pengajaran hijrah rasulullah

5
Pengajaran hijrah rasulullah Melalui peristiwa hijrah Rasulullah ini,terdapat banyak pengajaran yang dapat diambil oleh seluruh umat Islam untuk dijadikan iktibar dan panduan hidup ini.Umat islam sewajarnya menghayati peristiwa Hijrah ini kerana peristiwa Hijrah ini telah membawa banyak perubahan terhadap perkembangan agama Islam itu sendiri. Antara pengajaran yang boleh diambil oleh umat Islam melalui Hijrah Rasulullah ini antaranya ialah,umat Islam seharusnya menyemaikan sifat berani dalam hati setiap individu ketika menghadapi segala bentuk ujian yang diberikan oleh Allah.Merujuk kepada peristiwa Hijrah ini,dapat dilihat sifat berani ini dengan jelas melalui beberapa peristiwa.Antara peristiwa yang jelas ialah,melalui peristiwa Saidina Ali yang sanggup menggantikan Rasullullah di tempat tidor baginda walaupun pada ketika itu,orang-orang Quraisy sedang berkawal di luar rumah bagi menangkap Rasulullah SAW. Kesanggupan Saidina Ali menempa maut di tangan orang kafir Quraisy dengan menggantikan Rasullullah di tempat tidur baginda bagi menjayakan perancangan hijrah Rasululluah cukup membuktikan keberanian beliau. Selain itu,terdapat pengajaran yang lain melalui peristiwa Hijrah Rasulullah ini.Antara pengajaran lain ialah,umat Islam masa kini hendaklah mempunyai semangat perpaduan yang kukuh bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian kehidupan tanpa mempunyai unsur perbalahan yang pasti akan merosakkan perpaduan umat Islam

Upload: mahyuddin-ibrahim

Post on 17-Jan-2016

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajaran Hijrah Rasulullah

Pengajaran hijrah rasulullah

Melalui peristiwa hijrah Rasulullah ini,terdapat banyak pengajaran yang dapat diambil

oleh seluruh umat Islam untuk dijadikan iktibar dan panduan hidup ini.Umat islam sewajarnya

menghayati peristiwa Hijrah ini kerana peristiwa Hijrah ini telah membawa banyak perubahan

terhadap perkembangan agama Islam itu sendiri.

Antara pengajaran yang boleh diambil oleh umat Islam melalui Hijrah Rasulullah ini

antaranya ialah,umat Islam seharusnya menyemaikan sifat berani dalam hati setiap individu

ketika menghadapi segala bentuk ujian yang diberikan oleh Allah.Merujuk kepada peristiwa

Hijrah ini,dapat dilihat sifat berani ini dengan jelas melalui beberapa peristiwa.Antara peristiwa

yang jelas ialah,melalui peristiwa Saidina Ali yang sanggup menggantikan Rasullullah di tempat

tidor baginda walaupun pada ketika itu,orang-orang Quraisy sedang berkawal di luar rumah bagi

menangkap Rasulullah SAW. Kesanggupan Saidina Ali menempa maut di tangan orang kafir

Quraisy dengan menggantikan Rasullullah di tempat tidur baginda bagi menjayakan perancangan

hijrah Rasululluah cukup membuktikan keberanian beliau.

Selain itu,terdapat pengajaran yang lain melalui peristiwa Hijrah Rasulullah ini.Antara

pengajaran lain ialah,umat Islam masa kini hendaklah mempunyai semangat perpaduan yang

kukuh bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian kehidupan tanpa mempunyai unsur

perbalahan yang pasti akan merosakkan perpaduan umat Islam itu sendiri.Sebagai contoh ialah,

peristiwa ini hijrah telah mengajar kita bahawa perpaduan amat penting dalam kita

membangunkan sesebuah negara. Cuba kita renungkan kembali bagaimana perpaduan yang telah

terjalin antara kaum Muhajirin dan Ansar di bawah bumbung Islam telah berjaya mambentuk

khilafah Islamiyah. Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang

menyaksikan bangsa, kaum dan etnik, maka amat wajar umat Islam di Malaysia mempamerkan

semangat toleransi dan kasih sayang selari dengan ajaran Islam yang amat menitik beratkan soal

kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah.

Selanjutnya iktibar dari peristiwa hijrah ialah,kita perlu sanggup mengorbankan apa yang

kita miliki dan sayangi sebagai satu sumbangan dalam menegakkan perjuangan Islam. Umat

Islam perlu berkorban apa sahaja terhadap Allah kerana nilainya di sisi Allah amat tinggi.Perkara

ini dapat dilihat melalui pengorbanan sahabat-sahabat Rasulullah ketika mereka melakukan

Page 2: Pengajaran Hijrah Rasulullah

hijrah ini.Pengorbanan sahabat Rasulullah ini merupakan satu unsur yang penting dalam

perjuangan hijrah Baginda. Dengan kata lain, kejayaan tidak akan tercapai melainkan apabila

anggotanya sanggup berkorban dengan segala sesuatu yang pada pada mereka. Sebagaimana

contoh dalam peristiwa Hijrah Rasulullah dan para sahabat lelaki dan wanita di mana mereka

sanggup meninggalkan rumahtangga, kaum keluarga, harta benda dan segala-galanya semata-

mata kerana menyahut seruanAllahS.W.T.Sebagai contoh kisah seorang sahabat yang kaya

bernama Suhaib al-Rumy. Beliau telah ditahan ketika hendak berhijrah ke Madinah dan diberi 

kata dua sama ada memilih harta atau Islam. Suhaib bertindak memilih Islam  iaitu dengan

berhijrah bersama Rasulullah s.a.w ke Madinah dan beliau tidak sedikit pun berasa terkilan

kerana kehilangan harta yang banyak kepada kaum Quraisy. Apabila Rasulullah s.a.w

mendengar kisah itu ,Baginda s.a.w telah berkata: "Beruntunglah Suhaib, beruntunglah Suhaib".

Selain itu juga,terdapat juga pengajaran lain yang perlu diambil oleh umat Islam pada

masa kini.Melalui peristiwa Hijrah ini,pengajaran yang seterusnya ialah,umat Islam pada masa

kini hendaklah mempunyai pemikiran yang kreatif dan cerdik dalam melakukan sesuatu perkara

atau sesuatu tindakan.Hal ini amat penting kerana dalam menyebarkan dakwah Islamiah,umat

Islam akan menghadapi pelbagai rintangan.Oleh itu,strategi dalam melakukan sesuatu perkara

amat diperlukan bagi menjamin kejayaan sesuatu rancangan.Melalui peristiwa Hijrah

ini,Rasulullah juga telah melakukan strategi yang amat terperinci sebelum Baginda melakukan

Hijrah ini setelah mendapat perintah Allah supaya berhijrah.Antara strategi Baginda

ialah,Baginda bertolak pada waktu malam bersama Abu Bakar menuju ke gua Thur dan

bersembunyi di dalam gua Thur selama 3 hari.Selain itu,Baginda juga telah mengupah ‘Abd

Allah b. Urayqit al-Dayli sebagai pemandu jalan Baginda.Selain itu,‘Abd Allah b .Abu Bakar

pula telah ditugaskan untuk menyampaikan perkembangan terbaru yang didengar daripada

Quraysh kepada mereka berdua dan kembali semula ke Mekah sebelum menjelangnya waktu

subuh.

Merujuk kepada peristiwa Hijrah juga,kita dapat mengambil pengajaran melalui sifat

sabar yang dimiliki oleh Rasulullah dan sahabat-sahabat Rasulullah dalam memperjuangkan

agama Islam daripada terus ditindas oleh masyarakat bukan Islam.Sifat sabar Rasulullah dan

sahabat-sahabat Rasulullah ini dapat dilihat sejak sebelum mereka melakukan Hijrah ke

Madinah.Ini kerana,sebelum berhijrah lagi,mereka telah diuji oleh pelbagai dugaan dan

Page 3: Pengajaran Hijrah Rasulullah

tentangan daripada golongan kafir Quraysh.Antara tentangan yang mereka lalui ialah,mereka ini

dicaci,diganggu melakukan ibadah,diugut oleh pemimpin Quraysh,menyiksa golongan hamba

yang telah memeluk Islam dan sebagainya.Walaupun mereka ini telah diuji dengan pelbagai

ujian,namun mereka tidak patah semangat dan putus asa dalam meyebarkan Islam.Selain itu,sifat

sabar ini dapat dibuktikan melalui tindakan Baginda yang sanggup tinggal 3 hari di Gua

Thur,bagi menjamin keselamatan Baginda dan memastikan Baginda selamat sampai ke

Madinah.Oleh itu,umat Islam pada masa kini,hendaklah menanamkan sifat sabar di dalam jiwa

mereka kerana,sudah semestinya akan datang kepada mereka ujian dari Allah dalam

menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba.

Sebagai kesimpulan,marilah kita mencontohi Rasulullah dan para sahabat yang sanggup

berkorban demi kepentingan Islam.Mereka juga sanggup mengadai segala harta dan nyawa bagi

memastikan Islam itu berkembang ke serata dunia sehinggalah ke Malaysia ini. Sesungguhnya

Hijrah tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa jihad, perpaduan dan kecintaan terhadap Allah.

Apa maknanya kita menyambut sambutan Maal Hijrah jika kita semakin jauh dengan Islam?

Apakah ertinya kita menghayati sambutan Maal Hijrah. jika jihad masih disalah anggap dan

menjadi satu istilah yang amat menakutkan. Apalah gunanya sambutan Maal Hijrah yang kita

sambut jika perubahan yang ada hanyalah menunjukkan umat Islam bertambah lemah dan

menjadi mangsa penindasan barat malah terus dihina dan dicerca dengan tuduhan sebagai

pengganas dan pemecah-belah.Oleh itu,bersama-sama lah kita membantu dalam memperkasakan

agama Islam itu,supaya masyarakat bukan Islam dapat menghakis pandangan mereka bahawa

Islam ini adalah agama pengganas.

Page 4: Pengajaran Hijrah Rasulullah