pengajaran dan pembelajaran koir

19
Pengajaran dan pembelajaran koir di sekolah bukanlah sesuatu yang baru diwujudkan. Tidak boleh dinafikan bahawa perkara ini makin hari makin lebih diberi perhatian oleh pendidik-pendidik muzik. Sesetengah sekolah mampu membiayai tenaga pengajar dari luar (seperti sekolah-sekolah di bandar) walaupun ia menelan belanja yang besar, hanya untuk memastikan bahawa pasukan koir sekolah itu menjuarai pertandingan-pertandingan, baik peringkat daerah mahupun peringkat negeri. Apakah yang dimiliki oleh pengajar-pengajar luar ini yang tidak ada pada pendidik-pendidik muzik di sekolah? Melihat kepada matlamat program Pendidikan Muzik di kedua-dua peringkat persekolahan, nyata sekali mata pelajaran ini adalah ke arah pendidikan estetik (aesthetic education) yang tidak kurang pentingnya dalam perkembangan individu yang seimbang. Hal ini perlu dipandang serius lebih-lebih lagi pada masa munculnya banyak informasi dan dapatan baru tentang perkembangan individu seperti pelbagai

Upload: mohd-harqib-haris

Post on 18-Dec-2014

100 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

koir

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajaran Dan Pembelajaran Koir

Pengajaran dan pembelajaran koir di sekolah bukanlah sesuatu yang baru diwujudkan.

Tidak boleh dinafikan bahawa perkara ini makin hari makin lebih diberi perhatian

oleh pendidik-pendidik muzik. Sesetengah sekolah mampu membiayai tenaga

pengajar dari luar (seperti sekolah-sekolah di bandar) walaupun ia menelan belanja

yang besar, hanya untuk memastikan bahawa pasukan koir sekolah itu menjuarai

pertandingan-pertandingan, baik peringkat daerah mahupun peringkat negeri. Apakah

yang dimiliki oleh pengajar-pengajar luar ini yang tidak ada pada pendidik-pendidik

muzik di sekolah?

Melihat kepada matlamat program Pendidikan Muzik di kedua-dua peringkat

persekolahan, nyata sekali mata pelajaran ini adalah ke arah pendidikan estetik

(aesthetic education) yang tidak kurang pentingnya dalam perkembangan individu

yang seimbang. Hal ini perlu dipandang serius lebih-lebih lagi pada masa munculnya

banyak informasi dan dapatan baru tentang perkembangan individu seperti pelbagai

kecerdasan (Multiple Intelligence) dan kecerdasan emosi (Emotional Intelligence)

yang mengambil kira unsur-unsur afektif dalam usaha mencapai kecemerlangan.

Dalam teori pelbagai kecerdasan (Multiple Intelligence) oleh Gardner (1983),

muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri.

Gardner membahagikan pelbagai kecerdasan manusia kepada lapan kategori; iaitu

kecerdasan verbal-linguistik (mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat

encoding dan decoding bahasa), kecerdasan logik- matematik (menyelesaikan

masalah, penaakulan, logik dan kemahiran nombor), kecerdasan visual spatial

(berkaitan dengan arah, arkitek, penyusunan dan hiasan), kecerdasan muzikal

(mengarang, menggayakan, menghayati dan mengenal muzik), kecerdasan

interpersonal (empati, mudah memahami, menyelesaikan konflik, kemahiran mencari

konsensus), kecerdasan intrapersonal (pengetahuan kendiri, konsep kendiri, penilaian

kendiri, emosi), kecerdasan kinestatik (menari, melompat, membuat pergerakan), dan

kecerdasan naturalis (mengenal pasti, membuat kategori mengenai alam). Potensi

individu dalam aspek ini telah pun dibuktikan melalui kajian saintifik dan maka itu

terpulang kepada kita untuk mengeksploitasinya ke arah pembinaan insan yang

seimbang dan berketrampilan.

Ernest L. Boyer (1987) dalam bukunya College telah menyatakan,

Page 2: Pengajaran Dan Pembelajaran Koir

“If the push for educational excellence is to yield results, the nation’s

colleges and universities must ask hard questions about the quality

of their own work.” (p. xi)

Kajian mengenai kecerdasan memberi impak yang hebat dalam bidang

pendidikan apabila Gardner (1983) memperkenalkan Multiple Intelligence. Gardner

mendefinisikan kecerdasan sebagai “… ability to solve problems or fashion products

that are of consequences in a particular cultural setting or community”. Ini

menunjukkan bahawa kesepaduan kecerdasan-kecerdasan amat penting dalam

perkembangan pendidikan kanak-kanak.

Guru-guru muzik di sekolah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan

hakikat ini. Ini hanya boleh dibuat dengan penglibatan pelajar-pelajar sekolah dalam

aktiviti-aktiviti yang berunsurkan muzik, seperti dalam pancaragam sekolah, orkestra

sekolah, kumpulan kamar (chamber group) sekolah, dan tidak ketinggalan kumpulan

koir sekolah yang akan diberi tumpuan dalam kajian ini.

Pendidikan Muzik KBSM adalah program pendedahan secara umum untuk

pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Program pembelajaran muzik yang

disediakan mempunyai ciri-ciri pembinaan insan dan perkembangan diri individu

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)

daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Sebagai satu mata pelajaran,

program yang disediakan mengambil kira ilmu pengetahuan, kemahiran dan

penerapan nilai. (PPK, Jan.2001)

Di peringkat sekolah menengah, kurikulum Pendidikan Muzik yang

disediakan merupakan program pembelajaran untuk lima tahun. Kurikulum yang

disediakan adalah berkonsepkan general music program dengan matlamat untuk

dilaksanakan di semua sekolah menengah, sekurang-kurangnya di peringkat

menengah rendah.

Matlamat kurikulum ini adalah untuk melahirkan murid yang berilmu,

berketrampilan dan berpengalaman muzik bagi membolehkannya mempunyai disiplin

dalam mereka cipta, membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu

pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang serta kreatif, inovatif dan

inventif. Ini jelas kelihatan dalam penglibatan pelajar-pelajar dalam koir sekolah. Ini

Page 3: Pengajaran Dan Pembelajaran Koir

jelas kelihatan dalam pertandingan koir antara sekolah-sekolah peringkat negeri dan

kebangsaan, sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri dan kebangsaan dan

sebagainya.

Kurikulum ini ditujukan kepada pelajar sekolah menengah yang mempunyai

minat untuk mengetahui, memahami dan mendapatkan kemahiran dan pengalaman

dalam seni muzik sama ada untuk meneroka dan memperkembangkan bakat sendiri

atau sekadar berkebolehan menghayati seni muzik secara terdidik. (PPK, Jan. 2001)

Di peringkat menengah rendah, Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaran

wajib alternatif kepada Pendidikan Seni Visual. Pelajar yang mengikuti kelas

Pendidikan Muzik tidak perlu mengikuti kelas Pendidikan Seni Visual. Tiada

peperiksaan di peringkat Penilaian Menengah Rendah (P.M.R.). Di peringkat

menengah atas pula, pendidikan muzik adalah mata pelajaran elektif dan pelajar

mengambil peperiksaan muzik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (S.P.M.).

Koir sekolah tidak diterapkan dalam kurikulum sekolah, tetapi adalah salah satu

komponen dalam Ko-Korikulum sekolah. Biasanya latihan untuk mengajar sesuatu

kumpulan itu dijalankan selepas waktu persekolahan dan bukan sewaktu pengajaran

dan pembelajaran (P&P) sekolah dijalankan. Ada juga sekolah yang tidak menerapkan

koir dalam ko-korikulum sekolah.

Hampir setiap sekolah mempunyai koir sekolah yang tersendiri. Walaupun

sesebuah sekolah itu tidak mempunyai Pendidikan Muzik dalam kurikulum sekolah,

koir sekolah tetap wujud.

Didapati kebanyakan sekolah yang mewujudkan koir adalah hanya semata-mata

untuk mengambil bahagian dalam pertandingan – baik peringkat daerah, negeri

ataupun untuk peringkat kebangsaan. Selain itu, wujudnya persaingan yang hebat

antara sekolah-sekolah yang bertanding. Persaingan-persaingan ini wujud kerana

masing-masing ingin meningkatkan mutu ataupun kualiti persembahan.

Untuk mengendalikan sesebuah koir sekolah itu bukanlah mudah. mengekalkan

kualiti sesebuah koir itu merupakan satu cabaran yang besar, khasnya kepada

pendidik-pendidik muzik. Latar belakang ahli-ahli koir juga merupakan satu faktor

yang menyumbang kepada pengekalan kualiti.

Page 4: Pengajaran Dan Pembelajaran Koir

Kursus Pengajaran Vokal Di Sekolah merupakan salah satu kursus dalam Program Sarjana

Pendidikan Muzik yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar sarjana di Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Tujuan kursus ini ialah memberikan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai bidang vokal

terutamanya dari segi pengajaran dan penubuhan sesebuah kumpulan koir. Di dalam kursus ini

pelajar akan memperolehi teknik pengajaran vokal dari segi penghasilan suara untuk nyanyian

solo mahupun nyanyian berkumpulan.

Pada umumnya vokal merupakan asas kepada pembelajaran muzik. Mengikut kaedah

pembelajaran Kodaly, beliau meletakkan suara sebagai asas pembelajaran muzik sebelum

memulakan pembelajaran muzik yang lain seperti alat-alat muzik. Oleh itu, adalah amat

bertepatan apabila meletakkan Kursus Pengajaran Vokal Di Sekolah sebagai salah satu kursus

wajib.

Selain dari itu, Kursus Pengajaran Vokal Di Sekolah juga berkehendakkan pelajar sarjana

membuat proses rakaman video pembentukan sesebuah kumpulan koir. Ini amat bertepatan

kerana ia dapat membukti kemampuan pelajar sarjana mengaplikasikan teknik yang dipelajari

dari bilik kuliah kepada kumpulan projek yang mereka kendalikan.

2.0 PROSES PEMILIHAN / PUBLISITI

Projek ini telah dijalankan disebuah sekolah menengah di Kangar, Perlis iaitu Sekolah Menengah

Kebangsaan Putra. Kumpulan Koir yang ditubuhkan ini memerlukan seramai 40 orang pelajar

yang dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Suara 1 Treble (10 orang), Suara 2 Alto (10

orang) dan Suara Tenor (10 orang)dan suara Bass (10 orang). Keperluan kumpulan koir ini

dianggotai 20 orang pelajar perempuan dan 20 pelajar lelaki.

Di peringkat awal, penubuhan jawatankuasa ditubuhkan untuk membentuk pasukan koir. Jasa

baik Panitia Pendidikan Seni & Muzik diperlukan untuk membentuk jawatankuasa tersebut.

Page 5: Pengajaran Dan Pembelajaran Koir

Publisiti mula dijalankan melalui radio sekolah iaitu meminta para pelajar SMKP (Sekolah

Menengah Kebangsaan Putra) yang berminat menyertai pasukan koir sekolah boleh menghadiri

sesi uji bakat. Selain dari itu, AJK publisiti menampal poster-poster untuk sesi uji bakat.

3.0 SESI UJI BAKAT

Sesi uji bakat telah dijalankan selama 3 hari. Ramai pelajar yang telah hadir untuk menghadiri

sesi ini. Hanya lima peserta ujibakat yang akan diulas sebagai contoh untuk sessi ujibakat

pemilihan kumpulan koir ini.

Uji Bakat 1

Pelajar ini merupakan pelajar Tingkatan 3 yang tidak pernah menyertai mana-mana kumpulan

koir sebelum ini,. Dari segi pic, ketepatannya masih boleh diperbaiki lagi. Selain dari mengajuk

semula pic pelajar ini diminta menyanyikan In Third dalam skel C Major. Pelajar ini dipilih

kerana hampir menepati ujian tersebut.

Uji Bakat 2

Ia merupakan seorang pelajar lelaki berketurunan India dan berumur 15 tahun. Boleh menguasai

Bahasa Melayu dengan baik. Dari segi suara, pelajar ini dalam proses kematangan, oleh itu ada

beberapa masalah yang timbul ketika sesi audisi. Ketepatan pic dapat diperbetulkan apabila

memainkan semula not-not. Sebagai contoh, guru membunyikan not G (Soh). Pelajar tidak dapat

mengajuk semula bunyi dengan tepat dan guru memainkan semula not G (Soh)tetapi bermula

dengan C (Do), D (Re), E (Mi), F (fah), G (Soh). Akhirnya pelajar dapat memperbetulkan pic

tersebut.

Uji Bakat 3

Merupakan seorang pelajar perempuan Tingkatan 3. Pernah menganggotai pasukan koir sekolah

semasa sekolah rendah. Semasa sesi uji bakat, elemen yang dapat dikenal pasti ialah suaranya

agak jelas tetapi kerap menggunakan”middle voice” walaupun dalam keadaan pic yang tinggi.

Julat suara tidak luas dan tidak tinggi. Dia diletakkan dalam kumpulan 2 iaitu suara Alto.

Uji Bakat 4

Page 6: Pengajaran Dan Pembelajaran Koir

Seorang pelajar lelaki berbangsa Thai. Berumur 15 tahun dan pernah menganggotai

pasukan koir semasa di sekolah rendah. Semasa uji bakat dijalankan didapati bahawa beliau

mempunyai ketepatan pic yang agak tepat. Dari segi sebutan masih jelas kedengaran. Beliau

boleh dibimbing dengan mudah.

Uji Bakat 5

Seorang pelajar perempuan berbangsa Melayu. Berumur 15 tahun dan mempunyai gred 5 dalam

amali piano. Dari ketepatan pic rasanya tiada masalah. Cuma dari segi kejelasan suara agak

terlalu perlahan. Ianya boleh diperbaiki semasa latihan teknik vokal.

4.0 Teknik Vokal

Perkara pertama yang ditekankan dalam teknik vokal ialah pernafasan. Pada sesi ini pelajar

diajar bagaimana menyimpan udara di dalam perut iaitu di kawasan diafragma. Pada peringkat

awal pelajar masih lagi menyimpan udara di dalam paru-paru seperti pernafasan biasa. Ini dapat

dilihat apabila disuruh mengambil udara, bahu mereka terangkat. Ini membuktikan udara tidak

sampai ke dalam perut.

Teknik Snatch Breathing juga diperkenalkan kepada pelajar. Pelajar diarah menyentuh perut

pada bahagian ulu hati dengan ibu jari. Kemudian mengisi angin di dalam perut dan seterus

diagfram akan mengembang. Mereka melepaskan angin dengan vokal kho dan kha. Sesetengah

pelajar tidak mempraktikkan kerana masih tidak memahami cara melakukan. Untuk lebih

berkesan lagi guru mengarahkan ianya melakukan secara berpasangan iaitu memegang perut

rakan.

Pelajar didedahkan berkali-kali teknik mengambil udara. Latihan dibuat secara individu dan

berpasangan. Pelajar diarah mengambil udara sebanyak 4 kiraan dan melepaskan secara terkawal

sebanyak 8 kiraan. Kemudian menambah sebanyak 12 hingga 16 kiraan melepaskan udara.

Sesetengah pelajar tidak dapat mengawal cara melepaskan udara. Belumpun sampai 12 kiraan

udara yang ada di dalam perut telah kehabisan. Ini berlaku kerana teknik mengawal udara tidak

dapat diaplikasi dengan tepat. Di akhir sesi ini didapati 70 % pelajar dapat mengaplikasikan

teknik pernafasan dengan betul.

Page 7: Pengajaran Dan Pembelajaran Koir

Vowel Modification

Pada sesi ini pelajar didedahkan bagaimana membuat pengubahsuaian vokal dilakukan.

Penerangan diberi terlebih dahulu iaitu mengenai penghasilan suku kata. Pada sesi ini ada

beberapa maslah yang timbul iaitu pelajar agak sukar untuk membetulkan kedudukan lidah.

Lidah sepatutnya dalam keadaan flat dan mencecah belakang gigi. Pelajar telah diuji secara

berkumpulan dan individu cara penghasilan suku kata.

Pembentukan vowel amat dititik beratkan. Setiap kali sesi latihan guru mengingatkan pelajar

bagaimana melonggarkan rahang, merehatkan lidah, melapangkan kerongkong, membuka mulut

dan juga pembentukan lidah. Sesetengah pelajar merasa malu untuk membuka mulut dan ini

sedikit sebanyak mengganggu sesi latihan.

5.0 Pemilihan Lagu

Lagu yang dipilih untuk kumpulan koir ini bertajuk “Warisan” yang digubah sendiri oleh saya

dan sebuah lagu rakyat “Chan Malican” yang digubah oleh Jayatilaka.

Dari segi harmoni, lagu “Warisan” tidak mempunyai harmoni yang selari. Gubahannya lebih

kepada kaunter melodi. Suara soprano ditekankan untuk membawa melodi lagu ini dan

adakalanya soprano bertindak sebagai kaunter melodi. Untuk lagu “Chan Malican “ pula, ianya

digubah mempunyai 3 lapisan suara. Lagu ini agak mudah diingati melodi serta kaunter

melodinya dan ianya menjurus kearah lagu koir klasikal. Seperti lagu “Warisan”, penekanan

kepada unsure-unsur dinamik banyak dilakukan dalam lagu ini.

6.0 Sesi Memanaskan Suara (Warming Up)

Pada sesi ini pelajar diarah supaya menjaga posture badan, merehatkan kerongkong, melonggar

bahu dan dalam keadaan relax. Setelah selesai pelajar memulakan dengan membunyikan pic

yang dibunyikan oleh guru. Pada sesi ini guru mengingatkan pada pelajar supaya dapat

mengaplikasikan teknik yang telah dipelajari.

Kemudian pelajar membunyi0

Page 8: Pengajaran Dan Pembelajaran Koir

Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah

mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di

antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah

jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik.

Bunyi konsonan pada aw al dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Sebutan yang baik dapat

dihasilkan melalui latihan yang konsisten.

Page 9: Pengajaran Dan Pembelajaran Koir

Semasa p&p ~ Bagi p&p untuk mengajar teknik nyanyian, ada banyak perkara yang perlu guru ambil perhatian, dan teknik SEBUTAN ini juga adalah antara yang terpenting. Ketika saya mengajar teknik sebutan, p&p tidak terlalu banyak masalahnya, kerana perkara ini banyak berkaitan dengan hidupan seharian kita, malahan murid-murid memang sudah ada pengetahuan sedia ada cuma sebagai guru, saya hanya mendedahkan perkara-perkara asas, lebih-lebih lagi jika murid-murid kita akan mengikuti koir.

Masalah & Tindakan Susulan ~ Masalah yang biasa dihadapi untuk mengajar teknik ini adalah murid-murid saya ramai yang pemalu, malahan tidak bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan memberi markah atau membuat persaingan kepada murid-murid di dalam kelas. Kepada sesiapa dapat menunjukkan teknik mulut dengan betul, akan dapat ganjaran daripada saya. ^_^

Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik.

DEFINISI MUZIK

Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik.

Page 10: Pengajaran Dan Pembelajaran Koir

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muziki. Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tandaii.Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu (kaedah penemuankendiri).iii. Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. (pembelajaran mengikut urutan).iv. Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik).v. Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membnuat latihan-latihan (kaedah pendekatan berkonsep).vi. Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan.

Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muziki. Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau ‘sequential’.

ii. Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitivity terhadap aspekaspek muzik

iii. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal.a. Imitasi (Mengajuk Balik)b. Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)c. Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton.d. Creation (Mencipta)- penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa.e. Literasi – menulis dan membaca nota muzik

iv. Suzuki-menamakan kaedahnya talent education’ atau pendekatan bakatv. Gordon mengutamakan prinsip ‘sound before symbol’ dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan.Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan.

Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik.i. Kemahiran Muzikal Nyanyianii. Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakaniii. Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.

Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepadaaspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik pengeluaran suara.

Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagi respon

Page 11: Pengajaran Dan Pembelajaran Koir

kepada muzik.

Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.

KEPENTINGAN PERGERAKAN

Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’ .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER

Kecerdasan Muzik

Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yany terdapat dipersekitarannya. Seseorang yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitive kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang mahupun guruh serta suara-suara yang lainnya. Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik serta dapat menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu seseorang yang cenderung dalam keceerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.

Mereka juga dapat mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permaianan muzik. Mereka pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai mengguanakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi dengan darjat yang berbeza-beza. Semua manusia di dunia ini mempunyai kecedasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah persembahan muzik, bunyi vocal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu. Penyanyi, mengubah lagu, pemain muzik dan komposer lagu ialah kerjaya yang sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini.

Kecerdasan Kinestetik

Orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan mengguanakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, mereka cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh badan. Biasanya, mereka lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.

Di samping itu, individu juga cekap memanipulasikan objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dan mental. Mereka berupaya menggunakan kemahiran fizikal untuk meluah idea, perasaan dan menyelesaikan masalah atau mencipta suatu produk baru. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan, keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan ketika bergerak. Orang yang

Page 12: Pengajaran Dan Pembelajaran Koir

cerdas dalam bidang kenestetik mengeksplorasi dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktiviti yang berkaitan dengan kecerdasan ini ialah tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, permainan sukan dan seni pertahanan diri. Artis, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis dan olahragawan adalah beberapa kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat kecerdasan kinestetik yang tinggi.

Kecerdasan Logik-Matematik

Kecerdasan logik-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Kecerdasan ini menggabungkan kemampuan matematik dan ilmiah yang dimiliki oleh seseorang. Oleh itu pelajar cenderung dalam kecerdasan ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang komplek berkaitan Matematik dengan mudah sahaja dan boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

Seseorang yang mempunyai kecerdasan logic-matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan berbentuk eksplorasi. Mereka sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku disekeliling mereka, Lazimnya, mereka suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertayaan. Selain itu, mereka juga suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contoh-contoh aktiviti jenis kecerdasan ini adalah menggunakan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logic), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. Orang yang mempunyai kecerdasan ini biasanya Berjaya dalam kerjaya yang berkaitan dengan Matematik dan Sains.

Konsep muzik, kinestetik, dan kecerdasan logik-matematik menunjukkan kemampuan kita untuk menghasilkan dan menghargai irama, pin dan temborin sementara menghargai berbagai bentuk ekspresi muzik dan kemampuan kita untuk menggunakan badan dan objek dengan cekap. Manurut Gardner, kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Menurut Gardner, cabaran pendidik adalah untuk mengenali kecerdasan yang berasingan dan memeliharanya sebagai kecerdasan universal untuk memenuhi fungsi penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak, social dan perkembangan fizikal

Ciri-ciri sesebuah lagu kanak-kanak

1. Senikata lagu haruslah mudah difahami dan banyak pengulangan

2. Setiap rangkai lagu haruslah mengandungi bilangan suku kata yang seimbang.

3. Hujung rangkai mengandungi rima.

4. Mestilah mempunyai pengulangan pada melodi lagu.

5. Pengulangan corak irama dalam lirik lagu.

6. Senikata haruslah sesuai untuk dilakukan gerakan.

7. Rentak dan irama muzik iringan tidaklah terlalu berat.

Page 13: Pengajaran Dan Pembelajaran Koir

8. Tema lagu mestilah berkaitan pengalaman dan persekitaran harian kanak-kanak.