pendeta zaaba

4
Siti Mashietah binti Che Ab Rahman (A148926) Pendeta Za’ba Za’ba atau nama sebenarnya, Zainal Abidin bin Ahmad dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Za’ba lahir daripada keturunan berkacukan minangkabau iaitu dari ibunya, Intan Awaluddin dan bapanya yang berketurunan Bugis Linggi. Bapa beliau merupakan orang yang berharta, berpengetahuan agama, dan satu- satunya penduduk di kampung itu yang tahu membaca dan menulis Jawi. Pendidikan awal Za'ba bermula semenjak di rumahnya sendiri lagi, iaitu mengenai pelajaran asas agama dan tulis-menulis seperti tulisan jawi. Kemudian, Za'ba telah dihantar belajar ke Sekolah Melayu di Batu Kikir dan kemudiannya dia telah bersekolah di Linggi pada Julai 1907. Za'ba pernah muncul sebagai pelajar sekolah Melayu terbaik dalam peperiksaan Darjah Lima ketika menuntut di Linggi, Za'ba juga menduduki peperiksaan untuk menjadi guru atau untuk memasuki sekolah Inggeris seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar, dan sekolah Inggeris di Seremban dan beliau berjaya muncul sebagai pelajar terbaik daripada 265 orang calon. Za’ba memilih untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris, iaitu St. Paul's Institution, Seremban dan menuntut ilmu selama enam tahun dari 1910 hingga 1915 sehingga memperoleh sijil Senior Cambridge. Za’ba banyak menerima hadiah kerana kecemerlangan pencapaiannya, dan akhirnya muncul sebagai anak Melayu Negeri Sembilan yang pertama berjaya dalam peperiksaan tersebut. Sebelum Za’ba memasuki perkhidmatan perguruan di English College, Johor Bharu iaitu pada Jun 1916. Hasilnya, beliau telah ditawarkan bekerja sebagai guru sementara di sekolahnya. Kerjaya Za’ba sebagai pendidik bermula apabila beliau ditawarkan menjadi guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada Oktober 1918 hingga April 1923. Kemudiannya, pada April 1924 hingga September 1939 Za’ba melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim. Za’ba pernah berkhidmat sebagai penterjemah dan juruhebah di Pejabat Penerangan Singapura serta menjadi penyelenggara buku pendidikan Melayu di Jabatan Pelajaran Singapura dari Oktober 1939 hingga Januari 1941. Za'ba juga berkhidmat sebagai ketua pengarang dan penterjemah berita Radio Jepun, serta menyelenggarakan penerbitan buku bagi jabatan Pelajaran dan Agama, Bunkyo- ka dari Mac 1942 hingga Julai 1945 iaitu semasa zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Selepas perang dunia

Upload: mashietah-rahman

Post on 28-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

zaaba

TRANSCRIPT

Page 1: Pendeta Zaaba

Siti Mashietah binti Che Ab Rahman (A148926)

Pendeta Za’ba

Za’ba atau nama sebenarnya, Zainal Abidin bin Ahmad dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Za’ba lahir daripada keturunan berkacukan minangkabau iaitu dari ibunya, Intan Awaluddin dan bapanya yang berketurunan Bugis Linggi. Bapa beliau merupakan orang yang berharta, berpengetahuan agama, dan satu- satunya penduduk di kampung itu yang tahu membaca dan menulis Jawi. Pendidikan awal Za'ba bermula semenjak di rumahnya sendiri lagi, iaitu mengenai pelajaran asas agama dan tulis-menulis seperti tulisan jawi. Kemudian, Za'ba telah dihantar belajar ke Sekolah Melayu di Batu Kikir dan kemudiannya dia telah bersekolah di Linggi pada Julai 1907. Za'ba pernah muncul sebagai pelajar sekolah Melayu terbaik dalam peperiksaan Darjah Lima ketika menuntut di Linggi, Za'ba juga menduduki peperiksaan untuk menjadi guru atau untuk memasuki sekolah Inggeris seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar, dan sekolah Inggeris di Seremban dan beliau berjaya muncul sebagai pelajar terbaik daripada 265 orang calon. Za’ba memilih untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris, iaitu St. Paul's Institution, Seremban dan menuntut ilmu selama enam tahun dari 1910 hingga 1915 sehingga memperoleh sijil Senior Cambridge. Za’ba banyak menerima hadiah kerana kecemerlangan pencapaiannya, dan akhirnya muncul sebagai anak Melayu Negeri Sembilan yang pertama berjaya dalam peperiksaan tersebut. Sebelum Za’ba memasuki perkhidmatan perguruan di English College, Johor Bharu iaitu pada Jun 1916. Hasilnya, beliau telah ditawarkan bekerja sebagai guru sementara di sekolahnya.

Kerjaya Za’ba sebagai pendidik bermula apabila beliau ditawarkan menjadi guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada Oktober 1918 hingga April 1923. Kemudiannya, pada April 1924 hingga September 1939 Za’ba melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim. Za’ba pernah berkhidmat sebagai penterjemah dan juruhebah di Pejabat Penerangan Singapura serta menjadi penyelenggara buku pendidikan Melayu di Jabatan Pelajaran Singapura dari Oktober 1939 hingga Januari 1941. Za'ba juga berkhidmat sebagai ketua pengarang dan penterjemah berita Radio Jepun, serta menyelenggarakan penerbitan buku bagi jabatan Pelajaran dan Agama, Bunkyo- ka dari Mac 1942 hingga Julai 1945 iaitu semasa zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Selepas perang dunia kedua tamat, beliau mula bertugas sebagai penterjemah di Mahkamah Tinggi dalam Pentadbiran Tentera British di Kuala Lumpur pada September 1945 sehingga Julai 1946, kemudian kembali ke jawatan lamanya sebagai penterjemah kanan bahasa Melayu dan pengarang buku teks di Pejabat pelajaran yang terletak di negeri Kuala Lumpur selama setahun bermula pada Ogos 1946. Selain itu, beliau juga merupakan pensyarah Bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London. Za'ba juga merupakan pensyarah kanan merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu yang pertama di Universiti Malaya, Singapura pada April 1953 sehingga Januari 1959. Pada tahun 1953, Za'ba memperoleh Sarjana Muda Sastera pada umur 58 tahun di University of London. Sepanjang kerjayanya, Za'ba juga turut bergiat secara aktif dalam bidang penulisan dan berbagai-bagai kegiatan sosial serta politik tanah air selama hampir 40 tahun. Sumbangan besar Za’ba dalam usaha perkembangan Bahasa Melayu menyebabkan beliau dikurniakan pelbagai anugerah seperti Doktor Persuratan dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia dan pada tahun 1962, beliau telah dianugerahkan pingat PMN yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang Di Pertuan Agong. Gelaran ‘Pendeta’ pula dikurniakan ketika berlangsungnya Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru tahun 1956.

Antara karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumi yang menjadi rujukan dalam penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu manakala rencana beliau yang terkenal pula ialah

Page 2: Pendeta Zaaba

Siti Mashietah binti Che Ab Rahman (A148926)

Modern Developments of Malay Literature dan Malay Journalism in Malaya.  Di samping itu, beliau turut menterjemahkan buku-buku asing ke Bahasa Melayu untuk mengisi kekosongan buku-buku pengetahuan dalam Bahasa Melayu.

Sumbangan terbesar Za’ba ialah dalam sistem ejaan Melayu.  Minat beliau terhadap penulisan bermula dalam tahun 1918 lagi semasa menjadi guru Bahasa Melayu merangkap penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada ketika itu, beliau telah mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi. Pada tahun 1924 pula, beliau telah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah "Pan-Malayan Malay Literary Society" bermatlamatkan untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden.  Nama Za’ba juga terukir sebagai pencipta Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu yang disebut sebagai Sistem Ejaan Za’ba. Beliau juga menggubal sistem ejaan baharu dalam tahun 1933 bagi menggantikan sistem ejaan oleh R.J. Wilkinson. Oleh kerana Sistem Ejaan Za’ba digunakan di sekolah-sekolah sejak tarikh penggubalannya sehinggalah tahun 1972 dengan dilaksanakan Sistem Ejaan Baharu, maka sistem berkenaan juga dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah. Selain itu, Za’ba turut berusaha memperkembang dan meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu dan turut terlibat sebagai anggota Lembaga Menggubal Perkataan Melayu bersama-sama Ibrahim Mahmud, Dato’ Haji Muhammad Said, Abdul Rahim Kajai dan Osman Kalam.

Dari segi nahu dan tatabahasa pula, Za’ba berpendapat bahawa pandai menggunakan bahasa tidak semestinya pandai menjelaskan hal-hal yang berhubung dengan nahu. Oleh itu, untuk belajar bahasa, seseorang tidak semestinya terlebih dahulu belajar tentang selok belok nahu. Za’ba memperlihatkan bahawa penggunaan bahasa sebagai satu kemahiran yang memerlukan latihan. Kemahiran dalam penggunaan bahasa setiap hari itu kemudiannya dilanjutkan kepada kemahiran mengarang. Pendapat Za’ba tentang kemahiran bahasa tidak bermakna beliau tidak menitikberatkan tentang hal nahu. Beliau melihat peranan nahu pada dua peringkat pembelajaran, iaitu pada peringkat bahasa pertama dan pada peringkat bahasa kedua.  Pada peringkat bahasa pertama, nahu berguna untuk mengukuhkan pengetahuan pengguna bahasa tentang susunan ayat dan fungsi-fungsi perkataan, dan dengan itu nahu boleh menjadi pedoman dalam penyelidikan mereka. Oleh itu, karyanya yang merupakan sebuah rumusan besar nahu Melayu iaitu Pelita Bahasa Melayu yang mempunyai tiga jilid telah membawa perubahan yang besar kepada dunia linguistik Melayu

Menurut Za’ba di dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan Rumi Baharu, dengan adanya ilmu nahu, pengguna bahasa boleh mendalami lagi mengenai hal ehwal bahasa mereka. Pada peringkat pembelajaran bahasa asing, nahu perlu diutamakan supaya tidak terikut kaedah nahu bahasa sendiri. Analisis Za’ba tentang tatabahasa dapat dibahagi kepada dua komponen utama, iaitu morfologi dan sintaksis, walaupun beliau tidak menggunakan istilah tersebut. Selaras dengan pengaruh tatabahasa tradisional yang ketika itu mendominasi disiplin linguistik, analisis Za’ba ternyata banyak yang terikat oleh pendekatan tersebut. Oleh itu, istilah-istilah tatabahasa yang digunakannya dan cara beliau menjelaskan sesuatu konsep tatabahasa seluruhnya berdasar pada makna, iaitu ciri utama linguistik tradisional. Dari segi wacana pula, Za’ba melihat karangan sebagai satu wacana iaitu wacana bertulis yang berbeza dengan wacana lisan. Antara karangan-karangan Za’ba hasil tulisan beliau yang memberi sumbangan dalam cara dan teknik mengarang ialah Kata-kata yang Tidak Tetap dalam Tulisan Melayu Rumi dan Kitab Rahsia Ejaan Jawi (1930), Kaedah Karangan Bahasa Melayu terangkum dalam Kitab Pelita Mengarang (1931) , Bahasa

Page 3: Pendeta Zaaba

Siti Mashietah binti Che Ab Rahman (A148926)

Melayu dan Bahasa Indonesia (1958), Bahasa Melayu Kelebihan dan Kekurangan (1954) dan Bahasa Melayu dengan Tulisannya (1958).