pengenalan sistem pengumpulan dan ......(2) bagi bangunan yang dikehendaki memasang spah, rekabentuk...
TRANSCRIPT
PENGENALAN SISTEM PENGUMPULAN DAN
PENGGUNAAN SEMULA AIR HUJAN (SPAH)
MELALUI UNDANG-UNDANG KECIL
BANGUNAN SERAGAM UKBS (1984)
Oleh:
Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool
Jabatan Kerajaan Tempatan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan
1. LATAR BELAKANG
• Apa yang dimaksudkan SPAH
• Tafsiran
• Elemen Utama
2. PINDAAN UKBS (1984)
• Tafsiran
• Negeri Yang Mewartakan
3. CONTOH SENARAI SEMAK
4. ISU, FAEDAH & PROMOSI
2
APA YANG DIMAKSUDKAN SPAH?
3
Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan
kali ke 64 pada 23 Mei 2011 telah meluluskan
pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan
Seragam 1984 (UKBS) yang mewajibkan
pemasangan SPAH dalam pembangunan
melalui Pindaan Undang-Undang Kecil 2, 10,
dan 115.
4
5
6
SISTEM AGIHAN AIR HUJAN
7
Negara Bermuda di laut Caribean
China, India, Australia, Jepun dan
Brazil dan dll...
Negara-negara Yang Telah Mewajibkan
SPAH:
8
9
Berita Berkaitan SPAH
10
11
12
13
14
Surah Al-Furqan, Ayat 48 hingga 50:
“Dan Dia lah Tuhan yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar
gembira sebelum kedatangan rahmatNya (hujan), dan Kami menurunkan
dari langit air yang sangat bersih,
Agar (dengan air) itu Kami menghidupkan bumi yang mati (tandus), dan
Kami memberi minum kepada sebahagian apa yang telah Kami ciptakan,
(berupa) haiwan-haiwan ternakan dan manusia yang ramai.
Dan sesungguhnya, Kami telah mempergilirkan (hujan) itu diantara mereka
agar mereka mengambil pelajaran; tetapi kebanyakan manusia tidak mahu
(bersyukur), bahkan mereka mengingkari nikmat”
TAFSIRAN SPAH
15
SPAH bermaksud “Sistem Pengumpulan
dan Penggunaan Semula Air Hujan” di
mana air hujan dikumpul daripada
bumbung dan kemudiannya disalurkan ke
tangki-tangki penyimpanan air hujan
sebelum digunakan.
ELEMEN UTAMA SPAH
Kawasan Tadahan
Sistem Saliran
Tangki Simpanan
Sistem Agihan Air Hujan
16
CONTOH PEMASANGAN SPAH
CONTOH LOKASI SPAH DI BAWAH ARAS BUMBUNG
17
18
CONTOH LOKASI TANGKI SPAH DI RUANG BUMBUNG
19
CONTOH LOKASI TANGKI SEDUTAN SPAH DI BAWAH TANAH
20
CONTOH KEDUDUKAN TANGKI SIMPANAN SPAH BAWAH TANAH
21
CONTOH KEDUDUKAN TANGKI SIMPANAN SPAH ARAS TANAH
22
PROJECT REFERENCE
23
24
SPAH - Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan diwajibkan
melalui Undang–Undang Kecil 2, 10 dan 115 di bawah
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS
1984)
i. Undang-Undang Kecil 2:
“Tafsiran”:-
SPAH bermaksud "Sistem Pengumpulan dan Penggunaan
Semula Air Hujan" di mana air hujan dikumpul daripada
bumbung dan kemudiannya disalurkan ke tangki-tangki
penyimpanan air hujan sebelum digunakan.
25
ii. Pindaan Undang-Undang Kecil 10, dipinda dalam perkara:-
Semua pelan berkenaan dengan sesuatu bangunan
hendaklah, melainkan tidak berkenaan, mengandungi
yang berikut:
(x) lokasi tangki air hujan
(xi) Elemen SPAH seperti perpaipan, tangki air hujan, pam air dan
sebagainya (yang diperlukan untuk pemasangan SPAH) perlulah
ditunjukkan dengan jelas di dalam pelan bagi jenis bangunan:-
(a) Bangunan kediaman, Spah Perlu dipasang hanya untuk
rumah banglo dan rumah berkembar yang mempunyai
kawasan bumbung sama atau melebihi 100 m2 sahaja; dan
(b) Semua kategori bangunan berasingan yang mempunyai
kawasan bumbung sama atau melebihi 100 m2
26
• Pindaan undang-undang kecil 115:-
“Penutup bumbung dan saliran:-
(1) Semua bumbung bangunan hendaklah dibina supaya boleh
disalurkan dengan berkesan kepada saluran, talang,
pelongsor atau palung dan SPAH (bagi bangunan yang
dikehendaki untuk memasang SPAH) yang mencukupi
yang hendaklah disediakan mengikut kehendak-kehendak
Undang-undang Kecil ini bagi menerima dan membawa
semua air yang mungkin jatuh di atas dan daripada
bumbung itu.
27
(2) Bagi bangunan yang dikehendaki memasang SPAH,
rekabentuk dan pembinaan hendaklah seperti berikut:
(a) air hujan tidak boleh memasuki tangki bekalan air
awam. Air daripada bekalan air awam boleh memasuki
tangki air hujan dengan dilengkapkan dengan suatu
injap penahan aliran balik sehala atau berakhir
sekurang-kurangnya pada 225mm di atas paras limpah
tangki simpanan SPAH;
(b) alur keluar SPAH hendaklah ditanda “Bukan untuk
Tujuan Minuman atau Mandian” dengan jelas;
(c) palong yang digunakan mempunyai kecerunan yang
secukupnya supaya air tidak bertakung; dan
(d) paip air hujan hendaklah berwarna hijau”.
28
1
2
4
3
29
Air Gap: 225mm
30
Keratan Berita Harian 14 April 2011
Wajibkan SPAH pada bulan Sept.
Dato’ Wira Chor Chee Heung
Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan
31
SENARAI NEGERI DAN TARIKH WARTA PINDAAN UNDANG-
UNDANG KECIL (UKBS 1984) YANG MEWAJIBKAN PEMASANGAN
SPAH
BIL. NEGERI TARIKH WARTA
1. Perak 2 Februari 2012
2. Selangor 22 Mac 2012
3. Johor 29 Mac 2012
4. Kelantan 5 Julai 2012
5. Melaka 5 Julai 2012
6. Perlis 17 Januari 2013
7. Pahang 10 Julai 2014
32
NEGERI YANG BELUM MEWARTAKAN SPAH
NEGERI STATUS WARTA
Negeri Sembilan Status terkini masih dalam semakan Pejabat Penasihat
Undang-Undang Negeri Sembilan.
Kedah Status terkini masih dalam tindakan Pejabat Penasihat
Undang-Undang Negeri Kedah.
Pulau Pinang
Status terkini pewartaan SPAH kini diperingkat akhir
semakan oleh pejabat Penasihat Undang-Undang Pulau
Pinang.
Terengganu
Mesyuarat Exco pada 3 Februari 2016 telah bersetuju untuk
mewartakan SPAH dan kini dalam proses menyediakan
kertas kerja untuk dibawa ke Mesyuarat Majlis Negara Bagi
Kerajaan Tempatan (MNKN) yang akan datang.
33
34
Contoh Senarai Semak (SPAH) DBKL
35
Borang G5: Perpaipan Air Dalaman
36
Borang A: Perakuan Pelan-Pelan Bangunan/Struktur
37
Borang F: Perakuan Siap Dan Pematuhan
Perakuan PSP
bahawa
pembangunan telah
mematuhi Akta &
UKBS 1984
38
• Kegunaan yang sesuai bagi air hujan
• Peningkatan kos rumah akibat pemasangan SPAH
• Pelaksanaan dari segi undang-undang
• Ruang laman rumah yang terhad bagi meletakkan
tangki SPAH
• Pencemaran akibat percampuran air bersih dan air
hujan didalam sistem paip bekalan air awam
• Penurunan nilai estetika sesuatu bangunan akibat
pemasangan SPAH
• SPAH didakwa tidak berfaedah di musim kemarau.
ISU-ISU
39
PENYELESAIAN
i. SPAH sesuai untuk rumah kediaman jenis banglo dan berkembar.
Rumah teres adalah dikecualikan kerana kurang ruang untuk
meletakkan tangki air SPAH.
ii. SPAH juga sesuai bagi semua kategori bangunan berasingan seperti
bangunan kerajaan, institusi, komersial, industri, dan lain-lain.
iii. Kegunaan air hujan adalah hanya untuk mencurah tandas, menyiram
tanaman, mencuci kenderaan serta bangunan tetapi tidak sesuai
untuk kegunaan minuman, mandian dan membasuh pakaian.
iv. Air hujan boleh dielakkan daripada bercampur dengan air bersih
dengan dilengkapkan dengan suatu injap penahan aliran balik sehala
atau mana-mana kaedah rekabentuk yang sesuai.
40
v. Paip air hujan juga diwarnakan hijau.
vi. Mengadakan Garis Panduan Pelaksanaan SPAH oleh KPKT.
Disamping itu pihak JPS juga telah mengeluarkan manual untuk
merekabentuk SPAH.
vii. Dengan kegunaan air hujan yang terhad, pertambahan kos akibat
pemasangan SPAH pada rumah banglo dan berkembar dianggarkan
sebanyak RM 3,000.00 hingga RM 5,000.00 sahaja. Kos ini
merupakan sebahagian kecil kos rumah berkenaan.
viii. Di luar musim kemarau, SPAH akan dapat menjimatkan permintaan
air awam, maka kuantiti air di empangan takungan air awam akan
terpelihara dan boleh digunakan semasa musim kemarau.
41
Setiap penghuni rumah menggunakan purata 50 gelen air sehari
42
(i) Pemasangan SPAH di bangunan akan dapat mengurangkan permintaan
bekalan air awam.
Dari penyelidikan NAHRIM, kualiti air hujan adalah kelas IIB dan sesuai untuk
penggunaan rekreasi dengan sentuhan badan. Kajian NAHRIM juga
mendapati SPAH berupaya menjimatkan penggunaan bekalan air awam
sehingga 40% buat jangka masa panjang.
(ii) SPAH akan dapat membantu membekalkan air jika terdapat krisis bekalan
air awam.
(iii) SPAH dapat mengurangkan air larian permukaan (surface runoff)
daripada memasuki sistem saliran awam.
(iii) Pihak berkuasa bekalan air dapat menjimatkan operasi pemprosesan air
di loji-loji air, sekali gus dapat menjimatkan tenaga elektrik dan
meningkatkan kecekapan tenaga negara.
FAEDAH PEMASANGAN SPAH
43
PROMOSI SPAH
i. KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah mengadakan
beberapa siri kursus berkaitan SPAH kepada PBT pada tahun 2012,
2013 dan 2014 iaitu selepas pelaksanaan dasar pemasangan SPAH
diluluskan dalam MNKT pada tahun 2011.
ii. KPKT telah membuat penambahbaikan dan terjemahan kepada Garis
Panduan SPAH iaitu “Rainwater Guidelines For Installing A Rainwater
Collection and Utilization System” yang telah dikeluarkan pada tahun
1999. Garis Panduan baharu yang dinamakan Garis Panduan Sistem
Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan ini telah diedarkan
kepada semua PBT pada akhir April 2014 dan juga boleh dimuat turun
melalui laman web JKT.
iii. KPKT juga sentiasa memberikan kerjasama kepada Agensi-Agensi lain
dalam mempromosikan pemasangan SPAH dengan memberi kursus
atau menyertai pameran yang diadakan oleh pihak berkenaan.
Jabatan Kerajaan Tempatan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan