pengajian malaysia

Upload: ela

Post on 05-Oct-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengajian melaysia

TRANSCRIPT

JABATAN KEJURUTERAAN AWAMDUB 1012 PENGAJIAN MALAYSIA

SEJARAH MALAYSIA

ASSIGNMENT 1

NAMA : SITI AZELA BINTI MAZLANNO. PEN: 06DKA14F2054

NAMA PENSYARAH: ENCIK HAMDAN b SULAIMANTARIKH TERIMA TUGASAN : DISEMBER 2014TARIKH HANTAR TUGASAN : DISEMBER 2014

BILTAJUK / KANDUNGAN

1.ASAL USUL PERISTIWA 13 MEI

2.ISU PERKAUMAN DALAM PILIHAN RAYA

3.PEMBANGKANG MERAIKAN KEMENANGAN

4.PERARAKAN KEMATIAN CINA

5.RUMAH BESAR MENTERI SELANGOR

6.REJIMEN RENJER DAN ASKAR MELAYU

Peristiwa 13 MeiPeristiwa 13 Meipada tahun1969ialahrusuhankaumyang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan diMalaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.Latar belakangIsu perkauman dalam pilihan raya 1969Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan denganBahasa Kebangsaan(Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orangMelayusebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.Parti Perikatanyang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalamDewan Rakyat(Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.Parti Gerakan Rakyat Malaysia(Gerakan),Parti Tindakan Demokratik(DAP) danParti Progresif Rakyat(PPP) menang 25 buah kerusi dalamDewan RakyatmanakalaPASmenang 12 kerusi.Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitarKuala Lumpur.Pembangkang meraikan kemenanganPeristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.Dr. Tan Chee Khoondari parti Gerakan telah menang besar di kawasanBatu,Selangor. Beliau minta kebenaranpolisuntuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor.Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju keKampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang.Di sini letaknya rumahMenteri Besar Selangorketika itu,Dato Harun Idris.Dikatakan kaumCinayang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (menyingkir) orang-orang Melayu kelaut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludahdari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian CinaAkibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.DiJinjang,Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.Pada hari Selasa 13 Mei,Yeoh Tech Chyeselaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasanBukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.Rumah Menteri Besar SelangorUMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru,Kuala Lumpur. Dato Harun Idris selaku Menteri BesarSelangorketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyaratlampu hijaudari Dato Harun Idris untuk mengamuk.[petikandiperlukan]Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu diSetapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui JalanKampung Barutelah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dariPKMdan kongsi-kongsi gelaptelah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi,tombakdanlembingberparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dariRejimen Renjerlebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitarKuala Lumpur.Rejimen RenjerPasukanFRUdi keluarkan dari Kampung Baru dan askar dariRejimen Renjerambil alih.Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orangMelayu,Iban,Cina,India,Sikh,Gurkhadan lain-lain turut menembak orang-orangMelayudan ini menyebabkan kemarahan orangMelayusemakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukanRejimen Renjerdikatakan berbangsaCina.Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askarRejimen Renjer.Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.Askar MelayuAkhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan denganAskar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih olehAskar Melayu. Malangnya beberapa askarAskar Melayuturut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalamlombongbijih timah. Konon ada rakamantelevisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.Panggung OdeonPemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orangAskar Melayuyang tinggal diSungai Ramal,Kajang.Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .Abdul Rafai Aliasbersama rakan-rakannya dariSemenyihyang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.Khabar angin mengatakanTentera SabildariSungai Manikhendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga denganTentera Selempang MerahdariMuardanBatu Pahattersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang danCheras.Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkanair jampidantangkal penebat, iaituilmu kebaldengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepala orang Cina.Namun rusuhan kaum tidak terjadi diKelantan,TerengganudanPahang.DiPerak,Kedah,Pulau PinangsertaPerlistidak ada sebarang pergaduhan. NegeriJohordanNegeri Sembilanjuga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan diMelaka. DiBetongada tembakan dilepaskan oleh PKM.Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan politik dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.Angka korbanAngka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripadaUniversiti California, Berkeleymenganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.[1]

Di mana TunkuKetika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dariAlor Starmeraikan kemenangan beliau di sana.6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman.Daruratdiisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermainmahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.MageranNegara diisytiharkan darurat pada malam16 Mei1969 di seluruh negara danMagerandibentuk di bawah pentadbiranTun Abdul Razak.Parlimen dibubarkan.Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku Dilema Melayu (Malay Dilemma) olehTun Dr Mahathirtelah diharamkan. Dikatakan Tun Dr Mahathir memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan sepertiMajlis Perundingan Negara,Dasar Ekonomi BarudanRukun Negaratelah diciptakan.Ternyata langkah Tunku Abdul Rahmanpenyingkiran Singapuradari Malaysia tidak menyelesaikan masalahperkauman.Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.Tahun 1969pilihan rayadiadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah.Barisan Nasionaldibentuk.Wilayah PersekutuanKuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalamDewan Undangan Negeri Selangor. Beberapaahli politikyang dianggap berbahaya telah ditahan melaluiAkta Keselamatan Dalam Negeri(ISA).Persempadanan pilihan rayayang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistemdemokrasi, pilihan raya danagihan kek ekonomi(hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.