pengajian malaysia : isu-isu keprihatinan negara

29
PENGAJIAN MALAYSIA BAB 5 [ ISU-ISU KEPERIHATINAN NEGARA ] DMC DIS 2016

Upload: siti-anisya

Post on 13-Apr-2017

103 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

PENGAJIAN MALAYSIA BAB 5

[ ISU-ISU KEPERIHATINAN NEGARA ]

DMC DIS 2016

Page 2: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

5.0 PENGENALAN• Pengetahuan asas, iaitu hal ehwal serantau dan dunia, isu-isu semasa yang melibatkan hubungan

antarabangsa Malaysia, seperti pembangunan alam sekitar serta isu pembangunan insan dan sistem pendidikan di Malaysia adalah amat penting.

• Secara umumnya, tujuan Malaysia membina hubungan dengan luar nefara adalah seperti berikut ; - Menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. - Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia - Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain - Menangani perkembangan dan cabaran politik , ekonomi, keselamatan dan social pada peringkat antarabangsa - Mempertahankan dan memajukan hak kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam semua bidang. - Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain

Page 3: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

5.1 DASAR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL SERANTAU DAN DUNIA

• Setiap negara harus ada hubungan luar untuk mencapai maklumat tertentu• Bagi menjamin keselamatan dan mempertahankan Malaysia.• Hubungan antarabangsa merupakan hubungan atau interaksi yang melampaui sempadan

negara• Merupakan hubungan yang turut melibatkan entiti-entiti (dalam istilah politik disebut

sebagar actor)• Aktor-aktor tersebut terdiri daripada organisasi dan institusi antarabangsa, syarikat-syarikat

multinasional dan individu-individu• Kerajaan Malaysia telah merancang dasar yang dinamik• Ciri-ciri utama dasar luar yang dinamik ialah tidak kaku, tetap dan stereotaip

Page 4: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

5.1.1 PERANAN ASEAN • Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 (Tunku Abdul Rahman)

• Dianggotai 10 buah negara

• Antara negara yang menganggotai ASEAN ialah Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

• Malaysia banyak mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian, pendidikan, ekonomi, kesihatan, kepentingan sosial dan sebagainya

• Aspek keselamatan ; menjadikan rantau ini sebagai rantau yang bebas daripada persaingan kuasa besar (konsep Zon Aman, Bebas dan berkecuali [ZOPFAN])

• Mengelakkan rantau ini daripada serangan nuklear dan menerima South East Asia Nuclear Weapons Free Zone ( SEANWFZ)

• Menubuhkan jawatankuasa tetap untuk merundingkan usaha ke arah pembangunan ekonomi dan social ( Jawatnkuasa Pengangkutan dan Telekomunikasi, Jawatankuasa kebudayaan, penerangan dan sebagainya)

• Ekonomi ; projek baja urea, projek vaksin Hepatitis B dan sebagainya

• Sosial dan kebudayaan ; aspek kebudayaan dan kesenian, sukan serta telekomunikasi, (Sukan SEA, Pesta Filem ASEAN, Pesta Kebudayaan ASEAN , pertukaran berit dan penyiaran TV/Radio RTM-TVRI-RTB)

• Pendidikan ; berkongsi kepakaran untuk dipelajari

Page 5: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

• Penubuhan Persidangan Menteri-Menteri pelajaran ASEAN (SEAMEO)• Diagihkan kepada negara ASEAN ;1. RESCAM : Melatih guru Sains dan Matematik (Pulau Pinang)2. RELC : melatih pegawai-pegawai meningkatkan prestasi penggunaan

Bahasa inggeris (Singapura)3. INOTEC : melahirkan penyelidik pertanian 4. TROMPED : menjalan penyelidikan kesihatan awam (Thailand)

Page 6: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)• Organisation of Islamic Conference (oic) atau Pertubuhan Persidangan negara-negara Islam• Tunku Abdul Rahman Setiausaha Agung pertama OIC • Terletak di Jeddah, Arab Saudi• 57 buah negara Islam (Asia, Timur Tengah, Afrika, 1/5 penduduk dunia)• Mewujudkan perpaduan ummah (konflik Israel-Palestin)• Matlamat : mewujudkan kerjasama antara negara Islam dalam pelbagai bidang (social, sains, ekonomi dan

teknologi, pertukaran maklumat kewangan, untuk meeninggikan syair Islam .• Peranan : membendung segala unsur jahat yang menindas Islam di seluruh dunia.• Sumber rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum-hakam yang dihadapi oleh umat

Islam.• Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan OIC (penubuhan Bank Pembangunan Islam

(IDB) atau menangani masalah yang dihadapi oleh negara Islam)• Mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan• Menyokong perjuangan rakyat Palestin• Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia Herzegovina

Page 7: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

• Membangunkan ekonomi serta social negara Afrika dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan• Melabur dibeberapa OIC seperti Petronas di Iran• Menganjurkan Musabaqah al-Quran pada tiap-tiap tahun• Pendidikan : memajukan pendidikan dalam kalangan umat Islam do seluruh dunia dengan penubuhan

university Islam (Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)• Memberi bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa peperangan

di Chehnya• Malaysia diberi kepercayaan untuk terlibat dalam Jawatankuasa/Kumpulan penting dalam OIC (Bosnia

Herzegovina, Kosovo, Palestin, Somalia, Sierra Leona dan Malaysia pengerusi)• Pengerusi dalam 13 buah negara OIC mengenai keganasan.• Tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat penting.• Contoh ;

1. Sesi Luar Biasa Menteri-Menteri Luar Negara Islam Mengenai Keganasan (1-3 April 2002)2. Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone (13 - !4 Jun 2002)3. Mesyuarat Susulan Peringkat Pegawai Kanan Mengenai Pelancongan (5-7 September 2003)4. Sidang Ke-27 Menteri-menteri Luar OIC (27 Jun 2000)5. Sidang kemuncak Ke-10 OIC (16-18 Oktober 2003)

Page 8: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

• Bertanggungjawab mengetuai delegasi OIC Peringkat Menteri selaras dengan mandate Mesyuarat Khas untuk bertemu ahli-ahli kuartet (EU, Rusia, Amerika Syarikat, Setiausaha Agung PBB) bagi menggesa kuartet mengambil mengambil langkah segera menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

• Amerika Syarikat (AS) dan Britain mengiktiraf peranan Pertubuhan Persidangan Islam OIC dalam mengembalikan keamanan dan kestabilan di Iraq dan Palestin.

Page 9: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BEKAS JAJAHAN BRITISH (KOMANWEL)• Dianggotai oleh negara-negara bekas jajahan British termasuk Malaysia (1957)• Matlamat mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan,

pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British.• Isu : Masalah perdagangan antarabangsa, penjajahan dan penentangan terhadap isu Apartheid di

Afrika Selatan. • Persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Bahamas (1985) dan di Vancouver (1987)• Malaysia menyarankan badan dunia memainkan peranan yang kebih agresif dalam menangani isu-isu

ketidakadilan perdagangan dunia, penjajahan politik dan ekonomi serta masalah Aprthied• Malaysia dipilih untuk menjadi rumah Persidangan CHOGM pada 1989.

Page 10: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

• ISU-ISU1. APRTHIED2. KEMERDEKAAN NAMIBIA3. MASALAH DADAH4. KEBULURAN5. KEMISKINAN DI AFRIKA6. EKONOMI ANTARABANGSA7. KONFLIK ASIA BARAT8. KONFLIK AFGHANISTAN DAN KEMPUCHEA9. ISU ALAM SEKITAR ( MENARIK PANDANGAN NEGARA DUNIA)

Page 11: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

• RANCANGAN/ TINDAKAN1. Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar.2. Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang membangun3. Pengurangan pencemaran laut4. Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon.

• Faedah : Kerjasama, pertahanan, perdagangan, pembangunan sains dan teknologi, pertanian, pendidikan, kewangan• Pertahanan : bantuan ketenteraan (peringkat 10 tahun selepas kemerdekaan )• Mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan beberapa buah negara komanwel• Mendapat sokongan negara-negara maju dalam Komanwel

• Pemberian status Skim keutamaan Am (GSP)• Cukai direndahkan dan meningkatkan persaingan• Memperoleh khidmat nasihat pendidikan, pertanian, teknikal kesihatan• Contoh : memberikan nasihat penubuhan maktab-maktab perguruan, A-level , HSC• Sosial : peraduan negara-negara Komanwel disalurkan melalui aktiviti sukan (Sukan

Komanwel yang mana Malaysia telah menjadi tuan rumah 1998)

Page 12: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)• 17 September 1957• Prinsip : menjamin kedaulatan dan hak semua negara anggota serta tidak ada negara yang boleh campur

tangan dalam hal ehwal negara lain.• Matlamat : mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman.• Peranan : Perhimpunan Agung PBB, Majlis Keselamatan • Malaysia dipilih memimpin negara Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk membanteras dasar PBB

(menghantar pasukan pengaman di Congo-1961, Somalia 1995, Bosnia 1996, sempadan Iraq-1990)• Faedah : WHO membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat , FAO membantu pengeluaran

makanan, UNESCO memajukan system pendidikan negara.

Page 13: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)• The Non-Aligned Movement atau pergerakan Negara-negara Berkecuali (1961) – Sidang Kemuncak

NAM pertama di Belgrade, Yugoslavia.• Asas penubuhan : tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar (AS dan Soviet Union

yang memdominasikan dunia)• Dasar berkecuali : tidak berpihak kepada Blok Barat atau Blok Timur• Prinsip : menghormati kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan serta mengambil sikap tidak campur

tangan dalam hal ehwal negara lain.• Pengisytiharan Hvana (1979) ; memastikan kedaulatan, kemerdekaan, integriti dan keselamatan

negara-negara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme, perkauman, oemisahan bangsa dan pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan diominasi terhadap kuasa serta kumpulan politik.

Page 14: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

• Tujuan penubuhan :1. Memupuk kerjasama yang erat dalam kalangan negara anggota2. Menjadi forum bagi negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu semasa3. Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideology4. Memperjuangkan hak dan kepentingan negara-negara sedang membangun5. Mengubah perjuangan NAM dalam hal-hal politik dan ekonomi.6. Meningkatkan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM di mata dunia.

• Naib presiden NAM persidangan diBelgrade (1989)• Menganggotai Kumpulan 15 (G-15) sebuah kumpulan elit yang ditugaskan untuk membincangkan isu-

isu berkaitan kerjasama politik dan ekonomi negara anggota NAM• 114 negara menggotai NAM selain Malaysia (Afghanistan, Bangladesh, Brunei Darussalam, Palestin,

Madagascar, Sri Lanka, Singapura, Vietnam, Venezuela, Timour Lense, Somalia dan Thailand)

Page 15: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

KERJASAMA SELATAN-SELATAN (KSS)• Tujuan : memelihara kepentingan ekonomi negara-negara maju (AS, Jepun, dan Britain)• Resolusi penubuhan :

1. Memperbaik keadaan ekonomi negara membangun2. Mengatasi masalah ketidaktentuan harga bahan mentah yang disebabkan tekanan

negara maju3. Berusaha mencari jalan melunaskan hutang negara membangun4. Menubuhkan Suruhuanjaya Selatan-Selatan untuk mengemukanan syor untuk

mengelakkan tekanan negara maju

Page 16: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

KERJASAMA EKONOMI ASIA TIMUR (EAEC)• Ekonomi dunia tidak menentu akibat tercetusnya peristiwa serangan

pengganas ke atas Pusat Dagangan (WTC), new York (September 2001)• Mengurangkan kesan negative daripada keadaan ekonimi yng tidak

menentu di AS• Rantau Asia Timur tidak akan terlalu bergantung pada perdagangan AS.

Page 17: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

KOMUNITI EKONOMI ASEAN (AEC)• Barangan, perkhidmatan, pelaburan serta modal lebih bebas• Mengubah rantau menjadi pusat pelaburan yang menarik dengan pembentukan satu

pasaran dan pusat pengeluaran tunggal yang besar.• EU l kesatuan serantau yang Berjaya melalui proses integrase (50 tahun lalu-perlahan)• Kesatuan yang dapat mengintegrasikan penduduk Eropah walaupun mempunyai

system dan kedudukan ekonomi, Bahasa serta budaya yang pelbagai.• Masalah keselamatan negara dapat dibincangkan secara mendalam• EU- anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)

Page 18: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

• Ciri-ciri EAC dan EU :a) Terdiri daripada negara seragam serta mempunyai pelbagai tahap keupayaan dari

segi ketenteraan dan ekonomib) Negara-negara kecil dan padatc) ASEAN merupakan tulang belakang kepada penubuhan EAC berusia 40 tahun dan

merupakan sebuah kesatuan serantau yang dihormati serta pandangan diambil perhatian seperti EY yang berusia lebih 50 tahun

d) Mengintegrasikan antara satu sama lain untuk melindungi kepentingan rantau Asia Timur berikutan pelaksaan rejim Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) seperti yang dirasakan oleh EU

e) Matlamat : mewujudkan sebuah kumpulan serantau yang aman, makmur dan maju untuk pembangunan semua penduduk di rantau in.

Page 19: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

KUMPULAN LAPAN NEGARA ISLAM MEMBANGUN (D-8)• Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki (1997)• Perjanjian Perdagangan Keutamaan (PTA) kunci utama bagi mencapat sasaran dan tindakan stiap negara

anggota dalam meratifikasikan perjanjian tersebut boleh melenyapkan pelbagai halangan dalam bidang perdagangan

• Dua dokumen dimeterai : Visi Global (2010-2030), Piagam D-8• Tujuan : membolehkan gagasan mencapat pertumbuhan ekonomi yang mantap, menjadi sebuah kumpulan

ekonomi dinamik dam mewujudkan kerangka kerja ekonomi merangkumi pelbagai aktiviti untuk mengubah kualiti kehidupan rakyat

Page 20: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan

sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju

kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yang melingkungi suatu organisma di muka bumi.

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar: Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan

fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya

mestilah berupaya dipraktikkan. Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripada Revolusi Industri.

Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar.

Page 21: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

PENCEMARAN DAN PEMULIHAN ALAM SEKITAR

• Pemulihan alam sekitar ialah bidang yang berkenaan dengan penghapusan pencemaran atau bahan kontaminasi dari:• Bahan-bahan alam sekitar (seperti tanah, endapan, dan air bumi)

demi perlindungan am kesihatan manusia dan alam sekitar; atau• Kawasan perindustrian terbiar yang bertujuan untuk dibangun

semula.• Umumnya, pemulihan alam sekitar tertakluk kepada keperluan

pengawalan dan juga boleh berdasarkan penilaian risiko kesihatan manusia dan ekologi, jika tiadanya piawai perundangan yang wujud atau jika piawainya hanya bersifat nasihat.

Page 22: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

PEMELIHARAAN & PEMULIHARAAN KUALITI ALAM SEKITAR

Pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar akan meninggalkan kesan yang negatif bukan sahaja terhadap kesihatan manusia, tetapi kemajuan ekonomi negara. Kepentingan kualiti alam sekitar terhadap manusia terbukti melalui penyelidikan dan kajian di dalam dan di luar negara. Kemusnahan alam sekitar berpunca daripada kerakusan manusia yang mengutamakan kepentingan diri sendiri sehingga sanggup memudaratkan orang lain. Oleh itu, setiap individu perlu bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam sekitar terutamanya tiga sumber terpenting iaitu:

Page 23: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

AIR

UDARA TANAH

supaya kualiti alam sekitar meningkat, menjadi bersih dan selamat digunakan.

Pertumbuhan industri dan pembandaran yang tidak terkawal juga menyebabkan pencemaran sekali gus mengakibatkan kualiti alam merosot. Tiga punca utama pencemaran udara ialah:

Page 24: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

ASAP KENDERAAN STESEN JANA KUASA

PEMBAKARAN BAHAN API DAN DEMOESTIK

Page 25: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

Pengurusan dan pentadbiran yang berkesan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta sumber asli turut dititikberatkan di Malaysia. Pengurusan atau pentadbiran amat penting untuk meningkat kualiti alam sekitar dan sumber asli yang mapan. Misalnya tanah ialah sumber asli yang amat berharga dan perlu diurus secara teliti supaya tidak dibangunkan sewenang-wenangnya sehingga menggugat kualiti alam sekitar dan kemajuan jangka masa yang panjang sosioekonomi negara. Kerajaan negeri dengan agensi pembangunan negeri boleh memainkan peranan penting terhadap pembangunan sumber asli. Umumnya, tujuan dasar negara kita mengenai alam sekitar adalah untuk:

Mencapai alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif untuk generasi kini dan masa depan.

Memelihara dan memulihara sumber asli dan warisan kebudayaan negara yang unik dengan penglibatan secara berkesan oleh semua pihak.

Menggalakkan cara hidup serta corak penggunaan dan pengeluaran yang sejajar dengan prinsip pembangunan mampan.

Page 26: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITARPenghutanan semulaPenghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur.

Penggunaan baja organikMasyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang.

Kaedah biologi Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan sebagainya

Pertanian tetapKerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah.

Page 27: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

KONSEP PEMBANGUNAN INSAN

• Dalam konteks pengurusan islam dalam sesebuah organisasi, modal insan merupakan aset terpenting yang harus dijana sebaik mungkin demi mencapai al-falah iaitu kejayaan di dunia dan di akhirat. Oleh itu, bagi mencapai wawasan negara maju menjelang 2020 , maka peranan modal insan perlulah diberikan penekanan dalam melahirkan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama.

Page 28: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

PENDIDIKAN DALAM PEMBANGUNAN INSAN

• Pendidikan memerlukan transformasi dan penyesuaian dengan perubahan semasa.Pendidikan perlu mampu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang masa depan mereka, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan dengan masa depan mereka, berupaya membuat pilihan dengan bijak,tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang akan dihadapi.

• Pendidikan merupakan suatu proses mendidik insan untuk memperoleh keilmuan sehingga dapat mengubah tingkah laku seseorang mengikut tingkah laku dan amalan yang dikehendaki. Pendidikan dapat mengembangkan potensi individu ke arah membina akhlak, budi pekerti dan keperibadian mulia serta keimanan manusia.Pendidikan juga dapat membangunkan aspek sosial seseorang iaitu sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Page 29: PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

TUJUAN PENDIDIKAN• Bagi mempergiatkan aktiviti kehidupan bangsa dan mengembangkan potensi

manusia, iaitu manusia yang beriman dan bertakwa terhadap Tuhan Yang Maha Esa dan berbudi pekerti luhur, memiliki pengetahuan dan ketrampilan, mempunyai kesihatan jasmani dan rohani, memiliki keperibadian yang mantap dan mandiri serta memiliki rasa tanggung jawab kemasyarakatan dan kebangsaan.

• Pendidikan mengenai nilai hidup juga dianggap sebagai modal insan ke arah meningkatkan aset itu sendiri