pendidikan seni di malaysia

Upload: joe-lozzoll

Post on 09-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    1/22

    Dalam Buku Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik ,FSSK UPSI 2000. Ms 31-46

    PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

    Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan-perubahan matlamat

    pembelajaran pendidikan seni dari suatu masa ke suatu masa yang lain. Setelah

    menyedari bahawa adanya faktor-faktor tertentu yang menentukan perubahan itu maka

    bolehlah kita melihat kembali ke dalam konteks negara kita pula. Melihat apakah ada

    faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan-keperluan semasa sehingga kita perlu

    melihat kembali bentuk dan corak kurikulum pada sesuatu masa sehingga pada masa

    kini.

    Kurikulum Pendidikan Seni untuk Menyokong Keperluan Masyarakat

    Sebenarnya konsep Pendidikan Seni ini telah berubah dari semasa ke semasa

    lantas dengan ini mempengaruhi matlamat dan pendekatan pembelajarannya. Menurut

    Lanier (1972) idea terawal menjadikan seni sebagai aktiviti pendidikan adalah di bawa

    oleh orang-orang Inggeris ke tanah jajahan takluknya di Amerika. Pada waktu awal itu

    Pendidikan Seni hanya sekadar melahirkan seniman-seniman profesional dan

    pendedahan kepada kerja-kerja halus seperti catan dan tembikar atau embroideri untuk

    anak-anak orang bangsawan.

    Art as mark of refinement as a social nicety

    Lanier (1972)

    Kurikulum pendidikan seni pada awal tahun tahun 18000 di Amerika dan Eropah di

    bentuk untuk membantu membangunkan m asyarakat yang sempurna dalam susunan

    masyarakatnya. Di Amerika umpamanya telah memfokuskan kepada pembangunan

    ekonomi sesuai dengan sebuah negara baru yang sedang membangun. Negara pada

    1

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    2/22

    ketijka itu sangat memerlukan pelukis pelan (draftspeople) dan pereka bentuk

    (designer) bagi memenuhi keperluan industerinya yang pesat berkembang. Kesan

    daripada itu , konsep dan matlamat pembelajaran Pendidikan Seni turut berubah. Untuk

    mengisi keperluan-keperluan perkembangan industri di bandar-bandar besar itu,

    kurikulum di sekolah-sekolah terpaksa menyediakan latihan-latihan kemahiran bagi

    memenuhi keperluan tersebut. Pendidikan Seni kini mempunyai matlamat untuk

    melahirkan pemuda-pemuda yang mempunyai kemahiran di dalam seni reka

    perindustrian, pelukis-pelukis pelan dan pereka-pereka yang mahir dalam lukisan teknik

    yang sangat-sangat diperlukan untuk menarik minat pengguna-pengguna di dalam arus

    perdagangan bebas antarabangsa. Maka corak pembinaann kurikulum pada ketika itu

    adalah berasaskan kepada keperluan masyarakat ketika itu William Bentley Fowel,

    William Minified dan Wlater Smith masing telah memberi sumbangan terhadap

    pembinaan kurikulum pendidikan seni menjurus kepada keperluan insdustri di Amerika

    pada tahun-tahun 11842 hingga 1852 melalui Common School Jurnal. Fowel telah

    mempromosi penggunaan kemahiran seni lukisan yang pertama kali diperkenalkan di

    Sekolah Inggeris tinggi Boston pada tahun 1847 . William Minifi telah memperkenalkan

    lukisan di Sekolah tinggi lelaki Baltimore pada tahun 1`840an hingga 1850an, menerusi

    buku teks lukisan geometriknya, beliau mempromosi lukisan sebagai sains bukan

    sebagaimana kebiasaan lukisan untuk membuat gambar.

    Walter Smith di bawa daripada England ke Bostonsebagai pengarah Pendidikan Seni

    untuk bandaraya Bosten dan juga sebagai penyelia Lukiasan di Boston. Beliau melihat

    bahawa pendidikan senimitu sebagai suatu urutan susunan pelajaran lukisan yang

    begitu terancang dan terperinci sehingga mereka yang bukan paklar dalam seni pun

    boleh mengajar melukis. Beliau menyediakan kurikulum yang isi kandungannya

    menumpukan kepada kemahiran di dalam melukis dan asas senireka yang perlu

    2

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    3/22

    dikuasai menerusi latih-tubi, peniruan dan latihan. Ini jelas di lihat dalam bukunya yang

    bertajuk Teachers Manual for Freehand Drawing and Designing (1876) dalam Bates,

    (2000). Pada tahun-tahun 1930an kurikulum pendidikan seni beroriantasikan

    masyarakat ini terus mempengaruhi pembentukan kurikulum pendidikan seni di

    Amerika. Akibat daripada depression dunia pada tahun-tahun berkenaan rasional

    penggubalan kurikulum berasaskan seni untuk kehidupan harian .

    Pada tahun 1930an menggunakan pendekatan kurikulum yang sama satu lagi konsep

    pembelajaran Pendidikan Seni diperkenalkan. Ini adalah dari hasil kajian yang telah

    dibuat oleh Owatonna Art Education Study Project yang ditaja oleh Minnesota

    University. Projek ini dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan aras estetik di

    kalangan masyarakat yang kecil. Di bawah slogan Art A Way of Life. Dalam tahun

    1940an pula pendidikan seni digunakan untuk propaganda peperangan kesan daripada

    perang dunia ke II.

    Pada kurun ke 19 konsep Pendidikan Seni berubah pula ke arah penghayatan

    keindahan dan kreatif impuls . Ini adalah kerana di waktu itu Amerika Syarikat

    menumpukan perhatian terhadap perkembangan budayanya ke arah negara yang

    berbudaya industri, (Lanier,1975).

    Kurikulum Pendidikan Seni Untuk Perkembang Individu kanak-kanak

    Pada tahun 1920an pula pembelajaran Pendidikan Seni di Eropah menuju ke

    arah child centered movement. Di England konsep ini memberi tumpuan kepada

    perkembangan menyeluruh kanak-kanak. (Micheal Steveni, dalam Duff, 1977).

    3

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    4/22

    Sementara di Austria pula Frank Cizek menghalakan tumpuan baru terhadap konsep

    Pendidikan Seni. Beliau menulis :

    Great creative energy exists in every child. This must

    find an outlet in expression or repression will result.Children should be allowed to draw what they wish, thatthey see in their minds eyes, not that which others thinkthey ought to draw.

    Lanier 1975:81

    Hasil daripada kajian panel membuat rumusan :

    ... tidak seharusnya berlaku perbezaan di antara senihalus dengan seni gunaan. Kesemuanya adalahmerupakan aspek-aspek kehidupan. Oleh itu untukmencapai matlamat, diskriminasi estetik yang memberikesan kepada kehidupan harian perlulahdiperkembangkan.

    (Lanier 1975:15)

    Pendekatan penggubalan kurikulum pendidikan seni yang berpusatkan perkembangandiri kanak-kanak telah bermula di Eropah di tahun-tahun 1920an sebagai memberireaksi kepada falsafah pendidikan membantu keparluan masyarakat melaluiperkembangan dan pembentukan individu. Matlamat dan kandungan pendidikan seni

    ketika itu adalah berasaskan kepada aras perkembangan individu dan keperluan kanak-kanak. Fungsi pendidikan seni pada ketika itu adalah untuk pernyataa kendiri (self-expression). Kanak-kanak digalakkan meneroka secara bebas melalui pelbagai mediabagi mengembangkan kualiti dalaman menerusi pengelaman seni yang disediakansecara tidak bersetruktur.

    Pada ketika itu tokoh yang berpengaruh adalah John Dewey. Sebagai pemimpinPergerakan Prograsif antara tahun 1920an hingga 1940an. Dweey berpendapatbahawa kanak-kanak memiliki kualiti kemanusiaan tersendiri, mereka bukanlah manusiadewasa yang kerdil dalam proses untuk mennjadi dewasa. Berlau berpendapat kanak-kanak perlukan pengalaman pengalaman yang bukan sahaja benbentujk menghafalfakta atau mendapat pengalaman seni secara berpandu dari guru yang cuba untuk

    membantu membangunkan potensi kanak-kanak menurut cara yang sempit. Beliaumelihat kanak-kanak memerlukan persekityaran yang menggalakkan perkembangankreatiiviti keupayaan mengadaptasi persekitaran secara fleksibel terhadap kehidupandunia dan persekitaran kanak-kanak itu. Sekolah adalah tempat yang membolehkankanak-kanak mengalami rasa bebas membuat pilihan, bebas bergerak dan bebas untukmenyelesaikan masalah dengan caranya.

    4

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    5/22

    Dewey telah mengariskan dua perkara penting falsafahnya terhadap pendidikan senidan amalan Pergerakan Prograsif ini dan hubungan seni dengan seni untukpernyataan kendiri

    Sementara itu pada tahun 1930an ini juga, muncul satu lagi konsep seni untuk

    pernyataan kendiri ( Art as Self-Expression). Para pendidik telah mengakui bahawa

    kanak-kanak mempunyai cara dan keupayaan tersendiri dalam pernyataan dirinya

    menerusi kerja-kerja seni. Kerja-kerja mereka tidaklah berdasarkan kepada keupayaan

    tradisional yang memaparkan kemahiran tetapi disebalik kerja-kerja yang kasar dan

    spontan itu memiliki makna yang tersendiri. Berkaitan Self-Expression ini (Chapman

    1978 :12) menyatakan ianya bukanlah sekadar suatu mod tingkahlaku semulajadi

    kanak-kanak tetapi adalah asas kepada matlamat kematangannya.

    Menjelang tahun 1940, sebagai perkembangan dari pergerakan pendidikan yang

    progresif, satu lagi konsep yang mustahak telah diperkenalkan. Idea bahawa pernyataan

    seni sebagai luahan emosi hasil kerja seni sebagai alat untuk memahami corak psikologi

    kanak-kanak, dan intergrasi personaliti menerusi pengajaran seni semuanya ini telah

    menjadi slogan pengajaran seni di sekolah-sekolah, khususnya di Amerika Syarikat.

    Viktor Lowenfeld telah memberi sumbangan besar dengan menerbitkan bukunya yang

    bertajuk Creative and Mental Growth. Lowenfeld adalah pakar pendidikan seni

    bangsa Austrian yang berhijrah ke Amerika pada tahun 1939. Beliau melihat

    perkembangan kanak-kanak secara holistic, mengambil kira perkembangan dan

    pertumbuhan kanak-kanak dari aspek fizikal, emosi, mental,dan kreativitinya. Seni dilihat

    sebagai aktiviti pembentukan nilai-nilai kemanusiaan yang mempunyai nilai terapi.

    Beliau juga melihat aktiviti seni itu sebagai alat pembangunan kreativiti manusia melalui

    5

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    6/22

    pernyataan secara bebas. Pemikiran beliau telah mempengaruhi perkembangan

    pendidikan sehingga hari ini.

    Lowenfeld menulis :

    Dalam perkembangan pemikiran pendidikan semasa, seni adalahdidefinisikan sebagai asas pengetahuan dan sebagai aktiviti

    perkembangan. Kanak-kanak diperkenalkan dengan konsep-konsep asas seni dan ke arah kaedah-kaedah inkuiri yangmembolehkan mereka mempelajari berkaitan dengan mata

    pelajaran seni. Pada masa yang sama, pendidk-pendidik seni

    menumpukan kepada pernyataan sebagai alat untukpertumbuhan individu yang matang.

    Minat penggubal kurikulum terhadap perhubungan di antara artistik dan kreativiti

    mencapai puncaknya di tahun-tahun 1950an dan 1960an. Ini adalah kerana akibat

    daripada perlumbaan penaklukan angkasa di antara Amerika dan Russia, di mana

    Amerika merasakan mereka telah ketinggalan di dalam bidang ini. Menurut Chapman

    (1978), pada masa-masa ini begitu banyak penerbitan yang berkaitan dengan

    perkembangan kreativiti menerusi pengajaran seni telah diterbitkan. Konsep utama

    penulisan mereka adalah , tingkahlaku manusia yang kreatif dapat dilahirkan menerusi

    aktiviti-aktiviti seni. Amerika telah mengalih tumpuannya bahawa pendidikan awam

    perlu "balik kepada matlamat asasnya .

    Kurikulum Pendidikan Seni Untuk Kesedaran Sosial

    6

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    7/22

    Konsep-konsep terbaharu wujud dalam tahun-tahun 1970an yang mengaitkan

    seni sebagai alat untuk memupuk kesedaran sosial di kalangan murid-murid sekolah.

    Lanier juga berpendapat bahawa sebahagian besar dari seni-seni tampak seperti seni

    popular, dan perfileman boleh digunakan sebagai alat dalam era baru perhubungan

    kemanusiaan. lantas bersamaan dengan itu Mc Fee dan Degge (1977) menyarankan,

    menerusi aktiviti seni ia boleh membentuk tingkahlaku manusia dan meningkatkan

    kepekaan terhadap persekitaran dan alam. Malahan bukan setakat ini sahaja para

    pendidik Pendidikan Seni Amerika yang lain juga seperti, Feldman, Chapman, Grisby

    dan Efland, mengakui bahawa untuk mengatasi masalah perkauman dalam masyarakat

    yang berbilang bangsa, aktiviti-aktiviti Pendidikan Seni dapat meningkatkan kesedaran

    di kalangan murid-murid untuk memahami dan mengenali budaya di antara bangsa di

    kalangan masyarakat majmuk.

    Kurikulum Pendidikan Sebagai satu Disiplin Ilmu Pengetahuan

    Idea seni sebagai asas pengetahuan sering juga dikaitkan dengan pendidikan

    estetika. Dalam hal ini, Lanier(1975) berpendapat seni adalah satu bentuk pendedahan

    terhadap pengalaman estetik yang mempunyai nilai-nilai intrinsik dan keperluan-

    keperluan ke arah membuat sesuatu justifikasi.

    Kesimpulannya, adalah jelas bahawa begitu kerap sekali berlakunya perubahan-

    perubahan konsep pendidikan seni dalam tempoh masa lebih kurang satu abad yang

    lalu. Ini adalah disebabkan oleh tekanan dan keperluan sosial, perubahan falsafah di

    dalam pendidikan umum sesuatu tempat itu. Dapat juga dilihat pada tahun-tahun

    sebelum Perang Dunia Kedua pendidik-pendidik seni lebih berminat menumpukan

    7

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    8/22

    pembelajaran Pendidikan Seni ini ke arah membentuk dan melahirkan generasi yang

    mempunyai kemahiran(sebagai PEMBUAT) dan kurang menumpukan pada melahirkan

    PEMINAT SENI(art appreciator). Dan perhatian juga tertumpu pada individu yang sedia

    BERBAKAT SENI dan kepada bidang seni kreatif semata-mata. Perhatian sangat

    kurang diberi kepada pengaruh-pengaruh seni terhadap masyarakat.

    Selepas Perang Dunia Kedua khususnya di tahun 1950an konsep seni lebih

    menumpukan kepada bidang psikologi, menjadikan ia berbentuk lebih akademik.

    Sehingga kini, pembelajaran Pendidikan Seni telah menumpukan pada salah

    satu dari tiga jenis teori yang berkaitan :

    I. membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak melalui kerja-kerja seni

    (a laissez-faire, child-centered orientation)

    ii. peningkatan pengetahuan dan kefahaman dan penghayatan seni,

    Pendidikan seni sebagai subjek(a subject-centered approach)

    iii. meningkatkan kesedaran terhadap perhubungan seni dengan kehidupan seharian

    (menumpukan aspek-aspek estetika dalam kehidupan yang berkaitan dengan

    pembentukan individu dan sosial).

    Walau bagaimanapun dengan perkembangan dan perubahan konsep seni ini

    telah menimbulkan banyak masalah di dalam perlaksanaan pembelajarannya. Teori-

    teori yang membentuk konsep itu ada yang sukar diterjemah ke dalam bentuk praktikal.

    8

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    9/22

    Walau bagaimanapun banyak lagi pendekatan yang boleh kita jadikan panduan untuk

    mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kita agar lebih mantap. Umpamanya kita

    bolah rujuk kepada cadangan-cadangan tokoh seni yang menggunakan pendekatan

    humanistik seperti Feldman, manakala Lansing, memfokuskan kepada

    perkembangan tiga domain utama, iaitu kognitif, afaktif dan psikomotor dalam

    melahirkan penggiat dan penggemar seni. Manakala McFee pula menggunakan

    pendekatan Antropologi dan sosiologi yang menjadi struktur kurikulumnya. Dalam

    perkembangan terakhir ini dunia telah diperkenalkan dengan konsep pendidikan seni

    sebagai satu disiplin ilmu (DBAE), yang secara perbandingannya bolahlah kita

    samakan dengan struktur kurikulum pendidikan seni di Malaysia. Struktur DBAE ini

    adalah menekankan kepada empat bidang tumpuan iaitu Sejarah Seni, Kritikan Seni,

    Estetik, dan Produk Seni. Sila lihat jadual 2 yang menunjukkan perbandingan di antara

    DBAE dengan kurikulum yang berasaskan pernyataan kendiri secara kreatif.

    PENDIDIKAN SENI DI MALAYSIA

    Negara kita sangat kaya dengan kesenian. Ini jelas dapat dilihat menerusi

    artifak-artifak yang diperturunkan oleh nenek moyang kita sejak dari zaman keagungan

    kerajaan Melayu Melaka dahulu. Lihatlah betapa indahnya pakaian tradisional kita,

    bukannya sejenis malahan terdapat kepelbagaiannya yang disesuaikan dengan taraf

    dan kedudukan sipemakainya. Keindahan dan kehalusan yang terdapat pada kraf

    tradisional jelas memaparkan kepakaran serta ketinggian aras pemikiran tukan-tukang

    atau pandai Melayu. Di dalam arus kemodenan dan akibat dibelenggu oleh penjajah,

    kadang kala kita lupa akan warisan pusaka kita.

    9

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    10/22

    Sebenarnya pembelajaran Pendidikan Seni secara formal seharusnya

    mempunyai falsafah dan identiti kebangsaan sesuai dengan aspresiasi negara, bangsa

    dan nilai-nilai tempatan. Akta Pelajaran tahun 1961 mempunyai inspirasi untuk

    menggalakkan pertumbuhan budaya dan sosial, sebahagian dari petikannya berbunyi :

    Dasar pelajaran Persekutuan yang asanyadiistiharkan dalam Ordinan tahun 1957 adalah untukmembentuk satu sistem pelajaran kebangsaan yang akanmemenuhi keperluan-keperluan negara danmenggalakkan pertumbuhan kebudayaan sosial, ekonomidan politik ....

    Memanglah akta ini kurang jelas memperkatakan tentang keperluan dan peranan

    seni tampak, tetapi sekaligus secara am ianya merangkumi semua bidang yang

    tergolong dalam ertikata KEBUDAYAAN. Seni tampak adalah merupakan jiwa dan rupa

    sesuatu budaya dan bangsa (Syed Ahmad Jamal, 1979).

    Malangnya, mungkin kerana konsep dan falsafahnya tidak begitu jelas dan ianya

    juga merupakan kelemahan-kelemahan yang biasanya terdapat pada sesebuah negara

    yang baru mencapai kemerdekaan, yang lebih mengutamakan kepada keperluan-

    keperluan asas rakyat, unsur-unsur yang berkaitan dengan budaya khususnya yang

    berkait dengan seni tampak ini kurang mendapat perhatian khusus. Ini meninggalkan

    kesan kepada pembentuk kurikulum Pendidikan Seni pada masa itu. Kurikulum yang

    sama digunakan sehingga penghujung tahun 1970an, kurikulum sekolah rendah yang

    telah diperbaharui konsep dan falsafahnya. Sementara untuk sekolah menengah

    kurikulum baru telah digubal dan Pendidikan seni telah banyak menerima perubahan

    khususnya dari segi isi kandungan struktur pelajarannya.

    10

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    11/22

    Apa yang jelas pada saya ialah, kaedah yang diamalkan di dalam pembelajaran

    Pendidikan Seni di sekolah-sekolah sejak merdeka ialah mengamalkan kaedah yang

    tidak distruktur (unstructured method) yang dikenali sebagai The Laisseiz-Faire

    Method. Dan kaedah diktator(The Authoritarian-Dictatorial Method) -(Micheal, 1983).

    Matlamat guru menggunakan kaedah laissez-faire ini ialah menggalakkan

    pembelajaran dan perkembangan secara semulajadi menerusi pengetahuan seni,

    media, kemahiran pertukangan, pernyataan individu, kepekaan pengamatan, dan estetik

    dan mengamalkan sikap yang baik. Murid-murid diandaikan mempunyai

    galakendiri(self-motivated) dan mempunyai kebebasan total dalam menentukan

    segalanya, guru hanya sekadar membimbing. Kaedah ini mempunyai kelemahan, iaitu

    arah pembelajaran tidak dapat ditentukan, dan banyak lagi metodologi-metodologi di

    bilik darjah seperti rangsangan, had masa, kepimpinan dan lain-lain lagi diketepikan.

    Sementara kaedah Authoritarian Diktatorpula lebih menunjukkan pengajaran

    secara memberi penerangan dan maklumat, perancangan setiap langkah yang perlu

    murid-murid lakukan. Guru lebih menumpukan aspek-aspek formalistik, yang berkaitan

    dengan konsep-konsep asas seni. Biasanya idea-idea dikawal, begitu juga dengan

    penggunaan media, pengurusan kerja-kerja seni dan tahap-tahap perkembangan

    dikawal oleh guru. Pada murid-murid motivasinya adalah keranan bimbang dengan

    kegagalan atau takut tidak mencapai tahap yang guru kehendaki. Kaedah ini

    sebenarnya berkesan pada kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran,

    seperti proses serta prosedur penggunaan alat dan bahan, tetapi adalah lebih berkesan

    jika proses pembelajaran untuk Pendidikan Seni ini dilakukan dengan kaedah kreatif

    11

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    12/22

    yang bercapah (creative divergent method) kerana dengan cara ini pembentukan

    konsep-kendiri murid-murid lebih baik. (Stanly Madeja,1967 di dalam Micheal, 1983)

    Apakah konsep dan matlamat Pendidikan Seni untuk sekolah menengah di waktu ini ?

    Ke manakah arah tujuan pembelajarannya ? Agak sukar untuk menjawab soalan-soalan

    ini, kerana apa yang tertera secara bertulis dalam bentuk dokumen rasmi dari sejak

    merdeka hingga kini hanyalah Sukatan Pelajaran Seni Lukis dan Pertukangan.

    Dokumen-dokumen lain jika ada pun sangat sukar untuk dimiliki oleh seseorang

    pendidik. Sukatan pelajarannya begitu fleksibel dan memberi peluang kepada guru-guru

    memilih arah manakah yang sesuai dengan alam persekitarannya, jenis kraf dan

    perusahan dan keupayaan serta minat murid-muridnya. (Kementerian Pelajaran

    Malaysia, Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah 1976).

    Ke manakah arah dan tujuan pembelajaran dan apakah bentuk dan kandungan

    pembelajaran adalah tertakluk kepada guru yang mengajarnya. Yang nyata adalah

    kebanyakan guru lebih menumpukan jenis-jenis kegiatan melukis, menggambar, mereka

    dan mencorak untuk tujuan lulus peperiksaan. Sementara meniru adalah suatu

    kesalahan. Kerja-kerja kraf jarang-jarang diamalkan, itu pun bergantung kepada

    keupayaan guru, walaupun banyak tajuk-tajuk kegiatan kraf terdapat di dalam sukatan

    pelajaran tersebut.

    Berdasarkan sukatan pelajaran yang ada itu, sejauhmanakah tercapainya

    matlamat untuk pertumbuhan dan perkembangan kebudayaan seperti yang digariskan di

    dalam Akta Pelajaran 1961. Isu inilah yang perlu dipertikai.

    12

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    13/22

    Persoalan tentang apakah matlamat pembelajaran Pendidikan Seni dan adakah

    ianya penting dalam arus pembangunan negara sekarang, serta jika ia penting

    mampukah ia berfungsi untuk memberi erti akan keperluannya itu, ini semua perlu

    diperjelas.

    Meninjau dari Laporan Kabinet 1979, sekali lagi Pendidikan Seni diletakkan

    sebagai satu matapelajaran tidak dijelaskan secara eksplisit, tetapi Pendidikan Seni

    telah diterima sebagai salah satu daripada matapelajaran di sekolah-sekolah perlulah

    bergerak selari ke arah matlamat pendidikan kebangsaan.

    Sukatan pelajaran Pendidikan Seni KBSM telah pun memperlihatkan

    kemantapannya, arah dan konsepnya juga begitu jelas. Ini adalah bersesuaian dengan

    keperluan semasa, sebagai sebuah negara yang membangun, dengan kemajuan sosio-

    ekonomi yang semakin pesat dan kehidupan yang semakin kompleks Pendidikan Seni

    boleh memberi sumbangan yang besar.

    Pendidikan Seni kini bukanlah sekadar semata-mata untuk pengayaan, ia juga

    perlu dianggap sebagai kemahiran asas setaraf dengan kemahiran menulis, membaca

    dan mengira. Peri mustahaknya tiga kemahiran itu kerana ianya melambangkan sistem

    yang membolehkan manusia berkongsi pengalaman. Dengan menguasai lambang-

    lambang tersebut segala bentuk ilmu dapat dinikmati bersama. Masyarakat kita

    mengambil berat kanak-kanak yang gagal menguasai sistem ini, kegagalan

    menguasainya bererti ketinggalanlah mereka di dalam menikmati bersama arus

    perkembangan budaya kita.

    13

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    14/22

    Pendidikan Seni juga adalah lambang sistem, dengannya membolehkan

    manusia berkongsi pengalaman, kegagalan menguasainya samalah seperti gagal

    menguasai kemahiran membaca dan mengira. Kegagalan menguasai kemahiran seni

    tampak ini tersekatlah satu keupayaan seseorang itu untuk memahami diri dan alam

    sekelilingnya. Jika kita yakin akan sumbangan Pendidikan Seni ini boleh membantu

    perkembangan seseorang kanak-kanak itu, seharusnyalah berupaya meningkatkan

    potensi kanak-kanak untuk mentafsir dan berkongsi pengalaman serta saling memahami

    di antara satu dengan yang lain.

    Soalan selanjutnya ialah bagaimanakah kita hendak melaksanakan

    pembelajaran Pendidikan Seni ini bagi mencapai segala maksud tersebut ?

    Hingga setakat hari ini, kita memanglah tidak ada satu modul pengajaran yang

    mantap untuk dicontohi sebagai strategi perlaksanaan kita. Walau bagaimanapun kita

    boleh menyesuaikan dengan mana-mana model yang telah diperakui oleh dunia. Salah

    satu daripadanya ialah seperti yang telah disarankan oleh Chapman (1978). Ianya

    boleh diubahsuaikan dengan iklim negara kita, kerana matlamat dan konsepnya hampir

    sama.

    Menurutnya ada tiga matlamat pembelajaran Pendidikan Seni iaitu :

    1. Untuk perkembangan individu

    14

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    15/22

    Guru-guru haruslah mengetahui bagaimana untuk memberi pengalaman kepada

    murid-muridnya untuk mengamalkan nilai-nilai murni di samping mengembangkan

    keupayaan ekspresif melalui kegiatan-kegiatan seni serta meningkatkan kemahiran.

    2. Untuk meningkatkan kesedaran terhadap warisan budaya

    Guru-guru perlu mengetahui cara-cara untuk meningkatkan keupayaan murid-

    muridnya dalam menilai dan memahami dan menghargai seni yang terdapat di sekitar

    masyarakatnya. Lantaran itu dapat menanamkan kefahaman terhadap memahami

    pandangan, kepercayaan dan budaya masa kini dan budaya silam.

    3. Untuk meningkatkan kesedaran terhadap peranan-peranan seni di dalam

    masyarakat.

    Guru perlu mengetahui untuk membekalkan dengan peluang-peluang untuk

    berinteraksi dan mengamati hasil seninya dan dengan hasil-hasil seni yang terdapat di

    sekeliling kehidupannya.

    Apakah Pendekatan Pembelajaran Untuk Pendidikan Seni ini ?

    Guru-guru perlu dapat menguasai pendekatan untuk pembelajaran Pendidikan

    Seni. Satu pendekatan terbaharu yang dibuktikan kejayaannya oleh sarjana-sarjana

    barat ialah dengan berasaskan kepada domain ini :

    PERNYATAAN (EXPRESSION) DAN TINDAKBALAS (RESPONSE)

    15

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    16/22

    PERNYATAAN (Expression)

    Di dalam domen ini Efland(1977) dan Chapman(1978) menyatakan terdapat tiga

    tahap perkembangan proses artistik iaitu :

    a. mengumpul idea-idea

    b. mengolah dan menjelmakan idea-idea tersebut ke dalam bentuk seni

    c. menggunakan media untuk menghasilkan kerja seni

    Efland berpendapat, proses-proses ini boleh berfungsi sebagai model untuk

    digunakan oleh murid-murid di dalam aktiviti-aktiviti artistiknya.

    TINDAKBALAS (Response)

    Berdasarkan langkah-langkah yang sering diamalkan oleh para sarjana seni,

    termasuk pengkritik seni, ahli-ahli sejarah seni, tindakbalas mereka pada seni juga

    melalui tiga tahap perkembangan iaitu :

    a. mengamati dan memahami seni

    b. menterjemah

    c. menilai

    Tiga perkembangan tindakbalas ini boleh dijadikan sebagai pendekatan dalam

    pembelajaran Pendidikan Seni di bilik darjah.

    Justeru itu, saya adunkan di antara ketiga-tiga matlamat pembelajaran Pendidikan Seni

    berdasarkan model Efland (1977) yang telah diubahsuai dengan dua domain aktiviti seni

    :

    16

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    17/22

    17

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    18/22

    Jadual 1.

    PENDEKATAN PEMBELAJARAN

    PENDIDIKAN SENI

    MATLAMAT PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI

    Domain Untuk Perkembangan

    Individu

    Mengenal Warisan

    Budaya

    Peranan Seni Di Dalam

    Masyarakat

    mendapatkan idea untuk

    kerja-kerja seni

    mempelajari bagaimana

    seniman-seniman/pandai

    tempatan menemui idea-

    idea di dalam kerjanya

    mempelajari bagaimana

    masyarakat Malaysia

    menyatakan nilai dan

    kepercayaan menerusi

    seni tampak

    PERNYATAA

    N

    mengolah dan

    menjelmakan idea-idea

    untuk kerja seni

    mempelajari bagaimana

    seniman/pandai tempatan

    mengolah dan

    menjelmakan idea-idea

    ciptaannya

    mempelajari bagaimana

    masyarakat Malaysia

    menyatakan perubahan

    nilai dan kepercayaan

    menerusi seni tampak

    gerakerja seni

    penggunaan media

    mempelajari bagaimana

    seniman/pandai tempatan

    menggunakan media

    mempelajari bagaimana

    masyarakat Malaysia

    menggunakan teknologi

    menghasilkan bentuk

    tampak

    18

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    19/22

    MATLAMAT PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI

    Domain Untuk Perkembangan

    Individu

    Mengenal Warisan

    Budaya

    Peranan Seni Di Dalam

    Masyarakat

    TIND

    pengamatan dan

    pemahaman hasil seni

    mempelajari bagaimana

    pengkritik dan ahli sejarah

    mengamati dan

    memahami hasilan seni

    mempelajari bagaimana

    masyarakat Malaysia

    mengamati dan mengenali

    imej-imej seni tampak

    AKBA

    LAS

    mentafsir hasil seni mempelajari bagaimana

    pengkritik dan ahli sejarah

    seni mentafsir hasil seni

    mempelajari bagaimana

    masyarakat Malaysia

    mentafsir imej-imej seni

    tampak

    menilai hasil seni mempelajari bagaimana

    pengkritik dan ahli sejarah

    seni menilai hasilan seni

    mempelajari bagaimana

    masyarakat Malaysia

    menilai imej-imej tampak

    Dengan enam pendekatan pembelajaran ini memudahkan pihak guru untuk merancang

    strategi pengajarannya dan perlulah benar-benar dapat menghayatinya jika ingin

    menggunakan pendekatan ini di dalam bilik darjah.

    Perabandingan kurikulum yang berasaskan pernayataan kendiri kreatif dengan DBAE

    (discipline-based art education)

    Pernyataan Kendiri Secara Kreatif DBAE

    19

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    20/22

    Matlamat:

    Perkambangan kreativiti; pernyataan kendiri; integrasi

    individu; focus pada kanak-kanak

    Kandungan

    Aktiviti seni sebagai pernyataan kendiri; menggunakan

    kepelbagaian bahan seni dan kaedah

    Kurikulum

    Dirancang oleh guru secara individu; perlaksanaannya

    tidak berurutan, dan tidak tersusun

    Konsep pelajar:

    Pelajar semulajadi kreatif dan eksprasif; perlu diasuh

    bukan diajar; pendedahan kepada imej-imej seni

    menghalang kepada perkembangan kreativiti

    semulajadi mereka.

    Konsep guru

    Memberikan moitivasi; sokongan; tidak mendedahkan

    pelajar dengan imej-imej orang dewasa ; tiada usahauntuk mempengaruhi pernyataan kendiri pelajar

    Kreativiti

    Kreativiti adalah bakat pelajar; berkembangan secara

    semulajadi dengan galakan dan peluang yang

    disediakan; kurangnya perkembamngan adalah

    disebabkan oleh gangguan orang dewasa

    Peralaksanaan

    Boleh tercapai dalam sebuah bilik darjah sahaja; tidak

    perlu kerjasama dengan kelas-kelas atau sekolah-

    sekolah yang lain

    Matlamat:

    Perkembangan kefahaman terhadap seni; seni

    penting kepada perkembangan pendidikan

    menyeluruh ; seni sebagai fokus pembelajaran

    Kandungan

    Estetika, keritikan seni, sejarah seni dan produk

    seni; seni daripada berbagai kebudayaan dunia

    dan era.

    Kurikulum

    Ditulis secara berurutan, kumulatif, tersusun

    dan meluas perlaksanaannya.

    Konsep pelajar

    Pelajar adalah murid matapalajaran seni; perlu

    diajar untuk mengembangkan kefahaman

    terhadap seni.

    Pendedahan kepada hasil seni seniman

    meningkatkan perkembangan kreativiti mereka

    Konsep guru

    Menyediakan motivasi; membantu pelajar;

    membantu pelajar memahami konsep-konsep

    seni selari dengan aras kanak-kanak tertentu;mengunakan nilai imej seni dewasa;

    menggalakkan pernyataan kendiri pelajar

    secara kreatif

    Kreativiti

    Kreativiti adalah tingkahlaku yang bukan

    konvensional yang boleh dibentuk menerusi

    kefahaman terhadap seni seacara biasa .

    Pernyataan alam kanak yang tidak dibimbing

    tidak dianggap sebagai kreatif sepenuhnya

    Perlaksanaan

    Memerlukan penglibatan dengan kelas-kelas

    atau tingkatan lain di sekolah itu malah

    sekolah-sekolah lain di dalam sesuatu daerah

    secara meluas untuk mendapatkan kesan urutan

    20

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    21/22

    Kerja-kerja seni

    Kerja-kerja orang dewasa tidak dikaji; imej-imej orang

    dewasa mungkin memberikan kesan yang negatif

    terhadap perkembangan pernyataan kendiri danlkreativiti pelajar

    Penilaian

    Berasaskan perkembangan dan proses kerja-kerja seni

    kanak-kanak; penilaian pencapaian pelajar biasanya

    tidak digalakkan.

    dan susunan yang meksima

    Kerja-kerja seni

    Karya orang dewasa (seniman ) merupakan

    purat rujukan dan kajian seni; imej-imej orang

    dewasa membantu sebagai focus pembelajaransecara integrasi daripada empat desiplin seni

    Penilaian

    Berasaskan matlamat pendidikan; focus kepada

    pembelajaran; mustahak untuk mengesahkan

    kemajuan pelajar dan keberkesanan program.

    Di terjemah daripada Clark G., Day, M. and Greer, D. (1987) Discipline-based art education :

    becoming students of art. The Journal of Aesthetic Education, (21)2

    Rujukan

    1. Chapman, Laura, A Second Look at A Foundation for Art Education.

    Studies In Art Education. (Washington, DC. : The NAEA), Vol.13 No. 1,

    Fall 1971, 40 - 49.

    2. Duff, John. Identification of Technical Illustrator Job Requirements. Unpublished

    Dissertation, The Ohio State University, 1977.

    3. Efland, Authur, The Transition Continued. Studies In Art Education.

    (Washington, D.C.: The National Art Education Association). Vol.13,

    No.1, Fall, 1971, 5-12.

    4. Lanier, Vincent.Objectives of Art Education: The Impact of Time.

    21

  • 8/8/2019 Pendidikan Seni Di Malaysia

    22/22

    Peabody Jurnal of Education. Volume 52, No.3, April, 1975, 180 - 186.

    5. _______________. Objectives of Teaching Art. Art Education. (Washington,

    D.C. The NAEA), Vol. 25, No. 3, January, 1972, 15 - 20.

    6. _______________. Returning The Art to Art Education. Art Education.

    (Washington, D.C. The NAEA), Vol. 28, No. 3, March, 1972, 28 - 33.

    7. Lowenfeld, Victor and Brittain, Lambert. Creative and Mental Growth.

    New York : The Mc Millan Co. 1965.

    8. Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah,

    Seni Lukis dan Pertukangan Tangan, Kuala Lumpur, D.B.P., 1976.

    9. Mc Fee, June King. Preparation For Art. San Francisco: Wadsworth Publishing Co.,

    Incorporation, 1972.

    10. Micheal J.A. Art and Adolesence. Teachers College Press, Colombia University ,

    New York, 1983.

    11. Mc Fee, June King and Degge, Rogina. Art, Culture and Enviroment.

    San Francisco:Wadworth Publishing Co. 1977.

    12. Mc Fee, June King. Society, Art and Education. Paper delivered at the Senior

    in Art Education Research and Curicullum Development, Pennsylvania State

    University, 1966.

    13. Syed Ahmad Jamal, Rupa dan Jiwa, Muzium Seni Asia, Universiti Malaya, K.L.

    1979.

    14. Kementerian Pendidikan Malaysia, Laporan Jawatankuasa Kabinet, D.B.P., K.L.,

    1979.

    15. Clark G., Day, M. and Greer, D. (1987) Discipline-based art education : becoming students

    of art. The Journal of Aesthetic Education, (21)2

    22