pengenalan kebakaran dan tindakan (asnan alias)

12
Pengenalan Kebakaran Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan kata- kata yang yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalam kehidupan harian. Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupan harian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul. Kategori Kebakaran Dan Kejadian Api Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang bergabung iaitu bahan untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak, udara untuk membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau nyalaan. Rajah 1 : Segitiga Api Cara memadam kebakaran Anda telah mengetahui bahawa nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk memadamnya anda perlu untuk memisahkan gabungan tersebut. Contohnya sekiranya bahan seperti kayu yang boleh membantu nyalaan dijauhkan dari kawasan terbakar maka api akan terpadam kerana tiadanya bahan untuk dibakar. Anda juga boleh menghalang udara dari sampai ke tempat kebakaran dengan menutup kawasan kebakaran dengan mengunakan guni basah sekiranya nyalaan adalah kecil.

Upload: asnan-alias-enterprise

Post on 26-May-2015

444 views

Category:

Presentations & Public Speaking


1 download

DESCRIPTION

Pengenalan Kebakaran Dan Tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan kebakaran dan tindakan (Asnan Alias)

Pengenalan Kebakaran

Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan kata-

kata yang yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalam kehidupan

harian. Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupan harian, ia akan

menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul.

Kategori Kebakaran Dan Kejadian Api

Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang

bergabung iaitu bahan untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan

minyak, udara untuk membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi

untuk menghasilkan api atau nyalaan.

Rajah 1 : Segitiga Api

Cara memadam kebakaran

Anda telah mengetahui bahawa nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur iaitu

bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk memadamnya anda perlu

untuk memisahkan gabungan tersebut.

Contohnya sekiranya bahan seperti kayu yang boleh membantu nyalaan

dijauhkan dari kawasan terbakar maka api akan terpadam kerana tiadanya

bahan untuk dibakar. Anda juga boleh menghalang udara dari sampai ke

tempat kebakaran dengan menutup kawasan kebakaran dengan mengunakan

guni basah sekiranya nyalaan adalah kecil.

Page 2: Pengenalan kebakaran dan tindakan (Asnan Alias)

Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu: a. Melaparkan Ini dilakukan dengan:

i. Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain. ii. Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain. iii. Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya mudah dipadamkan.

b. Melemaskan.

Ini dilakukan dnegan menghalang kemasukan udara dengan

cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya

tidak dapat membantu kebakaran.

c. Menyejukkan.

Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkan

perpindahan haba dengan menurunkan haba dan

menurunkan suhu kebakaran sehingga ketahap rendah.

Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan akan terpadam.

d. Memutuskan Rantai Tindakbalas.

Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan

mengunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF

dan serbuk kering.

Page 3: Pengenalan kebakaran dan tindakan (Asnan Alias)

Cara api merebak Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api

merebak iaitu dengan kaedah olakan haba, pengaliran,

bahangan dan terus menerus.

a. Olakan haba.

Apabila terjadinya kebakaran dalam sebuah bangunan, asap

dan gas- gas yang panas akan mengalir naik ke atas. Asap

dan gas panas ini biasanya akan terperangkap di bahagian

atas bangunan ataupun rumah yang terbakar. Keadaan ini

akan menyebabkan suhu di mana kawasan asap dan gas

terperangkap akan meningkat dengan mendadak. Suhu yang

meningkat ini akan menyebabkan bahan yang mudah

terbakar akan terbakar dengan sendirinya apabila telah

sampai ke suhu pembakaran.

b. Pengaliran

Bahan-bahan seperti tembaga dan besi walaupun tidak

terbakar, tetapi boleh menghasilkan bahang dan suhu

yang panas. Jadi apabila sesebuah bangunan terbakar,

besi dan tembaga merupakan agen pengaliran yang akan

mengalirkan bahang tersebut dari satu tempat ke satu

tempat yang lain. Walaupun ianya tidak terbakar, tetapi

suhu dan bahang yang dihasilkan akan menyebabkan

bahan-bahan di sekitarnya terbakar dengan sendirinya.

c. Bahangan.

Pembakaran terbuka yang besar boleh menyebabkan suhu di

sekitar kawasan terbakar turut meningkat. Keadaan ini juga

boleh menyebabkan bahan-bahan bakar yang berada

berhampiran dengan kawasan terbakar akan turut terbakar

walaupun ianya tidak bersentuhan.

Page 4: Pengenalan kebakaran dan tindakan (Asnan Alias)

d.Terus menerus.

Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak.

Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api mudah

merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu

sama lain.

Kelas-kelas api

Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan

punca bahan yang menghasilkan kebakaran. Pengetahuan

mengenai jenis api penting kerana ia dapat menentukan

jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk

memadamkan kebakaran tersebut.

KELAS

API

CONTOH ALAT PEMADAM API

PERMULAAN

A

JENIS PEPEJAL- kertas, kayu habuk, kain ABC(Serbuk Kering) Air

Buih

B

JENIS CECAIR - minyak, gasolin, alkohol

ABC

Buih

CO2

Air Semburan

Halon

C

JENIS GAS - acetylene, ammonia, butane ABC

Air Semburan

Halon (BCF)

D JENIS LOGAM - aluminium, kalsium,

magnesium

ABC

A B C D

Rajah 2: Simbol kelas-kelas api yang biasa digunakan.

Page 5: Pengenalan kebakaran dan tindakan (Asnan Alias)

Alat pemadam api permulaan

Ramai orang biasa melihat alat pemadam api permulaan, tetapi tidak

semua yang biasa melihatnya mengetahui cara ianya berfungsi. Alat ini

tidak direkabentuk untuk mengatasi atau memadam api yang besar

tetapi ia adalah untuk memadamkan api kecil di peringkat permulaan

kebakaran. Setiap alat pemadam api permulaan mestilah ditandakan

simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. Jenis

yang biasa dan banyak digunakan sekarang adalah dari jenis debu

kering.

Rajah 3 : Alat pemadam api

permulaan(Fire Extinguishers)

Page 6: Pengenalan kebakaran dan tindakan (Asnan Alias)

Cara Menggunakan Alat Pemadam Api

Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan

adalah berdasarkan singkatan perkataan PASS

P - Pull - Tarik pin di atas alat pemadam api.

A- Aim - Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan).

S - Squeeze - Pusing atau tekan pemegang.

S - Sweep - halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter sehingga api padam.

Page 7: Pengenalan kebakaran dan tindakan (Asnan Alias)

Pengenalan Tindakan Kebakaran Pelan Tindakan Insiden Kebakaran AGRO INDUS ini dibentuk bagi menggariskan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. Tindakan yang diambil adalah pra-pencegahan dimana mengawal situasi kebakaran sebelum tindakan menyelamat dilaksanakan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Objektif Penyediaan Pelan Tindakan

1. Memastikan tindakan menyelamat kebakaran dilaksanakan mengikut prosuder dan teratur.

2. Memastikan tindakan awal pencegahan kebakaran dilaksanakan segera bagi

mengelakkan kebakaran daripada merebak.

3. Memastikan semua kakitangan bersedia menghadapi situasi kecemasan semasa kebakaran.

4. Memastikan tidak berlaku suasana tegang semasa, sedang dan selepas insiden berlaku.

5. Memberi ilmu pengetahuan kepada kakitangan dan pihak penyelenggaraan

berhubung dengan kaedah bagaimana untuk bertindak semasa berlaku kecemasan/kebakaran

Sasaran Pelan Tindakan

i. Memberi maklumbalas selepas menerima amaran kecemasan-Sasaran adalah

serta merta ( kurang dari 1 minit ) ii. Pengesahan berlaku kebakaran-Sasaran adalah kurang dari 5 minit. iii. Kakitangan mengosongkan pejabat dan berada di dalam tangga kecemasan

selepas pengesahan berlaku kebakaran-Sasaran adalah kurang 5 minit. iv. Ketibaan Bomba selepas pengesahan kebakaran-Sasaran adalah kurang dari

10 minit.

Page 8: Pengenalan kebakaran dan tindakan (Asnan Alias)

Langkah Ketika Berlaku Kebakaran

Tindakan awal berlaku kebakaran

Sekiranya terdengar loceng penggera kecemasan berbunyi di bangunan, patuhi arahan-arahan tersebut. Mungkin dimaklumkan supaya tidak panik.

Bergerak secara berhati-hati dengan memeriksa kepanasan setiap pintu yang anda temui serta kadar asap diruang tangga dan koridor. Sekiranya terdapat asap,cari jalan keluar yang lain,jika gagal menemui jalan keluar yang lain, kembali semula ke bilik asal.

Semasa keluar, pastikan semua pintu di belakang di tutup bagi mengelakkan asap atau api merebak.

Kerja menyelamat mangsa di bangunan tinggi mungkin mengambil masa yang agak lama. Oleh itu, anda perlu tenang dan bersabar.

Prosedur kecemasan kebakaran

Prosedur kecemasan ini hendaklah digunapakai semasa kebakaran. Ia menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa kebakaran bagi tujuan mengatasi semua jenis kemalangan yang berlaku. Berikut adalah tindakan ketika berlaku kecemasan.

Page 9: Pengenalan kebakaran dan tindakan (Asnan Alias)

Tindakan Menyelamatkan Diri

Apabila kedengaran loceng penggera (isyarat kecemasan kebakaran), semua pekerja AGRO-INDUS / pelawat hendaklah :

i. Hentikan kerja serta-merta dan matikan semua punca

elektrik berdekatan anda serta cabutkan plug.

ii. Hendaklah KELUAR IKUT LALUAN PELAN KECEMASAN yang ditetapkan.

iii. Jangan panic ,berlari dan tolak-menolak.

iv. Jangan berpatah-balik untuk mengambil barang yang tertinggal.

v. Berikan kerjasama sepenuhnya dan patuhi arahan dari AJK Keselamatan.

vi. Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan iaitu di Tempat Berkumpul (Assembly Point).

vii. Sila hubungi Balai Bomba terdekat di talian 04-9171444(Jitra)/ 04-7344444(A/Star) atau dail TALIAN KECEMASAN 999

Page 10: Pengenalan kebakaran dan tindakan (Asnan Alias)

API

LIHAT API

BUNYIKAN PENGGERA

PANGGIL BOMBA

SAIZ KEBAKARAN BESAR LARI

ALAT PEMADAM API ADA? TIDAK LARI

KEMEREBAKAN? CEPAT LARI

KEADAAN ASAP? BAHAYA LARI

ALAT PEMADAM API SESUAI? TIDAK LARI

TAHU GUNA TIDAK LARI

BAWA ALAT PEMADAM API KE

TEMPAT KEBAKARAN?

DALAM LUAR

PINTU API DALAM ATAU LUAR ANGIN

DIBELAKANG DIBELAKANG

BERDIRI 10 KAKI DARI API

UJI ALAT PEMADAM API? TIDAK

BERFUNGSI

PADAM KEBAKARAN

BOMBA

LARI

CARTA TINDAKAN PENGAWALAN DAN PEMADAMAN KEBAKARAN

Page 11: Pengenalan kebakaran dan tindakan (Asnan Alias)

Menyelamatkan Diri Semasa Kebakaran

A. Cara-cara Bergerak Semasa Terperangkap Di Dalam Asap

Ketika kebakaran, asap merupakan ancaman kerana ia bergerak mendahului api, panas, menyesakkan pernafasan serta beracun dan boleh menyekat jalan menyelamatkan diri dari kebakaran. Sebagai panduan menyelamatkan diri dari kebakaran asap, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Bertenang, sabar dan berfikir. Panik atau kelam kabut boleh mengakibatkan anda bertindak dengan cara yang salah.

ii. Sebelum membuka pintu, pastikan dahulu, jika panas biarkan tertutup. Cari jalan lain untuk menyelamatkan diri.

iii. Jika terperangkap dalam asap, rendahkan diri seberapa boleh sebaiknya merangkak di atas lantai dan bernafas pendek-pendek (melalui hidung hingga sampai ke tempat selamat)

iv. Kepulan asap yang banyak biasanya boleh menggelapkan/ mengaburkan pandangan. Dalam keadaan sedemikian, gunakan belakang tangan untuk meraba jalan menyusur dinding hingga bertemu pintu keluar.

B. Terperangkap Di Dalam Bangunan Terbakar

Jika anda terperangkap di dalam bangunan semasa berlaku kebakaran, anda hendaklah bertindak seperti berikut:

i. Cuba buka seberapa banyak pintu bertutup antara jarak anda dengan api. ii. Sebagai makluman, pintu-pintu boleh menjadi penyelamat nyawa anda.

Tutupkan pintu di belakang anda dan jauhkan diri dari asap dan bahang. Sumbat celah-celah pintu dan lubang angin dengan kain atau apa sahaja bahan yang sesuai bagi mengelakkan asap masuk (pilih bilik bertingkap dan tunggu untuk diselamatkan)

iii. Pergi ke tingkap bagi mendapatkan udara bersih dan beri isyarat minta bantuan

iv. Buka tingkap di atas dan di bawah untuk membolehkan udara kotor keluar dan udara bersih masuk

v. Jika keadaan semakin buruk, pandang keluar tingkap, balut kaki dengan baju, carpet atau sebagainya (basahkan jika perlu) bagi menahan kepanasan

vi. Jangan cuba terjun dari tingkap atau tingkat yang tinggi. Ramai orang terbunuh kerana tergopoh-gapah terjun. Tunggu BOMBA atau pasukan penyelamat, jika benar-benar tiada jalan lain lagi.

Page 12: Pengenalan kebakaran dan tindakan (Asnan Alias)

C. Melepaskan diri dari bangunan terbakar

i. Tutup mulut dan hidung dengan kain basah ii. Jika sesat dalam bilik, tuju ke dinding dan jalan dalam keadaan searah

hingga jumpa pintu. iii. Jika asap tebal gunakan kaedah meraba dengan tangan. Genggam

tangan sedikit dan gunakan belakang tapak tangan jika ingin menyentuh sesuatu yang tidak pasti atau halangan.

iv. Merangkak jika asap tebal kerana udara bersih/sejuk berada berhampiran lantai.

v. Gunakan bahagian tangga yang rapat dengan dinding (bahagian yang agak kuat).

vi. Rasa dengan kaki dahulu sebelum memijak dengan seluruh badan vii. Jika ditingkat satu dan ingin terjun, bergayut dahulu sebelum terjun. viii. Jika ditingkat dua, gunakan cadar, selimut sebagai tali. ix. Bangunan tinggi, sila pastikan tutup (bukan kunci) pintu untuk

mengurangkan asap. x. Pakaian terbakar - selimut dengan kain atau guni. Gulingkan mangsa

diatas lantai. Jika diri sendiri, tutup mulut dengan tangan dan gulingkan diri di atas lantai.

Tip menghadapi kebakaran

Sentiasa Bersedia

• Biasakan diri dengan bunyi loceng kecemasan bangunan.

• Kenalpasti kedudukan loceng kecemasan dibangunan serta cara untuk

menggunakannya.

• Ketahui sekurang-kurangnya dua jalan keluar untuk melepaskan diri termasuk

tingkap-tingkap serta biasakan diri dengan semua jalan keluar.

• Ketahui jalan terdekat menuju jalan pelepasan diri supaya mudah mencarinya

walaupun dalam keadaan gelap.

• Pilih satu tempat untuk berkumpul diluar bangunan supaya dan semua ahli

keluarga berkumpul selepas keluar.