pengaruh awan terhadap cuaca

10
1. Terangkan bagaimana bentuk awan dapat mempengaruhi keadaan cuaca serta kepentingan cuaca kepada manusia. Pengertian awan Awan adalah sekumpulan wap yang terapung di atmosferaa dan kelihatan putih kelabu.

Upload: mohamad-irfan

Post on 08-Feb-2016

135 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengaruh Awan Terhadap Cuaca

1. Terangkan bagaimana bentuk awan dapat mempengaruhi keadaan cuaca serta kepentingan cuaca kepada manusia.

Pengertian awan

Awan adalah sekumpulan wap yang terapung di atmosferaa dan kelihatan

putih kelabu.

Page 2: Pengaruh Awan Terhadap Cuaca

i. Kelompok Awan Tinggi

Pada kawasan tropis, awan ini terletak di ketinggian 6-18 km, pada kawasan iklim

sedang awan ini terletak pada ketinggian 5-13 km, sedangkan di kawasan kutub

terletak pada 3-8 km.

Awan yang tergolong ke dalam awan tinggi adalah :

a) Awan Sirrus (Ci)

Awan ini halus, dan berstruktur seperti serat dan bentuknya mirip bulu

burung. Awan ini juga sering tersusun seperti pita yang melengkung di langit,

sehingga seakan-akan nampak bertemu pada satu atau dua titik horizon.

Awan ini tidak menimbulkan hujan.

Awan ini terdiri daripada halbor air yang terjadi disebabkan suhu terlalu dingin

pada atmosfera.

Awan Sirus ini ditiupkan angin timuran yang bergelora. Awan ini berwarna

putih dengan pinggiran tidak jelas.

Page 3: Pengaruh Awan Terhadap Cuaca

b) Awan Sirostratus (Ci-St)

Bentuknya seperti kelembu putih yang halus dan rata menutup seluruh langit

sehingga nampak cerah, boleh juga kelihatan seperti anyaman yang

bentuknya tidak teratur.

Awan ini juga menimbulkan hallo (lingkaran yang bulat) yang mengelilingi

matahari dan bulan yang biasanya terjadi di musim kemarau.

c) Awan Sirokumulus(Ci-Cu)

Awan ini bentuknya seperti terputus-putus dan seperti sekelompok domba

dan sering menimbulkan bayangan.

Page 4: Pengaruh Awan Terhadap Cuaca

ii. Kelompok Awan Sedang

Pada kawasan tropis awan ini terletak di ketinggian 2-8 km, pada kawasan iklim

sedang terletak di ketinggian 2-7 km, sedangkan pada kawasan kutub terletak di

ketinggian 2-4 km.

a) Awan Altokumulus(A-Cu)

Awan ini kecil-kecil, tapi jumlahnya banyak

Awan Altokumulus berwarna kelabu atau putih dilihat pada waktu senja.

Biasanya berbentuk seperti bola yang agak tebal. Awan ini bergerombol dan

sering berdekatan sehingga nampak saling bergandingan.

Tiap-Tiap elemen nampak jelas tersisih antara satu sama lain dengan warna

keputihan dan kelabu yang membezakannya dengan Sirokumulus.

b) Awan Altostratus(A-St)

Awan Altostratus berwarna kekelabuan dan meliputi hampir keseluruhan

langit.

Awan ini menghasilkan hujan apabila cukup tebal.

Awan-awan di atas terbentuk pada waktu senja dan malam hari dan

menghilang apabila matahari terbit di awal pagi.

Page 5: Pengaruh Awan Terhadap Cuaca

iii. Kelompok Awan Rendah

Awan ini terletak pada ketinggian kurang dari 3 km, yang tergolong ke dalam awan

rendah

a) Awan Stratokumulus(St-Cu)

Awan ini berbentuk seperti bola-bola yang seringg menutupi daerah seluruh

langit, sehingga tampak seperti gelombang.

Lapisan awan ini tipis dan tidak menghasilkan hujan.

Awan ini berwarna kelabu/putih yang terjadi pada petang dan senja apabila

atmosfera stabil.

b) Awan Stratus(St)

Awan ini cukup rendah dan sangat luas. Tingginya di bawah 2000 m.

Lapisannya melebar seperti kabut dan berlapis.

Page 6: Pengaruh Awan Terhadap Cuaca

iv. Kelompok Awan Dengan Perkembangan Vertikal

Awan ini terletak antara 500-1500 m, yang tergolong dalam awan dengan

perkembangan vertikal antara lain :

a) Awan Kumulus(Cu)

Merupakan awan tebal dengan puncak yang agak tinggi. Terlihat gumpalan putih

atau cahaya kelabu yang terlihat seperti bola kapas mengambang, awan ini

berbentuk garis besar yang tajam dan dasar yang datar.

Dasar ketinggian awan ini umumnya 1000 m dan lebar 1 km.

b) Awan Kumulonimbus(Cu-Ni)

Berwarna putih/gelap.

Terletak pada ketinggian kira-kira 1000 kaki dan puncaknya punya ketinggian

lebih dari 3500 kaki.

Awan ini menimbulkan hujan dengan kilat dan guntur.

Awan ini berhubungan erat dengan hujan deras, petir, tornado, dan badai.

Page 7: Pengaruh Awan Terhadap Cuaca

Kepentingan cuaca kepada manusia:

Membantu manusia untuk meramal keadaan cuaca di masa akan datang

contohnya ramalan cuaca yang bertindak sebagai organisasi mengenalpasti

keadaan cuaca.

Membantu manusia dari segi ekonomi, perindustrian, sektor pelancongan,

pekerjaan, perdagangan dan pengangkutan.

2. Apakah ciri-ciri fizikal bumi. Seterusnya bandingbezakan ciri-ciri fizikal bumi sekarang dengan ciri-ciri yang mungkin berubah jika bumi berada pada kedudukan diantara planet Zuhal dan Uranus.

Jika bumi berada pada kedudukan diantara planet Zuhal dan Uranus, terdapat

beberapa kemungkinan iaitu

i. Atmosfera bumi kemungkinan seperti planet Musytari dan Zuhal. Komposisi

utama atmosfera ialah hidrogen dan helium dan mengandungi lebih "ais"

seperti air, ammonia dan metana dengan unsur hidrokarbon.

ii. Komposisi gas berlainan - Gas di bumi akan berubah. gas nitrogen, oksigen,

karbon dioksida akan berkurangan disebabkan oleh kedudukan bumi yang

berjauhan dari matahari.

iii. Bahan semulajadi seperti elemen-elemen di bumi berlainan akibat perubahan

suhu.

iv. Bumi sejuk dalam bentuk pepejal atau gas

v. Manusia tidak dapat bernafas dan tumbuhan tidak dapat hidup akibat

kekurangan cahaya matahari.