pengenalan kepada pelaburan emas oleh syukor hashim · pdf fileapatah lagi jika keuntungan...

Click here to load reader

Post on 03-Mar-2019

227 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

1

Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashim

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah di atas minat anda untuk mendalami ilmu emas. Saya menulis laporan ini dengan satu niat iaitu membantu anda memahami cara-cara membuat pelaburan emas dengan betul, tepat dan selamat.

Saya aktif di dalam pelaburan emas sejak tahun 2008 sehingga hari ini. Pada waktu itu pelaburan emas masih terlalu baru di Malaysia. Kesedaran rakyat Malaysia terhadap pelaburan emas masih di tahap rendah. Untuk mendapatkan ilmu emas ketika itu saya membaca buku-buku rujukan yang dibeli dari luar negara. Ini kerana buku-buku tempatan tentang emas @ pelaburan logam berharga adalah sangat terhad. Cikgu-cikgu yang berkongsi ilmu emas dengan saya terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan professor universiti. Dengan tunjuk ajar mereka, saya rasa amat bertuah kerana dapat mempelajari ilmu emas yang betul dengan orang yang betul-betul pakar. Saya dapati amat penting untuk anda mempelajari ilmu dari orang yang pakar di dalam bidang berkenaan. Ini kerana jika tersalah langkah, anda mungkin mempelajari ilmu emas ini dari agen-agen skim cepat kaya yang bertopengkan emas. Mereka ini akan mengajar ilmu emas yang jauh terpesong. Apatah lagi jika keuntungan segera, sentimen keagamaan dan bangsa dijadikan daya penarik. Akhirnya, anda boleh rugi besar kerana menjadi mangsa penipuan. Saya doakan anda mendapat manfaat daripada laporan ini. Kuasailah ilmu emas. Ilmu kekayaan sebenar. Syukor Hashim

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

2

Selamat datang ke dunia pelaburan emas! Laporan ini ditulis untuk menerangkan kepada anda cara-cara membuat pelaburan emas fizikal dengan betul, tepat dan selamat.

Jika anda masih baru di dalam dunia pelaburan emas, laporan ini dijamin 100% akan membantu anda menguasai ilmu pelaburan emas fizikal.

Anda akan mendapat maklumat tentang kaedah membuat pelaburan emas fizikal yang betul, tepat dan selamat.

Baik, mari kita mulakan.

Mula-mula sekali, anda mesti nak tahu:

Apa maksud Pelaburan Emas? Definisi pelaburan emas adalah:

(1) Anda membeli emas fizikal atau (2) sebarang produk-produk kewangan berasaskan emas (3) bagi tujuan mendapatkan keuntungan.

Terdapat banyak kaedah pelaburan emas di Malaysia, namun pelaburan emas secara fizikal adalah kaedah pelaburan yang paling mudah, selamat dan patuh syariah.

Kenapa anda perlu menyimpan emas? Kenapa anda perlu menyimpan emas? Di manakah keuntungan menyimpan emas?

Ada 2 sebab yang paling asas kenapa anda perlu menyimpan emas iaitu:

1. Duit senang habis 2. Emas penyimpan nilai yang sangat baik di dalam jangka masa panjang

Duit senang habis. Tabiat menyimpan duit adalah satu tabiat yang sangat baik. Ini kerana duit yang anda simpan boleh digunakan bagi tujuan kecemasan, menunaikan umrah @ haji atau pun bagi tujuan pelaburan seperti membeli hartanah atau modal perniagaan.

Walaupun anda tahu menyimpan duit itu bagus, namun tahukah anda, tabiat menyimpan duit sukar untuk dipraktikkan?

Buktinya, anda boleh melihat petikan daripada Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

3

Laporan ini mendedahkan kepada kita 2 maklumat yang merunsingkan.

1. Lebih daripada separuh atau 53% daripada isi rumah di Malaysia tidak mempunyai aset kewangan (muka surat 49).

2. Memetik angka Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS), laporan itu juga menyatakan hampir 90% isi rumah luar bandar dan 86% isi rumah dalam bandar, masing-masing, tidak mempunyai simpanan (mukasurat 49)

Baik, sekarang saya nak tanya anda satu soalan.

Sila jawab dengan ikhlas J

Soalan: Duit senang nak simpan atau senang nak dihabiskan?

Sebagai seorang pendidik mengenai pelaburan emas, bertahun-tahun saya tanya soalan di atas kepada orang yang hadir ke seminar saya.

Saya akan buka beg duit, tarik keluar beberapa keping duit RM50 atau RM100, tunjukkan kepada hadirin dan tanya mereka soalan tuan puan sekalian, duit kertas ini senang tak kalau nak dihabiskan?

Jawapan yang diterima daripada semua orang hampir sama.

Jawapan mereka Duit senang habis. Cepat pulak tu

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

4

Gambar: Duit RM200 nie kejap ajer habis

Oleh kerana duit senang nak dihabiskan, maka sukar bagi anda untuk membina kekayaan dengan simpanan duit.

Kenapa? Sebab mindset manusia terhadap duit biasanya ada 2 sahaja.

Pertama bayar hutang dan kedua belanja.

Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini? Jika anda hendak membina simpanan yang banyak, cuba gunakan teknik tukar duit simpanan menjadi emas.

Saya ada simpan 1 gram emas di dalam beg duit. Kemudian saya cabut keluar emas 1 gram tu dan tanya orang yang hadir ke seminar saya.

Gambar: Jongkong emas 1 gram.

Soalan saya: Macam mana nak belanja 1 gram emas?

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

5

Orang susah nak jawab soalan ini. Sebab orang tak ada pengalaman belanja emas.

Dalam otak kebanyakan orang, emas kena simpan.

Kajian kes: Kumpul emas sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Saya pernah berjumpa seorang hamba Allah yang hobinya ialah mengumpul syiling 1 dinar emas. Setiap kali beliau ada duit, maka beliau akan menukarkannya kepada syiling 1 dinar emas. Beliau kumpul 1 dinar emas sedikit demi sedikit sehinggakan jumlah 1 dinar beliau mencecah 100 keping. Fuh! Banyak tu

Kemudian beliau telah menjual ke semua 100 syiling 1 dinar tersebut pada harga RM585 sekeping, ketika harga emas tertinggi sewaktu itu. Nilai keseluruhan 100 keping dinar emas beliau ialah RM58,500 Apa yang menarik, beliau tidak membeli emas yang besar-besar. Beliau hanya fokus kepada emas paling kecil sahaja. Seronok dan senang katanya. Namun bak kata pepatah Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Jika anda membeli emas yang kecil-kecil tetapi secara konsisten, nanti emas anda akan semakin banyak. It keep growing and growing Terdapat 2 pengajaran di dalam cerita ini: 1. Simpanan emas melibatkan simpanan jangka masa panjang. Baru anda boleh lihat hasilnya. Seeloknya anda simpan emas untuk 5 tahun ke atas. 2. Anda perlu konsisten menyimpan emas. Tabiat membeli emas secara konsisten amatlah baik.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

6

TIPS! Mengikut pengalaman saya, duit memang susah nak simpan, terutamanya jika simpanan itu memerlukan komitmen untuk satu jangkamasa yang sangat panjang.

Anda memerlukan disiplin yang tinggi serta hati yang cekal.

Biasanya hati manusia ini, suka kepada keseronokan yang cepat dan segera.

Sebab itu kita mempunyai keinginan yang spontan membelanjakan duit sebaik sahaja menerimanya. Psssttt tengok ajer duit bonus anda.

Bagi kita, itu adalah normal.

Sebenarnya sikap seronok belanja itu sangat tidak bagus dan merugikan kita dalam jangka masa panjang.

Sebab itulah, saya cadangkan anda untuk cepat-cepat membekukan duit ke dalam bentuk emas.

Ia adalah salah satu langkah terbaik bagi mengelakkan diri dari terguna, terpakai, terbelanja, terbeli, termelabur dalam benda-benda mengarut dan macam-macam ter lagi. J

Kesemua ter.. diatas boleh menyebabkan duit anda hangus.

Betul tak?

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

7

Emas penyimpan nilai yang sangat baik di dalam jangka masa panjang.

Satu fakta menarik tentang emas ialah keupayannya mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang.

Apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun yang lalu malah ribuan tahun dahulu tetap boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada hari ini.

Perkara ini dijelaskan di dalam buku The Golden Constant The English and American Experience 1560-2007 oleh Prof. Roy W. Jastram dari Sekolah Pengurusan Perniagaan University of California.

Di dalam buku ini Prof. Jastram cuba menjawab satu persoalan:

Adakah nilai duit pada masa lampau adalah lebih tinggi berbanding sekarang?

Di dalam kes ini, duit yang dimaksudkan adalah emas.

Kajian ini adalah berdasarkan data daripada tahun 1560 2007. Prof. Jastram telah mengumpulkan data indeks harga barangan

di England dan Amerika serta harga emas semasa.

Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi, Prof. Jastram telah membuat rumusan berikut:

Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampir sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17

Hasil analisis data 447 tahun di atas akan menguntungkan anda sekiranya anda menyimpan emas.

Kuasa membeli emas adalah sangat stabil.

Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada sekarang.

CaraSimpanEmas,silakefacebook.com/PG00110985

8

Kuasa beli 1 dinar 1400 tahun yang lalu dan sekarang. Nilai emas yang stabil boleh dilihat melalui kuasa beli 1 dinar emas 1400 tahun yang lalu berbanding hari ini.

Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar emas (dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25gram)

Sekarang ini, tahun 2016. Satu dinar masih boleh membeli seekor kambing!

Inflasi untuk emas adalah 0%

Gambar: Harga kambing ini adalah 1 dinar emas.

Ini dapat dilihat di dalam hadis Nabi.

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang bermaksud:

(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijua

View more