pendidikan kesihatan

25
1 1.0 PENGENALAN Menurut Marx & Wooley (1998), Pendidikan Kesihatan ialah pembelajaran di  bilik darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal, mental, emosi dan sosial untuk memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran berkenaan kesihatan. Perancangan kurikulum ini adalah untuk membantu dan memotivasikan murid untuk mengekalkan serta meningkatkan kesihatan, mencegah serta mengurangkan risiko tingkah laku yang berkaitan dengan kesihatan secara menyeluruh. Green (1980) pula mengatakan bahawa pendidikan kesihatan merupakan sebarang pengalaman pembelajaran yang dibentuk bagi memudahkan adaptasi atau tingkah laku yang kondusif terhadap kesihatan. Pendidikan kesihatan pula ditakrifkan oleh Anspaugh & Enzell (1995) sebagai satu proses yang mengembang dan membekalkan pengalaman pembelajaran yang terancang dalam acara untuk memberi maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku. Daripada definisi pendidikan kesihatan di atas, jelas menunjukkan ianya bukan hanya fokus kepada aspek fizikal atau psikomotor tetapi juga menitik beratkan kesihatan yang menyeluruh untuk menggerakkan setiap individu ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pendedahan terhadap pendidikan kesihatan ini perlu dibuat sejak sekolah rendah supaya murid-murid dapat mengamalkan cara hidup yang betul dan positif. Mereka juga lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dan perubahan dalam hidup mereka seperti perubahan fizikal semasa akil baligh. Kepentingan Pendidikan Kesihatan menjadi terserlah apabila setiap individu yang dididik untuk memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan  pengalaman pendidikan kesihatan akan dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai  budaya masyarakat. Dengan adanya kebolehan ini, mereka pasti sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.

Upload: jackylch824875

Post on 13-Oct-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pendidikan Kesihatan

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANMenurut Marx & Wooley (1998), Pendidikan Kesihatan ialah pembelajaran di bilik darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal, mental, emosi dan sosial untuk memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran berkenaan kesihatan. Perancangan kurikulum ini adalah untuk membantu dan memotivasikan murid untuk mengekalkan serta meningkatkan kesihatan, mencegah serta mengurangkan risiko tingkah laku yang berkaitan dengan kesihatan secara menyeluruh. Green (1980) pula mengatakan bahawa pendidikan kesihatan merupakan sebarang pengalaman pembelajaran yang dibentuk bagi memudahkan adaptasi atau tingkah laku yang kondusif terhadap kesihatan. Pendidikan kesihatan pula ditakrifkan oleh Anspaugh & Enzell (1995) sebagai satu proses yang mengembang dan membekalkan pengalaman pembelajaran yang terancang dalam acara untuk memberi maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku.Daripada definisi pendidikan kesihatan di atas, jelas menunjukkan ianya bukan hanya fokus kepada aspek fizikal atau psikomotor tetapi juga menitik beratkan kesihatan yang menyeluruh untuk menggerakkan setiap individu ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pendedahan terhadap pendidikan kesihatan ini perlu dibuat sejak sekolah rendah supaya murid-murid dapat mengamalkan cara hidup yang betul dan positif. Mereka juga lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dan perubahan dalam hidup mereka seperti perubahan fizikal semasa akil baligh.Kepentingan Pendidikan Kesihatan menjadi terserlah apabila setiap individu yang dididik untuk memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan kesihatan akan dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat. Dengan adanya kebolehan ini, mereka pasti sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.

2.0 TUNJANG PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KBSRTerdapat enam tunjang pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan KBSR. Keenam-enam tunjang pembelajaran ini terdiri daripada i. Kecergasan fizikalii. Kemahiraniii. Kesukananiv. Kesihatan Diri dan Keluargav. Gaya Hidup Sihatvi. Kebersihan dan Keselamatan PersekitaranDalam menyempurnakan tugasan ini, buku sumber yang dihasilkan berfokus kepada tiga tunjang pembelajaran yang terakhir.

2.1 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGADalam tunjang pembelajaran Kesihatan Diri dan Keluarga terdapat tiga subtopik, iaitu Kesihatan Diri, Perasaan dan Kekeluargaan.2.1.1 KESIHATAN DIRIA. Pengenalan kepada Sistem ReproduktifSistem reproduktif berfungsi untuk menghasilkan zuriat. Namun begitu, organ reproduktif lelaki adalah berbeza dengan organ reproduktif perempuan.Sistem Reproduktif

LelakiPerempuan

ZakarVagina

Glans ZakarTiub Fallopio

TestisOvari

SkrotumUterus

B. Akil Baligh dan Perubahan FizikalSeksualiti ialah kesedaran kita terhadap perubahan pada fizikal, tingkah laku dan fungsi sistem reproduktif. Kesedaran ini akan timbul apabila kita telah akil baligh. Apabila mula mengalami kedatangan haid bagi orang perempuan dan ihtilam bagi orang lelaki, kita dikatakan telah akil baligh. Pada masa ini, sistem reproduktif kita mula berfungsi dan perubahan fizikal secara beransur-ansur akan berlaku.

i. Kitaran HaidHaid ialah darah yang keluar daripada faraj selama beberapa hari pada setiap bulan. Sistem reproduktif perempuan mula berfungsi apabila berlaku kedatangan haid.Haid akan mula dialami seawal umur lapan tahun bergantung kepada faktor keturunan dan pemakanannya. Pusingan dan tempoh kedatangan haid seseorang perempuan berbeza antara satu sama lain. Biasanya haid dialami sekali dalam sebulan dan tempohnya antara tiga hari hingga tujuh hari.Seseorang remaja perempuan harus mengetahui tarikh kedatangan haid yang berikutnya dengan menentukan pusingan haidnya. Semasa kedatangan haid, dia perlu menggunakan tuala wanita dan menukarkan tuala itu dengan yang baru mengikut keperluan. Tuala yang telah digunakan perlu dicuci dengan air, membungkus dan membuangnya ke dalam tong sampah. Kebersihan kemaluan perlu dijaga.

ii. IhtilamIhtilam ialah air mani yang keluar secara tidak disedari semasa seseorang remaja lelaki bermimpikan sesuatu yang memberahikan. Kejadian ini berlaku apabila sistem reproduktif seseorang lelaki telah mula berfungsi. Umur seseorang remaja lelaki mengalami ihtilam dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitarannya.Ihtilam adalah satu ciri pertumbuhan yang normal. Selepas mengalami ihtilam, seseorang lelaki perlu membersihkan anggota tubuh dan menggantikan pakaian yang telah kotor dengan pakaian yang bersih. Dia harus sedar bahawa dia akan mengalami perubahan fizikal dan perubahan perasaan akibat tindakan hormon dalam badan pada peringkat pertumbuhan ini.

Berat badan bertambahDada dan bahu melebariii. Perubahan Fizikal Yang Dialami Oleh Remaja Lelaki

Bulu tumbuh di muka dan badanSuara menjadi garauOtot lengan membesarBentuk badan berubahTumbuh bulu ketiakTumbuh bulu pubisTumbuh jerawatKetinggian meningkat

iv. Perubahan Fizikal Yang Dialami Oleh Remaja Perempuan

Suara berubah daripada suara keanak-anakan kepada suara matangTumbuh jerawatPunggung melebarBerat badan berubahBentuk badan berubahTumbuh bulu ketiakTumbuh bulu pubisPayu dara membesarKetinggian meningkat

B. PERASAANi. Memahami Perasaan

Saya kecewa kerana tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan baru-baru ini.Yeah, saya dapat 5A dalam UPSR!

Patung kesayangan saya telah hilang!!Cis, berani betul kamu merosakkan kereta permainan saya! ii. Mengawal PerasaanKita akan mengalami perasaan yang positif dan negatif dalam kehidupan seharian kita. Perasaan positif seperti gembira perlu dikekalkan manakala perasaan negatif seperti marah, dendam, murung, kecewa, sedih, tersinggung dan muram patut dikawal dengan baik. Kita boleh mengawal perasaan negatif dengan berbincang, mendapat khidmat kaunseling dan bersukan.C. KEKELUARGAANi. Keluarga BahagiaHubungan kekeluargaan ialah faktor penting dalam menentukan keharmonian keluarga. Kita harus menghormati orang yang lebih dewasa daripada kita. Sebaliknya, orang dewasa juga perlu menghormati pendapat orang yang lebih muda daripada mereka. Dengan ini, keadaan yang sejahtera dalam keluarga dapat dipupuk.

ii. Penyesuaian Remaja Dalam Kehidupan HarianPerubahan dari segi fizikal, emosi, rohani, mental dan sosial boleh mendatangkan kekecohan dalam keluarga jika tidak ditangani dengan bijaksana. Remaja perlu mengamalkan nilai-nilai murni dan positif untuk membentuk hubungan sosial yang sihat dengan ahli keluarga, rakan dan jiran.Tindakan-tindakan dari pelbagai aspek boleh dilakukan oleh remaja dalam menyesuaikan diri dalam perubahan yang berlaku seperti yang disyorkan di bawah:Aspek FizikalAspek EmosiAspek Sosial

Mengambil makanan secara sihatMelibatkan diri dalam aktiviti keagamaanMemilih kawan yang baik dan berbudi pekerti mulia

Bersenam dan beriadah agar sentiasa sihatBerbincang dan dapatkan nasihat daripada kaunselor, guru dan ibu bapaMenyertai aktiviti kokurikulum di sekolah

Sentiasa menjaga kebersihan dan penampilan diriMengisi masa lapang dengan berfaedahMelakukan aktiviti bersama-sama keluarga

Dengan adanya penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang dicadangkan, remaja bukan sahaja dapat menjelaskan langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah remaja, mereka juga belajar untuk membincangkan dan meluahkan perasaan terhadap rakan sebaya, keluarga dan orang lain. Mereka juga dapat memupuk nilai murni seperti menghormati pandangan ahli keluarga, rakan sebaya dan orang lain.

PENILAIAN 1Padankan ciri-ciri setelah akil baligh pada anggota badan lelaki dan perempuan dengan betul. Dada dan bahu melebar Payu dara membesar Punggung melebar Bulu tumbuh di muka dan badan Tumbuh jerawat Tumbuh bulu pubis Suara menjadi garau 1. ___________________________________

2. ____________________________________

3. ____________________________________

4. ____________________________________

1. ___________________________________

2. ____________________________________

3. ____________________________________

4. ____________________________________PENILAIAN 2

1. Senaraikan tiga salah laku di kalangan murid di sekolaha.__________________________________________________________b. __________________________________________________________c. __________________________________________________________Jawab semua soalan di bawah.

3. Menjaga harta benda awam adalah tanggungjawab bersama. Namakan tiga jenis harta benda awam yang perlu kita jaga.a.________________________________________________________b. ________________________________________________________c. ________________________________________________________2. Nyatakan tiga cadangan bagi mengatasi salah laku murid.a.__________________________________________________________b. __________________________________________________________c. __________________________________________________________

2.2 GAYA HIDUP SIHATTunjang Gaya Hidup Sihat pula terdiri daripada Pemakanan Sihat dan Penyalahgunaan Bahan.A. PEMAKANANi. Piramid MakananMurid-murid perlu memahami kumpulan makanan berdasarkan piramid makanan. Kita perlu mematuhi panduan pengambilan makanan pada kadar yang disyorkan mengikut kumpulan dan jenis makanan dalam piramid makanan supaya kita mengamalkan pengambilan makanan seimbang.

Piramid Makanan

ii. Kadar Pengambilan MakananMakanan dibahagikan kepada 4 kumpulan makanan, iaitu karbohidrat, vitamin, protein dan lemak. Kumpulan MakananJenis-jenis MakananKadar Pengambilan Makanan

KarbohidratNasi, roti, bijirin, ubiMakan lebih banyak 8-12 sajian

ProteinIkan, daging, ayam, susu, telurMakan sederhana1-2 sajian

VitaminSayur-sayuran dan buah-buahanMakan banyakSekurang-kurangnya 5 sajian

LemakMinyak, mentegaMakan sedikit sahaja

iii. Pentingnya Makanan SeimbangKarbohidrat membekalkan tenaga untuk kerja dalam hidup seharian manakala vitamin berfungsi untuk menyihatkan badan kita dengan memelihara fungsi dan melindungi kita daripada sakit. Protein membekalkan nutrien untuk membantu dalam tumbesaran kita dengan membina sel-sel baru dan merupakan elemen yang penting dalam pembentukan tulang dan gigi. Lemak pula menyediakan tenaga jangka panjang, membantu pembuatan hormon dan membantu mengatur suhu badan kita.Dengan adanya makanan seimbang, badan kita dapat berfungsi dalam keadaan yang optimum dan dapat menghindari kita daripada terjebak dalam penyakit seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

B. PENGURUSAN KONFLIK DAN STRESKonflik ialah satu situasi yang memaksa kita memilih dan membuat keputusan tentang dua matlamat. Matlamat tersebut mungkin bertentangan antara kemahuan diri dengan kemahuan orang lain, atau kedua-dua matlamat itu ialah kemahuan diri sendiri.Stres pula berlaku akibat emosi yang tidak stabil. Kita akan berasa kecewa, marah dan murung. Jika keadaan ini bertambah serius, kita berisiko mendapat gangguan mental.Pengendalian konflik dan stres yang tidak baik boleh mendatangkan kesan pada kesihatan seperti sakit kepala, sukar tidur, hilang selera makan dan denyutan jantung meningkat. Kita perlu mengatasi konflik dan stres ini dengan melakukan aktiviti rekreasi, bersenam, berbincang dengan ibu bapa dan beribadat. Konflik Stres

C. PENYALAHGUNAAN BAHANPenyalahgunaan bahan yang akan dibincangkan dalam bahagian ini ialah ubat, racun, alkohol dan dadah.i. Ubat Ubat digunakan untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Ia wujud dalam pelbagai bentuk seperti yang ditunjukkan dalam gambar, iaitu pil, kapsul, cecair dan krim. Ubat-ubatan perlu diambil mengikut preskripsi doktor. Kesan sampingan daripada pengambilan ubat yang tidak mengikut arahan doktor boleh memudaratkan kesihatan badan kita.

Jenis ubat-ubatan yang digunakan untuk mencegah dan menyembuhkan penyakitPerkara-perkara berikut harus diambil perhatian supaya ubat yang diambil tidak mendatangkan kesan sampingan kepada kita. Mengambil ubat mengikut preskripsi doktor dan dos yang ditetapkan Mengambil ubat yang tidak tamat tarikh luputnya Mengambil ubat yang tidak mengandungi dadah atau alkohol Mengambil ubat dari hospital atau klinik yang berdaftar dengan kerajaan

ii. RacunRacun didefinisikan sebagai bahan yang menyebabkan kematian atau bahaya jika diserap oleh benda hidup. Bahan racun boleh didapati dalam bentuk cecair, pepejal debuan dan gas. Racun dibuat untuk keharmonian dan kesejahteraan manusia seperti racun tikus untuk membunuh tikus dan racun rumpai untuk membasmi rumput. Namun, jika tidak dikendalikan dengan baik, racun akan memudaratkan kita.

Jenis-jenis racun yang biasa digunakanJika kita tidak menggunakan racun dengan baik, ia akan mendatangkan kesan buruk seperti berikut: Racun serangga, racun rumpai dan peluntur menyebabkan mata menjadi kabur dan buta jika terkena pada mata Racun rumpai menyebabkan kematian jika termakan atau terminum Peluntur menyebabkan kulit terhakis apabila terkena pada kulit Gas amonia memudaratkan kesihatan jika terhidu baunya.

iii. AlkoholMinuman beralkohol atau minuman keras adalah seperti bir, wain dan samsu. Arak ini boleh memabukkan dan menyebabkan peminum tidak dapat berfikir dengan waras dan mengawal perlakuan mereka. Hidup kita akan lebih sihat tanpa mengambil minuman beralkohol.

iv. DadahDadah merupakan musuh utama negara kita. Ia boleh menyebabkan ketagihan sekiranya diambil secara berlebihan dan berterusan. Semua lapisan masyarakat harus bersama-sama membanteras penyalahgunaan dadah kerana kesan buruknya cukup untuk membinasakan diri kita dan negara. Kesan pengambilan dadah terhadap diri kita Fizikal menjadi kurus dan tidak bermaya Mengalami keresahan, ketakutan dan kemurungan Hilang tumpuan, kemerosotan daya ingatan dan berkhayal Terlibat dalam jenayah Terlibat dalam kemalangan maut apabila hilang kawalan semasa memandu Terdedah kepada penyakit AIDS kerana berkongsi jarum

Kesan pengambilan dadah terhadap keluarga Maruah dan nama baik keluarga tercemar Rumah tangga menjadi porak peranda Keluarga penagih disisih oleh masyarakat Keluarga penagih menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya Ibu yang menghidap penyakit AIDS akan menyebabkan anak kandungannya turut menghidap penyakit AIDS

Disebabkan kesan negatif yang parah daripada penyalahgunaan dadah, kita harus berhati-hati dan bersama-sama untuk mencegah pengambilan dadah dengan Patuh pada ajaran agama Mengamalkan cara hidup sihat Melibatkan diri dengan aktiviti luar bilik darjah Bijak memilih kawan Membincangkan masalah dengan orang yang dipercayai

Penilaian 3Siapkan teka silang kata berikut.

456

1

2

3

MELINTANG1. Kumpulan makanan yang membekalkan tenaga untuk kerja harian kita2. _________________ diperlukan paling sedikit dalam kumpulan makanan.3. Merupakan satu sumber protein yang baik

MENEGAK4. _________________ diperlukan untuk membina tisu badan yang rosak5. Kita boleh makan __________ untuk mendapatkan karbohidrat yang diperlukan.6. _________________ boleh diperoleh melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.Penilaian 4Jawab soalan-soalan berikut dengan lengkap.1. Nyatakan 4 jenis bahan yang akan memudaratkan kita jika tidak dikendalikan dengan baik.a. _____________________________ b.__________________________________c. _____________________________ d.__________________________________

2. Berikan 4 kesan penyalahgunaan dadah terhadap diri kitaa. ___________________________________________________________________b. ___________________________________________________________________c. ___________________________________________________________________d. ___________________________________________________________________

3. Senaraikan 4 cara untuk menghindarkan diri kita daripada penyalahgunaan dadah.a. ___________________________________________________________________b. ___________________________________________________________________c. ___________________________________________________________________d. ___________________________________________________________________

2.3 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARANTunjang Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran pula merangkumi Keselamatan Persekitaran, Penyakit Berjangkit dan Pertolongan Cemas.A. KESELAMATANi. Keselamatan Di Jalan RayaKita perlu mengutamakan keselamatan diri semasa menggunakan jalan raya. Amalan yang baik perlu dipupuk bagi mengelakkan berlakunya kemalangan di jalan raya. Semasa berjalan ke sekolah, pastikan kita berjalan dalam satu barisan di sebelah kanan jalan supaya kita dapat melihat kereta yang datang dari hadapan. Selain itu, kita juga perlu memakai topi keledar dan mengikatnya dengan kemas apabila membonceng motosikal. Kita juga perlu memastikan lampu dan brek basikal berfungsi sebelum berbasikal di jalan raya. Apabila menaiki bas, kita harus beratur supaya kita tidak terjatuh dan tercedera. Kita harus memandang ke kiri dan ke kanan jalan sebelum melintas agar kita boleh melintas jalan dengan selamat.

ii. Mematuhi Peraturan-peraturan Jalan RayaKita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan kemalangan. Antaranya ialah berhenti di setiap simpang , menggunakan jejantas untuk melintas jalan, melintas di lintasan zebra, mematuhi lampu isyarat jalan raya dan sebagainya.

iii. Tanda Keselamatan Jalan RayaPada tempat yang tertentu di jalan raya terdapat tanda keselamatan jalan raya yang berfungsi untuk menarik perhatian pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan jalan raya yang berkaitan. Sebagai pengguna yang bertanggungjawab, kita harus memahami dan mengenal pasti tanda-tanda keselamatan jalan raya.Berikut merupakan tanda keselamatan jalan raya yang biasa dijumpai.

Kanak-kanak melintasPerhentian BasLintasan Zebra

Laluan BasikalLampu IsyaratGunakan jejantas

B. PENYAKIT BERJANGKITi. Jenis Penyakit BerjangkitPenyakit berjangkit ialah penyakit yang boleh menular daripada individu kepada individu yang lain. Penyakit berjangkit yang biasa berlaku di sekeliling kita adalah seperti berikut.

Selsema hidung berair, sakit kepala, sakit kerongkong dan mata berairBatuk penyingkiran udara daripada paru-paru secara tiba-tiba dengan mengeluarkan bunyi yang kuatTaun cirit-birit dan muntah secara tiba-tiba dan berterusanDeman denggi demam yang mengejut, pening dan rasa sakit pada bahagian tulang sendi dan biji mata.Panau - bintik-bintik atau tompokan putih yang kadang-kala gatal pada bahagian kulit yang dijangkitiKurap - tompokan berwarna kemerah-merahan dan gatal-gatal pada bahagian kulit yang dijangkitiii. Cara Penyakit Berjangkit Merebak dan Langkah-langkah PencegahanCara MerebakLangkah-langkah pencegahan

UdaraApabila pesakit bersin atau batuk, titisan air terpercik ke udara. Seseorang yang dijangkiti virus dan bakteria ini boleh mengalami batuk dan selesema.Tutup hidung dan mulut dengan sapu tangan yang bersih apabila batuk atau bersin.

Gigitan SeranggaAir liur nyamuk Aedes mengandungi virus denggi. Seseorang yang terkena gigitan nyamuk ini akan dijangkiti demam denggi.Hapuskan semua tempat pembiakan nyamuk seperti tin dan botol kosong, periksa saluran air dan tutup bekas menyimpan air.

MakananMakanan tercemar akibat cara pengendalian yang kurang baik dan bersih. Seseorang yang dijangkiti bakteria daripada makanan ini boleh mengidap penyakit taun.

Pastikan persekitaran tempat memasak sentiasa bersih dan tudungkan makanan yang dihidang

AirTaun merebak melalui air. Penggunaan air yang tercemar akan membawa bersama bakteria dan boleh menyebabkan jangkitan penyakit.Minum air yang bersih dan telah dimasak serta gunakan air yang bersih untuk membasuh bahan makanan atau pinggan mangkuk.

SentuhanBerkongsi barangan peribadi dengan seseorang pesakit seperti sikat, tuala, pakaian dan kasut boleh menyebabkan jangkitan panau atau kurap.Elakkan berkongsi alatan peribadi dan pakai pakaian dan kasut yang bersih dan kering.

Adalah tanggungjawab kita semua untuk mencegah penyakit berjangkit sejak awal lagi. Masyarakat harus prihatin dan bertanggungjawab untuk menyumbangkan tenaga dan masa untuk menjaga kebersihan rumah, taman dan persekitaran. Dengan ini, penyakit berjangkit dapat dicegah dan dibasmi.

C. PERTOLONGAN CEMASi. Pertolongan CemasPertolongan cemas ialah rawatan pertama yang diberikan kepada pesakit atau mangsa kemalangan atau usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans dan doktor. Matlamat utama pertolongan cemas adalah untuk menyelamatkan nyawa, mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk, mengurangkan kesakitan dan sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor.

ii. Kecederaan RinganKecederaan ringan yang biasa berlaku ialah luka kecil, calar, lebam dan terseliuh. Berikut adalah cara-cara untuk memberi bantu dalam keadaan luka kecil. iii. Program Bersepadu Sekolah SihatKementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersama-sama menganjurkan Program Bersepadu Sekolah Sihat bagi menyatupadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan kesihatan sekolah. Program ini juga bertujuan meningkatkan taraf kesihatan warga sekolah. Antara program-program yang diadakan ialah Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Sekolah Kawasan Larangan Merokok, Perkhidmatan Pergigian, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Program 3K dan Program Susu Sekolah.

Penilaian 5Tandakan ( ) pada ruangan yang disediakan pada papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang dilihat sewaktu pemerhatian di luar kelas. Jika tidak terdapat dalam gambar yang diberikan, lukis dalam petak kosong.

Penilaian 6Lengkapkan jadual di bawah dengan merujuk kepada buku.

Nama PenyakitCara MerebakCara Pencegahan

Selesema

Kurap

Taun

Demam denggi

Batuk

1