pengawalatur pertumbuhan
DESCRIPTION
Pengawalatur Pertumbuhan, Sains Pertanian Tingkatan EmpatTRANSCRIPT
PENGAWALATUR
PERTUMBUHAN
PENGAWALATUR PERTUMBUHAN
DEFINISI:
• Pengawalatur pertumbuhan ialah bahan kimia semulajadi dan sintetik untuk mengawal pertumbuhan tumbesaran tumbuhan pada kepekatan rendah.
KEPENTINGAN PENGAWALATUR PERTUMBUHAN
Mengawal proses fisiologi tumbuhan, contohnya aruhan pembungaan dan pengeluaran buah.
Merencat pertumbuhan tumbuhan, contohnya tinggi dan rendah.
Pengkulturan tisu tumbuhan.
Pengawalan pengeluaran pucuk sisi tanaman.
Sebagai racun rumpai.
CARA PENGGUNAAN
i. Kebiasaannya pengawalatur disembur ke atas daun tumbuhan.
ii. Menuangkan larutan pengawalatur pada sekeliling pokok.
iii. Menyapu ke atas batang pokok.
BENTUK PENGAWALATUR• Pengawalatur pertumbuhan digunakan dalam
bentuk larutan di mana bahan kimia itu dilarutkan dengan air pada kepekatan tertentu.
• Pengawalatur digunakan juga dalam bentuk krim atau tepung di mana pengawalatur tidak dicampurkan dgn bahan tidak aktif utk mengawal kepekatannya. Cth: pengawalatur pertumbuhan dicampurkan dgn lanolin utk membentuk krim.
29 /8/13
“Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan kerana setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur dan setiap mata terbuka belum bererti ia melihat”.
“Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan”.
5 JENIS PENGAWALATUR
PERTUMBUHAN
1. Auksin
2. Sitokinin
3. Asid giberelik
4. Etilena
5. Perencat pertumbuhan
Hubungan antara hormon dgn pelbagai bahagian tumbuhan
1.Auksin
• Auksin adalah bahan pengawalatur pertumbuhan ysng menyebabkan pemanjangan sel.
• Juga mendorong beberapa gerak balas pertumbuhan• Asid indol asetik (IAA) adalah auksin semula jadi
dihasilkan oleh tisu meristem aktif yang terdapat dalam mata tunas, daun muda dan buah yang sedang dibentuk
• Auksin dipindahkan dari bahagian pucuk ke arah akar• Auksin sintetik seperti asid naftalena asetik (NAA)
digunakan sebagai hormon pengakar, manakala 2, 4D, 2, 4, 5-T dan MCPA digunakan sebagai racun rumpai.
Kesan auksin ke atas pertumbuhan:i. Pertumbuhan ke arah sumber cahaya
(fototropisme)– pertumbuhan batang ke arah sumber cahaya
adalah disebabkan oleh pertumbuhan sel yang lebih cergas di bahagian pucuk yang terlindung daripada cahaya
– ini adalah kerana auksin dipindah dari bahagian yang terdedah kepada cahaya ke bahagian yang teduh untuk mengawal kepekatannya
Kesan fototropisme
Kesan auksin ke atas pertumbuhan:
ii. Pertumbuhan akar ke arah graviti (geotropisme)– pertumbuhan akar ke arah graviti disebabkan oleh
pengumpulan auksin di bahagian bawah akar yang lebih dekat dengan tanah akibat tindakan graviti
– contohnya, anak benih yang diletak pada kedudukan mendatar akan membengkok ke bawah kerana pengumpulan lebih banyak auksin pada bahagian akar yang lebih hampir dengan tanah
– kepekatan auksin yang tinggi pada bahagian itu akan merencatkan pemanjangan sel akar
– bahagian akar yang lebih jauh daripada tanah akan mengandungi kepekatan auksin yang rendah dan pemanjangan selnya akan dipercepatkan.
Kesan auksin ke atas pertumbuhan:
iii. Kedominanan apeks– kedominanan apeks disebabkan oleh penghasilan
auksin yang lebih oleh mata tunas pada hujung pucuk yang dinamakan mata tunas apeks
– auksin yang dihasilkan itu akan merencatkan pertumbuhan mata tunas sisi
– apabila mata tunas apeks itu dibuang, kesan auksin yang dihasilkan oleh mata tunas apeks itu sudah tiada, maka mata tunas sisi akan tumbuh sehingga terdapat mata tunas yang baru membesar lebih cepat
– auksin yang dihasilkan oleh mata tunas baru itu akan merencatkan pertumbuhan mata tunas yang lain
Kesan auksin ke atas pertumbuhan:iv. Pembentukan bunga
– pembentukan bunga dipengaruhi oleh auksin dan giberalin
– auksin merencatkan pembentukan bunga tetapi boleh mengaruhi pembentukan bunga
– misalnya, giberelin boleh mendorong pembungaan pada tumbuhan yang memerlukan tempoh siang panjang ataupun tempoh suhu rendah untuk bunga.
Kesan auksin ke atas pertumbuhan:v. Kejadian dan pembentukan buah
- kejadian dan pembentukan buah boleh dikawal oleh auksin.
- Tanaman famili Solanacea, seperti tomato dan terung boleh menghasilkan buah tanpa biji jika dirawat dengan auksin.
- Auksin mendorong penghasilan etilena yang seterusnya mempengaruhi kejadian dan pembentukan buah nanas.
Kesan auksin ke atas pertumbuhan:
vi. Pembentukan akar adventitius– pembentukan akar adventitius berlaku apabila
keratan batang tumbuhan dirawat dengan kepekatan pengawalatur pertumbuhan yang tinggi.
– akar dihasilkan kerana kepekatan auksin yang tinggi itu merangsang pembahagian sel dan seterusnya pembentukan akar.
24
Plant tissues
• Plant tissues can be divided into three major categories :
dermal tissues ground tissues vascular tissues
2. SITOKININ
• Sitokinin yang terdapat dalam akar, buah muda dan biji benih merangsang pembahagian sel
• Contohnya, buah jagung, kelapa dan pisang yang belum matang banyak mengandungi sitokinin
• Sitokinin berinteraksi dengan pengawalatur pertumbuhan lain untuk menghasilkan pertumbuhan tertentu.
• Sitokinin banyak digunakan dalam pengkulturan tisu untuk menghasilkan bahan-bahan tanaman.
Kesan Auksin dan sitokinin ke atas tisu tanaman
RAJAH KESAN
Sitokinin
Auksin
Pucuk terhasil
Kesan Auksin dan sitokinin ke atas tisu tanaman
RAJAH KESAN
Sitokinin
Auksin
Akar terhasil
Kesan Auksin dan sitokinin ke atas tisu tanaman
RAJAH KESAN
Sitokinin =
Auksin
Pertumbuhan pucuk dan akar seimbang
3. ASID GIBERELIK (GA) / GIBERELIN
• Asid giberelik berperanan menggalakkan pembahagian sel, pemanjangan sel, mengatasi kedormanan biji benih dan percambahan boleh dirawat dengan menggunakan larutan asid giberelik (GA)
KESAN ASID GIBERELIK
4. ETILENA Etilena berbentuk gas dalam keadaan semula jadi Gas etilena dihasilkan apabila tumbuhan mengalami
ketegangan kepekatan bahan ini semakin meningkat dalam tisu daun yang tua, ini menyebabkan daun mengalami keguguran
Etilena juga terdapat dalam daun, batang, akar, bunag dan biji benih
Etilena dihasilkan oleh buah yang masak seperti pisang Apabila buah pisang muda dicampur dengan buah pisang
masak, kulit pisang muda berubah menjadi masak Etilena merangsang percambahan dan kematangan tisu Pembentukan bunga merangsang penghasilan lateks
getah Etilena menggalakkan kematangan tisu berperanan
semasa keseluruhan daun
5. Perencat pertumbuhan
• Asid absisik (ABA) adalah sejenis perencat pertumbuhan semula jadi
• ABA menyebabkan kedormanan biji benih dan menghalang biji benih daripada bercambah serta keguguran daun, buah dan bunga
• Penggunaan bahan ini juga menyebabkan liang stoma tertutup
• Kesan ini dapat dilihat dengan jelas pada musim kemarau apabila kepekatan asid absisik tinggi.
Proses pembukaan dan penutupan liang stoma
The Opening and Closing of Stoma
PENGGUNAAN PENGAWALATUR
PENGGUNAAN PENGAWALATUR
i. Aruhan pembungaan
ii. Pengurusan tapak semaian
iii. Penghasilan tumbuhan rendah
iv. Pengurangan kos pemangkasan
1. Aruhan pembungaan
– Seringkali pembungaan tanaman di Malaysia tidak menentu
– Penggunaan pengawalatur yang mengandungi auksin dapat membantu mempengaruhi pembungaan seperti yang dilakukan pada pokok buah mangga dan sesetengah pokok bunga hiasan
– Pendekatan ini telah memberi peluang dalam industri hortikultur semasa musim perayaan
2. Pengurusan tapak semaian
• Perencat pertumbuhan digunakan dalam merawat anak benih bagi mengawal pertumbuhan supaya masa pengubahan dapat disesuaikan mengikut keadaan
• Perencat pertumbuhan seperti Alar B-9 dan meleik hidrazid digunakan untuk merencat tanaman hiasan
3. Penghasilan tumbuhan rendah• Pokok hiasan berpasu lazimnya dibiarkan
tumbuh besar
• Dalam keadaan tertentu, bahan pengawalatur pertumbuhan digunakan pada tanaman hiasan bagi menghasilkan tanaman rendah untuk memenuhi permintaan pasaran
4. Pengurangan kos pemangkasan
• Biasanya pemangkasan tanaman dilakukan secara fizikal
• Penggunaan bahan perencat pertumbuhan dahan dan ini boleh mengurangkan kos pemangkasan.
JENIS PENGAWALATUR PERTUMBUHAN
KESAN
Auksin Asid Naftalena Asetik (NAA)Asid Indol-bitirik (IBA)
- Mempengaruhi kedominanan apeks- Menggalakkan pengeluaran akar- Menyebabkan keluruhan akar
Giberelin Asid tulen yang diekstrakkan seperti GA3 dan GA7
- Menggalakkan pembahagian sel- Menggalakkan pemanjangan sel- Mengatasi kedormanan biji benih serta percambahan biji benih
Contoh bahan kimia sintetik
Gas Etilena Ethephon, Ethrel - Agen pemasakan tisu- Menggalakkan keluruhan daun dan buah
Sitokonin Benziladenina - Mempengaruhi pembahagian sel- Mempengaruhi perkembangan mata tunas- Mengawal proses tua
Perencat pertumbuhan
Alar, B-9, meleik hidrazid
- Mengawal proses tua- Mengurangkan pertumbuhan tampang- Merangsangkan pengeluaran buah
HORMON / PENGAWAL
ATUR PERTUMBUHAN
KEGUNAAN
Gas Etilena - Boleh mempercepatkan kemasakan buah- Meningkatkan hasil buah nanas- Ethephon yang merupakan satu bentuk etilena, boleh disapu pada tapak torehan untuk menambahkan penghasilan lateks getah
Asetilena - Terhasil apabila air dicampur kepada kalsium karbida-Gas ini kerap digunakan dalam proses memeram buah-buahan seperti pisang dan mangga
NAA
Boleh membantu pembungaan pada pokok manggaMempercepatkan pengakaran pada keratan
2, 4-D dan 2,4, 5-T Penggunaan pada kepekatan yang rendah
mempu menambahkan pengeluaran lateks getahDigunakan sebagai racun rumpai
Perencat pertumbuhan Mengawal pertumbuhan anak benih supaya
masa pengubahan boleh disesuaikan dengan keadaanMerencatkan pokok untuk menghasilkan tumbuhan yang rendah
“Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan kerana setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur dan setiap mata terbuka belum bererti ia melihat”