pendidikan kesihatan seksualiti

15
PKE3101 Pendidikan Kesihatan Seksualiti 1. PENDAHULUAN Masa remaja disebut juga masa untuk mencari identiti diri (self identity). Usaha mencari identiti banyak dilakukan dengan menunjukkan perlakuan suka mencuba-cuba, imiginasi atau identifikasi. Ketika remaja gagal menemukan identiti dirinya, dia akan mengalami krisis identiti (identity confusion), sehingga memungkinkan sistem kepribadian yang terbentuk bukan menggambarkan keadaan dirinya yang sebenarnya. Reaksi-reaksi dan ekspresi emosi yang masih goyah dan belum dapat dikawal pada zaman remaja akan menberi kesan terhadap kehidupan pribadi maupun sosialnya pada masa akan datang. Remaja sebegini akan sering merasa tertekan dan bermuram durja atau menjadi orang yang sentiasa berperilaku agresif. Ketidakstabilan emosinya ini akan membawa kepada pertengkaran dan pergaduan yang seringkali terjadi. Salah satu tugas perkembangan yang harus dikuasai oleh seorang remaja agar berkembang menjadi remaja berkeperibadian yang baik adalah membina hubungan sosial dengan rakan sebaya maupun dengan orang dewasa selain dari guru dan ibubapa. Remaja dapat menunjukkan prestasi maksimum dalam belajar jika ia diterima dan dikagumi dalam kelompok rakan sebayanya dan mampu memecahkan masalah sosial secara baik dengan orang dewasa terutama ibubapa dan orang-orang dewasa lainnya. Kita perlu memahami bahawa bahwa perkembangan sosial remaja perlu difahami oleh guru dan juga orang-orang disekelilingnya kerana perkembangan sosial sangat penting untuk mengembangkan potensi diri keperibadian dan prestasi belajar seorang remaja. 2. PENGERTIAN PERKEMBANGAN SOSIAL Hubungan sosial merupakan hubungan antara manusia yang saling memerlukan antara satu sama lain. Hubungan sosial dimulai dari peringkat yang sederhana yang berlatarbelakangkan oleh kehendak yang sederhana. 1

Upload: zul-alok

Post on 19-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Kesihatan Seksualiti

PKE3101 Pendidikan Kesihatan Seksualiti

1. PENDAHULUAN

Masa remaja disebut juga masa untuk mencari identiti diri (self identity). Usaha mencari identiti

banyak dilakukan dengan menunjukkan perlakuan suka mencuba-cuba, imiginasi atau identifikasi.

Ketika remaja gagal menemukan identiti dirinya, dia akan mengalami krisis identiti (identity

confusion), sehingga memungkinkan sistem kepribadian yang terbentuk bukan menggambarkan

keadaan dirinya yang sebenarnya. Reaksi-reaksi dan ekspresi emosi yang masih goyah dan

belum dapat dikawal pada zaman remaja akan menberi kesan terhadap kehidupan pribadi maupun

sosialnya pada masa akan datang. Remaja sebegini akan sering merasa tertekan dan bermuram

durja atau menjadi orang yang sentiasa berperilaku agresif. Ketidakstabilan emosinya ini akan

membawa kepada pertengkaran dan pergaduan yang seringkali terjadi.

Salah satu tugas perkembangan yang harus dikuasai oleh seorang remaja agar berkembang

menjadi remaja berkeperibadian yang baik adalah membina hubungan sosial dengan rakan

sebaya maupun dengan orang dewasa selain dari guru dan ibubapa. Remaja dapat menunjukkan

prestasi maksimum dalam belajar jika ia diterima dan dikagumi dalam kelompok rakan sebayanya

dan mampu memecahkan masalah sosial secara baik dengan orang dewasa terutama ibubapa

dan orang-orang dewasa lainnya. Kita perlu memahami bahawa bahwa perkembangan sosial

remaja perlu difahami oleh guru dan juga orang-orang disekelilingnya kerana perkembangan sosial

sangat penting untuk mengembangkan potensi diri keperibadian dan prestasi belajar seorang

remaja.

2. PENGERTIAN PERKEMBANGAN SOSIAL

Hubungan sosial merupakan hubungan antara manusia yang saling memerlukan antara

satu sama lain. Hubungan sosial dimulai dari peringkat yang sederhana yang berlatarbelakangkan

oleh kehendak yang sederhana. Seseorang manusia yang semakin dewasa, keperluannya akan

menjadi semakin kompleks dan dengan demikian, peringkat hubungan sosial juga akan

berkembang menjadi lebih kompleks. Pada waktu perkembangan seorang remaja, dia bukan saja

memerlukan orang lain demi memenuhi keperluan peribadinya, tetapi juga bermaksud bahawa

perkembangan sosialnya adalah berkembang mengikut peringkat hubungan antara manusia

dengan meningkatnya keperluan hidup manusia.

Syamsu Yusuf (2007)  menyatakan bahwa perkembangan sosial merupakan pencapaian

kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial pula didefinisikan sebagai proses

belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok, moral dan tradisi agar bersatu

dan saling berkomunikasi serta berkerjasama dengan anggota masyarakat yang lain dengan

harmoni..

1

Page 2: Pendidikan Kesihatan Seksualiti

PKE3101 Pendidikan Kesihatan Seksualiti

  Pada awalnya, manusia dilahirkan dengan belum bersifat sosial, dalam erti lain belum

memiliki kemampuan untuk berinteraksi dengan orang lain. Kemampuan sosial anak diperolehi

dari berbagai pergaulan dan pengalaman dengan orang-orang disekelilingnya. Keperluan

berinteraksi dengan orang lain bermula ketika berusia enam bulan. Pada waktu ini, mereka telah

mampu mengenal orang lain, terutamanya ibu dan anggota keluarganya. Mereka mulai mampu

membezakan erti senyum dan perlakuan sosial lain, seperti marah (tidak senang mendengar suara

keras), sedia dan kasih sayang.

Sunarto dan Hartono (1999) menyatakan bahawa hubungan sosial (sosialisasi) merupakan

hubungan antara manusia yang saling memerlukan antara satu sama lain. Hubungan sosial

bermula dari peringkat yang sederhana dan terbatas, yang dasari oleh keperluan yang sederhana.

Seorang remaja yang semakin dewasa, keperluan manusia menjadi kompleks dan dengan

demikian peringkat hubungan sosial juga berkembang menjadi semakin kompleks.

3. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN SOSIAL REMAJA

Pada waktu ini, keperluanan remaja telah cukup kompleks, persekitaran interaksi sosial

dan pergaulan remaja telah semakin luas. Mereka mulai memiliki kesanggupan menyesuaikan diri

sendiri (egosentris) kepada sikap yang kooperatif (bekerjasama) atau sosiosentris (memperhatikan

kepentingan orang lain). Bagi menyesuaikan diri terhadap persekitarannya, remaja telah mulai

memperlihatkan dan mengenal berbagai norma pergaulan, yang berbeza dengan norma yang

berlaku sebelumnya di dalam keluarganya.

·           Pada masa remaja juga, mereka mulai memperlihatkan dan mengenal berbagai norma

pergaulan. Pergaulan sesama rakan yang berlainan jenis akan dirasakan sangat penting, tetapi

secara bersembunyi, kerana di samping harus memperhatikan norma pergaulan sesama rakan

remaja juga terselip pemikiran adanya keperluan masa depan untuk memilih teman hidup.

·        

Ketika remaja semakin berkembang ”social cognition”, iaitu kemampuan untuk memahami

orang lain juga semakin berkembang. Ramaja memahami orang lain sebagi individu yang unik,

sama ada berkaitan sifat peribadi, minat, nilai, dan juga perasaannya. Menurut Erick Erison,

bahawa masa remaja terjadi semasa krisis iaitu semasa mencari identiti diri. Beliau berpendapat

bahwa menemukan identiti diri seseorang didorong oleh sosiobudaya dalam lingkungannya.

Namun menurut Freud, kehidupan sosial remaja didorong oleh dan berorientasi pada kepentingan

seksual.

·        

Pada masa ini juga berkembang sikap ”conformity”, iaitu kecenderungan untuk menyerah

atau mengikuti pendapat, nilai, kebiasaan, kegemaran atau keinginan orang lain iaitu teman

2

Page 3: Pendidikan Kesihatan Seksualiti

PKE3101 Pendidikan Kesihatan Seksualiti

sebaya. Apabila kelompok teman sebaya yang diikuti menunjukkan sikap dan perlakuan yang

secara moral dan agama dapat dipertanggungjawabkan maka kemungkinan besar remaja tersebut

akan menampilkan keperibadinya yang baik. Sebaliknya, apabila kelompoknya itu menampilkan

sikap dan perlakuan yang tidak mengendahkan nilai-nilai moral maka kemungkinan besar remaja

ini akan berperlakuan seperti kelompoknya tersebut.

·        

Kehidupan sosial seorang remaja juga ditunjukkan dengan menonjolnya fungsi intelektual

dan emosinya. Remaja sering mengalami sikap hubungan sosial yang tertutup iaitu lebih

memendap masalah yang dialaminya daripada orang disekelilingnya. Selain itu, pergaulan remaja

banyak wujud dalam bentuk kelompok – kelompok, sama kelompok besar maupun kelompok kecil.

Proses menjadi ke arah lebih dewasa, dunia sosial dan personal seseorang remaja itu akan

menjadi lebih luas dan kompleks dibandingkan dengan masa-masa sebelumnya. Semakin

meningkat dewasa, seseorang individu memasuki peranan kehidupan yang lebih luas. Pola dan

tingkah laku sosial orang dewasa berbeza dalam beberapa hal dari golongan remaja. Perbezaan

tersebut tidak disebabkan oleh perubahan fizikal dan kognitif yang berkaitan dengan penuaan

semata-mata, tetapi lebih disebabkan oleh pengalaman-pengalaman hidup yang diharunginya

dalam lingkungan keluarga, persekitaran dan pekerjaan.

Perkembangan sosial yang baik, seorang remaja dapat menyesuaikan dirinya dengan

kelompok teman sebayanya dan juga dengan masyarakat disekitarnya. Proses belajar di sekolah

akan membantu dalam mematangan perkembangan sosial dan dapat dimanfaatkan dengan

memberikan tugas-tugas kelompok, sama ada yang memerlukankan tenaga fizikal maupun tugas

yang memerlukan buah fikiran. Ini perlu dilakukan agar remaja dapat belajar tentang sikap dan

kebiasaan dalam bekerjasama, saling menghormati dan lebih bertanggungjawab.

4. TINGKAH LAKU SOSIAL REMAJA

Waktu remaja adalah zaman suka mencuba melakukan peranan sosial yang baru yang

memerlukan remaja bertingkahlaku sosial tertentu. Dalam suasana mencuba melaksanakan

peranan sosial dan tingkahlaku sosial yang baru ini, remaja akan dapat mengalami berbagai

rintangan dan kegagalan. Terdapat banyak tingkahlaku sosial remaja yang khusus yang penting

untuk difahami, iaitu :

i.    Tertarik terhadap jantina yang berlainan jenis.

Perkara ini merupakan suatu perubahan hubungan sosial yang amat menonjol pada zaman

remaja. Tertarik terhadap jantina berlainan dapat dilihat dari kegembiraan dalam kelompok

anggota yang kelompok anggotanya heterogan, iaitu terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan

3

Page 4: Pendidikan Kesihatan Seksualiti

PKE3101 Pendidikan Kesihatan Seksualiti

yang sebelumnya remaja menyukai berkelompok dengan anggota kelompok yang homogen, iaitu

terdiri wanita sahaja atau kelompok remaja lelaki sahaja. Ada beberapa kriteria yang harus dimiliki

seorang remaja untuk menjadi popular, antaranya menonjolkan fizikal yang menarik seperti remaja

lelaki dengan bentuk tubuh yang gagah dan kacak dan wanita dengan wajah yang menawan dan

tubuh yang seimbang, sikap yang tenang namun periang, dan penuh perhatian ( Hurlock, 1980).

ii.    Kemandirian Bertingkahlaku Sosial.

Tingkahlaku remaja yang lainnya yang berkembang pada zaman remaja adalah tingkah

laku sosial yang mandiri, iaitu remaja memilih dan menentukan sendiri dengan siapa dia akan

kawan dan berhubung. Ini kerana remaja berusaha bergantung pada diri sendiri dalam

bersosialisasi maka adalah diharapkan remaja dapat mengambil keputusan yang tepat dalam

menghadapi orang-orang yang baru dalam situasi dan persekitaran yang baru, dan semua ini

memerlukan proses belajar.

iii. Suka Berkelompok.

Remaja suka berkumpul dengan rakan sebaya kerana ia merupakan keperluan pada masa

remaja. (Hurlock, 1980);

a.    Kelompok Rakan Rapat.

Kelompok ini muncul pada masa awal remaja atau puber yang terdiri dari dua atau tiga

orang rakan rapat dengan jenis kelainan yang sama. Dalam kelompok ini, mereka sering

saling tolong menolong menyelesaikan masalah antara mereka, sentiasa aman namun

pertengkaran juga akan berlaku tetapi tidak dalam jangka waktu yang lama.

b.    Kelompok kecil.

Rakan yang dipilih cenderung yang sama minat dan sama pandangan dalam memahami

permasalahan hidup.

c.    Kelompok besar.

Kelompok ini terbentuk selari dengn peningkatan aktiviti remaja seperti kegiatan rekreasi,

kesenian, sukan, dan sebagainya.

4

Page 5: Pendidikan Kesihatan Seksualiti

PKE3101 Pendidikan Kesihatan Seksualiti

d.    Kelompok terorganisasi.

Kelompok ini merupakan kelompok remaja yang dikendali dan diurus oleh golongan

dewasa untuk tujuan pembinaan terhadap remaja. Kegiatannya terarah kepada kegiatan

yang bermanfaat bagi perkembangan remaja itu sendiri mahupun masyarakat.

e.    Kelompok Geng.

Kelompok ini dianggotai remaja yang ditolak atau tidak puas hati dalam kelompok

terorganisasi, lalu menggabungkan diri menjadi kelompok yang disebut geng.

Fungsi rakan sangat penting bagi remaja terutamanya sebagai tempat meluahkan

perasaan sama ada bahagia dan derita serta belajar cara-cara menghadapi masalah timbul kerana

tugas-tugas perkembangan yang harus mereka kuasai. Pada masa akhir remaja, rakan dari

berlainan jantina akan menjadi sangat penting walaupun rakan sesama jenis tetap diperlukan.

Rakan yang dipilih adalah mereka yang mempunyai kecenderung yang sama dari segi pandangan

dan memahami masalah kehidupan.

5. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIAL

Perkembangan sosial manusia dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu: keluarga,

kematangan anak, status ekonomi keluarga, tahap pendidikan dan kemampuan mental terutama

emosi dan kecerdikan

i. Keluarga

Keluarga merupakan persekitaran pertama yang memberikan pengaruh terhadap berbagai

aspek perkembangan anak, termasuk perkembangan sosialnya. Keadaan dan tatacara kehidupan

keluarga merupakan persekitaran yang kondusif bagi sosialisasi seorang anak. Di dalam keluarga

akan berlaku norma-norma kehidupan keluarga yang secara langsung mempengaruhi perlakuan

kehidupan seorang anak

Proses pendidikan yang bertujuan mengembangkan tingkahlaku dan potensi remaja lebih banyak

ditentukan oleh keluarga. Pola pergaulan dan bagaimana norma dalam menempatkan diri

terhadap persekitaran yang lebih luas ditetapkan dan diarahkan oleh keluarga. Antara faktor –

faktor keluarga yang mempengaruhi perkembangan sosial remaja adalah;

5

Page 6: Pendidikan Kesihatan Seksualiti

PKE3101 Pendidikan Kesihatan Seksualiti

a) Keberfungsian Keluarga

Keluarga yang fungsional (normal) iaitu keluarga yang telah mampu melaksanakan

fungsinya dengan baik dan sempurna iaitu keluarga yang saling memperhatikan dan mencintai,

bersikap terbuka dan jujur, ibubapa boleh mendengar luahan dan pendapat anak, menerima

perasaannya dan menghargai pendapatnya, ada “Sharing” masalah atau pendapat diantara

keluarga, mampu berjuang mengatasi masalah hidupnya, saling menyesuaikan dirinya dan

mengakomodasi, ibubapa melindungi anak, komunikasi antara anggota keluarga berlangsung

dengan baik, keluarga memenuhi keperluan psikososial anak dan mewariskan nilai – nilai budaya,

dan mampu beradaptasi dengan perubahan yang terjadi.

Apabila dalam suatu keluarga tidak mampu menerapkan atau melaksanakan fungsi –

fungsi seperti diatas, keluarga tersebut mengalami disfungsi yang akhirnya akan merosak

keutuhan dan keharmonian keluarga tersebut (khususnya terhadap perkembangan keperibadian

seorang remaja. Ciri – ciri keluarga yang mengalami disfungsi adalah kematian salah satu atau

kedua ibubapa, berlakunya perceraian, hubungan kedua ibubapa tidak baik, hubungan ibubapa

dengan anak tidak baik, suasana rumah tangga yang sentiasa tegang, ibubapa yang sentiasa

sibuk dan jarang berada di rumah, dan salah satu atau kedua ibubapa mengalami kelainan

kepribadian atau gangguan emosi (personality or psychological disorder).

b) Pola Hubungan Keluarga

Peck (1970) telah meneliti hubungan antara ciri-ciri emosional dan pola perlakuan keluarga

dengan elemen – elemen struktur keperibadian remaja. iaitu sebagai berikut:

i. Remaja yang memiliki “ego strenght” secara konsisten berkaitan rapat dengan

pengalamannya dipersekitaran keluarga yang saling mempercayai dan menerima.

ii. Remaja yang memiliki “super ego strenght”, sangat berkaitan rapat dengan

keteraturan dan konsistensi kehidupan keluarganya.

iii. Remaja yang “friendliness” dan “spontanetty”, berhubungan rapat dengan iklim

keluarga yang demokratis.

iv. Remaja yang bersikap bermusuhan dan memiliki perasaan gelisah atau cemas

terhadap dorongan – dorongan dari dalam datang dari keluarga yang autolitarian

c) Kelas Sosial dan Status Ekonomi

Pikunas (1976) mengemukakan pendapat Becker, Deutsch, Kohn dan Sheldon, tentang

6

Page 7: Pendidikan Kesihatan Seksualiti

PKE3101 Pendidikan Kesihatan Seksualiti

kaitan antara kelas sosial dengan cara atau teknik ibubapa dalam mengatur anak, iaitu:

i. Kelas Bawah (Lower Class) cenderung lebih keras dalam “toilet training” dan lebih

sering menggunakan hukuman fizikal, dibandingkan dengan kelas menengah.

ii. Kelas Menengah (Middle Class) cenderung lebih memberikan pengawasan, dan

perhatiannya sebagai ibubapa.

iii. Kelas Atas (Upper Class) cenderung memanfaatkan waktu lapang keluarga dengan

kegiatan – kegiatan tertentu, lebih memiliki latar belakang pendidikan yang

reputasinya tinggi, dan biasanya senang mengembangkan apresiasi estetika seorang

anak

ii. Persekitaran Sekolah

Sekolah merupakan institusi pendidikan rasmi yang bertanggungjawab untuk memberikan

pendidikan untuk siapapun yang berhak. Oleh kerana itu, remaja banyak menghabiskan waktunya

di sekolah semenjak berumur empat tahun. Dengan demikian, sekolah banyak mempengaruhi

tingkahlaku remaja khususnya tingkah laku sosialnya.

iii. Pengaruh Rakan Sebaya

Kelompok rakan sebaya memungkinkan remaja belajar keterampilan sosial,

mengembangkan minat yang sama dan saling membantu dalam mengatasi masalah dalam rangka

mencapai berbergantungan terhadap diri sendiri. Rakan sebaya dijadikan tempat memperoleh

sokongan dan kekuatan, serta digunakan untuk melepaskan diri dari bergantung terhadap

ibubapa. Peranan rakan sebaya bagi perkembangan sosial remaja amat penting dan besar sekali

pengaruhnya, maka apabila terjadi penolakan dari kelompok rakan sebaya ia dapat menghambat

kemajuan dalam hubungn sosial. Penolakan sosial dapat menghancurkan kehidupan remaja yang

sedang mencari identiti diri. (Campbel, 1969)

iv. Kematangan anak

Bersosialisasi memerlukan kematangan fizikal dan psikologi seorang remaja. Ini kerana

untuk mampu mempertimbangan sesuatu dalam proses sosial, memberi dan menerima pendapat

orang lain, memerlukan kematangan intelektual dan emosi. Di samping itu, ia juga ditentukan oleh

kemampuan berbahasa. Dengan demikian, untuk mampu bersosialisasi dengan baik remaja

memerlukan kematangan fizikal sehingga setiap orang fizikalnya telah mampu menjalankan

fungsinya dengan baik.

7

Page 8: Pendidikan Kesihatan Seksualiti

PKE3101 Pendidikan Kesihatan Seksualiti

v. Status Sosial Ekonomi

Kehidupan sosial banyak dipengaruhi oleh keadaan atau status kehidupan sosial keluarga

dalam persekitaran masyarakat. Masyarakat akan memandang remaja, bukan sebagai anak yang

bebas, akan tetapi akan dipandang dalam konteksnya yang kekal dalam keluarga remaja itu.

Seperti soalan “ia anak siapa”. Secara tidak langsung dalam pergaulan sosial remaja, masyarakat

dan kelompoknya akan menilai norma yang berlaku di dalam keluarganya.

Dari pihak remaja itu sendiri, perlakuannya akan banyak memperlihatkan keadaan normatif

yang telah ditanamkan oleh keluarganya. Sehubungan dengan itu, dalam kehidupan sosial remaja

akan sentiasa “menjaga” status sosial dan ekonomi keluarganya. Dalam hal tertentu, maksud

“menjaga status sosial keluarganya” itu mengakibatkan remaja menempatkan dirinya dalam

pergaulan sosial yang tidak tepat. Hal ini akan mengakibatkan remaja mengalami masalah sosial

yang lebih parah, iaitu anak menjadi “terisolasi” dari kelompoknya. Selain itu, mereka akan

membentuk kelompok elit dengan normanya sendiri.

6. Kapasiti Mental, Emosi, dan Intelektual

Kemampuan berfikir banyak mempengaruhi dalam banyak perkara untuk seseorang

remaja seperti kemampuan belajar, menyelesaikan masalah, dan berbahasa. Remaja yang

berkemampuan intelektual tinggi akan berkemampuan berbahasa secara baik. Oleh kerana itu

kemampuan intelektual tinggi, kemampuan berbahasa baik, dan pengendalian emosional secara

seimbang sangat menentukan keberhasilan dalam perkembangan sosial remaja. Sikap saling

mengerti dan kemampuan memahami orang lain merupakan modal utama dalam kehidupan sosial

dan hal ini akan dengan mudah dicapai oleh remaja yang berkemampuan intelektual tinggi.

Dari beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi tingkahlaku remaja d iatas, tiga faktor

pertama merupakan faktor penting yang sangat mempengaruhi tingkah laku sosial remaja.

6. PENGARUH PERKEMBANGAN SOSIAL TERHADAP TINGKAH LAKU

Dalam perkembangan sosial remaja, mereka dapat memikirkan dirinya dan orang lain.

Pemikiran itu wujud dalam refleksi diri, yang sering mengarah untuk menilai diri dan mengkritik dari

hasil pergaulannya dengan orang lain. Hasil pemikiran dirinya tidak akan diketahui oleh orang lain,

serta sering menyembunyikannya atau  merahasiakannya.

8

Page 9: Pendidikan Kesihatan Seksualiti

PKE3101 Pendidikan Kesihatan Seksualiti

Pikiran remaja sering dipengaruhi oleh idea-idea dari teori-teori yang menyebabkan sikap

kritis terhadap situasi dan orang lain, termasuk kepada ibubapanya. Kemampuan abstraksi remaja

menyebabkan mereka sering menyalahkan kenyataan dan peristiwa-peristiwa menurut fahaman

dan fikirannya.

Di samping itu pengaruh egoisentris sering terlihat, diantaranya seperti :

i. Cita-cita dan idealisme yang baik, terlalu menitikberatkan pemikiran sendiri, tanpa

memikirkan akibatnya yang mungkin menyebabkan tidak berhasilnya menyelesaikan

persoalan.

ii. Kemampuan berfikir dengan mengeluarkan pendapat mereka sendiri tetapi tidak disertai

dengan pendapat orang lain dalam penilaiannya.

Melalui banyak pengalaman dan penghayatan  kenyataan serta sering menghadapi

pendapat orang lain, maka sikap ego semakin berkurang dan diakhir masa, remaja sudah sangat

kecil rasa egonya sehingga mereka dapat bergaul dengan baik.

8. PENUTUP

Perkembangan sosial bererti memperolehi kemampuan berperilaku yang sesuai dengan

tuntutan sosial dengan berperilaku yang dapat diterima secara sosial, memenuhi tuntutan yang

diberikan oleh kelompok sosial, dan memiliki sikap yang positif terhadap kelompok sosialnya.

Perkembangan sosial akhir masa kanak-kanak ditandai dengan anak itu memasuk Tahun 1 si

sedkolah rendah. Pada masa ini biasanya ibubapa akan memberikan hanya sedikit waktunya

untuk berinteraksi dengan anak, sosialisasi di sekolah pada umumnya berlaku kerana minat dan

aktiviti bersama yang dilakukan oleh pelajar sekolah rendah, lebih banyak meluangkan waktu

untuk rakan sebaya dan mulai membentuk hub. peer group (geng) lebih cenderung dengan rakan

perempuan.

Perkembangan sosial pada masa remaja (pudertas) merupakan masa yang unik iaitu,

masa mencari identiti diri dan ditandai dengan perkembangan fizikal dan psikologi remaja. Pada

masa ini sosialisasi remaja lebih luas dan berkembang, mereka mulai menjalin hubungan dengan

rakan-rakan berlainan jantina. Pada waktu ini, remaja lebih mementingkan rakan dari pada

keluarga dan mulai timbul banyak pertentangan dengan ibubapa. Mereka umumnya belum bekerja

dan masih belum mampu menyara dirinya sendiri.

Oleh kerana itu sebaiknya ibubapa harus memerhatikan secara khusus perkembangan

anak remaja mereka sehingga mereka mampu untuk membezakan dan memilih mana yang baik

dan buruk untuk dirinya (dewasa). Tetapi tidak dengan bersikap autolitarian terhadap anak, supaya

9

Page 10: Pendidikan Kesihatan Seksualiti

PKE3101 Pendidikan Kesihatan Seksualiti

mereka merasa lebih tenang dan tidak takut untuk menceritakan konflik-konflik yang terjadi selama

masa perkembangannya.

 

 

 

 

10

Page 11: Pendidikan Kesihatan Seksualiti

PKE3101 Pendidikan Kesihatan Seksualiti

RUJUKAN

Hurlock, Elizabeth, B., (2006). Psikologi Perkembangan. Jakarta, Indonesia : Erlangga.

Hurlock, Elizabeth, B., (1993). Perkembangan Anak, Jakarta, Indonesia : Erlangga.

Monks, F.J Konoeks, AMP., Haditono, SR., (2000). Psikologi Perkembangan Dalam Berbagai Bagiannya, Yogyakarta: Gajah Mada University Press.

Santrock, (2003). Life Span Developmen. Boston: McGraww Hill College.

Nachiappan., Supian, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Psikologi Pendidikan. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2002). Psikologi Pendidikan : Pendekatan Kontemporari. Malaysia : McGraw-Hill Education.

11