sistem suria

30
Sistem Suria Disediakan oleh ; Saniah binti Samsudin

Upload: saniah-samsudin

Post on 18-Jun-2015

5.839 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Suria

Sistem SuriaDisediakan oleh ;

Saniah binti Samsudin

Page 2: Sistem Suria

Sistem Suria terdiri daripada Matahari, 9 buah planet, asteroid, komet, meteor dan meteoroit.

Matahari adalah pusat Sistem Suria dan jasad-jasad yang lain dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari.

AHLI-AHLI SISTEM SURIA

Page 3: Sistem Suria

Matahari adalah jasad yang terbesar dalam Sistem Suria. Matahari mengandungi lebih daripada 99 % jumlah jirim dalam Sistem Suria.

Matahari terletak pada pusat Sistem Suria dan semua jasad dalam Sistem Suria beredar mengelilinginya.

Matahari bukan satu sfera pejal. Matahari dibentukkan oleh gas-gas yang amat panas, hampir semuanya hidrogen dan helium.

MATAHARI

Page 4: Sistem Suria

Permukaan Matahari mempunyai tompok-tompok hitam.Tompok hitam adalah kawasan yang lebih sejuk. Di sekeliling tompok hitam, terdapat letusan gas yang disebut nyal suria. Nyala suria berlaku secara tiba-tiba dan hanya kekal selama beberapa minit.

Adakala Matahari juga menghasilkan pancutan gas yang boleh mencapai jarak beribu-ribu kilometer. Pancutan gas ini disebut prominen.

Matahari membekalkan haba dan cahaya iaitu keperluan asas bagi hidupan di Bumi. Cahaya Matahari amat penting kepada hidupan kerana cahaya Matahari memberikan tenaga kepada tumbuh-tumbuhan untuk membuat makanan.

Page 5: Sistem Suria

PLANET-PLANET DALAM

SISTEM SURIA

Page 6: Sistem Suria

Planet ialah nama yang diberikan kepada jasad besar berbentuk

sfera yang beredar mengelilingi Matahari.

Terdapat sembilan planet dalam Sistem Suria.

Page 7: Sistem Suria

Utarid ialah planet yang paling dekat dengan Matahari dan merupakan planet yang kelapan besar dalam Sistem Suria.

Diameter Utarid adalah 4 870 km.

Permukaan Utarid adalah amat panas dan mempunyai banyak kawah seperti permukaan Bulan. Suhu pada tengah hari adalah 420 ⁰C dan suhu pada tengah malam boleh mencapai ─180 ⁰C iaitu

180 ⁰C di bawah takat beku ais.

Utarid tidak mempunyai atmosfera dan tiada Bulan.

UTARID

Page 8: Sistem Suria

Zuhrah adalah planet yang kedua dari Matahari dan merupakan planet yang keenam besar dalam Sistem Suria.

Diameternya berukuran 12 100 km.

Permukaan Zuhrah tidak dapat dilihat dari Bumi kerana diseliputi awan-awan yang tebal.

Lapisan tebal atmosfera Zuhrah merangkap haba daripada cahaya Matahari dan menjadikan suhu permukaan Zuhrah paling panas dalam Sistem Suria.

Suhu di permukaan Zuhrah adalah di antara 430 ⁰C dan 480 ⁰C.

Atmosfera zuhrah adalah terdiri daripada karbon dioksida dan titisan-titisan asid sulfurik.

Zuhrah tidak mempunyai Bulan.

ZUHRAH

Page 9: Sistem Suria

Bimi ialah planet yang ketiga dari Matahari dan merupakan planet yang kelima besar dalam Sistem Suria.

Bumi dibentukkan kira-kira 4.5 hingga 4.6 bilion tahun dahulu.

Bumi kita ialah planet tunggal di Sistem Suria yang menyokong kehidupan dan mempunyai air dalam bentuk cecair pada permukaannya.

Bumi mempunyai satu Bulan.

Bulan adalah objek tunggal di luar Bumi yang pernah didarati oleh manusia

Atmosfera Bumi terdiri daripada 78 % nitrogen dan 21 % oksigen serta sedikit karbon dioksida, argon dan air.

BUMI

Page 10: Sistem Suria

Marikh ialah planet yang keempat dari Matahari dan merupakan planet yang ke tujuh besar dalam Sistem Suria.

Diameternya lebih kurang 6 670 km.

Marikh kelihatan merah kerana permukaannya mengandungi banyak karatan besi.

Marikh mempunyai polar putih pada kedua-dua kutubnya yang dibentukkan oleh karbon dioksida pejal.

Atmosfera Marikh amat nipis dan terdiri daripada karbon dioksida dan sedikit nitrogen.

Marikh mempunyai dua Bulan yang dinamakan Phobos dan Deimos.

MARIKH

Page 11: Sistem Suria

Musytari ialah planet yang kelima dari Matahari dan merupakan planet yang terbesar dalam Sistem Suria.

Diameter planet ini adalah lebih kurang 14 300 km.

Musytari tiada permukaan pejal.

Musytari dibentukkan daripada gas hidrogen dan helium.

Atmosfera luar Musytari mempunyai jalur-jalur berwarna dan satu tompok merah besar

( tiga kali saiz Bumi).

Musytari mempunyai 16 Bulan.

MUSYTARI

Page 12: Sistem Suria

Zuhal ialah planet yang keenam dari Matahari dan merupakan planet yang kedua besar dalam Sistem Suria.

Diameternya berukuran 120 400 km.

Zuhal mempunyai lingkaran-lingkaran lebar dan cerah mengelilinginya yang terbentuk daripada ketulan-ketulan ais.

Permukaan Zuhal dibentukkan daripada gas hidrogen dan helium.

Atmosfera Zuhal terdiri daripada gas hidrogen , helium dan sedikit metana.

Planet yang berwarna kuning ini mempunyai banyak Bulan ( sekurang-kurangnya lebih daripada 23 Bulan).

ZUHAL

Page 13: Sistem Suria

Uranus ialah planet yang ketujuh dari Matahari dan merupakan planet yang ketiga besar dalam Sistem Suria.

Planet yang berwarna biru hijau ini mempunyai 15 Bulan.

Planet Uranus mempunyai sekurang-kurangnya 24 satelit-satelit. Dua daripada mereka yang terbesar sekali dikenali sebagai Titania dan Oberon. Ia dikelilingi oleh beberapa gegelang halus yang terdiri daripada ais bergaris-pusat beberapa meter, yang gelap dan tidak begitu berkilat.

URANUS

Page 14: Sistem Suria

Neptun ialah planet yang kelapan dari Matahari dan merupakan planet yang keempat besar dalam Sistem Suria.

Atmosfera Neptun terdiri daripada gas hidrogen, helium dan metana.

Planet yang berwarna biru ini mempunyai 8 Bulan.

NEPTUN

Page 15: Sistem Suria

Pluto ialah planet yang paling jauh dari Matahari dan merupakan planet yang paling kecil dalam Sistem Suria.

Pluto mempunyai 1 Bulan.

Pluto ditemukan oleh Clyde William Tombaugh, seorang astronom muda di Observatorium Lowell, pada 18 Februari 1930

PLUTO

Page 16: Sistem Suria

OBJEK-OBJEK LAIN DALAM

SISTEM SURIA

Page 17: Sistem Suria

Asteroid adalah batu atau logam yang beredar mengelilingi Matahari dalam satu jalur di antara Marikh dan Musytari.

Ada lebih kurang 100 000 asteroid dalam Sistem Suria.

Asteroid mempunyai pelbagai bentuk dan saiz.

Asteroid yang terbesar ialah Ceres yang mempunyai diameter 1000 km.

Asteroid

253 Mathilde, asteroid jenis-C berukuran 50 km . Gambar diambil pada 1997 oleh prob NEAR Shoemaker

Page 18: Sistem Suria

Meteor boleh dilihat dari Bumi sebagai “tahi bintang” pada waktu malam.

Sebenarnya tahi bintang adalah sebutir batuan kecil dari angkasa lepas yang sedang jatuh ke Bumi.

Geseran antara meteor dan atmosfera Bumi menyebabkan meteor itu berbara dan kelihatan sebagai satu coret cahaya.

Satu meteor yang besar tidak dihapuskan dalam lintasannya melalui atmosfera Bumi dan dapat sampai ke permukaan Bumi. Meteor yang sampai ke Bumi disebut meteorit.

Satu meteor besar yang menghempas Bumi boleh menghasilkan kawah yang besar pada permukaan Bumi.

Meteor dan Meteorit

Meteorit adalah meteor-meteor yang sampai ke permukaan Bumi

Page 19: Sistem Suria

Komet adalah ketulan ais dan debu yang beredar mengelilingi Matahari.

Apabila suatu komet menghampiri Matahari, komet dipanaskan lalu melepaskan gas dan debu.

Pantulan cahaya Matahari daripada gas dan debu itu kelihatan sebagi ekor komet.

Ekor sebuah komet sentiasa menghala menjauhi Matahari.

KOMET

Sebuah komet

Page 20: Sistem Suria

Matahari berusia 5 bilion tahun.Jisimnya 332 000 kali jisim Bumi.Diameternya 1.4 juta km. Suhu permukaannya 6000 ⁰C. Matahari adalah 150 juta km dari bumi.

Semua planet dalam Sistem Suria tidak memancarkan cahaya sendiri. Planet-planet kelihatan bersinar kerana memantulkan cahaya dari Matahari.

Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun dinamakan “Raksaksa Bergas” kerana keempat-empat planet itu amat besar dan dibentukkan oleh gas terutamanya gas hidrogen dan helium.

TAHUKAH ANDA ?

Page 21: Sistem Suria

Bulan juga dikenali sebagai satelit semulajadi Bumi.

Kuar angkasa yang dihantar ke planet Zuhrah harus boleh tahan suhu sehingga 500 ⁰C iaitu suhu yang boleh meleburkan timah.

Bulan Mac diterbitkan daripada Marikh.

Uranus pertama kali ditemui oleh William Herschel pada 13 Mac 1781.

TAHUKAH ANDA ?

Page 22: Sistem Suria

Kewujudan Neptun diramalkan oleh ahli-ahli astronomi sebelum planet ini ditemui pada 23 September 1846.

Pluto adalah lebih kecil daripada bulan kita.

Dari manakah datangnya meteor-meteorit ? Kebanyakan meteorit dipercayai berasal daripada asteroid. Ada juga beberapa meteorit yang berpunca daripada komet.

Komet yang paling terkenal ialah Komet Hally. Komet ini boleh dilihat dari Bumi sekali setiap 76 tahun.

TAHUKAH ANDA ?

Page 23: Sistem Suria

Semua planet dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari dalam arah yang sama dan pada waktu yang sama berputar pada paksi masing-masing dalam arah yang sama.

Bumi mengambil masa satu tahun untuk membuat satu pusingan yang lengkap mengelilingi Matahari.

Peredaran Bumi mengelilingi Matahari menyebabkan kejadian 4 musim ( Musim Bunga, Musim Panas, Musim Luruh dan Musim Sejuk).

TAHUKAH ANDA ?

Page 24: Sistem Suria

Bumi mengambil masa satu hari untuk membuat satu putaran lengkap pada paksinya.

Putaran bumi pada paksinya menyebabkan kejadian siang dan malam.

TAHUKAH ANDA ?

Page 25: Sistem Suria

Jarak Bumi dari Matahari 150 juta km

Tempoh setahun 365 hari

Tempoh sehari 24 jam

Diameter Bumi 12 760 km

Suhu purata di permukaan Bumi 22 ⁰C

TAHUKAH ANDA ?

Page 26: Sistem Suria

Planet Terdiri daripada

Jarak dari Matahari

(km)

Bilangan Bulan

Lingkaran

UTARID Batuan 58 juta 0 Tiada

ZUHRAH Batuan 108 juta 0 Tiada

BUMI Batuan 150 juta 1 Tiada

MARIKH Batuan 228 juta 2 Tiada

MUSYTARI Cecair dan gas

778 juta 16 Ada

ZUHAL Cecair dan gas

1427 juta 18 Ada

URANUS Cecair dan gas

2800 juta 15 Ada

NEPTUN Gas beku 4500 juta 8 Ada

PLUTO Batuan dan ais

5900 juta 1 Tiada

PERBANDINAGAN ANTARA PLANET-PLANET

Page 27: Sistem Suria

TAHUN NAMA KUAR ANGKASA

PENCAPAIAN

1965 Mariner 4 dari Amerika Syarikat

Melalui Marikh

1971 Mariner 9 dari Amerika Syarikat

Mengelilingi Marikh untuk kali yang pertama. Mengambil banyak gambar foto.

1976 Vikings 1 & 2 dari Amerika Syarikat

Pendaratan pertama di marikh. Mengumpul banyak data dan gambar foto.

KUAR ANGKASA YANG DIHANTAR KE PLANET MARIKH

Page 28: Sistem Suria

TAHUN NAMA KUAR ANGKASA

PENCAPAIAN

1973 Pioneer 10 Melalui Musytari untuk kali pertama

1974 Pioneer 11 Melalui sahaja

Mac 1974 Voyager 1 Terbang berdekatan Musytari untuk mengambil gambar foto planet itu dan 5 Bulannya.

Julai 1979 Voyager 2 Sama dengan Voyager 1

KUAR ANGKASA YANG DIHANTAR KE PLANET MUSYTARI

Page 29: Sistem Suria

TAHUN NAMA KUAR ANGKASA

PENCAPAIAN

1979 Pioneer 11 Melalui Zuhal untuk kali yang pertama.

1980 Voyager 1 Terbang berdekatan planet untuk mengambil gambar foto planet,lingkaran dan Bulan.

1981 Voyager 2 Sama dengan Voyager 1

KUAR ANGKASA YANG DIHANTAR KE PLANET ZUHAL

Page 30: Sistem Suria

Daripada : Saniah binti Samsudin

Kita akan jumpa lagi dalam penerokaan yang seterusnya….!