pengenalan kepada pelaburan emas oleh syukor...

35
1 Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashim admin www.jutawanemas.com Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah di atas minat anda untuk mendalami ilmu emas. Saya menulis laporan ini dengan satu niat iaitu membantu anda memahami cara-cara membuat pelaburan emas dengan betul, tepat dan selamat. Saya aktif di dalam pelaburan emas sejak tahun 2008 sehingga hari ini. Pada waktu itu pelaburan emas masih terlalu baru di Malaysia. Kesedaran rakyat Malaysia terhadap pelaburan emas masih di tahap rendah. Untuk mendapatkan ilmu emas ketika itu saya membaca buku-buku rujukan yang dibeli dari luar negara. Ini kerana buku-buku tempatan tentang emas @ pelaburan logam berharga adalah sangat terhad. Cikgu-cikgu yang berkongsi ilmu emas dengan saya terdiri daripada pensyarah- pensyarah dan professor universiti. Dengan tunjuk ajar mereka, saya rasa amat bertuah kerana dapat mempelajari ilmu emas yang betul dengan orang yang betul- betul pakar. Saya dapati amat penting untuk anda mempelajari ilmu dari orang yang pakar di dalam bidang berkenaan. Ini kerana jika tersalah langkah, anda mungkin mempelajari ilmu emas ini dari agen-agen skim cepat kaya yang bertopengkan emas. Mereka ini akan mengajar ilmu emas yang jauh terpesong. Apatah lagi jika keuntungan segera, sentimen keagamaan dan bangsa dijadikan daya penarik. Akhirnya, anda boleh rugi besar kerana menjadi mangsa penipuan. Saya doakan anda mendapat manfaat daripada laporan ini. Kuasailah ilmu emas. Ilmu kekayaan sebenar. Syukor Hashim Admin www.jutawanemas.com Whatsapp/SMS/tel: 013-2126999

Upload: hoangkhue

Post on 01-Feb-2018

279 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

1

Pengenalan kepada Pelaburan EmasOleh Syukor Hashim

admin www.jutawanemas.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah di atas minatanda untuk mendalami ilmu emas.

Saya menulis laporan ini dengan satu niat iaitumembantu anda memahami cara-cara membuatpelaburan emas dengan betul, tepat dan selamat.

Saya aktif di dalam pelaburan emas sejak tahun 2008 sehingga hari ini.

Pada waktu itu pelaburan emas masih terlalu baru di Malaysia. Kesedaran rakyatMalaysia terhadap pelaburan emas masih di tahap rendah.

Untuk mendapatkan ilmu emas ketika itu saya membaca buku-buku rujukan yangdibeli dari luar negara. Ini kerana buku-buku tempatan tentang emas @ pelaburanlogam berharga adalah sangat terhad.

Cikgu-cikgu yang berkongsi ilmu emas dengan saya terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan professor universiti. Dengan tunjuk ajar mereka, saya rasa amatbertuah kerana dapat mempelajari ilmu emas yang betul dengan orang yang betul-betul pakar.

Saya dapati amat penting untuk anda mempelajari ilmu dari orang yang pakar didalam bidang berkenaan. Ini kerana jika tersalah langkah, anda mungkinmempelajari ilmu emas ini dari agen-agen skim cepat kaya yang bertopengkanemas. Mereka ini akan mengajar ilmu emas yang jauh terpesong.

Apatah lagi jika keuntungan segera, sentimen keagamaan dan bangsa dijadikandaya penarik. Akhirnya, anda boleh rugi besar kerana menjadi mangsa penipuan.

Saya doakan anda mendapat manfaat daripada laporan ini.Kuasailah ilmu emas. Ilmu kekayaan sebenar.

Syukor HashimAdmin www.jutawanemas.comWhatsapp/SMS/tel: 013-2126999

Page 2: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

2

Selamat datang ke dunia pelaburan emas!Laporan ini ditulis untuk menerangkan kepada anda cara-cara membuat pelaburanemas fizikal dengan betul, tepat dan selamat.

Jika anda masih baru di dalam dunia pelaburan emas, laporan ini dijamin 100%akan membantu anda menguasai ilmu pelaburan emas fizikal.

Anda akan mendapat maklumat tentang kaedah membuat pelaburan emas fizikalyang betul, tepat dan selamat.

Baik, mari kita mulakan.

Mula-mula sekali, anda mesti nak tahu:

Apa maksud Pelaburan Emas?Definisi pelaburan emas adalah:

(1)Anda membeli emas fizikal atau (2) sebarang produk-produk kewanganberasaskan emas (3) bagi tujuan mendapatkan keuntungan.

Terdapat banyak kaedah pelaburan emas di Malaysia, namun pelaburan emassecara fizikal adalah kaedah pelaburan yang paling mudah, selamat dan patuhsyariah.

Kenapa anda perlu menyimpan emas?Kenapa anda perlu menyimpan emas? Di manakah keuntungan menyimpan emas?

Ada 2 sebab yang paling asas kenapa anda perlu menyimpan emas iaitu:

1. Duit senang habis2. Emas penyimpan nilai yang sangat baik di dalam jangka masa panjang

Duit senang habis.Tabiat menyimpan duit adalah satu tabiat yang sangat baik. Ini kerana duit yanganda simpan boleh digunakan bagi tujuan kecemasan, menunaikan umrah @ hajiatau pun bagi tujuan pelaburan seperti membeli hartanah atau modal perniagaan.

Walaupun anda tahu menyimpan duit itu bagus, namun tahukah anda, tabiatmenyimpan duit sukar untuk dipraktikkan?

Buktinya, anda boleh melihat petikan daripada Laporan Pembangunan ManusiaMalaysia 2013.

Page 3: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

3

Laporan ini mendedahkan kepada kita 2 maklumat yang merunsingkan.

1. Lebih daripada separuh atau 53% daripada isi rumah di Malaysia tidakmempunyai aset kewangan (muka surat 49).

2. Memetik angka Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS), laporan itu jugamenyatakan hampir 90% isi rumah luar bandar dan 86% isi rumah dalambandar, masing-masing, tidak mempunyai simpanan (mukasurat 49)

Anda boleh membaca laporan mengenainya disini:

http://hdr.undp.org/en/content/malaysia-human-development-report-2013

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tanpa-simpanan-majoriti-rakyat-malaysia-bakal-hadapi-kesulitan-ketika-kecem

Baik, sekarang saya nak tanya anda satu soalan.

Sila jawab dengan ikhlas

Soalan: “Duit senang nak simpan atau senang nakdihabiskan?”

Sebagai seorang pendidik mengenai pelaburan emas, bertahun-tahun saya tanyasoalan di atas kepada orang yang hadir ke seminar saya.

Saya akan buka beg duit, tarik keluar beberapa keping duit RM50 atau RM100,tunjukkan kepada hadirin dan tanya mereka soalan “tuan puan sekalian, duitkertas ini senang tak kalau nak dihabiskan?”

Jawapan yang diterima daripada semua orang hampir sama.

Jawapan mereka “Duit senang habis. Cepat pulak tu”

Page 4: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

4

Gambar: Duit RM200 nie kejap ajer habis…

Oleh kerana duit senang nak dihabiskan, maka sukar bagi anda untuk membinakekayaan dengan simpanan duit.

Kenapa? Sebab mindset manusia terhadap duit biasanya ada 2 sahaja.

Pertama bayar hutang dan kedua belanja.

Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini?Jika anda hendak membina simpanan yang banyak, cuba gunakan teknik tukar duitsimpanan menjadi emas.

Saya ada simpan 1 gram emas di dalam beg duit. Kemudian saya cabut keluaremas 1 gram tu dan tanya orang yang hadir ke seminar saya.

Gambar: Jongkong emas 1 gram.

Soalan saya: “Macam mana nak belanja 1 gram emas?”

Page 5: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

5

Orang susah nak jawab soalan ini. Sebab orang tak ada pengalaman belanja emas.

Dalam otak kebanyakan orang, emas kena simpan.

Kajian kes: Kumpul emas sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Saya pernah berjumpa seorang hambaAllah yang hobinya ialah mengumpulsyiling 1 dinar emas.

Setiap kali beliau ada duit, maka beliauakan menukarkannya kepada syiling 1dinar emas.

Beliau kumpul 1 dinar emas sedikitdemi sedikit sehinggakan jumlah 1dinar beliau mencecah 100 keping.

Fuh! Banyak tu…

Kemudian beliau telah menjual ke semua 100 syiling 1 dinar tersebut pada harga RM585sekeping, ketika harga emas tertinggi sewaktu itu.

Nilai keseluruhan 100 keping dinar emas beliau ialah RM58,500

Apa yang menarik, beliau tidak membeli emas yang besar-besar. Beliau hanya fokuskepada emas paling kecil sahaja. “Seronok dan senang” katanya.

Namun bak kata pepatah “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”.

Jika anda membeli emas yang kecil-kecil tetapi secara konsisten, nanti emas anda akansemakin banyak. It keep growing and growing…

Terdapat 2 pengajaran di dalam cerita ini:

1. Simpanan emas melibatkan simpanan jangka masa panjang. Baru anda boleh lihathasilnya. Seeloknya anda simpan emas untuk 5 tahun ke atas.

2. Anda perlu konsisten menyimpan emas.Tabiat membeli emas secara konsisten amatlah baik.

Page 6: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

6

TIPS!Mengikut pengalaman saya, duit memang susah nak simpan,terutamanya jika simpanan itu memerlukan komitmen untuksatu jangkamasa yang sangat panjang.

Anda memerlukan disiplin yang tinggi serta hati yang cekal.

Biasanya hati manusia ini, suka kepada keseronokan yangcepat dan segera.

Sebab itu kita mempunyai keinginan yang spontan membelanjakan duit sebaiksahaja menerimanya. Psssttt… tengok ajer duit bonus anda.

Bagi kita, itu adalah normal.

Sebenarnya sikap seronok belanja itu sangat tidak bagus dan merugikan kita dalamjangka masa panjang.

Sebab itulah, saya cadangkan anda untuk cepat-cepat “membekukan duit” kedalam bentuk emas.

Ia adalah salah satu langkah terbaik bagi mengelakkan diri dari terguna, terpakai,terbelanja, terbeli, termelabur dalam benda-benda mengarut dan macam-macamter… lagi….

Kesemua ter.. diatas boleh menyebabkan duit anda hangus.

Betul tak?

Page 7: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

7

Emas penyimpan nilai yang sangat baik di dalam jangkamasa panjang.

Satu fakta menarik tentang emas ialah keupayannya mengekalkan kuasa belinya didalam jangka masa panjang.

Apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun yang lalu malah ribuan tahun dahulutetap boleh dibeli dengan berat emas yangsama pada hari ini.

Perkara ini dijelaskan di dalam buku “TheGolden Constant – The English andAmerican Experience 1560-2007” olehProf. Roy W. Jastram dari SekolahPengurusan Perniagaan University ofCalifornia.

Di dalam buku ini Prof. Jastram cubamenjawab satu persoalan:

“Adakah nilai duit pada masa lampauadalah lebih tinggi berbandingsekarang?”

Di dalam kes ini, duit yang dimaksudkanadalah emas.

Kajian ini adalah berdasarkan data daripadatahun 1560 – 2007. Prof. Jastram telahmengumpulkan data indeks harga barangan

di England dan Amerika serta harga emas semasa.

Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi, Prof. Jastramtelah membuat rumusan berikut:

“Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampirsama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17″

Hasil analisis data 447 tahun di atas akan menguntungkan anda sekiranya andamenyimpan emas.

Kuasa membeli emas adalah sangat stabil.

Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratustahun malah ribuan tahun daripada sekarang.

Page 8: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

8

Kuasa beli 1 dinar 1400 tahun yang lalu dan sekarang.Nilai emas yang stabil boleh dilihat melalui kuasa beli 1 dinar emas 1400 tahun yanglalu berbanding hari ini.

Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1dinar emas (dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25gram)

Sekarang ini, tahun 2016. Satu dinar masih boleh membeli seekor kambing!

Inflasi untuk emas adalah 0%

Gambar: Harga kambing ini adalah 1 dinar emas.

Ini dapat dilihat di dalam hadis Nabi.

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual.Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepadalelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut danmelakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satudinar.

Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelakimenemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya denganharga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dansatu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimanakah kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Bagindaapa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Page 9: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

9

Prestasi kenaikan harga emas tahun 2001 – 2016Jadual di bawah menunjukkan purata kenaikan harga emas untuk jangkamasa 16tahun di dalam 9 matawang utama dunia.

Sebagai contoh, kenaikan harga emas di dalam USD daripada tahun 2001 sehingga2016 adalah 421%

Saya harap anda dapat melihat potensi pelaburan emas di dalam jangka masapanjang.

Ia menguntungkan anda.

Gambar: prestasi harga emas dari tahun 2001 - 2016

Page 10: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

10

Baiklah, sekarang anda telah mengetahui:

1. Definisi pelaburan emas dan2. Sebab kenapa anda ingin menyimpan emas.

Seterusnya, mari kita lihat cara termudah membuat pelaburan emas iaitu membeliemas fizikal.

Pelaburan emas fizikal.Pelaburan emas fizikal bermaksud anda membeli emas di dalam bentuk fizikal. Andaboleh pegang emas tersebut dan simpan sendiri.

Emas fizikal terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1. Jongkong emas,2. syiling emas dan3. barang kemas

Gambar: Jongkong Emas Gambar: Syiling Emas

Gambar: Barang Kemas

Page 11: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

11

Memilih emas fizikal terbaik.Untuk pelaburan emas fizikal, pilih jongkong emas, syiling emas atau dinar emas.

Ini kerana jongkong emas, syiling emas dan dinar emas dibuat khas untuk tujuansimpanan dan pelaburan.

Ia mempunyai ciri-ciri khas seperti berikut:

1. Mempunyai bentuk dan berat yang standard.2. Mempunyai kualiti emas yang tinggi (995.0 - 999.9)3. Dijual mengikut harga pasaran emas semasa.4. Mempunyai premium yang rendah5. Mempunyai susutnilai rendah

Saya akan huraikan ciri-ciri ini satu-persatu.

Bentuk dan berat yang standard.

Jongkong emas mempunyai bentuk segi empat manakala syiling dan dinar emasberbentuk bulat.

Dari segi pembungkusan, terdapat 2 bentuk pembungkusan yang biasa digunakaniaitu plastik laminate atau loose packaging

(plastik laminate bermaksud emas tersebut dalam bekas plastik yang tidak boleh dibuka) manakalaloose bermaksud plastik emas boleh dibuka)

Gambar: Jongkong emas dalam plastik laminate dan loose

Page 12: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

12

Dinar Emas.

Di Malaysia, salah satu bentuk pelaburan emas fizikal yang terkenal ialah DinarEmas.

Dinar emas adalah syiling emas yang digunakan oleh tamadun Islam. Beratnya ialah4.25 gram.

Dari segi ketulenan, terdapat 2 versi dinar yang boleh dibeli iaitu 24k (999.9) dan 22karat (916).

2 jenis dinar emas yang popular di Malaysia adalah Dinar Emas Kelantan dan PublicGold LBMA Dinar.

Dinar Emas Kelantan boleh di dapati di dalam bentuk ½ Dinar, 1 Dinar, 2 Dinar, 5Dinar dan 8 Dinar. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan harga semasa, silakunjungi laman web http://kgt.com.my/

Gambar: Dinar Emas Kelantan.

Dinar Emas LBMA keluaran Public Gold.

Public Gold ada menjual dinar emas LBMA di dalam bentuk ½ Dinar, 1 Dinar, 5Dinar dan 10 Dinar (lihat gambar)

Untuk maklumat mengenai produk dan harga semasa, sila kunjungi laman webhttp://publicgold.com.my/v1/

Gambar: Dinar Emas LBMA keluaran Public Gold.

Page 13: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

13

Sistem berat emas di Malaysia (Gram dan Troy Ounce).

Di malaysia, sistem berat emas yang digunakan adalah gram dan Troy Ounce (Oz).

Di dalam sistem gram, biasanya jongkong emas yang dijual adalah 0.5 gram, 1gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram, 500 gram dan 1kg.

Di dalam sistem Troy Oz (1 Troy Ounce @ Oz = 31.10 gram), biasanya jongkongemas @ syiling emas yang dijual dengan berat ¼ Oz, ½ Oz, 1 Oz, 5 Oz dan 10 Oz.

Lihat contoh dibawah:

Gambar: Syiling Canadian Gold Maple 1 Oz

Gambar: Syiling Canadian Gold Maple ¼ Oz dan 1 gram.

Gambar: Contoh jongkong emas di dalam 1 Troy Oz.

Page 14: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

14

Kualiti emas yang tinggi.

Emas pelaburan mempunyai kualiti 24k (995.0 – 999.9). Maklumat ketulenan emasini akan diletakkan di dalam sijil ketulenan emas (Gold certificate).

Kalau jongkong emas itu adalah berbentuk laminated. Maka sijil ketulenan emasakan dicetak di belakang emas tersebut.

4 maklumat asas yang perlu ada di dalam sijil ketulenan adalah:

1. Berat emas2. Ketulenan emas3. Nombor siri jongkong emas4. Tandatangan Certified Assayer (orang yang menguji ketulenan emas)

Gambar: Contoh gold certificate yang mengandungi butiran-butiran emas.

Nota penulis: Ada pengeluar jongkong emas, biasanya keluaran tempatan yang tidak meletakkankesemua 4 maklumat ini pada jongkong emas mereka. Kadang-kadang sekadar meletakkan beratdan ketulenan emas sahaja.

Apa sebabnya? Biasanya sebab utama adalah untuk mengurangkan kos. Contohnya, certifiedassayer adalah pihak ketiga yang dibayar bagi menguji ketulenan emas. Begitu juga dengan cetakannombor sijil pada jongkong emas. Ia akan melibatkan penambahan kos pengeluaran. Jadi pengeluartempatan tidak mahu meletakkan maklumat ini.

Namun, sebagai pelabur bijak, anda perlu pastikan emas yang anda beli mempunyai sijil ketulenandengan maklumat yang lengkap.

Page 15: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

15

Dijual mengikut harga pasaran emas semasa.

Untuk pengetahuan anda, jongkong emas dan syiling emas biasanya dijual mengikutpergerakan harga emas semasa dunia.

Harga emas semasa dunia juga dipanggil harga spot gold. Harga spot gold akanmenjadi harga rujukan bagi kebanyakan penjual emas.

Namun hampir semua penjual emas menjual emas mereka pada harga yang lebihtinggi dari harga spot gold. Ini kerana mereka akan menambah kos-kos yang merekatanggung seperti percetakan, penghantaran, insuran, simpanan dan lain-lain kos keatas emas fizikal yang mereka jual.

Perbezaan diantara harga penjual dan harga spot gold dipanggil premium over spotprice. Untuk memaksimakan keuntungan, anda perlu memilih emas yang dijualpada harga yang hampir dengan harga spot gold.

Bagaimana melihat harga spot gold?1. Anda pergi ke www.goldprice.org2. Tengok jadual harga di penjuru paling kiri.3. Ubah maklumat di dalam jadual harga tersebut kepada RM/gram

(sila lihat gambar dibawah)

Dalam kes ini, anda dapati harga spot gold adalah RM152.15 /gram

Daripada harga ini, anda boleh membandingkannya dengan harga jualan emas olehsemua penjual emas.

Page 16: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

16

Contoh pengiraan 1: (untuk jongkong emas Public Gold 10 gram)

Lihat jadual harga di atas. Ketika harga spot gold = RM152.15 /g, harga jualanjongkong emas 10 gram Public Gold adalah RM167.20 /g)

Harga ini adalah RM15.05 / g lebih tinggi dari harga spot gold (167.20 – RM152.15)

Perbezaan diantara harga spot gold dan harga jualan emas pengeluar dipanggilpremium over spot price.

Kita juga boleh mengira premium over spot di dalam bentuk %.

Formula premium over spot price dalam % adalah seperti berikut:

(Harga jualan RM/g) – (harga spot gold RM /g)------------------------------------------------------------- x 100

Harga spot gold RM /g

Panduan umum.

Jika premium over spot < 5% = sangat berbaloi beliJika premium over spot < 10% = berbaloiJika premium over spot > 10% = tak berbaloi beli

Pengiraan 1: (Premium over spot untuk jongkong emas Public Gold 10 gram)

> Harga 10 gram jongkong emas Public Gold = RM1672.00> harga segram = RM167.20> Harga spot gold sekarang = RM152.15 /g

( (RM167.20 – RM152.15) / RM152.15 ) x 100

= 9.89% above spot <= berbaloi

Page 17: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

17

Pengiraan 2: ( premium over spot untuk jongkong emas Public Gold 100 gram)

> Harga 100 gram jongkong emas Public Gold = RM16,525.00> Harga segram = RM165.25> Harga spot gold sekarang = RM152.15 /g

( (RM165.25 – RM152.15) / RM152.15) x 100= 8.61% above spot <= berbaloi

Kalkulator premium over spot price.

Anda nak tahu cara mudah mengira premium over spot price?

Anda boleh muat turun kalkulator gold premium over spot price dan gold spreadmelalui link ini (klik => http://bit.ly/gold_calculator . Ianya PERCUMA

Kemudian anda hanya perlu memasukkan informasi yang diperlukan.

Pesanan:

1. Anda perlu mempunyai perisian Microsoft excel untuk menjalankan program ini.2. Gold calculator ini juga mempunyai fungsi mengira susutnilai @ spread.

Page 18: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

18

Spread @ susutnilai emas.

Spread @ susutnilai bermaksud perbezaan diantara harga belian dan jualan emas.

Ia boleh dikira melalui 2 cara iaitu:

1. Susutnilai di dalam Ringgit Malaysia.2. Susutnilai di dalam bentuk % (peratus)

Formula pengiraan susutnilai.

1. Formula susutnilai di dalam RM = Harga jualan – Harga belian.

2. Formula susutnilai di dalam % = Harga jualan – Harga belian______________________ x 100

Harga jualan

Contoh pengiraan.

Lihat jadual harga jualan dan harga belian semula emas Public Gold dibawah:

Berat PG Sell PG Buy Susutnilai (%)

10 g 1,679 1,544 8.0%

20 g 3,350 3,115 7%

50 g 8,336 7,794 6.5%

100 g 16,594 15,599 6.0%

250 g 40,964 38,916 5%

Anda dapati, semakin berat emas tersebut maka semakin kecil susutnilainya. Jadi,jika anda membeli emas yang lebih besar, ia lebih menguntungkan.

Page 19: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

19

Faktor-faktor lain yang perlu diambil kira sebelum membeli emas.

Sebelum anda membeli emas fizikal, anda perlu mempertimbangkan 7 faktor dibawah:

1. Spread @ susutnilai emas2. Harga premium over spot price3. Kesediaan stok4. Beli emas bebas GST5. Adakah emas tersebut boleh digadai di Ar-Rahnu?6. Adakah emas tersebut boleh dijual semula jika dibuka plastik atau berlaku

kecacatan padanya?7. Reputasi penjual emas.

Maklumat tentang spread @ susutnilai dan harga premium over spot price telahsaya huraikan.

Sekarang saya akan huraikan 5 faktor yang berikutnya:

i. Kesediaan stok.

Maksud kesediaan stok adalah:

Anda boleh membeli emas yang anda inginkan mengikut harga semasa danpenjual mempunyai stok.

Masalah kesediaan stok seringkali berlaku apabila anda ingin membeli emas fizikaldi bank. Contohnya Syiling Kijang Emas dan UOB bank.

Saya pernah beberapa kali kecewa kerana tidak dapat membeli emas fizikal di bankkerana ketiadaan stok. Harga emas yang mereka paparkan sekadar menjadiperhiasan sahaja kerana emas tidak ada.

Bila saya nak booking emas, penjual cakap tak boleh booking, kena tunggu ada stokbaru boleh beli. Aduh!

Kalau tak dapat emas serta merta, sekurang-kurangnya biarlah penjual emasmembenarkan anda booking emas tersebut dahulu ikut harga semasa.

Bila stok emas dah sampai maka anda boleh pergi ambil.

Page 20: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

20

ii. Beli emas bebas GST

Untuk pengetahuan anda, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan GST mulai April2015. GST telah memberi impak yang besar terhadap industri emas.

Ini kerana emas juga tertakluk kepada GST 6%.

Namun begitu, kita bernasib baik kerana kerajaan telah mewartakan beberapajenis emas sebagai ‘Investment Precious Metals’ atau Logam BerhargaPelaburan.

Emas yang tertakluk di dalam kategori investment precious metals ini dikecualikandaripada bayaran GST.

Untuk memahami jenis-jenis emas yang termasuk di dalam kategori investmentprecious metals, anda perlu download (klik sini) dan baca Warta KerajaanPersekutuan – Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (PembekalanDikecualikan 2014) .

Namun, saya akan ringkaskan maklumat ini kepada anda.

Saya ambil isi-isi penting ajer…

Jongkong emas yang di kategorikan sebagai logam berharga pelaburan adalahmempunyai ciri-ciri berikut:

1. Jongkong emas berketulenan sekurang-kurangnya 99.5% dan dikeluarkanoleh penapis yang atau telah berada dalam senarai “Good Delivery” bagiLondon Bullion Market Association (LBMA) dalam hal emas atau perak;

Gambar: Logo LBMA

2. Senarai penapis yang berada di dalam senarai “Good Delivery” bagi LBMAboleh dilihat di sini http://www.lbma.org.uk/the-good-delivery-list

3. mana-mana syiling emas yang berikut yang atau telah sah diperlakukan dinegara asalnya, dan mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%:

(i) syiling America Buffalo;(ii) syiling Australia Kangaroo Nugget;(iii) syiling Australia Lunar;

Page 21: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

21

(iv) syiling Austria Philharmoniker;(v) syiling Canada Maple Leaf;(vi) syiling China Panda;(vii) syiling Malaysia Kijang Emas;(viii) syiling Mexico Libertad;(ix) syiling Singapore Lion;(x) syiling United Kingdom Britannia;

Antara jenama emas berstatus LBMA yang boleh dijumpai di Malaysia adalah PublicGold LBMA bar dan Public Gold LBMA Dinar, PAMP Suisse, Argor Heraeus, PerthMint dan Valcambi.

Dengan membeli emas berstatus LBMA, anda tidak perlu membayar GST.

Contoh, gambar di bawah menunjukkan jongkong emas Public Gold yangmempunyai logo LBMA.

Gambar: Jongkong emas Public Gold mempunyai logo LBMA. Ia bebas GST.

Page 22: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

22

Kajian kes: Jongkong emas yang dikenakan GST.

Di sini saya akan berikan contoh bagaimana GST boleh meningkatkan hargajongkong emas.

Gambar: Public Gold BungaMas (kiri) dan Taifook (kanan)

Untuk pengetahuan anda, Public Gold ada menjual jongkong emas keluarantempatan yang dinamakan BungaMas dan Taifook (gambar atas).

Kedua-dua jongkong emas ini dikeluarkan di kilang emas Public Gold di PulauPinang. Design ini lebih kepada koleksi.

Memandangkan kilang Public Gold tidak berstatus LBMA Good Delivery, makakedua-dua jenis jongkong emas ini tidak dikategorikan sebagai investment preciousmetals.

Jadi, apabila anda membeli jongkong emas ini, maka anda kena bayar GST.

Berat Harga jualan GST 6% Jumlah bersih

10 gram 1,693 101.58 1794.5820 gram 3,382 202.92 3584.9250 gram 8,455 507.30 8962.30100 gram 16,909 1014.54 17923.54

Daripada jadual di atas, anda boleh lihat bagaimana GST 6% boleh meningkatkankos pembelian emas anda.

Lihat sahaja GST untuk emas 100 gram. Kosnya GST sahaja mencecah RM1000++Sungguh tak berbaloi!

Sebagai pembeli yang bijak, anda mesti membeli jongkong emas LBMA yang tiadaGST.

Page 23: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

23

iii. Adakah emas tersebut boleh digadai di Ar-Rahnu?

Salah satu kelebihan emas fizikal adalah anda boleh menggadaikannya di institusiAr-rahnu (pajak gadai Islam) jika memerlukan tunai segera.

Ar-Rahnu menerima emas sebagai sandaran terhadap pinjaman yang diberikan.

Perkhidmatan Ar-Rahnu biasanya disediakan oleh bank seperti Bank Rakyat, BankMuamalat, Agrobank dan Bank Islam.

Selain itu terdapat juga institusi lain yang menjalankan perkhidmatan Ar-Rahnuseperti Pos Malaysia, Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad dan koperasi-koperasitertentu.

Sebelum membeli emas, cuba selidik samada emas tersebut boleh digadaikan di Ar-rahnu. Ini membolehkan anda menggadaikan emas fizikal anda jika terdesak.

Ini kerana, ada sesetengah jenama tidak diterima oleh Ar-rahnu. Ada sesetengahdesign tidak diterima oleh Ar-rahnu (jika ada gambar binatang atau orang) dan adasesetengah packaging yang tidak boleh dibuka dan tidak diterima oleh Ar-Rahnu.

Kajian kes.

Baik, di sini saya akan tunjukkan satu contoh. Jongkong emas Public Gold LBMAatau PAMP suisse adalah di dalam bentuk plastic laminated. Ia tidak boleh dibuka.

Jika anda membawa jongkong emas ini ke Ar-rahnu Bank Rakyat, Ar-rahnu BankMuamalat, Ar-Rahnu Agrobank dan Ar-rahnu Affin Bank. Mereka tidak akanmenerimanya untuk tujuan gadaian. Ini kerana mengikut prosedur, mereka perlumembuka seal tersebut untuk menguji emas.

Namun begitu, Ar-rahnu POS menerima gadaian emas Public Gold dan PAMPSuisse TANPA PERLU MEMBUKA SARUNG.

Jadi, jika anda membeli jongkong emas Public Gold atau PAMP Suisse maka tempatterbaik untuk menggadaikannya adalah di Ar-rahnu POS.

Jika anda ingin mengetahui maklumat mengenai Ar-rahnu pos, sila ke sinihttp://www.pos.com.my/bm/pejabat-pos/pos-arrahnu/

Page 24: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

24

iv. Adakah emas tersebut boleh dijual semula jika dibuka plastikatau berlaku kecacatan padanya?

Sebelum membeli emas, tanya syarikat yang menjual emas tersebut samadamereka memberi jaminan akan membeli balik emas tersebut jika:

1. Plastiknya dibuka2. Terdapat kecacatan pada emas fizikal tersebut.

Terdapat 2 kemungkinan jawapan yang akan anda perolehi:

Jawapan 1: Penjual akan membeli kembali emas tersebut walaupun sarungnyadibuka, ada kesan calar, goris dan bengkok. tapi ada penambahan susutnilai.

Jawapan 2: Penjual tidak menerima emas tersebut jika telah dibuka, ada kesancalar, goris atau bengkok.

Kajian kes 1: Plastik dibuka dan emas berlekuk.

Seorang pelabur emas membeli jongkong emas jenama Emirates Gold. Atas sebabterdesak memerlukan wang, beliau terpaksa menggadaikan jongkong emas ini di Ar-rahnu sebuah bank.

Ar-rahnu ini membuka sarung plastik tersebut untuk tujuan menguji ketulenan emas(tengok gambar). Lepas tu tiba-tiba jongkong emas ini terjatuh dan ada sedikit kesanlekuk. Pergh..!!! ini memang malang tidak berbau.

Apabila hendak menjual kembali emas ini, syarikat penjual sanggup menerimakembali emas ini, tapi dengan tambahan susutnilai.

Jadi beliau bernasib baik. Namun kajian kes ke 2 dibawah, agak naya sedikit.

Gambar: Sarung plastik dibuka dan ada kesan lekuk sebab terjatuh.

Page 25: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

25

Kajian kes 2: Kijang Emas yang calar.

Seorang rakan saya telah membeli syiling Kijang Emas 1 Oz.

Semasa menggadaikan syiling emas ini, telah berlaku sedikit kesan calar padasyiling tersebut (tengok gambar)

Apabila beliau mahu menjual kembali syiling emas ini di Maybank, beliau terkejutkerana pegawai Maybank tidak mahu menerima kembali syiling Kijang Emas inidengan alasan “ada kesan calar di permukaan syiling ini”.

Pegawai Maybank beritahu beliau “kalau saya terima syiling emas ini, nanti saya takboleh nak jual balik kepada pembeli baru sebab dah bercalar”

Jadi, beliau terpaksa menjual emas ini kepada pembeli emas terpakai padasusutnilai yang lebih tinggi.

Jadi anda perlu berhati-hati. Biasanya bank yang menjual emas mempunyai syaratyang ketat bila anda hendak menjual semula emas tersebut.

Emas tidak boleh dibuka sarungnya, tidak boleh calar, goris, bengkok atau terkopek.Ia mesti sempurna. Baru pihak bank akan menerima kembali.

Gambar: Syiling Kijang Emas yang tercalar

Page 26: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

26

iv. Reputasi penjual emas.

Semakin lama sesebuah syarikat terlibat dengan aktiviti membeli dan menjual emas,maka semakin tinggi reputasi dan kredibiliti syarikat berkenaan. Jadi, semakinkurang risiko terhadap anda.

Kemudian, lihat jenama emas yang mereka jual. Jika emas yang dijual adalahberstatus LBMA, anda tidak perlu risau pasal GST atau risiko penjual tersebut tutupkedai. Ini kerana emas berstatus LBMA mempunyai kecairan yang tinggi. Ia bolehdijual beli dengan mudah kepada penjual lain.

Kemudian anda lihat harga dan susutnilai produk mereka.

Lihat juga 3 perkara di bawah:

1. Jaminan mempunyai stok dan dijual pada harga semasa. Jika stok tidak ada,adakah pembeli boleh booking emas tersebut pada harga semasa dan bolehmengambilnya apabila stok ada?

2. Adakah penjual memaparkan harga belian dan jualan yang telus? Harga ini perludipaparkan dengan jelas dan boleh dilihat oleh pembeli. Paling bagus sekiranyapenjual emas tersebut mempunyai sistem belian dan jualan balik secara online.

3. Adakah penjual memberi jaminan belian balik emas mereka mengikut hargasemasa. Jika berlaku sebarang kecacatan pada emas (sarung dibuka, calar, gorisatau bengkok)

Sebagai contoh, jika anda membeli emas dari bank seperti Maybank Kijang Emas,UOB Bank, Kuwait Finance House dan Al-Rajhi Bank, anda tidak perlu risau tentangreputasi mereka.

Namun bank ada kelemahan tersendiri. Contohnya bukan semua cawangan bankada menjual emas fizikal. Cawangan tertentu sahaja yang menjual emas fizikal.Kemudian waktu transaksi pembelian emas terhad kepada waktu perbankan bank.

Selain itu bank tidak akan membeli balik emas yang dijual jika ada kecacatan padaemas tersebut atau pada packaging nya.

Nota penulis:

Setiap syarikat @ institusi yang menjual emas mempunyai kelebihan dankekurangan yang tersendiri.

Tidak ada satu syarikat yang paling bagus dalam serba serbi.

Jadi, anda perlu mencari produk dan syarikat yang sesuai dengan matlamat anda.

Page 27: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

27

Bagaimana saya nak bermula?Sebelum memulakan, kenal pasti budget anda. Kedua, kenal pasti berapa lamaanda nak simpan emas ini ( psstt... makin lama anda simpan.. makin bagus)

Beli item yang kecil dahulu.

Contohnya jongkong emas 1 gram dan 1 dinar.

Terdapat banyak penjual emas di luar sana. Namun saya cadangkan anda membelijongkong emas jenama Public Gold (www.publicgold.com.my) .

Ini kerana Public Gold adalah salah sebuah syarikat penjual emas dan perakterbesar di Malaysia. Harga yang dijual adalah murah dan susutnilai pula adalah di10% dan ke bawah.

Mereka menjual emas berstatus LBMA. Emas Public Gold juga boleh digadaikan diAr-rahnu POS di seluruh Malaysia.

Selain itu Public Gold mempunyai 17 buah cawangan di Seluruh Malaysia termasukSabah, Sarawak dan Singapura).

Syarikat ini mempunyai reputasi yang sangat baik.

Pengalaman peribadi saya dengan Public Gold.

Saya sendiri telah membeli emas Public Gold sejak tahun 2008.

Ini adalah gambar resit pembelian emas Public Gold pertama saya yang bertarikh18/12/2008 dengan nilai pembelian sebanyak RM30,507.

Page 28: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

28

Mari kita lihat berapa harga jongkong emas dan dinar emas.

1 gram jongkong emas.

1 gram emas sekarang berharga RM200. Namun anda boleh membelinya denganharga yang lebih murah.

Untuk mengetahui rahsia membeli jongkong emas 1 gram pada harga terendah,Anda boleh download panduan Gold Accumulation Program (GAP) di siniKlik => http://bit.ly/PublicGoldGAP_manual

Gambar: Jongkong emas Public Gold 1 gram.

1 dinar emas.

1 dinar emas (4.25 gram emas 999.9) sekarang berharga kurang daripada RM750sekeping.

Gambar: 1 dinar emas.

Sebelum membeli emas, clearkan dulu apa sahaja keraguan anda tentangpelaburan emas. Cara mudah, contact saya di 013-2126999 (telefon/whatsapp/sms)Saya akan bantu anda, InsyaAllah.

Page 29: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

29

3 kaedah mudah membeli emas Public Gold.

Saya akan tunjukkan 3 kaedah mudah membeli emas Public Gold.

Kaedah 1: Anda order sendiri dan pergi ambil sendiri di cawangan Public Gold yangberhampiran.

Kaedah 2: Saya boleh tolong tolong order emas bagi pihak anda. Anda buatbayaran terus ke dalam akaun Public Gold. Anda ambil emas sendiri di cawanganPublic Gold yang berhampiran.

Kaedah 3: Anda minat nak beli emas Public Gold tetapi lokasi anda jauh dari officePublic Gold. Mungkin tidak praktikal untuk anda pergi ke pejabat Public Gold.

Mari saya huraikan satu persatu.

Kaedah 1: Anda order sendiri dan pergi ambil sendiri di cawanganPublic Gold yang berhampiran.

Ini adalah kaedah paling senang. Anda lihat senaraicawangan Public Gold di bawah.

Kenalpasti cawangan paling hampir dengan tempatanda supaya senang anda hendak pergi ambil stoknanti.

Telefon cawangan tersebut dan beritahu staff tersebutyang anda ingin order emas. Jika talian sibuk, sila cubalagi sampai dapat.

Beritahu staff berkenaan yang ini adalah pembeliananda kali pertama dan anda tidak mempunyai PG code(nombor customer).

Nyatakan produk yang ingin anda beli dan kuantitinya. Staff Public Gold akanmemberitahu anda berapa harga emas semasa.

Standby dengan 5 maklumat berikut:

(1.) Nama anda (2.) Nombor ic (3.) E-mail (4.) Nombor hp(5.) Nama introducer: Syukor Hashim PG000012.

Kemudian, staff Public Gold akan menghantar email yang mengandungi butiran itemdan jumlah harga.

Anda perlu membayar jumlah tersebut selewat-lewatnya dalam tempoh 2 hari.Nombor akaun Public Gold juga dinyatakan di dalam email tersebut.

p/s: Jika perlukan bantuan, hubungi saya di 013-2126999.

Page 30: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

30

Ini adalah alamat dan nombor telefon office Public Gold (Malaysia dan Singapura)

Cawangan Nombor Telefon Alamat

Ampang, KL 03-42579916No. 12, Jalan Dagang 1/1A, Taman Dagang,68000 Ampang, Selangor(Sebelah kedai sukan Al-Ikhsan)

Alor Setar, Kedah 04-7344916No.1577, tingkat 1 dan 2, Jalan Kota, AlorSetar, Kedah (bertentangan Etiqa Takaful).

Sungai Petani, Kedah 04-4232999No.86B, 1st Floor, Jalan Pengkalan TamanPekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.(bersebelahan Public Bank Jalan Kota)

Bukit Jambul, Penang 04-644999912E, 1st Floor, Jalan Rumbia, Bukit Jambul,11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bishop, Penang 04-261999 No.84, Lebuh Bishop, 10200 Penang.

Ipoh, Perak 05-2428999No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom, 30250Ipoh, Perak.(Bertentangan Public Bank Jalan Yang Kalsom)

Petaling Jaya, Selangor 03-5634899942A, Jalan PJS 8/6 (Tingkat 3) MentariBusiness Park, Bandar Sunway, 46150 PetalingJaya, (di atas Royal Safe Deposit Box)

Seremban, N.Sembilan 06-6782916152-1 & 152-2, Block M, Taipan Senawang,Jalan Taman Komersil Senawang 1, TamanKomersil Senawang, Seremban, N9

Melaka 06-3175499No.9-A, 9-B, Jalan Melaka Baru 22, TamanMelaka Baru, Batu Berendam, 75350 Melaka.

JB, Johor 07-2358999No.45A&B, Jalan Persisiran Perling, TamanPerling, 81200 Johor Bahru, Johor.(Bersebelahan Maybank Taman Perling)

KB, Kelantan 09-7462999Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan, 15000Kota Bharu, Kelantan.(sebelah Public Bank Jalan Kebun Sultan)

Kuala Terengganu,Terengganu.

09-626399916A, 1st &2nd Floor, Jalan Sultan Ismail, 20200Kuala Terengganu.(Sebelah KFC dan Farmasi Guardian.)

Kuantan,Pahang 09-5678916A-6624 1st &2nd Floor, Jalan Beserah, 25250Kuantan, Pahang.(Sebelah Maybank Jalan Beserah)

Kuching, Sarawak 082-259916Lot 456 & 457, tingkat 3, Al-Idrus CommercialCentre, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.(Sebelah Maybank Jalan Satok)

Kajang, Selangor 03-87349916No.19B, 19C, Jalan M/J1, Taman Majlis Jaya,Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor DarulEhsan.

Kota Kinabalu, Sabah 088-447916Lot No. 19, Block B-10, Corner Lot, 1st, 2ndFloor, Lorong Plaza Permai 1, Along JalanSulaman, Kota Kinabalu, Sabah(sebelah Maybank Alam Mesra, 1 Borneo)

Singapura +65 6763 3999 Public Gold Marketing Pte Ltd,Blk 824 Tampines Street 81 #01-20,Singapore 520824http://www.publicgold.com.sg

Page 31: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

31

Kaedah 2: Saya tolong orderkan emas bagi pihak anda. Anda buatbayaran terus ke dalam akaun Public Gold. Anda ambil emas

sendiri di cawangan Public Gold yang berhampiran.

Untuk kaedah ini, saya akan orderkan emas bagi pihak anda.

Anda boleh whatsapp, sms, email atau telefon saya (Syukor Hashim 013-2126999dan email saya adalah [email protected] ) dan berikan maklumat berikut:

1. Nama penuh, nombor ic, email anda, nombor hp, item yang ingin dibeli dancawangan mana anda nak ambil emas tersebut.

Saya akan orderkan emas tersebut bagi pihak anda dan akan maklumkan jumlahharga, nombor order dan kaedah pembayarannya. Lepas bayar, simpan buktipembayaran elok-elok

Kaedah 3: Anda minat nak beli emas Public Gold tetapi lokasi andajauh dari office Public Gold.

Anda berminat untuk mendapatkan emas Public Gold namun tempat tinggal andaterlalu jauh dan tidak praktikal untuk anda pergi ambil emas tersebut di pejabatPublic Gold.

Anda boleh whatsapp, sms, email atau telefon saya terlebih dahulu (Syukor Hashim013-2126999). Beritahu saya alamat anda dan item yang ingin anda beli.

Saya akan analisa situasi anda dan akan cari jalan penyelesaian.

Itu sahaja. Mudahkan? Laporan percuma pelaburan emas fizikal tamat di sini.

Page 32: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

32

Anda berminat belajar ilmu pelaburan emasdengan lebih mendalam?

Dapatkan tips, rahsia dan kaedahnya dengan membaca buku ini:

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.Teknik-teknik menjana kekayaan dengan emas

dibongkarkan.

Download preview percuma buku ini di sini:

http://bit.ly/previewbuku2014

Anda boleh order buku versi penuh diwww.pelaburanemas.com atau whatsapp terus kepada

saya di talian 013-2126999

Page 33: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

33

Ingin hadir seminar ilmu emas?

Jika anda ingin mendalami ilmu pelaburan emas, anda boleh mempelajarinya denganbersemuka terus dengan saya!

Saya ada menganjurkan 2 jenis seminar iaitu:

1. Gold Investment 1012. Analisis Teknikal Harga Emas.

Isi kandungan seminar Gold Investment 101

1. Pengenalan kepada emas – ciri-ciri dan spesifikasi2. Sistem berat emas yang digunakan di dalam dunia3. Siapa pembeli emas?4. Definisi pelaburan emas5. Posisi di dalam pelaburan emas – Penyimpan, pelabur dan pedagang6. Soalan-soalan yang perlu ditanya sebelum membuat pelaburan emas.7. Penyimpan emas – Definisi, objektif dan strategi8. Pelabur emas – definisi, objektif, dan strategi9. Pedagang Emas – definisi, objektif dan strategi10. The Gold Investment Pyramid11. Mengenali produk-produk pelaburan emas12. Emas fizikal untuk pelaburan – ciri-ciri dan spesifikasi13. Ketulenan emas dan kaedah mengujinya14. LBMA (London Bullion Market Association)15. Harga Emas Dunia – spot gold16. Di mana membeli jongkong emas, syiling emas dan dinar emas?17. 4 faktor penting yang perlu dilihat sebelum membeli emas.18. Emas sebagai simpanan/pelaburan – Objektif, strategi dan produk19. Emas sebagai pelaburan – Objektif, strategi dan produk20. Emas sebagai spekulasi – Objektif, strategi dan produk21. Bagaimana membuat keuntungan dengan emas.22. Ar-rahnu Pajak Gadai Islam23. Pengiraan zakat emas24. Menyimpan emas anda dengan selamat25. Awas dengan skim cepat kaya bertopengkan emas – ciri-ciri dan modus operasi26. Strategi memaksimakan keuntungan – Kemahiran analisis teknikal

Page 34: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

34

Butiran seminar Gold Investment 101

Kekerapan: Sebulan sekali (sila whatsapp/sms saya untuk tarikh seminar terdekat)Masa: 9.30 pagi – 5.00 petangTempat: TheCandles Training Room, Tingkat 10, bilik 1025, Commerce Leisure Square,

Jalan PJS 8/9, Pjs 8, Petaling Jaya, Selangor (sebelah stesyen komuter setia jaya)Yuran pendaftaran: RM100 seorangBilangan tempat: 20 sahaja.

Seminar Analisis Teknikal Harga Emas.

Isi kandungan seminar

Objektif seminar: Mengajar anda kemahiran analisis teknikal menggunakan perisianMetaTrader4 untuk harga emas.

1. Bagaimana analisis teknikal boleh membantu anda membeli dan menjual emas?2. Pengenalan kepada MetaTrader4 sebagai tool analisis teknikal.3. Mengenalpasti paras Support, Resistance dan momentum.4. Meta Trader sebagai panduan membeli dan menjual emas fizikal5. Bagaimana mendapatkan harga terbaik untuk membeli dan menjual emas.6. Bagaimana mendapatkan harga terbaik menjual emas fizikal.

Kekerapan: Sebulan sekali (sila whatsapp/sms saya untuk tarikh seminar terdekat)Masa: 9.30 pagi – 5.00 petangTempat: TheCandles Training Room, Tingkat 10, bilik 1025,

Commerce Leisure Square, Jalan PJS 8/9, Pjs 8,Petaling Jaya, Selangor (sebelah stesyen komuter setia jaya)

Yuran pendaftaran: RM250 seorangBilangan tempat: 20 sahaja.Special requirement: Anda perlu membawa notebook@laptop.

Page 35: Pengenalan kepada Pelaburan Emas Oleh Syukor Hashimjutawanemas.com/v1/pdf/Pengenalan_kepada_pelaburan_emas.pdf · Duit senang habis 2. ... lama-lama jadi bukit. ... Allah yang hobinya

35

Sebagai pakar dalam bidang Pelaburan Emas, sayaseringkali ditemuramah oleh TV dan juga Suratkhabar.

Jom tonton temubual saya di TV1 dan TV9

1. Temubual TV1 Bisnes Malaysia bersama Syukor Hashim

Tajuk: Potensi Pelaburan Emas

Klik http://www.youtube.com/watch?v=nIqJ-38be5o

2. Temubual TV9 – Rancangan Khas Pelaburan Emas

Klik http://www.youtube.com/watch?v=BuOCDvZea1Q

Itu sahaja. Sekian dari saya