

menggunakan pelbagai aplikasi Android percuma yang mudah didapati dan mudah diakses

sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) untuk menyokong

pengajaran mereka. Aplikasi-aplikasi Android boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar

dan mempengaruhi pelajar untuk terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran. Sebagai

contoh, kanak-kanak pra sekolah juga telah didedahkan dengan m-pembelajaran dan

penggunaan peranti mudah alih serta aplikasi pendidikan yang bersesuaian dengan tahap umur

mereka.

Selain itu, pelantar lain seperti iOS (sebelum ini iPhone OS) adalah sistem operasi

mudah alih yang dibangunkan dan diedarkan oleh Apple Inc. untuk iPhone, iPad, iPod Touch

3

Page 4: PENGENALAN.docx

dan Apple TV. Sehingga 12 Jun 2012, App Store Applemengandungi lebih daripada 650,000

aplikasi iOS, yang secara kolektifnya telah dimuat turun lebih daripada 30 bilion kali.

BlackBerry OS pula adalah sistem operasi telefon mudah alih yang dibangunkan oleh

Research In Motion (RIM) bagi peranti telefon pintar BlackBerry. BlackBerry OS

menyediakan sistem berbilang kerja dan menyokong peranti input khusus yang telah diterima

pakai oleh RIM untuk digunakan dalam telefon bimbit, terutamanya roda, bebola jejak, dan

yang terbaru adalah track pad dan skrin sentuh. Ketiga-tiga pelantar tersebut menyediakan

aplikasi-aplikasi pembelajaran yang bersesuaian untuk kegunaan pelajar. Beberapa aplikasi

Web 2.0 dan perisian pendidikan percuma sama ada pelantar Android, iOS dan BlackBerry

OS yang sentiasa diakses oleh pelajar adalah Wikipedia, YouTube, Facebook For Android,

Dropbox, Google Search, dan Whiteboard . Blackboard Mobile Learn adalah sejenis aplikasi

pembelajaran yang dibangunkan oleh BlackBoard yang menyokong persekitaran m-

pembelajaran di mana aktiviti seperti pengumuman, jadual bertugas, refleksi jurnal dan blog,

media audio dan video serta gred pencapaian pelajar dipaparkan menerusi peranti mudah alih

pelajar .

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Perisian PPBK yang terdapat dalam pasaran masa kini semakin banyak dan sentiasa

bertambah bagai cendawan tumbuh selapas hujan.Tetapi tidak pula semuanya sesuai malahan

terdapat juga yang langsung tidak sesuai, tidak bermutu dan tidak menepati kehendak atau

objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ow 2000). Guru seharusnya tanggungjawab dalam

memilih perisian yang sesuai digunakan sebagai bahan pembelajaran di bilik darjah. Justeru,

satu aplikasi android yang dipilih telah dinilai kesesuaiannya dalam aspek isi kandungan dan

teknikal untuk mengenalpasti sejauhmanakah kesesuai aplikasi tersebut sabagai satu bahan

PPBK di dalam kelas.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pemilihan aplikasi android iaitu Google

Play for Education sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PPBK) di dalam kelas. Kajian menggunakan borang penilaian perisian PPBK. Kajian

Penilaian Perisian aplikasi android meliputi aspek isi kandungan dan teknikal.

4

Page 5: PENGENALAN.docx

2.0 KAJIAAN LITERATUR

Kajian salah sebuah projek m-pembelajaran mendapati bahawa telefon bimbit

memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pelajar sebagai alat untuk berkomunikasi

dan telah berjaya menarik minat golongan muda. Stead (2004) menyatakan bahawa ramai

yang telah tersalah anggap dan beranggapan proses pembelajaran menggunakan telefon

bimbit adalah sama dengan menggunakan komputer peribadi (hanya kerana saiz yang lebih

kecil pada telefon bimbit), tetapi penemuan projek m-pembelajaran menunjukkan bahawa

model pembelajaran yang berbeza diperlukan. Batasan teknologi di institusi pengajian dan

kekurangan kawalan terhadap waktu, jangka masa serta kaedah penggunaan m-pembelajaran

menjadi faktor penyebab model m-pembelajaran yang bersesuaian diperlukan. Model

FRAME yang dibangunkan oleh Koole dan Ally (2006) menggariskan hubungan di antara m-

pembelajaran, keupayaan pembelajaran manusia, dan interaksi sosial, tetapi ia juga

menangani isu-isu pedagogi kontemporari terhadap bebanan maklumat dan pembelajaran

kolaboratif. Walau bagaimanapun, ciri-ciri fizikal serta input dan output antara muka

dipengaruhi pemprosesan dalaman peranti mudah alih seperti keupayaan storan, kuasa,

kelajuan pemproses, dan kesesuaian. Peranti mudah alih yang digunakan untuk tujuan m-

pembelajaran oleh sesuatu institusi berkemungkinan adalah berbeza dengan institusi lain.

Begitu juga dengan pelantar operasi yangdigunakan pada telefon bimbit pintar. Oleh itu, satu

kerangka model m-pembelajaran yang bersesuaian dengan semua jenis peranti mudah alih dan

pelantar operasi yang akan digunakan perlu dibina untuk memperbaiki proses pembelajaran

secara keseluruhan.

Seterusnya, penerimaan pelajar terhadap m-pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi

(IPT) perlu dikaji bagi melihat penerimaan pelajar dalam sistem pendidikan di Malaysia. Satu

kajian telah dilakukan dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk

mengkaji kesan persekitaran mpembelajaran yang menggunakan platform android dalam

proses pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan responden menerima sistem interaktif,

kebolehcapaian, dan kemudahan sistem, tetapi mereka kecewa dengan gangguan disebabkan

oleh masalah sambungan internet . Kemudahan infrastruktur yang disediakan di IPT seperti

sambungan Internet, makmal komputer dan peranti mudah alih seperti iPad perlu

dipertingkatkan dan sentiasa diselenggarakan bagi melaksanakan m-pembelajaran secara

meluas dan menyeluruh. Secara keseluruhan, m-pembelajaran boleh dilaksanakan dalam

sistem pendidikan di Malaysia kerana ia bersifat murah, tidak memerlukan kos yang tinggi

5

Page 6: PENGENALAN.docx

dan sesetengah aplikasi pembelajaran yang disediakan untuk android ditawarkan secara

percuma. Walau bagaimanapun, penerimaan pelajar terhadap m-pembelajaran perlu dikaji

menggunakan model penerimaan yang bersesuaian supaya kerangka model m-pembelajaran

dapat direka bentuk.

Kajian menunjukkan pereka bentuk persekitaran m-pembelajaran perlu lebih peka dan

bersedia mereka bentuk aplikasi pembelajaran yang menarik dan mudah guna. Paling penting

persekitaran pembelajaran haruslah selari dengan kemajuan teknologi Web 2.0 . Bukan itu

sahaja, menurut Donaldson dalam kajian penerimaan pelajar terhadap m-pembelajaran, seperti

yang ditunjukkan oleh kedua-dua Venkatesh et al , dan Wang, etal , jangkaan prestasi didapati

menjadi penentu yang kuat bagi niat tingkah laku, dan jangkaan prestasi dan pengaruh sosial

didapati mempunyai signifikan yang positif. Keadaan kemudahan juga didapati menjadi

penentu yang signifikan terhadap niat tingkah laku. Kajian terkini tentang penerimaan pelajar

terhadap m-pembelajaran telah dilaksanakan di Saudi Arabia. Hasil kajian mendapati

jangkaan prestasi dan keadaan kemudahan mempunyai tahap penerimaan yang tinggi . Satu

kesimpulan dapat dibuat hasil analisis literatur ini di mana faktor galakan, halangan dan

pemilikan peranti mudah alih serta kemudahan akses maklumat telah dikenal pasti

menyumbang kepada penggunaan m-pembelajaran dalam kalangan pelajar.

3.0  METODOLOGI

3.1 PENERANGAN APLIKASI ANDROID GOOGLE PLAY FOR EDUCATION

Google sedia terkenal dengan Google Apps dan Chromebooks yang digunakan dalam

pendidikan secara meluas, termasuk di Malaysia. Kini, dalam usaha untuk membawa Android

ke dalam arena pembelajaran, Google telah pun mengumumkan inisiatif baru dinamakan

sebagai Google Play for Education. Google Play untuk pendidikan ini akan membolehkan

para pelajar dan pendidik untuk mengakses pelbagai kandungan dan aplikasi berbentuk

pelajaran daripada Google Play Store dan menggunakannya di sekolah. Menariknya, pendidik

mahupun ibu bapa boleh mengawal telefon pintar atau tablet yang digunakan oleh para

pelajar, dan pada masa yang sama menolong mereka memasang beberapa aplikasi atau

memuat-turun kandungan terus ke tablet pelajar.

6

Page 7: PENGENALAN.docx

Terdapat 10 aplikasi pendidikan dalam Google Play. Untuk kajian ini difokuskan

kepada mata pelajaran Matematik. Antara aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam Google Play

ialah:

AlphaTots Alphabet – Android Apps on Google Play 

Splash Math Grade 1 – Android Apps on Google Play

Bugs and Buttons – Andoid on Google Play

Montessori Words & Phonics – Android on Google Play

Motion Math – Android on Google Play

iTooch 8th Grade Language Arts – Android Apps on Google Play

Duolingo: Learn Languages Free – Android Apps on Google Play

BrainPOP Featured Movie – Android Apps on Google Play

NASA App – Android Apps on Google Play

Explain Everything ™ – Android Apps on Google Play

Splash Math Grade 1 – Android Apps on Google Play

7

Page 8: PENGENALAN.docx

Splash Matematik - Gred Pertama Matematik Permainan Pembelajaran untuk kanak-

kanak menyediakan lembaran kerja matematik menyeronokkan meliputi 13 bab dan 185

kemahiran di samping itu, tolak, nombor mengira, wang dan masa; dengan semua kandungan

adalah sejajar dengan AS biasa Standard Negeri Teras. Lebih 4 juta anak-anak belajar dan

mengamalkan kemahiran matematik dengan aplikasi pendidikan kita. Ini adalah versi

percuma daripada gred 1 aplikasi yang membolehkan anda melihat pratonton hamper 20

soalan secara percuma setiap hari. Anda boleh membuka akses penuh dengan pembelian di-

app.

★ ★ ANUGERAH

✔ PEMENANG Anugerah Stevie 2013 untuk "Best App Matematik Pendidikan"

✔ PEMENANG Anugerah Tabby 2012 untuk "Best Pendidikan dan Latihan app"

★ ★ TOPIK YANG DILIPUTI

Splash Matematik - gred 1 aplikasi pembelajaran matematik meliputi masalah matematik

berikut dan aktiviti.

1. Value Place (Nilai tempat) - Sa, puluh, dan Nombor sehingga 100

2 .Bilangan Sense -. Counting, Bandingkan dan nombor perintah

3 .Konsep Tambahan -. Tambah dengan model. Tambah 0

4 .Konsep Penolakan -. Tolakkan dengan model

5 .Penambahan Strategi -. Fakta Double, Tambah nombor tiga digit dan nombor sehingga 10

6 .Penolakan Strategi -. Tolak tiga nombor digit dan nombor sehingga 10

7 .Penambahan dan Penolakan - ayat Setaraf dan operasi bercampur

8 .Dua Operasi Digit -. Tambah dan tolak dua digit

9 .Data dan Graf -. Carta Tally dan graf Bar

10. Masa -. Baca analog dan jam digital

11 .Wang -. Mengenal pasti dan mengira syiling

12 .Tambahan Ulangkaji -. Tambah 0-9

13 .Penolakan Ulangkaji -. Tolak 0-9

★ CIRI UTAMA ★

✔ Kandungan Interaktif - Drag dan drop bentuk, buih pop, berputar tangan jam dan lebih

untuk menyelesaikan masalah matematik gred pertama.

✔ Pembelajaran Peribadi - Setiap topik bermula dengan tahap mudah dan berdasarkan

8

Page 9: PENGENALAN.docx

kemajuan kanak-kanak, tahap sederhana dan sukar yang secara beransur-ansur dikunci.

✔ Fun Permainan - Kanak-kanak boleh berehat di antara sesi dan menikmati bermain dengan

haiwan yang menyeronokkan dalam akuarium. Perolehi yang baru seperti ikan malaikat, ikan

badut, sotong, ketam sebagai anda mendapatkan lebih banyak mata.

✔ Pad Scratch Kerja kasar - Kanak-kanak boleh mengambil membantu memo awal untuk

semua kerja kasar mereka.

Splash Matematik aplikasi pembelajaran juga boleh didapati untuk iPad, iPhone, iPod Touch

dan Desktop. Sesuai untuk ibu bapa, homeschoolers dan guru-guru sekolah rendah mencari

amalan matematik menyeronokkan setiap hari.

3.1 KAEDAH KAJIAN

9

Page 10: PENGENALAN.docx

Bagi melihat kesesuaian aplikasi Google Play for Education- Splash Matematik - Gred

Pertama Matematik untuk digunakan sebagai satu bahan PPBK di dalam kelas. Satu kajian

tindakan telah dilaksanakan terhadap Guru-Guru Matematik , di Sekolah Kebangsaan Lunas

Jaya, Lunas, Kedah. Seramai 10 orang guru yang terlibat. Dalam pelaksanaan kajian ini,

kaedah soal selidik serta temubual bersemuka dengan kumpulan sasaran digunakan untuk

pengumpulan data . Seterusnya, para guru kumpulan sasaran yang terdiri daripada 10 orang

guru Matematik didedahkan dengan aplikasi Google Play for Education menggunakan

telefon bimbit dan tablet untuk melayari Splash Matematik - Gred Pertama Matematik .

Borang penilaian perisian turut disediakan dan diedarkan kepada guru-guru tersebut untuk

mendapatkan maklumbalas guru berkenaan dalam menilai aspek isi kandungan dan teknikal

aplikasi tersebut. Untuk tujuan ini, instrumen penilaian berskala likert yang mengandungi dua

kriteria penilaian sumatif digunakan. Kriteria penilaian sumatif pertama ISI

KANDUANGAN. Terdapat 3 indikator Isi Kandungan, iaitu Ketepatan, Kesesuaian dan skop.

Kriteria kedua ialah TEKNIKAL. Terdapat 4 indikator teknikal iaitu navigasi, ciri-ciri

penyimpanan rekod, persembahan dan kualiti.

Kaedah temubual bersemuka dilakukan selepas soal selidik dijalankan dan ia juga

bertujuan untuk mengesahkan maklum balas berkaitan kesesuaian aplikasi andriod

menggunakan Google Play for Education- Splash Matematik - Gred Pertama Matematik

sebagai bahan PPBK dalam kelas.

4.0 DAPATAN KAJIAN

Analisis Soal Selidik

Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh semua responden daripada

kumpulan sasaran:

Skala Likert

1 2 3 4

Sangat tidak setuju Tidak setuju setuju Sangat setuju

10

Page 11: PENGENALAN.docx

Jadual 4.1 : Meninjau Persepsi Responden terhadap kreteria Pemilihan aplikasi android

Google Play for Education- Splash Matematik - Gred Pertama Matematik sebagai bahan

PPBK dalam kelas .

KRITERIA SKALA 1 2 3 4

ITEM

Isi Kandungan

a) Ketepatan

1. Bebas daripada kesilapan. 0 2 5 3

2. Maklumat terkini 0 0 6 4

3. Pendapat yang tidak berat sebelah. 0 2 5 3

4. Sesuai dengan kebudayaan dan agama. 2 5 3 0

5. Penggunaan bahasa yang betul dari segi

nahu.

0 1 7 2

6. Bebas kesilapan ejaan 0 4 5 1

7. Struktur ayat yang baik. 0 2 6 2

Isi Kandungan

b) Kesesuaian

1.Konsep dan bahasa sesuai dengan tahap

pelajar.

1 6 2 1

2. Maklumat adalah sesuai dengan objektif

yang hendak dicapai.

1 4 4 1

3. Interaksi komputer – pelajar sesuai

dengan tahap pelajar.

0 3 4 3

Isi Kandungan

c) Skop

1. Kandungan yang disampaikan berada

dalam skop yang hendak diajar.

0 3 5 2

2.Kandungan disampaikan mengikut

susunan yang sesuai

1 1 5 3

3.Kepelbagaian dan kesesuaian aktiviti. 0 2 4 4

Teknikal

a)Navigasi

1. Maklumat dapat dicari dengan

mudah dan tepat.

0 0 4 6

2. Penggunaan menu, ikon dan

arahan yang intuitif.

0 2 4 4

3. Ada pilihan untuk mengawal

perjalanan perisian, berhenti atau

keluar.

0 1 2 7

4. Bunyi yang boleh dikawal. 0 0 1 9

Teknikal 1. Kemudahan untuk mencetak 0 3 5 2

11

Page 12: PENGENALAN.docx

b) Ciri-ciri

penyimpanan

rekod.

maklumat.

2. Menyimpan maklumat tentang

kedudukan semasa dalam perisisn

atau permainan.

0 1 1 8

3. Mengambil atau menyimpan nota

apabila perlu.

0 1 3 6

4. Rekod penggunaan perisian pelajar

untuk memantau pelajar.

0 0 1 9

Teknikal

c) Persembahan

1. Isi kandungan disampaikan dengan

cara dapat merangsang pemikiran

pelajar.

0 1 1 8

2. Aktiviti yang menggalakkan

penyelesaian masalah secara

kreatif.

0 1 3 6

3. Maklumbalas yang membina. 0 1 5 4

4. Kemudahan untuk mendapatkan

bantuan.

0 2 4 4

5. Susun atur paparan yang baik. 0 0 2 8

6. Penerangan yang mencukupi bagi

visual.

0 1 2 7

7. Teks yang mudah dibaca

mempunyai saiz yang sesuai

dengan kumpulan sasaran.

0 1 3 6

Teknikal

d) Kualiti

1. Visual yang sesuai dengan

kandungan pelajaran.

0 0 0 10

2. Audio yang jelas dan mudah

difahami serta dikawal.

0 0 2 8

3. Suara dan muzik yang berkaitan

dengan paparan visual.

0 1 2 7

Jadual 4.2.: Analisis Min kriteria isi kandungan aspek ketepatan bagi aplikasi android Google

Play for Education- Splash Matematik - Gred Pertama Matematik.

12

Page 13: PENGENALAN.docx

      ISI KANDUNGAN

A) Ketepatan

Min  (%)

1. Bebas daripada kesilapan. 3.1  

2. Maklumat terkini 3.4

3. Pendapat yang tidak berat sebelah. 3.1

4. Sesuai dengan kebudayaan dan agama. 2.1

5. Penggunaan bahasa yang betul dari segi nahu. 3.1

6. Bebas kesilapan ejaan 2.7

7. Struktur ayat yang baik. 3.0

Graf 4.2

1. Bebas daripada kesilapan.

15%2. Maklumat

terkini17%

3. Pendapat yang tidak berat sebe-

lah.15%4. Sesuai dengan kebudayaan

dan agama.10%

5. Penggunaan bahasa yang betul

dari segi nahu.15%

6. Bebas kesilapan ejaan13%

7. Struktur ayat yang baik.

15%

Isi Kandungana) Ketepatan

Graf 4.2 menunjukkan kriteria pemilihan perisian berdasarkan kategori isi kandungan dari

segi ketepatan. Item maklumat terkini menunjukkan 17%. Manakala item bebas daripada

kesilapan, Pendapat yang tidak berat sebelah, Penggunaan bahasa yang betul dari segi nahu

dan Struktur ayat yang baik masing-masing 15%. Bebas kesilapan ejaan 13 dan Kesesuaian

dengan kebudayaan dan agama hanya 10%.

Jadual 4.3.: Analisis Min kriteria isi kandungan aspek kesesuaian bagi aplikasi android

Google Play for Education- Splash Matematik - Gred Pertama Matematik.

13

Page 14: PENGENALAN.docx

      ISI KANDUNGAN

b)Kesesuaian

Min  (%)

1. Konsep dan bahasa sesuai dengan tahap pelajar. 2.3  

2. Maklumat sesuai dengan objektif hendak dicapai. 2.5

3. Interaksi pelajar sesuai dengan tahap pelajar. 3.0

Graf 4.3

30%

33%

37%

Isi Kandunganb) Kesesuaian

1.Konsep dan bahasa sesuai dengan tahap pelajar.2. Maklumat adalah sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.3. Interaksi komputer – pelajar sesuai dengan tahap pelajar.

Jadual 4.3: Analisis Min kriteria isi kandungan aspek skop bagi aplikasi android Google Play

for Education- Splash Matematik - Gred Pertama Matematik.

      ISI KANDUNGAN Min  (%)

14

Page 15: PENGENALAN.docx

c)Skop1. Kandungan yang disampaikan dalam skop yang hendak diajar. 2.9  

2. Kandungan yang disampaikan mengikut susunan yang sesuai. 3.0

3. Kepelbagaian dan kesesuaian aktiviti. 3.2

Graf 4.3

32%

33%

35%

Isi Kandunganc) Skop

1. Kandungan yang disampaikan berada dalam skop yang hendak diajar.2.Kandungan disampaikan mengikut susunan yang sesuai3.Kepelbagaian dan kesesuaian aktiviti.

Analisis Temubual Bersemuka

Berdasarkan temubual yang dilakukan kepada 5 orang responden, 80% mengakui

bahawa pemilihan aplikasi android iaitu Google Play for Education sebagai bahan Pengajaran

dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) di dalam kelas adalah sesuai. Seramai 4

orang responden bersetuju bahawa aplikasi android iaitu Google Play for Education sebagai

bahan PPBK di dalam kelas dapat membantu meningkatkan minat dan kefahaman pelajar

terhadap mata pelajaran Matematik.Namun, 40% responden berpendapat bahawa aplikasi

android iaitu Google Play for Education tidak dapat dimanafaat sepenuhnya oleh pelajar

berikutan penggunaan bahasa Inggeris dalam aplikasi ini.

Di antara beberapa komen yang telah diberikan oleh responden adalah seperti berikut:

15

Page 16: PENGENALAN.docx

a. “Satu pendekatan menarik dalam sistem pembelajaran elektronik untuk meningkatkan

minat dan motivasi pelajar”.

b. “Para pelajar lebih mudah untuk memahami sesuatu konsep yang diajar seandainya aplikasi

ini dalam bahasa ibunda pelajar”.

5.0 KESIMPULAN

Hasil dapatan daripada kajian ini dapat merumuskan signifikan pemilihan aplikasi

android iaitu Google Play for Education sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PPBK) di dalam kelas. Berdasarkan kriteria penilaian sumatif

pertama ISI KANDUANGAN dalam aspek Isi Kandungan, iaitu Ketepatan, Kesesuaian dan

skop, dan kriteria kedua ialah TEKNIKAL dengan aspek navigasi, ciri-ciri penyimpanan

rekod, persembahan dan kualiti menunjukkan perisian aplikasi yang dipilih iaitu , Google

Play for Education sesuai digunakan sebagai bahan PPBK di dalam kelas. Pembelajaran

menggunakan aplikasi android, ios atau dikenali juga sebagai M-pembelajaran menyediakan

peluang kepada generasi baru dengan aktiviti pembelajaran dan komunikasi yang lebih baik

tanpa mengambil kira masa dan tempat. Kajian menyeluruh setiap aspek tentang m-

pembelajaran adalah perlu kerana m-pembelajaran di Malaysia masih dalam peringkat awal

dan masih tidak dilaksanakan secara meluas. Dengan mengambil kira kesesuaian sesuatu

aplikasi yang dipilih, penerimaan m-pembelajaran dalam kalangan pelajar terutama sekali

dalam sistem pendidikan di Malaysia dapat diguna meluas.

Penggunaan aplikasi yang sesuai dapat memastikan pelajar kita dapat merasai

keseronokan pembelajaran di mana-mana sahaja tanpa dibatasi had, tempat dan waktu.

Pendedahan yang terhad kepada teknologi mudah alih perlulah diatasi dengan mengadakan

kelas khusus berkenaan teknologi ini. Selain itu, faedah-faedah yang dapat diperolehi dengan

penggunaan telefon pintar serta aplikasi pembelajaran dijadikan motivasi dalam menjayakan

kaedah pengajaran terbaru ini. Kesannya kepada masa depan pelajar adalah terbukti melalui

penyelidikan yang dijalankan dan itulah kunci kejayaan yang perlu diambil kira untuk

merealisasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi. Akhir kata, kajian

yang meluas boleh dijalankan khususnya dalam mengatasi masalah yang telah dikenalpasti

16

Page 17: PENGENALAN.docx

serta menambah baik peluang sedia ada bagi memantapkan lagi pemilihan aplikasi untuk

pembelajaran agar sejajar dengan pendidikan kita.

6.0 RUJUKAN

1. Cheung, S., Yuen, K., & Tsang, E. (2011). A study on the readiness of mobile

learning in open education. Paper presented at the IT in Medicine and Education

(ITME), 2011 International Symposium on.

2. Chuang, K.-W.C. (2009). Mobile Technologies Enhance the Elearning Opportunity.

American Journal of Business Education 2(9):p. 49-53.

3. Donaldson, R .L. (2011). Student acceptance of Mobile Learning. 2011, (Doctoral

dissertation).

4. Brown, H.T. (2005). Towards a model for MLearning, International Journal on E-

Learning, 4(3), 2005, p. 299-315.

5. Venkatesh, V., Morris, M.G., Davis, F.D., dan Davis, G.B. (2003). User Acceptance

of Information Technology: Toward a Unified View, MIS Quarterly, 27, 2003, p.

425-478.

6. Apple WWDC 2012 Keynote Address At. http://www.apple.com/appleevents/june-

2012/

7. M-Learning (2004). In. Barker, A., Krull, G. & Mallinso, B. (eds). AProposed

Theoretical Model for M-pembelajaran Adoption inDeveloping Countries. In

mLearn2005, 2005.

8. Wang, Y. S., Wu, M.-C., & Wang, H.-Y. (2008). Investigating the determinants and

age and gender differences in the acceptance of mobil learning, British Journal of

Educational Technology, 40(1), 2008, p. 92-118.

17