pengaruh taburan tenaga suria di permukaan bumi terhadap kehidupan manusia

Upload: azmi-marbawi

Post on 07-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Pengaruh Taburan Tenaga Suria Di Permukaan Bumi Terhadap Kehidupan Manusia

    1/2

    Pengaruh taburan tenaga suria di permukaan bumi terhadap kehidupan manusia.

    Taburan tenaga suria mempunyai pengaruh yang besar terhadap kehidupan manusia. Dalam bidang pertanian, tenaga suria sangat penting untuk proses tumbesaran tanaman. Ini kerana

    tumbuhan hijau memerlukan cahaya matahari dalam proses fotosintesis untuk membuat

    makanan. Di kawasan yang menerima banyak pancaran matahari sepanjang tahun seperti dikawasan tropika lembap, pelbagai jenis tanaman tropika dapat ditanam seperti getah, kelapasawit, koko, teh dan sebagainya. Hasil tanaman ini merupakan sumber eksport yang penting bagi

    negara-negara tertentu dan membuka banyak peluang perkerjaan kepada penduduk seterusnyamemperkembangkan lagi industri hiliran yang berkaitan. Tenaga suria juga diperlukan dalam

    pelbagai aktiviti pertanian seperti proses pengeringan, aktiviti pembajakan, aktiviti meracun danpenanaman. Di kawasan tropika lembap, aktiviti-aktiviti seperti ini dapat dijalankan sepanjang

    tahun. Sebaliknya di kawasan yang tidak menerima pancaran matahari sepanjang tahun sepertinegara-negara yang berada di sekitar garis lintang sederhana dan tinggi, tempoh penerimaan

    bahangan suria adalah terhad, iaitu antara tiga hingga lima bulan sahaja menyebabkan pertanianterpaksa diusahakan dengan menggunakan teknik rumah kaca. Pertanian secara terbuka tertumpu

    kepada jenis pertanian jangka pendek sahaja seperti penamanan sayur-sayuran. Penanamantanaman hawa sederhana giat dimajukan seperti gandum dan buah-buahan hawa sederhana.

    Namun kegiatan pertanian hanya dapat dijalankan pada musim bunga dan musim panas sahajakerana pada musim sejuk kebanyakan kawasan penanaman dilitupi salji.

    Selain daripada kegiatan pertanian, taburan tenaga suria juga penting dalam aktiviti perikanan.Tenaga suria amat penting dalam menentukan pertumbuhan dan pembiakan plankton. Bekalan

    plankton yang mencukupi akan menggalakkan pertambahan pelbagai hidupan ekosistem lautseperti pembiakan dan pertambahan pelbagai jenis ikan. Di kawasan tropika yang menerima

    pancaran matahari sepanjang tahun akan menggalakkan pertumbuhan plankton seterusnyamenggalakkan pembiakan pelbagai jenis ikan. Keadaan ini menyebabkan kegiatan perikanan

    dapat dilakukan sepanjang tahun. Di kawasan yang tidak menerima pancaran matahari sepanjangtahun seperti kawasan bermusim, pembiakan plankton adalah terhad pada musim bunga dan

    musim panas sahaja. Tambahan pula air laut menjadi sejuk dan kebanyakan kawasan, air lautmengalami pembekuan pada musim sejuk. Fenomena ini tidak menggalakkan aktiviti perikanan

    dijalankan.Taburan tenaga suria juga mempengaruhi kegiatan penternakan dijalankan. Kawasan tropika

    yang bersuhu panas dan menerima hujan yang lebat sepanjang tahun menggalakkan pertumbuhan padang rumput. Hal ini membolehkan kegiatan penternakan kambing dan lembu

    secara terbuka dapat dijalankan pada sepanjang tahun. Sebaliknya, di kawasan bermusim,kebanyakan ternakan dijalankan secara intensif, iaitu dijalankan dalam kandang bagi

    mengelakkan binatang ternakan mati kesejukan. Di samping itu, di Amerika Syarikat, ternakandipindahkan mengikut tiupan angin Chinook terutama di kawasan Banjaran Rocky. Di sebelah

    kawasan yang menghadap angin, lazimnya berkeadaan sejuk tetapi di kawasan lindungan anginkeadaannya lebih panas. Oleh itu, pengembala membawa ternakan ke kawasan yang beriklim

    lebih panas. Di sesetengah kawasan pula, kegiatan penternakan terbuka hanya boleh dilakukanpada musim bunga dan musim panas. Apabila tiba musim sejuk, binatang ternakan dikurung di

    dalam kandang dan makanan perlu disediakan.Taburan tenaga matahari juga mempengaruhi kehidupan manusia dari segi aktiviti pelancongan.

    Kawasan tropika lembap yang berkeadaan panas sepanjang tahun menjadi destinasi parapelancong terutama dari negara-negara yang mengalami musim sejuk. Mereka gemar mandi di

  • 8/6/2019 Pengaruh Taburan Tenaga Suria Di Permukaan Bumi Terhadap Kehidupan Manusia

    2/2

    laut dan berjemur di pinggir pantai yang berpasir. Di negara yang bermusim, aktivitipelancongan terjejas menyebabkan lebih ramai pelancong ke kawasan beriklim tropika dan juga

    iklim Mediterranean. Bagaimanapun, aktiviti pelancongan sukan salji meningkat di kawasaniklim sederhana dunia. Salji yang tebal akibat kekurangan bahangan suria menjadikan kawasan-

    kawasan pergunungan amat sesuai untuk aktiviti sukan bermain luncur ais dan sebagainya.

    Aktiviti di pantai tidak dapat dilakukan terutama pada musim sejuk. Ini kerana suhu yang rendah bukan sahaja menghalang aktiviti bahkan membahayakan nyawa.Taburan tenaga suria juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi

    kegiatan pembalakan. Intensiti tenaga suria yang tinggi di kawasan tropika lembapmenggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis spesies kayu keras seperti jati, keruing, merbau,

    jelutong dan sebagainya. Ini menjadikan negara-negara beriklim tropika menjadi pengeksportutama kayu keras dunia seperti Myanmar, Thailand, Indonesia dan lain-lain lagi. Namun begitu

    pada musim hujan, kegiatan pembalakan menghalang kerja-kerja memunggah kayu balak kerana jalan berlumpur. Di negara-negara beriklim sederhana seperti Scadinavia, Finland dan

    sebagainya, keadaan yang sejuk dan bersalji memungkinkan perusahaan pembalakan dijalankandengan lebih giat. Keadaan ini berlaku kerana balak-balak mudah dibawa keluar dengan

    menariknya di atas kawasan berais atau bersalji.Kehidupan harian manusia juga dipengaruhi oleh taburan tenaga suria dari segi tempat tinggal,

    jenis pakaian, aktiviti rekreasi dan sebagainya. Di kawasan tropika, aktiviti sosial seperti sukanboleh dijalankan pada sepanjang tahun, manakala di kawasan bermusim aktiviti berkenaan terhad

    pada musim panas. Dari segi pakaian pula, penduduk di kawasan tropika perlu menggunakan pakaian nipis daripada kain kapas atau nilon pada sepanjang tahun, manakala penduduk di

    kawasan bermusim memilih pakaian mengikut musim, iaitu pakaian tebal pada musim sejuk danpakaian nipis pada musim panas.