pengenalan estet afiq

11
PENGENALAN APA ITU PENILAI ? Penilai ialah para professional yang mempunyai peranan utama dalam memberi nasihat dan pendapat tentang nilai harta tanah yang dinyatakan dalam bentuk wang. Penilai juga boleh bertindak sebagai perunding harta tanah,perunding projek, pelaburan, pelelong harta tanah, pengurus dan penasihat harta tanah. Penilai juga mampu memberi nasihat tentang pelaburan dan pembiayaan pembanggunan harta tanah kepada ahli spekulasi atau orang perseorangan yang inginkan nasihat tentang harta tanah dan bangunan seperti aspek-aspek sewaan, jualbeli, pinjaman perumahan dan lain-lain.

Upload: za-c-pelangi-senja

Post on 15-Sep-2015

34 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

THE SPONGEBOB SQUAREPANTS MOVIE: SPONGE OUT OF WATER

TRANSCRIPT

PENGENALAN

APA ITU PENILAI ?Penilai ialah para professional yang mempunyai peranan utama dalam memberi nasihat dan pendapat tentang nilai harta tanah yang dinyatakan dalam bentuk wang.Penilai juga boleh bertindak sebagai perunding harta tanah,perunding projek, pelaburan, pelelong harta tanah, pengurus dan penasihat harta tanah.Penilai juga mampu memberi nasihat tentang pelaburan dan pembiayaan pembanggunan harta tanah kepada ahli spekulasi atau orang perseorangan yang inginkan nasihat tentang harta tanah dan bangunan seperti aspek-aspek sewaan, jualbeli, pinjaman perumahan dan lain-lain.

PERANAN DAN TUGAS PENILAI DI SEKTOR AWAM (KERAJAAN)

1. PUNGUTAN CUKAI

Cukai stem atau duti stem adelah sejenis cukai yang dikenakan oleh kerajaan kepada pembeli harta tanah atau penerima pindah milik. Bayaran cukai stem ini adelah bedasarkan pada harga atau nila pasaran harta tanah berkenaan. Tugas penilai ialah menasihatkan pemungut cukai stem tentang harga dan nilai pasaran harta tanah yang dipindah milik.

2. DUTI HARTA PUSAKA

Sejenis cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap semua harta tanah yang dimilik oleh simati. Tugas penilai kerajaan adelah menasihat pemungut duti harta pusaka tentang nilai-nilai pasaran harta tanah simati. Cukai harta pusaka dikenakan keatas jumlah yang terkumpul nilai harta tanah simati.

3. CUKAI KEUNTUNGAN HARATA TANAH

Akta yang berhubung dengan cukai bagi keuntungan di dalam melupuskan sesuatu harta tanah ialah akta KTN 1976. Akta ini berkuat kuasa pada 7 november 1976 dan telah dipinda beberapa kali.

4. MAKSUD KADARAN DAN SUMBANGAN MEMBANTU KADAR

Kadaran atau cukai pintu dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan ke atas semua pegangan yang terletak di bawah kawasannya. Tugas penilai di sini asdalah menentukan nilai tahunan atau nilai kemajuan sesuatu pegangan. Cukai yang dikenakan adalah berasaskan kepada Nilai Tahunan (NT) dan Nilai Kemajuan (NK). Caruman membantu kadar dikenakan ke atas bangunan-bangunan yang dimiliki oleh kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.

5. PEMUNGUT HASIL TANAH

Tugas penilai disini ialah menasihati pemungut hasil tanah tentang bayaran pampasan yang mencukupi kepada tuan tanah. Bayaran pampasan ini merangkumi nilai pasaran tanah yang diambil, penjejasan terbabit, naik nilai dan lain-lain kerugian.

6. PINJAMAN PERUMAHAN KAKITANGAN KERAJAAN

Kakitangan kerajaan yang sudah mematuhi syarat-syarat tertentu boleh mengambil pinjaman perumahan (housing loan) untuk membeli rumah. Tugas penilai disini adalah menilai rumah tersebut bagi menentukan jumlah pinjaman yang boleh diluluskan.

7. INSURAN KEBAKARAN

Rumah yang dibeli melalui pinjaman perumahan juga perlu dinilai bagi maksud insuran kebakaran. Pembeli dikehendaki mengambil polisi insuran kebakaran untuk melindunginya apabila berlaku kebakaran. Penilai akan diminta untuk menentukan nilai pembinaan semula (Reinstatement Value) harta tanah.

8. SEWA RUANG PEJABAT YANG DISEWAKAN KEPADA JABATAN KERAJAAN

Jabatan kerajaan yang menduduki bangunan pejabat, milik orang perseorangan atau syarikat perlu membayar sewa. Tugas penilai ialah menentukan kadar sewa yang perlu dibayar.

9. TUKAR SYARAT ATAU PERMINTAAN GUNA TANAH

Seksyen 124,KTN 1905 memperuntukan bahawa tuanpunya boleh memohon kepada pihak berkuasa negeri untuk mengubah atau mengenakan jenis penggunaan tanah.

PERANAN DAN TUGAS PENILAIAN SWASTA

PENILAIAN HARTA BAGI TUJUAN JUAL BELI

Penilai mungkin mewakili sama ada bakal pembeli atau bakal penjual. Tugas penilai disini adalah untuk menasihat penjual atau pembeli mengenai harga jualan atau pembelian sesuatu harta tanah. Penilai mestilah mempunyai pengetahuan dan kepakaran tentang pasaran harta tanah bagi pelbagai jenis harta tanah dan lokasi. Penilai juga boleh bertindak sebagai ejen atau broker harta tanah. Penilai boleh berunding bagi pihak pelanggan yang menjual atau membeli atau menyewa harta tanahnya.

PENILAI HARTA TANAH BAGI MAKSUD SEWAAN

Penilai mungkin mewakili pemilik harta tanah atau tuan tanah yang mahu menyewakan untuk menerima jumlah sewa atau penilai juga blh mewakili penyewa yang mahu menduduki harta tanah dengan bayaran sewa. Dengan kes ini, penilai akan menasihat pelanggan satu paras sewaan yang difikirkan adalah nilai sewaan tahunan harta tanah tersebut.

PENILAIAN HARTA TANAH YANG HENDAK DICAGARPihak yang meminjamkan melalui cagaran harta-harta terlibat mungkin juga memerlukan khidmat penilai bagi menilai harga jualan dengan serta merta sekiranya peminjam wang itu tidak mampu untuk membayar balik wang yang dipinjamkan kepadanya.

PENILAIAN UNTUK PELABURAN HARTASebelum memberikan pendapat dan nasihat, penilai akan mengkaji keadaan pasaran harta tanah bagi menentukan hasil pendapatan serta keuntungan yang dapat diperolehi daripada pelaburan modal dalam harta tersebut.

PENILAIAN UNTUK MAKSUD PERAKAUNANKenaikan nilai harta tanah akan mengukuhkan lagi penanaman modal merekadalam harta yang berkenaan dan mungkin dapat menarik minat sesiapa yang ingin turut serta dalam usaha sama ataupun bagi membeli saham syarikat yang memiliki harta itu.

PENILAIAN HARTA YANG DIAMBIL BALIK KERAJAANTuan tanah yang mana tanahnya diambil balik oleh kerajaan boleh mendapatkan penilaian ke atas harta dan pampasan yang ingin di tuntut.

RUMUSAN

Sepanjang tempoh saya melakukan kerja kursus yang bertajuk TUGAS PENILAI KERAJAAN DAN SWASTA, kami dapat mempelajari peranan yang dilakukan oleh seorang penilai sama ada di sector awam ataupun swasta. Ini juga amat berguna untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami dalam mempelajari dan mendalami subjek pengurusan hartanah.

RUJUKAN

Nota subjek pengurusan hartanah. Ismail Omar (1992), Penilaian Harta Tanah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Richmond, D (1992), Pengenalan kepada Penilian, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 1 PERANAN DAN TUGAS PENILAIAN KERAJAAN 2-4 PERANAN DAN TUGAS PENILAI SWASTA 5-6 RUMUSAN 7 RUJUKAN 8