pengenalan kepada bahasa

Upload: coffee-white-eikin

Post on 14-Apr-2018

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    1/39

    Pengenalan Kepada Bahasa

    Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang sangat penting dalam konteks perhubungan sesama

    manusia. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara satu sama

    lain. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan

    berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi.

    Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah dalam

    bahasa kemahiran berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga

    berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Guru perlu memahami masalah yang dihadapi pelajarnya

    supaya ia dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

    1.1 Definisi dan Konsep Bahasa

    Bahasa merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan

    menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang. Tedapat berbagai-bagai definisi bahasa yang

    diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga linguistik. Di antaranya adalah seperti berikut:

    Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakilisesuatu.

    (Reed, C.A., 1994)

    Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-

    wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung.

    (Simanjuntak, 1978)

    Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan dipersetujui dan

    digunakan untuk berkomunikasi.

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    2/39

    (Bloom, 1988)

    Daripada definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang pertuturan

    yang dikeluarkan secara sewenang-wenang (arbitrari). Menurut Hayakawa (1964), arbitrari bermaksud

    sebagai no necessary connection between the symbol and that which is symbolized

    1.2 Komponen Bahasa

    Bahasa terdiri daripada 3 komponen iaitu bentuk, kandungan dan penggunaan. Komponen bentuk

    terdiri daripada fonologi, morfologi dan sintaksis. Komponen kandungan terdiri daripada semantik,

    manakala pragmatik termasuk dalam komponen penggunaan. Gabungan ketiga-tiga komponen ini

    mewujudkan bahasa interaksi.

    1.2.1 Bentuk bahasa

    a. Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan kombinasi

    bunyi.

    b. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan pembentukan

    perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem).

    c. Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan perkataan-

    perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam lingkungan ayat tersebut.

    1.2.2 Kandungan Bahasa

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    3/39

    a. Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan, kehendak, dan

    makna perkataan dan ayat.

    1.2.3 Fungsi Bahasa

    a. Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa

    dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau

    percakapan.

    1.3 Penguasaan Tatabahasa

    Perkataan nahu atau tatabahasa adalah terjemahan daripada perkataan grammar. Perkataan

    grammar ini sebenarnya berasal daripada perkataan Greek yang memberi gambaran makna suatu seni

    bacaan dan penulisan. Perkataan ini kemudiannya digunakan sebagai istilah umum untuk kajian dan

    pemerian (penghuraian) bahasa.

    Sebenarnya pengertian nahu atau tatabahasa ini sangat luas. Namun secara mudahnya dapatlah

    ditakrifkan nahu atau tatabahasa ini sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji dan memerikan bahasa

    secara saintifik dan kajiannya adalah ditumpukan kepada perkataan, proses pembentukannya dan

    proses penyusunannya dalam bentuk ayat (Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham, 1987).

    Dalam konteks penguasaan tatabahasa murid-murid bermasalah pembelajaran, ternyata ianya

    merupakan suatu masalah yang sangat rumit dan membelenggu kehidupan mereka. Ciri-ciri kemahiranbahasa dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran meliputi ketidakupayaan memperolehi

    bahasa reseptif yang tepat, ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat dan ketidakupayaan

    menguasai serta melahirkan bahasa ekspresif.

    Secara khusus masalah bahasa yang dihadapi oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran termasuklah ;

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    4/39

    i. Mengingat kembali perkataan

    ii. Memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna

    iii. Menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak

    iv. Menggunakan ayat yang betul dan lengkap (struktur tatabahasa)

    v. Meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami

    vi. Mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang berbeza

    vii. Menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis

    viii. Memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain.

    1.4 Jenis Bahasa

    Bahasa dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu bahasa penerimaan / reseptif dan bahasa penglahiran /

    ekspresif. Kedua-dua jenis bahasa ini penting dalam melengkapkan proses berbahasa seseorang. Bagi

    individu normal, mereka mungkin tidak mempunyai masalah dari segi penguasaan kedua-dua jenis

    bahasa ini, akan tetapi bagi individu bermasalah pembelajaran ianya merupakan suatu masalah yang

    amat merumitkan.

    1.4.1 Penerimaan / Reseptif

    Proses memahami lambang-lambang bahasa pertuturan dinamakan Bahasa Penerimaan (Reseptive

    Language). Gangguan dalam proses ini disebut sebagai Reseptive Aphasia. Gangguan ini berlaku kerana

    masalah diskriminasi pendengaran, lemah daya ingatan pendengaran dan sukar mengaitkan makna

    perkataan. Kerencatan otak yang biasa dialami oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran juga

    menyebabkan mereka mempunyai masalah dalam bahasa reseptif ini.

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    5/39

    Permasalahan yang timbul dalam konteks bahasa reseptif ini ialah kesukaran menurut arahan, bergerak

    balas terhadap sesuatu rangsangan, memaham perkataan, membentuk konsep, memahami jenaka atau

    gestures dan mengikuti pelajaran lisan dan bacaan.

    1.4.2 Penglahiran / Ekspresif

    Proses menghasilkan pertuturan (sebutan) dan penulisan (tulisan) dinamakan Bahasa Penglahiran

    (Expressive Language). Gangguan di dalam proses ini disebut sebagai Expressive Aphasia. Lain-lain

    istilah yang berkaitan ialah Dysnomia atau Anomia iaitu kesukaran mengingat dan menyebut

    perkataan atau nama-nama objek; dan Apraxia iaitu kesukaran menghasilkan (membunyikan)

    perkataan kerana gangguan saraf untuk motor alat artikulasi.

    Kanak-kanak yang mengalami bahasa penglahiran ini boleh mengumpul perbendaharaan kata,

    memaham makna perkataan dan mengikut arahan, tetapi tidak boleh mencari perkataan untuk

    digunakan dalam pertuturan, melahirkan (menyebut) perkataan dan menyusun perkataan-perkataan

    menjadikan ayat dalam sama ada dalam pertuturan dan penulisan

    1.5 Masalah Bahasa Dan Komunikasi Dalam Kalangan Murid-murid Bermasalah

    Pembelajaran

    Seperti mana kanak-kanak normal yang lain, murid-murid bermasalah pembelajaran memerlukan

    bahasa untuk mereka dapat berkomunikasi dalam ruang lingkup hidup bermasyarakat. Malangnya

    mereka mengalami ketidakupayaan dalam aspek berbahasa menjadikan kehidupan mereka agak janggal

    pada pandangan masyarat sekeliling. Masalah mereka tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Mereka perlu

    diberikan intervensi bahasa agar mereka dapat hidup secara lebih bermakna dalam kehidupan

    bermasyarakat.

    1.5.1 Masalah Bahasa dan Linguistik

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    6/39

    Dalam membicarakan masalah bahasa dan linguistik kanak-kanak bermasalah pembelajaran, masalah

    utama yang timbul ialah kesukaran dalam memahami arahan, masalah dalam komunikasi yang

    melibatkan kemahiran penguasaan bahasa reseptif dan bahasa penglahiran, masalah dalam amalan

    bersosial dan juga melibatkan masalah dalam bacaan, ejaan dan tulisan. Masalah bahasa dan linguistik

    bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran juga dapat diperjelaskan dalam kelompok atau komponen

    berikut;

    i. Fonologi

    Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi

    masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan

    menggantikan bunyi dalam perkataan seperti nama untuk mama, blink

    untuk drink.

    ii. Morfologi

    Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan

    yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan tenses yang

    salah (bahasa Inggeris).

    iii. Sintaksis

    Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan

    tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan

    menyampaikan pendapat yang kompleks.

    iv. Semantik

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    7/39

    Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata

    yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak

    berupaya memahami makna perkataan.

    v. Pragmatik

    Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak

    memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam

    situasi yang berbeza.

    1.5.2 Masalah Artikulasi

    Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal,

    sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat, tidak jelas, sukar difahami atau percakapan

    yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkara berikut:

    i. penggantian

    ii. pengguguran

    iii. pengubahan, dan

    iv. penambahan

    Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang

    lain, misalnya malan untuk makan, dan wabbit untuk rabbit. Kesilapan ini sering berlaku

    kepada kanak-kanak yang masih belum matang.

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    8/39

    Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi konsonan.

    Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya idung untuk

    hidung, besa untuk besar, dan lain-lain.

    Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya.

    Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan sip disebut shlip.

    Sekiranya untuk perkataan susah, konsonan s disebut dengan hembusan angin yang kuat atau

    keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya sssyusyah

    Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti bawa disebut bawah

    atau bawuah, animal disebut ammanimal atau ammaminal.

    1.5.3 Masalah Kefasihan dan Rentak

    Gangguan kelancaran (masalah kefasihan dan rentak) melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi

    kadar dan kelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang

    paling biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-

    sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang

    berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap berlaku secara

    berselang-seli di antara pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot

    pertuturan.

    Rumusan

    Setelah mengikuti dengan teliti bahan pelajaran dalam tajuk ini, anda sepatutnya telah dapat menguasai

    kesemua hasil pembelajaran yang telah digarapkan. Ini bermakna anda telah sepatutnya menguasai

    tajuk ini dan dapat menterjemahkannya dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa untuk

    kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Segala input dalam tajuk ini adalah sebagai asas pengetahuan

    untuk anda menangani masalah pemerolehan dan langkah melaksanakan intervensi bahasa ke atas

    kanak-kanak khas ini seterusnya.

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    9/39

    Tahap Perkembangan Bahasa

    Anda mungkin telah berbincang secara sepintas lalu tentang masalah berkaitan perkembangan bahasa

    kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam sesi interaksi anda dengan pensyarah sebelum ini. Dalam

    tajuk ini akan dijelaskan lagi berkaitan perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran

    terutama dalam konteks mengikut umur mereka.

    Di bawah ini akan digariskan beberapa peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak normal, dan anda

    disarankan agar membuat perbandingan dalam aspek perkembangan bahasa kanak-kanak normal

    dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

    Mari kita tinjau maklumat perkembanagan bahasa kanak-kanak normal di bawah;

    2.1 Tahap Perkembangan Bahasa Mengikut Umur

    Rajah 1. Tahap Perkembangan / Penguasaan Bahasa Kanak-kanak Normal

    Umur Ciri-ciri Penguasaan Bahasa

    3 bulan

    Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama melupuskan penggunaan bunyi-bunyi

    tersebut yang tidak digunakan dalam persekitarannya.

    12 bulan ( 1 tahun )

    Menggunakan kata tunggal seperti 'mama' dan 'baba'.,Perkataan ini melambangkan keseluruhan

    ayat yang hendak dikatakan.

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    10/39

    18 bulan ( 11/2 tahun )

    Menggunakan dua atau tiga patah perkataan seperti tengok ayam. Kanak-kanak mewujudkan peraturan-

    peraturan berbahasa yang tersendiri. Kosa kata yang kuasai lebih kurang 300 patah

    perkataan.

    24 bulan - 36 bulan

    ( 2 tahun - 3 tahun )

    Kanak-kanak menggunakan perkataan dari pelbagai jenis kata. Kanak- kanak boleh menggunakan ayat

    mudah dan ayat majmuk. Mula memasukkan konsep banyak dan sedikit dalam ayat.

    36 bulan - 48 bulan

    ( 3 tahun - 4 tahun )

    Penggunaan kata-kata yang berunsur negatif mula digunakan. Konsep nombor seperti satu, dua dan tiga

    dapat difahami. Pertuturan semakin kompleks dengan penggunaan lebih banyak kata adjektif, kata

    kerja, kata ganti diri dan kata hubung. Anggaran penguasaan kosa kata ialah 1500 perkataan.

    48 bulan - 60 bulan

    ( 4 tahun - 5 tahun )

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    11/39

    Bahasa semakin abstrak dan dapat menguasai peraturan-peraturan asas berbahasa. Kanak-kanak

    menggunakan ayat-ayat yang betul dari segi struktur tatabahasa. Perbendaharaan kata lebih kurang

    2500 perkataan.

    5 tahun - 6 tahun

    Kebanyakan kanak-kanak menggunakan ayat-ayat kompleks. Betul penggunaan kata ganti diri dan

    struktur tatabahasa. Purata jumlah perkataan ialah 6.8. kanak - kanak menguasai lebih kurang 6000

    perkataan.

    6 tahun 7 tahun

    Kanak kanak bertutur menggunakan ayat kompleks dan perkataan seperti kalau, jika dsb. Bahasa

    semakin simbolik. Kanak-kanak mula membaca dan menulis serta memahami konsep masa dan musim.

    Purata panjang ayat ialah 7.5 perkataan.

    8 tahun 10 tahun

    Kanak-kanak mula menghubungkan konsep kepada idea-idea umum dengan menggunakan kata hubung

    seperti walaupun, sementara dan manakala. Purata perkataan dalam ayat ialah 9 perkataan.

    10 tahun 12 tahun

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    12/39

    Kanak- kanak menggunakan ayat-ayat majmuk dalam kehidupan. Perkataan seperti mungkin dan pasti

    semakin kerap digunakan. Purata perkataan dalam ayat ialah 9.5 perkataan.

    ( Ubah suai daripada D.C Norton ( 1985 ). The Effective Teaching of Language Arts )

    Anda diharapkan telah dapat memahami tahap perkembangan bahasa kanak-kanak. Dapatkah anda

    membuat perbandingan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak normal dengan kanak-kanak

    bermasalah pembelajaran? Baiklah, anda kini dapat menggolongkan murid anda berdasarkan bahasa

    yang mereka kuasai. Sekarang mari kita pelajari tentang bagaimana kanak-kanak mempelajari atau

    memperoleh bahasa.

    2.2 Teori-teori Pemerolehan Bahasa

    Sebagai seorang guru, adalah penting bagi anda mengetahui bagaimana bahasa diperoleh. Di sini kita

    akan membincangkan tiga teori utama iaitu Teori Behavioris atau Mekanis, Teori Mentalis atau Innatis,

    dan Teori Kognitif. Setelah anda membaca mengenai teori-teori pemerolehan bahasa ini, cuba kaitkan

    dari segi pemerolehan bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

    2.2.1 Teori Behavioris

    Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan

    Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran

    bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak

    bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau

    menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu

    perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang

    diberikan adalah pujian seperti pandai, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang

    boleh merangsang kanak-kanak bercakap.

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    13/39

    B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan

    mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai

    perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris iaitu;

    Rangsangan tindak balas

    Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-

    kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu

    kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang

    kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya.

    2.2.2 Teori Mentalis

    Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa

    berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang

    bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa

    apa sahaja

    Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness

    Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik)

    untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali

    sebagai LAD ( Language Acquisition Device).

    Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;

    i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama;

    ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya

    rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama );

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    14/39

    iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ; dan

    iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

    Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya,

    Chomsky memberikan tiga hujah berikut;

    i. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri

    daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa;

    ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan

    sejadi; dan

    iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa

    keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

    2.2.3 Teori Kognitif

    Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss. Menurut Piaget,

    perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau

    berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan

    mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa

    peringkat perkembangan kognitifnya.

    Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam

    lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur

    kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam

    pelbagai bentuk simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap

    pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin

    berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh

    membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7

    12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    15/39

    hubungan, pengkategorian, dan persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi

    formal.

    Jenis-jenis Pendekatan

    Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau pendirian bagi melihat,

    memahami, dan mendekati sesuatu perkara. Dalam bidang pedagogi bahasa, pendekatan bersifat

    abstrak, dan falsafah yang berkaitan dengan pendekatan itu bersifat teoritis. Kekuatan sesuatu

    pendekatan itu hanya dapat dinilai setelah dilaksanakan, misalnya di dalam bilik darjah (Abd. Aziz Talib,

    2000).

    Berkaitan dengan pengajaran bahasa, Kamarudin Hj.Husin (1988) memberikan empat jenis

    pendekatgan iaitu:

    i. pendekatan induktif

    ii. pendekatan deduktif

    iii. pendekatan eklektik, dan

    iv. pendekatan komunikatif

    Guru perlu jelas apakah pendekatan yang hendak diambilnya, apakah kaedah yang sesuai digunakan

    untuk tajuk dan pada situasi tertentu, dan akhirnya apakah teknik pengajaran yang sesuai dengan

    pendekatan dan kaedah yang telah dipilih. Dari situlah dipilih aktiviti-aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan muridnya.

    2.3.1 Pendekatan Induktif

    Berdasarkan pendekatan induktif, pengajaran dimulakan secara melihat contoh-contoh unsur bahasa

    yang diajar. Melalui contoh-contoh yang diberi itu akan membantu pelajar membuat kesimpulan atau

    keputusan tentang aspek bahasa yang diajar. Guru hanya membantu murid melalui soalan-soalan,

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    16/39

    berbincang, memerhati, memberi contoh-contoh dan sebagainya, dan akhir sekali memberi peluang

    kepada murid membuat kesimpulan sendiri berdasarkan pemahamannya.

    2.3.2 Pendekatan Deduktif

    Pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif, iaitu dalam pendekatan ini

    pengajaran dibuat dengan memberi kesimpulan atau generalisasi terlebih dahulu di awal pengajaran

    dan kemudian barulah dikemukakan contoh-contoh yang sesuai selepasnya.

    Ternyata kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif mempunyai perbezaan dari beberapa segi. Koh

    Boh Boon (1990) menjelaskan perbezaan tersebut seperti berikut:

    Perbezaan antara Pendekatan Deduktif dengan Pendekatan Induktif.

    Aspek

    Pendekatan Deduktif

    Pendekatan Induktif

    1. Andaian

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    17/39

    2. Cara

    3. Peranan

    Guru

    4. Peranan

    pelajar

    Satu penyusunan awal (advanced organiser) amat berguna kepada pelajar

    Generalisasi Contoh

    Sebagai pembentang dan penghurai jawapan

    Sebagai penerima jawapan yang agak pasif

    Pelajar memperolehi manfaat jika menemui jawapan sendiri

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    18/39

    Contoh Generalisasi

    Sebagai pendorong dan pengarah dalam pencarian jawapan

    Sebagai pencari jawapan yang aktif

    2.3.3 Pendekatan Cerakinan

    Pendekatan ini berdasarkan prinsip analisis; yang mendahulukan unsur-unsur besar, kemudian unsur-

    unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil. Pengajaran bahasa (contohnya bacaan) mengikut

    pendekatan ini mungkin dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid . Ayat itu

    kemudiannya dicerakinkan kepada perkataan-perkataan. Daripada perkataan itu dicerakinkan pula

    menjadi suku kata dan huruf-huruf. Misalnya :

    Langkah 1 : Mengenalkan ayat : Ali ada baju baru

    Langkah 2 : Mengenalkan rangkai kata : Ali ada

    baju baru

    Langkah 3 : Mengenalkan perkataan : [Ali] [ada] [baju] [baru]

    Langkah 4 : Mengenalkan suku kata : [a] [li] [da] [ba] [ju] [ru]

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    19/39

    Langkah 5 : Mengenalkan huruf : [a] [b] [d] [i] [j] ]l] [r] [u]

    2.3.4 Pendekatan Eklektik

    Pendekatan eklektik adalah gabugan kedua-dua pendekatan induktif dan pendekatan deduktif bagi

    membentuk satu strategi pengajaran. Model pendekatan eklektik bergantung kepada pendekatan mana

    yang diberi penekanan . Model-model di bawah akan membantu anda memahami penggunaan

    pendekatan eklektik.

    a) Penekanan kepada pendekatan induktif:

    Contoh/fakta Kesimpulan Contoh

    b) Penekanan kepada pendekatan deduktif:

    Kesimpulan Contoh Generalisasi

    2.4 Intervensi Pengajaran Bahasa

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    20/39

    Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian untuk

    dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untuk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah

    yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-

    kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus

    bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Di antara intervensi pengajaran bahasa untuk

    membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut:

    i. Ajar bahasa di dalam situasi

    Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran

    dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di kebun.

    ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal

    Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat

    umur mereka.

    iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru

    Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak masalah

    pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya.

    iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan

    Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara mudah

    merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka

    sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.

    v. Terangkan apa yang orang lain lakukan

    Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang

    dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-

    kanak masalah pembelajaran.

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    21/39

    vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus

    Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran

    bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan

    cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita.

    vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam

    lingkungan konteksnya

    Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk menyediakan

    pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian pelajar juga

    boleh digunakan sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa.

    Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak masalah

    pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.

    Rumusan

    Sebagai seorang guru pendidikan khas yang mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran, anda

    terpaksa berhadapan dengan sebilangan besar kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan

    pertuturan. Sebelum anda menjalankan program intervensi bahasa terhadap murid-murid khas ini, andaperlu menjalankan satu proses pendiagnosisan untuk mengenal pasti jenis-jenis masalah bahasa dan

    komunikasi yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Setelah itu barulah beberapa strategi dan

    pendekatan untuk intervensi bahasa dirancang. Pihak yang terlibat dalam intervensi bahasa kanak-kanak

    berkeperluan khas perlu merancang strategi yang lebih berkesan. Setelah itu dilaksanakan setiap

    perancangan yang telah dibuat dan diikuti dengan proses penilaian.

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    22/39

    3.1 Pengenalan Kepada Kemahiran Lisan

    Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan

    kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan

    merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan

    dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak

    yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes

    masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau

    dikatakan sebagai bisu.

    3.1.1 Definisi dan konsep lisan

    Dalam definisi bahasa jelas dinyatakan bahawa bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan atau dalam

    bentuk lisan. Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan terlebih dahulu sebelum mencipta

    simbol-simbol tulisan.

    Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses mendengar terlebih

    dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap.

    Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan

    boleh bertutur dengan baik.

    Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu kemahiran mendengar dan

    kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua

    aspek ini dengan baik terlebih dahulu.

    3.1.2 Jenis kemahiran lisan

    Berdasarkan definisi mendengar di atas, dapatlah dikatakan bahawa kemahiran lisan melibatkan tiga

    jenis atau perkara yang penting iaitu;

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    23/39

    i. Pendengaran (Hearing) iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran

    atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-

    bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,

    ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan,

    menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran,

    iii. Auding - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar.

    Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu

    yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.

    3.2 Penilaian Bahasa Lisan

    Kemahiran mendengar dan bertutur atau lisan adalah kemahiran asas bahasa. Oleh itu penilaian

    kemahiran lisan sangat penting dalam pengajaran bahasa untuk mengetahui tahap pencapaian sebenar

    pelajar supaya guru dapat merancang strategi pengajarannya dengan lebih berkesan. Ujian lisan adalah

    kompleks dan agak rumit untuk dilaksanakan berbanding dengan ujian-ujian bahasa yang lain.

    Dalam pengajaran dan pembelajaran lisan, kemahiran yang terdapat di dalamnya boleh dinilai secara

    formal atau tidak formal. Pada peringkat rendah, penilaian lisan biasanya menekankan kapada

    penguasaan sesuatu aspek kemahiran tertentu sama ada kemahiran mendengar atau bertutur.

    Manakala pada peringkat yang lebih tinggi, penilaian lisan sama ada mendengar atau bertutur boleh

    dijalankan serentak dan dilakukan dalam bentuk formal.

    Dalam konteks pendidikan khas, ujian lisan boleh dijalankan dalam kedua-dua bentuk ini. Kaedahnya

    mungkin lebih spesifik dengan mengambil kira jenis ketidakupayaan murid khas itu sendiri.

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    24/39

    Pelbagai jenis ujian lisan boleh dilaksanakan oleh guru pendidikan khas atau terapis pertuturan seperti

    ujian lisan (pendengaran), ujian lisan (pertuturan) dan ujian lisan (pemahaman). Kebiasaannya ujian-

    ujian kemahiran lisan ini boleh terbina dalam jenis atau dikenali sebagai Ujian Diagnostik Lisan.

    Antara bentuk ujian mendengar yang boleh dilaksanakan terhadap murid-murid bermasalah

    pembelajaran ialah seperti:

    a. mendengar dan mengecam bunyi

    b. mendengar untuk mendiskriminasi butiran

    c. mendengar dan memadan

    d. melaksanakan arahan

    e. mendengar untuk mendapatkan maklumat

    f. Mendengar dan mengenal objek dengan perkataan

    g. memaham maksud ayat

    h. mendengar dan menulis, dan sebagainya.

    Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru, ujian kemahiran mendengar boleh dilaksanakandalam bentuk soal jawab. Walaupun ujian bentuk ini sukar bagi guru memberi penilaian tetapi

    sekurang-kurangnya guru dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajarnya.

    Contoh ujian mendengar (Kamarudin Hj. Husin, 1990).

    Kemahiran : Mendengar dan mengenal objek dengan perkataan

    Isi : Nama benda-benda dalam kelas

    Bahan : Sehelai kertas dipenuhi dengan gambar-gambar benda di dalam kelas

    Prosedur : 1. Murid diberi sehelai kertas yang dipenuhi dengan gambar-gambar

    benda yang terdapat dalam kelas (misalnya pen, pensel, pembaris,

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    25/39

    bakul sampah, dan sebagainya)

    2. Guru menyebut nama benda-benda itu dan murid-murid diminta menunjuk

    atau menandakan benda-benda tersebut di kertas bergambar tersebut.

    Matlamat menguji kemahiran bertutur juga adalah untuk membantu guru merancang strategi

    pembelajaran yang akan digunakannya. Antara cara yang boleh digunakan oleh guru untuk menguji

    kemahiran bertutur pelajarnya adalah seperti berikut:

    a. bertutur berdasarkan gambar

    b. bercerita berdasarkan gambar bersiri

    c. mendengar dan bercakap

    d. melaporkan peristiwa yang dialami

    e. menerangkan cara membuat sesuatu, dan sebagainya.

    Rumusan

    Oleh kerana kemahiran lisan amat penting dalam kehidupan seseorang, lebih-lebih bagi individu

    berkeperluan khas yang ternyata mempunyai pelbagai masalah lisan yang membataskan kehidupannya

    dalam proses berkomunikasi, adalah menjadi tanggung jawab kita sebagai guru pendidikan khas

    memberi bimbingan dan intervensi yang sebaiknya terhadap mereka. Sebelum diberikan intervensi

    bahasa lisan kepada mereka, satu aspek utama perlu diambil perhatian khusus ialah terlebih dahulu

    dilaksanakan pengujian dan penilaian bahasa lisan. Setelah itu dirangka langkah-langkah atau aktiviti-

    aktiviti intervensi bahasa lisan dan seterusnya dilaksanakan.

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    26/39

    5.1 Pengenalan Kepada Menulis

    Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui tulisan.

    Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunkasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah

    satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran

    menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-konsep.

    Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991), tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-

    murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi.

    Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai

    kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan

    berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya

    atau apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain.

    Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

    (PKBP) tidak menguasai kemahiran menulis, sama ada tulisan mekanis ataupun tulisan mentalis.

    5.1.1 Definisi Menulis

    a) Menulis adalah merupakan satu proses atau untuk menghasilkan bahan yang berbentuk

    idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk

    berhubung dengan orang lain atau dengan dirinya sendiri.

    b) menulis merupakan satu proses untuk memberikan simbol-simbol grafik bagi

    melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkaikata, ayat dan seterusnya

    unit-unit yang lebih panjang, mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan

    wacana dan pelahiran idea yang jelas dan tersusun.

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    27/39

    Kesimpulannya menulis adalah penglahiran perasaan atau idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk

    grafik ini disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.

    5.1.2 Kesediaan Menulis

    Menulis sebenarnya datang dahulu dari membaca atau pandai membaca dahulu baru boleh menulis? Ia

    sebenarnya terpulang kepada kebolehan individu kerana ada yang suka membaaca dan ada yang suka

    menulis.

    Kebolehan individu bermula dengan contengan. Semasa masih bayi, bila mendapat pensel, bayi akan

    mula menconteng . Mula-mula garisan dan kemudian bulatan.

    Pernahkah anda terfikir bagaimana asas untuk kita menulis?

    Menulis memerlukan kekuatan motor halus. Oleh itu semasa masih bayi, sentiasa bagi galakan untuk

    menyentuh pelbagai benda, bermula dengan yang lembut kemudian barulah yang keras.

    Sebagai persediaan awal, semasa kanak-kanak adalah digalakkan supaya memberi peluang kepada

    kanak-kanak bermain dengan pasir, tanah liat ataupun bola lembut supaya dia dapat bermain dan

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    28/39

    menggembara dengan deria sentuhnya. Apabila motor halusnya telah bersedia, dia akan boleh

    memegang pensel dan mengawalnya dengan baik. Ini kerana menulis bukan sekadar boleh memegang

    pensel tetapi mengawal pergerakan pensel itu yang paling penting. Di sekolah di dalam kelas Pendidikan

    Khas, guru-guru selalu bermain-main dengan tangan anak-anak seperti mengurut, menyentuh, menguli

    tanah liat dan sebagainya.

    5.1.3 Peringkat Perkembangan Menulis

    Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi. Seseorang akan membaca

    hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorang pula adalah untuk dibaca oleh orang lain. Begitu juga

    apabila seseorang menulis, dia juga sedang membaca apa yang ditulisnya. Tulisan adalah lambang-

    lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis. Apabila lambang-lambang yang

    ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, maka barulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui

    tulisan, manusia melahirkan perasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka. Melalui tulisan juga manusia

    dapat menikmati keindahan bahasa, melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak memberi

    maklumat.

    5.1.4 Fungsi Menulis Dalam Kalangan Murid-murid Bermasalah Pembelajaran

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    29/39

    Ann Raimes (1983) telah mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis melalui bukunya Techniques in

    Teaching Writing iaitu :

    i. merangsang dan memahirkan tatabahasa,idea, perbendaharaan kata dan perasaan

    ii. memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang bahasa

    iii. memperluas pengetahuan, melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota

    mekanis (mata,tangan, akal dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran.

    Walau bagaimanapun, fungsi kemahiran menulis akan lebih jelas peranannya apabila fungsi itu dilihat

    melalui dua tujuan berikut:

    1. Tujuan serta merta

    Membina asas menulis yang kukuh untuk membolehkan kanak-kanak menulis dengan cekap,

    baik dan pantas

    Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan

    betul dan boleh difahami oleh pembaca

    Membolehkan kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang

    tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambahkan isi bacaannya

    Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk

    tulisan

    Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang di kalangan kanak-kanak

    Menambah dan meluaskan pengetahuan kanak-kanak dalam perbendaharaan kata,

    perkembangan bahasa dan tulisan

    Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan

    2. Tujuan lanjut

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    30/39

    Meluaskan pengetahuan pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan

    Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.

    Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat

    masyarakat moden, khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan orang ramai umumnya.

    5.2 Masalah Pratulis

    Sebelum kanak-kanak diajar kemahiran menulis untuk pelahiran, guru lebih menumpukan kepada

    pengajaran kemahiran tulisan tangan atau tulisan mekanis. Pada peringkat ini terdapat beberapa

    masalah yang perlu diberi perhatian oleh guru. Kaminsky dan Powers (1981) telah mengenal pasti lima

    masalah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam tulisan tangan.

    i. Kecelaruan persepsi visual, iaitu ketidakupayaan mengingat bagaimana huruf itu kelihatan dan

    untuk memperlihatkan semula huruf-huruf tersebut.

    ii. Kegagalan menggabungkan imej visual huruf dengan pergerakan motor tangan atau jari yang

    sesuai.

    iii. Tidak cekap dan lemah dalam kawalan otot-otot dalaman tangan menjadikan sukar untuk

    menulis.

    iv. Ingatan motor yang tidak sempurna berkaitan dengan penyimpanan maklumat-maklumat motor

    di dalam otak.

    v. Kesukaran untuk memahami atau melihat keperluan ruang (spatial) tulisan tersebut.

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    31/39

    Seorang guru yang peka akan dapat mengesan muridnya yang menghadapi masalah dalam tulisan

    berdasarkan tingkah laku-tingkah laku yang ditunjukkan. Antara tingkah laku pelajar yang boleh

    dijadikan petunjuk oleh guru adalah:

    i. menggenggam pensel;

    ii. cara memegang pensel yang salah;

    iii. kedudukan badan yang canggung semasa menulis;

    iv. mengelak latihan menulis seperti menggunakan taktik melengah-lengah;

    v. hasil tulisan tidak banyak berbanding umur, keupayaan membaca, dan keupayaan bertutur;

    vi. terlalu kerap memadam;

    vii. kerap merujuk kepada carta huruf untuk menyemak bentuk huruf;

    viii. keliru dengan arah, misalnya tulisan cermin atau menulis terbalik, dan

    ix. lemah dalam menggunakan ruang, misalnya huruf atau perkataan terlalu rapat atau berjauhan.

    Selain daripada petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak, masalah tulisan

    mekanis juga dilakukan oleh kanak-kanak semasa menulis seperti berikut:

    i. Bentuk huruf

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    32/39

    - tidak dapat membentuk huruf dengan betul

    - menulis dari kanan ke kiri

    - menulis abjad dan ayat terbalik

    - menulis dengan tiada ketetapan kecondongan

    - menulis abjad tidak lengkap atau tidak sudah

    - menulis perkataan terbalik ( bapa ---- baqa )

    ii. Jarak huruf atau perkataan tidak sesuai;

    iii. Tulisan menaik atau menurun daripada garisan;

    iv. Mencampur huruf besar dengan huruf kecil saiz huruf dalam perkataan tidak seragam;

    v. Tulisan yang terlalu kabur hingga sukar dibaca.

    Apabila guru dapat mengesan masalah tulisan yang dihadapi murid, maka tindakan pemulihan perlu

    dilakukan segera supaya masalah itu tidak berlarutan dan boleh menjejas pencapaian murid berkenaan

    dalam pelajaran.

    5.3 Masalah Penulisan Mekanis

    Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik dan

    mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan kordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    33/39

    menulis perkataan. Murid-murid pendidikan khas menghadapi masalah dalam penulisan mekanis

    tersebut. Masalah yang sering timbul ialah :

    i. Bentuk huruf

    a. tidak dapat membentuk huruf dengan betul

    b. menulis dari kanan ke kiri

    c. menulis abjad dan ayat terbalik

    d. menulis dengan tiada ketetapan kecondongan

    e. menulis abjad tidak lengkap atau tidak sudah

    f. menulis perkataan terbalik ( bapa ---- baqa )

    ii. Jarak huruf atau perkataan tidak sesuai;

    iii. Tulisan menaik atau menurun daripada garisan;

    iv. Mencampur huruf besar dengan huruf kecil saiz huruf dalam perkataan tidak seragam;

    v. Tulisan yang terlalu kabur hingga sukar dibaca.

    Apabila guru dapat mengesan masalah tulisan yang dihadapi murid maka tindakan pemulihan perlu

    dilakukan segera supaya masalah itu tidak berlarutan dan boleh menjejas pencapaian murid berkenaan

    dalam pelajaran.

    5.4 Masalah Penulisan Mentalis

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    34/39

    Peringkat penulisan mentalis merupakan peringkat yang tertinggi atau matlamat terakhir yang harus

    dicapai oleh seseorang dalam proses menulis. Setelah menguasai kemahiran-kemahiran penulisan

    mekanis, murid-murid perlu digalakkan pula menggunakannya bagi melahirkan fikiran dan penaakulan

    mereka. Hasil daripada tulisan yang dilahirkan oleh kanak-kanak inilah yang akan mencerminkan

    kemahiran dan perkembangan mentalnya, kerana tulisannya yang baik akan boleh dibaca dan difahami

    maksudnya. Murid-murid pendidikan khas mempunyai masalah dalam penulisan ini. Antara masalah

    yang sering dihadapi oleh mereka ialah

    i. sukar memilih ejaan yang betul dalam senarai perkataan

    ii. gagal membetulkan ejaan yang salah

    iii. tidak dapat mengisi tempat kosong dengan huruf/sukukata di dalam perkataan dan

    perkataan di dalam ayat

    iv. tidak daqpat melengkapkan ayat dengan menambah rangkaikata yang betul

    v. sukar menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi

    vi. sukar melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang sesuai.

    5.5 Strategi Mengajar Kemahiran Tulisan dan Menulis

    Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar permulaan kemahiran tulisan mekanis

    dan juga untuk pengajaran pemulihan masalah tulisan. Kaminsky dan Powers (1981) mencadangkan

    bahawa suatu program pengajaran kemahiran tulisan mekanis hendaklah mengandungi perkara-perkara

    berikut:

    i. mengawal ruang tulisan iaitu bergerak dari ruang yang luas kepada ruang yang lebih kecil

    ii. kelompokkan huruf yang memerlukan pergerakan yang sama;

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    35/39

    iii. menunjukkan contoh bentuk huruf yang betul dan galakkan pelajar menyurih (tracing) model

    huruf;

    iv. sediakan banyak sesi latihan menulis;

    v. melibatkan pelajar dalam penilaian kendiri iaitu menggalakkan mereka mengenal pasti kekuatan

    dan kelemahan mereka; dan

    vi. menerima bahawa tulisan bagi sesetengah pelajar adalah satu proses yang sukar dan

    memerlukan galakan dan sokongan.

    Pengajaran pemulihan menulis untuk kanak-kanak hendaklah dilakukan secara terkawal, iaitu garisan

    demi garisan mengikut urutan (stroke-by-stroke sequence) dengan bantuan guru. Cara ini akan dapat

    menghalang pelajar daripada melakukan kesalahan seperti menulis terbalik, tulisan cermin, atau cara

    menulis huruf yang salah.

    Mengajar pemulihan tulisan bukanlah perkara mudah kerana pelajar yang mengalami masalah tulisan

    adalah disebabkan oleh masalah-masalah lain seperti ingatan jangka pendek, pengamatan penglihatan,

    pengamatan pendengaran, kordinasi mata-tangan, dan lemah otot-otot tangan. Oleh itu aktiviti

    pengajaran hendaklah mengambil kira masalah-masalah yang dihadapi pelajar dan dilakukan peringkat

    demi peringkat.

    Cadangan pengajaran di bawah boleh dilaksanakan untuk pengajaran pemulihan tulisan pelajar.

    i. Latihan memegang pensel dengan betul.

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    36/39

    ii. Latihan membuat pergerakan tangan dan jari semasa menulis.

    iii. Membuat garis-garis lakaran.

    iv. Membetulkan cara duduk pelajar semasa menulis.

    v. Memperkenalkan tulisan satu-satu (tulisan cap) dan dimulai dengan

    huruf kecil dahulu, manakala huruf besar diajar secara tidak langsung.

    vi. Kenal pasti kelemahan pelajar dan berikan latihan koordinasi mata-tangan seperti menekap,

    menyalin, melengkapkan, pertalian jarak, menyambung titik, memadankan, mencari jalan keluar dan

    sebagainya.

    Cadangan aktiviti pengajaran pemulihan yang dinyatakan di atas boleh ditambah lagi mengikut kreativiti

    guru. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti pemulihan guru perlu memberi perhatian terhadap

    beberapa perkara penting supaya pengajarannya akan lebih berkesan lagi. Antaranya adalah:

    i. guru perlu mengkaji kesediaan menulis pelajarnya terlebih dahulu;

    ii. latihan aktiviti menulis hendaklah diperbanyakkan;

    iii. suasana bilik hendaklah selesa termasuk kedudukan kerusi meja yang sesuai dengan pelajar;

    iv. bahan untuk menulis seperti kertas, pensel, hendaklah sesuai ;

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    37/39

    v. langkah dan urutan membentuk sesuatu huruf hendaklah ditunjukkan kepada pelajar;

    vi. pelajar jangan digalakkan menggunakan getah pemadam;

    vii. buku latihan khas hendaklah disediakan untuk pelajar membuat latihan menulis di rumah.

    5.6 Penilaian Kemahiran Menulis

    Proses pentaksiran dan intervensi bahasa merupakan dua proses dinamik dan saling berinteraksi. Proses

    pentaksiran atau penilaian yang berterusan membekalkan kita dengan maklumat penting dalam bentuk

    dokumentasi mengenai keberkesanan intervensi dan keperluan mengubah strategi / kaedah intervensi.

    Dalam aspek penilaian kemahiran tulisan dan menulis, perkara-perkara yang dinilai ialah :

    i. Tulisan/penulisan Mekanis

    Bentuk huruf

    Saiz huruf

    Penggunaan ruang

    ii. Penulisan

    Ejaan

    Menyalin dari dekat dan jauh

    Makna perkataan

    Membentuk ayat

    Perenggan

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    38/39

    Rumusan

    Dalam bab ini anda telah mempelajari berkenaan kemahiran tulisan iaitu salah satu kemahiran yang

    utama dalam Bahasa Melayu. Menerusi bab-bab sebelum ini, anda juga telah didedahkan dengan

    kemahiran-kemahiran lisan dan juga bacaan. Justeru anda mesti tahu bahawa dalam Bahasa Melayu

    terdapat tiga kemahiran yang utama iaitu kemahiran lisan, bacaan dan tulisan. Ketiga-tiga kemahiran

    inilah yang perlu diajar kepada murid-murid bermasalah pembelajaran dengan beberapa penyesuaian

    dan mengambil kira tahap ketidakupayaan mereka.

  • 7/30/2019 Pengenalan Kepada Bahasa..

    39/39