pengantar pdidikan bersepadu

Upload: sakinahukm

Post on 30-May-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 pengantar pdidikan bersepadu

    1/7

    1

    PENGHARGAAN

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

    Segala puji bagi Allah S.W.T selaku Pencipta, Pemerintah dan Pentadbir sekalian alam. Selawat

    dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, para sahabat dan para

    pengikut setia baginda hingga ke akhir zaman.

    Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T dan bergembira kerana dengan kurnia dan

    hidayah-NYA berjaya jua kami menyiapkan satu kertas kerja ilmiah yang bertajuk Perbezaan

    pendidikan bersepadu yang dikemukakan oleh Barat dengan paradigma pendidikan bersepadu

    yang dikemukakan di Malaysia

    Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih

    yang tidak terhingga kepada Pn. Khalijah dan Pn. Nor Sakinah Bte Mohammad, yang telah

    memberi tunjuk ajar kepada saya.

    Penghargaan ini juga saya tujukan kepada staf-staf Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL)

    yang telah membantu mencari buku rujukan yang berkenaan dengan kertas kerja ilmiah ini.

    Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pusat Wacana Ilmu di Keris Mas

    kerana menyediakan sumber rujukan yang sangat bermanfaat, tidak lupa juga kepada rakan-

    rakan satu fakulti kerana membantu saya dari segi memberi tunjuk ajar, meminjam laptop dan

    sebagainya. Semoga Allah S.W.T. membalas jasa baik mereka semua.

  • 8/14/2019 pengantar pdidikan bersepadu

    2/7

    2

    Akhirnya, kami mengharapkan dengan wujudnya kajian ilmiah ini, ia dapat menambahkan ilmu

    pengetahuan kepada kami semua tentang paradigma pendidikan bersepadu negara dan yang

    diamalkan di Barat.Insyaallah.

  • 8/14/2019 pengantar pdidikan bersepadu

    3/7

    3

    BAB SATU

    PENDIDIKAN BERSEPADU DI MALAYSIA

    1.1 PENGENALAN

    Kertas kerja ilmiah ini memfokuskan tentang perbezaan pendidikan bersepadu yang diamalkan

    di negara kita dengan di barat.

    1.2 KONSEP

    Abdul Raof Dalip (1991) dalam kertas kerjanya, Peranan Pendidikan Sepadu Membentuk

    Ummah dan Masyarakat, mentakrifkan bahawa konsep pendidikan sepadu yang diamalkan di

    Malaysia membawa erti penyatuan ilmu dengan kehidupan, keserasian antara pembangunan

    ummah dengan matapelajaran, perhubungan antara manusia dengan komponen- komponen di

    dalam dirinya ke arah wujudnya keseimbangan rohani dan jasmani yang bertunjangkan tauhid,

    akidah, keutuhan Yang Maha Esa. Musa Daia (1993) dalam artikenya, Falsafah Pendidikan

    Negara dalam Pelaksanaan KBSM pula mendefinisikan pendidikan bersepadu sebagai sebuah

    konsep pendidikan yang mewujudkan pertalian yang jelas di antara bidang kognitif, efektif, dan

    psikomotor dalam usaha mengembangkan individu secara menyeluruh sama ada dari segi

    intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Dengan kata lain, konsep pendidikan yang diamalkan di

    Malaysia adalah berlandaskan keseimbangan antara tuntutan kerohanian dan kejasmanian selaras

    dengan Falsafah Pendidikan Negara, 1990 hlm. 6 yang berbunyi:

    Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

    individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan

    seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhankepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

    memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

  • 8/14/2019 pengantar pdidikan bersepadu

    4/7

    4

    1.3 MATLAMAT PENDIDIKAN DI MALAYSIA

    Di Malaysia, matlamat pendidikan negara antara lain bertujuan melahirkan insan yang seimbang

    lahiriah dan batiniah, berpotensi mengembangkan bakat dan kemahiran diri serta dapat

    menyumbangkan bukan sahaja kepada diri tetapai juga kepada masyarakat ataupun negara

    ( Adnan Kamis 1993 ). Menurut Tajul Ariffin Noordin (1990), secara umumnya matlamat

    pendidikan ialah untuk membina daya pemikiran yakni kognitif, untuk membinan kemahiran

    penggunaan alat dan kemahiran hidup yakni psikomotor, dan pembinaan sikap- sikap positif

    untuk berjaya. Menurut beliau lagi, ketiga- tiga kelompok matlamat di atas masih beum

    memadai. Ini disebabkan akhlak menghayati ciri kerohanian yang menghubungkan manusia

    dengan Maha Pencipta.

    Orientasi keseluruhan sesuatu masyarakat adalah selalunya diserapkan secara langsung

    dan tidak langsung ke dalam kurikulum sekolah yang terdapat di dalam masyarakat tersebut dan

    juga pola- pola interaksi yang berlaku di antara pelajar, guru, dan bahagian- bahagian lain dalam

    masyarakat. Durkheim (1956) menunjukkan bahawa masyarakat Sparta di Yunani menekankan

    keperwiraan lalu orang- orang Sparta telah menggunakan latihan jasmani untuk melatih perwira-

    perwira untuk peperangan. Di Malaysia, matlamat pendidikan sentiasa berubah mengikut

    peredaran zaman. Sewaktu ketika dulu, pada zaman penjajahan inggeris menurut Ibrahim Saad

    (1977) matlamat pendidikan adalah untuk memasyarakatkan kanak- kanak dengan nilai- nilai

    asing ataupun nilai- nilai bukan peribumi serta bagi memenuhi keperluan tenaga manusia yang

    paling minimal dan di peringkat yang paling rendah. Menurut Ibrahim Saad lagi, matlamat

    pendidikan negara kemudiannya berubah selepas negara mencapai kemerdekaan dimana

    matlamatnya adalah untuk memenuhi kehendak- kehendak rakyat serta keperluan negara

    bermula dengan Laporan Razak (1956) hingga Laporan Kabinet (1979). Dari laporan- laporan

    ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa sistem pelajaran di Malaysia mempunyai dua

    matlamat utama, iaitu untuk pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.

    Realiti dalam masyarakat kini ialah pendidikan terlalu mementingkan kejayaan individu,

    kebendaan dan kemewahan. Untuk mencapai tujuan ini tidak hairanlah sekiranya aspek akal atau

    daya intelek sahaja yang dikembangkan, sedangkan akhlak langsung tidak dipentingkan. Selain

    itu, menurut Tajul Ariffin Noordin (1990), masyarakat Malaysia juga menghadapi krisis

    pemikiran yang tenat keranan merelakan wujudnya fenomena dualisme dan sekular dalam sistem

    pendidikan. Dari sinilah mulanya keruntuhan akhlak manusia khasnya guru dan murid. Tajul

  • 8/14/2019 pengantar pdidikan bersepadu

    5/7

    5

    Ariffin Noordin telah memetik daripada Christopher Dawson yang mengatakan bahawa

    walaupun manusia maju dalam sains dan teknologi, tetapi dari segi akhlak, martabat manusia

    telah jatuh. Tajul Ariffin Noordin berpendapat lagi martabat manusia di seluruh dunia telah jatuh

    ke tahap yang lebih rendah daripada binatang. Antara sebabnya, ialah kerana kegagalan falsafah

    pendidikan Demokrasi Liberal (Jaffreys), keranan wujudnya sekularisme (Titus), serta kegagalan

    pendidikan untuk membinan nilai- nilai manusia yang baik (Lippan). Atas kesedaran beberapa

    pemikir melayu seperti Syed Al- Naquib Al- Attas yang melihat fenomena dualisme dan sekular

    adalah bercanggah dengan sejarah dan tamadun Melayu Islam, maka tercetuslah satu pemikiran

    yang merubah matlamat pendidikan negara yang bukan sahaja menekankan aspek keduniaan

    tetapai turut memperkasakan aspek akhlak. Perkembangan ilmu berpaksikan tauhid turut terakam

    dalam surah al- Alaq, ayat 1-5:

    bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian

    makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha

    Pemurah. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa Yang

    tidak diketahuinya.

    Kesimpulannya, seluruh proses pendidikan dan perkembangan ilmu tidak terpisah daripada

    tauhid, sama ada rohani, jasmani dan aqli. Coraknya bersepadu, lantaran itu segala ilmu itu

    bersifat kudus, dan sekaligus penglibatannya merupakan ibadat bagi manusia. Inilah yang kini

    menjadi matlamat pendidikan di Malaysia.

    1.4 KURIKULUM

    Pada tahun 1974, satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelajaran telah ditubuhkan dan

    dipengerusikan oleh Dr. Mahathir Mohammad, Menteri Pelajaran pada masa itu mengkajisemula pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Hasil daripada kajian tersebut, Laporan

    Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan telah diterbitkan pada

    tahun 1979, satu laporan yang boleh dianggap sebagai satu dokumen yang penting selepas

    Penyata Razak 1956 dan Akta Pelajaran 1961 kerana laporan ini telah mencetuskan dasar- dasar

    utama ke arah peningkatan kualiti pendidikan. Laporan tersebut, antara lain telah memperakukan

  • 8/14/2019 pengantar pdidikan bersepadu

    6/7

    6

    agar Kementerian Pendidikan mengambil langkah- langkah tertentu supaya pendidikan di

    peringkat rendah yang bercorak pendidikan asas dengan memberi penegasan kepada pendidikan

    dalam 3M yang meliputi membaca, menulis dan mengira. Selain itu, kurikulum untuk

    pendidikan asas ini juga ditinjau dari segi kemahiran yang diperlukan dan bukan dari segi

    kepentingan tiap- tiap mata pelajaran. Sementara itu bagi peringkat sekolah menengah pula,

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwujudkan bagi meningkatkan mutu

    pendidikan dalam soal pembentukan masyarakat dan insan yang berilmu pengetahuan, berhati

    mulia, bertanggungjawab dan boleh pula membantu ke arah kemakmuran negara. Segala-

    galanya ini pula dipadukan dalam satu kesepaduan yang menyeluruh dan seimbang.

    BAB 2

    PENDIDIKAN DI BARAT

    2.1 KONSEP

    Pendidikan barat ditunjangi oleh dua falsafah yakni Liberal- Demokratik dan Sekular. Pemikiran

    ini merupakan satu pendekatan yang meninggalkan konsep agama, wahyu dan ketuhanan.

    Pendidikan Barat moden yang mengamalkan falsafah positivisme, berpaksikan semata- mata

    sains empirikal sebagai asas ilmu. Inilah yang memberikan sifat Liberal- Demokratik dan

    Sekular kepada pendidikan mereka.

    2.2 MATLAMAT PENDIDIKAN

    Matlamat pendidikan di Barat ialah mendukung kebebasan untuk menilai dan hanya berpegang

    kepada kaedah saintifik sebagai sumber kebenaran (Tajul Ariffin Noordin 1990). Menurutnyalagi, mereka menjadi sekular dan antiagama kerana mereka kecewa dan berperang dengan ahli-

    ahli agama mereka kerana adanya pertentangan di antara amalan gereja dan kaedah saintifik,

    rasional, dan empirikal.

  • 8/14/2019 pengantar pdidikan bersepadu

    7/7

    7

    2.3 KURIKULUM

    Dari segi kurikulum, Barat lebih menekankan sains praktik atau dengan kata lain sains

    memainkan peranan terpenting dalam pendidikan. Mereka percaya bahawa manusia bersifat

    kebendaan dan sains membolehkan manusia memperlaku dan mengawal alam sekelilingnya.

    Oleh itu, bidang sains telah diberikan kedudukan yang paling penting dalam kurikulum.

    2.4 KESIMPULAN

    Para pendidik seluruh dunia, sama ada islam atau bukan islam, mengakui bahawa pendidikan

    moden walaupun telah berjaya dalam penerokaan sains dan teknologi, tetapi gagal sama sekali

    dalam pembinaan manusia. Oleh itu, untuk melahirkan manusia yang baik dan berakhlak, suatu

    perubahan yang besar dan berani perlu dlakukan. Dalam perspektif ini, pendidikan bersepadu

    merupakan alternatif yang terbaik. Ini disebabkan pendidikan bersepadu mengasaskan kesatuan

    ilmu akal dan imu wahyu, membinan kesepaduan di antara Pencipta, manusia, dan alam sekitar,

    membina manusia di atas kesatuan akal, roh, dan jasad. Sesungguhnya, perjalanan ini amat sukar

    dan jauh. Usaha dan kesungguhan di samping hikmah dan bijaksana perlu diamalkan. Isu- isu

    realiti semasa perlu diselesaikan, InsyaAllah dengan izin-Nya setiap usaha yang baik akan

    berjaya.