penganalisisan dan pentafsiran keputusan ujian
DESCRIPTION
kfjgorjfdlkvTRANSCRIPT
Penganalisisan dan pentafsiran keputusan ujian
Penganalisan dan pentafsiran keputusan ujian merupakan peringkat penting dalam segala
proses penilaian. Setelah ujian ditadbirkan dan kertas jawapan setiap orang murid diperiksa,
guru boleh menggunakan keputusan-keputusan yang diperoleh untuk membuat analisis,
kemudian mendapat kesimpulan tentang prestasi atau pencapaian murid-murid dalam ujian
itu.
Penganalisan dan pentafsiran keputusan ujian bergantung kepada penggunaan sistem
perangkaan yang melibatkan aktiviti memungut, menyusun, mengira, membuat analisis atas
data (iaitu skor-skor yang diperoleh oleh calon dalam ujian) serta membuat interprestasi atas
hasil penganalisisan datanya. Peringkat-peringkat pentafsiran keputusan ujian matematik
adalah :
Rajah 1.1 Penganalisisan dan Pentafsiran Keputusan Ujian
Kegunaan Min, Median, Mod dan Sisihan Piawai
Berdasarkan ukuran kecenderungan memusat yang digunakan untuk membuat
perbandingan tentang pencapaian antara murid-murid tahun 4 Bestari yang menduduki ujian
bertulis, sukatan memusat yang paling sesuai untuk menggambarkan prestasi kelas tersebut
ialah min. Hal ini kerana, nilai min dikira dengan mengambil setiap markah murid dalam
ujiannya, iaitu min mengambil kira semua skor dalam satu-satu taburan. Selain itu, min turut
mengimbangi jumlah sisihan negatif dan jumlah sisihan positif serta lebih peka daripada
mod dan median yang kepada skor yang melampau. Di samping itu, mod dan median pula
tidak mengambil semua nilai dalam data ke dalam akaun di mana ia mengurangkan lagi
ketepatan kecenderungan memusat.
Memungut dan
menyusun skor murid
Mengira min, mod, median dan sisihan
piawai
Membuat analisis
Membuat interpretasi