pengajian malaysia

22
KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI CAWANGAN TERENGGANU (MPW1133) PENGAJIAN MALAYSIA DASAR SOSIAL NEGARA KUMPULAN: NURARDYIANSHAH BIN SELAMAT (P06093056) EDDLIE BIN STANIS (P06093007) MOHD SHAHIDAN BIN HASBULLAH (P06093018) MOHD HAFIZ BIN MOHD NAZIR (P06093022) JABATAN: PENGAJIAN UMUM PENSYARAH: PN. RAHIMAH TARIKH HANTAR:

Upload: eddliestaniselie

Post on 20-Jun-2015

1.904 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Malaysia

KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI

CAWANGAN TERENGGANU

(MPW1133)

PENGAJIAN MALAYSIA

DASAR SOSIAL NEGARA

KUMPULAN:

NURARDYIANSHAH BIN SELAMAT (P06093056)

EDDLIE BIN STANIS (P06093007)

MOHD SHAHIDAN BIN HASBULLAH (P06093018)

MOHD HAFIZ BIN MOHD NAZIR (P06093022)

JABATAN: PENGAJIAN UMUM

PENSYARAH: PN. RAHIMAH

TARIKH HANTAR:

Page 2: Pengajian Malaysia

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

DASAR SOSIAL NEGARA

DASAR KEBUDAYAAN

KEBANGSAAN

DASAR PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

DASAR BELIA NEGARA

WAWASAN 2020

Page 3: Pengajian Malaysia

DASAR SOSIAL NEGARA

PENGENALAN

Dasar merupakan pernyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak tertentu seperti pihak pemerintah, agensi atau jabatan tertentu. Biasanya, sesebuah dasar dirancang dan ditentukan oleh pemerintah (perdana menteri) pada peringkat pentadbiran danakan dilaksanakan oleh agensi-agensi tertentu seperti kementerian.

Makna dasar merujuk kepada prinsip,haluan,sikap, pandangan serta pegangan secara kolektif yang diambil dan dilaksanakan oleh pihak pemerintah. Dasar kerajaan bersifat menyeluruh dan menyentuh pelbagai aspek kehidupan masyakarat khususnya bidang ekonomi, politik, sosial, agama,pendidikan dan sebagainya. Dasar ini juga akan berubah mengikut pandangan kerajaan, keperluan semasa dan perkembangan antarabangsa.

Disamping itu, Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap. Dasar ini digunakan untuk mempertingkat kualiti atau budaya kerja sesuatu agensi. Manakala dalam keadaan rasmi, pentadbir dan kakitangan kerajaan akan menjalankan dasar sebagai asas atau garis panduan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada orang awam.

MATLAMAT DASAR SOSIAL NEGARA

Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

OBJEKTIF

Objektif Umum

Dasar Sosial Negara ditubuhkan untuk menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya, gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.

Page 4: Pengajian Malaysia

Objektif Khusus

Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya. Pertama, bagi memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi. Ini bermakna, dalam menjalankan sesuatu dasar, keluarga institusi dan hak individu, kekeluargaan dan masyarakat adalah amat penting dalam mencapai sesuatu matlamat. Disamping itu juga, matlamat utama bagi dasar sosial ini adalah untuk membangun dan memperkasakan insane sepanjang hayat disamping untuk memperkukuh dan memperkasakan sistem sokongan social serta perkhidmatan sosial. Dalam aspek lain, dasar ini adalah untuk menjana sinergi multisektor iaitu dalam bidang bidang seperti, pembangunan, pertanian, pendidikan, teknologi dan lain-lain lagi berpandukan keselamatan, perpaduan kestabilan Negara serta kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan masyarakat.

Page 5: Pengajian Malaysia

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

DEFINISI KEBUDAYAAN

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia iaitu meliputi bidang fikiran, kebendaan (seperti senibina,alat-alat pakaian, makanan dan perabot), kesenian (seperti lakonan dan seni tampak seperti ukiran) dan nilai dan norma (seperti undang-undang, adat resam, upacara, nilai agama dan kesopanan)

Kebudayaan juga merangkumi keseluruhan cara hidup manusia dari segi pemikiran, kehendak biologi kemasyarakatan serta alam sekeliling yang sesuai dengan jasmani dan aktiviti sosial mereka.

PRINSIP-PRINSIP

Dasar kebudayaan kebangsaan adalah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Walaupun begitu, unsure-unsur kebudayaan lain turut diterapkan seperti kebudayaan masyarakat cina, india dan lain-lain. Didalam pembentukan dasar kebudayaan ini, agama Islam adalah unsur penting.

OBJEKTIF

Terdapat beberapa objektif penubuhan dasar kebudayaan kebangsaan termasuklah untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan, serta memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi.

STRATEGI

Pemulihan dan pemuliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.

Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.

Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisma Malaysia

Memenuhi keperluan sosio-budaya. Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

MEKANISMA/ORGANISASI

Kementerian kebudayaan & pelancongan dan agensinya Kementerian lain Kerajaan negeri

Page 6: Pengajian Malaysia

Swasta dan pertubuhan kebudayaan Pertubuhan sukarela

KEPENTINGANNYA

Penting dlm proses pembangunan dimana keperibadian malaysia harus dipupuk dlm usaha-usaha meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi dan politik.

Usaha ini memerlukan perancangan yg rapi supaya dpt lahirkan cara hidup bersifat kemanusiaan

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Digubal dlm 1971 kerana sejak merdeka tiada kemajuan ke arah mewujudkan kebudayaan kebangsaan.

Ini disebabkan kesedaran yg rendah dan kefahaman mengenai kebudayaan, kepentingan politik yg menekankan kebudayaan kaum shj dan penekanan yg lebih kpd kemajuan ekonomi.

RASIONAL DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Pertimbangan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau. Dasar ini diwujudkan adalah berdasarkan unsur2 dan tiga prinsip yg ditetapkan oleh

kerajaan:

1. Berteraskan kpd kebudayaan rakyat asal rantau ini

Melaka merupakan pusat perkembangan, pemancaran dan warisan kebudayaan melayu.

Kebudayaan serantau digambar dgn penggunaan bahasa melayu. Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras kpd kebudayaan kebangsaan

2. Unsur-unsur kebudayaan lain yg sesuai dan wajar

Unsur2 budaya asing, cina, arab, india dsbnya Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan kebudayaan bergantung kpd tidak

wujudnya percanggahan dalam perlembagaan dan prinsip2 rukun Negara

3. Islam menjadi unsur yg penting dlm pembentukan kebuyaan kebangsaan

Peringkat tertinggi- sepatutnya menampakkan malaysia sebagai sebuah negara islam Peringkat kedua- menerapkan budaya2 lain yg tidak bertentangan dgn budaya islam

Page 7: Pengajian Malaysia

STRATEGI DAN PERLAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguat asas2 kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama peneyelidikan, pembangunan, pendidikan dan perhubungan budaya

Meningkat dan memperkukuh kepipmpinan kebudayan melaui usaha2 membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas2nya sebagai jentera pembangunan yg berkesan

Mewujudkan komunikasi yg berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia

Memenuhi keperluan sosio-budaya Menenuhi taraf dan mutu kesenian

PENCAPAIAN DAN MASALAH DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Pelbagai usaha dijlnkan utk mencapai matlamat dasar ini Dalam mewujudkan satu kebudayaan nasional, proses penyerapan dan

penerimaannya ambil masa yg lama Penggubalan dasar ini berasaskan nilai murni islam tlh dijalankan Identiti kewarganegaraan dan seni budaya jelas terlihat dalam perayaan2 rasmi

dan tidak rasmi Contohnya penggunaan bahasa melayu di peringkat sekolah rendah dan menengah Rancangan2 televisyen yg pelbagai Usaha terhadap dasar ini adalah sukar. Antara kelemahannya ialah perkembangan sosio-ekonomi yg membawa kepada

pencemaran bahasa, seni bina bangunan yg tak melambang kebudayaan negara, dan sikap penduduk yg tidak menitikberat unsur2 budaya

Sokongan secara langsung dan tidak langsung diperlukan dari semua pihak

PENUTUP

Dasar ini menjadi garis panduan membentuk serta mengujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara dikalangan dunia antarabangsa

Page 8: Pengajian Malaysia

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (BOB)

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENGENALAN

Semasa mencapai kemerdekaan, telah timbul kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat tentang betapa pentingnya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara

“BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara & menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, & politiknya…”

RASIONAL

Sebelum perang, orang Melayu menerima pendidikan asas dari sekolah pondok dan sekolah kebangsaan. Masyarakat Cina pula mengasaskan sekolah Cina Persendirian. Sekolah Tamil disediakan oleh majikan estet. Kerajaan Inggeris pula memperkenalkan pendidikan rendah dan menengah Inggeris bagi semua kaum

Kesannya wujud sekolah berbilang bangsa dan mengikut kaum. Oleh sebab itulah lahirnya Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsan melalui

Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 Dilaksanakan utk mengganti sistem pendidikan penjajah. Disemak semula pada thn 1960 yg menghasilkan Laporan Rahman Talib &

dimaktubkan dlm Akta Pelajaran, 1961.

FALSAFAH DAN MATLAMAT

Memberi penekanan pada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.-Pelajar yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran harus diberi kelas pemulihan.

Percaya dan patuh kepada Tuhan

Berilmu pengetahuan

Berakhlak mulia

Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara

Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

STRATEGI PELAKSANAAN

Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar

Page 9: Pengajian Malaysia

Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah

Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama Semua sekolah swasta diwajibkan menggunakan sukatan pelajaran yang sama seperti

sekolah kerajaan. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

dan KBSM bagi sekolah menengah Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik Mempelbagaikan dan memperbanyakan kemudahan pendidikan diperingkat universiti

khususnya dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum seperti kadet tentera, polis, pengakap,dll Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dgn menyediakan pendidikan yg

menyeluruh, seimbang & bersepadu; Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun; Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang & mutu dgn mengagihkan

peruntukan secara adil & memberi perhatian khas kpd kumpulan yg kurang bernasib baik & kawasan luar bandar atau pedalaman;

Menjadikan Bahasa Kebangsaan & Bahasa Inggeris sbg mata pelajaran yg wajib diajar di sekolah-sekolah & memberi peluang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain spt Bahasa Cina & Bahasa Tamil;

PENCAPAIAN SEMASA

Hasil Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan, tenaga rakyat yg dihasilkan pada keseluruhannya dapat memenuhi keperluan guna tenaga negara kecuali di beberapa bidang tertentu.

Dapat merapatkan jurang pengenalan bidang pekerjaan mengikut kaum sama ada di sektor awam @ swasta.

Mengurangkan kemiskinan terutamanya kaum bumiputra yg berpendidikan.

Page 10: Pengajian Malaysia

DASAR BELIA NEGARA

PENGENALAN

Dasar Belia Negara dilaksanakan pada bulan Jun 1991disebabkan jumlah belia adalah separuh drp jumlah pddk M’sia.

Dasar itu juga dikenali sbg. Program Induk Belia Negara.

TUJUAN UTAMA DBN

Menjadikan belia sbg teras integrasi nasional & benteng pertahanan ekonomi & sosiopolitik negara.

MATLAMAT

Menanam dan mengukuhkan nilai-nilai dan kepercayaan yang terkandung dalam Perlembagaan Negara dan Falsafah Negara Melayu Islam Beraja;

Memupuk rasa kepunyaan, patriotisme, beriltizam, berazam dan berhaluan yang jelas; bertanggungjawab, berdisplin, dinamik, dapat menyesuaikan diri dan berdikari Menggalakkan penglibatan belia dalam perkembangan ekonomi yang kukuh dan

berlanjutan.

STRATEGI UNTUK MEMENUHI DBN

Melaksanakan program2 (M’sia Boleh, Rakan Muda dll) Meningkatkan kemahiran & teknologi maklumat Mewujudkan golongan peniaga & pengusaha muda.

STRATEGI DAN PELAKSANAAN

Pendidikan Perkembangan Diri Pekerjaan dan Latihan Belia Kepimpinan Daya Usaha Persefahaman Antarabangsa Perkhidmatan Kepada Orang Lain dan Negara

WAWASAN 2020

PENGENALAN

Page 11: Pengajian Malaysia

Satu konsep yang telah dibentangkan oleh yab perdana menteri di mesyuarat majlis perdagangan malaysia pada 28 februari 1991.

Beliau menegaskan bahawa matlamat pembangunan negara ialah menjadikan malaysia “... Sebagai sebuah negara industri” dan “.. Pembentukan sebuah negara malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 .. Menurut acuan kita sendiri”.

Kemajuan yang dimaksudkan meliputi aspek ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan sektor kebudayaan.

APA ITU WAWASAN?

Satu wawasan (vision) strategik jangka panjang sebagai panduan arah dasar yang luas meliputi pelbagai aspek berkaitan pembangunan negara dalam hubungan dengan perkembangan ekonomi dunia keseluruhannya

Memberi panduan arah tujuan.

Memberi panduan sasaran negara (tahap negara maju sepenuhnya).

Jangka masa 1991-2020(30 tahun).

MAKSUD WAWASAN

Wawasan(vision)=melihat

Perbuatan atau kuasa untuk melihat dengan mata: sense of sight/deria penglihatan

Imaginasi/gambaran fikiran

Renungan masa depan

MENGAPA PERLUNYA `VISION`?

1. Memberi ‘national focus’

Wawasan yang jelas dan diterima umum berupaya memastikan bergerak kehadapan dengan tumpuan yang lebih jelas, yakin dan serentak .

2. Mendapatkan konsensus nasional

Penduduk berbilang kaun dan geografinya berasingan antara wilayah.

Pandangan yang berbeza dan perselisihan mengenai masa depan negara.

3. Satu perjanjian sosio-politik

Menjadi satu panduan utama setiap rakyat membawa negara kepada satu tahap lebih maju di masa hadapan.

Setiap rakyat ‘setuju-terima’ mempersetujui arah dan matlamat yang sama.

4. Menyediakan garis panduan bagi agenda pembangunan nasional

Page 12: Pengajian Malaysia

Satu pandangan jauh kehadapan.

Wawasan merupakan garis panduan utama bagi:

I. menetapkan arah tujuan; II. menetapkan matlamat.

III. menetapkan strategi; IV. menetapkan jangka masa; V. pencapaian.

MENGAPA TAHUN 2020?

pembangunan satu generasi dalam era tanpa sempadan dan persaingan yang pesat 1991-2020 (30 tahun)

satu era pemisah pembangunan perindustrian dunia (berjaya / tidak dalam pembangunan perindustrian).

bersama dalam ‘megatrend’ (ditentukan oleh pembangunan sains, teknologi dan komunikasi)

• jangka masa yang munasabah dan praktikal (berasaskan kemajuan dan pembangunan yang telah dicapai).

CABARAN WAWASAN 2020

CABARAN PERTAMA

Mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Iaitu sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

CABARAN KEDUA

Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat malaysia yang mudah dikenali dari sikap ingin mencapai kecemerlangan, sedar semula kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.

CABARAN KETIGA

Page 13: Pengajian Malaysia

Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satu bentuk persefahaman matang iaitu demokrasi malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun

CABARAN KEEMPAT

Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi.

CABARAN KELIMA

Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, di mana masyarakat pelbagai kaum di malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.

CABARAN KEENAM

Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

CABARAN KETUJUH

Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu satu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama daripada diri sendiri, yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi disekeliling sistem keluarga yang kukuh.

CABARAN KELAPAN

Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

CABARAN KESEMBILAN

Memujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan.

Sukar untuk membezakan cabaran ekonomi dan bukan ekonomi. Dari sembilan cabaran jelas cabaran yang lebih besar ialah cabaran bukan ekonomi. Cabaran yang lebih ketara adalah cabaran politik, sosial, psikologi dan budaya.

KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020

Page 14: Pengajian Malaysia

Malaysia perlu membentuk ekonominya yang berdaya saing supaya mampu mengekalkan keupayaan jangka panjang serta bersifat dinamik, teguh, berdaya tahan dan berdaya maju.

Petunjuk utama: kdnk perlu dipertingkatkan dari rm115 billion (1990) kepada rm920 billion (2020) – 8 kali ganda. Peningkatan pendapatan perkapita sebanyak 4 kali ganda. Pertumbuhan ekonomi 7 %.

DPN MENYENARAIKAN ASPEK KRITIKAL SEPERTI BERIKUT:

A. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan saksama.

B. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.

C. Mengurangkan dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidak seimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk mengalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat malaysia

Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan bandar dan luar bandar.

E. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.

F. Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.

G. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian moden.

H. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.

DPN juga mengariskan penerusan usaha ke arah pencapaian DEB iaitu mempercepatkan proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan sosial dan ekonomi. Penumpuan yang digariskan oleh DPN:

Page 15: Pengajian Malaysia

A. Mengalihkan tumpuan kepada strategi pembasmian kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif.

B. Menumpukan kepada pewujudan gunatenaga dan pembangunan pesat sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang aktif.

C. Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat melalui pewujudan peluang-peluang yang lebih luas untuk sektor tersebut berkembang.

D. Menumpukan kepada pembangunan sumber nmanusia sebagai asas penting bagi mencapai matlamat pertumbuhan dan pengagihan saksama.

PENCAPAIAN LAIN-LAIN CABARAN

CABARAN EKONOMI

Jelas dan kurang sukar untuk dicapai. cabaran lain seperti cabaran membentuk sebuah negara yang bersatu, pembentukan

satu bangsa malaysia, kesetian politik dan negara memerlukan penghuraian lebih terperinci dan matang.

BANGSA MALAYSIA

bangsa yang bermoral, beragama dan beretika tinggi. penduduknya mempunyai psikologikal dan pemikiran yang tidak terkongkong, yakin,

bangga dan sedar akan potensinya ke arah mencapai kecemerlangan. pencapaian matlamat memerlukan tindakan dan komitmen dari berbagai dimensi dan

peringkat.

APAKAH PERANAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA DALAM MENCAPAI WAWASAN 2020?

i. Dalam usaha untuk mencapai wawasan 2020, kerajaan telah menggariskan beberapa ciri perkhidmatan awam di masa hadapan, antaranya penggunaan sains dan teknologi yang canggih dalam peralatan dan automasi pejabat serta peningkatan penggunaan teknologi maklumat. Oleh itu, anggota perkhidmatan awam perlulah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu serta kepakaran yang diperlukan agar keupayaan menggunakan teknologi yang canggih dapat dipertingkatkan.

ii. Anggota-anggotanya dapat mempersiapkan diri dengan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran tertentu serta mempertingkatkan ketrampilan dan kualiti keperibadian anggotanya.

iii. Setiap individu perlu melintasi halangan mental yang mempunyai anggapan bahawa keupayaan dan kemampuan kita adalah terhad. Segala-galanya boleh dilakukan dengan syarat setiap individu perlu bekerja keras, mengkaji kelemahan-kelemahan yang ada serta kegagalan-kegagalan yang lalu untuk mencari silapnya dan meninjau faktor yang membawa kejayaan. Apa yang diperlukan ialah keyakinan diri bahawa

Page 16: Pengajian Malaysia

kita juga boleh melakukannya, malah dengan lebih baik lagi. Kalau takut mengambil risiko, kemajuan tidak akan tercapai.

APAKAH CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENANGANI CABARAN WAWASAN 2020?

(a) Penjawat awam perlu faham peranan dalam menentukan pencapaian mereka sendiri, selain daripada pencapaian negara.

(b) Mengenalpasti bidang-bidang yang diperluaskan, paradigma lama dan menerima paradigma yang baru.

(c) Penjawat awam perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kecekapan sesuai dengan paradigma baru ini serta penuh yakin bahawa mereka mempunyai kebolehan.

(d) Di mana sahaja pertukaran pendekatan diperlukan, penjawat awam harus membuat pertukaran ini, termasuklah penghapusan sikap terasing dari masyarakat dan swasta yang menjadi pelanggan mereka. Piagam pelanggan mesti diterima sepenuhnya.

(e) Penjawat awam perlu sentiasa memikir akan hasil dan sumbangan mereka kepada masa depan dan tidak hanya memikir akan sumbangan hari ini untuk hari ini.

(f) Penjawat awam sebagai individu boleh menyumbang kepada kejayaan segala usaha, mereka harus sedar bahawa sumbangan sebagai anggota pasukan adalah lebih berkesan dalam apa jua usaha. Oleh itu mereka harus mengutamakan yang berkoordinasi dalam pasukan bagi menembusi paradigma lama dan memasuki paradigma baru.

PENUTUP

• Menjadikan malaysia sebagai sebuah negara maju yang mempunyai kualiti hidup yang tinggi malaysia harus mempelajai kelemahan dan kekuatan yang berlaku di negara maju.

• Wawasan 2020 tidak meminta malaysia menjadi negara barat atau jepun tetapi sebuah negara baru dan lebih mantap dalam semua aspek kehidupan.