pengajaran kisah hud

10
Pengajaran kisah Hud-Hud Daripada kisah ini dapat kita ketahui bahawa peranan dakwah bukan saja ditaklifkan kepada Nabi-Nabi dan ulama’ terdahulu saja akan tetapi kepada seluruh umat Islam yang beriman dengan Allah dan Rasulnya. Sabda Rasulullah yang bermaksud ''Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat''. Akan tetapi golongan agamawan adalah mereka yang sangat digalakkan untuk menyebarkan mesej dakwah Islam. Maka amat memalukan jika golongan agamawan ini lali dari kewajipan mereka yang sebenarnya iaitu menyeru kepada kebenaran dan menegah kemungkaran. Sedangkan seekor burung Hud-Hud yang kecil mampu untuk memikul beban dakwah yang akhirnya membuatkan Puteri Balqis tunduk kepada Islam. Sekiranya golongan agamawan mempunyai semangat sepertimana Hud- Hud ini dengan berbekalkan kekuatan, kecerdikan, keimanan dan tawakal nescaya dakwah Islamiyah akan berkembang ke serata pelusuk dunia. Akan tetapi apakah malangnya nasib umat Islam yang mempunyai bakal-bakal agamawan yang masih leka dihadapan kaca- kaca ajaib, dibaluti selimut hikmat sedangkan musuh-musuh Islam rancak merancang umat Islam untuk menjatuhkan Islam melalui penganutnya sendiri. Firman Allah SWT ''Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung ( yang turut serta dalam tenteranya )'' lalu berkata ''mengapa aku tidak melihat Hud-Hud?adakah ia dari mereka

Upload: siti-khadijah

Post on 10-Feb-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cerpen

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajaran Kisah Hud

Pengajaran kisah Hud-Hud

Daripada kisah ini dapat kita ketahui bahawa peranan dakwah bukan saja ditaklifkan kepada

Nabi-Nabi dan ulama’ terdahulu saja akan tetapi kepada seluruh umat Islam yang beriman

dengan Allah dan Rasulnya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud  ''Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat''. Akan tetapi

golongan agamawan adalah mereka yang sangat digalakkan untuk menyebarkan mesej dakwah

Islam. Maka amat memalukan jika golongan agamawan ini lali dari kewajipan mereka yang

sebenarnya iaitu menyeru kepada kebenaran dan menegah kemungkaran. Sedangkan seekor

burung Hud-Hud yang kecil mampu untuk memikul beban dakwah yang akhirnya membuatkan

Puteri Balqis tunduk kepada Islam.

Sekiranya golongan agamawan mempunyai semangat sepertimana Hud-Hud ini dengan

berbekalkan kekuatan, kecerdikan, keimanan dan tawakal nescaya dakwah Islamiyah akan

berkembang ke serata pelusuk dunia. Akan tetapi apakah malangnya nasib umat Islam yang

mempunyai bakal-bakal agamawan yang masih leka dihadapan kaca-kaca ajaib, dibaluti selimut

hikmat sedangkan musuh-musuh Islam rancak merancang umat Islam untuk menjatuhkan Islam

melalui penganutnya sendiri.

Firman Allah SWT ''Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung ( yang turut

serta dalam tenteranya )'' lalu berkata ''mengapa aku tidak melihat Hud-Hud?adakah ia dari

mereka yang tidak hadir?'' an-Naml 20. Nabi Sulaiman ditaklifkan oleh Allah SWT sebagai

utusan dan Nabi untuk mengajak kaumnya kepada Islam tidak leka dan lalai dalam memerhati

gerak-geri dan tingkah laku umatnya. Ayat tersebut menunjukkan kepada kita bahawa

pentingnya sikap dan sensetiviti kepada setia pendai’e dalam memerhati hal ehwal mad’unya.

Pada pandangan psikologi, dakwah akan lebih berkesan dengan adanya maklumat-maklumat

tentang hal ehwal mad’u kerana melaluinya uslub dakwah dapat disesuaikan dengan cara hidup

mereka.

Para pendakwah perlu mengemukakan dalil dan hujah yang berlandaskan al-Quran dan as-

Sunnah dalam menghadapi kemungkinan berlakunya perdebatan dengan mad’u. Tanpa ada dalil

yang mantap mengakibatkan mesej dakwah yang akan disampaikan tidak akan diterima oleh

Page 2: Pengajaran Kisah Hud

mad’u.

Maka dengan hujah yang jelas dan tepat telah menyelamatkan Hud-Hud dari dikenakan azab dan

siksaan bahkan ianya dijadikan sebagai perantaraan yang penting dalam dakwah Nabi Sulaiman

kepada kaum Saba’. Firman Allah yang bermaksud ''Demi sesungguhnya! aku akan menyiksanya

dengan siksaan yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa

kepadaku alasan yang terang dan nyata'' an-Naml 21.

Seterusnya Firman Allah ''Hud-Hud itu tidak lama kemudian datang sambil berkata ( kepada

Sulaiman ) ''Aku dapat mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya dan aku datang

kepadamu dari negeri Saba’ dengan membawa berita yang diyakini kebenarannya'' an-Naml 22.

''Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan ( Balqis ) yang memerintah mereka dan ia telah

diberikan kepadanya ( serba sedikit ) dari tiap-tiap sesuatu ( yang diperlukan ) dan ia pula

mempunyai singgahsana yang besar'' an-Naml 23.

Ayat ini menunjukkan ketekunan dan ketabahan Hud-Hud dalam mencari dan mengumpulkan

maklumat yang benar tentang kaum Saba’ kemudian menyampaikannya kepada Nabi Sulaiman

sepertimana yang dilihatnya tanpa mengubah atau memalsukannya walaupun terpaksa

mengharungi kesusahan dalam mendapatkannya. Inilah sifat yang sepatuntnya ada kepada

mereka yang bergelar pendakwah bukannya sifat yang ada pada setengah golongan agamawan

yang menggunakan ilmu hanya untuk kepentingan dunia dan hawa nafsu semata-mata. Apabila

merasa tertekan mereka sanggup berpaling dari tujuan dan matlamat sebenar demi menjaga

periuk nasi mereka tanpa memikirkan balasan di akhirat yang menanti. Matlamat dan tujuan

sebenar dakwah Islamiah adalah menyeru kepada beribadah seperti yang ditegaskan oleh Allah

dalm firmannya yang bermaksud ''Katakanlah, inilah jalan ( agama ) ku, aku dan orang-orang

yang mengikutku mengajak ( kamu ) kepada Allah dengan hujah yang nyata, maha suci Allah

dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik''. surah yusof 108

Justeru para pendakwah perlulah melengkapkan dirinya dengan maklumat-maklumat dan ilmu

yang mantap agar dapat mempertahankan kemurnian Islam. Hud-Hud ketika ia menyampaikan

Page 3: Pengajaran Kisah Hud

laporan tentang keadaan kaum Saba’ dan pemimpinnya tidak sedikitpun laporan yang

disampaikan tersebut diubah dan diselewengkannya dari apa yang dilihat dan didapatinya.

Demikian sifat yang ada pada Hud-Hud yang diterjemahkan dalam al-Quran melalui firmannya

yang bermaksud ''Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan

meninggalkan ibadat menyembah Allah dan syaitan pula memperelok pada pandangan mereka

akan perbuatan syirik mereka lalu menghalangi mereka dari jalan ( yang benar ) Oleh itu mereka

tidak mendapat petunjuk'' an-Naml 24

''( Mereka dihalangi oleh syaitan ) supaya tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan

benda yang tersembunyi di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan

serta apa yang kamu zahirkan''. an-Naml 25

Pada zaman yang serba moden ini pelbagai wasilah dakwah boleh digunakan selagi mana ianya

tidak bercanggah dengan syariat serta halatuju dakwah Islamiah. Antara yang dapat kita lihat

pada hari ini ialah seperti jaringan internet, medan nasyid, penulisan, ceramah dan banyak lagi.

Sebagai contoh Nabi Sulaiman telah menggunakan penulisan sebagaimana yang digunakan oleh

junjungan besar Nabi Muhamad SAW dalam berdakjwah kepada Puteri Balqis dan kaumnya.

Firman Allah yang bermaksud :

''Pergilah dengan membawa suratku ini lalu jatuhkanlah kepada mereka, kemudian berpalinglah

dari mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan.''

Mesej yang telah disampaikan melalui wasilah-wasilah tadi hendaklah dengan menggunakan

uslub yang baik serta jelas dan mudah diterima. Firman Allah yang bermaksud ''Berkata ia

( Balqis ) 'Hai pembesar-pembesarku, sesungguhnya surat itu dari Sulaiman dan sesungguhnya

isinya, Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, bahawa

janganlah kamu sekalian bersikap sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang

yang berserah diri.'' Dengan menyatakan perbincangan tentang sesuatu masalah, ianya akan

dapat menyelesaikan masalah tanpa berakhir dengan keburukan bahkan memberi petunjuk

kepada kebenaran, hal ini terbukti kepada Puteri Balqis dan pembesarnya. Apabila mereka

Page 4: Pengajaran Kisah Hud

menyatakan perbincangan tentang apa yang mereka perlu lakukan setelah menerima seruan

daripada Nabi Sulaiman adakah dengan menghantar bala tentera, kerana mereka mempunyai

kekuatan ketenteraan yang lengkap ataupun dengan menerima seruan Nabi Allah Sulaiman.

Firman Allah SWT yang bermaksud ''Berkata dia ( Balqis ) Hai para pembesar! berilah aku

pertimbangan dalam urusanku ( ini ) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum

kamu berada dalam majlisku.'' Mereka menjawab ''kita adalah orang-orang yang memiliki

kekuatan dan juga memiliki keberanian yang sangat ( dalam peperangan ) dan keputusan berada

ditananmu. Maka pertimbangkanlah apa yang akan perintahkan''. Dia berkata ''Sesungguhnya

raja-raja apabila memasuki sesuatu negeri nescaya mereka membinasakanmu dan jadilah

penduduknya yang mulia jadi hina dan demikianlah pula yang akan mereka buat''.

Dalam urusan dakwah yang sememangnya penuh dengan ujian, para pendakwah perlulah

mengikhlaskan diri kerana Allah tanpa mengaharapkan balasan dan sanjungan, serta berhati-hati

dengan tipu daya golongan yang benci kepada Islam, mereka akan sentiasa akan mencuba untuk

memusnahkan usaha-usaha dakwah yang dilakukan samada pujuk rayu atau mengumpan dengan

harta benda. Dalam hal ini, para pendakwah perlu kembali kepada sikap Nabi Muhamad SAW

dalam menghadapi golongan seperti ini, Nabi SAW menolak segala tawaran golongan Quraisy

supaya beliau meninggalkan dakwahnya. Sabda Nabi SAW 

''Demi Allah! Wahai bapa saudaraku, sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku

dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan urusanku ini sehingga Allah menzahirkannya

atau membinasakan yang selainnya nescaya tidak akan aku tinggalkan urusanku ini.''

Nabi Sulaiman sepeti Nabi Muhamad SAW telah menolak tawaran hadiah daripada Puteri Balqis

yang menyangka bahawa dengan tawaran tersebut Nabi Sulaiman tidak akan menghantar bala

tenteranya keatas mereka. Ternyata sangkaan beliau meleset bahkan sebaliknya yang berlaku.

Fiman Allah SWT yang bermaksud ''Dan sesungguhnya aku akan mengirimkan utusan kepada

mereka dengan ( membawa ) hadiah, dan ( aku akan ) menunggu apa yang akan dibawa kembali

oleh utusan-utusan itu''. Maka ketika utusan itu sampai Nabi Sulaiman berkata, ''Apakah ( patut )

kamu menolong aku dengan harta? Maka apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada

Page 5: Pengajaran Kisah Hud

apa yang diberikannya kepadamu, tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu, kembalilah

kepada mereka, sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak

kuasa menawannya dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu ( Saba’ ) dengan terhina

dan mereka menjadi ( tawanan-tawanan ) yang hina''. Wasilah dan uslub yang digunakan oleh

pendakwah perlu disertai dengan bukti dan hujah yang boleh memenangi hati para mad’unya.

Firman Allah yang bermaksud ''Berkata Sulaiman, 'hai pembesar-pembesar, siapakah di antara

kamu yang mampu membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku

sebagai orang-orang yang berserah diri. Berata jin Ifrit ( yang cerdik ), aku akan datang dengan

membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu.

Sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dipercayai'. Berkatalah seorang

yang mempunyai ilmu dari golongan ahli kitab,'aku akan membawa singgahsana itu kepadamu

sebelum matamu berkedip'. Maka ketika Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di

hadapannya lalu baginda berkata 'Ini termasuk kurniaan tuhanku untuk mencuba aku apakah aku

bersyukur atau mengingkari ( akan nikmatnya )''.

KESIMPULAN

Di dalam ayat ini juga terselit beberapa gambaran yang boleh digunakan oleh para pendakwah

untuk menyampaikan mesej yang dibawanya. Pertamanya, pendakwah perlu menggunakan

kemampuan dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepadanya dalam berlumba-lumba di arena

dakwah dalam mengejar keredhaan Allah di dunia dan akhirat disamping untuk mencapai tahap

penerimaan mad’u yang tebaik. Keduanya setiap pendakwah perlu bersyukur kepada segala

kurniaan Allah keatasnya daripada ilmu dan kejayaan serta menghapuskan perasaan sombong

dan ingkar serta mendabik dada dengan apa yang diperolehi.

Dalam menghadapi mad’u yang mempunyai berbagai karenah maka perlulah bagi pendakwah

menguji tahap kemampuan fikiran dan keilmuan mad’unya. Dengan ini pendaie dapat

menyesuaikan uslub yang bakal digunakannya mengikut tahap pemikiran setiap mad’u. Ianya

juga perlu untuk menghadapi hujah dan perdebatan antara mereka. Sepertimana yang

diterangkan dalam kisah tadi, Nabi Sulaiman menguji kepintaran Puteri Balqis dengan mengubah

Page 6: Pengajaran Kisah Hud

singgahsananya dari negeri Saba’ ke Palestin serta lantainya ditukar kepada kaca adakah dia

mengenal akan singgahsananya itu.

Kemudian firman Allah SWT yang bermaksud ''Dia berkata 'Rubahlah singgahsananya, maka

kita akan melihat apakah dia mengenal ataukah dia termasuk orang-orang yang tidak

mengenalinya' dan ketika Balqis datang ditanyakan kepadanya 'Serupa inikah singgahsanamu?'

Dia menjawab 'Seakan-akan singgahsana ini singgahsanaku, kami telah diberi pengetahuan

sebelumnya ( Kenabian Sulaiman ) dan kami adalah orang-orang yang berserah diri. Dan apa

yang disembahnya selama ini selain Allah mencegahnya ( untuk melahirkan Islam ) kerana

sesungguhnya dia dahulunya termasuk orang-orang kafir'. Dikatakan kepadanya 'Masuklah ke

dalam istana', maka tatkala melihat istana itu dikiranya kolam air yang besar dan disingkatkan

kedua betisnya, berkatalah Sulaiman 'Sesungguhnya ia adalah istana licin yang diperbuat dari

kaca'. Berkata Balqis 'Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan

aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah tuhan semesta alam'''.

Demikianlah kesungguhan dan ikhtiar hud-hud telah memakaikan mahkota hidayah kepada

Puteri Balqis di tangan Nabi Allah Sulaiman dan sesungguhnya amat patutlah bagi setiap

pendaie menjadikan kisah ini sebagai pedoman dan pengajaran demi untuk mengukuhkan lagi

nilai serta benih dakwah di dalam dirinya mahupun mad’unya.

wallahua’lam