pengenalan kepada modul 1 perakaunankerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. menurut...

34
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1 1 STANDARD KANDUNGAN Perakaunan, subbidang perakaunan, kerjaya dan badan profesional Sejarah perakaunan dan perkembangannya Penyata Kewangan Andaian, Prinsip dan Batasan dalam perakaunan Entiti perniagaan Modul Perakaunan merupakan satu bidang kerjaya yang memberikan sumbangan signifikan terhadap pembangunan ekonomi negara. Dalam agenda pembangunan negara, akauntan memainkan peranan sebagai golongan profesional yang peka terhadap perubahan global, mampu menghadapi cabaran, menyesuaikan diri dalam dunia perniagaan serta memiliki etika yang terpuji dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Di Malaysia, profesion perakaunan mencakupi pelbagai bidang dan membuka peluang kerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia masih memerlukan lebih kurang 60 000 orang akauntan untuk mengisi pelbagai jawatan penting dalam sektor kerajaan dan sektor swasta. Hal ini penting untuk merealisasikan transformasi ke arah status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Di peringkat sekolah, mata pelajaran Prinsip Perakaunan diperkenalkan. Perkara ini merupakan langkah penting dalam usaha melahirkan golongan akauntan profesional yang bakal menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang stabil dan berdaya saing di persada antarabangsa. (Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sasar-jana-60-000-akauntan-1.95830) chap 1 new.indd 1 10/10/2016 12:24:18 PM

Upload: others

Post on 18-Dec-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1

1STANDARD KANDUNGAN

Perakaunan, subbidang perakaunan, kerjaya dan badan profesional

Sejarah perakaunan dan perkembangannya

Penyata Kewangan

Andaian, Prinsip dan Batasan dalam perakaunan

Entiti perniagaan

Modul

Perakaunan merupakan satu bidang kerjaya yang memberikan sumbangan signifikan terhadap pembangunan ekonomi negara.

Dalam agenda pembangunan negara, akauntan memainkan peranan sebagai golongan profesional yang peka terhadap perubahan global, mampu menghadapi cabaran, menyesuaikan diri dalam dunia perniagaan serta memiliki etika yang terpuji dan disanjung tinggi oleh masyarakat.

Di Malaysia, profesion perakaunan mencakupi pelbagai bidang dan membuka peluang kerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia masih memerlukan lebih kurang 60 000 orang akauntan untuk mengisi pelbagai jawatan penting dalam sektor kerajaan dan sektor swasta. Hal ini penting untuk merealisasikan transformasi ke arah status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Di peringkat sekolah, mata pelajaran Prinsip Perakaunan diperkenalkan. Perkara ini merupakan langkah penting dalam usaha melahirkan golongan akauntan profesional yang bakal menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang stabil dan berdaya saing di persada antarabangsa.

(Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sasar-jana-60-000-akauntan-1.95830)

chap 1 new.indd 1 10/10/2016 12:24:18 PM

Page 2: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

2

Murid boleh:• Menerangkan maksud

perakaunan.• Membandingkan fungsi

simpan kira dan perakaunan.

• Menerangkan maksud Kitaran Perakaunan.

• Melakar Kitaran Perakaunan.

• Menerangkan setiap peringkat dalam Kitaran Perakaunan.

• Menerangkan subbidang perakaunan: Perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan, pengauditan dan percukaian.

• Menghubung kait fungsi perakaunan kewangan dengan pengauditan dan percukaian.

• Menerangkan maksud profesional.

• Menyenaraikan profesion perakaunan yang boleh diceburi.

• Menyenaraikan ciri-ciri akauntan sebagai pemimpin.

• Menyenaraikan kod etika profesion perakaunan.

• Membincangkan syarat kelayakan untuk menjadi seorang akauntan bertauliah di Malaysia.

• Mengkaji contoh kajian kes yang boleh dikaitkan dengan etika profesion perakaunan.

• Menerangkan latar belakang badan-badan profesional perakaunan di Malaysia.

• Menerangkan peranan utama Badan Kawal Selia.

STANDARD PEMBELAJARAN1.1 PERAKAUNAN, SUBBIDANG PERAKAUNAN, KERJAYA DAN BADAN PROFESIONAL

Pengenalan

Kitaran PerakaunanKitaran Perakaunan merupakan tatacara penyediaan rekod perakaunan yang bermula daripada dokumen sumber hingga catatan penutupan akaun.

Perakaunan merupakan perekodan urus niaga kewangan yang berlaku dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan secara sistematik termasuk prestasi perniagaan, kedudukan kewangan, perancangan dan analisis kewangan.

Simpan Kira dan Perakaunan Simpan kira merupakan proses perakaunan yang meliputi aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod dan melapor rekod-rekod perakaunan.

Perakaunan mencakupi bidang yang lebih luas iaitu meliputi aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod, melapor, menganalisis, mentafsir, merancang, menilai dan merumus.

Proses perakaunan

GERAK KERJA 1

Hasilkan sebuah peta pemikiran i-Think untuk menggambarkan persamaan dan perbezaan antara simpan kira dengan perakaunan. Kemudian, lekatkan peta pemikiran i-Think anda pada sudut mata pelajaran dalam kelas anda.

chap 1 new.indd 2 10/10/2016 12:24:18 PM

Page 3: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

3

Dokumen Perniagaan Terdiri daripada dokumen sumber dan dokumen

bukan sumber yang difailkan secara sistematik untuk memudahkan rujukan pada masa hadapan.

Bukti bertulis bagi sesuatu urus niaga.

Buku Catatan Pertama Buku yang digunakan untuk merekodkan butiran

urus niaga. Apabila dokumen sumber diterima dan dikeluarkan, maklumat seperti tarikh, amaun dan butiran akan direkodkan dalam Buku Catatan Pertama.

Terdiri daripada Jurnal Am, Jurnal Khas, Buku Tunai dan Buku Tunai Runcit.

Lejar Catatan dalam Buku Catatan Pertama akan

dipindahkan ke dalam lejar dengan menggunakan Sistem Catatan Bergu.

Imbangan Duga Senarai baki bagi semua akaun dalam lejar. Baki akhir setiap akaun dalam lejar akan disenaraikan

dalam Imbangan Duga untuk menguji ketepatan catatan bergu.

INFO

• Kitaran perakaunan lapan peringkat merupakan model kitaran perakaunan yang paling popular digunakan di serata dunia. Walau bagaimanapun, perniagaan masih boleh membuat pengubahsuaian terhadap kitaran perakaunan untuk disesuaikan dengan pengurusan masing-masing.

• Untuk memahami kitaran perakaunan dengan lebih lanjut, sila imbas QR Code berikut:

https://www.youtube.com watch?v=iB5p1yVJ3lA

(Diakses pada 9 September 2016)

Dalam Kitaran Perakaunan yang lengkap terdapat lapan peringkat penyediaan rekod perakaunan bagi sesuatu tempoh perakaunan.

Kitaran Perakaunan

Dokumen Perniagaan

Buku Catatan Pertama

Lejar

Imbangan DugaPelarasan

Imbangan Duga

Terselaras

Catatan Penutupan

Penyata Kewangan

Daya Fikir

Jawab soalan-soalan berikut:(a) Berikan definisi

Kitaran Perakaunan.(b) Nyatakan lapan peringkat

yang terdapat dalam kitaran perakaunan yang lengkap.

IMBANGAN DUGA: Penyata yang dimasukkan senarai baki debit dan baki kredit daripada lejar untuk menyemak keseimbangan jumlah.

GLOSARI

chap 1 new.indd 3 10/10/2016 12:24:18 PM

Page 4: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

4

Pelarasan

Urus niaga yang diselaraskan pada tarikh imbangan dalam Jurnal Am dan lejar seperti pelarasan hasil dan belanja, susut nilai aset, peruntukan hutang ragu dan ketinggalan catatan.

Pelarasan akan dibuat dalam Jurnal Am dan dipindahkan ke dalam lejar untuk menentukan baki terkini bagi akaun-akaun berkenaan.

Imbangan Duga Terselaras

Senarai baki bagi semua akaun termasuk akaun yang telah diselaraskan pada tarikh imbangan.

Imbangan Duga Terselaras bertujuan untuk menguji ketepatan catatan bergu dalam lejar.

Catatan Penutupan

Catatan Jurnal Am dan lejar untuk merekodkan penutupan semua akaun hasil dan akaun belanja.

Pada peringkat ini, akaun hasil dan akaun belanja akan dipindahkan ke dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi.

Penyata Kewangan

Penyata yang disediakan untuk menghitung untung rugi perniagaan bagi suatu tempoh dan untuk melihat kedudukan kewangan perniagaan pada tarikh tertentu.

Lazimnya disediakan pada akhir tempoh perakaunan.

Subbidang Perakaunan

Subbidang Perakaunan

Perakaunan Kewangan Percukaian

Perakaunan Pengurusan Pengauditan

Daya Fikir

Jawab soalan-soalan berikut:(a) Mengapakah Imbangan

Duga perlu disediakan?(b) Apakah tujuan penyediaan

Penyata Kewangan?

Perakaunan Kewangan Menyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam

bentuk Penyata Kewangan. Penyata Kewangan digunakan oleh pengguna dalaman

dan luaran untuk membuat keputusan.

YBhg. Tan Sri Haji Ambrin bin Buang merupakan Ketua Audit Negara dari Februari 2006 hingga sekarang. Beliau mempunyai kelulusan akademik pada peringkat ijazah sarjana pada tahun 1981 di International Business, University Of South Carolina, Amerika Syarikat. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pusat Pentadbiran Ekonomi dan Dasar Awam di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).(Sumber: https://www.audit.gov.my/index.php/ketua-audit-negara/profil)

TAHUKAH ANDA?

INFO

Istilah Penyata Kedudukan Kewangan digunakan secara mandatori dalam syarikat.

chap 1 new.indd 4 10/10/2016 12:24:19 PM

Page 5: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

5

Perakaunan Pengurusan

Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman.

Antara skop kerja ialah kawalan, perancangan dan pengurusan pengeluaran.

Pengauditan

Meliputi kerja memeriksa dokumen perniagaan dan rekod kewangan untuk mengesahkan rekod maklumat perakaunan adalah betul dan tepat.

Juruaudit memastikan Penyata Kewangan yang disediakan mematuhi piawaian perakaunan yang diterima umum.

Percukaian

Merancang hal-hal percukaian dan menyediakan penyata cukai bagi pihak syarikat.

Penasihat cukai akan memberikan nasihat dalam hal-hal pengurusan percukaian perniagaan.

Hubung Kait Fungsi Perakaunan Kewangan denganPengauditan dan Percukaian

Laporan Kewangan

PercukaianPengauditan

• Juruaudit akan memeriksa secara menyeluruh dan laporan audit akan dikeluarkan.

• Laporan kewangan yang mendapat pendapat ‘wajar tanpa pengecualian’ dalam laporan audit adalah tepat dan boleh dipercayai kerana telah menepati semua piawaian perakaunan.

• Penyata Kewangan yang telah diaudit digunakan untuk membuat taksiran cukai.

• Pendapatan boleh cukai selepas mengambil kira semua pelepasan cukai dapat ditentukan daripada Penyata Kewangan.

INFO

• Kod etika juruaudit sektor awam ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kod etika juruaudit, sila imbas QR Code berikut:

https://www.audit.gov.my

• Terdapat empat buah firma audit gergasi yang terkemuka dan dikenali sebagai Big Four iaitu Ernst & Young (E&Y), KPMG, Deloitte dan Price Water House Cooper (PwC). Pada masa ini, selepas Big Four, McGladrey dan Grant Thornton merupakan dua lagi firma audit yang terbesar di peringkat global.

AUDIT: Pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun).

CUKAI: Bayaran yang dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan, perbadanan, syarikat atau barangan untuk perbelanjaan negara.

GLOSARI

chap 1 new.indd 5 10/10/2016 12:24:19 PM

Page 6: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

6

Akauntan diterima sebagai golongan profesional dalam masyarakat kerana memiliki kemahiran perakaunan.

Akauntan merupakan golongan profesional dalam masyarakat kerana akauntan memiliki kemahiran yang khusus untuk mengurus kewangan perniagaan, membuat pelaporan dan memberi pandangan untuk meningkatkan prestasi perniagaan.

Profesion Perakaunan Profesion dalam perakaunan adalah pelbagai dan skop kerja yang sangat meluas.

Berikut merupakan beberapa profesion perakaunan yang lazim terdapat di Malaysia: Akauntan Juruaudit Pengurus Dana Penasihat Kewangan Ketua Pegawai Kewangan

Dalam sesebuah organisasi, akauntan boleh berfungsi sebagai seorang pemimpin kerana akauntan mempunyai kepakaran dalam pelbagai skop tugas. Antaranya: perancangan dan pengurusan strategik pengimplementasian polisi penambahbaikan polisi pengurusan bajet dan kewangan penyelesai masalah perundingan pembuat keputusan pembimbing dan mentor pembangunan sumber manusia

PROFESION: Kerjaya.

PROFESIONAL: Orang yang memiliki kemahiran dalam bidang tertentu.

PROFESIONALISME: Sifat-sifat (kemampuan, kemahiran dan cara pelaksanaan sesuatu) sebagaimana yang sewajarnya ter dapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional.

GLOSARI

INFO

• Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang profesion perakaunan, sila imbas QR Code berikut:

www.usahawan.com/kerjaya/kerjaya-dalam-bidang-perakaunan.html

(Diakses pada 9 September 2016)

• Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mewujudkan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila imbas QR Code berikut:

www.anm.gov.my

ProfesionalProfesional merujuk kepada seseorang yang memiliki kepakaran dalam bidang tertentu dan menunjukkan komitmen dan minat yang mendalam terhadap kerjayanya.

chap 1 new.indd 6 10/10/2016 12:24:19 PM

Page 7: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

77

Ciri-ciri Akauntan sebagai Pemimpin Memandangkan seseorang akauntan memikul tanggungjawab kepimpinan dan mampu mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan dan organisasi, maka seseorang akauntan perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang baik dari segi sahsiah mahupun dari segi sikap kerja.

Ciri-ciri Kepimpinan

Seorang Akauntan

Akauntabiliti Integriti

Kredibiliti

Integriti

Akauntan perlu bersikap jujur dalam semua hubungan profesional dengan pihak luar supaya tidak dikaitkan dengan laporan kewangan atau apa-apa bentuk komunikasi tentang perakaunan yang mengandungi kenyataan palsu dan mengelirukan.

Kredibiliti Keupayaan akauntan untuk menyampaikan maklumat

perakaunan secara adil dan objektif kepada semua pihak yang berkepentingan dalam perniagaan.

Akauntabiliti Tanggungjawab individu atau jabatan untuk

melaksanakan fungsi tertentu dalam perakaunan.

INFO

Tan Sri Anthony Francis Fernandes dilahirkan pada 30 April 1964. Beliau menamatkan pengajian tinggi di London School of Economics dan memperoleh ijazah dalam jurusan perakaunan. Beliau menjadi ahli ACCA pada tahun 1991. Beliau juga merupakan ahli Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).Beliau memperkenalkan perkhidmatan penerbangan tambang murah pertama di Malaysia.

http://ilhampemikir.blogspot.my/2011/11/tan-sri-anthony-

francis-fernandes.html

Daya Fikir

Jelaskan secara ringkas tentang ciri-ciri kepimpinan akauntan yang berikut:(a) Integriti(b) Akauntabiliti(c) Kredibiliti Berikan contoh situasi yang berkaitan dengan ciri-ciri kepimpinan akauntan.

GERAK KERJA 2

Bincangkan ciri-ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh seseorang akauntan. Lakukan sesi sumbang saran bersama-sama dengan rakan anda.

chap 1 new.indd 7 10/10/2016 12:24:20 PM

Page 8: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

8

Etika Profesion PerakaunanEtika bermaksud prinsip-prinsip akhlak atau nilai moral yang menjadi pegangan seseorang semasa menjalankan tugas. International Federation of Accountants (IFAC) telah memperkenalkan Kod Etika Akauntan Profesional yang menggariskan empat ciri etika dalam profesion perakaunan:

Kompetensi Akauntan harus profesional, berkemahiran dan

berkeupayaan untuk memberi perkhidmatan perakaunan yang terbaik terhadap pelanggan.

Integriti Akauntan perlu bersikap jujur dan telus dalam

hubungan profesional dengan pihak lain supaya tidak berlaku kekeliruan dan pemalsuan kenyataan.

Kerahsiaan Akauntan tidak boleh mendedahkan sebarang

maklumat yang diperoleh kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan.

Objektiviti Semasa menjalankan tugas, seseorang akauntan tidak

boleh berkompromi dan berat sebelah serta tidak terpengaruh oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Sifat Profesional Akauntan perlu mematuhi semua undang-undang dan

peraturan berkaitan serta mengelakkan segala tindakan yang boleh menjejaskan profesion ini.

(sumber: https://www.ifac.org/system/files/publications/files/ifac-code-of-ethics-for.pdf)

Calon SPM yang memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek Prinsip Perakaunan memperoleh keistimewaan akademik seperti berikut:(a) Calon layak memohon

sijil LCCI Book-keeping Level 2 di bawah Double Certification Programme antara KPM dengan LCCI Asia. Dengan ini, murid boleh menyambung pengajian LCCI tanpa perlu melalui LCCI Book-keeping Level 1 dan Level 2.

(b) Calon layak memohon pelepasan (exemption) satu kertas iaitu FA1 jika menyambung pelajaran dengan kursus ACCA setelah selesai pengajian CAT.

(Sumber: http://www.cikgusila.com/2016/03/permohonan-sijil-lcci-

spm-2015.html)

TAHUKAH ANDA?

INFO

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang pentingnya akauntan beretika, sila imbas QR Code berikut:

www.utusan.com.my

Badan Perakaunan

Badan Kawal Selia (Regulatory Body)

Institut Akauntan Malaysia (MIA)(Malaysian Institute of Accountants)

• Ditubuhkan pada tahun 1960 di bawah Akta Akauntan 1967.• Fungsinya: (a) Menentukan kelayakan seseorang untuk menjadi ahli. (b) Menawarkan latihan, pelajaran dan peperiksaan kepada

seseorang yang ingin menceburi profesion perakaunan. (c) Mengenakan peraturan atas amalan profesion perakaunan. (d) Mempromosi dan mempopularkan profesion perakaunan.

(MIA – Code of Profesional Conduct)

Kod Etika Akauntan Profesional

Kompetensi

Integriti

Sifat ProfesionalKerahsiaan

Objektiviti

chap 1 new.indd 8 10/10/2016 12:24:20 PM

Page 9: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

9

Badan Penggubal Piawaian (Standard Setting Body)

Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) (Malaysian Accounting Standard Board)

• Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1997.• Fungsinya: (a) Menggubal dan menerbitkan piawaian perakaunan. (b) Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan

sedia ada. (c) Bertindak sebagai penasihat kepada akauntan. (d) Menentukan keperluan minimum dan garis panduan

dalam penyediaan laporan kewangan.

Badan Profesional Perakaunan (Professional Accounting Body)

Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)(Malaysian Institute of Certified Public Accountants)

• Ditubuhkan pada tahun 1958 (sebelum ini dikenali sebagai MACPA).

• Fungsinya: (a) Memajukan profesion perakaunan melalui latihan

dan peperiksaan. (b) Melatih dan melahirkan akauntan bertauliah. (c) Melakukan penyelidikan dan pembangunan

dalam perakaunan.

CIMA (Chartered Institute of Management Accountants)

• Ditubuhkan pada tahun 1919 dengan nama Institute of Cost and Work Accountants (ICWA). Kemudiannya ditukar nama kepada Institute of Cost and Management Accountants (ICMA) pada tahun 1972 dan ditukar kepada Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) pada tahun 1986 hingga kini.

• Fungsinya: (a) Melahirkan akauntan profesional yang mahir dalam

bidang pengurusan dan pentadbiran perniagaan. (b) Mengkaji dan menangani perubahan semasa

dalam perniagaan.

ACCA(Association of Chartered Certified Accountants)

• Ditubuhkan pada tahun 1904 dan berpusat di London. Pada Jun 2015, ACCA mempunyai jumlah ahli seramai 178 000 orang dan seramai 455 000 orang pelajar dari 180 buah negara.

• Fungsinya: (a) Memberi khidmat sokongan kepada ahli dan pelajarnya

sepanjang kerjaya dalam bidang perakaunan mereka. (b) Memberi pendedahan tentang peraturan dan

undang-undang yang berkaitan dengan amalan perakaunan dan etika dalam perakaunan.

chap 1 new.indd 9 10/10/2016 12:24:20 PM

Page 10: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

10

1 Banding dan bezakan simpan kira dengan perakaunan.

2 Nyatakan subbidang yang berkaitan dengan setiap pernyataan berikut: (a) Menyediakan belanjawan tunai bagi perniagaan. (b) Membuat pelaporan mengikut piawaian MASB. (c) Memastikan pendapatan boleh cukai dihitung dengan betul. (d) Memeriksa setiap rekod kewangan disertakan dokumen sumber.

3 Jawab soalan-soalan berikut secara ringkas: (a) Apakah yang dimaksudkan dengan Kitaran Perakaunan? (b) Bincangkan kepentingan percukaian terhadap para pengguna Penyata Kewangan. (c) Nyatakan empat kod etika yang perlu dipatuhi oleh seseorang akauntan ketika

menjalankan tugas. (d) Nyatakan dua fungsi penubuhan MIA. (e) Terangkan kegunaan kitaran perakaunan terhadap perniagaan. (f) Huraikan implikasi jika tatacara penyediaan akaun tidak dipatuhi.

4 Isikan ruang kosong dengan kod etika akauntan profesional yang betul.

(a) Akauntan perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan dan melaksanakan tugas secara profesional.

(b) Akauntan tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat yang diperoleh kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan sama ada secara lisan ataupun secara bertulis.

(c) Akauntan perlu sentiasa menghayati nilai keadilan dan kebenaran dalam pelaksanaan tugasnya.

5 Lengkapkan jadual berikut:

Pertubuhan Perakaunan Fungsi Penubuhan

Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)

Institut Akauntan Malaysia (MIA)

Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)

Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)

LATIHAN MINDA 1.1

GERAK KERJA 3

Layari laman sesawang badan-badan profesional perakaunan untuk mencari maklumat tambahan. Catatkan hasil pencarian anda pada sehelai kad manila dan pamerkan di sudut bacaan dalam kelas anda.

chap 1 new.indd 10 10/10/2016 12:24:20 PM

Page 11: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

11

Sejarah Perakaunan Murid boleh:• Menerangkan sejarah

perakaunan mengikut urutan bermula dari era Babylonia hingga kini.

• Menerangkan perkembangan proses perakaunan secara manual dan berkomputer.

• Menerangkan perisian perakaunan berkomputer yang diguna pakai pada masa ini.

• Menerangkan kepentingan sistem maklumat perakaunan kepada entiti perniagaan.

STANDARD PEMBELAJARAN1.2 SEJARAH PERAKAUNAN DAN PERKEMBANGANNYA

Rekod perakaunan yang paling awal didapati di Babylonia pada tahun 3500 SM. Catatan tersebut dibuat dalam bentuk

kepingan tanah liat.

Sistem Catatan Bergu bermula di Itali dan dipopularkan oleh Luca Pacioli pada abad ke-14 untuk memenuhi keadaan ekonomi yang semakin berkembang.

Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (IASC) ditubuhkan pada tahun 1973 untuk menggalakkan penggunaan piawaian asas

dalam perakaunan.

Pada tahun 400 SM, rekod perakaunan telah dibuat dengan menggunakan papyrus (kertas) dan calamus (pen) di Mesir.

Selepas Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-17 dan 18, perakaunan kos telah diperkenalkan bagi memenuhi proses pengeluaran firma yang berkembang pesat.

INFO

Fra Luca Pacioli Bartolomeode atau nama singkatannya Luca Pacioli merupakan seorang ahli Matematik berbangsa Itali. Beliau diberi gelaran Bapa Perakaunan kerana beliau merupakan orang pertama yang menyebarkan ilmu pengetahuan tentang Sistem Catatan Bergu menerusi buku Matematiknya Summa de Arithmetica, Geometria Proportioni et Proportionalita yang diterbitkan pada tahun 1494. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang Fra Luca Pacioli Bartolomeode, sila imbas QR Code berikut:

http://famous-mathematicians.org/luca-pacioli/

http://www.iasplus.com/en/resources/ifrsf/history/resource25

chap 1 new.indd 11 10/10/2016 12:24:21 PM

Page 12: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

12

LATIHAN MINDA 1.2

Perkembangan Proses Perakaunan Secara Manual dan Perisian BerkomputerProses perakaunan telah melalui pelbagai perkembangan bermula dengan kaedah perakaunan manual hingga kini apabila perisian berkomputer digunakan secara meluas. Pelbagai perisian perakaunan telah dibangunkan dan dipasarkan di serata dunia. Di Malaysia, terdapat dua perisian perakaunan yang lazim digunakan dalam perniagaan iaitu UBS dan SAGE.

Kelebihan perisian perakaunan berbanding dengan perakaunan secara manual:

Boleh diakses oleh individu yang diberikan kuasa sahaja kerana kata laluan digunakan untuk memastikan kerahsiaan dan keselamatan rekod kewangan.

Mempunyai fungsi data sokongan dalam cakera padat komputer ataupun di dalam penyimpanan atas talian dan ini mengurangkan risiko kerosakan dan kehilangan data.

Segala pembetulan kesilapan dapat dilakukan dengan mudah kerana sistem ini akan mengemas kini semua data yang berkaitan dan menjana pelaporan yang telah dibetulkan dengan mudah dan jitu.

Kepentingan Sistem Maklumat Perakaunan (SMP)kepada Entiti Perniagaan Mengumpul dan menyimpan data mengenai transaksi

perniagaan.

Memproses data untuk menjana maklumat yang berguna kepada pengguna Penyata Kewangan dan pembuat keputusan.

Menyediakan kawalan secukupnya untuk menjaga keselamatan aset perniagaan.

Membolehkan juruaudit memahami sistem yang diguna untuk menghasilkan Penyata Kewangan.

Membolehkan pakar dalam bidang percukaian merancang hal-hal berkaitan percukaian dengan tepat dan yakin.

Sistem Maklumat Perakaunan (Accounting Information System – AIS) mengandungi beberapa subsistem perakaunan yang berhubung kait antara satu sama lain untuk mencapai objektif tertentu. Sistem Maklumat Perakaunan mengandungi komponen manusia, prosedur dan teknologi maklumat.

TAHUKAH ANDA?

1 Terangkan sebab Luca Pacioli digelar sebagai Bapa Perakaunan.

2 Terangkan tiga kepentingan sistem maklumat perakaunan kepada entiti perniagaan.

Logo UBS dan SAGE

INFO

Cara penggunaan SAGE 50.

Masukkan butiran perniagaan (nama, alamat dan tempoh perakaunan).

Wujudkan akaun-akaun yang akan digunakan.

Masukkan nama dan butiran pembekal dan pembeli.

Masukkan inventori dan senarai harga.

Entri urus niaga dalam sistem.

Pelaporan dengan hanya beberapa klik pada tetikus.

Data sokongan

chap 1 new.indd 12 10/10/2016 12:24:22 PM

Page 13: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

13

Penyata Kewangan merupakan rekod formal yang mengandungi maklumat kewangan sesebuah perniagaan.

Penyata Kewangan ini disediakan dengan struktur dan format pelaporan yang digariskan dalam Piawaian Pelaporan Kewangan (Financial Reporting Standard).

Pengguna akan dapat melihat kedudukan kewangan sesebuah perniagaan dengan jelas seperti jumlah jualan tahunan, kedudukan aset, keuntungan atau kerugian perniagaan dan sebagainya.

Penyata Kewangan terbahagi kepada:

Murid boleh:• Menyenaraikan jenis

penyata yang terdapat dalam Penyata Kewangan.

• Menerangkan secara ringkas ciri kualitatif maklumat perakaunan: Ciri kualitatif asas dan ciri kualitatif tertingkat.

• Mencari Penyata Kewangan daripada pelbagai sumber dan membanding beza item-item dalam komponen serta kegunaannya.

• Menamakan pihak yang menyediakan Penyata Kewangan.

• Menamakan pihak yang bertanggungjawab ke atas Penyata Kewangan yang disediakan.

• Menyenaraikan pengguna Penyata Kewangan.

STANDARD PEMBELAJARAN1.3 PENYATA KEWANGAN

Penyata Pendapatan juga dikenali sebagai Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

Penyata Kedudukan Kewangan

Penyata Kewangan

Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

Penyata Kedudukan Kewangan

Berikut merupakan contoh Penyata Kewangan yang telah diaudit:

chap 1 new.indd 13 10/10/2016 12:24:22 PM

Page 14: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

14

Ciri Kualitatif

Ciri Kualitatif Asas

Kerelevanan

Kebolehbandingan Kebolehsahan

Kebolehfahaman Pemasaan

Ciri Kualitatif Tertingkat

Perwakilan benar

Daya Fikir

Penyata Kewangan mesti mudah difahami, relevan, boleh dipercayai dan boleh dibandingkan. Bincangkan kepentingan ciri-ciri ini dalam penyediaan Penyata Kewangan.

Terma ‘ciri kualitatif Penyata Kewangan’ boleh difahamkan sebagai ‘kualiti Penyata Kewangan’. Kualiti Penyata Kewangan akan dilihat berdasarkan empat aspek iaitu:• Adakah maklumat dalam

Penyata Kewangan relevan dengan keperluan pengguna?

• Adakah pelaporan dalam Penyata Kewangan mudah difahami?

• Adakah Penyata Kewangan dapat dibandingkan prestasinya dengan tahun-tahun lepas?

• Adakah Penyata Kewangan yang diterbitkan sesuai pada waktunya?

TIP

Ciri Kualitatif Penyata KewanganPenyata Kewangan menggambarkan keadaan dan perjalanan perniagaan sesebuah syarikat. Penyata Kewangan yang disediakan dengan baik akan memastikan maklumat di dalamnya berguna kepada pelbagai pengguna.

Pada asasnya, Penyata Kewangan yang baik mesti memenuhi ciri kualitatif berikut:

GERAK KERJA 4

Layari laman sesawang dan muat turun laporan kewangan pelbagai syarikat. Taip ‘download annual report’ dalam ruangan carian. Selepas muat turun, kaji laporan kewangan bagi beberapa buah syarikat dan banding beza komponen-komponen dalam Penyata Kewangan masing-masing. Sediakan laporan anda dan bentangkan kepada kelas.

Ciri Kualitatif Asas

Kerelevanan • Maklumat dalam Penyata Kewangan harus relevan

dengan keperluan pengguna. • Maklumat ini dapat mempengaruhi keputusan

ekonomi yang dibuat oleh pengguna.

Perwakilan benar • Maklumat dalam Penyata Kewangan mesti bebas

daripada kesilapan material dan tiada unsur berat sebelah serta pelaporannya tidak mengelirukan.

• Oleh itu, semua data atau maklumat perlu didedahkan secara jujur tanpa berselindung dan pelaporan harus disediakan dengan cermat.

chap 1 new.indd 14 10/10/2016 12:24:23 PM

Page 15: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1515

Ciri Kualitatif Tertingkat

Kebolehbandingan

• Maklumat dalam Penyata Kewangan tahun semasa mesti boleh dibandingkan dengan maklumat kewangan yang dikemukakan bagi tempoh perakaunan yang lepas.

• Pengguna boleh mengenal pasti trend dalam kedudukan prestasi dan kewangan bagi entiti berkenaan.

Kebolehfahaman

• Maklumat mesti mudah difahami oleh pengguna Penyata Kewangan dan maklumat itu perlu dipersembahkan dengan jelas.

• Jika terdapat maklumat tambahan untuk memberikan penerangan lanjutan tentang sesuatu butiran, maklumat tersebut harus dinyatakan dengan jelas dalam bahagian nota.

Kebolehsahan

• Jika maklumat dalam Penyata Kewangan boleh disahkan, ini memberi jaminan kepada pengguna bahawa maklumat dalam Penyata Kewangan tersebut boleh dipercayai.

Pemasaan

• Ketepatan masa adalah sangat penting kerana maklumat yang disampaikan tepat pada masanya adalah lebih relevan kepada pengguna.

• Kelewatan dalam penyediaan maklumat kewangan menyebabkan Penyata Kewangan tersebut kurang relevan untuk membuat keputusan.

Membanding Beza Item-item dalam Komponen Penyata Kewangan Sebagaimana yang kita ketahui, setiap jenis perniagaan menawarkan jualan dan perkhidmatan yang berbeza. Oleh yang demikian, butiran dalam Penyata Kewangan bagi perniagaan turut berbeza.

INFO

• Dalam perakaunan, maklumat perlu diperoleh dengan lebih kerap bagi membolehkan aktiviti perancangan, pengawalan, pengukuran prestasi dan pembuatan keputusan dijalankan pada masa yang ditetapkan.

• Untuk memperoleh maklumat tentang ciri kualitatif penyata kewangan yang lebih terperinci, sila imbas QR Code berikut:

https://www.youtube.com/watch?v=WH-P7lhdyn4

(Diakses pada 9 September 2016)

Daya Fikir

Terangkan secara ringkas tentang ciri kualitatif Penyata Kewangan berikut:(a) Kebolehbandingan(b) Kebolehfahaman(c) Kebolehsahan(d) Pemasaan

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

chap 1 new.indd 15 10/10/2016 12:24:23 PM

Page 16: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

16

Berikut menunjukkan beberapa jenis perniagaan. Mari kita teliti butiran dalam Penyata Kewangan.

Aspek Kedai runcit Klinik mata Koperasi kewangan

Akaun Perdagangan

Komponen Jualan Bersih• Jualan• Pulangan Jualan

Komponen Kos Jualan• Belian• Pulangan Belian• Angkutan masuk• Duti import• Insurans belian• Upah atas belian• Inventori awal• Inventori akhir

Komponen Jualan Bersih• Yuran rawatan

Komponen Kos Jualan• Belian ubat• Pulangan Belian• Angkutan masuk• Duti import• Inventori awal• Inventori akhir

Komponen Jualan Bersih• Hasil faedah

pinjaman

Akaun Untung Rugi

Hasil• Komisen diterima• Faedah simpanan• Diskaun diterima

Belanja• Diskaun diberi• Kadar bayaran• Gaji• Insurans• Sewa• Faedah pinjaman• Susut nilai aset • Promosi

Hasil• Komisen diterima• Faedah simpanan

Belanja• Kadar bayaran• Gaji• Insurans• Sewa• Faedah pinjaman• Susut nilai aset

Hasil• Faedah simpanan

Belanja• Kadar bayaran• Gaji• Insurans• Sewa• Faedah pinjaman• Susut nilai aset

Penyata Kedudukan Kewangan

Aset• Kenderaan• Perabot• Alatan kedai• Kelengkapan

Liabiliti• Pinjaman• Akaun Belum Bayar• Overdraf Bank

Aset• Perabot• Peralatan

pemeriksaan mata• Peralatan

pembedahan mata• Kelengkapan alatan pejabat

Liabiliti• Pinjaman• Akaun Belum Bayar• Overdraf Bank

Aset• Perabot• Alatan pejabat• Kelengkapan

Liabiliti• Faedah Belum

Terima

chap 1 new.indd 16 10/10/2016 12:24:23 PM

Page 17: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

17

KAJIAN KES 1

Buat lawatan ke beberapa kedai yang menjalankan perniagaan jualan barang dan perkhidmatan yang berbeza. Temu bual pekerja atau majikan perniagaan tentang butiran yang terdapat dalam Penyata Kewangan masing-masing. Rekodkan hasil kerja dalam buku nota anda.

Penyedia Penyata

Kewangan

Pihak Luar Pemilik Perniagaan

Pekerja Sendiri

Pihak yang Bertanggungjawab Menyediakan Penyata KewanganPada asasnya, pemilik perniagaan merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menyediakan Penyata Kewangan. Penyata Kewangan ini disediakan oleh pemilik sendiri atau pekerjanya. Pemilik perniagaan juga boleh menggunakan khidmat luar yang mempunyai kepakaran dalam bidang perakaunan.

Dalam sektor korporat, seorang akauntan atau jabatan perakaunan akan menyediakan Penyata Kewangan, pengekosan dan percukaian.

TAHUKAH ANDA?

Pemilik Perniagaan Bagi perniagaan kecil-kecilan, majikan sendiri akan

mengurus dan menyediakan laporan kewangan. Pemilik mampu mengendalikan dan menyelenggara semua rekod kewangan kerana volum perniagaan adalah rendah dan masih lagi dapat ditangani.

Hal ini menjadi satu kelebihan kepada pemilik kerana pemilik akan mengetahui semua urus niaga dan rekod kewangan dengan jelas agar risiko penyelewengan oleh pekerja dapat dikawal.

Pekerja Sendiri Bagi perniagaan yang volum perniagaannya

tinggi, majikan tidak mampu lagi mengurus dan mengendalikan akaun dan Penyata Kewangan kerana menghadapi kekangan dari segi masa dan tenaga.

Oleh yang demikian, majikan akan mengupah pekerja untuk mengurus dan mengendalikan akaun dan Penyata Kewangan sama ada secara sepenuh masa ataupun secara separuh masa.

Daya Fikir

Nyatakan tiga pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan Penyata Kewangan perniagaan.

MAJIKAN: Pihak yang memberikan pekerjaan atau yang mengusahakan sesuatu perusahaan.

PEKERJA: Orang yang bekerja untuk memperoleh pendapatan.

GLOSARI

chap 1 new.indd 17 10/10/2016 12:24:23 PM

Page 18: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

18

Pihak Luar

Bagi perniagaan yang tidak mempunyai akauntan, mereka akan melantik akauntan bertauliah dari luar untuk mengendalikan laporan kewangannya.

Peniaga akan membekalkan maklumat perakaunan kepada akauntan luar supaya akauntan memahami operasi perniagaan. Seterusnya, akauntan dapat menyediakan laporan kewangan dengan tepat dan relevan.

Pengguna Penyata KewanganPenyata Kewangan disediakan dalam format pelaporan yang sistematik dan mudah difahami. Dengan ini, maklumat yang terkandung dalam Penyata Kewangan dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak. Pihak yang menggunakan maklumat dalam Penyata Kewangan dikenali sebagai pengguna Penyata Kewangan.

Pengguna Penyata Kewangan

Pengguna Dalaman Pengguna Luaran

Pengguna Dalaman

Pihak yang memiliki perniagaan dan pihak yang bekerja dalam perniagaan berkenaan.

Terdiri daripada:

Pemilik perniagaan • Merujuk Penyata Kewangan untuk mengetahui sama

ada perniagaan memperoleh untung atau rugi. Jumlah keuntungan atau kerugian dapat dikenal pasti.

• Mengenal pasti semua sumber hasil perniagaan dan perbelanjaan perniagaan.

Pihak pengurusan • Menggunakan data dalam Penyata Kewangan sebagai

rujukan untuk merancang aktiviti perniagaan pada masa hadapan.

• Data ini akan dianalisis bagi membolehkan strategi dibuat untuk mengembangkan perniagaan atau membaiki kelemahan.

Daya Fikir

1 Mengapakah maklumat dalam Penyata Kewangan penting kepada pengguna Penyata Kewangan? Bincangkan.

2 Mengapakah pengguna dalaman berikut memerlukan maklumat dalam Penyata Kewangan? Terangkan secara ringkas.

(a) Pemilik perniagaan (b) Pihak pengurusan (c) Pekerja sendiri

Maklumat perakaunan dalam Penyata Kewangan dianalisis dan ditafsir untuk menjana data yang boleh dijadikan panduan pengurusan perniagaan dan pelaburan.Sebagai contoh, para pelabur akan melihat pulangan atas modal untuk mengenal pasti kemampuan perniagaan menjana untung bersih daripada setiap ringgit modal yang dilaburkan.Pemiutang pula akan melihat kepada tempoh bayaran hutang untuk mengenal pasti kemampuan perniagaan menjelaskan hutang sebelum memberikan kemudahan kredit.

TAHUKAH ANDA?

chap 1 new.indd 18 10/10/2016 12:24:23 PM

Page 19: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1919

Pekerja • Berdasarkan Penyata Kewangan pekerja dapat

mengetahui keuntungan perniagaan, kestabilan operasi perniagaan, keupayaan perniagaan untuk membayar gaji dan menawarkan faedah sampingan.

• Pekerja turut melihat kedudukan kewangan perniagaan untuk menilai kemampuan perniagaan dapat berkembang pada masa hadapan dan meninjau peluang untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dalam organisasi.

Pengguna Luaran

Pengguna luaran merupakan pihak ketiga yang menggunakan maklumat Penyata Kewangan. Pengguna luaran juga dikenali sebagai pengguna sekunder.

Terdiri daripada:

Pihak bank • Menggunakan Penyata Kewangan sesebuah

perniagaan untuk mempertimbangkan kelulusan permohonan perniagaan mendapatkan pinjaman bank.

• Melihat keupayaan perniagaan dalam pengurusan kredit dan juga dalam pembayaran hutang.

Pembekal • Laporan kewangan digunakan untuk menilai

keupayaan dan kecekapan dalam pengurusan hutang perniagaan sebelum memberikan kemudahan kredit atau memberikan pinjaman kepada perniagaan berkenaan.

• Hal ini adalah penting untuk mengelakkan berlakunya hutang lapuk yang akan merugikan pembekal.

Agensi kerajaan • Penyata Kewangan diperlukan oleh agensi kerajaan

untuk tujuan semakan dan percukaian. Antara agensi yang memerlukan Penyata Kewangan perniagaan ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

• LHDN merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentaksir dan memungut cukai pendapatan. Penyata Kewangan digunakan oleh LHDN untuk tujuan pentaksiran cukai.

Daya Fikir

1 Senaraikan pengguna luaran Penyata Kewangan.

2 Mengapakah agensi kerajaan memerlukan maklumat dalam Penyata Kewangan perniagaan?

Berikut merupakan beberapa contoh pengguna luaran dan sebab mereka memerlukan Penyata Kewangan:(a) Pesaing perniagaan Untuk tujuan penanda aras

(benchmarking) dari segi prestasi perniagaan dan kedudukan kewangan.

(b) Pelabur Untuk melihat keupayaan

perniagaan bagi menjana pendapatan.

(c) Agensi penarafan Untuk memberikan

penarafan perniagaan dari segi pengurusan kredit.

(d) Kesatuan pekerja Untuk melihat keupayaan

perniagaan menawarkan kenaikan gaji dan faedah lain.

TAHUKAH ANDA?

chap 1 new.indd 19 10/10/2016 12:24:23 PM

Page 20: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

20

1 Pernyataan berikut berkaitan dengan satu ciri kualitatif Penyata Kewangan. Tuliskan ciri kualitatif yang menepati pernyataan berikut:

Situasi Ciri Kualitatif

Setiap butiran akaun dalam Penyata Kewangan Syarikat Jaya dapat dibuktikan dengan sokongan dokumen sumber.

Walaupun untung bersih perniagaan merosot berbanding dengan tahun lepas namun Encik Teo tidak menyembunyikan kemerosotan tersebut ketika menyediakan Penyata Kewangan. Sebaliknya dia mendedahkan segala urus niaga tanpa berselindung agar pengguna mendapat gambaran yang tepat tentang butiran dalam Penyata Kewangan.

Penyata Kewangan Syarikat Ceria disediakan mengikut format pelaporan yang disyorkan oleh MASB agar semua pengguna dapat membaca dan memahaminya dengan mudah.

Butiran akaun tahun kewangan yang lalu turut disertakan dalam Penyata Kewangan tahun semasa agar pengguna dapat membuat perbandingan prestasi perniagaan.

2 Jelaskan secara ringkas sebab pihak yang berikut memerlukan Penyata Kewangan: (a) Pembekal (b) Pemilik perniagaan (c) Agensi kerajaan

3 Nyatakan tiga pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan Penyata Kewangan.

LATIHAN MINDA 1.3

Pemegang saham

• Pelabur, bakal pelabur dan orang awam menggunakan Penyata Kewangan untuk menilai kemampuan sesebuah perniagaan menjanakan keuntungan.

• Mereka akan membandingkan Penyata Kewangan bagi beberapa buah perniagaan untuk memilih perniagaan yang paling berpotensi menjana keuntungan bagi pihak mereka. Pemegang saham melihat

prestasi perniagaan melalui Penyata Kewangan.

chap 1 new.indd 20 10/10/2016 12:24:24 PM

Page 21: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

21

1.4 ANDAIAN, PRINSIP DAN BATASAN DALAM PERAKAUNAN Murid boleh:

• Menyenaraikan dan menerangkan andaian dalam perakaunan.

• Menyenaraikan dan menerangkan prinsip dalam perakaunan.

• Menerangkan batasan dalam perakaunan.

• Menentukan andaian, prinsip dan batasan dalam perakaunan yang dapat dikaitkan dengan sesuatu kes.

STANDARD PEMBELAJARAN

Andaian PerakaunanAndaian perakaunan perlu dibuat untuk mengurangkan kekeliruan ketika mengendalikan rekod perakaunan dan menghasilkan Penyata Kewangan.

Andaian Perakaunan

Tempoh Perakaunan

Wang sebagai Ukuran

Entiti Berasingan

Usaha Berterusan

Entiti berasingan • Andaian ini menyatakan bahawa perniagaan

perlu menyimpan rekod transaksinya berasingan daripada rekod transaksi peribadi pemiliknya, unit-unit perniagaan atau urus niaga perniagaan lain di bawah milikannya.

CONTOH 1

Puan Karen memiliki sebuah pusat tuisyen di Kuching. Walaupun beliau menikmati keuntungan pusat tuisyen sepenuhnya tetapi beliau tidak mencampuradukkan perbelanjaan peribadi dengan perbelanjaan pusat tuisyennya. Sekiranya beliau perlu menggunakan wang pusat tuisyen untuk perbelanjaan peribadi, beliau akan merekodkannya sebagai ambilan dalam Buku Tunai.

CONTOH 2

Encik Razak mengandaikan syarikat logistik yang baru ditubuhkannya akan terus beroperasi bagi suatu jangka masa yang tidak terbatas dan aset perniagaan akan terus digunakan untuk menjana pendapatan kepada perniagaan.

Usaha berterusan • Andaian ini menyatakan bahawa semua aktiviti

kewangan perniagaan diandaikan beroperasi untuk tempoh masa yang tidak terbatas.

• Hal ini membolehkan perniagaan beroperasi dengan tujuan ke arah jangka panjang.

• Andaian ini adalah sangat kritikal kerana tidak ada titik akhir dalam jangka hayat perniagaan.

Daya Fikir

1 Puan Sutini merekodkan ambilan tunai perniagaan sebagai belanja am dalam bukunya. Apakah andaian perakaunan yang tidak dipatuhi oleh Puan Sutini?

2 Apakah penekanan dalam andaian usaha berterusan?

chap 1 new.indd 21 10/10/2016 12:24:24 PM

Page 22: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

2222

Wang sebagai ukuran • Andaian ini menyatakan bahawa maklumat Penyata

Kewangan mesti dinyatakan dalam nilai mata wang yang diguna pakai di sesebuah negara. Sebagai contoh, Malaysia menggunakan Ringgit Malaysia sebagai unit ukuran.

• Oleh itu, adalah wajar untuk menggunakan asas yang sama bagi tujuan perakaunan.

Tempoh perakaunan • Andaian ini membolehkan pembahagian operasi

dan aktiviti perniagaan kepada tempoh masa yang ditentukan oleh pemilik perniagaan untuk tujuan pelaporan.

• Satu kebaikan andaian tempoh perakaunan ini adalah untuk membolehkan perbandingan prestasi perniagaan yang lebih tepat dibuat bagi beberapa tempoh perakaunan.

Prinsip Perakaunan

Pengiktirafan Hasil dan Belanja

Ketekalan

Prinsip Kos

Prinsip Perakaunan

Daya Fikir

Mengapakah terdapat perniagaan yang menyediakan Penyata Kewangan secara suku tahun, setengah tahun dan satu tahun?

CONTOH 3

Pak Akob seorang pengusaha kedai makan merekodkan perkara yang hanya dapat dinyatakan dalam nilai wang seperti hasil jualan nasi, belian inventori makanan dan caj pemasangan Internet di premis.

CONTOH 4

Syarikat Logistik Shamsuddin menetapkan bahawa tempoh perakaunan adalah bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun. Penyata Kewangan perlu disediakan pada 31 Disember setiap tahun. Dengan tempoh perakaunan yang tetap (12 bulan), prestasi perniagaan seperti untung bersih dan kedudukan kewangan perniagaan dapat dibandingkan dari tahun ke tahun.

INFO

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang andaian wang sebagai ukuran, sila imbas QR Code berikut:

http://www.accountingtools.com/monetary-unit-principle

chap 1 new.indd 22 10/10/2016 12:24:24 PM

Page 23: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

23

Ketekalan

• Prinsip ini memastikan wujudnya konsistensi dalam prosedur perakaunan yang digunakan oleh entiti perniagaan dari satu tempoh perakaunan ke tempoh perakaunan yang lain.

• Hal ini membolehkan perbandingan maklumat perakaunan yang adil antara dua tempoh perakaunan. Sebagai contoh, penggunaan kaedah susut nilai aset bukan semasa perniagaan perlu konsisten pada setiap tempoh perakaunan.

CONTOH 5

Lembaga Pengarah Kiflee Holding tidak bercadang untuk menukar kaedah susut nilai aset bukan semasa perniagaan sebaliknya kaedah susut nilai yang sama akan terus digunakan pada masa akan datang.

CONTOH 6

Sebuah mesin cetak yang dibeli dengan harga RM900 pada tahun 2014 masih lagi direkodkan sebagai RM900 dalam Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2016 walaupun harga pasaran mesin cetak yang sama model telah susut kepada RM500.

Prinsip kos • Semua aset perniagaan yang diperoleh hendaklah

dinilai dan direkodkan dalam Penyata Kewangan berdasarkan harga sebenar atau kos asal pembelian, bukannya nilai pasaran semasa atau nilai masa hadapan.

• Pengecualian kepada peraturan ini ialah apabila perniagaan dalam proses penutupan dan pembubaran.

Pengiktirafan hasil dan belanja • Semua hasil (belum terperoleh atau belum terima)

dan semua belanja (prabayar atau belum bayar) perlu diambil kira ketika menyediakan Penyata Kewangan pada akhir tempoh perakaunan. Hal ini adalah untuk membolehkan kita mengetahui untung bersih sebenar yang dijana oleh perniagaan sepanjang tempoh perakaunan.

Daya Fikir

1 Mengapakah prinsip ketekalan perlu dipatuhi ketika menyediakan Penyata Kewangan?

2 Kedai M membeli sebuah kenderaan berharga RM50 000 pada tahun 2013. Pada 1 Januari 2016, kenderaan tersebut dijual kepada Kedai N dengan harga RM34 000. Berapakah nilai kenderaan tersebut patut direkodkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan Kedai N pada 31 Disember 2016?

Hasil diiktiraf apabila barang atau perkhidmatan telah diberikan kepada pelanggan walaupun bayaran belum diterima.

Belanja diiktiraf apabila manfaat daripada perbelanjaan itu telah diperoleh walaupun belum dibayar.

TIP

chap 1 new.indd 23 10/10/2016 12:24:24 PM

Page 24: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

24

Batasan perakaunan Kos manfaat

• Kos penyediaan maklumat hendaklah tidak melebihi daripada nilai maklumat tersebut kepada pengguna Penyata Kewangan.

• Mengkaji sejauh mana pendapatan dapat dijana daripada kos yang ditanggung jika suatu projek dilaksanakan. Hal ini adalah untuk melihat sejauh mana wang yang dibelanjakan berkeupayaan untuk mendatangkan pendapatan kepada perniagaan.

• Dengan pendapatan yang optimum dan kos yang minima, perniagaan akan menikmati untung bersih yang lebih tinggi dan mengukuhkan kedudukan kewangan perniagaan.

CONTOH 7

Kedai Ben menerima bil elektrik pada 30 Disember 2016. Namun demikian, Ben hanya akan menjelaskan bil berkenaan pada bulan Januari tahun berikutnya. Walaupun bil itu belum dijelaskan pada 2016, Ben tetap mengiktiraf bil elektrik tersebut dan direkodkan dalam Akaun Kadar Bayaran kerana tahun kewangan Kedai Ben berakhir pada 31 Disember 2016.

KAJIAN KES 2

Encik Goh bercadang untuk menjana pendapatan tambahan melalui sebuah rumah kediaman yang dimilikinya di Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat dua pilihan untuk Encik Goh:(a) Menyewa secara bulanan dengan sewa bulanan RM800.(b) Menjalankan perkhidmatan inap desa dengan bayaran RM100 satu malam. Secara purata,

perkhidmatan inap desa adalah 16 malam bagi setiap bulan dan bil utiliti bulanan ialah sebanyak RM40, manakala upah pekerja ialah sebanyak RM920 sebulan.

Berikut merupakan jangkaan hasil dan jangkaan kos Encik Goh terhadap pilihan tersebut:

Projek/Aktiviti Analisis kos manfaat rumah sewa dan perkhidmatan inap desa

Pihak berkepentingan Encik Goh (pemilik rumah)

Pilihan 1: Rumah sewa Pilihan 2: Perkhidmatan inap desa

Jangkaan Hasil Jangkaan Kos Jangkaan Hasil Jangkaan Kos

Sewa tahunan= RM800 × 12 bulan= RM9 600

Tiada Hasil perkhidmatan = RM100 × 16 malam ×

12 bulan= RM19 200

Upah pekerja= RM920 × 12 bulan= RM11 040

Bil utiliti = RM40 × 12 bulan= RM480

Pendapatan bersih = RM9 600 Pendapatan bersih = RM7 680

INFO

Untuk mengetahui analisis kos manfaat dengan lebih terperinci, sila imbas QR Code berikut:

http://www.investopedia.com/terms/c/cost-benefitanalysis.asp

chap 1 new.indd 24 10/10/2016 12:24:25 PM

Page 25: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

25

LATIHAN MINDA 1.4

1 Nyatakan andaian, prinsip dan batasan bagi setiap situasi berikut: (a) Encik Samson mengambil barang niaga dari kedainya untuk kegunaan anak.

Perkara ini telah direkodkan dalam Akaun Ambilan. (b) Puan Halimah tidak bersetuju dengan keputusan pekongsinya mengubah kaedah

pengiraan susut nilai perniagaan kerana ini akan memberikan kesan kepada Penyata Kewangan.

(c) Pak Abu seorang tukang gunting rambut mengenakan bayaran RM15 bagi setiap pelanggan yang meminta perkhidmatan menggunting rambut daripadanya.

(d) Perniagaan Salmah menyediakan Penyata Kewangan setiap enam bulan untuk mengetahui prestasi perniagaannya.

(e) Sebuah kenderaan perniagaan dibeli oleh Kedai Roslan pada tahun 2012 dengan harga RM56 000. Selepas 3 tahun, kenderaan mengalami kejatuhan harga kepada RM35 000 sahaja. Dalam Penyata Kedudukan Kewangan Kedai Roslan, kenderaan tersebut tetap direkodkan sebagai RM56 000.

(f) Ketika menyediakan Penyata Kewangan semua belanja belum bayar dan prabayar perlu diambil kira semasa menghitung untung bersih perniagaan.

(g) Kilang Kain Wangsa Maju membuat keputusan membeli sebuah mesin kain yang lebih canggih dan dijangka meningkatkan keuntungan kilang untuk beberapa tahun akan datang.

(h) Seorang pekongsi telah membawa masuk tunai RM50 000 ke dalam perkongsian untuk meningkatkan kecairan tunai perkongsian. Perkara ini telah direkodkan ke dalam Akaun Modal pekongsi berkenaan.

2 Terangkan secara ringkas tentang kos manfaat.

3 Encik Sim memiliki Hotel Riang yang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember setiap tahun. Pada 15 September 2016, seorang pelancong Encik Puvan telah membuat tempahan bilik berharga RM450 bagi percutian pada bulan Februari 2017. Tempahan ini telah dibayar penuh oleh Encik Puvan dengan menggunakan kad kredit.

Di bawah prinsip pengiktirafan hasil dan belanja, adakah Encik Sim patut mengiktiraf tempahan Encik Puvan sebagai hasil bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016? Berikan alasan anda.

4 Encik Silva membayar sewa kediaman dengan tunai daripada kedainya. Namun, beliau merekodkan bayaran sewa kediaman itu sebagai belanja sewa premis kedai.

Nyatakan satu andaian perakaunan yang tidak dipatuhi oleh Encik Silva.

Encik Goh akan memperuntukkan tempoh selama 1 tahun untuk menilai keberkesanan pilihan yang akan diambil.

Berdasarkan jangkaan hasil dan jangkaan kos Encik Goh, apakah pilihan terbaik yang patut dilaksanakan oleh Encik Goh? Berikan justifikasi jawapan anda.

chap 1 new.indd 25 10/10/2016 12:24:25 PM

Page 26: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

26

AspekMilikan Tunggal

Perkongsian Syarikat Berhad Koperasi

Pemilikan Dimiliki oleh seorang pemilik

Perkongsian biasa:Dimiliki oleh 2 – 20 orang pekongsi

Syarikat Sendirian Berhad: 2 – 50 orang pemegang saham

50 – tiada had maksimum jumlah anggota

Perkongsian profesional:Dimiliki oleh 2 – 50 orang pekongsi

Syarikat Awam Berhad:2 – tiada had maksimum jumlah pemegang saham

Sumber modal

Disumbangkan oleh pemilik perniagaan

Disumbangkan oleh para pekongsi

Modal dikumpul daripada pemegang saham melalui terbitan saham dan langganan saham

Modal dikumpul daripada anggota melalui penerimaan fi masuk dan jualan saham

Tanggungan liabiliti

Menanggung liabiliti tidak terhad iaitu harta benda peribadi pemilik atau pekongsi akan digunakan untuk menjelaskan hutang jika perniagaan tidak berkemampuan membayar hutang semasa pembubaran

Menanggung liabiliti terhad setakat sumbangan modal yang dilaburkan

Undang-undang

Berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan

Berdaftar di bawah Akta Perkongsian 1961

Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965

Berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993

Murid boleh:• Menyenaraikan ciri-ciri

perniagaan Milikan Tunggal, Perkongsian, Syarikat Berhad dan Koperasi.

• Membanding beza ciri-ciri setiap entiti perniagaan dari segi milikan, sumber modal dan liabiliti.

STANDARD PEMBELAJARAN1.5 ENTITI PERNIAGAAN

Organisasi didefinisikan sebagai suatu kelompok orang yang bekerjasama dan memberikan komitmen untuk mencapai tujuan yang sama. Dalam perakaunan terdapat empat jenis organisasi iaitu:(a) Milikan Tunggal(b) Perkongsian(c) Syarikat Berhad(d) Koperasi

chap 1 new.indd 26 10/10/2016 12:24:25 PM

Page 27: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

27

AspekMilikan Tunggal

PerkongsianSyarikat Berhad

Koperasi

Keuntungan dan kerugian

Untung dinikmati sepenuhnya oleh pemilik manakala rugi ditanggung sepenuhnya oleh pemilik

Untung atau rugi akan diagihkan kepada para pekongsi mengikut syarat pembahagian untung atau rugi yang dipersetujui

Keuntungan diagihkan kepada para pemegang saham dalam bentuk dividen

Diagihkan kepada anggota koperasi dalam bentuk dividen

Pengurusan perniagaan

• Diuruskan oleh pemilik

• Dibantu oleh ahli keluarga atau saudara

• Diuruskan oleh pekongsi yang aktif

• Diuruskan oleh Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan

• Diuruskan oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan

Faktor pemilihan

• Modal permulaan rendah

• Pemilik bebas membuat keputusan perniagaan

• Pekongsi dapat menggabung modal dan kepakaran

• Risiko kerugian ditanggung bersama

• Berupaya untuk mengumpul modal yang lebih besar

• Tanggungan liabiliti terhad

• Diurus dan dikendalikan oleh anggota yang mempunyai objektif yang sama

• Berupaya mengumpul modal yang besar

1 Berikan maksud liabiliti tidak terhad.

2 Tentukan sama ada pernyataan berikut betul atau salah: (a) Perniagaan jenis perkongsian dikenakan cukai pendapatan syarikat. (b) Kedai Roti Morgan menanggung liabiliti tidak terhad. (c) Koperasi mengagihkan keuntungan dalam bentuk dividen kepada anggotanya. (d) Bilangan anggota koperasi adalah sekurang-kurangnya dua orang dan tiada

had maksimum.

LATIHAN MINDA 1.5

chap 1 new.indd 27 10/10/2016 12:24:25 PM

Page 28: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

28

Istilah PerakaunanBaca petunjuk dengan teliti. Kemudian lengkapkan silang kata berikut dengan terma perakaunan yang tepat.

1 2

3

4

5

6

7

8

9

MELINTANG4 Ciri kualitatif ini menekankan ketepatan masa untuk membekalkan maklumat

perakaunan yang relevan kepada pengguna.5 Peringkat kelima dalam sebuah Kitaran Perakaunan.6 Akauntan tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat dalaman perniagaan kepada

pihak luar.8 Rekod perakaunan terawal dijumpai di .9 Maklumat Penyata Kewangan haruslah bersesuaian dengan keperluan pengguna.

MENEGAK1 Kaedah susut nilai aset bukan semasa dikekalkan dan tidak berubah-ubah untuk

tempoh perakaunan berikutnya. Situasi ini berkaitan dengan prinsip .2 Pengguna merupakan pihak yang memiliki perniagaan dan juga pihak

yang bekerja dalam perniagaan berkenaan.3 merupakan badan penggubal standard perakaunan di Malaysia.4 Subbidang perakaunan untuk memeriksa dan memberi pendapat profesional terhadap

Penyata Kewangan perniagaan.7 Prinsip akhlak yang menjadi pegangan akauntan.

AKT

IVIT

I PEN

GAY

AA

N

chap 1 new.indd 28 10/10/2016 12:24:25 PM

Page 29: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

29

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Perakaunan merupakan perekodan dan pelaporan transaksi perniagaan secara sistematik.

Simpan kira dan perakaunan • Simpankirameliputikerjamengumpul,menyusun,merekod

danmenyimpan. • Perakaunanmeliputikerjamengumpul,menyusun,merekod,

menyimpan,melapor,merancang,menganalisis,menilaidanmerumus. Kitaran perakaunan

MerangkumilapanperingkatbermuladaripadaDokumenSumber,BukuCatatanPertama,Lejar,ImbanganDuga,Pelarasan,ImbanganDugaTerselaras,CatatanPenutupandanPenyataKewangan.

Subbidang perakaunan: •PerakaunanKewangan •PerakaunanPengurusan • Pengauditan •Percukaian

BadanPerakaunan (a) BadanKawalSelia •Malaysian Institute of Accountants(MIA) (b) BadanPenggubalPiawaian •Malaysian Accounting Standard Board(MASB) (c) BadanProfesional •Malaysian Institute of Certified Public Accountants(MICPA) •Chartered Institute of Management Accountants(CIMA) •Association of Certified Chartered Accountants(ACCA)

Sejarahperkembanganperakaunan • RekodkewanganyangpalingawaldijumpaidiBabyloniapada3500SM. • Pada400SM,rekodkewangandicatatdenganmenggunakanpapyrus

dan calamus di Mesir. • Luca PaciolitelahmemperkenalkanSistem Catatan Bergu dan beliau

digelarsebagai‘BapaPerakaunan’. • Padaabadke-18,perakaunanpengurusandiperkenalkanberikutan

perkembangan pesat dalam bidang perindustrian. • IASCditubuhkanpada1973untukmenggalakkanpenggunaanpiawaian

asas dalam perakaunan.PenyataKewanganterbahagikepada:

•AkaunPerdagangandanUntungRugi •PenyataKedudukanKewangan

29

chap 1 new.indd 29 10/10/2016 12:24:25 PM

Page 30: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

3030

Cirikualitatifasasmaklumatperakaunan • Kerelevanan • Perwakilanbenar

Cirikualitatiftertingkatmaklumatperakaunan •Kebolehbandingan •Kebolehfahaman •Kebolehsahan •Pemasaan

PihakyangmenyediakanPenyataKewangan •Pemilikperniagaan •Pekerjasendiri •Pihakluaryangmempunyaikepakaran

PenggunaPenyataKewangan •Penggunadalaman–pemilikperniagaan,pihakpengurusandanpekerja •Penggunaluaran–bank,pembekal,agensikerajaan,pelaburdan

bakal pelabur

Prinsip perakaunan: • Andaian •Prinsip •Batasan

Organisasi •Milikantunggal (a)Dimilikiolehseorangpemilik (b)Modaldisumbangkanolehpemiliksendiri (c) Liabilititidakterhad • Perkongsian (a)Perkongsianbiasa:Dimilikioleh2–20orang

Perkongsianprofesional:Dimilikioleh2–50orang (b)Modaldisumbangkanolehsetiappekongsi (c) Liabilititidakterhad • SyarikatBerhad (a)SyarikatSendirianBerhad:Dimilikioleh2–50orang SyarikatAwamBerhad:Tiadahadmaksimumpemiliknya (b)Modaldikumpulmelaluiterbitansahamdanlangganansaham (c) Liabilititerhad • Koperasi (a)Minimum50–tiadahadmaksimumanggota (b)Modaldikumpulmelaluikutipanfimasukdanjugasaham (c) Liabilititerhad

chap 1 new.indd 30 10/10/2016 12:24:26 PM

Page 31: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

31

Soalan ObjektifArahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan yang paling sesuai.

1 Pasangan yang manakah menerangkan simpan kira dan perakaunan dengan tepat?

Simpan kira Perakaunan

A Meliputi kerja mengumpul dokumen, merekod, melapor, mentafsir, merancang, menilai dan merumus.

Hanya melibatkan kerja mengumpul dokumen, merekod dan melapor.

B Merangkumi skop kerja yang lebih luas. Meliputi kerja mengumpul dokumen, merekod, melapor, mentafsir, merancang dan menilai.

C Hanya melibatkan kerja mengumpul dokumen, merekod dan melapor.

Meliputi kerja mengumpul dokumen, merekod, melapor, mentafsir, merancang, menilai dan merumus.

D Meliputi kerja mengumpul dokumen, merekod, melapor, mentafsir, merancang dan menilai.

Merangkumi skop kerja yang lebih luas.

2 Berikut merupakan sebahagian daripada sebuah Kitaran Perakaunan:

Sekiranya peringkat M tidak dilakukan dengan betul, apakah kesannya terhadap perakaunan perniagaan pada akhir tempoh perakaunan?A Ketepatan catatan bergu dalam lejar tidak dapat dipastikan.B Baki akhir bagi semua akaun tidak dapat dihitung dengan tepat.C Tiadaapa-apakesanyangsignifikanterhadapPenyata Kewangan.D Jurnal Am dan Jurnal Khas tidak dapat disediakan dengan sistematik.

3 Pernyataan berikut menerangkan suatu subbidang perakaunan:

Berpandukan penyataan di atas, apakah subbidang perakaunan yang dimaksudkan? A Perakaunan kewangan B Perakaunan pengurusan C Pengauditan D Percukaian

Buku Catatan Pertama Lejar M

•Menyediakanmaklumatperakaunanuntukpenggunadalaman.•Skopkerjatermasukkawalan,perancangandanpengurusanpengeluaran.

LATIHAN

chap 1 new.indd 31 10/10/2016 12:24:26 PM

Page 32: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

32

4 Yang manakah antara berikut merupakan kesan pelanggaran kod etika perakaunan ketika Penyata Kewangan disediakan terhadap pelabur?

A Pelabur akan berasa yakin terhadap kemampuan perniagaan untuk menjana dividen. B Pelabur akan menambahkan modal mereka ke dalam perniagaan untuk memperoleh

keuntungan yang lebih banyak. C Pelabur akan membuat keputusan yang kurang tepat kerana Penyata Kewangan tidak

menggambarkan prestasi sebenar perniagaan. D Pelabur tidak akan berasa curiga terhadap Penyata Kewangan kerana semua perkara

dalam perniagaan dilaporkan dalam keadaan baik.

5 Badan penggubal piawaian perakaunan di Malaysia ialahA C

B D

6 Pernyataan berikut menerangkan suatu badan profesional perakaunan di Malaysia:

Berpandukan penyataan di atas, apakah badan profesional perakaunan yang dimaksudkan? A MIA – Malaysian Instistute of AccountantsB MICPA – Certified Public AccountantsC MASB – Malaysian Accounting Standard Board D ACCA – Association of Certified Chartered Accountants

7 Luca Pacioli diberikan gelaran ‘Bapa Perakaunan’ kerana beliau telahA mencipta kaedah Venice.B memulakan Sistem Catatan Bergu. C menerbitkan pelbagai karya perakaunan.D memperkenalkan Sistem Catatan Bergu secara bertulis.

8 Apakah kepentingan sistem maklumat perakaunan pada sesebuah perniagaan?A Mengurangkan kebergantungan pada sumber tenaga kerja manusia dalam perakaunan.B Membolehkan pemantauan proses perakaunan berjalan lancar dalam perniagaan.C Menjamin peluang pekerjaan yang lebih baik dalam bidang perakaunan.D Meningkatkan kod etika pada akauntan dalam perniagaan.

9 Ciri kualitatif Penyata Kewangan termasuk I Kebolehbandingan III Keseragaman II Kebolehfahaman IV Pemasaan

A I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV

•Memberikankhidmatsokongankepadaahli-ahlidanparapelajarnyasepanjangkerjaya perakaunan mereka.

•Memberikanpendedahantentangperaturandanundang-undangyangberkaitandengan amalan perakaunan, kod amalan perakaunan dan etika.

chap 1 new.indd 32 10/10/2016 12:24:26 PM

Page 33: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

33

10 Pernyataan berikut menerangkan suatu ciri kualitatif Penyata Kewangan:

Berpandukan penyataan di atas, apakah ciri kualitatif Penyata Kewangan yang dimaksudkan? A Kebolehbandingan C Perwakilan benarB Kebolehsahan D Kebolehfahaman

11 Situasi berikut berkaitan dengan suatu andaian perakaunan:

Berpandukan situasi di atas, apakah andaian perakaunan yang dipatuhi oleh Encik Sammy?A Wang sebagai ukuran C Entiti berasinganB Tempoh perakaunan D Usaha berterusan

12 Pengguna dalaman Penyata Kewangan ialahA Ahli lembaga pengarah C Lembaga Hasil Dalam Negeri B Firma pengauditan D Bank Negara

13 Berikut merupakan ciri-ciri sebuah perniagaan:

Berdasarkan pernyataan di atas, perniagaan manakah menepati semua ciri di atas? A Kedai Dobi Kancil C Klinik Suzain dan HaslinaB Bestmart Sdn. Bhd. D Ah Lim Penang Prawn Mee

14 Apakah yang dimaksudkan dengan ‘liabiliti tidak terhad’?A Perniagaan mempunyai kapasiti hutang yang besar.B Perniagaan mendapat pembiayaian bank tanpa had.C Pemilik diberikan kepercayaan untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak ketiga.D Pemilik membayar hutang perniagaan dengan harta peribadi jika aset perniagaan

tidak mencukupi.

15 Situasi berikut berkaitan dengan suatu prinsip perakaunan:

Berpandukan situasi di atas, apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi? A Ketekalan C Entiti berasinganB Prinsip kos D Pengiktirafan hasil dan belanja

Maklumat dalam Penyata Kewangan mestilah bebas daripada kesilapan material dan tiada unsur berat sebelah serta pelaporannya tidak mengelirukan.

•Liabilititidakterhad.•Cukaipendapatanindividudikenakanataspemilik.•Untungataurugiperniagaandiagihkankepadasemuapemilik.

Komisen yang masih belum diterima pada akhir tempoh perakaunan perlu diselaraskan dalam Akaun Komisen sebelum untung bersih dapat ditentukan.

Encik Sammy memiliki sebuah kedai alat tulis. Setiap kali beliau mengambil inventori alat tulis untuk kegunaan anaknya, beliau tidak merekodkan ambilan itu sebagai belanja kedai. Sebaliknya, beliau merekodkannya ke dalam Akaun Ambilan.

chap 1 new.indd 33 10/10/2016 12:24:26 PM

Page 34: PENGENALAN KEPADA Modul 1 PERAKAUNANkerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia

34

Soalan Struktur

1 Berikan perbezaan antara simpan kira dengan perakaunan.

2 Terangkan secara ringkas tentang subbidang perakaunan berikut: (a) Perakaunan Kewangan (b) Perakaunan Pengurusan

3 Mengapakah seseorang akauntan perlu mematuhi kod etika perakaunan?

4 Bincangkan peranan akauntan sebagai seorang pemimpin dalam organisasi. Berikan dua contoh.

5 Terangkan fungsi badan-badan berikut: (a) Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) (b) Institut Akauntan Malaysia (MIA)

6 Nyatakan nama tokoh yang digelar ‘Bapa Perakaunan’ dan sumbangan beliau dalam bidang perakaunan.

7 Lakar dan labelkan sebuah Kitaran Perakaunan yang lengkap.

8 Nyatakan empat ciri kualitatif tertingkat maklumat perakaunan.

9 Bezakan entiti perniagaan milikan tunggal dengan perkongsian.

10 Bezakan entiti perniagaan syarikat awam berhad dengan syarikat sendirian berhad.

11 PuanHalimahmerupakanseorangakauntandalamsebuahfirmapengauditan.Padatahun 2016, beliau ditugaskan untuk mengaudit Penyata Kewangan bagi Kedai Fesyen Pertama. Encik Lim, pemilik Kedai Fesyen Pertama mengupah seorang akauntan, Encik Halim untuk mengendalikan kerja simpan kira di kedainya.

Pada hari pertama Puan Halimah melakukan kerja lapangan di Kedai Fesyen Pertama, Encik Halim telah menyuarakan situasi pengendalian dan perekodan hasil jualan tunai dalam buku catatan perakaunan kedai itu.

“Tunai hasil jualan akan dikira setiap hari dan direkodkan dalam buku tunai. Jumlah tunai daripada hasil jualan akan diserahkan kepada Encik Lim pada setiap hari Jumaat untuk didepositkan ke dalam akaun bank kedai. Namun demikian, daripada slip deposit bank, saya mendapati bahawa jumlah tunai yang dibankkan adalah kurang RM500 daripada jumlah tunai yang saya serahkan kepada Encik Lim setiap minggu,” kata Encik Halim kepada Puan Halimah.

“Saya pernah mengajukan perkara ini kepada Encik Lim tetapi Encik Lim mengatakan bahawa beliau akan mengubah amaun hasil jualan mingguan dalam Buku Tunai supaya sepadan dengan amaun yang didepositkan ke dalam akaun bank,” sambung Encik Halim.

Puan Halimah memberikan respons, “Encik Lim sewajarnya mengiktiraf hasil jualan yang sebenarnya berlaku dalam kedainya kerana pada akhir tempoh perakaunan nanti, tindakan Encik Lim akan memberikan impak yang kurang baik terhadap Penyata Kewangan perniagaannya.”

Berdasarkan senario di atas, bincangkan: (a) Adakah benar tindakan Puan Halimah dalam mengendalikan kes di atas? Berikan

justifikasianda. (b) Apakah implikasi tindakan Encik Lim terhadap Penyata Kewangan syarikatnya pada

akhir tempoh perakaunan?(Dipetik dan diubah suai daripada http://wpweb2.tepper.cmu.edu/ethics/AA/acct10-case.pdf)

chap 1 new.indd 34 10/10/2016 12:24:26 PM