penerbitan filem patriotisme di malaysia: isu dan...

8
Proceeding of the 4 th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017) e-ISBN: 978-967-2122-15-9 568 Penerbitan Filem Patriotisme di Malaysia: Isu dan Cabaran MOHD DALY DAUD Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected] MD. ROZALAFRI JOHORI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected] NURSYAMIMI HARUN Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected] ABSTRAK Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam usaha menyemai dan menerapkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat di Malaysia. Filem dianggap sebagai salah satu agen yang bertanggungjawab untuk membawa mesej patriotik ini. Setiap kali menjelang sambutan hari kemerdekaan dan Hari Malaysia, filem-filem patriotisme akan ditayangkan bagi memperlihatkan kesungguhan stesen-stesen TV di negara ini untuk menyuburkan semangat patriotik kepada rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, filem-filem patriotisme yang ditayangkan merupakan filem-filem yang sama di mana penonton sudah hafal jalan ceritanya lantaran menonton filem-filem serupa saban tahun. Justeru, kertas kerja konsep ini cuba memfokuskan hasil tinjauan literatur yang menjelaskan isu serta cabaran yang dihadapi pembikin filem di Malaysia dalam menerbitkan filem berunsur patriotik di negara ini. Dimensi yang difokuskan dalam kertas kerja ini adalah dari sudut permasalahan yang dihadapi pembikin filem dalam usaha menerbitkan filem bergenre patriotik ini. Kata Kunci: Filem Patriotisme, Patriotisme, Patriot PENDAHULUAN Perpaduan yang wujud hasil sikap toleransi antara kaum di negara ini membolehkan kestabilan dalam politik, ekonomi dan sosial dikecapi sejak dari kemerdekaan negara pada 31 Ogos, 1957 hingga ke hari ini. Shamsul Amri (2014) menegaskan bahawa intipati semangat patriotisme dan nasionalisme akhirnya ialah perpaduan yang selanjutnya menatijahkan keadaan yang aman damai yang dapat melahirkan suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik. Keadaan ini membolehkan rakyat daripada pelbagai etnik dapat hidup bersama dalam suasana aman dan bebas daripada konflik kekerasan etnik yang kerap dan berpanjangan. Manisfestasi atau menjelaskan perasaan cintakan negara seringkali dijelmakan melalui pelbagai cara bagi melahirkan pembabitan atau sumbangan warga masyarakat dalam proses pembangunan negara. Di Malaysia, manifestasi ini jelas terpancar setiap kali menjelang

Upload: dangtram

Post on 08-Feb-2018

282 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penerbitan Filem Patriotisme di Malaysia: Isu dan Cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 053.pdf · Isu dan Cabaran MOHD DALY DAUD Kolej ... cuba memfokuskan hasil

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

568

Penerbitan Filem Patriotisme di Malaysia:

Isu dan Cabaran

MOHD DALY DAUD

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]

MD. ROZALAFRI JOHORI

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]

NURSYAMIMI HARUN

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]

ABSTRAK

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam usaha menyemai dan menerapkan

semangat patriotik dalam kalangan rakyat di Malaysia. Filem dianggap sebagai salah satu

agen yang bertanggungjawab untuk membawa mesej patriotik ini. Setiap kali menjelang

sambutan hari kemerdekaan dan Hari Malaysia, filem-filem patriotisme akan ditayangkan

bagi memperlihatkan kesungguhan stesen-stesen TV di negara ini untuk menyuburkan

semangat patriotik kepada rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, filem-filem patriotisme

yang ditayangkan merupakan filem-filem yang sama di mana penonton sudah hafal jalan

ceritanya lantaran menonton filem-filem serupa saban tahun. Justeru, kertas kerja konsep ini

cuba memfokuskan hasil tinjauan literatur yang menjelaskan isu serta cabaran yang dihadapi

pembikin filem di Malaysia dalam menerbitkan filem berunsur patriotik di negara ini.

Dimensi yang difokuskan dalam kertas kerja ini adalah dari sudut permasalahan yang

dihadapi pembikin filem dalam usaha menerbitkan filem bergenre patriotik ini.

Kata Kunci: Filem Patriotisme, Patriotisme, Patriot

PENDAHULUAN Perpaduan yang wujud hasil sikap toleransi antara kaum di negara ini membolehkan

kestabilan dalam politik, ekonomi dan sosial dikecapi sejak dari kemerdekaan negara pada 31

Ogos, 1957 hingga ke hari ini. Shamsul Amri (2014) menegaskan bahawa intipati semangat

patriotisme dan nasionalisme akhirnya ialah perpaduan yang selanjutnya menatijahkan

keadaan yang aman damai yang dapat melahirkan suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi

dan sosial yang baik. Keadaan ini membolehkan rakyat daripada pelbagai etnik dapat hidup

bersama dalam suasana aman dan bebas daripada konflik kekerasan etnik yang kerap dan

berpanjangan.

Manisfestasi atau menjelaskan perasaan cintakan negara seringkali dijelmakan melalui

pelbagai cara bagi melahirkan pembabitan atau sumbangan warga masyarakat dalam proses

pembangunan negara. Di Malaysia, manifestasi ini jelas terpancar setiap kali menjelang

Page 2: Penerbitan Filem Patriotisme di Malaysia: Isu dan Cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 053.pdf · Isu dan Cabaran MOHD DALY DAUD Kolej ... cuba memfokuskan hasil

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

569

tarikh keramat hari kemerdekaan negara yang disambut pada 31 Ogos dan Hari Pembentukan

Malaysia pada 16 September setiap tahun.

Bagi agensi kerajaan, pelbagai persiapan diatur bagi sambutan ulang tahun kedua-dua tarikh

keramat ini sebagai tanda simbolik menzahirkan semangat dan jiwa patriotik dalam kalangan

warga kerjanya. Lain pula halnya dengan stesen-stesen televisyen (TV) di negara ini.

Sebagai stesen penyiar, tanggungjawab mereka dirasakan amat penting dalam menyemai

serta memupuk semangat cintakan tanah air kepada seluruh warga Malaysia. Rancangan-

rancangan khas berupa drama, dokumentari, majalah dan bual bicara diterbitkan khas bagi

menyuntik isi hati dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara ini. Begitu

juga dengan tayangan pelbagai jenis filem berunsur patriotik tanah air, turut dimuatkan di

kaca TV bagi mengisi dan menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan.

PATRIOTISME Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang bermaksud fellow

countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country, iaitu

tanah air atau negara (Billig, 1995; Griffin, 2005). Menurut Abd. Rahim (1999), patriotisme

pada umumnya boleh dikaitkan dengan semangat, perasaan, sikap, kesedaran, idealisme yang

menyentuh soal-soal kebangsaan, kenegaraan, tanggungjawab, perjuangan, pengorbanan,

kecintaan, kesetiaan, ketahanan diri dan sumbangan warganegara terhadap negara bangsa dan

agama. Archard (1999) mendefinisikan patriotisme sebagai perasaan cinta yang kuat terhadap

tanah air iaitu individu yang sanggup berkorban demi tanah air tercinta.

Menurut Curtis (1946) patriotisme merupakan satu perasaan bangga dan cintakan negara di

samping bersedia untuk berkorban apa sahaja demi kepentingan negara. Takrif yang sama

turut dikongsi oleh Ku Hasnita (2007) menegaskan patriotisme sebagai satu tindakan yang

bersumberkan emosional, iaitu cinta dan setia kepada negara sehingga sanggup melakukan

apa sahaja demi negara. Patriotisme juga membawa erti fahaman atau pegangan serta

kepercayaan yang menggabungkan individu, kelompok dan wilayah di mana kelompok

tersebut menghuni. Ianya juga melibatkan slogan dan simbol yang mencetuskan pengaruh

yang kuat terhadap tingkahlaku manusia. Ianya sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan

kecintaan seseorang terhadap negaranya sendiri. Seseorang dianggap patriot apabila

tindakannya berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nordin, 2003). Manakala

Muhamad Ali (2009), menegaskan bahawa kecintaan kepada negara bukan hanya setakat

ungkapan di bibir semata-mata atau hanya bersifat simbolik seperti menghormati simbol-

simbol negara seperti pemimpin, lagu dan bendera sahaja. Malah lebih dari itu kecintaaan

kepada negara boleh ditunjukkan dengan pelbagai cara. Oleh itu, apa-apa sahaja yang kita

lakukan demi untuk negara boleh sahaja dianggap sebagai patriotisme.

FILEM PATRIOTISME DI MALAYSIA Filem merupakan antara media yang popular di Malaysia dan telah menjadi satu industri

besar di Malaysia. Menurut Juliana dan Mahyuddin (2009) industri filem Malaysia adalah

salah satu cabang institusi dominan yang popular di Malaysia yang secara tidak langsung

memuat dan mengagihkan nilai-nilai dan pandangan-pandangan tertentu dalam masyarakat.

Industri filem tidak boleh disalahertikan sebagai institusi hiburan semata-mata, sebaliknya

perlu dilihat sebagai suatu institusi yang sarat dengan ideologi-ideologi tertentu.

Page 3: Penerbitan Filem Patriotisme di Malaysia: Isu dan Cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 053.pdf · Isu dan Cabaran MOHD DALY DAUD Kolej ... cuba memfokuskan hasil

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

570

Asiah et. al (1996) mentakrifkan filem sebagai imej yang terhasil dalam bentuk visual

bergerak yang mengandungi unsur-unsur penceritaan yang ditulis dalam bentuk dialog, visual

dan bunyi, yang kemudiannya dirakamkan menggunakan kamera, diolah dengan

menggunakan pelbagai kaedah teknikal dan digarap menjadi hasil karya seni, yang

mempunyai pelbagai kepentingan dan matlamat untuk dipamerkan secara tayangan di

panggung-panggung wayang dan televisyen.

Ku Seman (2003) berpendapat filem adalah medium yang membawa cerita kepada penonton.

Pembikinan filem adalah seni menterjemah elemen teks ke lakon layar. Jill (2007) pula

menyatakan bahawa filem adalah medium yang indah dan luar biasa yang telah menjadi

terlalu biasa. Walaupun khalayak terkejut dengan jalan cerita dan plot, namun mereka

menjangkakan bahawa filem akan menghasilkan gambar dan jalan cerita yang bagus dengan

menghidupkan watak-watak lakonan. Salasiah dan Muhamad Kasim (2014) turut

menyatakan bahawa filem merupakan salah satu unsur hiburan yang terdapat di negara ini.

Pelbagai genre filem dipertontonkan kepada masyarakat Malaysia sejak dahulu hingga kini.

Dalam erti kata lain, filem merupakan satu alat penyampaian mesej secara audio dan visual.

Filem turut digambarkan sebagai cerminan budaya sosial masyarakat dan memberi impak

besar dalam kehidupan masyarakat. Filem bukan sahaja digunakan sebagai alat propaganda

malah turut dijadikan agen untuk memartabatkan sistem sosial sesuatu bangsa mahupun

untuk kepentingan agama dan warisan budaya. Justeru, tidak hairanlah jika pengkarya dan

pembikin filem sentiasa mencari kelainan dalam karya mereka untuk dipertontonkan kepada

masyarakat. Pelbagai genre filem dihasilkan demi memenuhi selera penonton yang pelbagai

ragam. Hal ini bukan sahaja terjadi di negara ini, malah turut dirasai oleh karyawan filem

antarabangsa. Sebagai cabang media, filem juga boleh mengkomunikasikan nilai kepada

masyarakat. Ini membuktikan bahawa kemunculan filem merupakan satu budaya teknologi

pada akhir abad ke-19 yang telah memberi kesan kepada kumpulan pengeluar budaya,

institusi dan penonton pada masa itu (Janet, 2002).

Umum mengetahui bahawa filem merupakan satu wadah penyampaian maklumat kepada

penonton. Sebagaimana fungsi komunikasi, filem juga berfungsi untuk memberi maklumat,

mendidik dan menghiburkan penonton tanpa mengira sempadan umur, agama, budaya dan

bangsa. Filem dilihat sebagai medium yang ampuh untuk menyemai semangat patriotik

dalam kalangan rakyat sesebuah negara. Layar perak ini cukup penting untuk diangkat

menjadi agen menyubur semangat patriotik dalam kalangan warga Malaysia khususnya.

Secara tidak langsung, filem patriotisme ini mampu menyemai dan menyampaikan mesej

cintakan negara. Jasa-jasa pejuang negara wajar diabadikan dan dikenang oleh generasi akan

datang.

Terdapat pelbagai genre filem yang dihasilkan oleh karyawan filem tempatan. Namun, dalam

keghairahan pengkarya kita menerbitkan filem bercorak cinta, komedi dan seram yang lebih

mendatangkan pulangan, filem patriotisme seolah-olah dipinggirkan. Penerbitan filem

patriotisme ini jauh lebih awal diterbitkan bagi memupuk semangat cintakan tanah air dan

yang lebih penting lagi untuk membangkitkan semangat juang mendapatkan kemerdekaan

tanah air. Filem Seruan Merdeka arahan B.S. Rajhans yang diterbitkan pada tahun 1947

secara jelas menunjukkan kebencian masyarakat terhadap pendudukan tentera Jepun semasa

Perang Dunia Kedua dahulu. Begitu juga dengan filem Sarjan Hassan yang diarahkan oleh

pengarah dari Filipina, Lamberto Avellana pada tahun 1958 turut berlatar belakangkan

pendudukan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Pada tahun yang sama, sebuah lagi

filem patriotisme berjudul Matahari terbitan Malay Film Production Ltd. telah ditayangkan.

Page 4: Penerbitan Filem Patriotisme di Malaysia: Isu dan Cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 053.pdf · Isu dan Cabaran MOHD DALY DAUD Kolej ... cuba memfokuskan hasil

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

571

Filem ini turut membawakan kisah kekejaman tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua

dahulu.

Jadual 1: Senarai Filem Patriotik Di Malaysia

BIL TAHUN JUDUL FILEM PENGARAH

1 1947 Seruan Merdeka B.S Rajhans

2 1958 Sarjan Hassan Lamberto Avellana

3 1958 Matahari Ramon A. Estella

4 1979 Prebet Lapok Aziz Satar

5 1981 Bukit Kepong Jins Shamsuddin

6 1983 Darah Satria Aziz Satar

7 1984 Matinya Seorang Patriot Rahim Razali

8 1987 Wira Angkasa Aziz Jaafar

9 2000 Leftenan Adnan Aziz M. Osman

10 2002 Embun Erma Fatima

11 2003 Paloh Adman Salleh

12 2007 Hati Malaya 1957 Shuhaimi Baba

13 2012 Tanda Putera Shuhaimi Baba

14 2015 Bravo 5 M. Hitler Zami

15 2015 Kapsul Martias Mohd Ali

16 2016 Ola Bola Chiu Keng Guan

17 2017 Kanang anak Langkau Badarudin Azmi

18 2017 Malay Regiment Jurey Latiff Rosli

Sehingga tahun 2017 ini, sebanyak 18 filem yang boleh dikategorikan sebagai filem

patriotisme telah diterbitkan oleh karyawan filem termpatan (Lihat jadual 1). Berbanding

genre filem-filem yang lain, jumlah ini amat sedikit jika dibandingkan dengan usia

kemerdekaan negara yang kini mencecah 60 tahun. Di manakah silapnya? Adakah filem-

filem berunsur patriotik ini sukar untuk diterbitkan? Mengapa penerbit filem hari ini begitu

takut untuk menerbitkan filem-filem pengorbanan bangsa? Persoalan-persoalan inilah yang

sering terbayang difikiran kita setiap kali melihat filem yang sama diputarkan di kaca TV

apabila tiba hari kemerdekaan setiap tahun.

Industri seni kita ketandusan filem berunsur patriotik. Itu adalah fakta yang tidak boleh

dinafikan. Dan ia juga satu subjek yang sering dibangkitkan setiap kali memasuki bulan

kemerdekaan (Utusan Online 31 Ogos 2016). Namun, ramai yang tidak menyedari, penonton

kini sentiasa disogok dengan filem ringan yang lebih tertumpu kepada karya bercorak

komersial. Dalam keghairahan penggiat seni mencipta karya, mungkin mereka terlupa untuk

menghasilkan filem-filem yang boleh membawa masyarakat kepada perasaan jati diri atau

kecintaan kepada bangsa dan negara. Tidak salah sekiranya ada yang berpendapat, filem-

filem berunsur patriotik yang mengangkat fragmen sejarah negara semakin hilang di telan

zaman. Namun, jika diteliti, filem bercorak sejarah ini sebenarnya sukar mendapat tempat di

hati penonton, malah sambutan dari segi kutipan juga amat mengecewakan (Akmaliah, 2013).

Apakah makna patriotik kepada penonton filem tempatan? Persoalan ini timbul apabila

beberapa filem yang berunsur patriotik yang mengangkat fragmen-fragmen sejarah negara

tidak mendapat sambutan (Wanda, 2007).

Kos Penerbitan Tinggi

Tidak dinafikan, kos penerbitan filem bercorak sejarah dan patriotisme ini agak tinggi malah

mencecah jutaan ringgit. Peruntukan yang tinggi perlu dibelanjakan untuk setiap peringkat

produksi bagi membuat set, prop, pakaian, menempah peralatan penggambaran seterusnya

penyuntingan dan promosi filem. Menyedari pembikinan filem patriotik ini memerlukan dana

Page 5: Penerbitan Filem Patriotisme di Malaysia: Isu dan Cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 053.pdf · Isu dan Cabaran MOHD DALY DAUD Kolej ... cuba memfokuskan hasil

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

572

yang besar, peruntukan yang sewajarnya perlu disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu

penerbit filem menerbitkan filem bercorak patriotik di negara ini dan bukannya dari kantung

penerbit filem semata-mata. Perkara ini turut mendapat perhatian daripada pengarah filem

terkenal Shuhaimi Baba yang mencadangkan agar pihak kerajaan memberikan geran penuh

kepada penerbit yang ingin menerbitkan filem patriotik ini. Sebelum ini kerajaan hanya

memberi geran separuh dengan alasan ia berisiko tinggi. Pemberian geran penuh ini mampu

untuk menggalakkan pihak penerbit untuk menerbitkan filem seperti ini. (Wanda, 2007).

Pelaburan Berisiko

Soal kutipan tiket yang begitu mengecewakan turut menjadi cabaran utama mengapa penerbit

filem negara ini sukar untuk menerbitkan filem patriotik. Dengan perbelanjaan besar yang

harus dikeluarkan, adalah tidak menghairankan jika penerbit filem di negara ini serik untuk

menerbitkan filem patriotik kerana jelas sambutan yang diterima daripada penonton tidak

memberangsangkan. Tiada penerbit yang mahu rugi dalam menerbitkan sesuatu filem.

Contoh terbaharu ialah filem Malay Regiment terbitan World Evolution Brain Sdn Bhd.

Menurut akhbar Harian Metro bertarikh 31 Ogos 2017, filem arahan Datuk Jurey Latiff Rosli

ini menelan belanja RM2.5 juta untuk diterbitkan dan filem ini turut menerapkan 30 peratus

teknik Imej Janaan Komputer (CGI). Pelaburan untuk filem ini agak besar dan pastinya

pihak penerbit mengharapkan pulangan yang setimpal dengan perbelanjaan yang telah

dilaburkan. Namun setelah 17 hari ditayangkan, filem patriotik ini hanya berjaya

memperolehi RM 60,060.06. Inilah hakikat dan dilema yang harus ditelan oleh penerbit

filem patriotik di Malaysia.

Ironiknya filem-filem yang mengutarakan isu-isu kecil dan remeh-temeh mencatatkan

kutipan yang besar. Sebagai pemodal, produser tentu tidak mahu mengambil risiko

menerbitkan filem yang menerapkan elemen patriotik. Sebaliknya filem begini diterbitkan

oleh kerajaan atau menggunakan pinjaman daripada kerajaan. (Wanda, 2007). Apakah orang

kita memang hanya mahu berhibur dengan kisah-kisah kosong, untuk tidak memberatkan

kepala atau belayar ke kisah cinta melankolik semata-mata? Kita tidak boleh salahkan

penerbit apabila langsung tidak ada filem berkonsep patriotik pada tahun ini dalam tayangan

di pawagam. Jika buat filem untuk rugi, siapa yang sanggup serah diri ‘ke tali gantung’

sebegitu sahaja? Bagaimanapun, peliknya, apabila dihidangkan filem patriotik dan sejarah

dari luar negara, kita menjadi penyokong tegar tanpa soal (Utusan Online 31 Ogos 2016).

Skrip Yang Tidak Mantap

Penerbitan filem patriotik memerlukan skrip yang benar-benar mantap untuk direalisasikan di

layar perak. Justeru, peranan penulis skrip dalam menerbitkan filem patriotik ini tentunya

tidak boleh dikesampingkan. Persoalannya ialah adakah penulis skrip di negara ini sudah

ketandusan idea untuk menulis skrip filem patriotik?

Filem-filem Hollywood seperti Black Hawk Down, Independance Day, Saving Private Ryan,

Forrest Gump, Apollo 13 dan Rocky IV, adalah antara filem yang menampilkan jiwa

kenegaraan yang tinggi dan mengangkat nilai patriotik. Unsur patriotik itu disadur dengan

baik menerusi jalan cerita fiksyen yang menyentuh hati serta penggunaan teknologi dalam

filem yang terkini. Tarikan sebegini membuatkan filem berunsur patriotik ini mampu

diterima semua dan masih mendapat tempat di hati penonton sehingga kini. Filem tempatan

nampaknya masih lagi belum mencapai ke tahap ini (Wanda, 2007).

Untuk menjadikan sesuatu filem itu menarik dan berkredibiliti, penulis skrip perlu banyak

membuat rujukan dan penyelidikan agar fakta yang dipaparkan tepat dan boleh

Page 6: Penerbitan Filem Patriotisme di Malaysia: Isu dan Cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 053.pdf · Isu dan Cabaran MOHD DALY DAUD Kolej ... cuba memfokuskan hasil

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

573

dipertanggungjawabkan. Mohd Daly et al. (2015) menyatakan masalah kurang kajian atau

penyelidikan terhadap sesuatu topik yang cuba ditonjolkan penulis skrip adalah sesuatu yang

serius. Penulis skrip tidak boleh membuat kesimpulan berdasarkan pengamatannya sahaja.

Mereka perlu mendepani masalah ini dengan mengalaminya sendiri. Inilah pentingnya

penyelidikan. Asiah Sarji et al. (1997) dalam kajiannya mendapati bahawa penulis skrip sedar

dan faham tentang perlunya penyelidikan untuk menyiapkan sesebuah skrip. Melalui

penyelidikan temubual mendalam, responden mengakui bahawa memang ada penyelidikan

diadakan apabila keadaan memerlukannya namun dilakukan tidak begitu mendalam dan tidak

seteliti seperti sepatutnya kerana kesuntukan masa.

Umum mengetahui tugas penulis skrip adalah menulis naskhah untuk diterbitkan. Namun,

tidak ramai yang menyedari, tugas penulis skrip bukan sekadar menulis skrip malah lebih

daripada itu turut membuat penyelidikan agar skrip yang ditulis betul selain mampu

memaparkan jalan cerita yang menarik. Menulis jalan cerita yang menarik memerlukan masa

yang agak panjang kerana perlu disulami dengan penyelidikan bagi menentukan fakta yang

ditulis sahih agar tidak dipertikaikan oleh penonton. Penonton hari ini sudah cerdik untuk

menebak fakta sejarah kerana maklumat kini boleh diperolehi di hujung jari. Justeru, jangan

lagi disalahkan kepada penonton setiap kali filem yang ditayangkan gagal dipasaran. Ini

kerana penonton yang mengkritik adalah penonton yang ambil peduli dan patriotik.

KESIMPULAN Walau apa jua alasannya, penerbitan filem-filem patriotik di negara ini perlu diteruskan oleh

penerbit filem tempatan. Usaha murni ini tidak boleh berhenti kerana ia adalah satu bentuk

tanggungjawab sosial yang perlu diutamakan dalam membentuk jiwa patriotik dan jati diri

masyarakat negara ini. Syabas diucapkan kepada penerbit filem yang berani tampil

mengambil risiko untuk menerbitkan filem-filem patriotik di negara ini. Anggaplah kritikan

yang dilemparkan sebagai cabaran untuk menerbitkan filem-filem patriotik yang lebih baik

dan bermutu pada masa akan datang. Kepakaran yang ada wajar dimanfaatkan untuk

perpaduan dan kemakmuran negara. Kalau tidak anda yang menerbitkan, siapa lagi…

Rujukan:

Abd. Rahim Abd Rashid (1999) Pendidikan Sejarah: Falsafah, Teori dan Amalan. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Amirul Haswendy Ashari (2017) Mengenang 11 Wira Negara.

https://www.hmetro.com.my/rap/2017/08/259319/mengenang-11-wira-negara

dicapai 4 Julai 2017

Akmaliah Razak (2013) Filem Sejarah Makin Terpinggir.

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/filem-sejarah-makin-terpinggir-1.144769

dicapai 4 Julai 2017

Archard D.( 1999) Should We Teach Patriotism? (157-173). Netherlands. Kluwer Academic

Publishers.

Asiah Sarji et al. (1996) Pola Pengamalan Profesionalisme dalam Industri Filem Malaysia.

Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS),

Page 7: Penerbitan Filem Patriotisme di Malaysia: Isu dan Cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 053.pdf · Isu dan Cabaran MOHD DALY DAUD Kolej ... cuba memfokuskan hasil

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

574

Billig M (1995) Banal Nationalism. London: Sage Publishers,

Curti, M (1946) The Roots of American Loyalty. London: Colobia University Press

Griffin D (2005) Patriotism And Poetry In Eighteenth-Century Britain. Cambridge:

Cambridge University Press.

Janet Harbord. (2002) Film Cultures. London : SAGE Publicationc Ltd.

Jill, Nelmes (2007) Introduction to Film Studies 4th

Edition. New York: Routledge Taylor &

Francis Group.

Juliana Abdul Wahab, Mahyuddin Ahmad (2009) Filem Box Office dan Ideologi: Satu

Kajian Terhadap Filem-Filem Terpilih di Malaysia. Wacana Seni Journal of Arts

Discourse. Jil./Vol.8. 2009

Kementerian Pendidikan Malaysia (1994) Buku Panduan Program Pengukuhan Pemupukan

Patriotisme Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: KPM.

Ku Hasnita Ku Samsu (2007) Patriotisme di Kalangan Generasi Muda Malaysia: Kajian Kes

Ke Atas Mahasiswa Bukan Melayu di Institusi Pengajian Tinggi. Universiti Malaya.

Malaysian Box Office (2017) http://www.finas.gov.my/en/malaysian-box-office/ dicapai 29

Julai 2017

Mohd Daly Daud, Nursyamimi Harun, & Md. Rozalafri Johori (2015) Isu-Isu Penulisan

Skrip: Masalah Yang Memerlukan Penyelesaian Journal of Management &

Muamalah, Vol. 5, No. 2, 2015

Muhamad Ali Embi (2009) Patriotisme dan Kepercayaan Rakyat di Malaysia (Pertama).

Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Nordin Kardi (2003) Konsep patriotisme. http://www.btn.gov.my/kp.

Salasiah Hanin Hamjah & Muhamad Kasim Mat Yatin (2014) Analisis Unsur Khurafat

dalam Filem Melayu Dari Perspektif Islam. Dlm. Rosmawati Mohamad Rasit,

Salasiah Hanin Hamjah & Muhamad Faisal Ashaari (pnyt.). Dakwah, Media &

Masyarakat

Shamsul Amri Baharuddin (2014) Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Institut Kajian

Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tuan Pah Rokiah, Shamsul Anuar, Zaheruddin (2016) Pembinaan Bangsa Malaysia (1):

Kajian Empirikal Tahap Patriotisme Belia. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian

Journal of Society and Space 12 issue 10 (159 - 170)

Utusan Online (2016) Kontang Filem Patriotik: Tiada Filem Kenegaraan Untuk Sambutan

Merdeka Tahun Ini. http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/kontang-8232-filem-

patriotik-1.376883 dicapai 4 Julai 2017

Page 8: Penerbitan Filem Patriotisme di Malaysia: Isu dan Cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 053.pdf · Isu dan Cabaran MOHD DALY DAUD Kolej ... cuba memfokuskan hasil

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

575

Wanda Idris (2007) Nasib Malang Filem Patriotic.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1118&pub=utusan_malaysia

&sec=hiburan&pg=hi_07.htm&arc=hive dicapai 4 Julai 2017