pengenalan brosur

Upload: huitene-sim

Post on 04-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

1.0PengenalanBrosur, buku kecil, atau pamflet adalah terbitan bukan berkala yang dapat terdiri dari satu hingga sejumlah kecil muka surat, tidak mempunyai perkaitan dengan terbitan lain, dan selesai dalam sekali terbit. Halamannya sering dijadikan satu (antara lain dengan pengokot, benang, atau kawat), tetapi tidak menggunakan jilid keras.Brosur mempunyai beberapa fungsi antaranya: Informatif: Brosur biasanya digunakan untuk memberitahu kepada semua pelanggan ataupun calon pelanggan yang berpotensi tentang syarikat, produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat, atau perubahan terbaru tentang syarikat. Pengiklanan: Brosur merupakan salah satu bahagian yang sangat penting sebagai media mengiklankan satu ataupun beberapa produk yang dijual ataupun perkhidmatan yang boleh diberikan kepada pelanggan. Identifikasi: Reka Cipta Brosur yang sangat baik, akan membolehkan broshur digunakan pada setiap risalah yang hendak dikeluarkan. Seterusnya, ini akan memudahkan pelanggan mengenali perniagaan serta memberikan prestij dan kredibiliti bagi perniagaan serta memudahkan untuk melakukan kempen "iklan" bagi setiap produk yang akan dijual, jadi ada baiknya setiap reka bentuk brosur yang di buat oleh perkhidmatan percetakan harus benar - benar sudah mantap dan sesuai untuk di promosikan.

1