pengaruh faktor-faktor sosio-ekonomi terhadap … papers/pert vol. 8 (1) apr. 19… · dasarkan...

9
Pertanika 8(1), 89-97 (1985) Pengaruh Faktor-faktor Sosio-ekonomi Terhadap Kesedaran Pengguna (The Influence of Socio-economic Factors on Consumer Awareness) NURIZAN YAHYA, JAIYAH SHAHBUDDIN and JARIAH MASUD Department of Human Development Studies, Faculty of Agriculture, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia. Key words: Faktor sosio-ekonomi; kesedaran pengguna; hak pengguna; tanggungjawab peng- guna; undang-undang perlindungan pengguna. ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk memeriks'a pengaruh faktor sosio-ekonomi terhadap kesedaran pengguna. Seramai 90 orang responden iaitu 45 orang dari kawasan bandar dan 45 orang dari luar bandar telah dipilih secara rawak untuk kajian ini. Maklumat dikumpulkan melalui temubual ber- dasarkan kepada soalan-soalan yang dibentuk di dalam kertas soal selidik. Dua pembolehubah telah digunakan iaitu faktor sosio-ekonomi sebagai pembolehubah bebas dan kesedaran pengguna sebagai pembolehubah sandar. Ujian statistik Analisis varian dan 'Duncan's multiple-range' telah digunakan untuk memeriksa perbezaan di antara angkubah. Hasil kajian menunjukkan taraf kesedaran peng- guna bandar lebih tinggi daripada pengguna luar bandar. Taraf kesedaran pengguna berbeza mengikut taraf pelajaran dan pendapatan. Beberapa cadangan telah diberikan berdasarkan kepada maklumbalas yang diterima untuk memperbaiki keadaan tersebut. PENGENALAN Pendapat yang pertama mengatakan pengguna membeli sesuatu barang kerana dirangsang oleh Pengguna ialah orang yang menggunakan keperluan, kehendak dan keinginan biologi dan barangan dan perkhidmatan di pasaran untuk ps ik o logi (Haward, 1973). Engel, Koliat dan keperluan diri dan keluarganya. Oleh itu, setiap B lackwell, (1973) pulu mengatakan pengguna orang adalah pengguna. Menurut Sarbin (1954) mem beli sesuatu barang untuk menyelesaikan peranan seorang pengguna ialah merancang apa masa i a h dan Hansen (1972) pula berpendapat yang hendak dibeli, mencari barang untuk seorang pengguna membeli untuk mendapatkan dibeli, membeli and seterusnya menggunakan barang bagi menolong mengurangkan konflik barang-barang tersebut. Ini menunjukkan yangdialaminya. pengguna boleh mempengaruhi jenis barang- barang yang dijual di pasaran (Schoenfeld dan Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tingkah Natella, 1970). Tingkah laku pengguna dapat Laku Pengguna dilihat melalui cara seseorang membelanjakan wangnya. Setiap pengguna seharusnya menge- Perlakuan seorang pengguna dipengaruhi tahui cara-cara untuk membelanjakan wang oleh faktor-faktor sosioekonomi. Ini termasuk- dengan betul supaya perbelanjaan tidak mele- lah pendapatan, pelajaran dan tempat tinggal bihi pendapatan. Ada tiga pendapat mengenai individu. Wang merupakan suatu sumber yang sebab-sebab pengguna membeli sesuatu barang. penting untuk mengukur nilai sesuatu barang

Upload: tranthien

Post on 05-Mar-2018

223 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Pertanika 8(1), 89-97 (1985)

Pengaruh Faktor-faktor Sosio-ekonomiTerhadap Kesedaran Pengguna

(The Influence of Socio-economic Factorson Consumer Awareness)

NURIZAN YAHYA, JAIYAH SHAHBUDDIN and JARIAH MASUDDepartment of Human Development Studies,

Faculty of Agriculture,Universiti Pertanian Malaysia,Serdang, Selangor, Malaysia.

Key words: Faktor sosio-ekonomi; kesedaran pengguna; hak pengguna; tanggungjawab peng-guna; undang-undang perlindungan pengguna.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk memeriks'a pengaruh faktor sosio-ekonomi terhadap kesedaranpengguna. Seramai 90 orang responden iaitu 45 orang dari kawasan bandar dan 45 orang dari luarbandar telah dipilih secara rawak untuk kajian ini. Maklumat dikumpulkan melalui temubual ber-dasarkan kepada soalan-soalan yang dibentuk di dalam kertas soal selidik. Dua pembolehubah telahdigunakan iaitu faktor sosio-ekonomi sebagai pembolehubah bebas dan kesedaran pengguna sebagaipembolehubah sandar. Ujian statistik Analisis varian dan 'Duncan's multiple-range' telah digunakanuntuk memeriksa perbezaan di antara angkubah. Hasil kajian menunjukkan taraf kesedaran peng-guna bandar lebih tinggi daripada pengguna luar bandar. Taraf kesedaran pengguna berbezamengikut taraf pelajaran dan pendapatan. Beberapa cadangan telah diberikan berdasarkan kepadamaklumbalas yang diterima untuk memperbaiki keadaan tersebut.

PENGENALAN Pendapat yang pertama mengatakan penggunamembeli sesuatu barang kerana dirangsang oleh

Pengguna ialah orang yang menggunakan keperluan, kehendak dan keinginan biologi danbarangan dan perkhidmatan di pasaran untuk psikologi (Haward, 1973). Engel, Koliat dankeperluan diri dan keluarganya. Oleh itu, setiap Blackwell, (1973) pulu mengatakan penggunaorang adalah pengguna. Menurut Sarbin (1954) m e m bel i sesuatu barang untuk menyelesaikanperanan seorang pengguna ialah merancang apa m a s a i a h dan Hansen (1972) pula berpendapatyang hendak dibeli, mencari barang untuk seorang pengguna membeli untuk mendapatkandibeli, membeli and seterusnya menggunakan barang bagi menolong mengurangkan konflikbarang-barang tersebut. Ini menunjukkan yangdialaminya.pengguna boleh mempengaruhi jenis barang-barang yang dijual di pasaran (Schoenfeld dan Faktor-faktor yang Mempengaruhi TingkahNatella, 1970). Tingkah laku pengguna dapat Laku Penggunadilihat melalui cara seseorang membelanjakanwangnya. Setiap pengguna seharusnya menge- Perlakuan seorang pengguna dipengaruhitahui cara-cara untuk membelanjakan wang oleh faktor-faktor sosioekonomi. Ini termasuk-dengan betul supaya perbelanjaan tidak mele- lah pendapatan, pelajaran dan tempat tinggalbihi pendapatan. Ada tiga pendapat mengenai individu. Wang merupakan suatu sumber yangsebab-sebab pengguna membeli sesuatu barang. penting untuk mengukur nilai sesuatu barang

NURIZAN YAHAYA, JAIYAH SHAHBUDDIN AND JARIAH MASUD

dan sebagai bahan perantaraan di pasaran(Thai dan Holcome, 1973). Pendapatan ke-luarga juga mencerminkan kedudukan kelassosial keluarga tersebut. Biasanya pengguna darikelas atasan menjaga prestij mereka denganmembeli barang- barang yang mahal keranamenurut mereka kualiti barang ditentukan olehharganya (Leavitt, 1954 dan Connet, 1968).Pengguna berpendapatan rendah pula lebihsuka membeli barang-barang lebih murah danbersesuaian dengan kedudukan ekonomi mereka(Myers et aL, 1974). Keadaan ini menunjukkanpendapatan menentukan jenis barang yangdipilih.

Pelajaran merupakan faktor yang menentu-kan pendapatan (Tan, 1982), tingkah laku dandaya pemikiran individu. Harris (1970) berpen-dapat pengguna yang berpelajaran tinggi lebihsuka membuat penyelesaian tentang sesuatumasalah mengenai sesuatu barang denganmengemukakan soalan-soalan kepada penjualsebelum membeli. Mereka juga lebih sukamengambil tahu tentang barang-barang baruyang dijual di pasaran (Backlin, 1969). Keadaantempat tinggal seseorang merupakan faktor per-sekitaran yang mempengaruhi perlakuan peng-guna. Lazimnya pengguna luar bandar mem-punyai taraf pelajaran dan pendapatan yangrendah jika dibandingkan dengan penggunabandar (Scott, 1976). Keadaan ini menyebabkantingkah laku pengguna bandar dan luar bandarberbeza (Thompson, 1976).

Tingkah laku seseorang pengguna jugamencerminkan taraf kesedarannya terhadapaspek-aspek kepenggunaan. Ini termasuklahkefahamannya terhadap hak-hak dan tanggung-jawab sebagai pengguna. Thai dan Holcome(1973) berpendapat, pengguna yang mempu-nyai taraf kesedaran yang tinggi membelanjakanwang dengan berhati-hati seterusnya dapatmencari matlamat yang dirancangkan. Di sam-ping itu taraf kesedaran pengguna juga dipenga-ruhi oleh umur, pendapatan (Dickinson, 1974),taraf pelajaran (Berkman dan Gilson, 1978) dankeadaan persekitaran individu.

MASALAH

Pertumbuhan ekonomi Malaysia telah me-nurun daripada 8.0 peratus dalam tahun 1980

kepada 6.9 peratus dalam tahun 1982. Keadaantersebut mewujudkan inflasi. Dalam keadaaninflasi, perbelanjaan hidup keluarga meningkatkerana kenaikan harga barang tidak selarasdengan pertambahan pendapatan keluarga(Levy, Feldman, dan Sosserath, 1976 danBailard, Bichl dan Kaiser, 1977). Dalam sistemekonomi bebas seperti di Malaysia, isu-isuinflasi, kenaikan perbelanjaan hidup, kualitibarang yang rendah, penjualan barang-barangyang tidak selamat dan penipuan di pasaranmerupakan masalah utama kepada pengguna.Keadaan ini menyebabkan pengguna tidak men-dapat pulangan yang sepatutnya malah mem-beri kesan yang buruk kepada keselamatan dankesihatan mereka.

Di negara ini terdapat banyak undang-undang yang digubal untuk memberi perlin-dungan kepada pengguna daripada dieksploitoleh pihak penjual. Walaupun begitu undang-undang tersebut tidak dikuatkuasakan sepenuh-nya. Sebagai contoh, sehingga hari ini masifrada pihak yang tidak memenuhi kehendak AktaPerihal Dagangan 1972. Penyelewengan dipasaran berpunca daripada kurang kawalan,penguatkuasaan undang-undang dan juga ke-salahan pengguna sendiri. Ini disebabkanundang-undang tersebut tidak dikuatkuasakandan tidak diterangkan kepada pengguna. Makapengguna tidak tahu dan memahami undang-undang yang wujud.

Berdasarkan kepada masalah-masalah ter-sebut kajian ini bertujuan untuk mengenalpastipengaruh faktor-faktor sosioekonomi terhadapkesedaran pengguna. Objektif khusus ialahuntuk memeriksa latar belakang sosioekonomidan demografi responden, mengenalpastipengurusan kewangan, memeriksa pengaruhtaraf pelajaran, pendapatan dan tempat tinggalke atas kesedaran pengguna.

METODOLOGI

Dua kawasan telah dipilih untuk kajian iniiaitu Taman Pasir Putih Baru sebagai mewakilikawasan bandar dan Kampung Lambor Kanan,Parit sebagai mewakili kawasan luar bandar.

90 PERTANIKA VOL. 8 NO. 1, 1985

PENGARUH FAKTOR-FAKTOR SOSIO-EKONOMI TERHADAP KESEDARAN PENGGUNA

Seramai 90 responden telah dipilih secara rawakdengan menggunakan jadual rawak mengikutnombor rumah populasi. Bagi kawasan luarbandar, seramai 45 responden dipilih daripada278 buah keluarga dan bagi kawasan bandarpula 45 responden dipilih daripada 250 buahkeluarga. Syarat sampel ialah pasangan suamiisteri yang tinggal bersama. Data telah dikum-pulkan dengan cara temubual menggunakansoal selidik pada bulan November 1983. Mak-lumat yang diperolehi telah dianalisis denganmenggunakan Program 'Statistical Package forthe Social Sciences' (SPSS). Ujian AnalisisVarian dan 'Duncan's Multiple-Range' telahdigunakan untuk menguji perbezaan di antarapembolehubah.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Maklumat Sosioekonomi dan Demograft

Maklumat yang didapati menunjukkan saizisi rumah responden di antara 2 hingga 10 orangdengan purata seramai 5.2 orang. Saiz tersebutsama dengan saiz isi rumah untuk pendudukMalaysia (Banci penduduk, 1980). Walau bagai-manapun terdapat perbezaan di antara purataisi rumah bandar iaitu 3.9 orang dengan isirumah luar bandar iaitu 6.4 orang. Julat umurresponden di antara 19 hingga 76 tahun denganpurata 42 tahun. Purata umur respondenbandar ialah 37 tahun dan luar bandar 46tahun. Didapati kesemua responden bandar

merupakan golongan mendatang yang disebab-kan oleh faktor pekerjaan. Purata jangka masamereka tinggal di bandar ialah 2 tahun ber-banding dengan 18 tahun bagi responden luarbandar. Kebanyakan responden luar bandar (34orang) mendapat pendidikan setakat sekolahrendah berbanding dengan responden bandaryang kebanyakannya (32 orang) mempunyaisekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.

Dari segi pendapatan, julat pendapatansuami ialah di antara $1000 hingga $4000 denganpurata sebanyak $673. Sementara itu, seramai52 peratus isteri di bandar dan 29 peratus isteridi luar bandar mempunyai sumber pendapatansendiri. Julat pendapatan isteri ialah di antara$50 hingga $1200. 24 peratus keluarga mem-punyai pendapatan daripada sumber lain yangberjumlah di antara $20 hingga $350. Jumlahpendapatan keluarga dikira dengan menjumlah-kan pendapatan suami, pendapatan isteri danpendapatan daripada sumber lain. Puratajumlah pendapatan keluarga ialah $934 (Jadual1). Terdapat perbezaan yang besar di antarapurata pendapatan keluarga bandar dan luarbandar iaitu $1356 dan $511. Didapati 73 pe-ratus daripada keluarga luar bandar berpen-dapatan kurang daripada $500 sebulan mana-kala 73 peratus daripada keluarga bandar ber-pendapatan lebih daripada $1000 sebulan. Inimenunjukkan lebih daripada separuh keluargaluar bandar tergolong dalam golongan yang ber-pendapatan rendah.

Jumlah pendapatan

$500

$501-$999.99

$1000 ke atas

Purata

Bil. ( n -

2

10

33

JADUAL 1Taburan jumlah pendapatan keluarga

Bandar

45)

$1356

Luar bandar

% Bil. (n-45) %

4 33

23 6

73 6

$511

73

13

13

Keseluruhan

Bil. (n-90) %

35

16

39

$934

39

18

43

PERTANIKA VOL. 8 NO. 1. 1985 91

NURIZAN YAHAYA, JAIYAH SHAHBUDDIN AND JARIAH MASUD

Pengurusan Kewangan

Seramai 59 responden (yang terdiri dari-pada 24 responden luar bandar dan 35 res-ponden bandar) merancang terlebih dahulusebelum membeli. Kebanyakan responden mem-buat peruntukan wang sebelum membelimakanan basah (51 peratus), makanan kering(56 peratus) dan pengangkutan (44 peratus).Hanya 6 peratus keluarga yang membuat perun-tukan wang untuk hiburan. Didapati lebihramai responden bandar membuat peruntukanwang setiap bulan berbanding dengan respon-den luar bandar. Ini disokong oleh ujian khi-ganda dua yang menunjukkan "terdapat per-hubungan yang bererti di antara tempat tinggalresponden dengan peruntukan wang ke atasmakanan basah (x2 = 27.8), makanan kering(x2 = 23.8), pakaian (x2 = 5.1) pengangkutan(x2= 23.8) dan simpanan (JC 2 = 8.8)padaparasP<0.05, dengan satu darjah kebebasan. Inimenunjukkan terdapat perbezaan di antararesponden bandar dan luar bandar dalam mem-buat peruntukan wang terhadap makananbasah, makanan kering, pakaian, pengangkutandansimpanan.

Maklumat yang didapati menunjukkanresponden bandar merancang kewangan denganbaik jika dibandingkan dengan responden luar

bandar. Ini disebabkan hampir kesemua res-ponden bandar mempunyai pekerjaan tetapyang membolehkan mereka membuat perun-tukan kewangan dengan sempurna. Respondenluar bandar pula kebanyakannya bekerja sendiridan tidak mempunyai pendapatan tetap. Olehitu mereka sukar membuat peruntukan ke-wangan.

Tentang faktor-faktor yang mempengaruhimereka semasa membeli, 20 peratus respondenmengatakan mereka selalu meminta pendapatorang lain sebelum membeli. Responden luarbandar dan responden yang berpendapatankurang dari $500 sebulan pula lebih mementing-kan harga semasa membeli. Manakala lebih 76peratus responden mengatakan mereka membelikerana keperluan keluarga.

Dalam kajian ini isi rumah membelanjakansebanyak $1008.80 untuk perbelanjaan bulanankeluarga (Jadual 2). Terdapat perbezaan dalamperbelanjaan di antara isi rumah bandar denganluar bandar iaitu $1160.74 bagi isirumah dibandar dan $519 bagi isi rumah di luar bandar.Ini disebabkan pendapatan isi rumah bandarlebih tinggi daripada luar bandar. Perbanding-an perbelanjaan perkapita dapat memberi gam-baran yang jelas kerana saiz isi rumah berbeza diantara bandar dan luar bandar. Mengikut

JADUAL 2Anggaran perbelanjaan isi rumah serta perbelanjaan per kapita

untuk makanan dan bukan makanan

Perbelanjaan Bandarn = 45

Luar bandarn = 45

Keseluruhann = 90

Isi rumah

Makanan

Bukan Makanan

$273.11

887.63

$204.00

315.19

$238.55

769.75

Jumlah 1160.62 519.19 1008.30

Per kapita

Makanan

Bukan Makanan70.00

227.59

31.87

49.25

45.87

148.03

Jumlah 297.62 81.12 193.90

92 PERTANIKA VOL. 8 NO. 1, 1985

PENGARUH FAKTOR FAKTOR SOSIO-EKONOMI TERHADAP KESEDARAN PENGGUNA

laporan penyiasatan perbelanjaan isi rumah1973, perbelanjaan perkapita untuk makananbagi kawasan bandar ialah $24.05 dan $18.84 diluar bandar. Didapati perbelanjaan perkapitauntuk makanan dalam kajian ini ialah $70.03 dibandar dan $31.87 di luar bandar. Ini menun-jukkan keadaan inflasi dan pergolakan ekonomiyang mempengaruhi pendapatan perkapita bagisetiap pengguna dalam tempoh 1973 hingga1983. Purata nisbah pendapatan yang dibe-lanjakan untuk makanan dalam kajian ialah 25peratus, di mana keluarga bandar membelanja-kan 20 peratus dan luar bandar 40 peratus daripada pendapatan keluarga.

Perbezaan tersebut disebabkan purata pen-dapatan isi rumah bandar lebih tinggi daripadapurata pendapatan isi rumah luar bandar dannisbah yang dibelanjakan bagi makanan se-makin berkurang apabila pendapatan bertam-bah.

Yang termasuk dalam kumpulan bukanmakanan ialah pakaian, tempat tinggal, peng-angkutan, hiburan, simpanan dan keperluanlain (Jadual 3). Pakaian yang dimaksudkan ialahkain baju, kasut dan alat solek. Didapati hampir

semua keluarga luar bandar membeli pakaiansetahun sekali iaitu ketika menyambut hari raya.Sebanyak 15 keluarga luar bandar tidak pernahmembeli pakaian, kerana pakaian mereka di-tanggung oleh anak-anak mereka yang telahbekerja. Bagi keluarga bandar pula, hanya duabuah keluarga yang tidak membeli pakaiankeran telah bersara. Peratus perbelanjaankeluarga bagi pakaian ialah 4 peratus. Sebanyak43 buah keluarga luar bandar dan 35 buahkeluarga bandar tinggal di rumah sendiri. Bagikeluarga luar bandar, mereka mendirikanrumah dengan model sendiri berbeza dengankeluarga bandar yang membeli rumah daripadapemaju perumahan. Kebanyakan respondenbandar membayar ansuran di antara $200hingga $400 sebulan atau 26 peratus daripadapendapatan bulanan.

Responden membelanjakan 14 peratusdaripada pendapatan untuk pengangkutan.Perbelanjaan dalam item ini termasuklahbayaran insuran kenderaan setiap bulan, dieseldan tambang bas atau teksi. Didapati 18keluarga (20 peratus) tidak mempunyai ken-deraan sendiri.

JADUAL 3Purata perbelanjaan bulanan keluarga

Item Bandar Luar Bandar Keseluruhan

Makanan

Pakaian

Perumahan

Pengangkutan

Simpanan

Hiburan

Lain-lain

273.11(20.13)

49.26( 3.60)

65.71(26.90)

158.22(11.70)

122.10( 9.00)

40.21( 3.00)

152.18(11.20)

204.90(39.90)

19.73( 3.70)

58.14(11.30)

88.78(17.30)

7722(15.10)

_

-

71.32(14.00)

238.55(25.50)

37.12( 4.00)

340,25(36.40)

134.18(14.20)

103.71(11.30)

40.21( 4.30)

114.01(12.20)

( ) = Peratus daripada purata pendapatan bulanan keluarga.

PERTANIKA VOL. 8 NO. 1, 1985 93

NURIZAN YAHAYA, JAIYAH SHAHBUDDIN AND JARIAH MASUD

Simpanan adalah penting untuk masadepan terutamanya untuk perbelanjaan sekolahanak-anak dan hari tua. Seramai 73 peratuskeluarga membuat simpanan bulanan iaitu 11peratus daripada pendapatan keluarga. Seramai73 peratus keluarga yang terdiri daripada 50peratus keluarga luar bandar dan 23 peratuskeluarga bandar tidak membuat perbelanjaanuntuk item hiburan. Mereka menonton tele-visyen dan mendengar radio sebagai hiburan.

Kesedaran Pengguna

Aspek kesedaran pengguna yang dikajiialah kesedaran terhadap hak-hak dan tang-gungjawab sebagai pengguna dan kesedaran ter-hadap undang-undang perlindungan penggunadi negara ini. Sebanyak 19 soalan telah dibentukuntuk mengenalpasti kesedaran hak dan tang-gungjawab mereka sebagai pengguna. Setiapjawapan yang diberikan oleh responden diberi 3markah untuk "selalu", 2 untuk "kadang-kadang" dan 1 untuk "tidak pernah". Sebelassoalan yang berkaitan dengan undang-undangtelah dikemukakan untuk mengukur kesedaranterhadap undang-undang perlindungan peng-guna. Markah yang diberi ialah 1 untuk "tidak"dan 2 untuk "ya".

Maklumat yang diperolehi menunjukkan 46peratus daripada responden selalu membelibarang di satu tempat sahaja kerana merekamembeli secara kredit. Ini menyebabkan 82peratus responden tidak pernah memilihbarang-barang yang hendak dibeli dengan telitikerana percaya kepada pekedai. Hanya 21 pe-ratus responden selalu membuat perbandinganharga di beberapa buah kedai sebelum mem-beli, sedangkan kurang separuh (46 peratus)tidak pernah berbuat demikian. Seramai 83peratus responden tidak pernah menyediakansenarai barang yang hendak dibeli dan tidakbegitu berminat untuk mengambil tahu tentangbarang-barang baru di pasaran. Hampir se-paruh daripada responden (46 peratus) tidakpernah mengemukakan soalan-soalan kepadapekedai semasa membeli dan cuma 17 peratusresponden mengatakan mereka selalu men-dapatkan maklumat tentang sesuatu barangsebelum membeli.

Kebanyakan responden (64 peratus) tidakpernah memeriksa keselamatan barang semasamembeli. Didapati 60 peratus responden tidakpernah membaca segala arahan sebelum mem-beli sesuatu barang dan hanya 7 peratus res-ponden yang selalu mengikut arahan yang di-cadangkan ketika mengguna dan menjaga ba-rang-barang yang dibeli terutamanya barang-barang elektrik. Kebanyakan responden (76peratus) tidak pernah membaca surat perjanjianjual beli sebelum surat tersebut ditandatangani.Mengenai hak untuk didengari pula, 36 peratusresponden selalu memulangkan semula barang-barang yang dibeli jika barang tersebut tidakseperti yang diakui. Juga didapati lebih separuhresponden (52 peratus) mengatakan merekamengetahui hak-hak mereka sebagai pengguna.Julat markah kesedaran hak responden ialah diantara 26 hingga 55 dengan purata 44.3. Di-dapati purata markah kesedaran hak respondenbandar lebih tinggi daripada responden luarbandar iaitu masing-masing 47.7 dan 41markah.

Maklumbalas mengenai undang-undangmenunjukkan ramai responden tidak menge-tahui dan memahami undang-undang perlin-dungan pengguna di negara ini. Seramai 59peratus mengatakan mereka tidak mengetahuiwujudnya undang-undang yang melindungimereka.

Setelah dijumlah markah kesedaran hakdan kesedaran undang-undang, didapati julatmarkah kesedaran pengguna ialah di antara 40hingga 75 dengan purata 61 markah. Markahtersebut dikategorikan kepada tiga kumpulaniaitu "rendah" di antara 40 hingga 51,"sederhana" di antara 52 hingga 63 dan "tinggi"di antara 64 hingga 75 (Jadual 4). Hampir se-paruh responden (48 peratus) mendapat markahyang tinggi.

JADUAL 4Taburan markah kesedaran pengguna

Markah yang diperolehi BiL(n - 90)

40

51

64

-51 (Rendah)

— 63 (Sederhana)

-75 (Tinggi)

12

35

43

13

39

48

94 PERTANIKA VOL. 8 NO. 1, 1985

PENGARUH FAKTOR-FAKTOR SOSIO-EKONOMI TERHADAP KESEDARAN PENGGUNA

Maklumat yang diperolehi menunjukkanpurata markah kesedaran meningkat apabilataraf pelajaran meningkat. Dengan mengguna-kan ujian ANOVA (Analisis Varian) didapatitaraf kesedaran pengguna berbeza mengikuttaraf pelajaran (F • 54.53, dk = 2) pada parasP < 0.01. Ujian 'Duncan's multiple-range' me-nunjukkan terdapatnya perbezaan yang berertidi antara responden yang berpelajaran tinggidengan yang berpelajaran rendah dan di antararesponden yang berpelajaran rendah denganyang berpelajaran menengah pada para P <0.01. Tetapi perbezaan taraf kesedaran peng-guna tidak bererti di antara responden yang ber-pelajaran menengah dengan responden yangberpelajaran tinggi (Jadual 5). Ini menunjukkantaraf kesedaran pengguna akan meningkat apa-bila taraf pelajaran meningkat sehingga keperingkat menengah tetapi apabila taraf pela-jaran mencapai ke peringkat tinggi kenaikantaraf kesedaran adalah kecil.

JADUAL 5Ujian 'Duncan's multiple-range1 bagi taraf

pelajaran responden

JADUAL 6Ujian 'Duncan's multiple-range' bagi taraf

pendapatan keluarga

Taraf pelajaran

Pelajaran rendah(Tidak bersekolah dansekolah rendah)

Pelajaran menengah(SRP/LCE dan SPM/MCE)

Pelajaran tinggi(STP/HSC Maktab, Kolej danUniversiti)

*•* bererti pada paras 0.01.ns tidak bererti

Purata markah

54.8**

65.53**

66.10"

Taraf pendapatan

$500(Rendah)

$501-$999.99(Sederhana)

$1000 ke atas

Purata Markah

54.28**

63.25**

66.10**

* * bererti pada paras 0.01.

Ujian ANOVA ke atas pembolehubahtaraf pendapatan keluarga dengan kesedaranpengguna menunjukkan terdapat perbezaanyang bererti di antara kedua-dua pembolehubahtersebut pada para P < 0.01. Ujian 'Duncan'smultiple-range' menunjukkan responden dari-pada keluarga yang berpendapatan tinggi mem-punyai perbezaan yang bererti pada paras P <0.01, daripada segi kesedaran pengguna diban-dingkan dengan responden yang berpendapatanrendah dan sederhana (Jadual 6). Ini menunjuk-kan taraf kesedaran responden daripadakeluarga yang berpendapatan tinggi berbezadengan responden yang berpendapatan rendahdan sederhana. Dengan menggunakan ujianANOVA didapati perbezaan taraf kesedaranpengguna bandar dan pengguna luar bandaradalah bererti (F = 38.44, dk = 1) pada parasP < 0.01 (Jadual 7). Purata markah kesedaranresponden bandar lebih tinggi daripada markahkesedaran responden luar bandar iaitu masing-masingmendapat 65.4 dan 56.5 markah.

JADUAL .7Jadual ANOVA yang menunjukkan perhubungan di antara taraf

kesedaran pengguna bandar dengan pengguna luar bandar

Punca Ubahan JadualKuasa dua

PurataKuasa dua

DarjahKebebasan

Nilai F

Di antara kumpulan

Di dalam kumpulan (Error)

1777.78

4070.22

1777.78

46.25

1

88

38.44*

Bererti pada paras P < 0.01.

PERTANIKA VOL. 8 NO. 1, 1985 95

NURIZAN YAHAYA, JAIYAH SHAHBUDDIN AND JARIAH MASUD

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Maklumat yang didapati menunjukkan ke-banyakan responden berada di peringkat umurpertengahan dan mempunyai saiz keluarga yangsederhana. Taraf hidup responden bandar lebihbaik daripada responden luar bandar keranamereka mempunyai taraf pelajaran dan pen-dapatan yang lebih tinggi. Lebih ramai res-ponden bandar yang membuat peruntukan ke-wangan dibandingkan dengan responden luarbandar. Kebanyakan responden mementingkanfaktor keperluan keluarga apabila membeli se-suatu barang. Perbelanjaan perkapita untukmakanan berbeza di antara keluarga bandar($70.3) berbanding dengan keluarga luarbandar ($31.87). Ujian ANOVA dan Duncan'smultiple-range menunjukkan taraf kesedaranpengguna berbeza mengikut taraf pelajaran danpendapatan. Pengguna bandar mempunyaitaraf kesedaran yang lebih tinggi dibandingkandengan pengguna luar bandar.

Adalah dicadangkan supaya pihak kerajaan

dan persatuan-persatuan mengambil langkahpositif dalam mendidik pengguna menjadi lebihrasional terutamanya bagi mereka yang tinggaldi luar bandar. Di sana kelas bukan formaltentang pendidikan pengguna boleh diadakanoleh persatuan-persatuan pengguna dan agensi-agensi kerajaan. Langkah selanjutnya ialahmelahirkan generasi perigguna yang faham ten-tang tanggungjawab masing-masing supayamereka menjadi lebih bijak dalam urusan pem-belian mereka. Di sekolah, kesedaran ini bolehditanamkan melalui penubuhan persatuanpengguna dan diserapkan ke dalam mata pela-jaran tertentu misalnya dalam mata pelajaranBahasa Malaysia, Sivik, Ekonomi, Perdagangandan Kertas Am. Bahagian Penguatkuasa Ke-menterian Perdagangan dan Perindustrianperlu memperhebatkan lagi usaha untuk mem-benteras penipuan dan penyelewengan yang ber-laku di paszPran. Akta serta undang- undangyang digubal juga perlu dikaji semula dan di-kuatkuasakan. Di samping itu pengguna juga diberi penerangan mengenainya supaya kepentingan mereka lebih terjamin.

SUMMARY

The objective of this study was to examine the influence of some selected socio-economicfactors on consumer awareness. A total of 90 respondents, consisting of 45 respondents from theurban area and 45 from the rural area were randomly selected for the study. Data were obtained bypersonal interviews using structured questionnaires. The socio-economic factors were used asindependent variables and consumer awareness as dependent variables. The socio-economic factorsincluded were educational status, family income and place of residence. Consumer awarenessconsisted of awareness towards rights and responsibilities as consumers and awareness towardsconsumer protection laws and regulations. Analysis of Variances test and Duncan's multiple-rangestatistical tests were utilized to test the differences between variables. The results show that most of therespondents are in the middle age group and have a medium-sized family. The urban respondentshave a higher family income and higher level of education as compared to their rural counterparts.Most respondents cite family needs as the most important criterion for their decisions on buying. Theper capita expenditure on food for urban families is higher ($70.03) as compared to the rural families($31.87). The result also indicate that the level of consumer awareness of urban respondents is higherthan those from the rural areas. The level of consumer awareness increased as the level of educationand income increased. The ANOVA tests show that the level of consumer awareness differs witheducational status and family income. Some recommendations for improving the conditions are alsoforwarded based on the responses given by the respondents.

PERTANIKA VOL. 8 NO. 1, 1985

PENGARUH FAKTOR-FAKTOR SOSIO-EKONOMI TERHADAP KESEDARAN PENGGUNA

RUJUKAN

BACKLIN, L.P. (1969): Consumer Search, RoleEnactment and Market Efficiency. Journalof Business. 42(1): 22 - 28.

B A I L A R D . E . T . , BIEHL,D.C. and KAISER,R.W.

(1977): Personal Money Management.Science Research Association, Inc., NewYork.

BERBMAN, H.W. and GlLSON, C.C. (1978):Consumer Behavior: Concepts and Strate-gies. California. Dickenson Publishing Co.Inc.

CONNETT, M.C. and DOUGLAS, J. (1968): AnExperimental of the Price-quality relation-ship. Journal of Business. 41: 439 - 444.

DICKINSON, V.A.H. (1974): The Influence ofSosio-economic Factors on ConsumerAwareness. In Home Economic Research*Abstract.

ENGEL, J.F., KOLIAT, D.T. and BLACKWELL,

R.D. (1973): Consumer Behavior. NewYork. Holt, Rinehart and Winston.

HANSEN, F. (1972): Consumer Choice Beha-vior: A Cognitive Approach. New York. TheFree Press.

HARRIS, L. (1970): The Socially Conscious Con-sumer. In Consumer Behavior Concepts andStrategies (Disunting oleh Berkman, H.W.dan Gilson, C.C. 1978). California.Dickinson Publishing Co. Inc.

HAWARD, J.A. and OSTLUND, L.E. (1973):Buyer Behavior. New York. Alfred A.Knoff.

IBRAHIM SALLEH. (1983): Pengeluar-pengeluarsentiasa mencari keuntungan lebih: Ke-sedaran di kalangan pengguna perlu di-pupuk. Berita Harian. 25hb. April, ms. 10

LEVY, L., FELDMAN R. and SOSSERATH, S.

(1976): The Consumer in the Market Place.California. Pitman Learning Inc.

LEAVITT, H. (1954): A note on some Experi-mental Findings About the Meaning ofPrice. Journal of Business. 27: 205 - 210.

MYERS.J .H. , STANTON, R.R. andHAUCA.F.(1974): Correlates Buying Behavior SocialClass Vs. Income. Journal of Marketing. 8:15.

P ENYIASATAN P ERBELANJAAN I SI R RUMAH(1973): Jabatan Perangkaan Negara, KualaLumpur.

RINGKASAN R ANCANGAN M ALAYSIA K TIGA(1982): Jabatan Percetakan Negara, KualaLumpur.

SARBIN, T.R. (1965): Role Theory. The Hand-book of Social Psychology (Disunting olehLindzey, G.). New York. Addison-WeslyPublishing Co., Inc.

SCHOENFELD, D. and NATELLA, A.A. (1970):The Consumer and His Dollars. New York.Oceana Publication Inc.

SCOTT, R. (1976): The Female Consumer. NewYork. Halsted Press.

f

THAL, H.M. and HOLCOME, M. (1973): YourFamily and Its Money. Boston. HaughtonMifflin Co.

TAN, T.W. (1982): Income Distribution andDetermination in West Malaysia. KualaLumpur. Oxford University Press.

THOMPSON, R. (1976): Characteristic and Beha-vior of Outshopping Consumer. Journal ofRetailing. 47:25-30.

(Received 5 June, 1984)

PERTANIKA VOL. 8 NO. 1, 1985 97