[ppt]sks 2074 : baikpulih dan senggaraan...

27
UNIT 2 : BAIKPULIH DAN SENGGARAAN PERKAKASAN SKS 2074 : BAIKPULIH DAN SENGGARAAN KOMPUTER DISEDIAKAN OLEH : MISS NANTINI D/O ANPALAKAN

Upload: votram

Post on 20-Jun-2018

259 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

UNIT 2 :BAIKPULIH DAN SENGGARAAN

PERKAKASAN

SKS 2074 : BAIKPULIH DAN SENGGARAAN

KOMPUTER

DISEDIAKAN OLEH : MISS NANTINI D/O ANPALAKAN

HASIL PEMBELAJARAN

• Mengenalpasti simptom kerosakan yang berlaku pada perkakasan komputer.

• Mengenalpasti simptom kerosakan berkaitan :

• Kepanasan Sistem (Excessive Heat)

• Bau (Odor)

• Bunyi Bising (Noise)

• Penunjuk Lampu (Light Indiator)

• Kerosakan yang tidak kelihatan (Invisibe Damage)

•Mengenalpasti dan menyelenggaran kerosakan

perkakasan bagi komputer peribadi dan komputer riba.

SIMPTOM KEROSAKAN BERKAITAN PERKAKASAN

• Setiap kerosakan komponen komputer perlu diselesaikan dengan kaedah yang betul.

• Sekiranya kita tidak mempunyai ilmu yang secukupnya, jika tidak mungkin ia akan menambah kerosakan yang sedia ada.

• Bagi membaiki masalah kerosakan komponen komputer, sebaiknya kita memahami terlebih dahulu diagram motherboard, kerana ia adalah tempat dimana setiap komponen komputer dihubungkan.

• Selain itu, buku manual pengguna juga sangat penting untuk mengetahui kerosakan dan cara untuk membaikinya.

• Sebagai contoh, sekiranya kita mendapat ralat “CD-ROM not detected”, maka tidak perlulah kita menanggalkan processor yang tidak berkaitan dengan ralat tersebut.

• Kita hanya perlu mulakan mencari punca kerosakan dengan andaian yang paling mudah terlebih dahulu, iaitu melihat pada BIOS setting, kemudian periksa sambungan SATA/IDE/POWER, kemudian periksa Jumper setting, kemudian barulah tukar CD-ROM tersebut dengan yang lain.

• Komponen lain yang tidak terlibat, tidak perlu diubah atau ditukar.

ASAS KAEDAH MENGESAN KEROSAKAN KOMPONEN

KOMPUTER

• Namun kerosakan perkakasan utama seperti Processor, RAM, Motherboard tidaklah semudah itu.

• Kita perlu membuat pengujian POST terlebih dahulu.

• Ini adalah kesilapan pemasangan / kerosakan Processor, RAM, Motherboard boleh

menyebabkan ralat tiada paparan pada monitor, tidak seperti kerosakan hard disk dan seumpamanya.

ASAS KAEDAH TROUBLESHOOT KOMPONEN

KOMPUTER

• 1) Pasang komponen-komponen komputer yang asas untuk menghidupkan komputer sahaja terlebih dahulu, iaitu :

• Motherboard (Pertama-Northbridge chipset)• Processor (Kedua)• RAM (Ketiga)• Built-in / External Graphic Card (Keempat)• Casing• Power Supply• Monitor• Komponen – komponen yang lain jangan dipasang lagi.

• 2) Hidupkan komputer.

CARA ASAS MENGESAN KEROSAKAN KOMPONEN

KOMPUTER

• 3) Dua cara untuk memastikan semua komponen komputer tadi telah dipasang dengan baik / tidak, iaitu :

• BIOS Beep Error Code – Sekiranya tiada bunyi beep error, ia menandakan komputer berkeadaan baik, maka boleh pasang / uji komponen yang lain pula.

• POST – Sekiranya paparan monitor memaparkan proses POST yang terlibat, ia juga menandakan komputer berkeadaan baik, maka boleh pasang / uji komponen komputer yang lain pula.

CARA ASAS MENGESAN KEROSAKAN KOMPONEN

KOMPUTER

SIMPTOM KEROSAKAN

• Simptom kerosakan yang akan dibincangkan dalam topik ini,adalah :

• Kepanasan Sistem (Excessive Heat)

• Bau (Odor)

• Bunyi (Noise)

• Penunjuk Lampu (Light Indicator)

• Kerosakan yang tidak kelihatan (Invisible Damage)

SIMPTOM BERKAITAN KEPANASAN SISTEM (EXCESSIVE HEAT)

• Cip dan komponen lain adalah sensitif kepada suhu yang tinggi. Semasa operasi biasanya PC mengeluarkan suhu. Haba mendatangkan masalah apabila kita mula menambah add-on cards. Tindakan-tindakan berikut boleh membantu kita dalam mencegah kerosakan berkaian dengan suhu.

• Kemaskan semula kedudukan cip pada soket sekiranya terdapat gangguan berkala. (Intermitent Disturbance).

• Pastikan keadaan peredaran udara dalam CPU baik.

• Pastikan sistem bebas daripada habuk.

• Pastikan kipas-kipas penyejuk berjalan dengan baik misalnya kipas bekalan kuasa dan kipas penyejuk mikro-pemproses.

• Simpan cakera pada tempat yang suhunya kering dan dingin .

GEJALA - GEJALA PROCESSOR KEPANASAN MELAMPAU

• Komputer hanya boleh berfungsi dalam jangka masa yang singkat. Dalam jangka masa 5 minit hingga 30 minit.

• Kipas processor panas dalam masa yang singkat. Dalam jangka masa dibawah 10 minit.

• Komputer berfungsi dengan perlahan.

• Panas.

• Sistem “crash” tanpa sebab.

• Prestasi perisian yang lembab.

SIMPTOM BERKAITAN KEPANASAN SISTEM (EXCESSIVE HEAT)

CARA - CARA UNTUK MENGATASI KEPANASAN MELAMPAU PROCESSOR

• Jika ising yang lama keras letakkan Ising yang baru.

• Ising juga dipanggil sebagai (Termal Compound Kit) berfungsi sebagai penyejuk kepada Processor.

• Cuci kipas processor dan komponen lain dari habuk.

• Ini kerana, jika habuk yang banyak boleh mengakibatkan kipas processor dan kipas yang lain tidak dapat menyejukkan processor dan komponen lain.

• Tambah kipas yang lebih berkualiti didalam CPU anda. Tujuannya ialah untuk menyejukkan lagi suhu di dalam CPU dan memastikan pengudaraan yang baik.

SIMPTOM BERKAITAN KEPANASAN SISTEM (EXCESSIVE HEAT)

• Jika anda membiarkan kepanasan yang melampau, boleh mengakibatkan processor rosak dan yang lebih teruk lagi boleh mengakibatkan komponen komputer lain rosak terutama sekali motherboard.

SIMPTOM BERKAITAN KEPANASAN SISTEM (EXCESSIVE HEAT)

SIMPTOM BERKAITAN BAU (ODOR)

• Power supply yang terlampau panas akibat “stressed” menyebabkan kebakaran komponen dalaman.

• Komponen yang mengalami kepanasan yang melampau boleh mengeluarkan bau terbakar, terutamanya pada motherboard.

• Sebagai pengguna, kita sentiasa perlu berhati-hati dalam penggunaan komputer supaya tidak berlaku seperti gambar diatas.

• Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan cooling fan atau memasang 2 heatsink pada komputer anda.

SIMPTOM BERKAITAN BAU (ODOR)

SIMPTOM BERKAITAN BUNYI BISING (NOISE)

Kesan kerosakan yang boleh berlaku :

• Bunyi kipas yang kuat.

• Power supply “failing” atau tidak menyalurkan tenaga secara consisten.

• Peningkatan haba dalam komputer.

• Kipas CPU atau casing rosak.

• Hard disk “failing” atau mengalami kerosakkan.

SIMPTOM BERKAITAN BUNYI BISING (NOISE)

• Apabila anda mulakan komputer, ia akan mulakan satu siri ujian kendiri. Ini untuk memastikan perkakasan berfungsi dengan baik. Ujian kendiri ini dikenali sebagai POST iaitu singkatan untuk Power-on Self Test. Jika komputer dapat mengesan kerosakan ia akan mempamerkan kod pada skrin. Komputer juga mungkin menghasilkan bunyi ‘beep’. Bunyi beep ini ada maksudnya. Rujuk ke jadual berikut:

• Kod Beep Penjelasan

1 kali pendek = Kegagalan DRAM refresh

2 kali pendek = Kegagalan litar Parity

3 kali pendek = Kegagalan RAM asas 64K

4 kali pendek = Kegagalan penyukat masa sistem

5 kali pendek = Kegagalan proses

6 kali pendek = Ralat pengawal papan kekunci get A20

7 kali pendek = Ralat Virtual Mode Exception

8 kali pendek = Kegagalan paparan ujian baca/tulis memori

9 kali pendek = Kegagalan keseluruhan ujian (checksum) ROM BIOS

10 kali pendek = Ralat baca/tulis CMOS Shutdown

SIMPTOM BERKAITAN BUNYI BISING (NOISE)

11 kali pendek = Ralat memori Cache

1 kali panjang & 3 kali pendek= Kegagalan memori tambahan

1 kali panjang & 8 kali pendek= Kegagalan ujian Display/Retrace

1 panjang & 2 pendek = Ralat video. BIOS gagal memulakan skrin monitor

Lain-lain Beep = Masalah RAM

SIMPTOM BERKAITAN BUNYI BISING (NOISE)

Jika tiada beep Tiada kuasa, kad longgar atau litar pintas.

1 pendek = POST normal. Komputer OK

2 pendek = Ralat POST

Beep pendek berulang = Tiada kuasa, kad longgar atau litar pintas

1 panjang & 1 pendek = Masalah papan induk

1 panjang & 2 pendek = Masalah video/monitor

1 panjang & 3 pendek = Masalah video (EGA)

3 panjang = Masalah papan kekunci

SIMPTOM BERKAITAN BUNYI BISING (NOISE)

SIMPTOM BERKAITAN PENUNJUK LAMPU (LIGHT

INDICATOR)• Contoh Penyebab : Lampu IDE LED menyala terus atau tidak menyala

sama sekali. Demikian juga dengan lampu power LED. Bila masalah ini muncul, kemungkinan terbesar masalahnya terletak pada kesalahan posisi kabel-kabel front panel casing yang terhubung ke motherboard.

Cara mengatasi : Periksa kabel yang terpasang sesuai dengan buku manual yang disertakan pada motherboard. Bila lampu IDE LED terus menyala, kemungkinan pemasangan kabelnya terbalik.

• Salah satu cara yang paling sesuai untuk memasang kabel ini adalah melihat pada warna-warna kabel yang ada pada front panel casing. Biasanya, kabel berwarna-warni (hijau, merah, oren, biru, dan sebagainya, bergantung pada casing).

SIMPTOM BERKAITAN KEROSAKAN YANG TIDAK

KELIHATAN (INVISIBLE DAMAGE)

• Simptom ini adalah berkaitan dengan kerosakan yang tidak dapat dilihat secara mata kasar.

• Kerosakkan dalaman komponen komputer, seperti

- Chipset “short”

- Hard disk “bad sector”

- Battery hilang kuasa

- Tarikh dan masa sistem selalu lari

• Jangka hayat komponen hampir luput

• Voltage spike

SIMPTOM BERKAITAN KEROSAKAN YANG TIDAK

KELIHATAN (INVISIBLE DAMAGE)

Bad Sector atau Bad Block

• Bad Sector adalah teknik yang digunakan menggambarkan sebuah area pada hard disk yang rosak.

• Bad sector secara fizikal terjadi kerana adanya kerosakan pada bahagian hardware plate hardisk yang biasanya terjadi kerana hardisk terkena debu, hardisk terjatuh, terkena hentaman keras dan sebagainya.

• Sedangkan bad sector secara software terjadi ketika hardisk sedang beroperasi kemudian tiba-tiba komputer / laptop mati, mungkin kerana bekalan elektrik. Bila kerosakan ini disebabkan oleh hardware,geseran yang terjadi pada piring hard disk menyebabkan ianya tidak dapat diperbaiki.

SIMPTOM BERKAITAN KEROSAKAN YANG TIDAK

KELIHATAN (INVISIBLE DAMAGE)

• Terdapat dua jenis bad sector, iaitu

- 'Hard bad sector‘

- ‘Soft bad sector‘

• Hard bad sector susah untuk diperbaiki kerana terdapat kerosakan pada fizikal hardisk tersebut, hard bad sector biasanya disebabkan oleh 'Head crash', iaitu dimana head pada hardisk terjadi bergeser terhadap platter yang menyebabkan kerosakan yang berkekalanpada hardisk.

• Berbeza dengan hard bad sector, soft bad sector biasanya dapat diperbaiki dengan menggunakan software yang sedia ada pada windows, iaitu 'Chkdsk'.

PENILAIAN

• Pembentangan 1(Merangkumi Unit 2)

• Amali 1(Merangkumi Unit 2)

• Ujian 1 (Merangkumi Unit 1 dan Unit 2)

Praktikal• Mengenalpasti dan menyelenggara kerosakan perkakasan bagi

komputer peribadi.

• Mengenalpasti dan menyelenggara kerosakan perkakasan bagi komputer riba.

RUJUKAN

• http://sofirudman.blogspot.com/

• http://www.scribd.com/doc/22538035/BAB6-PENYELENGGARAAN-PC

• Cisco Certified Network Associate Study Guide (6 th Edition)

RUMUSAN