pengenalan kepada tumbuhan yang dipilih 4

15
1.0 PENGENALAN KEPADA TUMBUHAN YANG DIPILIH 1.1 Kacang Bendi (Kaedah Pembiakan seks- Biji Benih) Kacang ini selain dipanggil sebagai bendi,ia juga sering dipanggil sebagai kacang lendir, atau pun kacang bendir manakala dalam bahasa inggeris pula adalah Ladyfinger, nama saintifik pula adalah Abelmoschus Esculentusdari kumpulan Hibiscus Esculentus.Tanaman ini mudah ditanam dan tidak mudah diserang penyakit.Ia merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang banyak ditanam di negara- negara ASEAN yang beriklim panas lembap.Ia mempunyai jenis batang kayu yang lembut tetapi susah nak dipatahkan, bunga yang mempunyai 5 kelopak besar seperti bunga raya yang berwarna kuning muda ataupun warna jambu merah. Manakala untuk bahagian buahnya pula mempunyai lendir apabila dimasak jenis sajiannya pula terdapat kari, digoreng, direbus, salad, dan ulam.Di India, batang bendi tersebut dibiar tua untuk dijadikan sebagai kertas, dan biji tersebut dibiar tua untuk dijadikan pengganti kepada kopi. 1.2 Bunga Kertas (Kaedah Pembiakan Aseks – Keratan Batang) Pokok Bunga Kertas dalam bahasa Inggeris adalah bougainvillea, ia mempunyai warna yang berwarna – warni yang berkembang sepanjang dan sentiasa menjadi pilihan tanaman

Upload: venessaphang

Post on 22-Oct-2015

48 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Kepada Tumbuhan Yang Dipilih 4

1.0 PENGENALAN KEPADA TUMBUHAN YANG DIPILIH

1.1 Kacang Bendi (Kaedah Pembiakan seks- Biji Benih)

Kacang ini selain dipanggil sebagai bendi,ia juga sering dipanggil sebagai

kacang lendir, atau pun kacang bendir manakala dalam bahasa inggeris pula adalah

Ladyfinger, nama saintifik pula adalah Abelmoschus Esculentusdari kumpulan

Hibiscus Esculentus.Tanaman ini mudah ditanam dan tidak mudah diserang

penyakit.Ia merupakan sejenis buah yang  dimakan sebagai sayuran yang banyak

ditanam di negara-negara ASEAN yang beriklim panas lembap.Ia mempunyai jenis

batang kayu yang lembut tetapi susah nak dipatahkan, bunga yang mempunyai 5

kelopak besar seperti bunga raya yang berwarna kuning muda ataupun warna jambu

merah. Manakala untuk bahagian buahnya pula mempunyai lendir apabila dimasak

jenis sajiannya pula terdapat kari, digoreng, direbus, salad, dan ulam.Di India,

batang bendi tersebut dibiar tua untuk dijadikan sebagai kertas, dan biji tersebut

dibiar tua untuk dijadikan pengganti kepada kopi.

1.2 Bunga Kertas (Kaedah Pembiakan Aseks – Keratan Batang)

Pokok Bunga Kertas dalam bahasa Inggeris adalah bougainvillea, ia

mempunyai warna yang berwarna – warni yang berkembang sepanjang dan

sentiasa menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Pokok jenis

ini mempunyai batang kayu yang sederhana keras,bunga yang nipis yang

mempunyai ciri-ciri seperti kertas yang menyebabkan namanya diberi. Ia berasal

dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam dan digunakan dalam

bahagian landskap dan sebagainya. Semasa berbunga, adalah kebiasaannya

bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan

dahan-dahan yang menarik. Selain daripada itu, pada zaman sekarang terdapat

bayak jenis bunga kertas, ada yang jenis rendah tapi berbunga banyak, dan ada

pula berbunga sikit yang sering orang guna sebagai Bonsai renek. Terdapat tiga

spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs.

Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk

Page 2: Pengenalan Kepada Tumbuhan Yang Dipilih 4

menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik

selapis mahupun banyak lapis.Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan

untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan

bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan

bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya

yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Selain itu,

Pokok ini lebih suka hendaklah berada di bawah cahaya matahari dan tidak

terlindung atau lembap untuk dielakkan dari jangkitan bakteria dan kulat.

1.3 Buluh (Kaedah Pembiakan Aseks – Rumpun)

Buluh juga dikenali sebagai aur atau bamboo dalam bahasa inggeris. Ia

adalah antara tumbuhan yang paling pantas membesar di dunia desibabkan oleh

system rizomnya yang unik. Struktur pokok buluh adalah berongga di bahagian

tengah dan keratan rentas berkas vaskularnya terletak bertaburan di seluruh batang.

Ia juga tidak mempunyai xilem.Tumbuhan ini mempunyai kepentingan dari segi

ekonomi dan budaya di rantau Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan dimana

ia digunakan sebagai bahan binaan, sumber makanan dan juga keluaran mentah

serbaguna.Di seluruh dunia terdapat 75 genera dan 1250 spesis buluh manakala

Pleioblastus pumilus adalah salah satu spesis buluh yang ditanamkan seperti yang

dalam gambar rajah 1.1.3. Ia merupakan jenis buluh yang renek dan sering

digunakan sebagai lanskap. Buluh boleh terdapat hampir seluruh dunia dan habitat

pertumbuhan aslinya terdapat di semua benua kecuali benua Eropah. Buluh boleh di

kumpulkan kepada 2 kumpulan besar iaitu yang mempunyai pertumbuhan tunggal

(monopodial) dan pertumbuhan berumpun (simpodial). Buluh yang tumbuh tunggal

hanya tersebar di kawasan beriklim sederhana manakala di kawasan tropika pula

pertumbuhan adalah berbentuk berumpun.Di Malaysia terdapat 70 spesis buluh dan

sebanyak 50 spesis terdapat di Semenanjung Malaysia. 30 spesis di Sabah dan 20

spesis di Sarawak.Kebanyakkan buluh di Malaysia meliar di pinggir-pinggir hutan,

kawasan hutan yang telah dibalak dan di sepanjang tebing-tebing sungai. Buluh juga

ditanam di kampung-kampung untuk kegunaan harian dan ditanam di bandar-bandar

sebagai landskap dan nurseri. Di anggarkan jumlah kawasan yang ditumbuhi oleh

buluh di Semenanjung Malaysia adalah lebih kurang 329 000 hektar.

Page 3: Pengenalan Kepada Tumbuhan Yang Dipilih 4

1.4 Pokok lemon (Kaedah Pembiakan Aseks – Tut ataupun Markot)

Lemon, dalam nama saintifik,C. lemon adalah sejenis buah yang berasal dari

asia yang mempunyai ciri – ciri seperti kulit tebal berwarna kuning dan masam

rasanya manakala batangnya pula adalah jenis sederhana keras serta berduri.Ia

sering digunakan dalam segi perhiasan, perisa, makanan, serta ubat.Ia merupakan

tumbuhan jenis berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga ke sederhana.

Lemon pertama tumbuh di India, utara Burma dan China. Di Asia Tenggara dan

Selatan, ia dikenali kerana sifat antiseptik dan digunakan sebagai penawar untuk

pelbagai racun. Lemon masuk ke Eropah (Itali selatan) paling lambat pada abad ke-

1 Masihi, pada masa Rom Kuno. Namun, tidak banyak yang ditanam. Lemon

kemudian diperkenalkan ke Parsi dan kemudian ke Iraq dan Mesir sekitar tahun 700.

Lemon pertama kali tercatat dalam kesusasteraan dalam risalah Arab abad ke-10

mengenai pertanian, dan juga digunakan sebagai tanaman hias di kebun Islam awal.

Ia diedarkan secara meluas di seluruh dunia Arab dan wilayah Mediterranean antara

1000 dan 1150 M. Penanaman lemon besar pertama di Eropah bermula di Genoa

pada pertengahan abad ke-15,kemudian diperkenalkan ke Amerika tahun 1493

ketika Christopher Columbus membawa biji lemon untuk Hispaniola sepanjang

perjalanan itu. Penaklukan Sepanyol di seluruh Dunia Baru membantu menyebarkan

biji lemon. Ia terutama digunakan sebagai perhiasan dan ubat. Pada abad ke-18 dan

19, lemon semakin banyak ditanam di Florida dan California, ketika itu lemon mula

digunakan dalam masakan dan perisa.

Pada 1747, ujian James Lind pada pelaut yang menderita penyakit skurvi

melibatkan penambahan vitamin C dalam diet mereka dengan jus lemon.

Page 4: Pengenalan Kepada Tumbuhan Yang Dipilih 4

Gambar Rajah 1.1.1: Kaedah pembiakan seksual - Kacang Bendi dalam biji benih

Gambar Rajah 1.2.1: Kaedah

Aseksual – keratan batang jenis

Bunga Kertas

Page 5: Pengenalan Kepada Tumbuhan Yang Dipilih 4

Gambar Rajah 1.3.1: Kaedah Aseksual –

Buluh Renek jenis ‘Pleioblastus pumilus’ jenis

Rumpun

Gambar Rajah 1.4.1: Kaedah Aseksual –

Pokok Lemon jenis tut ataupun markot

2.0 FAKTOR – FAKTOR DIPERTIMBANGKAN UNTUK MEMILIH KAEDAH

PEMBIAKAN.

2.1 Cepat mengeluarkan hasil

Page 6: Pengenalan Kepada Tumbuhan Yang Dipilih 4

Tanaman yang cepat matang memerlukan tempoh masa yang singkat

untuk mengeluarkan hasil. Tempoh matang yang pendek

membolehkan penanaman ulangan berganda dilakukan.Contoh Durian

Siam seperti D129 (Chanee), D130 (Kan Yan), dan D131 (Kato)

mengambil masa matang kira-kira 125 hari dari peringkat pengeluaran

bunga sehingga peringkat buah gugur. Klon D99 yang diperkenalkan

mempunyai tempoh matang yang lebih pendek iaitu 90 hari sahaja

2.2 Hasil tinggi

Objektif utama kebanyakan program pembiakbakaan ialah

memperkenalkan tanaman baru yang berupaya mengeluarkan hasil

tinggi. Ini kerana lebih banyak makanan perlu dikeluarkan untuk

memenuhi keperluan makanan penduduk dunia yang

meningkat.Contoh benih kopi polihibrid yang dikeluarkan oleh MARDI,

iaitu MCL 34, MCL 43, MCL 44 dan MCL 46 (untuk kopi Liberica) dan

MCR 09, MCR 10, MCR 11 dan MCR 16 ( untuk kopi Robusta) mampu

mengeluarkan hasil sebanyak 1.7 tan metrik sehektar berbanding 0.75

tan metrik sehektar untuk benih biasa.

2.3 Hasil berkualiti

Kualiti hasil tanaman ditentukan oleh kelazatan, kandungan gula dan

nutrien yang tinggi serta warna isi atau bentuk buah ayang

seragam.Pelanggan sanggup membayar harga yang lebih tinggi untuk

mendapatkan buah-buahan yang lebih baik. Contoh durian D 24

dianggap sebagai salah satu klon yang terbaik dan digemari di pasaran

tempatan

2.4 Resistan terhadap penyakit dan perosak

Resistan merujuk kepada ciri-ciri tumbuhan atau haiwan yang mampu

menangkis atau menghalang perkembangan patogen dan serangga

perosak.Tahap resistan tanaman terhadap serangan penyakit dan

Page 7: Pengenalan Kepada Tumbuhan Yang Dipilih 4

perosak biasanya disebabkan oleh halangan mekanik tumbuhan

seperti duri resin, bulu atau bahan kimia yang tidak disukai oleh

perosak. Contoh sifat pokok tomato dan kacang soya yang berbulu

menyebabkan vector virus seperti lelompat daundan afid tidak

menghampiri tanaman tersebut. Ini secara langsung mengurangkan

penggunaan racun mahluk perosak.

3.0 MENERANGKAN LANGKAH PEMBIAKAN DAN FAKTOR KEJAYAAN

PEMBIAKAN

3.1 Biji Benih

i) Sediakan benih kacang bendi yang cukup matang dan kering

sebanyak 3-5 biji yang sihat dan bebas perosak.

ii) Sediakan tanah yang mengikut nisbah 2.1.1 di mana 2 adalah

tanah loam, 1 pasir sungai, 1 tanah kompos atau organik

iii) Menggali lubang kecil yang sedalam 5 cm pada tanah dan letakkan

biji benih tersebut dalam lubang tersebut.

iv) Penyiraman sekurang-kurangnya dua kali sehari agar benih mudah

bercambah.

v) Apabila benih telah bercambah, ketika anak bendi telah menjadi

besar dan kuat, buanglah anak - anak bendi yang tidak perlu dari

sekeliling agar hanya 1 sahaja pokok bendi pada 1 lubang.

3.2 Keratan Batang – Bunga Kertas (Bougainvillea)

Page 8: Pengenalan Kepada Tumbuhan Yang Dipilih 4

i) Memilih keratan batang keras sihat serta bebas dari perosak yang

sepanjang 250 mm – 300 mm untuk bunga kertas untuk prosedur

awal megeluarkan akar serta awal mengeluarkan bunga

ii) Buangkan daun – daun lebih sehingga tinggalah 2 – 3 helai daun

sahaja.

iii) Pastikan mempunyai 1 tunas akar dan 1 tunas pucuk.

iv) Menyediakan tanah yang mengikut nisbah 2.1.1

v) Potong batang tersebut dengan menyerong 45˚ di bawah mata

tunas.

vi) Celupkan bahagian yang dipotong serong ke dalam ubat

penggallak akar yang dikhaskan untuk dahan sederhana keras.

vii) Tanam batang atau dahan tersebut dalam tanah yang telah

digaulkan mengikut nisbah.

viii) Selepas tanam, siram dan tentukan dahan tersebut mendapat

cukup air sehingga batang atau dahan tersebut berakar.

3.3 Rumpun – Buluh Renek jenis ‘Pleioblastus pumilus’

i) Pecahkan atau dalam istilah lain uraikan rumpun tersebut dalam

keadaan atau kuantiti yang lebih kecil untuk tanam.

ii) Pastikan keadaan rumpun tersebut bebas dari sebarang penyakit

atau perosak, serta mempunyai akar.

iii) Tanah digaul mengikut nisbah 2.1.1

iv) Tanamkan rumpun tersebut dalam tanah, menyiram air pada

tanaman tersebut.

3.4 Tut atau Markot – Pokok Lemon

Page 9: Pengenalan Kepada Tumbuhan Yang Dipilih 4

i) Pilih dahan lurus dan sihat berukuran 300 mm.

ii) Buangkan daun,putik bunga pada dahan yang dipilih terutamanya

pada bahagian yang hendak ditut.

iii) Buat kelaran di bawah mata tunas pada dahan yang dipilih.

Tentukan kelaran itu kemas dan bersih. Buat kelaran kedua 50 mm

di bawah kelaran pertama.

iv) Kupaskan kulit di antara kedua – dua kelaran dan kikis kulit hingga

bersih.

v) Sapukan ubat penggalak akar di bawakeratan pertama, iaitu di atas

kelaran kedua.

vi) Sediakan tanah yang mengikut nisbah dan buat genggaman

sehingga jadinya seperti bentuk bebola.

vii) Ambil plastik dan lilitkan keliling bahagian bawah dahan yang

dikikis dan ikat kemas.

viii) Buka plastik dan dedahkan bahagian yang dikikis. Ambil

genggaman tanah yang telah disediakan tadi dibelah dua kepalan

tanah dan lekapkan di keliling dahan yang dikikis terutamanya di

bahagian kelaran.

Page 10: Pengenalan Kepada Tumbuhan Yang Dipilih 4

Rujukan

Zahari Rusdi, Norlin Hasnan, Kemahiran Hidup Bersepadu 2011, Memilih pokok

hiasan dan menyediakan keratan batang, zaharinorlin.blogspot.com

Nur Azreen Ali, arts.nature.architecture. Debungor 2011, Teknik Pembiakan

Tanaman (penyediaan dan penjagaan), debungor.blogspot.com

Norain mohd. Rejab, siri tanaman bunga-bungaan dalam lansdkap, MELUR, Dewan

Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2001,Keperluan Pertumbuhan,ms 14 – 15

Wright, A. Clifford. History of Lemonade, CliffordAWright.com

James Lind, A treatise on the scurvy, Edisi kedua. London: diterbitkan A. Millar,

1757. [St. Thomas's Historical Collection 28.b.9].

Wikipedia, Lemon, wikipedia.org/wiki/Lemon

Chin Hoong Fong,. Queen of Trapical Flowers, THE HIBISCUS,Edisi Pertama 1986.

Propagatio,Planting, and Maintenance, 138 – 143

M Anem, Anim Agro technology, Pembiakan Tampang Tumbuhan 2010,

animhosnan.blogspot.com

S.P PERTANIAN .PT, Sains Pertanian, mazlansmkbbsl.blogspot.com

Aku di Fiji Islands,Cara Kami Menanam Kacang Bendi,2012,

oursimplegarden.blogspot.com

Graft, A. B. (1974). Exotica. Roehrs Company Inc.

Chaniago, D. dan Mohd. Saufi Abdullah. (1981). Pokok Pinggiran Jalan di Malaysia.

DBP, Kuala Lumpur.

Hsuan, K.. (1986). Order dan Famili Tumbuhan Berbiji di Tanah Melayu. DBP. Kuala

Lumpur.

Page 11: Pengenalan Kepada Tumbuhan Yang Dipilih 4

Ismail Saidin. (1977). Bunga-bungaan Malaysia. DBP, Kuala Lumpur.

Krempin, K. (1990). Know Your Indoor & House Plants. Horwitz Grahame, Pty. Ltd.,

Sydney.