pengaruh rakan dalam

Upload: hemameeravellasamy

Post on 08-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

happy.........

TRANSCRIPT

Pengaruh Rakan DalamKehidupan16MEISewaktu dibangku sekolah di sekolah, cikgu sering mengingatkan kita mengenai pengaruh rakan sebaya. Kata cikgu, inilah penyebab seseorang pelajar itu berjaya atau tidak. Kerana kawan adalah pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang individu. Apa saja penyebab seseorang pelajar itu berjaya pengaruh rakan sebaya. Apa saja penyebab seseorang pelajar itu gagal pengaruh rakan sebayaNamun apabila umur kita semakin meningkat dewasa, kita tidak lagi memikirkan hal ini. Kita hanya berkawan dengan sesiapa yang kita rasa selesa dan seronok berkawan. Jadi cara kita menerima seseorang itu masuk dalam hidup kita adalah bergantung kepada apa perasaan kita terhadap orang itu.

Namun, perasaan seperti ini kekadang boleh memesongkan kita. Kita mungkin lebih suka berkawan dengan orang yang lebih miskin daripada kita, lebih bodoh daripada kita, lebih lembab daripada kita. Dengan rakan-rakan seperti ini, anda akan merasa diri anda lebih baik dan dengan itu anda akan merasa selesa. Adakah anda akan berkembang maju dengan berkawan dengan rakan-rakan sebegini ?Jika anda berkawan dengan orang menjual minyak wangi, anda akan berbau wangi, jika anda berkawan dengan tukang besi, anda akan berbau busukAnda seharusnya mengawasi dengan siapa anda berkawan. Ini adalah kerana, apabila dua orang bertemu, mereka akan saling mempengaruhi sesama sendiri secara sedar atau tidak sedar walaupun dalam aspek yang baik mahupun jahat. Inilah realiti. Terima ini sebagai kebenaran. Walaupun mereka berdua ini tidak bercakap atau bertegur sapa, mereka tetap akan mempengaruhi sesama sendiri walaupun sedikit.Jadi awasi dengan siapa anda bertemu, dan awasi sesiapa yang anda pilih menjadi rakan anda.Suasana hidup yang sihat dan jernih lagi mendamaikan tidak mungkin subur di dalam keadaan pergaulan yang penuh dengan inspirasi yang muram dan dorongan-dorongan contoh tauladan yang buruk. Suasana pergaulan hendaklah bersih dan sihat serta harus mempunyai inspirasi dan contoh tauladan yang dinamis, yang boleh mendorong kita kepada kebaikan tingkah laku dan keluhuran budi.Daripada kenyataan ini timbullah keperluan ketelitian dalam usaha memilih sahabat- handai, rakan dan taulan. Ini adalah kerana merekalah insan-insan yang berpengaruh memberi warna kepada suasana hidup kita. Memberi contoh tauladan dan inspirasi dalam perjuangan hidup sehingga mereka seringkali mengheret kita terlibat dalam putaran roda kehidupan mereka tanpa kita sedari dan daripada merekalah, orang lain akan dapat menilai dan mengukur keperibadian kita.Oleh itu, Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang dan Maha Mengetahui keperluan yang terbaik untuk segala hamba-Nya telah mengingatkan kita untuk memberi keutamaan dan bijak dalam memilih sahabat dan teman dalam kehidupan. Sebagaimana firman Allah SWT:Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah SWT, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.(Surah al-Taubah: 119)Begitu juga Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita supaya berhati-hati memilih pasangan hidup, sahabat-handai, rakan dan taulan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Rasulullah SAW sabda yang bermaksud: Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.Untuk mencapai suasana hidup yang segar dan pandangan hidup yang cerah bening, maka lingkungan persahabatan dan pergaulan kita haruslah bersih daripada anasir-anasir yang kurang memberangsangkan. Seperti bergaul dengan golongan manusia yang lemah semangat, yang tidak percaya kepada diri sendiri, mereka yang cepat putus asa, mereka yang pembimbang, penakut dan pengecut. Begitu juga mereka yang pendengki, tidak tetap pendirian dan rosak budipekerti serta akhlaknya. Golongan manusia yang mempunyai sifat-sifat ini amat merbahaya kepada kita. Mereka mungkin menaburkan bibit-bibit pandangan hidup yang lemah, benih-benih fikiran yang kaku dan semangat yang lumpuh serta mungkin mereka akan menanamkan tunas-tunas kejahatan dan kerendahan moral. Ini semua boleh mengheret kita ke jurang kecelakaan dan kebinasaan.Namun keadaan ini bukanlah bererti bahawa kita harus mengambil sikap memusuhi atau memutuskan tali persaudaraan dengan mereka. Bahkan kita wajib menghormati setiap manusia dengan sewajarnya. Apa yang dimaksudkan dengan pemulauan mereka di sini ialah kita tidak harus menjadikan mereka rakan-rakan sepergaulan yang intim, tempat untuk kita menumpang mencari idea dan buah fikiran atau sumber bagi kita mencari contoh tauladan dan pimpinan.Kita hendaklah terlebih dahulu mengkaji dan mengenali peribadi setiap insan yang berada disekeliling kita sebelum menceburkan diri bergaul dan bersahabat handai dengan mereka apatah lagi untuk menjadikan mereka sebagai teman hidup kita. Dalam masyarakat kita dewasa ini, penuh dengan contoh-contoh tauladan insan-insan yang terjerumus serta tergelincir dalam kecelakaan dan kehitaman lembaran kehidupan disebabkan pengaruh kawan-kawan dan dorongan rakan-rakan. Merujuk kepada rekod jenayah yang terpampang di dada-dada akhbar tidak sedikit jumlah orang-orang baik yang terlibat dalam jenayah akibat terikat di dalam putaran roda hidup kawan-kawannya yang tertuduh.Dalam kehidupan seharian, seringkali kita merasai bagaimana kuatnya pengaruh buah fikiran dan kritikan orang yang berada di sekeliling kita. Bagaimana besarnya kesan suka-duka mereka kepada suka duka kita dan kesan prasangka mereka kepada kepercayaan kita. Kadangkala kesan-kesan ini menjalar mengusai jiwa tanpa kita sedari dan kadangkala pula tidak dapat ditahan-tahan oleh perasaan.Amat besarlah keberuntungan hidup kita ini jika berjaya mencari dan memiliki rakan-taulan dan sahabat-sahabat sepergaulan daripada kalangan insan-insan yang berbudi luhur, berperibadi tenang dan mempunyai pandangan hidup yang jernih. Merekalah yang sebenar-benarnya layak menjadi sumber ikutan dan tauladan dalam perjuangan hidup kita. Merekalah orang yang dapat mewarnakan suasana hidup dengan warna-warna segar dan memberikan inspirasi serta dorongan-dorongan yang sihat dan luhur.Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan yang baik ini ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya; Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan itu. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna. Jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.Insan yang mempunyai sahabat-sahabat dengan ciri-ciri seperti ini seolah-olah mempunyai perbendaharaan hidup yang tidak ternilai.