penerokaan angkasa lepas

10
Penerokaan Angkasa Lepas Angkasa merupakan ruang yang hampir kosong, dan tempat semua objek di alam semesta bergerak. Kawasan angkasa daripada bumi bermula sekitar 95 kilometer di atas bumi. Sebenarnya, angkasa lepas tidaklah kosong sama sekali, ini kerana ruang tersebut mengandungi zarah udara dan juga debu angkasa dan sekali sekala terdapat ketulan jirim logam atau batu yang dikenali sebagai meteoroid. Pada hari ini terdapat beribu-ribu kapal angkasa yang terdapat di ruang angkasa dikenali sebagai satelit artifisal. Penjelajahan angkasa melibatkan cabaran teknikal yang besar. Kapal angkasa perlu dilancarkan pada halaju tertentu agar kapal angkasa yang membawa anak kapal boleh memperlahankan dan mendarat dengan selamat. Mengatasi graviti menjadi masalah besar bagi misi ke angkasa lepas. Ini kerana graviti menyebabkan semua benda dibumi mempunyai berat dan bebas untuk jatuh ke bawah. Maka roket berkuasa tinggi yang dikenali sebagai pelancar, membantu kapal angkasa untuk mengatasi graviti. Pada tahun 1903, seorang guru matematik di sekolah tinggi, Konstantin Tsiolkovsky (1875-1935) telah menerbitkan karya ilmiah pertama yang serius pada penjelajahan ke ruang

Upload: achett-amid

Post on 25-Nov-2015

96 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Penerokaan Angkasa Lepas

Angkasa merupakan ruang yang hampir kosong, dan tempat semua objek di alam semesta bergerak. Kawasan angkasa daripada bumi bermula sekitar 95 kilometer di atas bumi. Sebenarnya, angkasa lepas tidaklah kosong sama sekali, ini kerana ruang tersebut mengandungi zarah udara dan juga debu angkasa dan sekali sekala terdapat ketulan jirim logam atau batu yang dikenali sebagai meteoroid. Pada hari ini terdapat beribu-ribu kapal angkasa yang terdapat di ruang angkasa dikenali sebagai satelit artifisal. Penjelajahan angkasa melibatkan cabaran teknikal yang besar. Kapal angkasa perlu dilancarkan pada halaju tertentu agar kapal angkasa yang membawa anak kapal boleh memperlahankan dan mendarat dengan selamat. Mengatasi graviti menjadi masalah besar bagi misi ke angkasa lepas. Ini kerana graviti menyebabkan semua benda dibumi mempunyai berat dan bebas untuk jatuh ke bawah. Maka roket berkuasa tinggi yang dikenali sebagai pelancar, membantu kapal angkasa untuk mengatasi graviti. Pada tahun 1903, seorang guru matematik di sekolah tinggi, Konstantin Tsiolkovsky (1875-1935) telah menerbitkan karya ilmiah pertama yang serius pada penjelajahan ke ruang angkasa. Kemudian pada tahun 1912, Robert Esnault-Pelterie telah menerbitkan sebuah nota kuliah tentang teori roket dan penjelajahan ke ruang antara planet. Beliau berdikari membuktikan persamaan roket Tsiolkovsky's, membuat kiraan asas tentang tenaga yang diperlukan untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke Bulan dan planet-planet, dan beliau mencadangkan penggunaan tenaga atom (misalnya radium) untuk menjana kuasa jet. Penjelajahan angkasa telah bermula pada 4 Oktober 1957. Ketika itu, Kesatuan Soviet melancarkan Sputnik iaitu satelit artifisial yang pertama mengelilingi bumi manakala penerbangan kendalian manusia pertama ke angkasa telah dilancarkan pada 12 April 1961 oleh Yuri Gagarin. Yuri merupakan seorang kosmowan Soviet telah mengorbit bumi dengan kapal angkasa Vostok. Penerbangan tersebut mengambil masa selama 108 minit. Sejak itu pelbagai prob angkasa telah mengembangkan pengetahuan kita tentang angkasa lepas, planet dan bintang.

Kesemua planet termasuk Bumi beredar mengelilingi Matahari dalam orbit masing-masing. Selain bumi, alam semesta kita juga terdiri daripada beberapa planet dan matahari sebagai bintang.Planet didalam sistem suria kita adalah terdiri pada 8 buah planet yang kita boleh kategorikan sebagai planet bumian dan planet bergas.Planet bumian atau pun teresterial adalah planet yang mempunyai tanah dan seakan-akan planet yang fizikalnya seperti bumi. Planet kebumian,planet terestrialatauplanet telurik ,planet bebatuanatauplanet dalamadalahplanetyang sebahagian besar terdiri atasbatusilikat. planet kebumian adalah planet-planet terdekat dengan matahari. Istilahterestrialatautelurikberasal daribahasa LatinuntukBumi(TerradanTellus), atau pun"mirip Bumi".Planet bumian pada dasarnya berbeza dariplanet gas, yang mungkin tidak memiliki permukaan yang padat dan sebahagian besarnya terdiri dari kombinasihidrogen,helium, dan airyang ada dalam pelbagaibentuk manakala planet bergas yang dikenali sebagai jovian merupakan planet yang terdapatnya gas ,dan debu.Bentuk fizikal planet ini lebih besar daripada planet bumian.Planet Jovianatauplanet raksasa adalah planet yang berukuran besar dan komposisinya mirip dengan Juiter yang terdiri dari gas hydrogen. Antara planet yang digolongkan di dalam planet Jovian adalah Jupiter, Saturn, Uranus, dan Neptune.

Prob angkasa lepas

Mariner 2. Ia terbang sejauh 35,000km dari Zuhrah pada disember 1962. Suhu permukaan Zuhrah lebih 400oC (Rubaidin Siwar, 1994). Menjelang tahun 1975, proba telah berjaya mengambil gambar jarak dekat semua deretan planet sehingga ke Mustrari

Prob ke utarid Mariner 10 adalah proba pertama melawat Utarid dan menghantar permukaannya, ia dilancarkan pada bulan bulan November 1973 dan melewati planet tersebut sebanyak 3 kali di antara Mac 1974 dan Mac 1975. Seluruh permukaan dipenuhi kawah gunung berapi tetapi tidak terdapat laut besar atau maria sebagaimana yang terdapat di bulan .

Prob ke zuhrah Sebelum Mariner 10 sampai ke Utarid, ia terlebih dahulu telah sampai ke Zuhrah. Ia kemudian menggunakan graviti Zuhrah untuk melencong masuk ke orbit Utarid .

Prob ke Marikh Mariner 4 adalah yang mula mula terbang melewati planet Marikh itu pada bulan Julai 1965 Ia berada sejauh 9 000km dari Marikh dan menghantar balik beberapa keping gambar menunjukkan permukaan yang penuh dengan kawah gunung berapi dan melaporkan adanya kesan atmosfera Marikh hanya ada dua satelit, atau dua bulan iaitu Phonos dan Deimos. Pada bulan November 1971, Marikh mendapat bulan ketiga iaitu proba AS, Mariner 9

Prob ke musytari Pioneer 10 adalah yang mula-mula terbang melewat Musytari pada bulan Disember 1973. Beratnya 260kg, perjalanan ke Musytari mengambil masa dua tahun, sejauh 1 000juta km, jarak paling dekat antara proba dan planet tersebut ialah ialah 130 000 km, pada jarak itu ia mengambil sukatan dan gambar planet itu. Roket telah digunakan sejak dahulu lagi tetapi tidak digunakan untuk tujuan meneroka angkasa lepas sehingga ahli astronomi mencadangkan penggunaan roket untuk ke angkasa lepas. Orang Cina telah menggunakan roket bahan api dalam peperangan sejak 800 tahun dahulu. Roket yang sempurna kemudiannya dicipta oleh orang Jerman dalam perang dunia kedua. Teknik ini kemudiannya telah digunakan oleh ahli sains Amerika Syarikat dan Russia untuk melancarkan roket ke angkasa lepas. Sejak itu persaingan penerokaan angkasa lepas yang hebat telah berlaku di antar kedua - dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Russia. Roket - roket yang awal tidak membawa manusia dan dipandu melalui kawalan di Bumi. Penerokaan angkasa lepas bermula dengan menetapkan satelit buatan manusia di angkasa Bumi. Ini diikuti oleh penghantaran prob - prob ke Bulan dan planet - planet yang berdekatan dengan Bumi. Binatang dan manusia kemudiannya dihantar ke angkasa bersama kapal angkasa. Angkasawan - angkasawan kemudiannya telah berjaya terbang di angkasa dan mendarat di Bulan. Kapal angkasa ulang - alik (space shuttle) iaitu kapal angkasa yang boleh digunakan berualng kali telah dicipta oleh Amerika Syarikat dan telah dilancarkan untuk menjimatkan kos pelancaran. Teleskop Angkasa Hubble mampu mencerap objek yang berada jauh dari sistem suria kita. Teleskop ini sentiasa memberikan imej objek yang baru sehingga sekarang. ISS (International Space Station) yang dijangka siap pada tahun 2006 merupakan sebuah stesen yang boleh menampung kehidupan manusia di luar atmosfera Bumi. Stesen ini dilengkapi dengan kemudahan asas, sebuah penjana elektrik dan makmal angkasa. Saiznya lebih kurang sebuah padang bola sepak apabila siap. Stesen ini mengorbit Bumi setiap 90 minit dengan kelajuan 27 000 kilometer per jam (27 000 km/j) dan ketinggian sebanyak 400 kilometer dari atmosfera Bumi. Malaysia mengorak langkah menjelajah angkasa pada 10 Oktober2007dengan menaikiSoyuz TMA-11yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa(ISS). Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha(merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas. Angkasawan negara menjalankan penyelidikan sains hayat ke atas sel, bakteria dan protein. Dua jenis sel kanser akan diselidiki iaitu sel HepG2 (barah hati) dan sel Jurkat (leukemia) selain dua jenis bacteria iaitu Helicobacter Pylori dan Acnetobacter. Dua jenis protein yang berbentuk kristal dikenal pasti bagi tujuan penyelidikan iaitu Thermostable Lipase dan Cold Active Lipase.

Penerokaan angkasa lepas atau penerokaan jagat raya memang banyak memberi manfaat terhadap perkembangan sains dan teknologi. Kejayaan negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat dan Rusia banyak bergantung kepada kemampuan mereka untuk menghasilkan teknologi moden terutamanya yang berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas. Keadaan ini menyebabkan negara-negara lain terutama China dan Jepun serta India turut berusaha memajukan teknologi angkasa lepas mereka. Sememangnya banyak impak positif yang dihasilkan oleh penerokaan angkasa lepas terhadap kehidupan manusia. Impak positif yang ketara ialah penerokaan angkasa lepas telah memajukan bidang teknologi maklumat terutama yang berkaitan dengan teknologi internet. Penghasilan lebih banyak satelit di ruang angkasa bumi telah memudahkan perhubungan atau komunikasi tanpa batasan sempadan diwujudkan.Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat ini menjadikan bidang komunikasi,keselamatan dan pertahanan semakin berkembang maju selaras dengan kemajuan penerokaan angkasa lepas itu.Jelaslah, teknologi angkasa lepas menyebabkan bidang teknologi maklumat manusia menjadi lebih baik dan moden. Malah aktiviti penerokaan yang berani ini berupaya meninggikan kemampuan teknologi pemantauan manusia sejagat pula. Penggunaan satelit dan kapal angkasa menjadikan gambar-gambar lebih mudah diambil dan dirakam dari sudut yang lebih baik dan sesuai. Semua hasil gambar ini memudahkan ahli saintis untuk membuat ramalan tentang keadaan geografi dan juga membantu merancang manusia untuk menjalankan projek pembangunan dengan lebih mesra alam lagi. Pada masa yang sama,teknologi moden ini boleh digunakan juga untuk memantau perubahan cuaca dan kadar pencemaran alam dengan lebih menyeluruh.Sesungguhnya,teknologi pemantauan manusia menjadi lebih mudah dan berkembang dengan adanya usaha-usaha menjalankan penerokaan angkasa lepas itu. Malahan,industri teknologi robotik turut berkembang selain dengan usaha meneroka angkasa lepas ini. Kebanyakan peralatan teknologi yang dihantar ke angkasa lepas atau kawasan ruang udara bumi dikawal oleh robot atau peranti kawalan. keadaan ruang angkasa yang begitu bahaya dan sukar dirmal menyebabkan robot lebih sesuai digunakan berbanding dengan manusia. Semua tindakan menggunakan robotik ini boleh memberikan satu tafsiran awal akan keperluan untuk mewujudkan koloni manusia di angkasa lepas pula. Maka teknologi robotik manusia juga akan mengalami perubahan drastik kerana usaha penerokaan angkasa lepas memerlukan penggunaan robotik yang begitu banyak. Selain itu,pelbagai ujikaji atau kajian sains boleh dijalankan menerusi usaha penerokaan angkasa lepas itu. Para saintis sudah mula membuat kajian tentang kesan graviti terhadap manusia di luar angkasa bumi terutama aspek ketumpatan tulang dan kadar kehilangan jisim tulang manusia. Penerokaan angkasa lepas memberikan satu platform untuk melakukan pelbagai kajian yang boleh memberikan pengetahuan baru kepada manusia tentang sains pula. Konklusinya, segala jerit payah meneroka angkasa lepas itu bukanlah sesuatu yang membazir. Pelbagai dapatan kajian sains akan memberikan kita suatu informasi yang berguna dan menyedarkan kita bahawa semakin banyak maklumat yang kita ketahui tentang angkasa lepas semakin banyak manfaat untuk manusia. Tegasnya, usaha penerokaan angkasa lepas ini perlu diteruskan tanpa sebarang sekatan lagi.