pengenalan

Upload: jayasri-devaraj

Post on 04-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PengenalanDefinisi MotivasiH.W Bernard dalam bukunya Psychologi of learning (1965), menyatakan motivasi ialah proses membangkitkan, mengekalkan dan mengawal minat. Manakala Crow dan Crow (1981) menghuraikan motivasi sebagai sesuatu desakan yang menjadikan manusia mengubah sikap, minat atau kegiatannya. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), menghuraikan motivasi sebagai perangsangan tindakan terhadap tujuan tersebut. Secara ringkasnya, motivasi merupakan perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu kea rah mencapai sesuatu matlamat tertentu, termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah lakunya. Ia biasanya diwujudkan kerana keperluan fisiologi atau psikologi yang timbul. Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Orang yang mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia ataupun akhirat.. Model kognitif muncul dari pengalaman unik dan latihan seseorang. Kerana itu mereka dilahirkan sebagai kaedah empirikal dari pemerhatian dan amalan serta hasil percubaan ilmiah. Kemampuan kognitif yang paling penting adalah diklasifikasikan di tingkat tiga (kemahiran Motoric perspektual), tahap empat (perkembangan bahasa), dan tahap lima (kemampuan konsep). Gaya kognitif merupakan cara pelajar yang khas dalam belajar, baik yang berkaitan dengan cara penerimaan dan pemprosesan maklumat atau pengetahuan, sikap terhadap maklumat atau pengetahuan, maupun kebiasaan yang berkaitan dengan persekitaran belajar. Motivasi adalah perilaku yang ingin dilakukan untuk mencapai tujuan tertentu yang boleh mendorong dan mengarahkan kejayaan seseorang. Motivasi juga boleh diertikan sebagai keupayaan kita untuk memotivasi diri kita tanpa memerlukan bantuan orang lain. Memotivasi diri adalah proses menghilangkan faktor yang melemahkan kita. Model kognitif dan teori motivasi akademik mengenalpasti pelupusan individual untuk berjuang meraih sukses atau untuk mengelakkan kegagalan sebagai faktor-faktor motivasi utama. Jika motif untuk berjaya pada diri pelajar cukup tinggi, dia akan melakukan tugas-tugas untuk berprestas. Tetapi, jika pelupusan untuk mengelakkan kegagalan tinggi, pelajar akan mengelakkan tugas dengan cara menunda dengan cara lain. Model Kognitif dan Teori Motivasi Akademik berpengaruh terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam bekerja yang berkaitan dengan prestasi.PerbincanganTeori Atribusi menjelaskan tentang bagaimana individu mengiterpretasikan sesuatu kejadian dan seterusnya bagaimana ianya berkait dengan pemikiran dan tingkah laku individu tersebut. Menurut Crowl, Kaminsky dan Podell (1997), teori atribusi berkait rapat dengan kepercayaan pelajar tentang punca kejayaan dan kegagalan mereka. Teori Atribusi Weiner (1974) fokus kepada aspek pencapaian akademik dan menjelaskan bahawa terdapat hubungan antara konsep kendiri dan pencapaian. Teori mempunyai perkaitan dengan aspek konsep kendiri kerana ianya memberi penekanan kepada aspek persepsi kendiri kini pelajar yang akan menghasilkan kesan kuat ke atas cara mereka menginterpretasi kejayaan atau kegegalan tentang usaha sekarang. Keadaan ini seterusnya akan menentukan kecenderungan mereka menggunakan usaha atau tingkah laku yang sama pada masa depan. Ini adalah kerana atribusi individu yang akan menentukan tindakannya secara efektif terhadap kejayaan dan kegagalan yang dialami (Weiner, 1980). Weiner (1992), percaya individu akan menganggap faktor kebolehan, usaha, tahap kesukaran tugasan dan nasib sebagai punca kepada kejayaan atau kegagalan sesuatu kejadian.