pengaruh islam dalam_pendidikan_tamadun_china

3
Pengaruh Islam dalam Tamadun China -Sistem Pendidikan- Sumber : en.m.wikipedia.org/wiki/History_of_Islam_in_China Jingtang Jiaoyu merupakan suatu sistem pendidikan Islam yang telah berkembang semasa zaman Dinasti Ming, dan berpusat di persekitaran masjid. Bahasa Arab dan Bahasa Parsi merupakan antara subjek yang utama yang wajib di ambil. Di dalam madrasah, sesetengah karya China Muslim seperti Kitab Han digunakan untuk tujuan pembelajaran. Liu Zhi, seorang penuntut telah menulis teks utuk membantu Hui mempelajari Bahasa Arab. Bahasa Parsi merupakan Bahasa utama yang digunakan oleh China-Muslim dan diikuti oleh Bahasa Arab. General Muslim Hui seperti Ma Fuxiang, Ma Hongkui dan Ma Bufang membiayai peruntukan sekolah dan madrasah serta menanggung pembiayaan pelajar pelajar yang menuntut di luar Negara. Imam Hu Songshan dan Ma Linyi terlibat dalam pembentukan pendidikan Islam di China. Pegawai-pegawai Islam Kuomintang di Republik China menyokong Akademi Guru Chengda, yang membantu memulakan satu era baru pendidikan Islam di China,menggalakkan nasionalisme dan Bahasa China dalam kalangan Muslim,mengabungkan sepenuhnya dalam aspek- aspek utama masyarakat China. Kementerian Pelajaran telah menyediakan dana kepada Persekutuan Keselamatan Kebangsaan Cina Muslim bagi tujuan pendidikan. Imam Wang Jigzhai menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir bersama- sama beberapa orang lagi pelajar china muslim,yang merupakan

Upload: faizah12

Post on 12-Apr-2017

111 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengaruh islam dalam_pendidikan_tamadun_china

Pengaruh Islam dalam Tamadun China

-Sistem Pendidikan-

Sumber : en.m.wikipedia.org/wiki/History_of_Islam_in_China

Jingtang Jiaoyu merupakan suatu sistem pendidikan Islam yang telah berkembang semasa zaman Dinasti Ming, dan berpusat di persekitaran masjid. Bahasa Arab dan Bahasa Parsi merupakan antara subjek yang utama yang wajib di ambil. Di dalam madrasah, sesetengah karya China Muslim seperti Kitab Han digunakan untuk tujuan pembelajaran. Liu Zhi, seorang penuntut telah menulis teks utuk membantu Hui mempelajari Bahasa Arab. Bahasa Parsi merupakan Bahasa utama yang digunakan oleh China-Muslim dan diikuti oleh Bahasa Arab.

General Muslim Hui seperti Ma Fuxiang, Ma Hongkui dan Ma Bufang membiayai peruntukan sekolah dan madrasah serta menanggung pembiayaan pelajar pelajar yang menuntut di luar Negara. Imam Hu Songshan dan Ma Linyi terlibat dalam pembentukan pendidikan Islam di China.

Pegawai-pegawai Islam Kuomintang di Republik China menyokong Akademi Guru Chengda, yang membantu memulakan satu era baru pendidikan Islam di China,menggalakkan nasionalisme dan Bahasa China dalam kalangan Muslim,mengabungkan sepenuhnya dalam aspek-aspek utama masyarakat China. Kementerian Pelajaran telah menyediakan dana kepada Persekutuan Keselamatan Kebangsaan Cina Muslim bagi tujuan pendidikan.

Imam Wang Jigzhai menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir bersama-sama beberapa orang lagi pelajar china muslim,yang merupakan antara pelajar china yang pertama belajar di Timur Tengah. Pada tahun 1931, China telah menghantar 5 orang pelajar untuk menuntut di Universiti Al-Azhar di Mesir dan antaranya ialah Muhammad Ma Jian. Na Zhong, pewaris kepada Nasr al-Din (Yunnan) juga antara pelajar yang dihantar ke Universiti Al-Azhar pada tahun 1931 bersama-sama Zhang Ziren, Ma Jian dan Lin Zhongmin.

Muslim Hui dari Central Plains (Zhongyuan) ada pendapat yang berbeza dalam pendidikan bagi kaum wanita berbeza dengan Muslim Hui yang tinggal di barat laut China. Wanita Hui Muslim dari Central Plains seperti Henan mempunyai sejarah Masjid dan sekolah bagi kaum wanita, adapun Muslim Hui yang tinggal di barat laut China terkurung di dalam rumah. Walaubagaimanapun, pada tahun 1920, pendidikan bagi kaum wanita telah dikembangkan oleh

Page 2: Pengaruh islam dalam_pendidikan_tamadun_china

peneraju China. Di Linxia, Gansu, terdapat sekolah sekular bagi gadis-gadis Hui Muslim dan sekolah itu telah ditaja oleh Ma Bufang. Nama sekolah itu ialah Shuada Suqin Women’s Primary School diambil sempena nama isteri Ma Bufang iaitu Ma Suqin yang juga merupakan penaja kepada sekolah itu.

General Ma Fuxiang telah menderma dana untuk mempromosikan pendidikan bagi Muslim Hui dan membantu membina kelas intelek antara masyarakat Hui secara tak langsung membantu mempromosikan peranan Hui dalam mengukuhkan kekuatan Negara.

Sumber:

1. Garnout, Anthony. “Chinese Muslim literature”. Contemporary China Studies-School of Interdisciplinary Area Studies-University of Oxford. Contemporary China Studies.

2. Mao, Yufeng (2011/1 (n 33)). “Muslim Educational Reform in 20th-Century China: The Case of The Chengda Teachers Academy”. Extreme-Orient Extreme-Occident (Presses universitaires de Vincennes): 143-170. ISBN 9782842923341.