pengenalan simpul

Upload: tarmizi-hanafiah

Post on 10-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengenalan

TRANSCRIPT

PENGENALAN Orang Melayu memang terkenal dengan kehalusan budi dan kelembutan berbahasa. Sesuatu hajat, hasrat dan permintaan tidak dinyatakan secara terus terang tetapi lebih manis kalau diungkapkan secara berkias dan beribarat. Budaya Melayu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman jelas memancarkan kelembutan bahasa dan kelunakan pengucapan. Kelembutan pengucapan dan kehalusan berbahasa ini dipertahankan generasi demi generasi melalui apa yang dianggap sebagai kelompok kata atau ayat yang mempunyai susunan dan bentuk yang tetap dan mendukung maksud yang tertentu pula. Jenis yang lazim dipakai dalam kalangan masyarakat ialah peribahasa, pepatah, bidalan, perumpamaan, kiasan dan simpulan.Pada hari ini, dalam dunia tanpa sempadan peribahasa masih merupakan salah satu keistimewaan bangsa Melayu. Keistimewaan itu ialah kerana kekayaan bahasa Melayu yang digunakan yang kaya dengan pelbagai bentuk peribahasa di dalamnya. Bentuk-bentuk ini sangat aktif digunakan dalam kehidupan sehari-harian.Oleh itu, sepuluh simpulan bahasa dan makna perlambangannya telah saya nilai yang akan cuba dibincangkan dalam tugasan ini.

KESIMPULANSimpulan bahasa Melayu tercipta daripada pengalaman dan pengamatan ahli-ahli masyarakat Melayu sejak berzaman-berzaman. Pengalaman dan pengamatan ini berhubung erat dengan kehidupan masyarakat sehari-hari dan keadaan alam sekeliling. Peribahasa yang pada mulanya diperturunkan secara lisan dan diperkembangkan secara lisan juga seharusnya diusahakan supaya ianya dapat dikekalkan. Hal ini agar keindahan penggunaannya dalam bahasa Melayu tidak hilang ditelan zaman sebaliknya menjadi warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.