pengaruh pengetahuan asas ekonomi dan …worldconferences.net/proceedings/wcik2014/wcik paper...

6
e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014), 15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4). Organized by http://worldconferences.net/home/ 135 PENGARUH PENGETAHUAN ASAS EKONOMI DAN KEMAHIRAN MATEMATIK TERHADAP PENCAPAIAN SISWAZAH UPSI DALAM KURSUS MAKROEKONOMI Normala binti Zulkifli, Shahrun Nizam bin Abdul Aziz dan Zainizam bin Zakariya Universiti Pendidikan Sultan Idris [email protected] Universiti Pendidikan Sultan Idris [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh pengetahuan asas ekonomi dan kemahiran matematik terhadap pencapaian siswazah dalam kursus Makroekonomi di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bagi mengkaji pengaruh faktor pengetahuan asas ekonomi, gred yang diperoleh dalam subjek Ekonomi Asas (SPM), Ekonomi (STPM) dan gred bagi kursus Prinsip Ekonomi telah dipilih. Manakala bagi mengkaji pengaruh faktor kemahiran matematik pula, gred bagi subjek Matematik Model dan Matematik Tambahan (SPM) di ambil kira. Kajian tinjauan ini telah dijalankan ke atas 217 siswazah major dan minor ekonomi yang terpilih. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui analsis kolerasi Spearman dan ujian Mann-Whitney. Hasil kajian mencadangkan bahawa terdapat hubungan positif dan signifikan antara kedua-dua faktor utama ini dengan pencapaian siswazah dalam kursus Makroekonomi. Kata Kunci: Ekonomi, matematik, pencapaian, makroekonomi 1. Pengenalan Program Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang ekonomi di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diwujudkan berdasarkan kepada wawasan untuk melahirkan graduan bertaraf professional dan berketrampilan pendidikan di dalam bidang ekonomi sejajar dengan keperluan, cabaran dan perkembangan pendidikan negara. Program ini menawarkan 19 kursus major di mana kursus Makroekonomi merupakan salah satu kursus major yang wajib di ambil oleh siswazah di bawah program ini, manakala, ia merupakan kursus minor bagi siswazah daripada program yang lain. Kursus Makroekonomi ini ditawarkan kepada siswazah semester kedua di tahun pertama pengajian. Kursus Makroekonomi merupakan satu kursus yang menggabungjalinkan kemahiran seperti memahami konsep, mengira, melakar keluk dan mengaplikasi teori yang disiswazahi dalam menyelesaikan masalah.Untuk menguasai ilmu ekonomi, seseorang itu perlu mempunyai kemampuan dari segi pemikiran abstrak dan boleh mengaplikasikannya (Johnston dan James, 2000). Selain itu, merekajuga perlu mampu untuk menerangkan idea yang kompleks dengan logik dan lancar. Konsep- konsep ekonomi diajar dengan menggunakan kaedah kuantitatif, termasuklah penggunaan graf, keluk serta contoh berangka dan aplikasi. Menurut Shuhmann (2005) mereka yang lemah dalam literasi kuantitatif akan menyumbang kepada pencapaian yang rendah dalam kursus ekonomi. Oleh yang demikian, subjek ekonomi dianggap sebagai subjek yang sukar oleh kebanyakan siswazah (Cadenas, 1999).

Upload: lamhuong

Post on 08-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014),

15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4).

Organized by http://worldconferences.net/home/ 135

PENGARUH PENGETAHUAN ASAS EKONOMI DAN KEMAHIRAN MATEMATIK TERHADAP PENCAPAIAN SISWAZAH UPSI DALAM

KURSUS MAKROEKONOMI

Normala binti Zulkifli, Shahrun Nizam bin Abdul Aziz dan Zainizam bin Zakariya

Universiti Pendidikan Sultan Idris [email protected]

Universiti Pendidikan Sultan Idris

[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh pengetahuan asas ekonomi dan kemahiran matematik terhadap pencapaian siswazah dalam kursus Makroekonomi di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bagi mengkaji pengaruh faktor pengetahuan asas ekonomi, gred yang diperoleh dalam subjek Ekonomi Asas (SPM), Ekonomi (STPM) dan gred bagi kursus Prinsip Ekonomi telah dipilih. Manakala bagi mengkaji pengaruh faktor kemahiran matematik pula, gred bagi subjek Matematik Model dan Matematik Tambahan (SPM) di ambil kira. Kajian tinjauan ini telah dijalankan ke atas 217 siswazah major dan minor ekonomi yang terpilih. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui analsis kolerasi Spearman dan ujian Mann-Whitney. Hasil kajian mencadangkan bahawa terdapat hubungan positif dan signifikan antara kedua-dua faktor utama ini dengan pencapaian siswazah dalam kursus Makroekonomi.

Kata Kunci: Ekonomi, matematik, pencapaian, makroekonomi

1. Pengenalan

Program Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang ekonomi di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diwujudkan berdasarkan kepada wawasan untuk melahirkan graduan bertaraf professional dan berketrampilan pendidikan di dalam bidang ekonomi sejajar dengan keperluan, cabaran dan perkembangan pendidikan negara. Program ini menawarkan 19 kursus major di mana kursus Makroekonomi merupakan salah satu kursus major yang wajib di ambil oleh siswazah di bawah program ini, manakala, ia merupakan kursus minor bagi siswazah daripada program yang lain. Kursus Makroekonomi ini ditawarkan kepada siswazah semester kedua di tahun pertama pengajian.

Kursus Makroekonomi merupakan satu kursus yang menggabungjalinkan kemahiran seperti memahami konsep, mengira, melakar keluk dan mengaplikasi teori yang disiswazahi dalam menyelesaikan masalah.Untuk menguasai ilmu ekonomi, seseorang itu perlu mempunyai kemampuan dari segi pemikiran abstrak dan boleh mengaplikasikannya (Johnston dan James, 2000). Selain itu, merekajuga perlu mampu untuk menerangkan idea yang kompleks dengan logik dan lancar. Konsep-konsep ekonomi diajar dengan menggunakan kaedah kuantitatif, termasuklah penggunaan graf, keluk serta contoh berangka dan aplikasi. Menurut Shuhmann (2005) mereka yang lemah dalam literasi kuantitatif akan menyumbang kepada pencapaian yang rendah dalam kursus ekonomi. Oleh yang demikian, subjek ekonomi dianggap sebagai subjek yang sukar oleh kebanyakan siswazah (Cadenas, 1999).

e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014),

15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4).

Organized by http://worldconferences.net/home/ 136

2. Sorotan Kajian

Banyak kajian lepas menekankan bahawa pengetahuan asas dalam ekonomi dan juga matematik adalah penting dalam mempengaruhi pencapaian siswazah dalam kursus ekonomi di universiti. Lumsden dan Scott (1987) mendapati siswazah yang lulus matematik di peringkat A-level memperoleh keputusan baik dalam kursus ekonomi. Di samping itu, Bransfield et al., (1992) pula mendapati siswazah yang mengambil kursus Matematik Pengurusan sebelum mengambil kursus ekonomi memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding siswazah yang tidak mengambil kursus tersebut. Selain itu, keputusan yang baik dalam subjek matematik di peringkat sekolah menengah merupakan petunjuk penting terhadap kejayaan siswazah dalam kursus ekonomi di kolej (Anderson et al., 1994). Sementara Von Allmen (1996) mendapati perbezaan satu gred dalam matematik menyumbang lebih daripada dua kali ganda peluang untuk siswazah mendapat gred A dalam subjek mikroekonomi, dan kurang daripada separuh peluang untuk mereka yang mendapat keputusan yang lemah. Walau bagaimanapun, Milkman et al., (1995) mendapati kemahiran matematik mempunyai pengaruh yang lebih besar dalam kursus mikroekonomi berbanding makroekonomi.

Terdapat kajian lepas yang menunjukkan terdapat hubungan antara kemahiran matematik dan kebolehan menginterpretasi graf dengan pencapaian dalam kursus ekonomi. Contohnya, kajian oleh Cohn dan Chon (2000) ke atas 625 pensyarah ekonomi menunjukkan bahawa kemahiran dalam matematik dan kebolehan menginterpretasi graf amat penting bagi siswazah untuk memahami kursus ekonomi kerana analisis grafik merupakan alat utama yang diperlukan untuk menggambarkan teori-teori dan konsep-konsep ekonomi. Dapatan ini adalah selari dengan hasil kajian oleh Hill dan Stegner (2003). Terdapat juga kajian lepas yang mendapati bahawa pengetahuan asas ekonomi di sekolah menengah mempengaruhi pencapaian siswazah dalam kursus ekonomi di universiti (Tay, 1994; Shananah dan Mayer, 2001).

Kebanyakan kajian lepas dijalankan oleh penyelidik-penyelidik luar negara untuk mengkaji pengaruh penguasaan siswazah dalam subjek matematik dan pengetahuan asas ekonomi di peringkat sekolah terhadap pencapaian mereka dalam subjek ekonomi diperingkat universiti. Walau bagaimanapun, masih kurang kajian seumpama ini dijalankan di Malaysia terutama dalam konteks universiti.

Sehubungan dengan itu, objektif umum kajian ini adalah untuk melihat sejauhmanakah pencapaian siswazah dalam matematik dan ekonomi asas di peringkat sekolah atau matrikulasi mempengaruhi pencapaian mereka dalam kursus Makroekonomi di peringkat universiti, khususnya di UPSI. Objektif khusus kajian ini adalah untuk menentukan: (1) hubungan antara pencapaian matematik yang terdahulu dengan pencapaian dalam kursus Makroekonomi; (2) perbezaan dari segi pencapaian siswazah yang mempunyai pengetahuan asas ekonomi dengan mereka yang tiada pengetahuan asas ekonomi. 3. Metodologi

Kajian ini dijalankan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dalam pengumpulan data. Soal selidik dipilih kerana ia lebih praktikal digunakan bagi populasi yang besar. Menurut Majid Konting (2000) keupayaan soal selidik menggunakan sampel yang besar akan meningkatkan ketepatan anggaran statistik sampel untuk menganggar populasi. Soal selidik kajian ini terdiri daripada soalan-soalan tertutup (closed-ended questions) dan mengandungi dua bahagian di mana bahagian pertama memaparkan 9 soalan yang berkaitan latar belakang dan demografi siswazah. Soalan-soalan membabitkan maklumat tentang jantina, agama, etnik, kelayakan akademik tertinggi, dan tempat tinggal siswazah. Bahagian kedua pula mengenai maklumat kursus dan faktor-faktor pencapaian siswazah dalam kursus Makroekonomi iaitu pengetahuan asas ekonomi, kemahiran matematik, peranan pensyarah, dan pengaruh rakan sebaya. Skala Likert empat pangkat telah digunakan untuk membolehkan pengumpulan data tentang tahap persetujuan responden dalam setiap item. Selain itu, kajian rintis telah dijalankan dan hasilnya mendapati kebolehpercayaan instrumen yang diuji adalah agak tinggi iaitu 0.88.

e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014),

15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4).

Organized by http://worldconferences.net/home/ 137

Kajian ini dijalankan di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bagi menjalankan penyelidikan ini, penyelidik menggunakan teknik persampelan mudah (convenient sampling) yang terdiri daripada siswazah-siswazah yang mengambil kursus Makroekonomi bagi empat semester berturut-turut.

4. Dapatan Kajian 4.1 Latar belakang responden Sebilangan besar responden kajian terdiri daripada siswi iaitu seramai 165 orang manakala responden siswa ialah seramai 52 orang. Majoriti responden adalah berbangsa melayu iaitu seramai 168 orang, diikuti oleh kaum cina seramai 24 orang, India seramai 15 orang dan bangsa lain seramai 10 orang. Majoriti siswazah berstatus bujang iaitu seramai 49 orang siswa dan 145 orang siswi. Hanya 3 orang daripada keseluruhan siswa sudah berkahwin dan 20 orang siswi daripada keseluruhan responden telah berumahtangga. 50 peratus daripada responden (108 orang) terdiri daripada siswazah yang mengkhusus dalam bidang pengurusan perniagaan. Seterusnya, diikuti oleh siswazah bidang ekonomi (68 orang), matematik (30 orang) dan lain-lain bidang (11 orang). Oleh yang demikian, 69 peratus responden mengambil kursus Makroekonomi sebagai kursus minor mereka, manakala hanya 31 peratus responden mengambil kursus Makroekonomi ini sebagai kursus major. Analisa terhadap pencapaian siswazah menunjukkan bahawa seramai 60 orang (27.65%) siswazah mendapat gred taraf cemerlang iaitu gred A dan A- bagi kursus Makroekonomi. Seramai 65 orang (29.96%) yang mengambil kursus ini mendapat taraf kepujian. Manakala, majoriti siswazah berada di tahap lulus iaitu gred C+ dan C iaitu seramai 69 orang (31.79%). Sebahagian kecil siswazah memperoleh gred C- dan D iaitu seramai 23 orang (10.59%). Tiada responden yang gagal dalam kursus ini bagi empat semester berturut-turut. Analisa gred subjek Ekonomi Asas peringkat SPM pula mendapati seramai 167 responden mengambil kertas Ekonomi Asas manakala seramai 50 orang tidak pernah mengambil kertas Ekonomi Asas. Seramai 66 orang (39.52%) mendapat gred 1 dan 2, manakala seramai 60.48% siswazah mendapat kredit 3 hingga 6. Analisa keputusan peperiksaan bagi subjek Matematik Moden SPM menunjukkan bahawa semua responden mendapat kredit (gred 1 hingga gred 6) dan hanya 29.5 peratus mendapat gred 1 dan 2. Bagi subjek Matematik Tambahan SPM pula, terdapat seramai 212 orang siswazah mendapat kredit (gred 1 hingga 6) dan 5 orang siswazah mendapat gred 7. 4.2 Faktor-faktor pencapaian siswazah dalam kursus Makroekonomi Jadual 1 menunjukkan min bagi setiap faktor pencapaian siswazah dalam kursus Makroekonomi. Faktor-faktor pencapaian tersebut adalah faktor pengetahuan asas ekonomi, kemahiran matematik, pengaruh pensyarah, dan pengaruh rakan. Berdasarkan Jadual 1 didapati skor min bagi faktor pengetahuan asas ekonomi, kemahiran matematik, pengaruh pensyarah, dan pengaruh rakan masing-masing adalah 3.24, 3.17, 3.41, dan 3.17. Dapatan ini menunjukkan bahawa, dari perspektif siswazah, faktor pensyarah merupakan faktor utama yang mempengaruhi pencapaian mereka dalam kursus Makroekonomi di UPSI, diikuti dengan pengetahuan asas ekonomi dan seterusnya faktor kemahiran matematik dan rakan.

Jadual 1: Faktor-Faktor Pencapaian Siswazah dalam Kursus Makroekonomi

Faktor-faktor pencapaian Min

Pengetahuan asas ekonomi Kemahiran matematik Pensyarah Rakan

3.24 3.17 3.41 3.17

e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014),

15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4).

Organized by http://worldconferences.net/home/ 138

4.3 Hubungan pencapaian Matematik SPM dan pencapaian Makroekonomi

Untuk melakukan ujian korelai Spearman, nilai pembolehubah mestilah sekurang-kurangnya berbentukordinal. Dalam kajian ini, keputusan peperiksaan Matematik Moden, Matematik Tambahan dan Ekonomi Asas (SPM) dinyatakan dalam bentuk ordinal iaitu, 9 (paling baik) dan 1 (paling lemah). Keputusan peperiksaan bagi kursus Prinsip Ekonomi dan Makroekonomi peringkat universiti yang dinyatakan dalam bentuk nominal turut ditukar kepada bentuk ordinal

i.

Hipotesis kajian;

Ha1: Wujud hubungan antara pencapaian subjek Matematik Moden dengan pencapaian kursus Makroekonomi.

Ha2: Wujud hubungan antara pencapaian subjek Matematik Tambahan dengan pencapaian kursus Makroekonomi.

Ha3: Wujud hubungan antara pencapaian subjek Ekonomi Asas (SPM) dengan pencapaian kursus Makroekonomi.

Ha4: Wujud hubungan antara pencapaian subjek Ekonomi (STPM) dengan pencapaian kursus Makroekonomi.

Ha5: Wujud hubungan antara pencapaian subjek Prinsip Ekonomi dengan pencapaian kursus Makroekonomi.

Jadual 2: Hubungan Kemahiran Matematik dan Pengetahuan Asas Ekonomi Dengan Pencapaian

Makroekonomi

Pembolehubah Nilai Pekali Spearman Nilai-p

Matematik Moden 0.182* 0.007

Matematik Tambahan 0.441* 0.002

Ekonomi Asas (SPM) 0.162* 0.017

Ekonomi (STPM) 0.140* 0.039

Prinsip Ekonomi 0.251* 0.000

N 217

*Korelasi pada aras keertian 0.01(2-hujung) Jadual 2, menunjukkan hasil ujian kolerasi antara pencapaian kursus Makroekonomi dengan kemahiran matematik dan pengetahuan asas ekonomi. Secara umumnya, ujian kolerasi Spearman menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara keputusan peperiksaan dalam subjek Matematik Moden, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas (SPM), Ekonomi (STPM), serta Prinsip Ekonomi dengan pencapaian siswazah dalam kursus Makroekonomi di UPSI. Di samping itu, didapati hubungan antara pencapaian Makroekonomi dengan subjek Matematik Tambahan adalah lebih kuat berbanding subjek lain. Ini bermakna siswazah yang mendapat keputusan yang baik dalam subjek Matematik Tambahan mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk memperoleh keputusan yang baik dalam kursus Makroekonomi berbanding siswazah yang mendapat keputusan yang baik dalam subjek lain. 4.4 Perbezaan skor min pencapaian siswazah yang mempunyai pengetahuan asas ekonomi

dengan siswazah yang tidak mempunyai pengeartahuan asas ekonomi

Ujian Mann Whitney digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi keputusan kursus Makroekonomi peringkat universiti antara kumpulan siswazah yang mengambil subjek Ekonomi Asas (SPM) dengan siswazah yang tidak mengambil subjek tersebut.

i Penjelasan lanjut boleh diperoleh atas permintaan.

e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014),

15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4).

Organized by http://worldconferences.net/home/ 139

Hipotesis kajian; 1) Ha1: wujud perbezaan skor min bagi pencapaian makroekonomi antara siswazah yang

mengambil Ekonomi asas (SPM) dan siswazah yang tidak mengambil ekonomi asas.

2) Ha2: wujud perbezaan skor min bagi pencapaian makroekonomi antara siswazah yang mengambil Ekonomi (STPM) dan siswazah yang tidak mengambil Ekonomi (STPM).

3) Ha3: wujud perbezaan skor min bagi pencapaian makroekonomi antara siswazah yang mengambil Prinsip Ekonomi dan siswazah yang tidak mengambil Prinsip Ekonom

Jadual 3: Pencapaian Makroekonomi dengan Ekonomi Asas

Pengetahuan Asas

Min (rank) Jumlah rank Ujian Mann-

Whitney U Ya Tidak Ya Tidak

Ekonomi Asas (SPM)

122.34 (N=167)

105.01 (N=50)

6117

17536 Signifikan

Ekonomi (STPM)

119.15 (N=187)

86.75 (N=30)

17754 5899 Signifikan

Prinsip Ekonomi

125.51 (N=108)

104.44 (N=109)

5899 17754 Signifikan

Jadual 3 menunjukkan keputusan Ujian Mann-Whitney dan Min (rank) berkaitan pengetahuan Asas siswazah dalam Ekonomi Asas (SPM), Ekonomi (STPM) dan Prinsip Ekonomi. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara siswazah yang mempunyai asas dalam Ekonomi Asas, Ekonomi STPM danPrinsip Ekonomi dengan yang tidakmempunyai asas dalam mata siswazahan tersebut. Di samping itu, siswazah-siswazah yang mempunyai pengetahuan asas ekonomi berkecenderungan memperoleh keputusan yang lebih baik dalamkursus Makro ekonomi di Universiti berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai pengetahuan asas ekonomi.

4.0 Kesimpulan dan cadangan

Kajian ini mendapati bahawa faktor pengetahuan asas ekonomi, kemahiran matematik, pengaruh rakan dan pensyarah mempengaruhi pencapaian siswazah dalam kursus Makroekonomi di UPSI. Bagi faktor kemahiran matematik, didapati bahawa pencapaian dalam subjek Matematik Tambahan lebih dominan dalam mempengaruhi prestasi siswazah dalam kursus Makroekonomi berbanding subjek Matematik Moden. Sementara itu, bagi faktor pengetahuan asas ekonomi pula, pencapaian dalam kursus Prinsip Ekonomi lebih dominan dalam mempengaruhi pencapaian siswazah dalam kursus Makroekonomi berbanding penguasaan dalam subjek ekonomi di peringkat SPM dan STPM di sekolah. Daripada hasil kajian ini, dicadangkan bahawa (1) Kursus Prinsip Ekonomi dan Matematik di peringkat universiti perlu dijadikan pra-syarat untuk mengambil kursus Makroekonomi di UPSI bagi memastikan siswazah memperoleh prestasi yang baik; (2) Siswazah yang lemah dalam matematik patut diberi lebih perhatian dan bimbingan, seperti mengadakan klinik-klinik khas dan juga mengadakan program belajar secara berkumpulan.

e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014),

15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4).

Organized by http://worldconferences.net/home/ 140

References Anderson, G. et al. (1994) The Determinants of Success in University Introductory Economics

Courses. Journal of Economic Education, 25, 99-119. Brasfield, D. et al. (1992) The Effect of University Math on Student Performance in Principles of

Economics. Journal of Research and Development in Education, 25(4), 240-247. Cohn, E. et al., (2000) Improved Knowledge of Mathematics and Enrollment in a Principles of

Economics Course: Is there a Link? International Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 31(2), 195-203.

Hill L, and Stegner H. (2003) Introducing Undergraduates to Economics in an Interdisciplinary

Setting. Journal of Economics, Summer, 195-203. Milkman, M. et al.(1995) Some Additional Evidence on the Effect of University Math on Student

Performance in Principles of Economics. Journal of Research and Development in Education. 28(4), 220-229.

Von Allmen, O. (1996) The Effect of Quantitative Prerequisites on Performance in Intermediate

Microeconomics. Journal of Education for Business.72(1), 18-22.