pene rang an

3
Aktiviti: Anyaman Tajuk : Anyaman Siku Keluang Karya di atas ialah anyaman yang terdapat dalam bidang 4 (Mengenal Kraf Tradisional). Saya hendaklah memberikan markah untuk karya anyaman yang dihasilkan mengikuti rubrik permarkah pendidikan seni Visual. Murid hendaklah menghasilkan anyaman Siku Keluang. Selain itu, dalam rubrik permarkah pendidikan seni visual mementingkan kemahiran yang diuji iaitu pilihan media, perwujudan Idea, gubahan, ketepatan dan Kemasan karya tersebut. Saya hendaklah memberikan markah secara adil dan tepat mengikuti rubrik permarkah Pendidikan Seni Visual. Dari aspek pilihan media dalam menghasilkan anyaman, murid ini mendapat cemerlang. Murid ini menggunakan kertas untuk mengantikan daun mengkuang untuk menganyam. Selain itu, penggunaan kertas lebih memudahkan murid untuk menganyam dengan selamat. Murid ini juga menggunakan media yang sesuai seperti gunting untuk 95 10

Upload: karen-ling

Post on 14-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pene Rang An

Aktiviti: Anyaman

Tajuk : Anyaman Siku Keluang

Karya di atas ialah anyaman yang terdapat dalam bidang 4 (Mengenal Kraf

Tradisional). Saya hendaklah memberikan markah untuk karya anyaman

yang dihasilkan mengikuti rubrik permarkah pendidikan seni Visual. Murid

hendaklah menghasilkan anyaman Siku Keluang.

Selain itu, dalam rubrik permarkah pendidikan seni visual mementingkan

kemahiran yang diuji iaitu pilihan media, perwujudan Idea, gubahan,

ketepatan dan Kemasan karya tersebut. Saya hendaklah memberikan markah

secara adil dan tepat mengikuti rubrik permarkah Pendidikan Seni Visual.

Dari aspek pilihan media dalam menghasilkan anyaman, murid ini mendapat

cemerlang. Murid ini menggunakan kertas untuk mengantikan daun

mengkuang untuk menganyam. Selain itu, penggunaan kertas lebih

memudahkan murid untuk menganyam dengan selamat. Murid ini juga

menggunakan media yang sesuai seperti gunting untuk mengunting ukuran

kertas. Dengan ini, saya memberikan markah 19/20 untuk aspek pilihan

media.

Di samping itu, untuk aspek perwujudan idea dalam menghasilkan anyaman

ialah mengandungi markah 25. Murid ini memang cekap menggunakan

sumber idea yang asli dan kreatif untuk menyampaikan mesaj secara jelas

serta mengaitkan asas seni reka. Selepas menganyam, murid menampalkan

anyaman siku keluang di atas kipas. Ini memang satu idea yang kreatif dan

95

100

Page 2: Pene Rang An

dapat menghiaskan kipas dengan cantik. Dalam karya ini juga ada kaitkan

dengan unsur seni seperti garisan lurus, rupa geometri, jalinan tampak dan

sentuh dan warna. Ia juga ada kaitkan dengan prinsip rekaan iaitu harmoni

dan kontra. Dengan ini, murid ini mendapat markah penuh dalam aspek

perwujuan idea.

Tambahan pula, untuk aspek gubahan mengandungi markah 35. Murid ini

hanya mendapat 33 markah masih dalam golongan cemerlang. Hal ini

demikian, murid ini mencapai apa yang terkandung dalam rubrik permarkah

pendidikan seni visual iaitu dapat mengaplikasikan prinsip rekaan iaitu kontra

dari segi penggunaan warna untuk menganyam dan menerapkan unsur seni

dalam anyaman. Contohnya, menggunakan warna kontra iaitu hijau dan

merah untuk menganyam dan menghasilkan kipas.

Dari aspek ketepatan, murid ini mendapati markah yang penuh iaitu 5

markah. Murid ini memang mengunting tapak anyaman dan jalur sisip

anyaman mengikut ukuran saiz yang ditetapkan dengan tepat dan baik.

Setiap ukuran saiz ialah 1.5 supaya dapat menganyam dengan kemas dan

cantik.

Namun, dari aspek kemasan, murid ini hanya mendapat markah 13/15. Murid

ini tidak dapat mencapai markah penuh kerana tidak memadamkan tanda

pensil yang terdapat di jalur sisip anyaman. Murid ini masih dapat

menganyam siku keluang dengan kemas dan menghiaskan dengan mengikuti

kreativiti iaitu menghasilkan ia menjadi kipas.

Secara keseluruhannya, murid ini dapat markah 95 mengikuti rubrik

permarkah pendidikan seni Visual.