pengenalan dan konsep akauntabiliti artikel/akauntabiliti dalam... · sistem, undang-undang ......

Download PENGENALAN DAN KONSEP AKAUNTABILITI Artikel/Akauntabiliti dalam... · sistem, undang-undang ... diberikuasa oleh jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi

If you can't read please download the document

Upload: buinguyet

Post on 06-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • KEPENTINGAN AKAUNTABILITI

    Tuntutan Akauntabiliti prasyarat dalam penurunan

    kuasa.

    Tanpa akauntabiliti, perwakilan dan penurunan kuasa hanya sekadar penyerahan kuasa sahaja tanpa menggariskan apa

    yang sepatutnya dihasilkan melalui ppenggunaan kuasa

    terutamanya untuk tujuan menggunakan, mengagihkan dan

    memindah peruntukan yang diberikan.

    Falsafah Perbendaharaan dalam sistem pengurusan

    kewangan Kerajaan Let Managers Mange

    - penurunan kuasa memlakukan perbelanjaan, agihan

    dan pindah peruntukan, Sekatan dihapuskan atau dilonggarkan dengan harapan pengurusan kewangan dapat dilaksanakan dengan

    lebih cekap dan berkesan lagi tanpa perlu merujuk kepada pihak

    atasan ataupun Perbendaharaan.

  • KEPENTINGAN AKAUNTABILITI Setiap anggota perkhidmatan awam bertanggungjawab

    menentukan bahawa wang awam dibelanjakan mengikut

    apa yang telah dirancang dan dianggarkan mengikut,

    sistem, undang-undang, prosedur dan peraturan yang

    ditetapkan.

    Akauntabiliti merupakan jaminan bahawa wang awam

    diuruskan dengan cekap dan berkesan.

    Proses dan mekanisme akauntabiliti akan menentukan

    sama ada seseorang anggota perkhidmatan awam telah:

    Membelanjakan peruntukan yang diberikan kepada agensi,

    program, aktiviti atau projeknya mengikut perancangan dan

    anggaran, sistem, prosedur dan peraturan semasa.

  • KEPENTINGAN AKAUNTABILITI Mengutip hasil dengan cekap dan cepat.

    Mendapatkan pulangan terbaik bagi setiap ringgit yang

    dibelanjakan, dan

    Menyelenggarakan aset dan stor di bawah kawalannya dengan

    baik.

    Tanpa akauntabiliti dlm pengurusan kewangan,

    beberapa kesan negatif boleh berlaku dalam sesebuah

    jabatan, antaranya:

    Kekurangan/kemorosotan amaun kutipan hasil;

    Pembaziran penggunaan sumber kewangan, tenaga kerja dan

    masa;

    Kelewatan menyiapkan sesuatu projek

    Aset dan stor tidak diselenggarakan dengan baik;

    Melumpuhkan pengurusan perkhidmatan awam; dan

    Membuka peluang dan ruang untuk rasuah, salahguna kuasa

    dan penyelewengan.

  • KEPENTINGAN AKAUNTABILITI Akauntabiliti sangat penting kepada perkhidmatan awam

    kerana ia boleh menjadi benteng kepada penjawat

    awam daripada terjerumus kepada gejala-gejala yang

    tidak diingini seperti penyelewengan, penyalahgunaan

    kuasa dan rasuah.

    Robert Clitgaard, pakar jenayah rasuah Barat

    memberikan formula hubungan antara rasuah dan

    akauntabiliti:

    C = M + D A

    Akauntabiliti juga penting sebagai menunaikan obligasi

    penjawat awam terhadap sumber-sumber awam yang

    diamanahkan kepadanya..

  • STRUKTUR DAN KUASA DALAM

    PENGRUSAN KEWANGAN SEKTOR

    AWAM (PKSA)

  • PIHAK BERKUASA PKSA Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan: Kuasa Pemerintah Persekutuan adalah terletak pada Yang di Pertuan Agong dan kuasa itu boleh dijalankan oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain.

    Berhubung dengan Pengurusan kewangan awam, Yang di Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri melalui Menteri Kewangan yang telah diberi kuasa eksekutif oleh Badan Perundangan. [Seksyen 6(1), Akta Acara Kewangan 1957]

  • SIAPA BERTANGGUNGJAWAB BERKENAAN DENGAN PKSA?

    Menteri Kewangan adalah bertanggungjawab secara keseluruhan ke atas Pengurusan Kewangan Kerajaan Persekutuan Seksyen 6(1), Akta Acara Kewangan 1957 (dipinda 1972) menyatakan : Pengurusan Kumpulan Wang Disatukan dan kawalan dan Arahan bagi semua perkara berhubung dengan hal ehwal Kewangan Persekutuan terletak hak pada Menteri

  • KUMPULAN WANG DISATUKAN

  • Bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab

    tersebut, Menteri Kewangan dibenarkan

    mengikut Seksyen 15(A)1, Akta Acara

    Kewangan untuk mewakilkan kuasanya

    kepada Pegawai Pengawal yang juga menjadi

    Ketua Pegawai Perakaunan bagi agensi-agensi

    di bawah kawalannya untuk melaksanakan

    tugas pengurusan kewangan di agensi

    masing-masing.

  • PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB

    PEGAWAI PENGAWAL

    1) Mengawal perbelanjaan yang dibenarkan di bawah maksud perbelanjaan yang dibenarkan, dan

    2) Menjadi Ketua Pegawai Perakaunan mengenai (a) semua wang awam yang dipungut, diterima atau

    dibelanjakan, dan (b) semua stor awam yang telah diterima, dipegang

    atau dilupuskan, oleh atau kerana jabatan atau perkhidmatan yang maksud perbelanjaannya diperuntukkan.

    [Sek. 15A(1) APK].

    Bertanggungjawab kepada JKWA (PAC)