brosur asma

1
...Membudayakan Gaya Hidup Sihat Bil : [14] 2004 Program Kerjasama Pembangunan Perkhidmatan Kesihatan Daerah Hulu Langat (KPPK) Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Hospital UKM, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. Tel : 03- 9170 2615 Fax : 03- 9173 7825 www.kppk.com.my Jika anda seorang pengidap asma, anda bukan keseorangan. Berjuta-juta manusia di seluruh dunia tanpa mengira bangsa, umur atau jantina juga mengidap penyakit ini. Asma tidak berjangkit, Ia sering dikaitkan dengan masalah alahan. Jika anda atau ahli keluarga ada mempunyai masalah alahan, ini akan meningkatkan risiko anda untuk mengidapi asma. asma mengganggu kesihatan anda ASMA Asma adalah keadaan dimana saluran pernafasan dalam paru- paru sangat sensitif kepada bahan-bahan alahan (allergen) tertentu dan ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba. Apabila pesakit terdedah kepada alahan, saluran pernafasan mudah mengalami irritasi lalu manjadi bengkak. Ini mengakibatkan pesakit sukar untuk bernafas. Ketahuilah Kejadian Kecemasan Ubat kelegaan cepat anda tidak membantu untuk jangkamasa lama atau ianya tidak membantu langsung. Pernafasan masih cepat dan sukar. Sukar bercakap. Bibir atau kuku bertukar kebiru-biruan. Hidung terbuka lebar apabila seseorang bernafas. Kulit tertarik di sekitar rusuk dan leher apabila seseorang bernafas. Degupan jantung atau nadi sangat cepat. Sukar berjalan. Berpeluh-peluh. Dapatkan bantuan kecemasan dari doktor sekiranya anda tidak bertambah baik Dapatkan bantuan sekiranya anda mendapati tanda-tanda asma merbahaya seperti : Ubat kelegaan cepat untuk asma memberikan kelegaan untuk sementara waktu. Ianya mungkin memberhentikan serangan. Anda mungkin berasa semakin pulih tetapi saluran udara semakin radang. Keadaan ini boleh membawa kepada serangan asma yang teruk. Sekiranya anda menggunakan ubat kelegaan setiap hari untuk menghentikan serangan asma, ini bermaksud anda memerlukan ubat pencegah asma. sekiranya anda memerlukan ubat kelegaan melebihi 4 kali sehari untuk menghentikan serangan asma, anda memerlukan bantuan doktor sekarang juga. Berhati-hati! menggunakan ubat kelegaan cepat secara keterlaluan untuk serangan asma boleh memudaratkan paru-paru kiri paru-paru kanan bronkitis saluran udara menjadi sempit saluran udara yang normal penyempitan salur udara ketika asma terjadi paru-paru saluran udara menjadi sempit saluran udara menjadi sempit secara tiba-tiba

Upload: tan-lu-yan

Post on 02-Aug-2015

145 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Brosur Asma

...Membudayakan Gaya Hidup Sihat Bil : [14] 2004

Program Kerjasama PembangunanPerkhidmatan KesihatanDaerah Hulu Langat (KPPK)Jabatan Kesihatan Masyarakat,Fakulti Perubatan, Hospital UKM,Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak,56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Tel : 03- 9170 2615Fax : 03- 9173 7825

www.kppk.com.my

Jika anda seorang pengidap asma, anda bukan keseorangan. Berjuta-juta manusia di seluruh dunia tanpa mengira bangsa, umur atau jantina juga mengidap penyakit ini. Asma tidak berjangkit, Ia sering dikaitkan dengan masalah alahan. Jika anda atau ahli keluarga ada mempunyai masalah alahan, ini akan meningkatkan risiko anda untuk mengidapi asma.

asma mengganggu kesihatan anda

ASMA

Asma adalah keadaan dimana saluran pernafasan dalam paru-paru sangat sensitif kepada bahan-bahan alahan (allergen) tertentu dan ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba. Apabila pesakit terdedah kepada alahan, saluran pernafasan mudah mengalami irritasi lalu manjadi bengkak. Ini mengakibatkan pesakit sukar untuk bernafas.

Ketahuilah Kejadian

Kecemasan

Ubat kelegaan cepat anda tidak membantu untuk jangkamasa lama atau ianya tidak membantu langsung. Pernafasan masih cepat dan sukar.

Sukar bercakap.

Bibir atau kuku bertukar kebiru-biruan.

Hidung terbuka lebar apabila seseorang bernafas.

Kulit tertarik di sekitar rusuk dan leher apabila seseorang bernafas.

Degupan jantung atau nadi sangat cepat.

Sukar berjalan.

Berpeluh-peluh.

Dapatkan bantuan kecemasan dari doktor sekiranya anda tidak bertambah baik

Dapatkan bantuan sekiranya anda mendapati tanda-tanda asma merbahaya seperti :

Ubat kelegaan cepat untuk asma memberikan kelegaan untuk sementara waktu. Ianya mungkin memberhentikan serangan. Anda mungkin berasa semakin pulih tetapi saluran udara semakin radang. Keadaan ini boleh membawa kepada serangan asma yang teruk.

Sekiranya anda menggunakan ubat kelegaan setiap hari untuk menghentikan serangan asma, ini bermaksud anda memerlukan ubat pencegah asma. sekiranya anda memerlukan ubat kelegaan melebihi 4 kali sehari untuk menghentikan serangan asma, anda memerlukan bantuan doktor sekarang juga.

Berhati-hati! menggunakan ubat kelegaan cepat secara keterlaluan untuk serangan asma boleh memudaratkan

paru-paru kiriparu-paru kanan

bronkitis

saluran udara menjadi sempit

saluran udara yang normal

penyempitan salur udara ketika asma terjadi

paru-paru

saluran udara menjadi sempit

saluran udara menjadi sempit secara tiba-tiba