pengenalan_bibliografi

73
[BMM3106] PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3 1.0 PENGENALAN Matlamat utama negara dalam pendidikan negara kita adalah melalui hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu membangunkan modal insan yang seimbang dan menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Melalui hasrat falsafah tersebut, perkara-perkara yang diambil kita adalah merangkumi faktor-faktor minat, estetika, bakat, sosial dan moral seseorang individu. Walau bagaimanapun, kita sedar bahawa setiap individu itu berbeza dari segi minat, kebolehan, keupayaan, budaya, latar belakang, sosioekonomi dan persekitaran fizikalnya. Namun begitu, setiap individu itu haruslah diberi peluang untuk mengembangkan potensinya mengikut keperluan, kemampuan dan kebolehannya. Oleh itu, murid-murid yang cerdas akan diberi pengayaan, manakala murid yang kurang cerdas pula perlu diberi bantuan pemulihan. Menurut Jamilah Ahmad (1999), perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak mempunyai pertalian yang rapat dengan pertumbuhan pemikirannya. Ini bermaksud, kegagalan seseorang kanak-kanak itu dalam penguasaan bahasa boleh menjadi punca kepada kegagalan kanak-kanak itu dalam pembelajaran seterusnya memberi impak yang tinggi dalam kerjaya masa depannya. Misalnya, kanak-kanak yang tidak dapat membaca dengan baik dan ketinggalan jauh dalam pelajaran akan mempunyai masalah dalam kitaran hidup sosialnya di masa hadapan kelak. Oleh itu, guru harus sedar bahawa kanak-kanak yang lemah boleh mencapai pelakuan normal jika diberi pemulihan PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SK | 1

Upload: zul-alok

Post on 22-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

..

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

1.0 PENGENALAN

Matlamat utama negara dalam pendidikan negara kita adalah melalui hasrat yang

terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu membangunkan modal insan

yang seimbang dan menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Melalui

hasrat falsafah tersebut, perkara-perkara yang diambil kita adalah merangkumi faktor-

faktor minat, estetika, bakat, sosial dan moral seseorang individu. Walau

bagaimanapun, kita sedar bahawa setiap individu itu berbeza dari segi minat,

kebolehan, keupayaan, budaya, latar belakang, sosioekonomi dan persekitaran

fizikalnya. Namun begitu, setiap individu itu haruslah diberi peluang untuk

mengembangkan potensinya mengikut keperluan, kemampuan dan kebolehannya.

Oleh itu, murid-murid yang cerdas akan diberi pengayaan, manakala murid yang kurang

cerdas pula perlu diberi bantuan pemulihan.

Menurut Jamilah Ahmad (1999), perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak

mempunyai pertalian yang rapat dengan pertumbuhan pemikirannya. Ini bermaksud,

kegagalan seseorang kanak-kanak itu dalam penguasaan bahasa boleh menjadi punca

kepada kegagalan kanak-kanak itu dalam pembelajaran seterusnya memberi impak

yang tinggi dalam kerjaya masa depannya. Misalnya, kanak-kanak yang tidak dapat

membaca dengan baik dan ketinggalan jauh dalam pelajaran akan mempunyai masalah

dalam kitaran hidup sosialnya di masa hadapan kelak. Oleh itu, guru harus sedar

bahawa kanak-kanak yang lemah boleh mencapai pelakuan normal jika diberi

pemulihan yang sesuai dan melalui pengajaran pemulihan, guru akan dapat mencegah

kesan buruk yang mungkin dibawa oleh kegagalan penguasaan bahasa.

Oleh itu, dalam melaksanakan tugasan penulis akan menerangkan secara lanjut

tentang apakah yang dimaksudkan dengan program pendidikan pemulihan dan

pendidikan pengayaan. Sehubungan dengan itu, dalam tugasan ini juga penulis akan

mengaplikasikan beberapa prosuder pendidikan pemulihan dan pengayaan melalui

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan di sekolah dengan tujuan

untuk pemurnian terhadap subjek ini agar lebih bermakna dan berkesan.

| 1

Page 2: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

2.0 PENDIDIKAN PEMULIHAN

Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan pemulihan?. Secara realitinya, tidak

semua murid yang diajar oleh guru dalam satu-satu pengajaran itu mempunyai tahap

intelektual ataupun tahap kefahaman yang sama, sebaliknya ada di antara mereka

mempunyai tahap perbezaan dan penguasaan yang sangat dapat dibezakan melalui

pengenalpastian ujian-ujian tertentu. Sehubungan dengan itu, tidak semestinya objektif

yang ingin disampaikan oleh seseorang guru itu dapat mencapai apa yang diinginkan.

Maka dengan itu, seseorang guru itu perlulah bijak untuk mencari atau pun

menganalisis sesuatu masalah tersebut dalam menangani masalah yang dihadapi oleh

murid tersebut.

Menurut Kamarudin Hj Husin (1991), program pemulihan ialah satu rancangan

pengajaran dan pembelajaran yang disediakan untuk membantu murid-murid yang

menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai sesuatu pengetahuan atau

kemahiran. Dalam usaha membantu murid-murid ini, semua strategi yang melibatkan

kaedah-kaedah tertentu, pemilihan bahan-bahan yang sesuai, dan perancangan aktiviti-

aktiviti alternatif yang berkesan, yang bersesuain dengan masalah yang dihadapi

hendaklah difikirkan dengan cermat dan digunakan secara berkesan.

2.1 Konsep Pendidikan Pemulihan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan pulih bermaksud kembali

seperti sediakala, sembuh atau baik semula. Maksud perkataan pulih di sini bukanlah

menggambarkan seseorang kanak-kanak itu sakit atau tidak sihat, tetapi istilah tersebut

sebenarnya dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah

pembelajaran. Pengajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk

membetulkan sesuatu yang berkurangan atau yang tidak betul. Oleh itu, secara

ringkasnya pendidikan pemulihan merupakan salah satu proses untuk

membaikpulihkan pelajar yang tidak mencapai objektif sesuatu pengajaran itu.

Menurut Kok Boh Boon (1982), pendidikan pemulihan kalau diteliti secara lebih

mendalam, sifatnya lebih terbatas dan lebih khusus kerana ia bertujuan membaiki

| 2

Page 3: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

kelemahan pembelajaran. Maksudnya, membaik pulih kelemahan pembelajaran ini

adalah melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lambat mencapai

pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Sehubungan dengan itu,

mereka tersebut juga dikatakan lambat mencapai tahap pembelajaran yang sepatutnya

kerana mereka tidak dapat mencapai pencapaian pembelajaran yang biasanya di

bawah tahap pencapaian mereka.

Menurut O.C Sampson (1975) dalam Kamarudin Hj Husin (1991), pendidikan

pemulihan ini merupakan tindakan yang khusus yang diambil untuk mengatasi

keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam

kelas khas di sekolah biasa; di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan;

dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa; dan dalam kelas untuk

pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Dapat difahami di sini bahawa pengajaran

pemulihan ialah sebagai satu usaha atau perkhidmatan khas yang dilakukan untuk

memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan

pembelajaran di sekolah-sekolah.

Oleh itu secara keluruhannya, istilah murid-murid pemulihan atau murid-murid yang

lambat tersebut membawa erti bahawa murid-murid ini mempunyai pencapaian yang

rendah berbanding dengan murid-murid lain yang sama peringkat persekolahan.

Mereka ini sepatutnya diberi pengajaran pemulihan yang sesuai supaya jarang

perbezaan antara mereka dengan murid-murid lain dapat diperkecilkan ataupun

dihapuskan sama sekali.

2.2 Rasional Pendidikan Pemulihan

Menurut Kamarudin Hj Husin (1991), Jawatan Kabinet yang bersidang pada November

1979 telah memperakuhkan bahawa mereka yang lemah dalam bidang kemahiran

tertentu hendaklah diberikan pengajaran pemulihan secara teratur dan terancang.

Berdasarkan perakuan ini, guru-guru adalah diharapkan supaya secara bersungguh-

sungguh mengambil inisiatif untuk menjalankan pengajaran pemulihan. Usaha ini bukan

sahaja membolehkan murid-murid yang lemah menguasai kemahiran-kemahiran asas,

| 3

Page 4: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

bahkan juga murid-murid yang cerdas akan terus maju. Oleh itu, tanggungjawab dan

peranan ini perlu dipikul oleh semua guru.

Menurut Kamarudin Hj Husin (1991), pendidikan pemulihan mempunyai rasionalnya

tersendiri. Antara lain yang dikemukakan ialah :

a) Murid-murid yang ditempatkan di sekolah-sekolah terdiri daripada individu-

individu yang berbeza-beza dari segi pengalaman, minat, kebolehan dan

sebagainya. perbezaan-perbezaan seperti ini jika tidak diberi perhatian boleh

menjadi punca masalah yang utama yang menyebabkan ramai murid tertinggal

dalam pencapaian objektif-objektif pembelajaran yang ditetapkan.

b) Kurikulum yang ada sekarang ini hendaklah disusun semula supaya dapat

diubahsuai bagi memenuhi keperluan murid-murid yang lemah mencapai

kemahiran asas, di samping membolehkan murid-murid yang cerdas terus maju.

c) Dari segi taraf pendidikan keseluruhannya, keutamaan hendaklah diberikan

dahulu kepada usaha untuk membaiki dan meninggikan taraf pendidikan di

sekolah di kawasan yang mundur sejajar dengan dasar kerajaan.

Oleh itu, kenyataan di atas dapat dianggap sebagai sebahagian daripada sebab-sebab

mengapa diadakan pendidikan pemulihan di sekolah-sekolah.

2.3 Tatacara Pengajaran Pendidikan Pemulihan

Pengajaran Pemulihan dalam kelas merupakan satu proses yang berperingkat-

peringkat yang disusun mengikut urutannya. Menurut Kamarudin Hj Husin (1991),

pelaksanaan pengajaran pendidikan pemulihan untuk Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) yang dilaksanakan di bilik-bilik darjah adalah seiring dengan program normal.

Ini bermakna, aktiviti-aktiviti membaik pulih pembelajaran murid-murid itu dijalankan

dalam kelas yang sama sewaktu guru menjalankan pengajaran biasa. Menurut Jamilah

Ahmad (1999), Program Pemulihan boleh dikendalikan menggunakan kaedah JARLIN.

Kaedah ini mementingkan setiap peringkat dijalankan secara berterusan dan

berhubung kait.

| 4

Page 5: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Proses pengendalian program pemulihan menurut kaedah ini dapat digambarkan dalam

rajah berikut:

Rajah 1 : Proses Pengendalian Program Pemulihan

2.3.1 Jejak

Langkah ini merupakan peringkat pertama dalam prosedur pemulihan. Peringkat ini

bermakna guru harus mengenal pasti masalah murid dan punca masalah tersebut.

Guru juga perlu mengetahui alat-alat yang sesuai untuk mengesan masalah ini, seperti

menggunakan alat ujian saringan dan ujian diagnostik. Seleps ujian ditadbirkan, guru

perlu membuat analisis supaya masalah dapat dikesan dengan tepat.

2.3.2 Rancang

Langkah ini adalah peringkat kedua memerlukan guru merancang pengajaran

pemulihan. Guru hendaklah merancang pengajaran pemulihan yang sesuai untuk

murid-murid sasaran dari segi objektif, kemahiran, persediaan dan pemilihan bahan

serta proses menilai.

| 5

JEJAK

RANCANG

LAKSANA

NILAI

Page 6: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

2.3.3 Laksana

Lagkah laksana ini merupakan peringkat ketiga yang memerlukan guru melaksanakan

situasi sebenar program pemulihan di dalam bilik darjah. Guru harus bijak memilih

teknik dan strategi yang sesuai dengan keupayaan murid dan menarik minat murid

untuk mengikuti pembelajaran tersebut. Rancangan pengajaran hendaklah disusun

dengan rapi supaya langkah-langkah pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan

sesuai dengan peruntukan waktu yang ada. Selepas sesuatu pengajaran dijalankan

dan objektif tercapai, aktiviti pengukuhan perlu dilaksanakan agar pembelajaran tidak

terjejas dalam jangka masa yang singkat.

2.3.4 Nilai

Peringkat keempat dalam pengendalian program pemulihan biasa adalah aktiviti

penilaian. Guru harus menilai aktiviti yang telah dilaksanakan dan dalam masa yang

sama menilai pencapaian murid serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

guru. Hasil penilaian harus dianalisis supaya tindakan susulan dapat dilakukan.

Keempat-empat peringkat ini haruslah dijalin dengan baik agar sebarang jurang

kelemahan dapat dihindari bagi memperoleh kesan yang maksimum. Ini bermakna

setiap peringkat harus dilakukan secara berterusan sehingga murid benar-benar telah

dapat menguasai mana-mana kemahiran yang tidak mereka kuasai dan menunjukkan

satu pencapaian yang memuaskan seperti murid-murid berpencapaian tinggi.

2.3.5 Cara Pelaksanaan Program Pemulihan

Program pemulihan ini dijalankan untuk murid-murid yang bermasalah sahaja, sebaik-

baik sahaja selepas pembelajaran berlaku beberapa ketika. Berikut ialah beberapa

perkara penting yang ada kaitannya dengan program pemulihan yang dilaksankan

seiring dengan program normal :

a) Program pemulihan dijalankan untuk murid-murid yang benar-benar menghadapi

masalah sahaja, dan ini dilakukan selepas pembelajaran berlaku beberapa

ketika.

| 6

Page 7: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

b) Guru hendaklah berkebolehan mengesan punca berlakunya masalah itu. setelah

masalah itu dan puncanya dapat dikesan melalui penggunaan alat pengesan,

murid-murid yang berkenaan hendaklah diberi bimbingan secara individu.

c) Program pemulihan ini tidak disarankan supaya dijalankan pada masa atau

waktu-waktu tertentu. Bimbingan boleh diberi ketika murid-murid lain

menjalankan aktiviti-aktiviti normal.

d) Murid-murid normal menjalankan aktiviti normal sementara murid-murid yang

mempunyai masalah menjalankan aktiviti alternatif dengan bimbingan guru

dalam masa yang sama.

e) Dalam pengajaran dan pembelajaran, kumpulan murid yang bermasalah seperti

ini memang ada. Oleh yang demikian, guru haruslah mewujudkan sistem

pengajaran secara berkumpulan dalam kelasnya.

f) Murid yang berkebolehan digalakkan menolong rakan-rakan yang bermasalah

dengan bimbingan rakan itu menjalankan aktiviti pengukuhan.

g) Murid-murid yang lemah ini tidak dikecualikan daripada menjalankan aktiviti

pengayaan apabila mereka memerlukannya.

2.4 Rumusan Pendidikan Pemulihan

Secara keseluruhannya, dapat difahami bahawa sebelum seseorang guru itu hendak

melaksanakan kelas pemulihan, ia haruslah memahami dengan mendalam prinsip-

prinsip program pemulihan agar aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan dapat

mencapai objektifnya. Guru juga perlu menguasai semua strategi yang melibatkan

kaedah-kaedah tertentu, pemilihan bahan yang sesuai, dan perancangan aktiviti-aktiviti

alternatif yang berkesan, yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi hendaklah

difikirkan dengan cermat dan digunakan secara berkesan. Maka, dapatlah sebuah

sesuatu pengajaran tersebut mencapai sesuai dengan apa yang dikehendaki menurut

aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan modal insan yang seimbang

dari segi semua aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan sahsiah.

| 7

Page 8: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

3.0 PENDIDIKAN PENGAYAAN

Pendidikan pengayaan adalah satu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk

semua murid bagi membolehkan mereka mendapat pengalaman dan pengetahuan

yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan

keupayaan mereka (Kamarudin Hj Husin, 1991). Ini bermaksud, aktiviti-aktiviti ini

dibentuk sedemikian rupa supaya menarik dan mencabar selaras dengan peringkat

pembelajaran murid-murid itu. Melalui program ini juga, murid-murid akan mendapat

peluang tambahan untuk mengembangkan lagi sifat ingin tahu, sikap berdikari dan

bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan, untuk diri

sendiri, kumpulan dan masyarakat yang berkesan.

Sehubungan dengan itu, penekanan kepada pendidikan pengayaan ini ialah untuk

memberi aktiviti tambahan kepada murid-murid yang dapat menguasai satu-satu

kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Menurut

Kamarudin Hj Husin (1991), dalam sesebuah kelas itu terdapat kebolehan belajar yang

berbeza-beza maka kumpulan murid yang telah mencapai taraf dan pencapaian

tertentu yang memuaskan akan diberi kegiatan pengayaan. Ini dilakukan dalam tempoh

masa semasa murid-murid lain masih berada dalam proses pembelajaran ke taraf yang

diperlukan.

3.1 Konsep Pendidikan Pengayaan

Kamud Dewan Edisi Keempat (2005) mentakrifkan pengayaan sebagai perihal

mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata. Melalui takrifan

tersebut, penggayaan di sini merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas

pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu

persekolahan. Menurut Kamarudin Hj Husin (1991), program pengayaan merupakan

satu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk semua murid bagi membolehkan

mereka mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan

aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka. aktiviti-aktiviti

tersebut dibentuk dengan sebegitu rupaya supaya menarik dan mencabar selaras

| 8

Page 9: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

dengan peringkat pembelajaran mereka. Melalui program ini juga, murid-murid akan

mendapat peluang tambahan untuk menggembangkan lagi sifat ingin tahu, sikap

berdikari, bakat kepimpinan, bertanggungjawab dan sebagainya.

Menurut Mok Soon Sang (1991) menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan

untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah,

sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Oleh itu, dalam

melaksanakan aktiviti pengayaan ini, aktiviti itu hendaklah disediakan untuk semua

peringkat tahap kumpulan murid. Sungguhpun begitu, sama ada seseorang murid itu

mendapat sedikit atau banyak pengalaman pengayaan bergantung kepada kebolehan

dan keupayaan mereka masing-masing dalam menguasai kemahiran yang telah

ditetapkan. Pada umumnya, dalam satu-satu situasi pengajaran dan pembelajaran, tiga

kumpulan besar murid dapat dikenal pasti. Kumpulan-kumpulan tersebut ialah :

a) Kumpulan cerdas, iaitu murid-murid yang dapat menguasai pelajaran lebih awal

daripada jangka masa yang ditetapkan.

b) Kumpulan sederhana, iaitu murid-murid yang dapat menguasai pelajaran dalam

jangka masa yang ditetapkan.

c) Kumpulan lambat, iaitu murid-murid yang tidak dapat menguasai pelajaran dalam

jangka masa yang ditetapkan.

Dalam situasi ini, murid-murid yang dalam kumpulan cerdas akan mendapat lebih

banyak aktiviti pengayaan dibandingkan dengan murid-murid lain.

3.2 Rasional Pendidikan Pengayaan

Pada umumnya, dalam satu-satu situasi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid

dapat digolongkan ke dalam tiga kumpulan iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana

dan kumpulan lambat (Kamarudin Hj Husin, 1991). Ini bermaksud bahawa, murid-murid

tersebut hendaklah diberi layanan dan kemudahan yang sesuai dengan kemampuan

dan keupayaan mereka selaras dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal dan

mental mereka. Murid-murid yang cerdas dan sederhana, merupakan murid-murid yang

| 9

Page 10: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

kurang bermasalah atau yang menampakkan potensi serta keupayaan untuk

memperkembangkan pembelajaran mereka.

Sungguhpun begitu, murid-murid yang tidak bermasalah tersebut mungkin pula akan

menghadapi masalah sekiranya mereka tidak mendapat layanan pembelajaran yang

sesuai dan setimpal dengan keperluan mereka. Oleh yang demikian, untuk

mengekalkan dan memperkukuhkan prestasi mereka, murid-murid ini sewajarnyalah

menerima program pengayaan kerana melalui program ini, mereka akan berpeluang

mengikuti berbagai-bagai bentuk aktiviti yang menarik dan mencabar,

Bagi murid-murid yang lambat pula, walaupun mereka ini lebih sesuai diberi program

pemulihan, tetapi pada masa-masa tertentu mereka juga perlu diberi program

pengayaan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Ini memberi peluang kepada

mereka menikmati pengalaman yang berbagai-bagai yang disalurkan melalui aktiviti

pengayaan. Selain itu, murid-murid harus mendapat peluang yang sama supaya pada

akhirnya hasrat kita untuk menghasilkan individu yang mempunyai perkembangan yang

menyeluruh dapat dicapai.

3.3 Tatacara Pengajaran Pendidikan Pengayaan

Pengayaan merupakan salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam konsep

bersepadu. Pelaksanaan aktiviti pengayaan perlu mempunyai strateginya tersendiri.

Guru perlu memikirkan proses pembelajaran yang perlu dilalui oleh murid-murid

sebelum melaksanakan aktiviti pengayaan. Di samping itu guru juga perlu merancang

bagaimana untuk mengelolakan aktiviti pengayaan supaya objektifnya menepati

kehendak sukatan pelajaran dan kemahiran dan ilmu mata pelajaran Bahasa Melayu

yang sepatutnya di kuasai oleh murid-murid. Berikut merupakan carta rajah yang

menunjukkan bagaimana prosedur program pendidikan pengayaan dan pengelolaan

aktiviti pengayaan dilaksanakan di sesebuah sekolah yang sebenar :

| 10

Page 11: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Berdasarkan kerangka proses pengayaan di atas, murid yang melepasi tahap penilaian

sesuatu objektif pembelajaran perlu diberikan aktiviti pengayaan. Murid yang tidak

mencapai kepada objektif tersebut pula perlu menjalani aktiviti pemulihan. Jika murid

tersebut berjaya dipulihkan mereka akan juga menjalani aktiviti pengayaan yang sesuai

dengan tahap pencapaian mereka.

3.3.1 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan oleh guru berdasarkan kepada dua strategi

utama iaitu:

i. Pilihan murid;

Aktiviti ini lebih berfokus kepada pencapaian murid yang pelbagai. Murid ini akan

menjalankan sendiri aktiviti pengayaan berasaskan kebolehan kendiri tanpa

bantuan guru. Guru boleh bertindak sebagai pendorong atau penggalak. Aktiviti

| 11

PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN

STRATEGI PELAKSANAAN

PILIHAN MURIDPILIHAN GURUMASA PELAKSANAAN

PENGELOLAAN AKTIVITI PENGAYAAN

OBJEKTIFSASARANTEMPATBAHANPENILAIAN

AKTIVITI PENGAYAAN

KERJA PROJEKICTBACAAN TAMBAHAN

PERMAINAN DAN REKREASIPEMBELAJARAN AKSES KENDIRI

Rajah 2 : Kerangka Proses Pengajaran Pendidikan Pemulihan

Page 12: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

yang diberikan oleh guru lebih berbentuk belajar sendiri pada kumpulan cerdas

dan sederhana. Penglibatan guru hanya pada peringkat penilaian. Murid-murid

yang agak lambat bimbingan guru diperlukan. Kaedah pengajaran rakan sebaya

boleh dilaksanakan supaya murid-murid bebas berinteraksi sesama mereka

dalam proses pembelajaran. Penghargaan daripada guru amat penting selepas

murid-murid berjaya menjalani aktiviti pengayaan.

ii. Pilihan guru;

Aktiviti pilihan guru ini diberikan oleh guru selepas murid-murid menguasai

kemahiran asas dan dilakasanakan lebih formal di dalam kelas.jika dilaksanakan

di luar kelas guru perlu membuat perancangan khusus. Tujuannya ialah untuk

memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Guru boleh menggunakan

buku teks, buku kerja dan buku panduan pengayaan.

3.3.2 Masa Pelaksanaan

Pengendalian aktiviti pengayaan ini boleh dibahagikan kepada tiga cara iaitu:

i. Dalam masa yang dipilih khas pada setiap hari.

Pelaksanaan konsep bersepadu 5P dalam pengajaran dan pembelajaran dalam aspek

pengayaan selalunya dilakukan pada peringkat akhir sesuatu pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini kerana guru telah boleh mengesan pencapaian objektif dan

penguasaan kemahiran dalam kalangan murid-muridnya. Oleh itu setiap satu sesi

pengajaran dan pembelajaran guru harus telah menyediakan aktivti atau bahan

pengayaan.

ii. Selepas murid-murid menguasai sesuatu atau sekumpulan kemahiran.

Aktiviti pengayaan selepas murid-murid menguasai sesuatu atau sekumpulan

kemahiran perlu dirancang supaya tiada aspek dalam kemahiran tersebut tertinggal.

Murid-murid boleh melaksanakan secara individu, kumpulan atau secara kelas.

Kekerapan mengadakan aktiviti pengayaan ini boleh diadakan mengikut mingguan atau

bulanan.

| 12

Page 13: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

iii. Selepas murid-murid menguasai semua kemahiran.

Masa pelaksanaan aktiviti pengayaan apabila semua kemahiran telah dikuasai

selalunya pada penghujung penggal atau semester. Konsep pengayaan lebih kepada

menguji tahap pencapaian murid setelah menguasai semua kemahiran. Aktiviti

pengayaan lebih berbentuk pengukuhan.

3.3.3 Pengelolaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan yang dikendalikan oleh guru hendaklah berdasarkan kepada perkara

yang berikut :

i. Objektif aktiviti

Objektif aktiviti haruslah berasaskan kepada kemahiran yang terdapat dalam

huraian hasil pembelajaran mengikut kemahiran bahasa atau aspek bahasa

yang sedia ada dalam sukatan pelajaran. Guru juga perlu peka dengan

kemampuan murid-muridnya untuk mencapai objektif yang ditentukan sama ada

pencapaian secara individu, kumpulan atau kelas.

ii. Sasaran

Sasaran lebih kepada murid-murid selain daripada target guru untuk

menghabiskan sukatan pelajaran dan sasaran sekolah. Murid yang cerdas perlu

sentiasa diberikan aktiviti pengayaan supaya mereka rasa tercabar, tidak bosan

dan membuang masa. Murid yang sederhana dan lemah pula perlu diberi

pengayaan bertujuan sebagai pengukuhan penguasaan sesuatu kemahiran dan

juga sebagai motivasi dalam pembelajaran.

iii. Tempat

Tempat untuk aktiviti pengayaan tidak semestinya bertumpu di dalam kelas

sahaja. Pelaksanaannya boleh di dalam kawasan sekolah aataupun di luar. Di

dalam kawasan sekolah aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan di dalam atau

luar kelas sama ada di perpustakaan, dewan, di sudut bacaan, di padang, kantin

dan lain-lain. Kalau pelaksanaan aktiviti pengayaan di luar kawasan sekoalh

lebih bertumpu kepada aktiviti belajar sambil melawat atau projek-projek tertentu

| 13

Page 14: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

seperti ke Zoo Negara, Muzium Negara , Dewan Bahasa dan Pustaka,

Perpustakaan Negara, Sekolah Sukan Bukit Jalil dan lain-lain.

iv. Bahan

Aktiviti pengayaan banyak memerlukan bahan. Bahan yang dipilih perlulah

mencabar dan menepati kehendak objektif pembelajaran. Guru boleh

menggunakan pelbagai bahan sama ada di sediakan oleh pihak guru, murid atau

sekolah. Antara perkara yang perlu difikirkan oleh guru dalam memilih bahan

ialah;

Terkini

Menarik

Mencabar

Sesuai dengan kebolehan murid

Sesuai dengan bakat dan minat murid-murid

Berkaitan dengan kemahiran yang perlu dikuasai

Ada pembelajaran ilmu mata pelajaran Bahasa Melayu

v. Penilian

Setiap aktiviti pengayaan perlu ada penilaian supaya pencapaian objektif dapat

diukur. Guru perlu menilai sama ada dengan memberi pujian, ganjaran gred,

bintang, markah dan sebagainya. Sistem merekodkan pencapaian murid dalam

aktiviti pengayaan sangat membantu guru untuk merancang aktiviti pengayaan

yang seterusnya.

3.3.4 Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan tiada hadnya. Semakin kreatif guru merancang aktiviti pengayaan

semakin banyak pengalaman murid-muridnya untuk memajukan diri dalam

pembelajaran. Antara contoh aktivit pengayaan seperti dalam senarai di bawah.

i. Kerja projek

Kerja projek boleh dilaksanakan secara individu , kumpulan atau kelas. Murid-

murid merancang bersama-sama dengan guru untuk melaksanakan tugasan

| 14

Page 15: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

sama ada dalam bentuk kajian, lawatan, pameran dan sebagainya. Antara

contoh kerja projek seperti dalam senarai yang berikut:

Membuat sudut bacaan di dalam kelas.

Membuat pameran sempena minggu bahasa.

Membuat buku skrap tentang cerita-cerita yang di dengar atau dibaca

Membuat lawatan ke tempat bersejarah dan membuat laporan lawatan.

Mengadakan pementasan drama pendek untuk menguji kemahiran lisan.

Melawat sekitar kawasan sekolah dan mencari jenis tumbuhan dan

serangga untuk mengaitkan dengan simpulan bahasa yang telah

dipelajari.

ii. Penggunaan ICT

Pengajaran bahasa melalui bantuan komputer banyak dilaksanakan sekarang

ini. Terdapat pelbagai pengisian di pasaran dan ada yang dibekalkan oleh

Kementerian Pelajaran. Di samping itu pihak sekolah atau guru-guru ramai yang

berkemahiran membina program pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer. Program yang digunakan hendaklah sesuai dengan kemampuan

murid-murid. Antara contoh program pembelajaran bahasa melalui bantuan

komputer seperti senarai yang berikut:

Ask

Linkword

Hangman

Ti-tac show

Crossword

Storyboard

Matchmasty

Choicemaster

iii. Bacaan tambahan

Bacaan tambahan bolehlah disamakan dengan bacaan ekstensif ( bacaan luas).

Tujuannya supaya murid-murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan,

memantapkan kemahiran tatabahasa, ejaan, peristilahan, laras bahasa dan gaya

| 15

Page 16: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

bahasa. Murid-murid perlu digalakkan membuat rujukan dan dengan ini boleh

memupuk minat membaca. Dalam program pengayaan ini bacaan luas yang

dibuat oleh murid-murid perlu diikuti dengan tugasan. Antara aktiviti yang boleh

dilaksanakan ialah:

Kad bacaan

Membaca buku cerita mengikut tema

Pertandingan bercerita berdasarkan cerita yang dibaca.

Membaca majalah kanak-kanak dan melaporkan bahan yang dibaca.

Membuat kamus kecil – menyenaraikan perkataan antonim dan sinonim.

Memberi membuat catatan atau respons terhadap bahan yang dibaca.

iv. Permainan dan Rekreasi

Permainan dan rekreasi boleh mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang menggembirakan. Aktiviti ini banyak mencungkil kreativiti dan

kepantasan murid-murid berfikir.walau bagaimanapun kawalan guru amat

penting sebab sifat semula jadi kanak-kanakyang suka bermain. Guru perlu peka

untuk memastikan sambil murid-murid bermain atau berekreasi perlu ada

pembelajaran bahasa di dalamnya. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:

Dam

Catur

Bingo

Sahiba

Domino

Teka-teki

Jigsaw puzzle

Teka silang kata

Mencari benda tersembunyi

Meneka perkataan berdasarkan aksi

Mencari jalan keluar berdasarkan lakaran gambar, pelan, peta dan

sebagainya.

v. Pembelajaran akses kendiri

| 16

Page 17: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Pembelajaran akses kendiri memberi tumpuan kepada minat dan kebolehan

murid-murid. Mereka boleh memilih aktiviti mengikut minat mereka tetapi perlu

kawalan guru dalam aspek kemahiran bahasa yang perlu mereka kuasai. Hal ini

akan membantu murid lebih berdikari dan semangat ingin mencuba. Bahan-

bahan pembelajaran boleh dimuat turun dari internet. Di samping itu bahan

pembelajaran boleh juga menggunakan bahan bercetak, rakaman audio, radio,

televisyen dan computer.

3.4 Rumusan

Program pengayaan banyak membantu murid-murid untuk cekap dan menguasai

sesuatu pembelajaran dengan lebih bermakna. Setiap guru tidak boleh mengabaikan

aktiviti pengayaan tetapi lebih mentingkan menghabiskan sukatan. Jika aktiviti

pengayaan dijalankan dengan berkesan murid-murid banyak mendapat mafaatnya.

Mereka didedahkan dengan pelbagai bahan dan aktiviti yang dapat mengukuhkan

pengetahun sedia ada dengan pengetahuan yang bahru dipelajari.

4.0 MASALAH-MASALAH MURID TAHAP SATU DALAM PENGUASAAN

KEMAHIRAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

Seperti yang diterangkan sebelum ini, Program Pendidikan Pemulihan merupakan satu

aspek yang dijalankan untuk murid-murid yang tidak mencapai beberapa objektif

pembelajaran yang sepatutnya dicapai pada tahap penguasaan umur mereka.

Masalah-masalah penguasaan kemahiran bahasa khususnya dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu selalunya dapat dikesan awal oleh guru-guru yang mengajar murid

tersebut melalui beberapa aspek penilaian dan juga pemerhatian yang khusus. Menurut

Jamilah Ahmad (1999), berikut merupakan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh

murid tahap satu yang perlu diberi perhatian untuk dipulihkan agar tidak menjadi

masalah kepada mereka untuk mengikuti aktiviti pembelajaran yang seterusnya :

4.1 Masalah Penguasaan Kemahiran Bahasa Tahun Satu

a) Salah menyembunyikan huruf yang seakan-akan sama. Contoh : gali disebut jali.

| 17

Page 18: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

b) Menyebut nama huruf mengikut loghat bahasa ibunda. Contoh : r disebut al.

c) Tidak membunyikan perkataan dengan betul setelah mengeja dan membatang

suku kata, khususnya suka kata yang pertama.

d) Lambat mengingat bunyi-bunyi huruf dan suku kata.

e) Tidak boleh membezakan bunyi suku kata ‘e’ peper dan ‘e’ taling.

f) Boleh membaca dengan lancar tetapi tidak memahami apa yang dibacanya.

g) Tidak boleh mengecam kata akar daripada perkataan berimbuhan.

h) Tidak boleh membaca ayat dengan intonasi yang betul.

i) Tidak boleh melakukan latihan koordinasi tangan mata dengan tangan. Masalah

ini menyebabkan murid menyalin dengan lambat dan perkataan yang disalin

salah ejaan.

j) Menulis terbalik iaitu bermula dari kanan dan bergerak ke kiri.

k) Tidak dapat membina ayat mudah.

l) Tidak boleh menghuraikan gambar yang ditunjukkan.

4.2 Masalah Penguasaan Kemahiran Bahasa Tahun Dua

a) Masalah mengenal nama-nama huruf, bentuk huruf, bunyi huruf, huruf kecil dan

huruf besar.

b) Tidak dapat membatang suku kata KVKV, KVKK, dan tidak boleh memenggalkan

perkataan mengikut suku kata dengan betul.

c) Tidak dapat menyebut dan membaca perkataan dengan betul dan lancar.

d) Keliru apabila membatang perkataan yang mempunyai vokal berganding.

e) Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi konsonan bergabung.

f) Tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan awalan dan kata depan.

g) Masalah menggunakan huruf besar dan huruf kecil ditempat yang tidak sesuai

seperti mencampurkan huruf kecil dan huruf besar dalam perkataan serta

meletakkan tanda noktah di tempat yang tidak sesuai.

4.3 Masalah Penguasaan Kemahiran Bahasa Tahun Tiga

a) Tidak dapat mengecam huruf yang seakan-akan sama bentuk dan bunyi.

| 18

Page 19: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

b) Sukar untuk menerima dan memahami arahan secara lisan serta tidak dapat

bertindak balas.

c) Lemah dalam memberi maklumat secara lisan daripada bahan yang dtunjukkan.

d) Tidak boleh menerangkan secar lisan apa yang telah dibaca.

e) Kesukaran dalam membatangkan bunyi-bunyi suku kata, mengadun dan

membunyikan suku kata dan perkataan, khususnya konsonan dan vokal

bergabung.

f) Tidak dapat membezakan bunyi ‘e’ pepet dan ‘e’ taling.

g) Keliru menyebut perkataan yang seakan-akan sama.

h) Meninggalkan suku kata dalam perkataan.

i) Meninggalkan perkataan dalam ayat semasa membaca dan menggantikannya

dengan perkataan sendiri (meninggalkan imbuhan).

j) Mengeja sebelum membaca menyebabkan bacaannya terhenti-henti. Oleh

kerana itu, bacaannya tidak mengikut intonasi yang betul.

k) Membaca secara menghafal. Contohnya murid diberi kad bacaan dan diminta

murid yang cerdik menunjuk ajar. Murid yang lemah akan menghafal setiap

perkataan yang dibaca tadi, dia tidak dapat menyebutnya.

l) Mencampur adukkan huruf besar dan huruf kecil dalam tulisan.

m) Tulisan buruk dan tidak selari (tinggi rendah).

n) Jarak antara huruf dengan huruf yang lain atau perkataan dengan perkataan

yang lain tidak sesuai.

o) Menulis perkataan dengan ejaan yang tidak lengkap.

p) Meninggalkan perkataan dalam ayat, walaupun secara lisan dia boleh

menyebutnya dengan betul.

q) Tidak dapat menjawab soalan kefahaman dengan ayat yang lengkap.

4.4 Mengesan Masalah Penguasaan Kemahiran Bahasa Melayu

| 19

Page 20: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Menurut Ab. Rahman et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang

diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu

dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka ini

kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat

dikesan dan dikenal pasti. Terdapat beberapa strategi, teknik dan kaedah yang boleh

digunakan ataupun diaplikasikan oleh seseorang guru itu untuk mengesan ataupun

mengenal pasti masalah-masalah penguasaan kemahiran Bahasa Melayu yang

dihadapi oleh seseorang murid tersebut. Menurut Jamilah Ahmad (1991), orang yang

paling baik sekali untuk mengesan masalah pembelajaran murid ialah guru kelas.

Pengesanan ini hendaklah dilakukan oleh guru kelas seawal mungkin, iaitu pada

penggal pertama Tahun Satu. Menurut beliau lagi, beberapa cara yang boleh dilakukan

untuk mengesan murid-murid yang bermasalah di kelas masing-masing adalah melalui

cara-cara berikut:

4.4.1 Pemerhatian

Guru boleh melakukan pemerhatian ini secara tidak langsung di bilik darjah masing-

masing. Ini dilakukan dengan membuat pemerhatian secara berterusan dan berulang

kali serta memerhatikan perubahan-perubahan pada wajah murid serta tingkah laku

mereka. Melalui cara ini, guru dapat mengesan masalah emosi murid-murid, misalnya

ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi serta kecatatan

fizikal yang lain. Selain itu, terdapat juga beberapa teknik yang boleh digunakan melalui

teknik pemerhatian ini iaitu :

a) Teknik Pemerhatian dengan Senarai Semak

b) Pemerhatian di Luar Bilik Darjah

c) Pemerhatian Tingkah Laku

4.4.2 Pentafsiran Rekod Prestasi

| 20

Page 21: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Rekod prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik

murid, khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai pada sesuatu

peingkat pembelajaran secara berterusan. Tujuan utama penyimpanan rekod ini adalah

untuk membekalkan maklumat dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang

pencapaian murid-murid di dalam kelas. Sehubungan dengan itu, rekod prestasi ini juga

sangat penting sebagai panduan kepada ibu bapa dan murid itu sendiri untuk lebih

berusaha lagi meningkatkan prestasi keputusannya dari semasa ke semasa.

4.4.3 Pentafsiran Rekod Profil

Rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid-murid

dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapain ini ditunjukkan dengan

menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan prestasi murid-murid pada

setiap penghujung semester. Biasanya catatan tersebut dibuat pada awal tahun,

pertengahan tahun, dan akhir tahun atau mengikut semester. Pencapaian dalam rekod

ini biasanya berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap semester. Cara ini lebih

sesuai kerana guru kelas atau guru mata pelajaran boleh bertukar-tukar pendapat dan

pandangan dengan ibu bapa atau penjaga tentang pencapaian murid dan cara

meningkatkan lagi prestasi murid tersebut.

4.4.4 Ujian Kertas dan Pensel

Menurut Jamilah Ahmad (1999), satu lagi cara masalah pembelajaran murid-murid

adalah melalui ujian kertas dan pensel. Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan

perkataan, secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid. Ujian kertas

pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu

ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis

jawapan. Ujian kertas dan pensel ini boleh dibuat dalam bentuk-bentuk seperti berikut:

a) Melengkapkan pernyataan

b) Memberi keterangan

c) Membuat tafsiran

d) Huraian

| 21

Page 22: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

e) Perbandingan

f) Aneka pilihan

4.4.5 Temu Bual dengan Guru Darjah

Dalam mengesan masalah pembelajaran murid, perbincangan dengan guru darjah

dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yang hendak dikenal pasti. Melalui

temu bual dengan guru darjah atau guru mata pelajaran, kita boleh mendapatkan

maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan, ketetapan masa, pencapaian kerja

akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan perbezaan-perbezaan individu di

kalangan murid-murid yang lain. Maklumat-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan

dapat membantu guru mengesan masalah pembelajaran murid.

4.4.6 Temu Bual dengan Ibu Bapa

Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberikan maklumat tentang

masalah pembelajaran murid, terutamanya murid-murid di tahap satu. Melalui temu

bual dengan ibu bapa, guru dapat mengetahui banyak maklumat. Dengan adanya

maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid

dan dapat merangka suatu perancangan yang berkesan untuk membantu murid-murid

bermasalah.

Seperti yang dibincangkan tadi, terdapat beberapa kaedah dan teknik untuk mengesan

masalah penguasaan pembelajaran yang dihadapi oleh murid itu. Oleh itu, secara

umumnya seseorang guru pemulihan memerlukan satu rancangan dan pelaksanaan

yang teratur dan bersistematik dalam mengendalikan sesuatu proses mengesan

masalah-masalah yang dihadapi oleh seseorang murid. Guru tidak seharusnya

membuat kesimpulan dan anggapan awal tentang seseorang murid apabila murid

tersebut mempunyai masalah dalam pembelajaran mereka kerana terdapat

kemungkinan beberapa aspek masalah lain yang mungkin mempengaruhi masalah

seseorang pelajar tersebut.

| 22

Page 23: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

5.0 KAJIAN PELAKSANAAN TATACARA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN MENULIS TERHADAP KUMPULAN MURID PEMULIHAN

KELAS BIASA DI SEKOLAH

5.1 Pendahuluan

Pada tarikh 19 sehingga 23 Mac 2012 yang lalu, penulis telah menjalani Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 3. PBS ini bertujuan untuk penulis mengenali dengan

lebih dekat tentang suasana persekitaran sekolah yang sebenar di samping dapat

menjalankan beberapa kajian pemerhatian dan juga pelaksanaan tugasan kerja kursus

yang diberi oleh pensyarah pembimbing. Sehubungan dengan itu, penulis telah memilih

Sekolah Rendah Saint Pius Pamilaan, Tenom sebagai sekolah yang akan dikaji dan

diperhati oleh penulis bagi melaksanakan serta menjayakan tugasan yang diberi.

Sepanjang berada di sekolah tersebut, penulis telah memerhati, menemu bual dan

memfokuskan beberapa orang kumpulan pelajar Tahun Empat untuk melihat sejauh

mana kemampuan dan juga tahap perkembangan mereka khususnya yang menyentuh

kepada aspek kemahiran berbahasa (fokus kemahiran menulis). Ini termasuklah sejauh

mana tahap pencapaian mereka dalam kemahiran bahasa yang berfokuskan kemahiran

menulis. Di samping itu, melalui tugasan ini penulis juga dapat mengenal pasti

beberapa masalah yang dihadapi oleh murid khususnya dalam kemahiran menulis

seterusnya penulis akan menjalankan beberapa aktiviti pemulihan terhadap beberapa

| 23

Gambar 1:

Penulis menjalankan kajian

terhadap murid pemulihan

kelas biasa yang

memfokuskan dalam

masalah penguasaan

kemahiran menulis di

Sekolah Rendah Saint Pius

Pamilaan, Tenom.

Page 24: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

orang kumpulan pelajar yang mempunyai masalah kemahiran menulis itu agar

permasalah yang mereka hadapi dapat dipulihkan.

5.2 Latar Belakang Kajian Pelaksanaan Tugasan

Sekolah Rendah Kebangsaan Saint Pius Pamilaan, Tenom yang telah mencapai taraf

gred A telah bertapak lama dalam arena pendidikan sejak dari zaman sebelum

kemerdekaan lagi, namun akan terus mengalami perubahan perkembangan dari aspek

infrastruktur pembangunan dari semasa ke semasa. Sekolah ini yang majoritinya terdiri

daripada kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa bekerja sebagai petani menunjukkan

bahawa mereka bukanlah terdiri daripada kalangan keluarga yang selalu terdorong

untuk mengutamakan pendidikan. Hal ini menyebabkan ada kanak-kanak yang dihantar

bersekolah untuk masuk ke Tahun Satu tetapi maish belum tahu asas tentang abjad

dan nombor.

Oleh itu, kajian ini memberi fokus kepada beberapa orang murid yang mempunyai

masalah dalam pembelajaran khususnya melalui penguasaan kemahiran menulis.

Melalui kajian juga, penulis telah memilih beberapa orang murid dalam kelas Tahun

Empat yang masih belum mencapai beberapa tahap penguasaan dalam kemahiran

menulis yang sepatutnya sudah dimahiri dalam tahap satu lagi. Menurut Puan Noor

Hasnita Jaafar, Guru Kelas Tahun Empat juga sebagai Guru Bahasa Melayu kelas

tersebut memaklumkan kepada penulis bahawa terdapat beberapa orang pelajar dalam

kelas tersebut yang sememangnya masih belum menguasai tahap pembelajaran tahap

satu kemahiran menulis. Maka dengan itu, pentingnya di sini bahawa melalui tugasan

ini penulis akan dapat mengenal pasti masalah, menimba pengalaman, mengetahui

tahap-tahap perbezaan yang ada dalam diri setiap murid tersebut dan sebagainya

untuk dijadikan panduan dan bekalan kepada penulis apabila sudah terlibat secara

langsung sebagai guru yang sebenar kelak.

| 24

Page 25: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

5.3 Fokus Kajian Pelaksanaan Tugasan

Kajian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan biasa ini dijalankan

oleh penulis berdasarkan kehendak soalan dan penganalisian beberapa kertas ujian

yang telah dilaksanakan terhadap murid-murid Tahun Empat semasa peperiksaan

pertengahan yang lalu. Kertas-kertas ujian tersebut diperolehi oleh penulis daripada

guru Bahasa Melayu kelas itu sendiri iaitu Puan Noor Hasnita Binti Ja’afar. Dalam

mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut dalam penguasaan

kemahiran bahasa (fokus kemahiran menulis), penulis telah membuat perbincangan

dengan guru bahasa Melayu tersebut dan menganalisis masalah-masalah yang

dihadapi oleh beberapa orang murid tersebut.

Gambar 2 : Analisis Mengesan Masalah Penguasaan Kemahiran Menulis

berdasarkan Kertas Peperiksaan Murid Pemulihan Tahun Empat.

Hasil daripada perbincangan tersebut, penulis telah mengenal pasti bahawa beberapa

orang murid Tahun Empat masih lagi belum menguasai dan memahiri beberapa

kemahiran menulis khususnya dalam penulisan dan kemahiran membina ayat asas

yang sepatutnya telah dikuasai semasa pembelajaran di Tahap Satu lagi. secara

khusus murid yang tergolong dalam kumpulan pemulihan tersebut mempunyai masalah

untuk membina dan mengembangkan ayat dengan sempurna dan tidak tahu

menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul dalam penulisan. Masalah ini

merupakan satu masalah yang serius dan perlu ditangani oleh guru dengan kadar yang

| 25

Page 26: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

segera kerana jika masalah ini tidak diberi perhatian maka masalah ini akan semakin

sukar untuk dibendung dan ditangani kerana pembelajaran semasa di Tahap Dua

memerlukan seseorang murid tersebut sudah boleh menguasai asas kemahiran bahasa

tersebut.

Oleh itu, dalam kajian pelaksanaan tugasan ini penulis akan memfokuskan kepada

beberapa orang murid yang masih tergolong dalam kumpulan yang perlu diberi aktiviti

pemulihan kemahiran menulis Tahap Satu. Walaupun begitu, semasa aktiviti ini

dijalankan terhadap murid-murid kumpulan pemulihan, murid-murid yang cerdas juga

akan terlibat sama tetapi mereka akan diberi aktiviti pengayaan semasa pelaksanaan

aktiviti tersebut dijalankan agar tahap perkembangan mereka terus berkembang dari

semasa ke semasa.

| 26

Gambar 3:

Analisis Gambar menunjukkan bahawa

terdapat beberapa kumpulan murid yang

dikategori sebagai murid pemulihan kerana masih

belum menguasai kemahiran menulis asas.

Antara kesalahan-kesalahan yang kerap ditemui adalah masih

terdapat banyak kesalahan tatabahasa

dalam ayat, tidak dapat menggunakan huruf

besar dan kecil dengan betul dan tidak dapat mengembangkan ayat

dengan baik dan lengkap.

Page 27: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

5.4 Objektif Kajian Pelaksanaan Tugasan

Sebelum pelaksanaan aktiviti pemulihan ini berakhir, di akhir pembelajaran murid akan

dapat :

Murid dalam kumpulan pemulihan ini sekurang-kurangnya dapat menguasai

beberapa aktiviti pemulihan yang dijalankan terhadap mereka.

Murid dapat mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka

melalui bantuan guru.

Membolehkan murid mencuba mengembangkan potensi dalam pelajaran dan

minat mereka ke tarat yang lebih maju.

Murid dapat membina, memperoleh dan mengembangkan sikap percayakan diri

sendiri dan berdikari apabila berada dalam sesuatu kumpulan.

5.5 Tindakan Dalam Kajian Pelaksanaan Tugasan

Selepas proses mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut

melalui analisis kertas peperiksaan yang lalu dan temu bual dengan guru, penulis

seterusnya mengambil tindakan dalam merancang dan mengenal pasti beberapa aktiviti

alternatif yang dapat dilaksana terhadap murid-murid tersebut. Melalui pelaksanaan

aktiviti ini, penulis telah mengkelompokkan murid-murid tersebut mengikut tahap

kecerdasan, penguasaan dan masalah yang mereka hadapi agar tindakan dalam

pelaksanaan perancangan aktiviti itu mudah dan efektif semasa dilaksanankan di dalam

kelas. Oleh itu, dalam melaksanakan aktiviti ini penulis telah menghasilkan satu bentuk

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang digunakan untuk pengajaran dan

pembelajaran aktiviti pemulihan dan pengayaan agar objektif yang ingin dicapai di

dalam kelas tersebut tercapai mengikut tahap penguasaan dan masalah yang dihadapi

oleh murid-murid tersebut.

5.5.1 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pemulihan Kemahiran Menulis

Kelas : Tahun 4

| 27

Page 28: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Masa : 9.00 - 10.00 pagi (60 Minit)

Tarikh : 23 Mac 2012

Bilangan Murid : 30 Orang

Unit : 10

Tema : Yang Baik Jadikan Teladan

Tajuk : Cerita Sang Semut dan Sang Burung

Hasil Pembelajaran :

Fokus Utama

8.1 Aras 1 :

i. Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.

Fokus Sampingan

2.1 Aras 3 :

i. Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi, dan penghayatan yang sesuai.

ii. Menghuraikan sesuatu perkara yang didengar dengan bahasa yang betul.

5.2 Aras 2 :

i. Membaca lancar bahan sastera dengan gaya dan penyampaian yang menarik.

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :

i) Murid dapat membina sekurang-kurangnya 5 ayat berdasarkan topik yang

diberikan dengan lengkap dan sempurna.

ii) Murid dapat menceritakan sesuatu petikan yang diberikan dengan

sebutan, intonasi dan penghayatan dengan betul.

iii) Murid dapat mengenal pasti dan menghuraikan sesuatu perkara yang

diperdengarkan dengan bahasa yang betul.

Kumpulan Pemulihan (Kumpulan B) :

| 28

Page 29: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

i. Murid sukar dan tidak dapat untuk mengembangkan ayat dengan baik berdasarkan topik yang diberikan.

ii. Mencampur adukkan huruf besar dan huruf kecil dalam tulisan.iii. Tidak dapat menjawab soalan kefahaman dengan baik berdasarkan grafik.

Kumpulan Pengayaan (Kumpulan A dan C) :

i. Murid mengembangkan dan menghasilkan ayat dengan sempurna dan betul menggunakan kata hubung dan kata sendi secara kumpulan berdasarkan bahan grafik.

Pengisian Kurikulum :

i. Ilmu Mata Pelajaran Lain : Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Seni.ii. Nilai Murni : Kasih sayang, tolong-menolong, berbudi, prihatin, bekerjasama,

saling menghargai, saling menerima.iii. KBKK : Kemahiran Berfikir, menganalisis, membanding beza, menginterpretasi,

membuat ulasan.iv. Teori Kecerdasan Pelbagai : Intrapersonal, Interpersonal, Kinestetik, Visual

Ruang, Naturalis.

ABM :

i. Video : Cerita Sang Semut dan Sang Burungii. Persembahan Powerpoint : Dialog dan Gambariii. Lembaran Kerja Kumpulan: Grafik Watak dan Perwatakaniv. Lembaran Kerja Kumpulan: Grafik Pengajaran Ceritav. Lembaran Kerja Individu : Grafik Pemulihan dan Pengayaanvi. Gambarvii. Komputer ribaviii. Projektor

Pengalaman Sedia Ada Murid:

Murid pernah membaca dan menonton beberapa siri video tentang cerita-cerita

pengajaran dan teladan.

Murid sudah diajar bagaimana membina ayat sebelum ini.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran :

Langkah/ Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

| 29

Page 30: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Set Induksi(5 Minit)

Cerita Sang Burung dan Sang Semut.

Guru menayangkan video tentang kisah “Sang Semut dan Sang Burung”. Guru menayangkan video “Sang

Semut dan Sang Burung”. Murid melihat dan mendengar

dengan teliti jalan cerita tersebut. Guru bersoal jawab dengan murid :

Apa yang kamu faham apabila melihat dan mendengar tentang video sebentar tadi?

Siapakah watak-watak yang terlibat dalam cerita tersebut?

Apakah pengajaran-pengajaran yang kamu dapat melalui cerita tersebut?

Guru menerangkan pelajaran pada hari ini.

ABM:Video.Powerpoint.LCD.

Nilai:Berbudi.Menolong.Berani.

Teknik P&P:Soal Jawab.

Langkah 1(15 Minit)

Dialog dan lakonan Cerita Sang Burung dan Sang Semut.

Murid membaca sambil mengayakan dialog cerita “Sang Semut dan Sang Burung. Guru membentuk tiga kumpulan

murid iaitu Kumpulan A, B, dan C. Guru membahagi-bahagikan tugas

dan watak untuk setiap kumpulan. Kumpulan A sebagai pencerita. Kumpulan B sebagai Sang

Semut. Kumpulan C sebagai Sang

Burung. Guru menayangkan dialog cerita

“Sang Semut dan Sang Burung”. Murid membaca dialog sambil

mengayakan dialog tersebut setelah mendapat arahan daripada guru. Murid melakonkan dialog cerita

dengan gaya, sebutan, dan intonasi yang betul.

Guru membimbing dan membetulkan murid semasa lakonan dijalankan.

ABM:Gambar.Komputer.Powerpoint.

Nilai:Berani.Prihatin.Kerjasama.Menghargai.Saling Menerima.

Kemahiran:Lisan.Membaca.

Ilmu lain:Sivik dan Kewarganegaraan.

Strategi P&P:Berpusatkan Murid.

Langkah 2(15 Minit)

Watak dan perwatakan.

Murid mengenal pasti watak, perwatakan dan pengajaran daripada

ABM:Powerpoint.

| 30

Page 31: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Nilai pengajaran.

cerita yang dilakonkan. Guru mengedarkan lembaran kerja

grafik kepada setiap kumpulan murid. Kumpulan A ialah grafik

pengajaran cerita. Kumpulan B ialah grafik watak

Sang Semut. Kumpulan C ialah grafik watak

Sang Burung. Guru menerangkan tugas setiap

kumpulan berdasarkan lembaran kerja yang diedarkan. Guru menerangkan grafik yang

diedarkan. Murid berbincang dalam

kumpulan masing-masing untuk mencari jawapan.

Wakil dalam setiap kumpulan murid membentangkan jawapan yang telah dibincangkan.

Guru mencatat jawapan murid di papan tulis dan menilai hasil kerja murid.

Lembaran Kerja A.Lembaran Kerja B.Lembaran Kerja C.

Kemahiran:Lisan.Menulis.

Nilai:Kerjasama.Berdisiplin.Tolong-menolong.

KBKK:Membina konsep.Menganalisis.Mengulas.

Teori Kecerdasan pelbagai:Interpersonal.Intrapersonal.Kinestetik.

Langkah 3(20 Minit)

Membentuk lima ayat lengkap berdasarkan bahan grafik.

Aktiviti Pemulihan

Aktiviti Pengayaan.

Murid menulis dan menghasilkan lima ayat berdasarkan bahan grafik. Guru mengedarkan lembaran kerja

kepada setiap murid dalam kumpulan masing-masing mengikut tahap kebolehan dan pencapaian murid. Kumpulan A dan C ialah

Aktiviti Pengayaan. Kumpulan B ialah Aktiviti

Pemulihan. Aktiviti Pemulihan

Murid melakukan aktiviti untuk memulihkan masalah-masalah yang dikenal pasti sebelum ini.

Aktiviti Pengayaan Murid mengembangkan idea

menggunakan kata hubung dan kata sendi dengan sempurna.

Guru membimbing murid untuk

ABM:Lembaran Kerja Pemulihan dan Pengayaan.

Nilai:Keyakinan diri.Berusaha.Bantu-Membantu.

KBKK:Mengulas.Mengaitkan.Menganalisis.

Strategi P&P:Berpusatkan Murid.Berpusatkan Bahan.

| 31

Page 32: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

melaksanakan aktiviti tersebut. Murid memerhatikan

keseluruhan gambar secara terperinci.

Murid memahami idea keseluruhan cerita dengan terperinci.

Murid mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang jelas terlihat dan berkaitan dengan idea keseluruhan gambar.

Murid menyatakan aktiviti-aktiviti yang dilihat.

Teori Kercerdasan Pelbagai:Intrapersonal.Interpersonal.

Penutup(5 Minit)

Guru memanggil wakil setiap orang murid daripada kumpulan masing-masing untuk membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang dilakukan pada hari ini.

Guru mengulas rumusan dan membuat kesimpulan akhir berdasarkan pandangan setiap wakil murid tersebut.

ABM:Powerpoint.

Nilai:Empati.

KBKK:Mengulas.Merumuskan.

5.5.1.1 Huraian Pelaksanaan Aktiviti

i. Set Induksi

Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penulis pada mulanya akan

memulakan sesi pengajaran tersebut dengan set induksi. Set induksi ini bertujuan untuk

menarik perhatian dan menyediakan murid-murid tersebut agar lebih bersedia sebelum

aktiviti yang selanjutnya dilaksanakan. Melalui set induksi ini juga, murid-murid akan

diransang dengan aktiviti bersoal jawab agar pengetahuan sedia ada mereka dapat

dikaitkan dengan pengajaran pada hari tersebut dan seterusnya mereka lebih mudah

memahami apa yang akan disampaikan selanjutnya.

| 32

Page 33: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Gambar 4: Aktiviti Pengajaran Pemulihan dan Pengayaan dimulakan dengan

Langkah Set Induksi.

Dalam pelaksanaan permulaan aktiviti pengajaran tersebut, murid ditayangkan video

mengenai cerita kisah “Sang Semut dan Sang Burung” dan mereka hendaklah

mendengar dengan teliti apa yang berlaku dalam cerita tersebut. Seterusnya, guru

bersoal jawab dengan murid tentang apa yang mereka telah lihat dan faham dalam

cerita tersebut. Di akhir aktiviti set induksi ini, guru seterusnya menerangkan secara

ringkas tentang apa yang akan mereka pelajari pada hari tersebut.

ii. Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah-langkah yang seterusnya dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran adalah aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk membaik pulih dan

menyerapkan aktiviti-aktiviti pengayaan pembelajaran murid-murid dalam kumpulan

yang telah diberi iaitu kumpulan cerdas (Kumpulan A), kumpulan sederhana (Kumpulan

C) dan kumpulan lemah (Kumpulan B). Dalam melaksanakan aktiviti tersebut, guru

memulakan langkah pengajaran awal secara berkumpulan yang memerlukan murid-

murid tersebut memahami dan mencapai aras-aras hasil pembelajaran yang telah

ditetapkan dengan lebih awal. Selanjutnya, guru akan mengadakan aktiviti secara

individu untuk setiap kumpulan yang telah ditetapkan agar aktiviti pemulihan dan aktiviti

pengayaan dapat dijalankan secara serentak dalam waktu yang telah ditetapkan iaitu

15 hingga 20 minit sebelum penutup pengajaran pada hari tersebut.

| 33

Page 34: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Gambar 5: Gambar menunjukkan murid sedang aktif melibatkan diri dalam aktiviti

dialog yang dijalankan secara berkumpulan.

Langkah satu, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah dalam jangka waktu 15 minit. Pada

waktu jangka masa ini, murid-murid akan dibahagikan dalam tiga kumpulan mengikut

tahap kecerdasan yang telah ditetapkan iaitu Kumpulan A, B dan C. Seterusnya, dalam

kumpulan yang telah ditetapkan tersebut, murid akan mengadakan dialog tentang cerita

“Sang Semut dan Sang Burung” antara kumpulan mengikut intonasi, sebutan dan gaya

yang sesuai. Pada masa yang sama, guru akan membimbing murid untuk membaca

dialog dan menggayakannya dengan cara yang betul. Dalam aktiviti ini murid dapat

melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan masing-masing untuk menjayakan sesuatu

aktiviti yang dilaksanakan itu. Selain itu, mereka juga dapat menghayati dan terlibat

secara langsung tentang situasi yang perlu difahami dengan membuat gambaran

sendiri.

| 34

Page 35: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Langkah dua, jangka masa yang disediakan adalan 15 minit. Dalam langkah ini, murid-

murid dikehendaki untuk berkerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk

menjawab soalan-soalan berdasarkan lembaran kerja yang diedarkan oleh guru. Dalam

menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, murid-murid hendaklah mempunyai

kefahaman dan pengetahuan tentang susulan dialog yang telah mereka lakonkan

dalam langkah satu tadi.

Gambar 7: Gambar menunjukkan murid sedang mengisi jawapan hasil

perbincangan dalam kumpulan masing-masing dalam jadual kosong yang

disediakan oleh penulis. Keyakinan dan pemahaman konsep dapat diterapkan

dengan lebih jelas.

| 35

Gambar 6:

Gambar menunjukkan murid sedang bekerjasama

dalam kumpulan untuk membincangkan soalan

berdasarkan lembaran kerja yang diberi oleh penulis.

Murid memahami isi pengajaran dengan lebih berkesan dan nilai murni

dapat diterapkan.

Page 36: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Seterusnya, guru meminta untuk setiap wakil kumpulan untuk tampil ke hadapan untuk

mengisi tempat kosong jawapan yang telah mereka bincangkan dalam kumpulan

masing-masing sebentar tadi. Dalam langkah ini, guru-guru dapat membantu murid

agar membina semangat kerjasama dalam kumpulan untuk mencari serta

menyelesaikan sesuatu persoalan. Di sini, pemahaman dan pengetahuan akan dapat

dibina dengan kukuh.

Langkah tiga merupakan langkah-langkah yang perlu diberi perhatian khusus oleh guru

dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Langkah ini adalah langkah yang difokuskan oleh

guru dalam menjalankan aktiviti secara individu dalam kumpulan kecerdasan yang telah

ditetapkan agar hasil pembelajaran serta objektif yang dicapai dalam pengajaran dan

pembelajaran pada hari tersebut tercapai. Sehubungan dengan itu, dalam

melaksanakan aktiviti ini guru telah menyediakan beberapa instrumen atau bahan yang

sesuai dengan tahap pencapaian mereka berdasarkan objektif yang perlu dicapai pada

hari tersebut.

| 36

Gambar 8 :

Aktiviti Pemulihan dan Pengayaan sedang

dijalankan oleh setiap murid mengikut tahap kecerdasan kumpulan

yang telah ditetapkan oleh penulis. Kerja individu

dalam kumpulan memudahkan penulis

untuk membuat peninjauan dan

membimbing murid untuk menyelesaikan masalah.

Page 37: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Gambar 9: gambar menunjukkan murid dalam kumpulan pemulihan sedang

melakukan aktiviti pemulihan secara individu sambil dibimbing oleh penulis.

Dalam melaksanakan aktiviti ini, guru mengedarkan lembaran kerja untuk setiap orang

dalam kumpulan masing-masing. Lembaran kerja yang diedarkan oleh guru adalah

lembaran kerja yang telah dibina mengikut tahap pencapaian setiap murid dalam

kumpulan tersebut iaitu yang terdiri daripada lembaran kerja aktiviti pemulihan dan

aktiviti pengayaan. Kumpulan B akan diberi aktiviti pemulihan yang mengkehendaki

mereka menyelesaikan masalah yang telah diberi untuk membaik pulih masalah

penulisan yang telah dikenal pasti berdasarkan analisis ujian-ujian peperiksaan yang

lepas. Kumpulan B ini akan sentiasa dibimbing oleh guru dalam membantu murid-murid

pemulihan tersebut mencapai pembelajaran dan membaik pulih masalah penulisan

yang mereka hadapi. Kumpulan A dan C pula merupakan kumpulan yang mempunyai

tahap kecerdasaran yang baik, yang mana mereka ini sudah mencapai tahap

pembelajaran yang diingini. Oleh itu, Kumpulan yang baik ini akan diberi aktiviti

pengayaan dalam menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan lembaran kerja

yang telah diedarkan.

iii. Penutup

Di akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan biasa ini adalah aktiviti

penutup. Aktiviti penutup merupakan salah satu aktiviti yang ditetapkan dalam masa

terakhir sesi pengajaran tersebut sebagai sesi rumusan dan kesimpulan hasil

| 37

Page 38: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

pembelajaran yang dipelajari pada hari tersebut. Dalam melaksanakan aktiviti ini, guru

dan juga murid bersama-sama berkongsi pandangan untuk merumuskan sekaligus

membuat kesimpulan tentang pengajaran yang mereka dapat pada hari tersebut. Di

sesi ini juga merupakan salah satu sesi yang penting untuk guru membuat refleksi

tentang pengajarannya pada hari itu sama ada mencapai objektif atau pun tidak.

5.5.1.2 Analisis Instrumen Aktiviti Pemulihan

Hasil daripada aktivit pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh penulis

terhadap kelas Tahun Empat melalui bahan-bahan edaran latihan yang diedarkan,

penulis telah dapati bahawa aktiviti pemulihan dan pengayaan yang dijalankan oleh

penulis dapat mencapai objektif dan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Selain

itu, penulis juga mendapati bahawa aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang proses

pengajaran tersebut dapat membantu dan memberi murid kefahaman secara mudah,

seronok dan berkesan sebelum aktiviti yang lebih fokus iaitu aktiviti pemulihan

dijalankan pada sesi 20 minit yang terakhir. Ini menunjukkan bahawa pentingnya

perancangan yang rapi dan bahan bantu yang berkesan untuk digunakan semasa sesi

pelaksanaan aktiviti pengajaran tersebut agar pelaksanaan sesuatu aktiviti tersebut

dapat diselesaikan oleh kumpulan murid yang dipilih dengan berkesan.

Melalui analisis bahan aktiviti pemulihan yang dijalankan oleh penulis terhadap

kumpulan murid yang dipilih tersebut, penulis telah mendapati bahawa masalah

penguasaan penulisan (Kumpulan B) dapat diselesaikan dengan pemahaman yang

lebih mendalam dan berkesan sebelum langkah aktiviti penulisan dijalankan. Maka

dengan itu, aktiviti-aktiviti pemulihan adalah untuk membaik pulih masalah yang

dihadapi oleh murid kumpulan pemulihan tersebut.

| 38

Page 39: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Gambar berikut merupakan analisis bahan aktiviti penulisan yang diselesaikan oleh

murid pemulihan melalui lembaran kerja grafik yang diberikan :

Gambar menunjukkan hasil kerja yang dihasilkan salah seorang murid pemulihan kelas

biasa berdasarkan bahan ransangan lembaran kerja grafik aktiviti pemulihan yang

diedarkan untuk dikaji oleh penulis. Berdasarkan gambar tersebut, penulis mendapati

bahawa murid pemulihan tersebut sudah boleh untuk mengembangkan ayat dengan

baik berdasarkan topik yang diberikan. Ini menunjukan bahawa murid tersebut sudah

boleh memahami dan dapat menguraikan cerita yang dipelajari mengikut kronologi

dengan baik. Selain itu, berdasarkan panduan ayat awal dan pilihan jawapan yang

diberikan untuk murid tersebut menjawab soalan, penulis juga telah mendapati bahawa

| 39

Gambar 10:

Analisis jawapan murid setelah selesai aktiviti

pemulihan dilaksanakan. Melalui

analisis tersebut, penulis mendapati bahawa murid yang menjalankan aktiviti pemulihan tersebut

sudah boleh mengembangkan cerita dan membina ayat yang

sesuai berdasarkan lembaran kerja yang

diberi. Selain itu, murid dalam kumpulan

tersebut juga sudah dapat mengenali dan menggunakan huruf

kecil dan besar apabila membina sesuatu ayat

yang lengkap.

Page 40: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

murid tersebut sudah dapat menggunakan huruf kecil dan huruf besar dalam penulisan

ayat yang lengkap. Ini dapat dilihat melalui kata nama khas Sang Burung yang ditulis

dengan betul dalam ruang kosong yang disediakan. Melalui analisis-analisis ini, penulis

berpendapat bahawa aktiviti yang dijalankan terhadap murid kumpulan pemulihan

tersebut dapat dijadikan sebagai salah satu aktiviti yang sesuai untuk dijalankan

terhadap kumpulan murid pemulihan sebagai salah satu alternatif untuk menyelesaikan

masalah yang dihadapi.

Dalam aktiviti pengayaan pula, penulis telah memberikan lembaran kerja aktiviti

pengayaan. Melalui lembaran kerja ini, murid secara individu dapat mengembangkan

idea mereka dengan menggunakan kata hubung dan kata sendi yang sesuai

| 40

Gambar 11:

Gambar menunjukkan jawapan yang diberikan

oleh murid yang dikategorikan dalam

kumpulan pengayaan. Dalam analisis jawapan

tersebut, penulis mendapati bahawa

murid tersebut dapat menyelesaikan dan

melengkapkan sesuatu urutan peristiwa

menggunakan kata hubung dan kata sendi

dengan baik. Ini menunjukkan bahawa

murid yang dikategorikan dalam

kumpulan pengayaan perlu diberi aktiviti yang

lebih mencabar lagi masa sesi akan datang.

Page 41: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

berdasarkan bahan grafik yang diedarkan. Dalam aktiviti ini juga, murid yang

melakukan aktiviti pengayaan tersebut dapat mengembangan cerita berdasarkan

pengetahuan yang telah dipelajari menggunakan bahasa sendiri dengan betul dan baik.

ini sekaligus dapat meningkatkan tahap keyakinan dan kosa kata mereka dalam

sesuatu aktiviti kemahiran menulis yang lain.

5.6 Rumusan Kajian Pelaksanaan Tugasan

Secara keseluruhannya, penulis dapat membuat kesimpulan bahawa pelaksanaan

sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pemulihan dan pengayaan

tersebut hendaklah melalui satu proses yang strategik dan terancang rapi. Disamping

itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga memainkan peranan yang sangat penting

dalam membantu mencapai objektif yang diingini sekaligus menyelesaikan masalah-

masalah yang dihadapi oleh murid yang bermasalah pembelajara. Oleh itu, penulis

berpendapat bahawa kajian pelaksanaan ini dapat mencapai objektif dan matlamat

yang diingini sesuai dengan apa yang telah dirancang serta dilaksanakan.

6.0 PENUTUP

Daripada perbincangan, huraian dan pelaksanaan yang telah dilaksanakan, jelaslah

bahawa program pemulihan dan pengayaan merupakan salah satu aspek yang sangat

penting untuk diberi perhatian dan fokus yang khusus. Lantaran daripada itu, penulis

berpendapat bahawa adalah tidak wajar jika seseorang guru tersebut mempunyai

anggapan bahawa setiap murid di sesebuah kelas itu mempunyai tahap kecerdasan

yang sama dan hanya mengajar untuk menghabiskan silibus sahaja. Tetapi, sebagai

seorang guru mereka haruslah sedar akan hakikat ini dan perlu berusaha untuk

mencari jalan penyelesaian bagaimana membantu dan meningkatkan tahap

pencapaian setiap anak didiknya kerana mereka merupakan aset negara yang sangat

bernilai pada masa hadapan kelak.

REFLEKSI

| 41

Page 42: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Disediakan Oleh : Mohammad Hidafi Bin Jeffrey

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi subjek BMM3106 (Pemulihan dan

Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah) ini diterima pada 2 Februari

2012. Tarikh penyerahan yang sepatutnya adalah pada 10 April 2012. Kerja kursus

berasaskan ilmu (KKBI) adalah satu sistem pelaksanaan taksiran melalui komponen

kerja kursus secara berstruktur yang bertujuan untuk mentaksir penguasaan dan

pencapaian pelajar dalam aspek pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran,

pemindahan pembelajaran, amalan kolaborasi serta penghayatan nilai dan sahsiah

keguruan.

Kerja kursus merupakan satu kewajipan bagi setiap mata pelajaran terutama

bagi subjek major untuk menunjukkan adanya pengaliran ilmu yang berlaku dan

sebagai aspek yang membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Penerimaan kerja

kursus ini seringkali menimbulkan keresahan di hati para guru pelatih. Ini kerana beban

kerja yang banyak menuntut mereka memperuntukkan waktu dengan sebaiknya di

samping kewajipan guru-guru pelatih dalam setiap aktiviti yang dijalankan dan

kehadiran dalam kuliah ganti serta gerko.

Namun begitu, melalui kerja kursus ini, guru-guru pelatih akan dapat menimba

pelbagai pengalaman yang bermakna. Jika dilihat dari perspektif yang positif, kerja

kursus berasaskan ilmu (KKBI) ini sebenarnya banyak membantu pelajar dari pelbagai

aspek, misalnya dalam pencapaian akademik, pergaulan, komunikasi, komitmen,

kecekapan mencari maklumat, pengurusan diri dan masa serta yang paling penting

kesan jangka panjang kepada guru pelatih. Kerja Kursus BMM3106 adalah tugasan

yang mengkehendaki penulis untuk memahami dengan lebih dalam dan khusus tentang

program pemulihan dan pengayaan pengajaran bahasa Melayu di Sekolah.

Tugasan ini mengkehendaki penulis untuk mencari dan mendapatkan maklumat-

maklumat berkenaan program pemulihan dan pengayaan. Selain itu, dalam

melaksanakan tugasan tersebut penulis juga hendaklah mengenal pasti masalah-

masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahap Satu mengenai masalah penguasaan

| 42

Page 43: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

kemahiran bahasa mata pelajaran Bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, penulis

juga perlu mencari maklumat-maklumat bagaimana untuk mengenal pasti masalah-

masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Diakhir tugasan ini, penulis

hendaklah menjalankan satu kajian pelaksanaan tugasan program pendidikan

pemulihan dan pengayaan semasa berada di sekolah. Pendedahan tentang tajuk

tugasan kali ini telah sedia ada melalui sesi kuliah yang dijalankan. Tugasan

memerlukan penelitian dan pemerhatian yang sangat mendalam agar penulis dapat

menghasilkan satu esei yang bermutu dan tepat serta melihat aspek-aspek

perkembangan secara menyeluruh.

Pemerolehan Ilmu

Melalui tugasan ini, terdapat banyak perkara baru yang penulis telah peroleh dan

tempuh. Antara perkara-perkara tersebut ialah penulis telah dapat mencari dan

mengkaji tentang program pemulihan dan pemulihan dalam sistem pendidikan di

negara kita ini. Program pemulihan dan pengayaan tersebut telah dapat membuka dan

mengembangkan jarak pemikiran penulis mengenai masalah-masalah yang mungkin

terdapat di sekolah nanti. Melalui penulisan ini juga, penulis telah menganalisis

beberapa aspek tentang pelaksanaan proses program pemulihan dan pengayaan ini.

Proses-proses yang terdapat dalam pelaksanaan program tersebut memerlukan satu

langkah yang teliti dan berkesan untuk membantu dan meningkatkan tahap masalah

yang dihadapi oleh murid-murid yang bermasalah. Dalam penulisan ini juga dapat

menyedarkan penulis bahawa betapa pentingnya peranan seorang guru tersebut

khususnya guru yang mengambil subjek bahasa sebagai major pengkhususan. Ini

kerana mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan subjek yang sangat asas perlu

dikuasai oleh setiap murid apabila sudah melangkah ke alam persekolahan. Jika

seseorang murid tersebut tidak dapat menguasai mana-mana kemahiran bahasa yang

ditekankan, maka sudah tentu masalah tersebut akan mempengaruhi proses-proses

pembelajaran terhadap subjek-subjek lain. Maka, betapa pentingnya peranan seorang

guru tersebut merancang dan mentadbir sesuatu aktiviti pengajaran itu untuk

| 43

Page 44: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam penguasaan kemahiran

bahasa.

Melalui tugasan ini juga, salah satu aspek yang paling memberi makna dan

pengalaman yang sangat berharga kepada penulis ialah semasa penulis menjalankan

kajian pelaksanaan tugasan untuk melaksanakan program pemulihan dan pengayaan

tersebut. Dalam menjalankan kajian tersebut, banyak perkara yang penulis telah

pelajari dan ambil sebagai satu pengalaman yang baru. Antaranya ialah penulis telah

bekerjasama dengan guru-guru bahasa Melayu di sekolah untuk mengenal pasti

masalah murid yang memerlukan pemulihan. Selain itu, penulis juga telah belajar

bagaimana merancang dan melaksanakan satu sesi pengajaran kelas yang sebenar.

Melalui pengalaman-pengalaman ini sebenarnya telah memberi satu gambaran awal

tentang persediaan penulis untuk menghadapi latihan praktikum di masa hadapan

kelak. Penulis juga dapat belajar bagaimana untuk mentadbir sesuatu aktiviti

pengajaran dengan baik dan membantu masalah-masalah yang dihadapi oleh murid

pemulihan. Ini telah banyak memberi penulis suatu pengalaman, pengetahuan, dan

kemahiran yang sangat berharga sebagai bekalan kelak.

Masalah dan penyelesaian

Sememangnya pelaksanaan kerja kursus berasaskan ilmu (KKBI) tidak akan lari

daripada masalah dan kesulitan yang dihadapi semasa proses menyiapkannya.

Perkara tidak semudah yang disangka oleh kebanyakan guru pelatih. Pelaksanaan di

saat-saat akhir hanya akan merugikan. Pendedahan berkenaan kerja kursus telah

diperolehi sejak kami menjejakkan kaki ke Institut Perguruan Keningau. Namun,

masalah tetap akan membelenggu diri apabila berhadapan dengan kerja kursus yang

bertimbun banyaknya yang mana hampir kesemuanya menuntut perhatian yang utama.

Reaksi ketika menerima kerja kursus ini sama seperti sebelumnya.

Namun, masalah ketika menghasilkan esei yang berkaitan dengan tajuk tugasan

tidak banyak berlaku kerana kami telah mendapat intipati bagi tajuk yang dibincangkan

dalam kerja kursus pada kali ini dalam sesi kuliah. Proses pemerolehan dan

| 44

Page 45: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

pengumpulan maklumat sedikit sukar kerana liputan internet yang tidak meluas dan

kadang kala sukar didapati sedikit sebanyak menganggu proses penyiapan tugasan

kerja kursus ini. Kemudahan komputer yang kurang di perpustakaan juga menyukarkan

penulis memperoleh maklumat bagi tajuk-tajuk yang berkaitan. Namun, berkat usaha

kami dalam mencari alternatif lain untuk mencari maklumat dengan menggunakan

rujukan melalui buku serta merujuk kepada pensyarah pembimbing telah membantu

kami menangani masalah ini.

Penutup

Namun, hasil daripada tugasan ini penulis telah mengembangkan perspektif

penulis terhadap tajuk-tajuk yang telah dipelajari semasa kuliah-kuliah yang lalu dan

membantu penulis dalam mengulangkaji bagi subjek ini dan seterusnya mengukuhkan

pengetahuan penulis dalam subjek ini. Selain itu, melalui kerja kursus ini, proses

pemerolehan ilmu berlaku. Dari semasa ke semasa, penulis menyedari adanya

pertambahan ilmu ketika dalam proses penyiapan kerja kursus yang diberikan.

Kekaburan dan kekeliruan yang dihadapi dalam kerja kursus semakin dapat diatasi dan

keyakinan terbina dengan sendirinya. Sekian.

| 45

Page 46: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

BORANG KOLABORASI

NAMA : MOHAMMAD HIDAFI BIN JEFFREY

NO. KAD PENGENALAN : 900121-12-6165

KELAS/ AMBILAN : PISMP BM KUMP. 2/ JANUARI 2011

SUBJEK : PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN

BAHASA MELAYU SK (BMM3106)

PENSYARAH : ENCIK AGUS YANUL

TARIKH BUTIRAN/CATATAN NAMA TANDATANGAN

3.2.2012

Pensyarah memberi penerangan mengenai tugasan kerja kursus pendek.

ENCIK AGUS YANUL

7.2.2012

Memahami dengan lebih lanjut kehendak analisis komponen-komponen yang perlu dilaksanakan dalam tugasan.

ENCIK AGUS YANUL

13.2.2012

15.2.2012

Mencari maklumat dan bahan-bahan rujukan bagi mencari jawapan persoalan yang terdapat dalam kerja kursus bersama rakan di perpustakaan dan internet.

DANIEL SALA

MOHD IQBAL JAULIS

17.2.2012

15.3.2012

Mengumpul kesemua maklumat yang telah diperoleh dan membuat diskusi bersama rakan.

MAX KHENEDY

WONG LI YANG

9.4.2012 Menghantar tugasan untuk semakan dan ulasan.

ENCIK AGUS YANUL

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN

| 46

Page 47: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

LANGKAH JENIS AKTIVITI/ TINDAKAN TEMPOH PENGLIBATAN/

TANGGUNGJAWAB

TARIKH

1

Menerima taklimat mengenai

pelaksanaan tugasan KKP. Minggu 1 Pelajar dan

Pensyarah

3

Februari

2012

2

Berkolaborasi dengan rakan-rakan

mengenai maklumat-maklumat yang

perlu dimasukkan dalam tugasan.

Minggu 2 Pelajar

8

Februari

2012

3

Membuat perancangan dan

menyediakan draf awal pelaksanaan

tugasan KKP.

Minggu 2 Pelajar

8

Februari

2012

4

Mula membuat penulisan tugasan

berdasarkan draf yang disediakan

secara individu.

Minggu 4 Pelajar

24

Februari

2012

5

Pelaksanaan Rancangan Pengajaran

Harian (RPH) semasa Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS).

Minggu 8 Pelajar 21 Mac

2012

6

Meminta komen dan pandangan

daripada rakan mengenai penulisan

tugasan separa siap.

Minggu 9 Pelajar

30

Mac

2012

7

Membuat pembetulan dan

penambahbaikan hasil daripada

komen dan pendapat yang diberikan.

Minggu 9 Pelajar

31

Mac

2012

8

Menghantar tugasan KKP yang

lengkap kepada pensyarah

pembimbing.

Minggu

11

Pelajar 10 April

2012

BIBLIOGRAFI

| 47

Page 48: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, dan Abd. Rahim Selamat. 1997. Pengajian

Melayu 1. Kuala Lumpur: Longman

Jamilah Ahmad (1999). Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR &

KBSM. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Kamarudin Hj. Husin (1991). KBSR dan Model Eksploitasi Bahan Pengajaran Bahasa.

Selangor Darul Ehsan : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Kok Boh Boon (1981). Pengajaran Pemulihan dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur :

Percetakan Utusan Sdn Bhd.

Mok Soon Sang (1991). Pedagogi 4 - Pengujian dan Penilaian, Pemulihan dan

Pengayaan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

Mok Soon Sang (2010). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor Darul

Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Rosaini Binti Khalid et. al (2010). BMM3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Syed Abu Bakar Syed Akil (1997). Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan

Pemulihan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

| 48

Page 49: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

PELAN KEDUDUKAN KUMPULAN PELAJAR MENGIKUT TAHAP KECERDASAN

TAHUN 4

| 49

Page 50: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

NIELWAN JARVIS AFENDI JAMES MARYLINDA JELITA

TONG DEBIE ELVIS JOYEL ESTELIN CALOH

DEANILSON JEFF BERRY SYAZWAN ERNEST JACKMON

SITI ESTHER CLYRE AINAH JUSRINA JASMINE

NURUL JANEFFER IVA DAISY GELLBOT JEFF

Kumpulan A & B

(Aktiviti Pengayaan)

Kumpulan C

(Aktiviti Pemulihan)

Kumpulan A & B

(Aktiviti Pengayaan)

LAMPIRAN 2

| 50

MEJA GURU PAPAN TULIS

Page 51: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

| 51

Page 52: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Berdasarkan dialog penceritaan yang kamu ceritakan dan lakonkan

sebentar tadi, nyatakan nama watak dan perwatakan gambar di

bawah dalam petak kosong yang disediakan.

Berdasarkan dialog penceritaan yang kamu ceritakan dan lakonkan

sebentar tadi, nyatakan nama watak dan perwatakan gambar di

bawah dalam petak kosong yang telah disediakan.

| 52

PERWATAKAN

WATAK

WATAK

Page 53: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Berdasarkan dialog penceritaan yang kamu ceritakan dan lakonkan

sebentar tadi, berikan lima pengajaran yang kamu peroleh.

| 53

PERWATAKAN

Pengajaran Cerita

Sang semut dan Sang Burung

1 _____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

Page 54: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Gambar di bawah menunjukkan kisah teladan sebuah cerita rakyat.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang rentetan peristiwa dalam

cerita rakyat tersebut.

| 54

1 _____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

Page 55: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

Gambar di bawah menunjukkan kisah teladan sebuah cerita rakyat.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang rentetan peristiwa dalam

cerita rakyat tersebut.

| 55

1

43

2

Sang Burung yang __________________________________ ternampak Sang Semut ___________________________ dihanyutkan arus sungai.

Sang Burung _________________________________ sehelai daun ke dalam sungai ____________________________ Sang Semut.

______________________ ternampak seorang pemburu sedang ____________ ________________________ ke arah Sang Burung yang hinggap di atas ranting.

Sang Semut mengigit paha pemburu itu ________________________________ menjerit kesakitan.

Sang _______________________ terselamat daripada ditembak oleh pemburu itu dan mereka __________________________________________.

1

2

3

4

5

Page 56: Pengenalan_Bibliografi

[ ]PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 3

| 56

1

43

2

Sang Burung yang sedang terbang mencari makanan ternampak _____________________________________________________________1

2

3

4

5

__________________________________________________________ lalu menyelamatkan Sang Semut daripada mati lemas.

Sang Semut yang dalam perjalanan pulang ternampak _____________________________________________________________

_____________________________________________________________dan pemburu itu menjerit kesakitan.

Sang Burung terselamat daripada ditembak oleh pemburu itu dan _____________________________________________________________