pengenalan kepada senggaraan sistem...
TRANSCRIPT
BAB 1 : Pengenalan Kepada Senggaraan Sistem Komputer
PENGENALAN KEPADA SENGGARAAN SISTEM KOMPUTER
Kandungan:
• Defini dan Kepentingan Senggaraan
• Senggaraan Cegahan Aktif & Pasif
• Perlindungan Data
• Pembersihan Perkakasan
• Pemeriksaan Luaran & Dalaman Komputer
• Pembinaan Rekod & Dokumentasi
Defini dan Kepentingan Senggaraan
Senggaraan komputer ialah tindakan tersusun / terancang bagi mencegah ataupun
membaiki sebarang kerosakan yang mengakibatkan kegagalan dalam fungsi sesebuah
sistem komputer. (baiki / elak komputer rosak)
Boleh dikatakan proses penyenggaraan ini melibatkan 10% kemahiran mekanikal, 30%
kemahiran teknikal, dan 60% nasib. Kini, industri senggaraan sistem komputer telah
dengan berkembang dengan pesatnya, sejajar dengan perkembangan industri
perkomputeran dengan pulangan keuntungan bernilai jutaan ringgit. Pengguna-
pengguna korporat lazimnya berbelanja ribuan ringgit setiap bulan untuk tujuan
pentadbiran dan penyenggaraan sistem komputer syarikat mereka. Walaupun tugas
penyenggaraan bukannya mudah, namun ia adalah cabaran yang amat
‘menyeronokkan’.
Proses penyenggaraan adalah amat penting. Selain mengatasi kegagalan sistem
apabila kerosakan berlaku, senggaraan yang berjadual juga mampu mengelakkan
kegagalan sistem yang teruk sebelum ia benar-benar berlaku. Pencegahan adalah lebih
baik daripada merawat. Baik pulih belum tentu dapat membaiki sistem yang rosak,
BAB 1 : Pengenalan Kepada Senggaraan Sistem Komputer
sebaliknya pencegahan sejak peringkat awal melalui penjadualan senggaraan mampu
mengelakkan daripada berlakunya kerosakan sistem.
Senggaraan Cegahan Aktif & Pasif
Cegahan adalah kaedah pertahanan pertama bagi mengelakkan kegagalan atau
kerosakan sistem komputer. Kegagalan atau kerosakan biasanya adalah berpunca
daripada keadaan persekitaran di mana sistem komputer itu ditempatkan. Oleh itu,
perancangan jadual penyenggaraan yang rapi adalah perlu.
Cegahan Aktif
Pencegahan aktif adalah prosedur yang dilakukan bagi menjadikan PC tahan lama dan
kurang bermasalah. Kaedah pencegahan ini melibatkan pembersihan sistem dan
komponennya secara berkala. Teknik ini melibatkan aktiviti pembersihan komponen,
mengemaskini pemasangan cip dan penyambung, serta format semula cakera keras
(harddisk).
Kekerapan teknik pencegahan aktif perlu dilakukan bergantung kepada keadaan
persekitaran dan kualiti komponen sistem. Sekiranya persekitaran sistem terlalu kotor
atau berhabuk, seperti dalam persekitaran bermesin, berjentera berat atau stesen
minyak, anda mungkin perlu membersihkan sistem anda sekurang-kurangnya setiap tiga
bulan atau kurang. Bagi persekitaran biasa seperti di pejabat pula, pembersihan yang
dilakukan pada setiap bulan ataupun setahun sudah memadai.
Selain itu, prosedur pencegahan ini juga melibatkan aktiviti ‘backup’ (salinan pendua)
data dan persekitaran kritikal seperti sektor boot, jadual sistem FAT, dan struktur
direktori cakera keras. Anda juga harus ‘defragment’ (aktiviti penyusunan fail) cakera
keras sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengekalkan kelancaran dan kelajuan
fungsi cakera keras.
Berikut adalah senarai semak mingguan penyenggaraan cakera keras:
BAB 1 : Pengenalan Kepada Senggaraan Sistem Komputer
1. Backup semua data dan fail penting
2. Buang semua fail-fail sementara sistem:
a. *.tmp
b. ~*.*
c. *.chk
d. Fail-fail sementara dan rekod lama internet
3. Kosongkan ‘recycle bin’
4. Jalankan program defragment
Berikut pula adalah prosedur penyenggaraan bulanan:
1. Sediakan cakera pemula sistem (startup disk)
2. Semak dan ‘install’ (masukkan) semua ‘drivers’ (pemacu) kad video, kad bunyi,
modem, dan perkakasan lain.
3. Semak dan install ‘update’ (pembaharuan) sistem pengoperasi
4. Semak dan install update program antivirus
5. Bersihkan sistem termasuk skrin monitor, papan kekunci, pemacu CD/DVD,
pemacu disket, tetikus dan lain-lain
6. Pastikan bahawa semua kipas sistem berfungsi dengan sewajarnya, termasuk
heatsink (penyalur haba) CPU, bekalan kuasa, dan kipas perumah (casing).
Cegahan Pasif
Pencegahan pasif adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi sistem
daripada gangguan persekitaran, seperti menggunakan perkakasan perlindungan
bekalan kuasa (bagi membekalkan kuasa yang bersih, stabil serta suhu yang terkawal),
dan mengelakkan gegaran keterlaluan ke atas sistem. Dalam kata lain, pencegahan
pasif bermakna anda melayan sistem anda dengan baik.
BAB 1 : Pengenalan Kepada Senggaraan Sistem Komputer
Pencegahan pasif melibatkan penjagaan sistem melalui penyediaan persekitaran terbaik
buat sistem – fizikal dan elektrikal. Perlindungan fizikal termasuk memastikan suhu
persekitaran sistem adalah baik, aliran udara dan haba yang baik, bebas daripada
pengumpulan habuk dan asap, serta bebas hentakan dan gegaran. Perlindungan
elektrikal pula melibatkan aktiviti perlidungan daripada ESD (electrostatic discharge),
hingar talian kuasa, dan gangguan frekuensi radio.
Biasanya senggaraan pasif ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja, iaitu pada peringkat
awal penyediaan PC. Ini berbeza dengan sengaraan aktif yang memerlukan aktiviti
senggaraan berkala (kerap).
Langkah-langkah yang boleh anda ambil sebelum memasang PC baru:
1. Sediakan tempat yang sesuai untuknya (bebas kotoran habuk dan asap)
2. Jangan tempatkan PC di hadapan tingkap (komputer tidak harus diletakkan di
bawah cahaya matahari)
3. Pastikan suhu persekitaran (bilik) adalah sestabil yang mungkin
4. Bekalan kuasa haruslah dibumikan dan stabil.
5. Pastikan sistem jauh daripada pemancar gelombang radio dan sebarang sumber
kuasa berfrekuensi radio
Perlindungan Data
Komputer yang kita gunakan di dalam rumah lazimnya menyimpan data-data yang amat
sulit dan berbentuk peribadi. Bagi sektor korporat pula, sistem komputer digunakan bagi
tujuan memproses dan menyimpan data-data yang amat kritikal kepada syarikat. Data-
data ini kadang-kala bernilai ribuan malahan jutaan ringgit; dan kadangkala tidak ternilai
harganya.
Kerosakan sistem kadang kala boleh membawa kepada kehilangan data. Oleh itu,
proses ‘backup’ / perlindungan data adalah antara proses yang paling penting dalam
proses senggaraan.
BAB 1 : Pengenalan Kepada Senggaraan Sistem Komputer
Terdapat pelbagai cara bagi melindungi data. Antaranya ialah:
1. Membina salinan data
2. Melakukan inkripsi* dan membina hak capaian data.
Dalam topik ini, kita akan hanya menyentuh berkenaan proses membina salinan data.
Proses salinan data ini boleh dilaksanakan ke dalam beberapa medium seperti:
1. Cakera liut (disket)
2. Cakera padat (CD-R,CD-RW, DVD-R, DVD-RW, DVD-RAM)
3. Cakera keras (harddisk)
4. Memori Flash (thumb-drive, pen-drive, usb-drive, dll.)
Sebagai seorang penyenggara, anda perlu tahu kesemua kaedah ini. Anda juga perlu
ingat bahawa cakera keras (harddisk) adalah antara komponen paling penting sistem
komputer! Sekiranya anda membaiki / menyenggara komputer, pastikan anda membuat
salinan bagi cakera keras tersebut. Kebanyakan penyenggara dari kedai-kedai komputer
sering mengambil jalan mudah dengan meng-‘format’ cakera keras pengguna dan
meng-‘install’ Windows baru tanpa mempedulikan data-data yang ada di dalamnya.
*inkripsi = ubah kepada bentuk yang terkod / tidak dapat dibaca dengan cara biasa
Pembersihan Perkakasan
Tujuan pembersihan adalah bagi mengelakkan gangguan akibat kehadiran habuk atau
lain-lain bahan yang boleh mengganggu kelancaran sistem. Walaupun nampak leceh
dan kecil, tugas ini masih penting sebagai satu daripada aktiviti senggaraan.
Antara kebaikan pembersihan ini ialah:
1. Membersihkan komponen komputer daripada habuk dan kekotoran
2. Mengelakkan kipas sistem daripada tersekat dan berhenti berpusing
3. Mengelakkan pemanasan lampau cip-cip sistem yang boleh mendatangkan
kerosakan akibat gangguan fungsi penyejuk seperti kipas dan sirip aluminium
4. Mengelakkan litar pintas akibat kehadiran lembapan dan partikel pengalir elektrik
dalam habuk
BAB 1 : Pengenalan Kepada Senggaraan Sistem Komputer
Anda juga perlu ingat bahawa sistem komputer dibina dengan pelbagai cip-cip yang
sangat sensitif kepada lembapan dan ‘elektrostatik’. Elektrostatik adalah cas-cas kecil
yang lazimnya terhasil daripada geseran dua bahan yang berlainan (seperti geseran
kain baldu dengan rod kaca). Oleh itu, proses pembersihan ini perlu dilakukan
menggunakan alat-alat yang sesuai.
Pemeriksaan Luaran & Dalaman Komputer
Kegagalan fungsi komputer boleh diatasi menggunakan 2 kaedah pemeriksaan iaitu
pemeriksaan luaran dan pemeriksaan dalaman komputer.
Pemeriksaan luaran membabitkan pemeriksaan sambungan kabel-kabel perkakasan
komputer kepada ‘system unit’, dan sambungan sistem kepada punca kuasa elektrik.
Sambungan yang terputus akan menyumbang kepada kegagalan fungsi sistem. Ia juga
boleh ditafsirkan sebagai pemeriksaan secara fizikal ke atas perkakasan sistem
komputer yang dapat dilihat secara kasar bagi mengenalpasti masalah yang mungkin
menimpa sistem.
Pemeriksaan dalaman pula melibatkan ‘pembedahan’ ke atas perkakasan sistem bagi
mengenalpasti masalah yang timbul dan tidak dapat dikenalpasti secara mata kasar. Ia
juga melibatkan penggunaan alatan tertentu bagi tujuan diagnosis (pengenalpastian).
Sebagai contoh, pemutar skru mungkin digunakan bagi membuka ‘casing’ (perumah)
sistem untuk meninjau lebih lanjut perkakasan sensitif yang dilindungi bagi mengesan
punca kegagalan fungsi sistem, meter pelbagai digunakan bagi mengesan keterusan
aliran arus dalam litarnya, ataupun penggunaan perisian dengan arahan tertentu bagi
mengesan masalah komunikasi dan kefungsian sesuatu perkakasan.
BAB 1 : Pengenalan Kepada Senggaraan Sistem Komputer
Pembinaan Rekod & Dokumentasi
Seorang penyenggara yang cekap dan professional selalunya akan melakukan catatan
rekod dan dokumentasi khas bagi segala tugas yang telah dilaksanakannya. Selain
memudahkan perjalanan kerja, ia juga boleh dijadikan bukti kejujuran dalam
melaksanakan tugas seharian.
Penyediaan rekod dan dokumentasi membolehkan penyenggara dan juga pentadbir
mengesan sejarah kerosakan dan baik pulih sistem perkomputerarn mereka. Ia juga
membolehkan institusi mengenalpasti tempoh jaminan dan membuat anggaran bagi
perkembangan sistem mereka. Antara kebaikan menyediakan rekod dan dokumentasi
ialah:
1. Menyimpan butir-butir lengkap mengenai sistem perkomputeran yang digunakan
(kos, jaminan, syarikat pembuat / pembekal).
2. Menyimpan senarai tugas penyenggaraan yang telah atau bakal dilaksanakan ke
atas sistem.
3. Menyimpan data berkenaan individu yang terbabit dengan penyenggaraan
sistem.
4. Memudahkan rujukan berkenaan teknik baik pulih sistem yang pernah
bermasalah, dan diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah kerosakan baru
dengan situasi yang hampir sama.
5. Membolehkan institusi membuat anggaran jangka hayat sistem dan merangka
perkembangan bagi sistem mereka untuk masa hadapan.