pendirian malaysia terhadap isu antarabangsa

8
PENDIRIAN MALAYSIA TERHADAP ISU ANTARABANGSA (SINGAPURA)

Upload: eiyl-yann-ie

Post on 12-Jan-2016

94 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Isu Antarabangsa

TRANSCRIPT

Page 1: Pendirian Malaysia Terhadap Isu Antarabangsa

PENDIRIAN MALAYSIA TERHADAP ISU ANTARABANGSA(SINGAPURA)

Page 2: Pendirian Malaysia Terhadap Isu Antarabangsa

TUNTUTAN PULAU BATU PUTIH

Page 3: Pendirian Malaysia Terhadap Isu Antarabangsa

Pulau Batu Puteh terletak berhampiran dengan pulau-pulau sekitarnya seperti Batuan Tengah dan Tubir Selatan, yang menjadi subjek utama mengenai pertindihan antara Singapura dan Malaysia.

Page 4: Pendirian Malaysia Terhadap Isu Antarabangsa

SEJARAH PULAU BATU PUTIH

Pulau Batu Puteh (bahasa Portugis: Pedra Branca) merupakan sebuah batu tunggul

yang mempunyai keluasan sebuah padang bola sepak, terletak di Selat Singapura

 yang menghadap ke arah Laut China Selatan. Rumah Api Horsburgh yang terdapat

di tunggul batu ini dibina oleh pihak British pada 1851.

Singapura merujuk ke atas pulau ini sebagai "Pedra Branca" (yang bermaksud "batu

putih" dalam bahasa Portugis). Dinamakan sebagai batu putih kerana terdapat

sekelompok burung camar laut yang mendiami pulau ini pada masa yang lalu.

Page 5: Pendirian Malaysia Terhadap Isu Antarabangsa

TUNTUTAN BERTINDIH

Malaysia memasukkan Pulau Batu Putih dalam sebahagian daripada perairannya berdasarkan peta malaysia yang dikeluarkan pada tahun 1979.

Singapura pula mendakwa Pulau Batu Putih sebahagian daripada miliknya

Kedua- dua negara bersetuju menyelesaikan masalah ini diselesaikan melalui Makhamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 6 November 2007 di The Hague di Belanda.

Malaysia dan singapura melalui melalui menteri luar masing-masing bersetuju menerima apa-apa keputusan ICJ.

Page 6: Pendirian Malaysia Terhadap Isu Antarabangsa

DELIGASI YANG TERLIBAT

MALAYSIA SINGAPURA

Tan Sri Abdul Kadir Mohamad(Ketua) –Penasihat Perdana Menteri

•Tommy Koh-Duta Kelana

Datuk Noor Farida Ariffin-Duta Malaysia ke Belanda

Chao Hick Tin-Peguam Negara

Tan Sri Abdul Gani Patail-Peguam Negara

S.Jayakumar-T.Perdana Menteri Singapura

Page 7: Pendirian Malaysia Terhadap Isu Antarabangsa

MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA (ICJ)

Hujah Malaysia telah diterima dan pemilikan dari segi sejarah sebagai sebahagian dari Johor disahkan, tetapi keputusan mahkamah 16-ahli, dengan majoriti 12-4, kebanyakannya berdasarkan aktiviti Singapura selama 100 tahun terakhir. Selain itu ICJ turut mengambil kira dakwaan Singapura mengenai surat oleh wakil setiausaha Johor pada 1953 kepada kerajaan Singapura mengenai “tiada tuntutan oleh kerajaan Johor berhubung dengan permilikan Pedra Branca”. Hujah Singapura berdasarkan doktrin terra nullius (tanah yang tidak berpenghuni) atau pembinaan rumah api tidak menunjukkan Singapura sebagai tuan asal Batu Puteh, menurut penghakiman ICJ.

Page 8: Pendirian Malaysia Terhadap Isu Antarabangsa

Oleh itu singapura diberi kedaulatan terhadap Pulau Batu Putih manakala Malaysia diberi kedaulatan Batuan Tengah.

Status Tubir Selatan ditetapkan kemudian berdasarkan perairan mana ia terletak.