pendidikan sultanloris peperiksaan akhirpustaka2.upsi.edu.my/eprints/1303/1/hubungan etnik...

12
SULIT SULTAN IDRIS EDUCATION UNIVERSITY UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN lORIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/2016 KOD : HNS2012 KURSUS : HUBUNGAN ETNIK TARIKH: 0 7 JAN 2016 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN 1. Kertas ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab SEMUA soalan dalam borang OMR yang disediakan. 3. Kertas soalan ini akan dikumpul pada akhir peperiksaan. Kertas soalan ini mengandungi 12 muka surat termasuk muka hadapan PROGRAM: TAHUN: KUMPULAN KULIAH : NO. PENDAFTARAN : -------------- NO. KAD PENG ENALAN : ,--I------'--'----'------'-_'----_.__-'-------'--'----'-----'-_ PENSYARAH: __ TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU SULIT

Upload: phamdan

Post on 01-Feb-2018

373 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN SULTANlORIS PEPERIKSAAN AKHIRpustaka2.upsi.edu.my/eprints/1303/1/Hubungan Etnik (HNS2012).pdf · TAHUN: KUMPULANKULIAH: __ NO ... C. Menyebar agama selain Islam kepada

SULIT

SULTAN IDRIS EDUCATION UNIVERSITY

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN lORIS

PEPERIKSAAN AKHIRSEMESTER 1 SESI 2015/2016

KOD : HNS2012 KURSUS : HUBUNGAN ETNIK

TARIKH: 0 7 JAN 2016 MASA : 1 JAM 30 MINIT

ARAHAN

1. Kertas ini mengandungi 40 soalan.2. Jawab SEMUA soalan dalam borang OMR yang disediakan.3. Kertas soalan ini akan dikumpul pada akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 12 muka surat termasuk muka hadapan

PROGRAM:___

TAHUN: KUMPULAN KULIAH :__

NO. PENDAFTARAN :--------------

NO. KAD PENGENALAN : ,--I------'-__ -'----'------'-_'----_.__-'-------'-__ -'----'-----'-_

PENSYARAH:__

TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

SULIT

Page 2: PENDIDIKAN SULTANlORIS PEPERIKSAAN AKHIRpustaka2.upsi.edu.my/eprints/1303/1/Hubungan Etnik (HNS2012).pdf · TAHUN: KUMPULANKULIAH: __ NO ... C. Menyebar agama selain Islam kepada

HNS2012 Hubungan Etnik 2

1. Pilih pernyaaan yang betul mengenai konsep Etnisiti.

A. Semua kaum berkongsi dalam perayaan Nasional.B. Setiap kaum mementingkan kekitaan masing-masing.C. Semua kaum berkongsi melakukan kegiatan ekonomi.D. Semua kaum memperoleh hak ekonomi yang seimbang.

2. "Global Peace Indeks 2011 menyenaraikan Malaysia di tangga ke-19 sebagainegara yang paling aman di dunia". Berdasarkan kepada indeks berkenaan, pilihpernyataan yang benar.

A. Malaysia paling maju di Asia Tenggara.B. Malaysia dapat mengimbang import dan eksport negara.C. Malaysia mempunyai hubungan dengan negara-negara Asia Tenggara.D. Malaysia adalah kelompok negara heterogen pada kedudukan paling atas.

3. "Masyarakat Malaysia suka bertikam lidah, tetapi tidak menggunakan parang".Petikan ini merupakan ciri unik bagi menjelaskan

A. kesepaduan sosial.B. plurallf Alam Melayu.C. masyarakat pluralistik.D. perpaduan dalam kepelbagaian.

4. Pilih penyataan yang benar mengenai pluraliti masyarakat Nusantara sebelum

zaman kolonialisme Barat.

I. Daya tarikan Nusantara ialah kekayaan dan keamanan serantau.

II. Berlaku pertemuan antara pelbagai bangsa dan peradaban berbeza.

III. Bagi masyarakat serantau, bahasa Melayu merupakan lingua franca.

IV. Bangsa asing yang menetap di Nusantara menggunakan identiti pribumi.

A. I, II dan III.B. I, II dan IV.C. II, III dan IV.D. Semua di atas.

5. Unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia merangkumi

A. adat istiadat Raja.B. harta waris pesaka.C. hak istimewa orang Melayu.D. perayaaan-perayaan naslonal.

[Lihat sebe/ah

Page 3: PENDIDIKAN SULTANlORIS PEPERIKSAAN AKHIRpustaka2.upsi.edu.my/eprints/1303/1/Hubungan Etnik (HNS2012).pdf · TAHUN: KUMPULANKULIAH: __ NO ... C. Menyebar agama selain Islam kepada

HNS2012 Hubungan Etnik 3

6. Soalan nombor 6 adalah berdasarkan formula konsep hubungan etnik di bawah.

\A+B+C=A+B+cl

Berdasarkan rajah di atas adalah formula hubungan etnik iaitu

A. suatu proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta

menghormati norma dan nilai etnik lain yang wujud dalam sesebuah

masyarakat.B. suatu proses apabila kumpulan minoriti atau kumpulan etnik yang baharu

mengamalkan budaya dan identiti kumpulan majoriti untuk mengurangkanbatas etniknya.

C. suatu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan

budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti

yang sama.

D. Suatu proses yang terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu

kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur daripada suatu kebudayaanetnik lain yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima

dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

7. Pilih penyataan yang benar mengenai Perlembagaan Malaysia.

A. Mempunyai kuasa mutlak atas semua perkara perundangan.B. Melaksanakan undang-undang tanpa merujuk kepada DYMM Yang di-Pertuan

Agong.C. Menyebar agama selain Islam kepada penganut agama Islam adalah

dibenarkan.D. Perlembagaan Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan melalui Perkara 152.

8. "Masyarakat bukan Islam akan mendiamkan diri ketika penganut agama Islam

membaca doa da/am sebuah majlis. /a amat dituntut da/am konteks masyarakatmajmuk seperti Malaysia".

Pernyataan di atas merujuk kepada konsep

A. asimilasi.B. akulturasi.C. akomodasi.D. amalgamasi.

[Lihat sebe/ah

Page 4: PENDIDIKAN SULTANlORIS PEPERIKSAAN AKHIRpustaka2.upsi.edu.my/eprints/1303/1/Hubungan Etnik (HNS2012).pdf · TAHUN: KUMPULANKULIAH: __ NO ... C. Menyebar agama selain Islam kepada

HNS2012 Hubungan Etnik 4

9. Perpaduan dan keharmonian antara kaum merupakan teras kepada pertumbuhanekonomi dan kestabilan politik di Malaysia.

Pilih usaha kerajaan Malaysia untuk mencapai teras tersebut?

I. Dasar Pendidikan Kebangsaan.II. Melakukan integrasi antara wilayah.III. Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).IV. Penggabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional (BN).

A. I, II dan III.B. I, II dan IV.C. II, III dan IV.D. Semua di atas.

10. Pilih pemyataan yang benar mengenai Jabatan Perpaduan Negara dan IntegrasiNasional (JPNIN).

I. Bertujuan untuk memupuk perpaduan antara masyarakat pelbagai kaumdi Malaysia.

II. Jabatan ini ditubuhkan selepas berlakunya rusuhan kaum di Kuala

Lumpur pada 13 Mei 1969.III. Berfungsi sebagai badan pelaksana undang-undang berkaitan perpaduan

masyarakat pelbagai etnik di MalaysiaIV. Berfungsi memantapkan integrasi nasional iaitu merapatkan masyarakat

daripada semua negeri di Malaysia, khususnya antara SemenanjungMalaysia dengan Sabah dan Sarawak

A. I, II dan III.B. I, II dan IV.C. II, III dan IV.D. Semua di atas.

11. "Pertumbuhan dengan agihan" merupakan falsafah yang menjadi teras dalam

pembentukan dasar-dasar berkaitan ekonomi dan pembangunan di Malaysia.

Pilih pernyataan yang betul.

A. Falsafah ini bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menstruktur semulamasyarakat.

B. Falsafah ini berasaskan kepada pertumbuhan dan agihan atas kepentingansesuatu etnik sahaja.

C. Falsafah uu mengandaikan bahawa sekiranya perbezaan dan

ketidakseimbangan ekonomi antara etnik dapat dihapuskan dengan sendirinyaperpaduan dalam masyarakat dapat dicapai.

D. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam keadan tertentu boleh menyebabkanmasalah agihan disebabkan kuasa pasaran kadang kala mengatasi keupayaankerajaan untuk melaksanakan agihan yang adil.

[Lihat sebe/ah

Page 5: PENDIDIKAN SULTANlORIS PEPERIKSAAN AKHIRpustaka2.upsi.edu.my/eprints/1303/1/Hubungan Etnik (HNS2012).pdf · TAHUN: KUMPULANKULIAH: __ NO ... C. Menyebar agama selain Islam kepada

HNS2012 Hubungan Etnik 5

12. Apakah yang dimaksudkan dengan keadaan 'stabil tetapi tegang' dalam kontekshubungan etnik Malaysia?

A. Berlaku konflik antara etnik.B. Keadaan yang aman dan harmoni.C. Tiada sebarang rusuhan dan ketegangan etnik.D. Pelbagai cabaran masih wujud yang menguji perpaduan.

13. Apakah cabaran utama kepada usaha kerajaan dalam membentuk satu identitinasional menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan?

A. Kesukaran menghapuskan pengaruh sistem nilai dan adat di sekolah.B. Lulusan sekolah vernakular tidak diterima berkhidmat dalam pentadbiran

BritishC. Pelajar cemerlang dari sekolah pondok tiada peluang untuk melanjutkan

pelajaran.D. Setiap komuniti etnik berusaha mempertahankan sistem pendidikan masing­

masing.

14. Kepelbagaian makanan di Malaysia sememangnya boleh menjadi pemangkinkepada kesepaduan sosial. Namun begitu, perlu difahami bahawa makanan dapatmembentuk ruang sosial iaitu Ruang Awam dan Ruang Bukan Awam .

.

Manakah antara berikut merupakan contoh Ruang Bukan Awam?

A. Penganjuran Rumah Terbuka Hari Raya peringkat kebangsaan.B. Semasa majlis perkahwinan orang Melayu, etnik India yang dijemput tidak

dihidangkan dengan rendang daging lembu.C. Semasa majlis aqiqah bagi orang Islam, daging yang dimasak bagi majlis

tersebut tidak boleh dihidang kepada orang bukan Islam.

D. Semasa bulan Ramadan, bazaar Ramadan menawarkan pelbagai makananagar semua etnik dapat berkunjung dan bukan terhad kepada masyarakatIslam sahaja.

15. Setiap agama memiliki nilai kesejagatan yang mampu untuk membina

_keharmonian kehidupan bermasyarakat, kestabilan dan kemajuan.

Apakah nilai kesejaqatan dalam sesuatu agama yang boleh mengukuhkankesepaduan sosial di Malaysia?

A. Mempunyai fungsi integratif.B. Agama sebagai sumber kekuatan manusia.C. Manusia mampu menyucikan diri melalui upacara keagamaan.D. Menjelaskan tentang persoalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia.

[Uhat sebe/ah

Page 6: PENDIDIKAN SULTANlORIS PEPERIKSAAN AKHIRpustaka2.upsi.edu.my/eprints/1303/1/Hubungan Etnik (HNS2012).pdf · TAHUN: KUMPULANKULIAH: __ NO ... C. Menyebar agama selain Islam kepada

HNS2012 Hubungan Etnik 6

16. Mengapakah pembentukan identiti Bangsa Malaysia sukar dicapai?

I. Sentimen dan prejudis perkauman melemahkan patriotisme.II. Identiti kaum diperbesar-besarkan mengatasi identiti nasional.III. Peminggiran bahasa kebangsaan dalam kegiatan sektor swastaIV. Sekolah vernakular melahirkan generasi yang cenderung kepada

polarisasi kaum.

A. I, II dan III.B. I, II dan IV.C. II, III dan IV.D. Semua di atas.

17. Apakah cabaran utama kepada usaha kerajaan dalam membentuk satu identitinasional menerusi sistem Pendidikan Kebangsaan?

A. Kesukaran menghapuskan pengaruh sistem nilai dan adat di sekolah.B. Lulusan sekolah vernakular tidak diterima berkhidmat dalam pentadbiran

British.C. Pelajar cemerlang dari sekolah pondok tiada peluang untuk melanjutkan

pelajaran.D. Setiap komuniti etnik berusaha mempertahankan sistem pendidikan masing­

masing.

18. Tindakan kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) denganmenekankan keseimbangan dalam pengagihan ekonomi telah menjadi teras

kepada perpaduan antara etnik.

Pilih faedah-faedah yang diperoleh daripada pelaksanaan dasar tersebut.

I. Peningkatan pemilikan modal saham bumiputera.II. Melahirkan golongan profesional dan kelas menengah bumiputera.III. Pertambahan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi tradisional.IV. Mewujudkan situasi menang-menang apabila masyarakat bukan

bumiputera turut mendapat manfaat.

A. I, II dan III.B. I, II dan IV.C. II, III dan IV.D. Semua di atas.

19. Antara berikut, manakah faktor yang menyebabkan konflik agama?

A. Solat lima waktu.B. Sambutan perayaan etnik berbeza.C. Upacara kematian bagi penganut Cina.D. Tafsiran berbeza tentang ajaran agama.

[Lihat sebe/ah

Page 7: PENDIDIKAN SULTANlORIS PEPERIKSAAN AKHIRpustaka2.upsi.edu.my/eprints/1303/1/Hubungan Etnik (HNS2012).pdf · TAHUN: KUMPULANKULIAH: __ NO ... C. Menyebar agama selain Islam kepada

HNS2012 Hubungan Etnik 7

20. Tindakan kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) denganmenekankan keseimbangan dalam pengagihan ekonomi telah menjadi teraskepada perpaduan antara etnik.

Pilih faedah-faedah yang diperoleh daripada pelaksanaan dasar tersebut.

I. Peningkatan pemilikan modal saham bumiputera.II. Melahirkan golongan profesional dan kelas menengah bumiputera.III. Pertambahan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi tradisional.IV. Mewujudkan situasi menang-menang apabila masyarakat bukan

bumiputera turut mendapat manfaat.

A. I, II dan III.B. I, II dan IV.C. II, III dan IV.D. Semua di atas.

21. Perspektif konflik menggambarkan hubungan etnik di Malaysia adalah rapuh, retakdan penuh dengan pertentangan dan persengketaan. Konsep yang seringkalidigunakan untuk menjelaskan keadaan rnasyarakat melalui perspektif konflik ialah

I. asimilasi.II. polarisasi.III. segregasi.IV. akomodasi.

A. I dan II.B. II dan III.C. III dan IV.D. II, III dan IV.

22. Makanan boleh bertindak sebagai agen kesepaduan sosial apabila ia

A. menjadi identiti bagi negara Malaysia.B. dinikmati bersama-sama dengan etnik lain.C. mendapat pengiktirafan daripada etnik lain.D. menjadi hidangan utama dalam sesebuah majlis.

23. Manakah penyataan berikut yang benar tentang pembentukan kerajaan di Sabah?

A. Parti USNO-SCA membentuk kerajaan di Sabah sehingga tahun 1980.B. Parti UMNO membentuk kerajaan di Sabah dari tahun 2000 sehingga kini.C. Parti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah membentuk kerajaan di Sabah 1985-

1994.D. Parti UPKO, UMNO dan SCA membentuk kerajaan di Sabah di awal

penubuhan Malaysia.

[Lihat sebe/ah

Page 8: PENDIDIKAN SULTANlORIS PEPERIKSAAN AKHIRpustaka2.upsi.edu.my/eprints/1303/1/Hubungan Etnik (HNS2012).pdf · TAHUN: KUMPULANKULIAH: __ NO ... C. Menyebar agama selain Islam kepada

HNS2012 Hubungan Etnik 8

24. Malayan Union telah dibubarkan kerana mendapat tentangan daripada oiangMelayu.

Justeru, sebab-sebab utama penentangan tersebut ialah

I. pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain melaluiprinsip jus soli.

II. hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitupenduduk pribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.

III. Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayudengan menggunakan cara paksa dan ugutan.

IV. kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeridan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan

mengetuai Majlis Penasihat Melayu.

A. I, II dan III.B. I, II dan IV.C. II, III dan IV.D. Semua di atas.

25. Apakah kaedah yang diamalkan Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) sehinggamendapat kejayaan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1955?

A. Mengamalkan dasar perkauman.B. Kurang bekerjasama dengan pihak British.C. Mengadakan rundingan tentang hak kaum masing-masing.D. Mengamalkan sikap menjaga dan mempertahankan hak kaum masing-masing.

26. Cabaran penting dalam usaha memupuk perhubungan etnik adalah

A. Agama.B. Bahasa.C. Persepsi negatif.D. Adat resam dan budaya.

27. Penjajahan menjadi titik pemisah antara pluraliti dan pluralistik.

Pilih pernyataan yang SALAH?

A. la berlaku kerana rentetan daripada isu-isu politik semasa.B. la berlaku kerana tiada persempadan politik, wilayah dan negara.C. Masyarakat pluraliti diasaskan secara semulajadi dan tanpa paksaan.D. Masyarakat pluralistik wujud rentetan dasar penjajahan kuasa imperialis.

[Lihat sebe/ah

Page 9: PENDIDIKAN SULTANlORIS PEPERIKSAAN AKHIRpustaka2.upsi.edu.my/eprints/1303/1/Hubungan Etnik (HNS2012).pdf · TAHUN: KUMPULANKULIAH: __ NO ... C. Menyebar agama selain Islam kepada

HNS2012 Hubungan Etnik 9

28. Pilih pernyataan yang SALAH menerangkan tentang teori Fungsional?

A. Secara asanya melihat masyarakat berada dalam keadaan mantap dan stabil.B. Membayangkan individu bertindak berasaskan insentif dan dikawal oleh

hukuman.C. Benda, bahan dan manusia masing-masing saling berhubung kait dan saling

membantu.D. Perubahan dalam satu bahagian akan mengubah bahagian-bahagian lain

sehinggalah tercapai titik keseimbangan.

29. Soalan 29 berdasarkan gambar di bawah:

Alasan utama tokoh di atas untuk menubuhkan Pembentukan Malaysia adalah

A. Untuk meningkatkan penguasaan dan pengukuhan politik wilayah PersekutuanTanah Melayu.

B. Kebimbangan British terhadap kepentingan ekonomi dan strateginya di rantauAsia Tenggara.

C. Singapura berhasrat bercantum dengan Persekutuan Tanah Melayu atasalasan ekonomi dan politik.

D. kebimbangan dengan ancaman British di Singapura boleh mempengaruhi PKMdan orang Cina di Tanah Melayu.

30. Apakah nilai kesejagatan dalam sesuatu agama yang boleh mengukuhkankesepaduan sosial di Malaysia?

A. Mempunyai fungsi integratif.B. Agama sebagai sumber kekuatan manusia.C. Manusia mampu menyucikan diri melalui upacara keagamaan.D. Menjelaskan tentang persoalan yang tidak mampu dijawab oleh akal fikiran

manusia.

[Lihat sebeJah

Page 10: PENDIDIKAN SULTANlORIS PEPERIKSAAN AKHIRpustaka2.upsi.edu.my/eprints/1303/1/Hubungan Etnik (HNS2012).pdf · TAHUN: KUMPULANKULIAH: __ NO ... C. Menyebar agama selain Islam kepada

HNS2012 Hubungan Etnik 10

31. Proses integrasi dalam masyarakat kepelbagaian boleh dicapai melalui kaedahberikut iaitu

I. memperkasakan sekolah vemakular.II. penggunaan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan dan jati diri

nasional.II I. strategi ekonomi seimbang yang mampu dinikmati oleh semua lapisan

masyarakat.IV. media massa berperanan dalam menyalurkan maklumat yang tepat dan

mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada rakyat.

A. I, II dan III.B. I," dan IV.C. II, III dan IV.D. Semua di atas.

32. Penyataan berikut mempunyai hubungan dengan penerimaan Hinduisme di Alam

Melayu

I. Hinduisme mengukuhkan institusi raja di Alam Melayu.II. Islam memberi kesan mendalam terhadap masyarakat di Alam Melayu

berbanding Hinduisme.III. Hinduisme diterima baik dalam kalangan pemerintah Alam Melayu

sebelum kedatangan Islam.

IV. Hinduisme menjadi agama yang penting dalam masyarakat di alam

Melayu dan dianuti oleh semua golongan.

A.I, II dan III.

B.I, III dan IV.

C.II, III dan IV.D.Semua di atas.

33. Proses integrasi dalam masyarakat kepelbagaian boleh dicapai melalui kaedahberikut laitu

I. memperkasakan sekolah vernakular.

II. penggunaan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan dan jati dirinasional.

II I. strategi ekonomi seimbang yang mampu dinikmati oleh semua lapisanmasyarakat.

IV. media massa berperanan dalam menyalurkan maklumat yang tepat dan

mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada rakyat.

A. I," dan III.B. I," dan IV.C. II, III dan IV.D. Semua di atas.

[Lihat sebe/ah

Page 11: PENDIDIKAN SULTANlORIS PEPERIKSAAN AKHIRpustaka2.upsi.edu.my/eprints/1303/1/Hubungan Etnik (HNS2012).pdf · TAHUN: KUMPULANKULIAH: __ NO ... C. Menyebar agama selain Islam kepada

HNS2012 Hubungan Etnik 11

34. Soalan 34 adalah berdasarkan jadual di bawah.

Etnik 1999 2004

Bumiputera RM1,984 RM2,711Cina RM3,456 RM4,437India RM2,702 RM3,456

Sumber: Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010

Jadual di atas menunjukkan purata pendapatan bulanan isi rumah mengikut kumpulanetnik 1999 dan 2004. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat dari jadual tersebut?

I. Kaum bumiputra masih ketinggalan berbanding kaum-kaum lain dari

aspek ekonomi.II. Usaha dan iltizam semua pihak diperlukan untuk merapatkan jurang

ekonomi antara etnik.III. Ketidakseimbangan yang semakin melebar antara etnik dalam aspek

ekonomi memungkinkan tercetusnya rusuhan kaum di masa depan.IV. Rancangan Pembangunan Malaysia gagal mencapai matlamat

perpaduan yang telah dirangka dalam dimensi ekonomi di segenap

aspek..

A I, II dan III.B. I, II dan IV.C. II, III dan IV.D. Semua di atas.

35. Berikut adalah penyataan yang berkaitan dengan gagasan pembentukan Malaysia,kecuali

A Cadangan penubuhan Malaysia mencetuskan kesedaran berpolitik di Sabah

dan menyemarakkan lagi kesedaran berpolitik di Sarawak.B. Laporan Suruhanjaya Cobbold membuktikan bahawa penduduk Sabah dan

Sarawak tidak dipaksa untuk menerima cadangan penubuhan Malaysia.C. Pengaruh Parti Rakyat Brunei (PRB) pimpinan AM Azahari menyebabkan

rakyat Brunei tidak bersetuju dengan penyertaan Brunei dalam Persekutuan

Malaysia.D. Parti-parti politik peribumi di Sabah dan Sarawak menentang penubuhan

Malaysia kerana lebih tertarik dengan gagasan Persekutuan Borneo yang

dapat mengembalikan kegemilangan kesultanan Brunei sebagai pemerintahSabah dan Sarawak.

36. Hubungan etnik adalah satu proses

A membina negara bangsa.B. memupuk semangat patriotik.C. membangunkan sosio ekonomi negara.D. mendalami budaya dan agama setiap masyarakat.

[Lihat sebe/ah

Page 12: PENDIDIKAN SULTANlORIS PEPERIKSAAN AKHIRpustaka2.upsi.edu.my/eprints/1303/1/Hubungan Etnik (HNS2012).pdf · TAHUN: KUMPULANKULIAH: __ NO ... C. Menyebar agama selain Islam kepada

·

HNS2012 HubunganEtnik 12

37. Pilih pernyataan yang benar mengenai Suruhanjaya Reid.

A. Membineangkan kedudukan Perdana Menteri sebagai ketua pemerintah.B. Membineangkan kedudukan Menteri Besar sebagai pemerintah di negeri

masing-masing.C. Mengesyorkan satu bentuk perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang

berdaulat dan merdeka berdasarkan demokrasi berparlimen.D. Menggubal satu bentuk Perlembagaan Tanah Melayu yang berdaulat

berdasarkan demokrasi mengikut sistem pemerintahan monarki.

38. Pluraliti di Alam Melayu terbentuk akibat faktor-faktor berikut, kecuali

A. hubungan perdagangan antara Alam Melayu dengan China dan India.

B. kewujudan institusi pengajian agama di Alam Melayu pada zaman kerajaanMelayu Srivijaya.

C. bangsa asing yang menetap di Alam Melayu gagal untuk berasimilasi denganpenduduk tempatan.

D. Hinduisme dan Buddhisme diterima baik dalam kalangan pemerintah Alam

Melayu sebelum kedatangan Islam.

39. Bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152

Perlembagaan Persekutuan.

Antara berikut, manakah yang menjadi matlamat peruntukan perlembagaantersebut?

A. Bahasa pertuturan khusus untuk orang Melayu.B. Menyatupadukan rakyat daripada pelbagai etnik.C. Menyekat penggunaan bahasa Cina dan bahasa Tamil.

D. Menghapuskan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya.

40. Mengapakah subjek 'Hubungan Etnik' merupakan satu Mata Pelajaran yang

penting?

A. Menyelesaikan masalah sosial sesuatu kaum di Malaysia.B. Menyediakan kerangka pemikiran perpaduan di Malaysia.C. Menyelesaikan masalah keganasan yang menular di Malaysia.D. Meneari jalan menyelesaikan masalah keruntuhan moral di Malaysia.

SOALAN TAMAT